Anda di halaman 1dari 11

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO.MATRIK

FAKHRUDDIN BIN SUHAIMI L20181010911


MUHAMMAD KHAIRIL ADLIN BIN ZAHARIMAN L20181010944
BIL TAJUK HALAMAN
1 1.0 PENGHARGAAN
2 2.0 PENGENALAN
3 3.0 OBJEKTIF INOVASI
4 4.0 KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI

4.1 AKTIVITI 1 : JAM SOLAT


4.2 AKTIVITI 2 : BUKU MINI RUKUN SOLAT
4.3 AKTIVITI 3 : PUZZLE SOLAT
4.4 AKTIVITI 4 : KOTAK MINDA
4.5 AKTIVITI 5 : KUIZ LAFAZ NIAT SOLAT

5 PENUTUP
1.0 PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, maka
kami telah dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Insyaallah, semoga tugasan ini akan
memberikan banyak manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa
membuat tugasan ini dalam proses pengajaran kami di masa akan datang.

Solat merupakan penghubung antara manusia dengan Penciptanya. Melalui solat seseorang itu
dapat berhubung terus dengan Allah SWT untuk memohon hidayah, meminta pertolongan serta
mengadu dan menyerah diri kepada Allah SWT. Melalui solat juga seseorang dapat
menghampirkan diri kepada Allah SWT, mendapat sumber tenaga yang baru dan bekalan
kepada jiwa yang sentiasa memerlukannya sepanjang perjalanan hidup ini. Solat juga
merupakan perkara pertama yang akan dipersoalkan di hari akhirat kelak. Ini menunjukkan
bahawa solat adalah ibu kepada segala ibadat dan ianya amat penting untuk dilaksanakan dalam
kehidupan. Solat juga adalah tiang agama yang membawa maksud teras kepada amalan-amalan
yang lain. Oleh itu, seseorang yang meninggalkan dan mengabaikan solat seolah-olah ia telah
meruntuhkan agamanya sendiri.

Pendidikan solat adalah satu bentuk pendidikan awal yang perlu ditekankan sebagai amalan
kanak-kanak seawal usia tujuh tahun seperti mana yang disarankan oleh Rasululah SAW. Ini
kerana solat merupakan tiang agama yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Ia
merupakan identiti penting yang membezakan antara orang Islam dengan orang bukan Islam.
Para ibu bapa khususnya perlu menyedari tanggungjawab mereka untuk memastikan anak-anak
melaksanakan solat secara konsisten kerana solat merupakan tonggak utama untuk mengisi jiwa
anak-anak dengan akidah tauhid.
2.0 PENGENALAN
3.0 OBJEKTIF INOVASI

Penghasilan projek “ SOLAT ” adalah untuk :

1) Menarik minat murid untuk belajar dengan lebih mudah dan kreatif.

2) Meningkatkan kemahiran menguasai rukun dengan pantas.

3) Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan


bahan bantu mengajar yang menarik dan boleh disentuh murid dalam tempoh pengajaran yang
ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

4) Dapat memulihkan murid yang keciciran jawi dan mewujudkan suasana pembelajaran yang
seronok dan aktif dalam pelajaran.

5) Mengubah cara pengajaran dan pembelajaran kepada yang lebih menarik dan
menyeronokkan.
4.0 KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI

4.1 AKTIVITI 1

Tajuk : Jam Solat

Teknik : Menandakan waktu solat

BBM : kertas A4.

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1) Mengetauhui setiap waktu solat

2) Dapat membezakan setiap waktu solat

Kaedah pelaksanaan :

Langkah 1

Guru meminta pelajar membentuk kumpulan dan saetip kumpulan diberi satu jam solat. Murid
diminta untuk mencari padanan jam mengikut waktu dengan betul dan menyempurnakan setiap
tugasan dengan betul.

Langkah 2

Murid mencari padanan waktu solat dan menulis huraian dibawah gambar jam solat.
4.2 AKTIVITI 2

Tajuk : buku mini rukun solat

Teknik : mudah dibaca dimana-mana

BBM : nota kecil.

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1) Mengetauhui setiap rukun solat

2) Dapat membezakan setiap rukun qauli dan rukun fikli.

Kaedah pelaksanaan :

Langkah 1

Guru memberikan nota kecil kepada setiap kumpulan . pelajar dapat menghafaz setiap rukun fikli dan
rukun qauli dengan mudah kerana nota mini yang disediakan amat menarik minat pelajar.

Langkah 2

pelajar dapat membezakan dengan mudah rukun qauli dan rukun fikli dengan mudah.
4.3 AKTIVITI 3

Tajuk : Puzzle Solat

Teknik : Meneka Perkataan Jawi /

BBM : kertas puzzle

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1) Mengeja perkataan solat

2) Dapat menyusun silang kata dengan betul

Kaedah pelaksanaan :

Langkah 1

Guru memberikan puzzle kosong kepada setiap kumpulan . pelajar meneka perkataan dalam jawi
bersama ahli kumpulan.

Langkah 2

pelajar dapat mengnal dan mengingat perkataan jawi dengan mudah.


4.4 AKTIVITI 4

Tajuk : kotak minda

Teknik : baca nota dan jawab soalan

BBM : kotak dan kertas warna

Objektif pembelajaran

1. Mengingat kembali maklumat – maklumat yang telah dipelajari

2. Menguji kefahaman pelajar terhadap topik – topik yang dipelajari

3. Membina kefahaman yang lebih kukuh

Langkah penggunaan kotak minda

Kotak minda mempunyai 4 lapisan. Setiap lapisan mempunyai item – item tertentu. Pelajar
dikehendaki menyelesaikan arahan di setiap lapisan kotak sebelum membuka lapisan seterusnya.
PENUTUP

Usaha-usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk memastikan generasi kini adalah generasi yang
menjadikan solat sebagai benteng pertahanan diri serta ketahanan menghadapi arus cabaran era
globalisasi kini. Seterusnya mereka akan mampu menghindarkan diri dari terjebak dengan pelbagai
gejala negatif yang boleh merosakkan generasi Islam kini dan akan datang. Pengaruh globalisasi
memberi impak besar kepada sikap dan sahsiah remaja Islam. Bagaimanapun saling menuding jari
serta menyalahkan pengaruh tertentu tanpa mengambil tindakan yang sepatutnya tidak dapat
menyelesaikan masalah. Oleh itu kesepaduan tenaga untuk mendekatkan anak-anak kepada
penghayatan solat yang sebenar serta kehidupan beragama amat perlu. Semua pihak perlu
menggembeling tenaga semaksimum yang mungkin untuk memastikan generasi pewaris kini sentiasa
mendapat bimbingan untuk berada di atas landasan hidup beragama sepanjang hayat.

Semoga usaha-usaha untuk memperkasakan solat dalam kalangan pelajar sekolah serta
mengembalikan mereka kepada kehidupan yang bertunjangkan Islam dapat dilaksanakan dengan
kerjasama dan kesedaran semua pihak yang berkaitan.
Lampiran 1

Anda mungkin juga menyukai