Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN SUKAN YDP PIBG

Yang Berusaha, Encik Mohd Zain bin Abd Halim, Guru Besar SK FELDA
Purun, Yang Dihormati, En Nor Azlin bin Abas GPK Kokurikulum, SK FELDA
Purun merangkap Pengurus Temasya Sukan Sekolah., En Zuraidi bin Abdul Jalil,
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Che Ismail bin Che Ibrahim, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Guru- guru, Para Ajk PIBG sekolah, para ibu bapa dan murid-murid sekalian.

Telebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurnianya , dapat kita bersama-sama meraikan Temasya sukan sekolah kali
ke 44.

Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru kerana bertungkus


lumus merealisasikan Temasya Sukan Sekolah pada hari ini.

Hadirin Sekalian,

Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang hadir pada hari ini. Sokongan
yang sebeginilah yang selalu kita harapkan daripada semua ibu bapaSK FELDA
Purun .Ini membuktikan bahawa para ibu bapa sekolah ini amat prihatin dengan
aktiviti-aktiviti yang sekolah adakan untuk anak-anak kita. Tahniah daripada saya.

Tuan-Tuan dan puan,

Temasya Sukan Sekolah diadakan pada setiap tahun adalah untuk membina
semangat kesukanan anak-anak kita. Ianya bukan sekadar satu temasya bagi
mengukur kemampuan anak-anak kita bertanding dalam acara-acara sukan tetapi
temasya ini juga membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi
dalam kalangan murid-murid. Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf keboleh
mampuan berfikir dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan
bersahsiah mulia.

Hadirin sekalian,
Temasya sukan sekolah ini adalah salah satu daripada usaha sekolah dalam
memastikan akses pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya
memberi kesan berganda dalam bidang pembelajaran. Ini secara tidak langsung
dapat melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang pembelajaran khasnya.

Badan sihat otak cerdas boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jasmani yang
diadakan di sekolah. Elemen ini sangat dititik beratkan oleh pihak sekolah bagi
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohani.
Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari ini dan
juga pada masa akan datang.

Insya Allah. Saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan dapat memberikan


sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum
kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan membantu
pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum. Momentum seperti
inilah yang kita perlukan agar anak-anak kita sentiasa cerdas dan cergas sama ada
di sekolah mahupun di rumah. Maka akan lahirlah pelajar minda kelas pertama
yang senantiasa kita harapkan.

Dengan adanya kerjasama dua hala ini, saya berharap agar sekolah SK. Felda
Purun akan terus cemerlang dalam bidang Kokurikulum khasnya. Saya juga
berharap agar warga pendidik dan murid –murid dapat bersama-sama menguatkan
tekad dan usaha bagi memastikan bidang kokurikulum akan terus cemerlang pada
masa akan datang.

Sebelum saya akhiri kalam, saya mengucapkan selamat bertanding kepada murid-
murid saya. Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat kesukanan yang
kental itu yang perlu ada dalam setiap jiwa anak-anak.

Dengan lafaz ‘Bismillahhirrahmannirrahim’ saya merasmikan Temasya Sukan


Sekolah Kebangsaan FELDA Purun kali ke 44.

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai