Anda di halaman 1dari 14

DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB 3083) |1

KANDUNGAN
PENGHARGAAN ....................................................................................................................................... 2
SINOPSIS.................................................................................................................................................... 4
WATAK DAN PERWATAKAN .................................................................................................................. 4
RAHSIA........................................................................................................................................................ 5
RUJUKAN.................................................................................................................................................. 14

1
DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB 3083) |2

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, pertama dan selamanya


saya merafak syukur kepada Ilahi kerana dengan izin dan bantuan-Nya dapat juga saya berjaya
menyiapkan tugasan pada kali ini. Secara jujurnya, tugasan yang diberikan pada kali ini
memang menguji ketahanan fizikal dan mental saya dalam memikul segala cabaran untuk
menyiapkan sebuah hasil yang berkualiti. Dalam tugasan kali ini, saya akan menyediakan satu
skrip drama. Tetapi terlebih dahulu, molek rasanya untuk saya memberi sejambang
penghargaan kepada semua pihak yang banyak membantu sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih Dr.Wan Norlidza binti Wan
Mohd Zain, pensyarah bagi kursus Drama Dalam Pendidikan, yang telah memberi tunjuk ajar
dan bimbingan yang tidak terkira kepada saya dan rakan seperjuangan. Segala tip-tip dan
teguran itu secara tidak langsung telah membantu saya untuk memperbaiki segala cacat-cela
yang terselit pada tugasan yang saya lakukan kali ini. Tanpa bimbingan beliau, sudah pasti
saya sukar untuk menghasilkan sebuah kerja yang cukup berkualiti.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayahanda dan bonda tercinta,
Md.Yunus Bin Sahat dan Roslina Binti Nordin kerana tidak putus-putus memberi dorongan dan
bantuan kepada anakanda dalam menyiapkan tugasan ini dari bentuk kewangan, kelengkapan
dan sebagainya. Tanpa sokongan kuat daripada kedua-dua insan ini, sudah pasti saya akan
tersungkur di tengah perjalanan dalam melengkapkan sebuah perjuangan. Mereka banyak
menasihati saya agar melakukan semua perkara dengan penuh kesungguhan dan ikhlas dalam
melaksanakannya. Kata-kata itu akan saya pegang dan amatinya buat selama-lamanya. Saya
begitu yakin bahawa doa-doa merekalah yang memberi semangat kepada saya untuk
bermusafir mencari ilmu di muka bumi ini.

Selain itu, ingin saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan
seperjuangan saya di kelas PISMP semester 4 C5 yang telah menyumbang seribu satu
sumber dan maklumat dalam menjayakan tugasan ini. Tanpa mereka juga sudah pasti saya
buntu dalam mencari olahan idea yang penuh kreatif dan inovatif untuk menghasilkan satu nilai
estetika dalam tugasan kali ini. Dengan pengalaman ini bersama mereka juga saya dapat
merasakan begitu indahnya persahabatan yang senantiasa menghulur bantuan dalam apa jua
keadaan, sama ada susah ataupun senang.

2
DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB 3083) |3

Tidak dilupakan juga kepada mana-mana individu yang bersama-sama membantu saya
menyiapkan tugasan pada kali ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Segala bantuan
kalian amatlah saya hargai dan sudah pastinya pengorbanan kalian tidak saya akan lupakan
sampai bila-bila insya-Allah.

Merpati putih mencari makan,


Tika menunggu tepi perigi,
Ucapan kasih hamba layangkan,
Tanda jasamu kusanjung tinggi,

Tika menunggu tepi perigi,


Terlihat renang ikan haruan,
Tanda jasamu kusanjung tinggi,
Moga tuhan rahmati tuan.

Sekian terima kasih.

3
DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB 3083) |4

SINOPSIS

Ain merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 10 tahun. Dia ialah anak
tunggal kepada Puan Noraini. Puan Noraini tidak mampu mempertahankan kebahagiaan
keluarganya. Perkara ini memberi kesan kepada tingkah laku Ain. Perubahan yang berlaku
terhadap dirinya telah dikesan oleh rakan karibnya, Punitha. Ain cuba berselindung terhadap
orang sekeliling tentang masalah yang dihadapinya. Namun begitu, kepercayaan yang wujud
antara dirinya dengan Punitha membenarkan dirinya untuk menceritakan rahsianya. Ain
berharap kawannya itu dapat menjadi tempat dirinya untuk meluahkan perasaan bagi
mengurangkan tekanan yang dihadapi. Namun, kepercayaan yang wujud dari dirinya terhadap
Punitha mula pudar apabila rahsianya mula diketahui oleh orang lain. Pelbagai spekulasi mula
bermain di fikirannya. Hubungan yang dulu erat mula goyah disebabkan andaian-andaian yang
difikirkannya.

