Anda di halaman 1dari 23

2.

0 PERNYATAAN PROFESIONAL/ KONTRAK AKTIVITI (LAMPIRAN 1-1)

2.1 Pernyataan Sebelum PBS


Sebelum kami menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di
sekolah, kami diberikan taklimat oleh pensyarah dari unit praktikum. Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Ijazah Sarjana
Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pelajaran
Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman awal kepada pelajaran
tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Terdapat tiga kali aktiviti
PBS yang perlu dilaksanakan iaitu semasa Semester 2, 3 dan 4.
Taklimat PBS kali ini hanya melibatkan guru-guru pelatih semester 2, 4 dan
guru PDPLI KDC di Dewan Za’aba. Taklimat diberi bertujuan untuk memberikan satu
pengenalan tentang PBS kepada guru-guru pelatih. Kami juga diberikan surat
pengenalan diri ke sekolah, dokumen serta kerja tugasan PBS sebagai panduan
apabila menjalani PBS di sekolah nanti.

Selepas taklimat, kami dapat memahami konsep PBS dan objektif yang perlu
dicapai dengan lebih jelas. PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar
tentang alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Terdapat beberapa aspek
yang perlu dititikberatkan dalam PBS, antaranya ialah sikap nilai moral dan sahsiah
diri hendaklah dipupuk dalam setiap orang agar menjaga nama baik institut. Kami
juga diharap dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah,
menghayati peranan sebagai seorang guru serta mendapat pendedahan awal
tentang pembelajaran murid.

PBS kali ini akan dijalankan selama 5 hari dari 26 Mac 2018 hingga 30 Mac
2018. Saya telah memilih SJK (C) Permatang Tinggi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang
sebagai sekolah pilihan saya dan PBS kali ini merupakan pengalaman ketiga saya.
Sebelum menjalankan PBS di sekolah tersebut, saya telah menghubungi seorang
cikgu yang berkhidmat di sana untuk mendapatkan maklumat sekolah seperti nombor
telefon dan alamat sekolah.

Akhir sekali, saya telah merancang untuk menyediakan soalan temu bual dan
borang soal selidik kepada guru dan murid di sekolah itu untuk mengumpulkan
maklumat tugasan saya.

1
2.2 Laporan pelaksanaan aktiviti yang difokus

Bil Tarikh Tindakan


1 26 Mac 2018  Melapor diri kepada Guru Besar
(ISNIN)  Minta maklumat umum sekolah untuk mengisi Lampiran 1-6
 Perjumpaan dengan Penolong Kanan 2
 Pemerhatian terhadap persekitaran sekolah dan mengambil
gambar
 Temu bual dengan pelajar
2 27 Mac 2018  Ganti kelas pada pukul 9.30am hingga 10.00am di kelas 5S
(SELASA) dan 12:50pm hingga 1.20pm di kelas 6J.
 Temu bual dengan kakitangan sekolah.
3 28 Mac 2018  Ganti kelas pada pukul 10.30 am hingga 11.30am di kelas 6G.
(RABU)  Temu Bual dengan guru bahasa untuk mendapatkan info
berkaitan dengan kesan kepelbagaian sosial dari aspek
bahasa di sekolah tersebut.
 Temu bual dengan guru bahasa Inggeris tentang Pdpc di
sekolah.
 Temu bual penolong kanan berkaitan dengan aktiviti
kokurikulum sekolah.
4 29 Mac 2018  Ganti kelas 4C pada pukul 12.00pm hingga 1.00pm.
(KHAMIS)  Memberikan ujian kepada pelajar 4C atas tugasan
EDUP3063.
 Temu bual dengan penolong kanan hal ehwal murid.
5 30 Mac 2018  Temu bual dengan seorang guru Bahasa Cina untuk
(JUMAAT) mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan tugasan
BCNB3073.
 Memberi borang kehadiran dan borang penilaian kepada Guru
Besar untuk tandatangan.
 Pengambilan gambar dengan Guru Besar dan Penolong
Kanan Kokurikulum.

2
3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN

3.1 PEMERHATIAN
Perkara yang diberi perhatian ialah:
a) Proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) yang dijalankan di dalam
kelas.
i. Bagaimana proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) dijalankan?
ii. Adakah KSSR digunakan untuk pengajaran apabila proses
pembelajaran dan pengajaran (P&P) dijalankan?
iii. Adalah guru selalu menggunakan alat membantu untuk mengajar
apabila proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) dijalanakn?
b) Keadaan infrastruktur di sekolah.
i. Apakah kemudahan infrastruktur telah disediakan di sekolah?
ii. Adakah kemudahan infrastruktur yang disediakan mencukupi?
c) Pemerhatian yang dilakukan terhadap persekitaran sekolah.
i. Berapakah bangunan yang terdapat dalam sekolah ini?
ii. Bagaimana dengan kemudahan-kemudahan di sekolah ini?
iii. Bagaimana dengan keceriaan sekolah?
iv. Apakah benda yang menarik dalam sekolah?
d) Pemerhatian lanjut mengenai aktiviti sekolah.
i. Apakah yang dilakukan semasa perhimpunan?
ii. Apakah yang dilakukan semasa kokurikulum?
iii. Bagaimana ujian pemilaian dijalankan?
e) Pemerhatian dalam bilik darjah.
i. Apakah komoditi di dalam bilik darjah?
ii. Bagaimana suasana dalam bilik darjah?
iii. Apakah yang terdapat pada papan notis dalam kelas?
iv. Adakah kebersihan kelas dijaga?
f) Pemerhatian terhadap disiplin murid-murid.
i. Bagaimanakah sikap murid-murid terhadap guru?
ii. Bagaimanakah sikap murid-murid terhadap rakan-rakan mereka?
iii. Adakah murid-murid peka terhadap kebersihan sekolah?
iv. Bagaimana sikap murid-murid terhadap orang luar?
g) Pemerhatian terhadap sikap guru.
i. Bagaimana sikap guru terhadap Guru Besar?
ii. Bagaimana sikap guru terhadap guru lain?
iii. Bagaimana layanan guru terhadap murid-murid?

