Anda di halaman 1dari 2

Irsyad al-Hadith Siri ke-25 : Hadis “Barang siapa menghafal 99 Nama Allah, Masuk Syurga”

Oleh: Umar Mukhtar Mohd Noor

 Irsyad al-Hadis

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad
SAW, ahli keluarga Baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak
langkah baginda SAW.

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

َ‫ َمن أحصاها دخ َل الجنة‬، ‫ مائةً إال واحدًا‬، ‫إن هللِ تسعةً وتسعين اس ًما‬

Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah SWT sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu,
barang siapa yang menghafalnya akan masuk syurga”.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (6410) dalam Sahih al-Bukhari, dalam Kitab Doa-Doa, Bab Allah
Mempunyai 100 Nama Kecuali 1.

Makna al-Hadis

Di dalam hadis ini, Allah SWT memberitahu dan mengajar kepada hamba-hambanya akan nama-nama-
Nya yang mulia. Kita sebagai seorang muslim yang beriman, wajib mempercayai dan beriman bahawa
Allah SWT bersifat dengan segala sifat-sifat kesempurnaan dan jauh daripada segala sifat kekurangan.
Ini merupakan perkara atau rukun asas di dalam aqidah atau tauhid. Nama-nama atau sifat-sifat Allah
SWT ini disebut di dalam kalam-Nya iaitu al-Quran atau disampaikan dan diajar oleh Rasulullah SAW di
dalam hadis-hadisnya. Para ulamak bersepakat menyatakan bahawa nama-nama dan sifat-sifat Allah
SWT tidak terhad kepada 99 nama sahaja bahkan ia melebihi daripada angka tersebut.

Makna “‫ ”من أحصاها‬menurut tafsiran para ulama’

Di dalam memahami lafaz ini, para ulama’ telah berselisih pendapat dalam menentukan makna yang
dimaksudkan dengan lafaz ini. Antaranya yang dikemukan oleh al-Khattabi di dalam kitab ‘Umdah al-
Qari :

 Kita sepatutnya memuji Allah SWT dengan semua nama-nama atau sifat-sifat-Nya tanpa
menghadkan nama dan sifat tersebut.

 Sesiapa yang mampu mendirikan hak-hak tersebut dan dalam masa yang sama beramal
dengannya. Dengan makna lain, kita mengambil iktibar daripada makna nama-nama dan sifat-
sifat Allah dan meletakkannya di dalam diri kita.

 Sesiapa yang sentiasa berfikir dengan makna nama-nama dan sifat-sifat Allah.

 Sesiapa yang menghafal, berfikir akan makna-maknanya seterusnya beramal dengannya.

 Ibn al-Jauzi berpendapat yang di maksud dengan lafaz tersebut ialah sesiapa yang membaca al-
Quran sehingga tamat dan memahami akan isi kandungan keseluruhannya kerana di dalamnya
terletak semua nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT.
Tarjih

Berdasarkan pendapat-pendapat ulama’ dalam memahami lafaz ini, kami lebih cenderung untuk
mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan lafaz “‫ ”من أحصاها‬adalah dengan bertadabbur dan melihat
kepada makna-makna dan dalam masa yang sama kita menghafalnya.

Fiqh al-Hadis

Melihat kepada teks dan makna hadis, berikut adalah beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada
hadis ini :

 Beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT adalah salah rukun dan asas di dalam
aqidah atau tauhid. Sesiapa yang tidak mempercayai atau berimannya akan terkeluar daripada
agama Islam.

 Kita hendaklah sentiasa melazimi al-Qur’an di dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana, di
dalamnya terkandung segala nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang terpuji.

 Penghayatan dan makrifah serta meyakini akan nama-nama Allah SWT yang bersifat dengan
segala sifat kesempurnaan amat penting dalam kehidupan seharian kita. Hal ini, akan memberi
banyak kelebihan kepada diri kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan beriman
kepada-Nya.

 Memahami dan beramal dengan nama-nama Allah SWT serta sifat-sifat-Nya dapat memasukkan
kita ke dalam syurga.

 Kita mestilah sentiasa berdoa kepada Allah SWT dengan menyebut nama-nama-Nya
sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT kepada hambanya, berdasarkan firman Allah SWT :

‫َولِلَّـ ِه أاْل َ أس َما ُء أال ُح أسن َٰى فَا أدعُوهُ بِ َها‬

Maksudnya : “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah)
kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu”.

(Surah al-A’raf, 7:180)

Akhirnya, semoga Allah SWT memelihara iman kita, seterusnya menggolongkan kita dalam kalangan
orang yang beriman dan memasukkan kita ke dalam syurga-Nya kelak. Amin.

Wallahua`lam.

Anda mungkin juga menyukai