WATAK DAN PERWATAKAN :

AIN: Seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun. Bersekolah di Sekolah


Kebangsaan Bangsar. Mempunyai seorang kawan baik iaitu PUNITHA.
Merupakan seorang anak tunggal dan mempunyai masalah keluarga.
Seorang yang baik hati tetapi sering bertindak mengikut emosi. Seorang
yang kurang peramah berbanding rakan baiknya, PUNITHA.

PUNITHA: Seorang kanak-kanak yang juga berusia 10 tahun. Bersekolah di Sekolah


Kebangsaan Bangsar. Merupakan kawan baik AIN. Seorang yang
peramah, baik hati dan disenangi oleh semua orang.

CIKGU MARIA: Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bangsar. Merupakan guru kelas
bagi tahun 4 Opal iaitu kelas AIN dan PUNITHA. Merupakan seorang
guru yang lemah-lembut, prihatin dan penyayang terhadap murid-
muridnya.

PUAN NORAINI: Merupakan ibu kepada AIN. Merupakan seorang ibu tunggal dan baru
sahaja berpisah dengan ayah AIN. Seorang yang tabah menghadapi
dugaan hidup. Sangat menyayangi AIN.

4
DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB 3083) |5

RAHSIA
oleh

MUHAMMAD ASYRAF BIN MD.YUNUS

Babak 1

Tirai pentas dibuka. Lampu pentas dipancarkan dan tertumpu kepada AIN dan PUNITHA.

(AIN dan PUNITHA merupakan rakan baik yang sangat rapat antara sama lain. Mereka selalu
menghabiskan masa di sekolah dan masa lapang di luar sekolah bersama-sama. Mereka
berdua juga sering berkongsi masalah, pendapat, dan sering berkongsi rahsia antara satu sama
lain. Pada suatu hari, ada sesuatu yang AIN ingin luahkan kepada PUNITHA di kantin sekolah
sewaktu rehat sedang berlangsung.)

AIN: PUNITHA, awak dah kenyang?

PUNITHA: Ya, AIN. Kenyang sangat. Sedap betul makanan yang ibu awak bekalkan ini!
(dengan nada yang bersemangat)

AIN: Ha, sedap kan? Tengoklah ibu siapa. (dengan penuh rasa bangga)

PUNITHA: AIN, saya tengok awak macam ada masalah. Awak ok ke tak ni? Awak nak
cerita apa-apa kat saya? Manalah tahu saya boleh bantu awak. (dengan nada
yang risau)

AIN: Hmm. PUNITHA, ada satu rahsia yang ingin saya beritahu kepada awak. Tetapi
awak janji ya, jangan beritahu sesiapa pun mengenai perkara ini. Janji? (dengan
nada berharap)

PUNITHA: Janji! (sambil membuat isyarat tangan menandakan dia betul-betul berjanji)
Ceritalah, apa rahsia awak itu AIN. (dengan penuh perasaan ingin tahu)

AIN: Sebenarnya, ibu dan ayah saya baru sahaja bercerai beberapa hari yang lalu.
Saya berasa sangat sedih dan tertekan, PUNITHA. Selepas penceraian ini
berlaku, ayah saya terus keluar dari rumah kami. Tinggallah saya dan ibu saya
bersendirian di rumah. Saya rasa ayah saya sudah tidak sayangkan saya lagi.
(dengan muka yang sangat sedih)

5
DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB 3083) |6

PUNITHA: Oh, begitu. Sabar ya, AIN. Saya yakin, suatu hari nanti ayah awak akan datang
melawat awak dan ibu awak di rumah. Saya yakin dia masih sayangkan awak.
Awak jangan bersedih ya, AIN. (dengan nada memujuk)

AIN: Hmm. Harap-harap begitulah. Terima kasih PUNITHA atas nasihat yang awak
berikan. Lagi satu, awak jangan beritahu sesiapa ya tentang perkara ini. Hanya
awak seorang sahaja yang tahu tentang rahsia saya ini. Jangan beritahu sesiapa
ya? (dengan muka penuh berharap)

PUNITHA: Janganlah risau, AIN. Awak boleh percayakan saya. (dengan muka penuh yakin)

(Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Kelihatan murid-murid lain sedang
berlari-lari anak ke kelas masing-masing)

PUNITHA: Eh, AIN, loceng dah berbunyilah. Jom kita masuk kelas.