3
iv. Adakah guru bertanggungjawab terhadap tugas mereka?
h) Pemerhatian terhadap sikap pekerja sekolah.
i. Adakah mereka bertanggungjawab terhadap tugas mereka?
ii. Bagaimanakah sikap mereka terhadap kakitangan sekolah?
iii. Bagaimana sikap mereka terhadap murid-murid?
i) Aktiviti kurikulum yang dijalankan di sekolah.
i. Adakah guru mengajar dengan mengikuti sukatan pelajaran?
ii. Adakah guru mencatatkan proses pembelajaran dan pengajaran yang
dijalankan setiap hari dalam buku rekod pengajaran guru?
iii. Adakah guru menggunakan bahan bantu mengajar semasa proses
pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan?
iv. Adakah sekolah menyediakan sudut bacaan bagi murid sekolah?
j) Kebersihan dan keceriaan di kawasan sekolah.
i. Adakah kawasan sekolah bersih dan ceria?
ii. Apakah usaha yang telah pihak sekolah ambil untuk memastikan
kawasan sekolah selalu bersih dan ceria?
k) Keadaan bilik guru.
i. Bagaimanakah dengan keadaan bilik guru?
ii. Apakah kegunaan bilik guru?

4
3.2 SENARAI SEMAK
1. Senarai semak kemudahan di sekolah.

Bil Kemudahan Ada Tidak


1 Bilik darjah
2 Dewan
3 Pejabat / bilik guru
4 Kantin
5 Perpustakaan
6 Bilik muzik
7 Bilik kesihatan
8 Bilik persidangan
9 Bilik PK 1
10 Bilik PK HEM
11 Makmal sains
12 Makmal computer
13 Gelanggang bola keranjang
14 Gelanggang bola tampar
15 Gelanggang badminton
16 Padang permainan
17 Taman kecil
18 Tempat letak kereta
19 Papan kenyataan
20 Peta sekolah

2. Senarai semak kemudahan bilik guru.

Bil Kemudahan Ada Tidak


1 Meja
2 Kerusi
3 Lampu
4 Kipas
5 Papan putih
6 Papan kenyataan
7 Besin
8 Tandas
9 Rak buku
10 Wireless server
11 Mesin fotostat

3. Senarai semak kemudahan dalam bilik darjah.

Bil Kemudahan Ada Tidak


1 Meja
2 Kerusi
3 LCD projector
4 Kipas
5 Papan putih
6 Tong sampah
7 Alat kebersihan
8 Alat menulis

5
9 Pembesar suara
10 Skrin tayangan
11 Papan hitam

4. Senarai semak kemudahan bilik komputer.

Bil Kemudahan Ada Tidak


1 Meja
2 Kerusi
3 Penghawa dingin
4 Kipas
5 Papan putih
6 Rak
7 LCD projector
8 Pembesar suara
9 Printer, scanner

5. Senarai semak kemudahan di perpustakaan.

Bil Kemudahan Ada Tidak


1 Meja
2 Kerusi
3 Penghawa dingin
4 Kipas
5 Papan kenyataan
6 Kemudahan online
7 Rak buku
8 Pembesar suara
9 Printer, scanner

6
3.3 TEMU BUAL
TEMU BUAL DENGAN KAKITANGAN SEKOLAH
Tarikh: 26/3/2018
Masa: 12.00 pm
Nama: Puan Liew Yee Hui
Guru Pelatih : Berapakah lama puan berkhidmat di sekolah ini?
Kakitangan sek : Saya telah berkhidmat selamat 18 tahun di sekolah ini iaitu bermula pada
tahun 2005.
Guru Pelatih : Apakah bidang tugas utama puan?
Kakitangan sek : Saya bertugas untuk menyediakan surat-menyurat, sebagai admin
pentadbiran dan membantu segala urusan pentadbiran yang berkaitan.
Guru Pelatih : Apakah masalah yang telah puan hadapi semasa bekerja?
Kakitangan sek : Mesin cetak sekolah ini sering rosak dan guru-guru juga sentiasa memberi
tugasan kertas yang banyak kepada puan.
Guru Pelatih : Bagaimanakah puan menghadapi masalah yang dihadapi?
Kakitangan sek : Membuat laporan kepada pihak tertentu untuk membaiki mesin cetak.
Masalah lain puan terima sahaja.
Guru Pelatih : Apakah harapan puan terhadap sekolah ini?
Kakitangan sek : Semoga sekolah ini menjadi sekolah berprestasi tinggi.
Guru Pelatih : Terima kasih puan.

TEMU BUAL DENGAN GURU-GURU LAIN

Tarikh: 30/3/2018
Masa: 10:30 a.m.
Nama: Pn. Sim Yee Hong (guru Bahasa Cina)

Guru Pelatih : Berapa lamakah cikgu berkhidmat dalam bidang pendidikan?


Guru : Pengalaman mengajar saya adalah selama 13 tahun.
Guru Pelatih : Apakah subjek yang diajar oleh cikgu?
Guru : Saya merupakan seorang guru Bahasa Cina, tetapi saya juga mengajar
Matematik dan Muzik.
Guru Pelatih : Apakah kaedah yang digunakan oleh cikgu untuk mengajar?
Guru : Saya mementingkan kawalan disiplin kelas dan kebersihan kelas dahulu
sebelum saya mengajar. Bagi murid yang lemah, saya akan memudahkan

7
tugasan yang diberi dengan memecahkan tugasan kepada beberapa
bahagian kecil.
Guru Pelatih : Apakah masalah yang telah cikgu hadapi semasa mengajar dalam kelas?
Guru : Masalah yang saya hadapi ialah murid yang lemah tidak akan menjawab
soalan semasa aktiviti berkumpulan.
Guru Pelatih : Bagaimana cikgu menyelesaikan masalah yang dihadapi?
Guru : Saya akan menetapkan peraturan untuk memastikan setiap murid
berpeluang mengeluarkan pendapat.
Guru Pelatih : Apakah harapan cikgu terhadap sekolah ini?
Guru : Saya berharap semua murid boleh tekun berusaha dan berdikari dalam
menyelesaikan tugas mereka.
Guru Pelatih : Terima kasih, cikgu.

TEMU BUAL DENGAN GURU PENOLONG KANAN 1

Tarikh: 27/3/2018
Masa: 8.00 a.m.
Nama: Cik Tan Bee Hua

Guru Pelatih : Berapa lamakah puan menjadi seorang pendidik?


GPK1 : Pengalaman mengajar saya adalah selama 26 tahun dan memegang
semua bidang pentadibiran sekolah.
Guru Pelatih : Apakah kerja-kerja utama Guru Besar?
GPK1 : Kerja-kerja utama saya adalah untuk mengurus hal-hal guru seperti
menetapkan jadual waktu mengajar guru, menjadi ketua panitia, berurus
dengan PBD, melancarkan 1M1S dan sebagainya. Saya juga mengajar
tetapi hanya 17 sesi dalam seminggu.
Guru Pelatih : Bagaimanakah anda meningkatkan prestasi akademik sekolah ini?
GPK1 : Guna kaedah TMK dan galakkan pendidikan abad ke-21 seperti
penggunaan papan putih, parking lots, susunan meja dan kerusi dan
hiasan kelas.
Guru Pelatih : Apakah isu yang dihadapi oleh cik di sekolah ini?
GPK1 : Sekolah ini pernah wujud isu pembulian dari 2 tahun yang lalu, tetapi kini
telah diselesaikan. Satu lagi isu adalah ketekanan guru. Saya ingin
memberi nasihat bahawa sebagai seorang guru, kita mestilah bijak

8
mengawal emosi kita dan bermesra dengan warga sekolah lain
termasuklah rakan sekerja anda. Ingatlah KPI.
Guru Pelatih : Terima kasih atas nasihat puan.
GPK1 : Saya juga ingin menunjukkan maklumat tambahan tentang BAK21, e-brim
dan e-operasi sebentar lagi. Kita jumpa selepas waktu ini.
Guru Pelatih : Boleh cik. Apakah pula harapan cik terhadap sekolah ini?
GPK1 : Saya harap bilangan pelajar 8A dapat meningkatkan lagi.
Guru Pelatih : Terima kasih, Guru Besar.

TEMU BUAL DENGAN GURU BESAR

Tarikh: 28/3/2018
Masa : 9.30 a.m.
Nama: Puan Saw Ai Hwa
Guru Pelatih : Berapa lamakah puan menjadi seorang pendidik?
Guru Besar : 29 Tahun iaitu bermula pada tahun 1989. Saya adalah ketua panitia
kepada subjek Matematik dan bahasa Inggeris.
Guru Pelatih : Apakah kerja-kerja utama Guru Besar?
Guru Besar : Kerja-kerja utama saya adalah untuk mengurus pentadbiran sekolah,
kewangan sekolah, kelengkapan infrasturuktur sekolah, perkara sumber
manusia dan menjaga hak serta keselamatan semua warga sekolah.
Guru Pelatih : Bagaimanakah anda meningkatkan lagi prestasi akademik sekolah ini?
Guru Besar : Guna kaedah kelas anjak seperti anda yang dapat perhatikan. Hal ini
membolehkan guru mengajar murid mengikut tahap kebolehan mereka.
Selain itu, saya juga merancang satu program membaca agar murid dapat
memupuk minat membaca semasa waktu rehat.
Guru Pelatih : Apakah isu yang dihadapi oleh puan di sekolah ini?
Guru Besar : Isu utama adalah kehadiran pelajar. Kebanyakan murid di sekolah ini
tinggal bersama datuk dan nenek mereka dan sebahagian kecil murid juga
berasl dari institut keluarga yang tidak sempurna. Oleh sebab faktor
keluarga, ramai murid suka ponteng sekolah dengan alasan yang
pelbagai. Satu lagi isu adalah kesukaran penyesuaian guru muda. Guru
akan tertekan kerana kini paper work adalah banyak.
Guru Pelatih : Bagaimanakah puan mengatasi masalah isu ini?
Guru Besar : Mengadakan lawatan ke rumah murid dan sentiasa memberi kata-kata
motivasi kepada guru.

