Anda di halaman 1dari 2

Pergi Ke Pasar Malam (keperihalan)

Pada minggu lalu, saya mengikuti ibu saya pergi ke pasar

malam.Pasar malam ini diadakan tidak jauh dari rumah


saya.Aktiviti-aktiviti pasar malam ini bermula pada pukul 3.30
petang hingga 10.00 malam.Kami berjalan kaki ke sana.Ibu
membawa bakul untuk meletakkan barang yang akan dibeli.
Apabila sampai di sana, kami melihat ramai orang
membeli barang.Terdapat banyak gerai yang dibuka.Ada gerai yang
berpayung dan ada yang tidak berpayung.Penjual menjual pelbagai
barangan.Antaranya ubat-ubatan,pakaian,makanan, minuman dan-
dan lain.
Suasana di pasar malam riuh-rendah.Suara penjual
memanggil pelanggan.Pembeli tawar-menawar harga barang-
barang.Barangan di pasar malam lebih segar dan harganya pun
murah.Di satu sudut pasar malam kelihatan seorang lelaki tua
berpakaian compang-comping menadah tangan meminta
simpati.Saya menghulurkannya sekeping RM5.
Selepas itu, ibu pergi ke gerai menjual barangan dapur.Di
situ, ibu membeli bawang,tepung,minyak dan lain-lain.Ibu pergi ke
gerai barangan basah.Ibu membeli ayam,daging,sayur-sayuran dan
lain-lain.Aku masukkan barang-barang itu ke dalam bakul.
Selain itu, saya mengajak ibu ke gerai jual burger.Di situ
ibu membeli burger dan sosej.Ibu juga membeli sate untuk dibawa
pulang.Saya sempat meminta ibu membeli alat permainan untuk
saya dan adik.Saya mengambil sebuah anak patung dan sebuah
kereta kecil untuk adik.

Pada pukul 6.00 petang,saya dan ibu pun pulang ke


rumah.saya berasa letih tetapi gembira.Ibu berjanji akan membawa
saya ke pasar malam lagi jika ada peluang lagi.

Pasar malam
Terdapat sebuah pasar malam berdekatan rumah saya. Pasar malam tersebut
diadakan pada setiap Jumaat. Saya dan emak berjalan kaki pergi ke pasar malam.
Apabila sampai di sana, saya nampak gerai yang menjual pelbagai jenis barangan
misalnya buah-buahan, sayur-sayuran, pakaian dan sebagainya. Keadaan pasar malam
terang-benderang kerana dipasang dengan lampu. Selain itu, ada ramai pengunjung
sedang sibuk membeli-belah.
Banyak pembeli sedang tawar-menawar dengan penjual manakala sesetengah
penjual melaung untuk malariskan barangan mereka. Saya nampak orang ramai
berhimpun. Rupa-rupanya, seorang penjual ubat tradisional sedang beraksi untuk menjual
ubatnya. Pasar malam kelihatan sangat kotor dan basah.
Orang ramai suka mengunjung pasar malam kerana harga barangan berpatutan
dan lebih murah daripada harga di kedai runcit. Saya telah membeli setongkol jagung, alat
tuli dan sepasang kasut. Emak membeli barangan keperluan dan sehelai baju untuk adik.
Pada pukul 9.30 malam, pengunjung semakin berkurangan. Saya dan emak pun
pulang ke rumah. Saya berasa penat tetapi gembira kerana dapat membeli barangan yang
lebih murah.

Anda mungkin juga menyukai