AIN: Iyalah. Jom jom.

Babak 2

Lampu dipancarkan ke seluruh kawasan pentas.

(Keesokkan harinya, guru kelas AIN dan PUNITHA iaitu CIKGU MARIA sedang bergegas
menuju ke kelas untuk mengajar. Dalam perjalanan dari bilik guru ke kelas, beliau terserempak
dengan AIN yang sedang menuju ke bilik guru. CIKGU MARIA menegur AIN dan berbual
dengannya.)

CIKGU MARIA: Hai AIN, kamu hendak kemana?

( AIN yang kelihatan tergesa-gesa berhenti untuk menyahut sapaan guru kelasnya)

AIN: Hai CIKGU MARIA, saya hendak ke bilik guru (dengan termengah-
mengah)

CIKGU MARIA: AIN, awak ada apa-apa masalah yang ingin dikongsikan dengan saya?
(dengan nada yang lembut).

6
DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB 3083) |7

AIN: Eh, tiada cikgu. Saya tergesa-gesa hendak ke bilik guru ni tadi cikgu.
Kenapa ya cikgu? Saya ada buat sesuatu ke? (dengan muka
kebingungan)

CIKGU MARIA: Tidak mengapa. AIN, nanti waktu rehat, bolehkah awak datang ke bilik
guru lagi dan berjumpa dengan cikgu? Ada perkara yang cikgu ingin
bincangkan dengan kamu. Sekejap sahaja, ya. Boleh?

AIN: Boleh, cikgu. Sudah tentu. (dengan muka yang masih ragu-ragu)

CIKGU MARIA: Bagus. Awak boleh masuk ke bilik guru dan maaf kerana mengambil
masa kamu ya. (sambil tersenyum kepada AIN)

AIN: tak mengapa, cikgu. Terima kasih, cikgu. (sambil berlalu ke dalam bilik
guru dengan muka yang penuh dengan tanda tanya)

Babak 3

Lampu dinyalakan dan ditumpukan kepada AIN. (teknik monolog dalaman)

(Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. AIN telah memberitahu kepada
PUNITHA untuk ke kantin terlebih dahulu. Dia kemudiannya berjalan ke bilik guru sambil
bermonolog dengan dirinya sendiri.)

AIN: Hmm, pelik ni. Apa yang CIKGU MARIA ingin bincangkan dengan aku ya.
Masalah apa yang dia maksudkan? Takkan tentang ibu dan ayah? Hmm.
(dengan muka seperti berfikir tentang sesuatu). Eh, takkanlah. Masalah
itu adalah rahsia aku. Hanya PUNITHA seorang sahaja yang tahu
tentang hal ini. Tak mungkinlah CIKGU MARIA tahu tentang perkara ini.
Ada masalah lain, mungkin. (sambil menenangkan dirinya sendiri)

(Setibanya AIN di hadapan pintu bilik guru, dia mengetuk pintu tersebut lalu masuk dengan
perlahan-lahan. Kelihatan CIKGU MARIA sedang membuat kerja di mejanya. AIN menghampiri
meja CIKGU MARIA.)

7
DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB 3083) |8

Babak 4

Guru-guru lain di dalam bilik guru membeku. Lampu ditumpukan kepada AIN dan CIKGU
MARIA. (teknik membeku)

AIN: Selamat pagi, cikgu.

CIKGU MARIA: Selamat pagi. Haa, AIN. Jemputlah duduk. (sambil mengisyaratkan
supaya AIN duduk di kerusi yang terletak di sebelah meja guru beliau.)

(CIKGU MARIA kemudiannya menghentikan segala kerja yang dibuat tadi lalu menumpukan
perhatian kepada AIN dengan muka yang tenang sambil tersenyum. AIN terpinga-pinga
kehairanan lalu bertanya.)

AIN: Ada apa cikgu panggil saya ke mari ya, cikgu?