9
Guru Pelatih : Apakah pula harapan puan terhadap sekolah ini?
Guru Besar : Saya harap bilangan pelajar 8A dapat meningkatkan lagi.
Guru Pelatih : Terima kasih, puan.

TEMU BUAL DENGAN MURID

Tarikh: 27/3/2018
Masa: 12.12 p.m.
Nama: Tan Yee En

Guru Pelatih : Apa mata pelajaran yang Yee En paling suka?


Murid : Saya paling suka mata pelajaran Matematik.
Guru Pelatih : Adakah Yee En menanya soalan kepada guru apabila kamu tidak faham?
Murid : Tidak, saya akan menanya soalan kepada rakan-rakan saya.
Guru Pelatih : Adakah anda sentiasa membuat kerja sekolah di rumah?
Murid : Ya, sebab saya mempunyai terlalu banyak kerja sekolah dalam satu hari,
selepas waktu persekolahan pula, saya perlu hadir kelas tambahan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah.
Guru Pelatih : Adakah Yee En berpuas hati terhadap keputusan akademik sendiri?
Apakah usaha yangsentiasa diambil oleh Yee En untuk belajar?
Murid : Saya berpuas hati kerana setiap kali sebelum ujian saya akan mengulang
kaji.
Guru Pelatih : Apakah harapan anda terhadap diri sendiri?
Murid : Saya ingin mendapat kedudukan “Top 10” pada ujian yang akan datang.
Guru Pelatih : Terima kasih, Yee En.

10
5.1 ILMU / PENGETAHUAN BARU MELALUI PEMERHATIAN

Sepanjang 5 hari saya berada di SJK(C) Permatang Tinggi, banyak pengetahuan


dan pengalaman baru yang telah saya perolehi. Kaedah pemerhatian telah digunakan
sepanjang PBS ini dijalankan. Buktinya :

a) Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan di dalam kelas.


(Mata pelajaran Bahasa Cina)
Melalui pemerhatian, saya mendapati bahawa guru telah mengaplikasikan
kaedah pendidikan abad ke-21 iaitu mengajar dengan LCD dan kaedah koperatif. Di
dalam kelas, saya telah memerhati kebanyakan murid sudi mengangkat tangan untuk
menanya dan menjawab soalan guru mereka semasa PdP dijalankan. Namun,
sebilangan besar murid yang menjawab adalah daripada golongan yang bijak. Melalui
pemerhatian, saya juga mendapati KSSR adalah lebih baik daripada KBSR kerana
kaedah mengajar lebih berpusatkan kepada murid. Hal ini boleh didapati bahawa
kebanyakan guru akan mengaplikasikan sesi perbincangan sewaktu PdP dijalankan.
Sebahagian guru juga memanfaatkan kegunaan teknologi seperti menyampaikan
bahan pengajaran dengan menggunakan LCD.

b) Keadaan infrastruktur di sekolah


Kemudahan infrastruktur dan prasarana di sekolah ini adalah lengkap. Sebagai
contoh, sekolah ini telah disediakan oleh kemudahan perpustakaan, stor simpanan
alat pendidikan jasmani, makmal sains, makmal komputer, kelas kemahiran hidup,
kelas pemulihan, kantin, kelas prasekolah, gelanggang bola keranjang dan bilik
darjah yang kondusif. Untuk memenuhi keperluan abad ke-21, bilik darjah di sekolah
ini juga telah dilengkapi dengan kemudahan LCD dan visualizer.

c) Pemerhatian yang dilakukan terhadap persekitaran sekolah


Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan, iaitu blok pentadbiran, dua blok untuk
bilik darjah dan blok kantin. Tahap kebersihan sekolah ini juga memuaskan.
Contohnya, tandas guru dikehendaki mamakai kasut selipar. Di kantin pula, meja dan
kerusi juga disusun dengan kemas dan makanan yang dijual juga sentiasa ditutup.
Saya juga mendapati bahawa kebanyakan lorong bangunan telah digantung dengan
kata-kata hikmah dan nilai-nilai murni dan dinding mereka juga dihiaskan dengan
lukisan.

11
d) Pemerhatian lanjut mengenai aktiviti sekolah
Perhimpunan sekolah ini diadakan pada hari pertama (Isnin) setiap minggu.
Aktiviti kokurikulum di sekolah ini dijalannkan pada setiap hari Rabu. Setiap murid
akan melibatkan diri dalam unit beruniform, kelab atau persatuan dan permainan
yang dipilih oleh mereka. Sebagai maklumat tambahan, sekolah ini akan menjalankan
tiga kali ujian penilaian dalam setahun.

e) Pemerhatian dalam bilik darjah


Suasana bilik darjah adalah agak selesa dan kondusif. Bilik darjah di sekolah ini
telah disediakan dengan LCD dan visualizer untuk memudahkan pengajaran guru.
Bukan itu sahaja, kemudahan asas seperti meja, kerusi, papan putih, papan notis dan
almari juga disediakan oleh pihak sekolah. Papan notis dalam bilik darjah juga
dihiaskan dengan cantik dan dilengkapkan dengan bahan-bahan bantu belajar seperti
hasil kerja murid dan pelbagai soalan latihan mata pelajaran, jadual waktu, jadual
tugas dan sebagainya. Selain itu, kebersihan kelas adalah memuaskan, di mana
lantai bersih dan tiada sampah sarap. Susunan meja juga agak teratur dan mematuhi
pendidikan abad ke-21.

f) Pemerhatian terhadap disiplin murid-murid


Tahap disiplin sekolah ini agak baik. Contohnya, murid-murid akan bersalam
dengan guru mereka apabila mereka berjumpa dengan guru di mana-mana sahaja.
Pengawas di sekolah ini juga memainkan peranan mereka dengan sepenuhnya.
Mereka telah menjaga keselamatan dan disiplin para murid semasa waktu rehat.
Murid di sekolah ini juga peka terhadap kebersihan persekitaran mereka, di mana
mereka akan membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
Tambahan pula, murid-murid sekolah ini juga agak bersopan dan mereka telah
bersalam dengan saya walaupun saya hanya seorang pelatih guru.

g) Pemerhatian terhadap sikap guru


Guru-guru di sekolah ini sangat rajin dan penuh dengan tanggungjawab, tetapi
tidak begitu mesra. Hal ini kerana setiap guru akan sibuk dengan urusan online.
Namun, hubungan antara guru dengan guru lain agak rapat, di mana guru yang
mengajar sama darjah akan berbincang untuk menyelesaikan masalah murid mereka.

h) Pemerhatian terhadap sikap pekerja sekolah


Pekerja sekolah telah memainkan tanggungjawab penuh terhadap pekerjaan
mereka. Contohnya, pembersih tandas akan mencuci tandas pada setiap pagi bagi

12
memastikan kebersihan tandas. Di samping itu, mak cik yang bekerja di kantin juga
agak peramah, di mana mereka selalu bersenyum dengan pelanggan mereka.
Penjaga pintu pagar sekolah ini juga bertanggangjawab, di mana beliau membantu
murid dalam melintas jalan raya dan menjaga keselamatan mereka.

i) Aktiviti kurikulum yang dijalankan di sekolah


Untuk memastikan kelancaran PdP, guru telah mengajar dengan sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan. Di dalam kelas, guru menggunakan bahan bantu
mengajar seperti LCD untuk menghasilkan suasana pembelajaran abad ke-21.

j) Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah


Melalui pemerhatian saya, kokurikulum dalam sekolah ini terdiri daripada badan
beruniform, persatuan atau kelab dan permainan. Sekolah ini akan menjalankan
aktiviti kokurikulum pada setiap petang Rabu.

k) Keadaan pajabat guru


Susunan meja dan kerusi guru amat kemas dan teratur. Bilik guru sekolah ini
juga dipasang dengan penghawa dingin dan mempunyai sudut rehat.

5.2 SENARAI SEMAK


Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui Senarai Semak
Senarai semak merupakan satu senarai yang menyenaraikan segala perkara dan
aspek yang hendak kami tinjaui. Senarai semak yang telah saya cipta ialah senarai
semak untuk kemudahan infrastruktur sekolah.

Melalui pemerhatian, kemudahan-kemudahan infrastruktur yang disediakan di


sekolah ini adalah lengkap. Buktinya, ruang yang disediakan untuk proses PdP
adalah mencukupi bagi para guru dan murid. Selain itu, pihak sekolah juga
menyediakan penghawa dingin di beberapa bilik yang khas, seperti bilik guru dan
perpustakaan. Kemudahan LCD juga disediakan di setiap kelas.

Bukan itu sahaja, kemudahan tandas yang disediakan kepada guru dan murid
adalah berpisah. Terdapat satu kemudahan yang tidak dapat saya jumpai di dalam
sekolah ini, iaitu surau. Hal ini disebabkan oleh majoriti pelajar di sekolah ini adalah
bangsa Cina dan bumiputera. Sekolah ini juga tidak mempunyai asrama.

13
Tuntasnya, saya berharap sekolah ini dapat meningkatkan lagi kualiti
kemudahan-kemudahan yang sedia ada atau menambahkan lagi kemudahan lain
yang mampu membawa keselesaan dan kesenangan kepada warga sekolah.

5.3 TEMU BUAL


Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui Temu Bual
Semasa PBS dijalankan, saya telah menemu bual dengan beberapa orang warga
sekolah. Antaranya ialah Guru Besar sekolah, Guru Penolong Kanan 2, Guru
Penolong Kanan 3, guru Bahasa Cina, kakitangan sekolah, guru Bahasa Melayu dan
seorang murid sekolah.

Melalui temu bual yang telah saya buat, saya telah mempelajari pelbagai teknik
pertanyaan yang baik dan berkesan. Aspek penting yang perlu dititikberatkan semasa
temu bual ialah nada suara dan intonasi yang digunakan. Misalnya, kata panggilan
yang sesuai dan kata-kata yang sopan haruslah banyak disebut.

Selepas sesi temu bual, saya mendapati bahawa kesemua pihak tersebut
mempunyai peranan dan tanggungjawab mereka tersendiri. Peranan mereka akan
memastikan kelancaran segala proses di sekolah. Mereka juga mempunyai harapan
yang sama iaitu bersama-sama meningkatkan pencapaian akademik murid sekolah.
Walaubagaimanapun, seseorang pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam bidang
akademik, tetapi juga harus cemerlang dalam bidang kokurikulum dan sikap
keperibadian seseorang murid.
6.1 AKTIVITI
1. Persekitaran dan iklim kelas
a) Pelan bilik darjah:

Kelas 6G

14
b) Bahan dan sumber PdP daripada guru telah dipamerkan di bilik darjah dengan
menggunakan LCD

c) . Pengajaran guru telah bertepat dengan keperluan pendidikan abad ke-21 iaitu
mengajar dengan penggunaan alat teknologi. Hal ini memudahkan murid
membaca dan melihat bahan yang ingin diajar oleh guru kerana saiz tulisan atau
gambar dapat dikawal. Unsur bunyi dan visual juga dapat diterapkan dalam
kaedah PdP dengan mudah dan hal ini dapat menarik minat murid untuk belajar.

d) Antara bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh murid ialah latihan
buku dan latihan daripada komputer guru. Misalnya pada hari Khamis semasa
saya menjadi guru ganti, guru Bahasa Cina di kelas Tahun 6 telah menyuruh
saya menayang soalan latihan di depan papan putih dan berbincang soalan
dengan murid.

e) Di dalam kelas, murid banyak didedahkan dengan sumber pembelajaran yang


berasaskan TMK. Hal ini kerana kebanyakan guru yang mengajar di kelas ini
telah menggunakan LCD untuk mempamerkan bahan mengajar mereka. Murid
juga diberikan peluang untuk menggunakan sumber pembelajaran yang
berasaskan TMK, di mana guru dapat mengakses internet dengan smartboard
untuk memberi maklumat tambahan kepada murid.

f) Di dalam kelas, murid memang digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif
dalam setiap aktivitu pembelajaran. Contohnya, guru menggunakan teknik soal
jawab untuk meningkatkan semangat murid untuk menanya atau menjawab
soalan kepada guru. Beberapa pusingan soal jawab telah dijalankan oleh guru
supaya setiap murid berpeluang untuk memberi pendapat. Di samping itu, guru
juga mengadakan perbincangan secara berkumpulan.

g) Menurut Guru Bahasa Cina Tahun 5, tiada cara spesifik untuk membahagikan
murid kumpulan-kumpulan. Guru tidak menetapkan kumpulan dalam kelas.
Kumpulan diberi berdasarkan kedudukan. Hal ini untuk memastikan setiap
kumpulan mempunyai pelajar yang pelbagai tahap akademik.

15
6.1.1 REFLEKSI HARI PERTAMA
26/3/2018 (Isnin)
Hari ini merupakan hari pertama saya menjalankan PBS di SJK(C) Permatang
Tinggi. Saya berasa gembira kerana sekolah ini merupakan kali ketiga saya
menjalankan PBS.

Saya dan dua orang rakan saya telah pergi ke sekolah pada awal-awal pagi.
Kami telah berjumpa dengan Guru Besar di pejabat dan kami telah melaporkan diri
kepada beliau. Kami telah menjelaskan tujuan PBS kami kepada beliau dan beliau
telah mengatur kedudukan kami di pejabat guru. Kami menghadiri ke perhimpunan
terlebih dahulu. Selepas itu, kami juga berpeluang berjumpa dengan Penolong Kanan
Guru Besar 2 tetapi beliau telah sibuk dengan urusan sekolah. Kami telah menemu
bual dengan seorang pelajar pada hari ini. Selepas rehat, kami telah melawat sekolah
ini dan mengambil gambar di sekeliling sekolah.

Sebagai kesimpulan, saya berasa gembira kerana PBS pertama hari saya agak
lancar.

6.1.2 REFLEKSI HARI KEDUA


27/3/2018 (Selasa)
Hari ini merupakan hari kedua saya pergi ke SJK(C) Permatang Tinggi untuk
menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 3.

Saya dan rakan saya telah diberi tugas untuk menjadi guru ganti kerana hari ini
ramai guru yang tidak hadir. Saya telah menjadi guru ganti kelas pada pukul 9.30am
hingga 10.00am di kelas 5S dan 12.50pm hingga 1.20pm di kelas 6J. Selepas itu,
saya menemu bual seorang kakitangan sekolah iaitu penjual kantin.

Sebagai kesimpulan, saya berasa agak mencabar kerana PBS kedua hari saya
telah banyak berinteraksi dengan murid di dalam kelas.

6.1.3 REFLEKSI HARI KETIGA


28/3/2018 (Rabu)
Hari ini merupakan hari ketiga saya pergi ke SJK(C) Permatang Tinggi untuk PBS.

Saya dan rakan saya telah pergi ke sekolah pada awal-awal pagi. Kami juga telah
menemu bual dengan Guru Penolong Kanan 1 di kantin. Hari ini, kami juga diarahkan
untuk membantu menjadi guru ganti kelas pada pukul 10.30am hingga 11.30am di

16
kelas 6G. Saya juga telah menemu bual dengan guru bahasa Inggeris tentang Pdpc
di sekolah dan guru bahasa Cina untuk mendapatkan info berkaitan degan kesan
kepelbagaian sosial dari aspek bahasa sekolah tersebut. Oleh sebab hari ini
merupakan hari ketiga, kami telah menyusun maklumat masing-masing.

Sebagai kesimpulan, saya berasa gembira kerana perjalanan PBS ketiga hari
saya sangat lancar dan seronok kerana saya telah berpeluang berinteraksi dengan
murid dan guru.

6.1.4 REFLEKSI HARI KEEMPAT


29/3/2018 (Khamis)
Hari ini merupakan hari keempat saya pergi ke SJK(C) Permatang Tinggi untuk
menjalankan PBS.

Sejak saya dan rakan saya tiba di sekolah pada awal pagi, kami telah diberi
kebenaran untuk menjalankan pemerhatian di kelas 5S. Pengajaran guru bahasa
Cina sangat menarik. Selepas itu, saya juga memberikan satu ujian kepada pelajar
kelas 4C atas tugasan EDUP3063.

Intihanya, saya berasa amat bersyukur kerana segala aktiviti dijalankan dengan
lancar.

6.1.5 REFLEKSI HARI TERAKHIR

30/3/2018 (Jumaat)

Hari ini merupakan hari terakhir saya pergi ke SJK(C) Permatang Tinggi untuk
menjalankan PBS.

Saya dan rakan saya menemu bual dengan seorang guru Bahasa Cina untuk
mendapatan maklumat berkaitan dengan tugasan BCNB3073. Kami juga berjumpa
dengan Penolong Kanan 1 untuk menandatanganI borang kehadiran dan borang
penilaian kendiri. Beliau telah memuji kelakuan kami dan kami juga mengucapkan
terima kasih kepada beliau atas bimbingan beliau. Seterusnya, kami juga
mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah banyak membantu kami.
Sebelum waktu sekolah bertamat, kami telah mengambil gambar bersama pihak
sekolah sebagai satu kenangan.

Tuntasnya, saya berasa gembira sepanjang PBS ini dan rasa cinta akan sekolah
tersebut. Saya berjanji saya akan menjadi seorang guru yang baik pada masa akan
datang.

17
7.0 LAPORAN AKHIR

Pada 26 Mac 2018 hingga 30 Mac 2018, saya telah berjaya menjalani
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 3 di SJK (C) Permatang Tinggi. PBS
ini merupakan satu program bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan
Kepujian (Pendidikan Rendah) Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini
diharapkan dapat memberi pemahaman awal kepada bakal guru tentang alam
persekolahan. Program ini meberi peluang kepada saya untuk memahami sekolah
sebagai satu institusi pendidikan dan peranan seorang guru di dalam bilik darjah.
Kaedah pemerhatian, pengumpulan dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru
telah saya aplikasi sepanjang PBS ini. Melalui program ini, saya memang berasa
seronok dan gembira kerana saya dapat menyesuaikan diri dengan cepat dalam
segala kegiatan yang dijalankan semasa PBS.

Melalui PBS ini, banyak ilmu pegetahuan yang telah saya perolehi. Antaranya
ialah saya telah belajar untuk mencipta soal selidik sendiri seperti soal selidik yang
mengkaji kemudahan infrastruktur di sekolah, soal selidik tentang gaya pembelajaran
murid dan sebagainya. PBS ini juga membantu saya meningkatkan kemahiran
pemerhatian saya kerana banyak perkara yang perlu diperhati dan dicatat sebagai
rekod. Selain itu, saya juga meningkatkan kemahiran komunikasi saya, di mana saya
berpeluang menemu bual dengan Guru Besar, guru-guru sekolah, kakitangan
sekolah dan muird-murid. Nilai kerajinan dan sopan santun adalah penting bagi
menjayakan PBS ini.

Di samping itu, peranan pihak pentadbir sekolah dan warga sekolah lain
termasuklah guru dan murid juga memainkan peranan penting dalam perkembangan
intelek, jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid. Sekolah merupakan institusi
yang penting untuk membentuk masyarakat yang berguna dan hal ini kerana sekolah
telah melibatkan hubungan antara murid, guru, ibu bapa dan masyarakat. Bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara, gurulah insan mulia yang
bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak murid. Dalam pengurusan sesebuah
sekolah, sistem pendidikan yang diaturkan mestilah seimbang dari segi JERIS iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Justeru, murid bukan sahaja dikehendaki
cemerlang dalam pencapaian akademik tetapi jug perlu bersahsiah tinggi.

