Log KRS
Log KRS
BUKU LOG
.....................................
BUKU LOG KRS
Penasihat
Ketua
Penolong Ketua
Setiausaha: Bendahari:
Pengertian logo
4.1 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi
Negara Malaysia.
4.2 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu platun kami
sentiasa menitikberatkan ilmu pengetahuan sebagai perkara utama
4.4 Warna hijau tua melambangkan kami siap sedia menempuh segala
cabaran untuk sampai ke sesuatu sasaran.
Pengertian logo
4.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak
sihat.
4.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi
Negara Malaysia.
4.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
4.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan
yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan
dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa
Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
KRS/TKRS.
pembinaan diri.
Lokasi : Kafeteria
Lokasi : Kafeteria
B- Breath/ Breast
(meniupkan udara ke mulut
pesakit dan memerhatikan
sama ada dadanya
berkembang)
C-Cardio (Menekan pada
jantung)
BUKU LOG KRS
Lokasi : Astaka
Kekuatan Anggota : 10 orang (5 orang guru pelatih unit pemulihan menyertai Program
LINUS)
Number Eight
Ikatan Manuk
BUKU LOG KRS
Lokasi : Astaka
Ikatan Rama-rama
(b) Amali
Aspek-aspek yang dinilai
dalam amali ialah asas
pertolongan cemas, asas
kawad kaki, istiadat dan
orientasi kurikulum unit
beruniform di Sekolah Rendah.
BUKU LOG KRS
Lokasi : Astaka
Lokasi : Astaka
Antara perkara penting yang saya pelajari dalam kawad kaki ini adalah mematuhi
arahan ketua. Dalam kawad kaki, arahan komanden perlulah didengar dengan teliti
supaya mana pergerakan yang terhasil adalah seragam dan tidak berterabur. Selain itu,
saya juga dapat mengesan bahawa kawad kaki KRS adalah berbeza dengan unit
uniform yang lain dimana kaki kanan digunakan semasa permulaan.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Pada hari ini, saya telah berkesempatan untuk mempelajari sejarah penubuhan
KRS dan TKRS. Sebagai contoh, saya telah mengetahui bahawa matlamat utama
penubuhan KRS dan TKRS adalah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu,
beriman dan beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketrampilan
selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ke arah Wawasan 2020. Di samping itu, tokoh yang mengasaskan KRS dan TKRS juga
dipelajari. Sebagai contoh, pengasas KRS di sekolah menengah ialah Encik
Muhammad Thani Bin Sha’aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, manakala
pengasas TKRS di sekolah rendah ialah Encik Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin.
Setelah mengikuti pembelajaran pada hari ini, sekarang saya lebih bersemangat
dan mempunyai ketekalan untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan KRS. Hal ini
disebabkan penerangan pensyarah mengenai sejarah penubuhan KRS dan TKRS telah
menyuntik semangat saya, di mana kita perlu menghargai sumbangan orang lain dan
belajar menghayati nilai-nilai yang ditonjolkan .
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Pada hari ini, terdapatnya satu aktiviti bergambar bagi pasukan KRS kita.
Dengan bantuan daripada ahli kumpulan kami, Yeow Jing Yuan, kami sempat untuk
menangkap gambar perseorangan untuk dimasukkan ke dalam buku log kita. Selepas
itu, pensyarah telah memperdengarkan lagu KRS dan mengajar kami intonasi suara
yang sesuai supaya dapat menyanyikan lagu tersebut dengan penuh bersemangat.
Setelah mengikuti pembelajaran pada hari ini, saya telah menyedari kepentingan
untuk mengamalkan sikap saling bantu-membantu dalam pasukan dan juga kehidupan
seharian. Kami perlu memberikan kerjasama yang padu apabila melibatkan kerja
berpasukan supaya dapat mencapai matlamat bersama.
Selain itu, saya juga memuat turun video lagu KRS dari internet supaya dapat
membuat latihan sendiri di luar waktu kuliah. Pada pendapat saya, kita perlu selalu
membuat latihan supaya ingatan kita dapat kekal untuk tempoh masa yang lebih lama.
Hal ini amat bertepatan dengan satu peribahasa dalam Bahasa Inggeris, iaitu “Practice
Makes Perfect”.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Lokasi : Kafeteria
Pada hari ini, saya telah belajar tentang cara untuk membuat anduh seperti
anduh besar, anduh segitiga dan anduh kecil. Saya juga mempelajari ikatan buku sila
yang digunakan untuk mengikat anduh. Ikatan buku sila dapat memastikan sesuatu
anduh tersebut senang untuk ditanggalkan. Di samping itu, saya juga berpeluang untuk
mempelajari cara untuk membuat balutan dalam tiga situasi, iaitu apabila seseorang itu
didapati mempunyai luka, kakinya kejang dan kakinya terseliuh.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Lokasi : Kafeteria
Pada hari ini, saya telah mempelajari cara untuk memberi bantuan kecemasan
apabila seseorang itu tercekik. Sebagai contoh, apabila seseorang itu tercekik, kita
perlu meminta kebenarannya terlebih dahulu sebelum memberi pertolongan cemas.
Lepas itu, tekan dengan kuat di bahagian atas tali pusat untuk mengeluarkan makanan
dan sebagainya.
Saya juga belajar tentang prinsip DRABC dan DRCBA (khusus untuk orang yang
mempunyai sakit jantung). Semasa kecemasan berlaku, langkah pertama ialah kita
perlu mengenal pasti sama ada tempat memberi pertolongan cemas itu adalah selamat.
Langkah kedua ialah kita perlu menepuk bahunya untuk mengenal pasti sama ada
seseorang itu adalah sedar atau tidak. Selepas itu, angkat kepala pesakit untuk
memastikan saluran udaranya lancar. Bagi langkah yang keempat, kita perlu
meniupkan udara ke mulut pesakit dan memerhatikan sama ada dadanya berkembang.
Akhir sekali, kita perlu menekan pada bahagian jantung sebanyak beberapa kali.
Ilmu ini dapat membantu saya apabila berada di sekolah nanti, mahupun dalam
kehidupan seharian. Saya berharap dapat menimba sebanyak ilmu yang ada supaya
dapat menjadi seoran guru yang cemerlang.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Lokasi : Astaka
Kekuatan Anggota : 10 orang (5 orang guru pelatih unit pemulihan menyertai Program
LINUS)
Kami telah belajar beberapa jenis ikatan tali. Antaranya termasuklah thumb knot,
Number Eight, ikatan buku sila, ikatan bunga keti, simpul manuk, ikatan pengail, ikatan
tindih kasih dan Lassor knot. Ikatan tali ini mempunyai kegunaan dan fungsinya masing-
masing. Justeru, ikatan tali ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian untuk
memudahkan kerja seseorang.
Saya telah membuat latihan ikatan tali sebanyak beberapa kali supaya tidak
melupakan cara ikatannya. Selain itu, saya telah menangkap gambar bagi setiap ikatan
tali tersebut untuk dijadikan rujukan.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Lokasi : Astaka
Kami telah belajar tentang beberapa jenis ikatan tali lagi. Antaranya termasuklah
ikatan simpul balak, simpul belit, simpul abah-abah, simpul pulih, simpul kerusi, ikatan
rama-rama dan ikatan Double Butterfly. Ikatan tali ini mempunyai kegunaan dan
fungsinya masing-masing. Justeru, ikatan tali ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan
seharian untuk memudahkan kerja seseorang.
Saya telah membuat latihan ikatan tali sebanyak beberapa kali supaya tidak
melupakan cara ikatannya. Selain itu, saya telah menangkap gambar bagi setiap ikatan
tali tersebut untuk dijadikan rujukan.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Kami telah belajar tentang cara untuk berkawad dalam upacara rasmi. Sebelum
aktiviti kawad kaki bermula, kami telah beratur mengikut ketinggian dan kemudiannya
disusun dari rendah ke tinggi. Selepas itu, kami disusun secara 3 orang dalan sebaris.
Aktiviti kawad kaki ini telah melibatkan tiga unit beruniform, iaitu Kadet Remaja Sekolah
(KRS), Pengakap dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM).
Daripada aktiviti ini, saya telah belajar cara untuk berkawad kaki dalam upacara
rasmi. Hal ini dapat digunakan oleh saya apabila terlibat dengan aktiviti yang formal.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Antara isi pelajaran ialah pengenalan tentang bantuan perubatan dan bantuan
kecemasan. Bantuan perubatan biasanya diberikan oleh doktor, jururawat, paramedik
dan pembantu perubatan (medical assistant). Manakala bantuan kecemasan lazimnya
diberikan sebelum ketibaan bantuan perubatan untuk menyelamatkan nyawa mangsa.
Seterusnya, kami juga didedahkan dengan prinsip bantuan kecemasan, iaitu kita
hanya boleh memberikan bantuan kecemasan ini sekiranya kita betul-betul menguasai
pengetahuan dan kemahiran memberi pertolongan cemas. Sekiranya kurang salah satu
syarat tersebut, adalah dicadangkan untuk tidak memberi bantuan kecemasan secara
individu kerana hal ini akan membahayakan lagi mengsa.