CIKGU MARIA: Begini, cikgu dapat tahu yang ibu dan ayah kamu baru sahaja bercerai.
Cikgu risau kamu tertekan dengan perkara ini. Sebab itulah cikgu panggil
kamu ke mari. Cikgu sekadar nak bertanyakan khabar kamu. Bagaimana
keadaan kamu sekarang? Adakah kamu ok, AIN?

(AIN sangat terkejut kerana CIKGU MARIA tahu akan rahsianya itu. AIN cuba untuk
menunjukkan reaksi normal, seperti tiada apa-apa yang berlaku)

AIN: Ya, cikgu. Ibu dan ayah saya baru sahaja bercerai. Jangan risau, cikgu.
Saya baik-baik sahaja. (sambil menunjukkan senyuman palsu kepada
CIKGU MARIA)

CIKGU MARIA: Oh, baguslah kalau begitu. Kalau kamu ingin luahkan perasaan atau
perlukan cikgu, kamu datang sahaja berjumpa dengan cikgu, ya, AIN.
Baiklah, kamu boleh pergi sekarang. Jangan lupa nasihat cikgu, ya.

AIN: Baik, cikgu. Terima kasih banyak-banyak ya cikgu. (sambil berlalu


dengan muka yang penuh dengan tanda tanya)

8
DRAMA DALAM PENDIDIKAN (BMMB 3083) |9

Babak 5

Pentas digelapkan. Lampu dipasang dan bertumpu kepada AIN. (teknik monolog
dalaman)

AIN: Baiknya budi CIKGU MARIA, begitu prihatinnya dia terhadap aku dan
rakan-rakan. Tapi…bagaimana cikgu boleh tahu tentang rahsia aku ini?
Di sekolah ini, hanya PUNITHA seorang sahaja yang aku beritahu
tentang rahsia ini. Aku tak beritahu sesiapa pun tentang hal ini. Kalau
bukan dia, siapa lagi? Argh! (sambil menjerit kegeraman)

(AIN kemudiannya berlalu pergi dalam keadaan tertekan)

Babak 6

Lampu dipasang ke seluruh pentas.

(AIN berjalan laju melalui jalan untuk pulang ke rumahnya. PUNITHA sangat hairan dengan
tindakan AIN itu kerana biasanya, rutin harian mereka adalah untuk pulang bersama-sama
selepas tamat waktu persekolahan. PUNITHA yang kebingungan itu, terus berlari-lari anak
mendapatkannya sambil menjerit)

PUNITHA: AIN, AIN! Kenapa awak berjalan sangat laju? Kenapa awak tinggalkan
saya keseorangan tadi? Saya ada buat awak marah ke, AIN? AIN,
jawablah pertanyaan saya ini! Saya ada buat salah ke? (sambil menahan
esak tangis)

(AIN tidak mengendahkan panggilan PUNITHA. Langkah yang diatur semakin laju
meninggalkan PUNITHA yang masih terpinga-pinga kesedihan.)

9
D R A M A D A L A M P E N D I D I K A N ( B M M B 3 0 8 3 ) | 10

Babak 7

Lampu dipasang ke seluruh pentas.

(AIN pulang ke rumah dalam keadaan yang marah. Dia menghempas pintu rumah dengan kuat.
PUAN NORAINI yang sedang memasak di dapur terus bergegas keluar dari dapur apabila
terdengar kekecohan yang berlaku di ruang tamu. Kelihatan AIN sedang menghempas kuat
pintu biliknya. PUAN NORAINI hanya mampu menggeleng keresahan sambil bermonolog
sendirian.)

PUAN NORAINI: AIN, kamu kenapa nak.. Maafkan ibu ya nak, ibu tak mampu nak
pertahankan kebahagiaan keluarga kita. (sambil menangis sendirian)

Lampu dipasang dan ditumpukan kepada AIN yang berada di sudut hujung kanan
pentas. Di hujung kiri pentas pula adanya PUNITHA yang membuat panggilan kepada AIN
di rumahnya.

(Deringan telefon sudah beberapa kali kedengaran memecah kesunyian dan keresahan yang
membelenggu diri AIN. Setelah beberapa kali bordering, AIN mendengus lalu menjawab
panggilan tersebut. PUNITHA dengan suara yang sedih mula berkata-kata.)

PUNITHA: Hello, AIN. Awak ok tak tu? Awak marahkan saya ke?