Melalui PBS, saya juga memahami betapa pentingnya prasarana dan


kemudahan sekolah dalam membina perkembangan fizikal murid. Di SJK(C)
Permatang Tinggi, semua kemudahan yang disediakan adalah lengkap.
Pembelajaran abad ke-21 juga mula diterapkan dalam PdP sekarang, di mana guru

18
digalakkan untuk menggunakan LCD dan visualizer di dalam kelas. Perpustakaan
yang dibina di sekolah ini juga agak kondusif dan pelbagai bahan bacaan dapat
didapati. Secara tuntasnya, kelengkapan kemudahan sekolah ini memang dapat
mewujudkan satu suasana pembelajaran yang kondusif dan ceria kepada murid.
Kebersihan di sekolah ini yang memuaskan juga turut meningkatkan keceriaan
sekolah.

Sepanjang PBS ini dijalankan, saya juga berpeluang memerhati aktiviti kurikulum
yang dijalankan di SJK (C) Permatang Tinggi dan aktiviti kokurikulum. Pengurusan
sekolah telah memastikan kedua-dua aktiviti ini dijalankan secara seimbang dan
lancar. Hal ini untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi JERIS. Melalui
pengalaman saya semasa menjadi guru ganti, kebanyakan murid di sekolah lebih
mementingkan akademik, di mana mereka suka membaca buku atau membuat ulang
kaji di kelas apabila ketidakadaan guru. Murid-murid juga agak berdisiplin, di mana
mereka mengangkat tangan semasa menjawab soalan. Namun, saya mendapati
beberapa murid terutamanya murid Tahun 3 terlampau aktif dan cepat hilang
tumpuan semasa belajar. Melalui pengalaman ini, saya mendapati bahawa kawalan
kelas adalah penting dan susah kerana perkara yang tidak dapat disangkakan boleh
berlaku pada bila-bila masa.

Banyak nilai murni yang telah saya perolehi melalui PBS kali ini. Sikap tolak-
ansur dan hormat-menghormati adalah penting bagi menjaga hubungan erat antara
guru dengan murid atau guru dengan guru. Sebagai seorang bakal guru, saya telah
menepati semua arahan yang diberi oleh Guru Besar dan guru-guru lain. Saya juga
sanggup menerima dan mendengar pendapat yang diberi oleh guru bagi
memperbaiki kelemahan saya. Selain itu, sikap menepati masa adalah penting bagi
seseorang guru. Guru perlu hadir ke sekolah pada waktu yang lebih awal agar
menjadi satu teladan yang baik kepada murid-murid. Secara tidak langsung, saya
telah pergi ke sekolah pada pukul 6.50 pagi. Sikap ingin belajar juga penting bagi
seorang guru untuk meningkatkan kualiti PdP. Sebagai contoh, saya telah mendapat
kebenaran daripada beberapa guru untuk menjalankan pemerhatian di dalam kelas
guru tersebut termasuk juga kelas pemulihan.

Akhirnya, saya berasa bersyukur kerana dapat menghabiskan PBS saya dengan
lancar dan baik walaupun PBS ini telah banyak memberi cabaran kepada saya.
Ribuan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada semua warga SJK(C)
Permatang Tinggi yang telah banyak membantu saya sepanjang PBS ini. Pendek
kata, melalui PBS ini, saya telah lebih memahami sistem pengurusan di sebuah

19
sekolah dan peranan seorang guru. Oleh sebab pengenalan sistem pendidikan yang
baru iaitu KSSR, aktiviti PdP telah berpusatkan kepada murid. Namun, didapati
bahawa ramai pelajar di kawasan luar bandar tidak mampu menyesuaikan diri
dengan kaedah pengajaran ini. Guru yang bertanggungjawab mestilah bijak
membimbing muridnya dan mengambil tahu terhadap tahap perkembangan setiap
muridnya. Oleh itu, saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dari sekarang
agar menjadi seorang guru cemerlang pada masa akan datang.

Gambar 1: Pintu Besar SJK(C) Permatang Tinggi

Gambar 2: Saya dan rakan PBS

20
Gambar 3: Gambar kenangan dengan GPK 3 dan Guru Besar

Gambar 3: Kawasan sekolah yang indah

Gambar 4: Situasi sebenar semasa guru Bahasa Cina mengajar

21
Gambar 5: Gelanggang bola keranjang

Gambar 6: Pejabat Guru

Gambar 7 : Kantin

22
BIODATA PELAJAR

NAMA IPGK : INSTITUT PENDIDIKAN GURU


NAMA PELAJAR KAMPUS DARULAMAN
: BAN JIA XIN
NO.KAD PENGENALAN : 970726-02-5336

TARIKH LAHIR : 26/07/1997

ALAMAT RUMAH : 107, PEKAN BARU PENDANG,


06700 PENDANG, KEDAH.

NO.TELEFON : 012-4892253

EMEL : banjiaxin@outlook.com

KUMPULAN : MATEMATIK AMBILAN JUN 2016


TARIKH PBS : 26 MAC - 30 MAC 2018
NAMA PENSYARAH : PUAN HASLINA BINTI JAPRI

23

Anda mungkin juga menyukai