Dalam aspek kit bantuan kecemasan, sesebuah kotak pertolongan cemas perlu
mengandungi bahan-bahan tertentu. Antara bahan tersebut ialah adhesive tape, safety
pin, plaster, pelbagai bandage, gauze, cotton wool, wipe (anticeptic), thermometer,
sarung tangan, pocket mask, cold pack, heat pack dan nombor telefon unit kecemasan.
BUKU LOG KRS
Ubat-ubatan adalah dilarang sama sekali untuk diletakkan dalam kotak pertolongan
cemas.
Sehubungan itu, kami juga belajar tentang struktur badan manusia. Badan
manusia terdiri daripada sel, tisu, organ dan sistem. Pengetahuan tentang struktur
badan manusia ini adalah penting supaya dapat memberi pertolongan cemas kepada
mangsa dengan berkesan.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Selain itu, kami juga belajar tentang kejutan elektrik dan ciri-ciri orang yang
terkena kejutan elektrik serta langkah-langkah untuk menanganinya. Seseorang yang
terkena kejutan elektrik akan tidak sedarkan diri, hilang daya pernafasan dan mungkin
menjadikan jantungnya terhenti. Langkah bantuan yang boleh diberikan ialah:
1. Alihkan mangsa daripada bahaya dengan secepat mungkin. Jika suis utama
adalah jauh daripada pesakit, lebih baik mengalihkan pesakit terlebih dahulu
daripada menutupkan suis.
2. Jika arus elektrik masih mengalir, tutupkan suis besar. Kemudian, gunakan
bahan penebat untuk mengalihkan mangsa.
Semasa memberi bantuan kepada pesakit, harus diingati bahawa sekiranya arus
elektrik mengalir dalam badan manusia bagi tempoh yang lama, denyutan jantungnya
boleh terhenti. Seterusnya, sebelum melakukan usaha penyelamatan, seseorang itu
harus menentukan keselamatan diri dan orang awam.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Kami yang terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap dan Bulan
Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah diberi taklimat kerja kursus oleh Encik Nik Zaidi Bin
Ismail.
Tugasan kami dibahagikan kepada dua bahagian iaitu tugasan buku log dan
amali. Antara perkara yang perlu dimasukkan dalam buku log ialah sejarah Tunas
Kadet Remaja Sekolah (TKRS), struktur dan organisasi KRS, perlembagaan
pertubuhan, pengurusan dan pentadbiran serta pengurusan buku log.
Dalam bahagian amali, aspek-aspek yang dinilai ialah asas pertolongan cemas,
asas kawad kaki, istiadat dan orientasi kurikulum unit beruniform di Sekolah Rendah.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Kami yang terdiri daripada Kadet Remaja Sekolah (KRS), Pengakap dan Bulan
Sabit Merah Malaysia (BSMM) telah menjalankan kursus asas perkhemahan.
Encik Nik Zaidi Bin Ismail telah memberi ceramah kepada kami mengenai kursus
asas perkhemahan. Antara kandungan yang diterangkan oleh beliau ialah asas
pengurusan perkhemahan, pengurusan kraf khemah, pengurusan peralatan
perkhemahan, pengurusan makanan dan pengurusan risiko/ keselamatan dalam
perkhemahan.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Selepas tamat sesi amali, saya telah menerima sijil kursus asas perkhemahan
daripada kolej komuniti pada majlis penutup.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Lokasi : Astaka
Pada hari ini, saya telah menyampaikan beberapa pengetahuan yang saya ada
untuk kawad kaki asas yang digunakan dalam KRS. Saya menyebutkan beberapa
hukuman yang selalu digunakan dalam kawad kaki statik dan dinamik. Selain itu, saya
menunjukkan apa yang perlu dilakukan oleh ahli skuad seandainya mendapat arahan
tertentu dalam kawad.
Selepas itu, saya juga telah menguji beberapa orang rakan saya untuk memberi
arahan yang sama supaya ilmu yang saya sampaikan dapat dipraktikkan. Ini juga dapat
melatih keyakinan mereka untuk memberikan arahan semasa dalam kawad kaki.
........................................................................
( )
BUKU LOG KRS
Lokasi : Astaka
Dalam aktiviti ini, kami telah berlatih untuk memberi arahan kawad kaki secara
bergilir-gilir. Antara arahan yang dipelajari ialah dalam keadaan rehatkan diri, squad,
squad sedia, ke kanan lurus, pandang depan, dari kanan nombor, buka
barisan……gerak, tutup barisan……gerak, bergerak ke kanan/kiri…… kanan/ kiri
pusing dan menghadap ke belakang……kanan/ kiri pusing.
Aktiviti ini telah memberi latihan kepada kami sebagai persediaan untuk ujian
kawad kaki yang akan dijalankan tidak lama lagi.
........................................................................
( )