AIN: Siapa yang makan cili dialah yang rasa pedasnya! (dengan nada yang
mengejek)

PUNITHA: Apa yang awak cuba sampaikan ni, AIN. Saya tak faham. Apa salah saya?

AIN: Awak tak perlulah berpura-pura lagi, PUNITHA. Saya tahu, awak yang beritahu
semua orang tentang rahsia saya kan? Awak yang beritahu CIKGU MARIA
tentang rahsia saya, kan?? (dengan nada yang sangat marah)

PUNITHA: Apa yang awak cakapkan ini, AIN? Saya tidak beritahu sesiapa pun tentang
rahsia awak. (dengan nada menangis)

10
D R A M A D A L A M P E N D I D I K A N ( B M M B 3 0 8 3 ) | 11

AIN: Ah, sudahlah. Saya tahu awak begitu rapat dengan CIKGU MARIA. Tetapi
kenapa awak sanggup mungkiri janji awak? Sampai hati awak, PUNITHA. Saya
tidak mahu berkawan dengan awak lagi! (dengan nada yang tegas sambil
mematikan panggilan daripada PUNITHA.)

(AIN kemudiannya menangis teresak-esak di hujung kanan pentas. Kelihatan juga watak
PUNITHA yang turut menangis di hujung kiri pentas. Pentas kemudiannya digelapkan.)

Babak 8

Lampu dipasang ke seluruh pentas.

(Kelihatan CIKGU MARIA yang sedang berjalan di laluan pejalan kaki sekolah pada waktu
rehat. CIKGU MARIA kemudiannya bertembung dengan AIN yang mukanya kelihatan masam
mencuka. CIKGU MARIA kemudiannya menyapa AIN.)

CIKGU MARIA: Selamat pagi, AIN. Awak apa khabar hari ini? Kenapa awak nampak
begitu muram dan marah? Awak ada apa-apa masalah yang ingin
dikongsikan kepada cikgu?

(AIN yang sudah hilang sabar terus bertanya CIKGU MARIA dengan nada yang ingin tahu.)

AIN: Cikgu, saya nak tanya tentang perkara yang cikgu katakan semalam.
Saya musykil, bagaimana cikgu tahu tentang rahsia saya? Mesti
PUNITHA yang beritahu cikgu, kan?

CIKGU MARIA: Oh. Tentang perkara semalam. Eh, mana ada, PUNITHA tidak ada
beritahu cikgu apa-apa pun tentang kamu. Cikgu tahu tentang perkara ini
kerana cikgu ada bertembung dan berbual dengan ibu kamu, PUAN
NORAINI dua hari lepas, sewaktu cikgu dalam perjalanan balik dari
pasar. Ibu kamulah yang menceritakan segala-galanya kepada cikgu.

AIN: (dengan muka yang sangat terkejut) Apa? Saya fikir PUNITHA yang
menceritakan semua ini kepada cikgu kerana dia sahaja yang tahu
tentang rahsia saya ini. Lagipun, dia juga rapat dengan cikgu.

11
D R A M A D A L A M P E N D I D I K A N ( B M M B 3 0 8 3 ) | 12

CIKGU MARIA: Eh, mana ada. Ibu kamu yang menceritakan segalanya kepada cikgu. Ibu
kamu minta cikgu untuk tengok-tengokkan keadaan kamu. Sejak kejadian
itu, dia beritahu cikgu yang kamu seperti sudah berubah, jadi dia sangat
risaukan kamu. Dia sangat bimbang sekiranya kamu tertekan dengan
masalah yang dihadapi oleh keluarga kamu ini.

(AIN terus tertunduk menahan tangis. Dia kemudiannya meminta izin dengan CIKGU MARIA
untuk berlalu. AIN kemudiannya berlari-lari anak menuju ke kelas sambil bermonolog sendirian.

AIN: Apa yang telah aku lakukan ini? Tergamaknya aku menuduh sahabat
baikku sendiri. PUNITHA, maafkan aku! (sambil menangis teresak-esak)

Babak 9

Lampu dipasang ke seluruh pentas.

(Setibanya AIN di kelas, dia terus menerpa ke arah PUNITHA yang sedang termenung di
hujung kelas. AIN lantas memeluk PUNITHA sambil menangis teresak-esak. PUNITHA terkejut
seketika dengan tindakan AIN, namun sebaik sahaja AIN berkata-kata, mereka berdua
kemudiannya saling menangis dan berpelukan sambil berdialog.)

AIN: Maafkan saya, PUNITHA. Saya tahu saya bersalah dalam hal ini. Saya
patut lebih percayakan awak. Maafkan saya, ya PUNITHA. Hanya kerana
sebuah rahsia itu, saya telah bertindak membuang sahabat baik saya
sendiri. (sambil menangis teresak-esak)

PUNITHA: Tidak mengapa, AIN. Saya maafkan kamu. saya faham perasaan dan
keadaan kamu sekarang. Kamu jangan risau ya, saya sentiasa ada untuk
kamu apabila kamu memerlukan saya. Kamu jangan tertekan dengan
apa yang berlaku, ya AIN.

AIN: Terima kasih, PUNITHA. Kamu memang seorang sahabat yang sejati.
Kamulah sahabat terbaik yang pernah saya ada. Terima kasih,
PUNITHA. (sambil memeluk PUNITHA dengan erat.)

12
D R A M A D A L A M P E N D I D I K A N ( B M M B 3 0 8 3 ) | 13

Babak 10

Lampu dipasangkan dan ditumpukan ke arah PUAN NORAINI yang sedang termenung di
ruang tamu rumahnya.

PUAN NORAINI: Alangkah risaunya aku melihat keadaan anakku yang semakin kusut dan
tertekan. Apa yang harus aku lakukan? (sambil mengelap takungan air
mata yang bergenang di tubir mata) (teknik monolog dalaman)

(AIN kelihatan memasuki rumah lalu terus meluru ke arah ibunya sambil memeluknya. AIN
kemudian berdialog sambil menangis teresak-esak.)

AIN: Ibu, maafkan AIN, ibu. AIN dah dengar semuanya dari CIKGU MARIA.
Kerana rahsia itu, AIN tahu tentang perasaan ibu yang terpendam. AIN
tahu AIN bersalah. AIN tak fikirkan perasaan ibu. Ibu mesti lebih sedih
dengan apa yang berlaku. Minta maaf kerana tidak memahami ibu dan
membuatkan ibu risau tentang saya. Maafkan saya, ibu.

PUAN NORAINI: Ibu maafkan. Ibu faham perasaan ibu. Maafkan ibu ya nak, ibu tak dapat
pertahankan kebahagiaan keluarga kita. Ibu minta maaf sangat-sangat ya
nak. Jangan buat ibu risau lagi, ya. Kita bina kebahagiaan bersama-sama
semula ya, nak. (sambil menangis teresak-esak dalam pelukan AIN.)

(Mereka akhirnya menangis teresak-esak sambil berpelukan. Muzik yang sedih dimainkan.
Lampu dimalapkan perlahan-lahan kemudian dipadamkan. Tirai ditutup.)

-TAMAT-

13
D R A M A D A L A M P E N D I D I K A N ( B M M B 3 0 8 3 ) | 14

RUJUKAN

Abdul Rashid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2), 49-63.

Abdul Rashid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2016). Pengaplikasian
Teknik Didik Hibur Meningkatkan Pencapaian Penulisan Karangan Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Malaysia, 41(1), 39-45.

Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anwar Ridhwan. (2009). Kumpulan Drama Anwar Ridhwan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Petaling
Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Johan Jaafar. (2012). Drama pentas Johan Jaafar. Petaling Jaya: Balang Rimbun Sdn. Bhd.

Kamala. (2012). Kumpulan Drama Anna. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mana Sikana. (1988). Menulis Skrip Drama Pentas-Radio-TV. Bandar Baru Bangi: Penerbit
Karyawan.

Mana Sikana. (2016). Drama Dalam Penskripan, Pementasan dan Kritikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maskugi Maturan, When Ebal, Datuk Haji Shuhaibun Yussuf, Awang Abdul Hamid & Ramli
Jusoh. (2005). Antologi Skrip Drama Pentas 2000:1897. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohamad Hji Abd Ghani. (2000). Isu dan Pemikiran dalam Drama Melayu Berunsur Sejarah.
Tesis Ijazah Sarjana Muda Sastera, Universiti Putra Malaysia.

Mohd Taib Osman. (1974). Traditional Drama and Music Of Southeast Asia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidan. (2002). Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

14

Anda mungkin juga menyukai