Anda di halaman 1dari 17

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN AZLAN

SHAH ULU KINTA


31250 TANJUNG RAMBUTAN
PERAK DARUL REDZUAN

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN


TAHUN 2 SEMESTER 2

CASE STUDY
SCABIES (KUDIS BUTA)

NAMA :MUHAMMAD RUSYDI BIN SHUHAIMI

NO I/C :950211-07-5627

NO. MATRIK :BPP 2016-4523

PENEMPATAN :KLINIK KESIHATAN SG SIPUT


1|Page
(UNIT KESIHATAN SEKOLAH)

KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 Biodata Pesakit Dan Pernyataan Masalah 3
2 Definisi Scabies 4
3 Pengenalan 5
4 Pencarian Literature Dan Perbincangan 6-8
5 Sejarah Penyakit Kini 9
6 Sejarah Keluarga 9
7 Pemeriksaan 9
8 Rawatan 10
9 Pendidikan Kesihatan 10
10 Patofisiologi 11
11 Manifestasi Klinikal 11
12 Cara Transmisi 12
13 Investigasi 12

14 Komplikasi 12
15 Pencegahan Dan Kawalan 13
16 Rumusan 14-15

17 Lampiran 16-17

18 Sumber Rujukan 18

Biodata Pesakit Dan Pernyataan Masalah

NAMA PESAKIT : KHIRTIRAJ A/L RAVI

BANGSA : INDIA
2|Page
UMUR : 5 TAHUN

JANTINA : LELAKI

WARGANEGARA : MALAYSIA

AGAMA : HINDU

Seorang pelajar yang bernama Mutusami A/L Muniapandi, berbangsa India, berusia 7
Tahun telah mengadu mengalami masalah kegatalan pada bahagian badan terutamanya di celah-
celah jari. Pasukan Unit Kesihatan Sekolah, Klinik Kesihatan Chemor yang dijadualkan untuk
melakukan pemeriksaan kesihatan pelajar tabika kemas pada ketika itu telah mendapati pelajar
tersebut mengalami masalah jangkitan scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapatnya tompok-tompok merah pada bahagian kulit


pelajar tersebut. Tompok-tompok merah tersebut menyerupai blister dan kelihatan pelajar
tersebut sering menggaru-garu dek kerana masalah kegatalan yang timbul akibat daripada alahan
jangkitan hama sarcoptes scabiei tersebut.

Pelajar tersebut diberikan ubatan Emulsion Benzyl Benzoat (EBB) dan dinasihatkan
tentang cara penggunaannya iaitu dengan cara menyapu ubatan tersebut pada seluruh bahagian
badan kecuali kepala iaitu bermula dari leher dan disarankan agar mengamalkannya selama 3
hari berturut-turut.

Definisi Scabies

Scabies adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis hama yang sangat
kecil yang dikenali sebagai sarcoptes scabei. Scabies didapati diseluruh dunia di kalangan semua

3|Page
golongan dan peringkat umur. Ia merebak melalui sentuhan secara langsung dengan orang yang
dijangkiti.
Hama yang dikenali sebagai sarcoptes scabei menggali ke dalam kulit dan
mendepositkan telur mereka kemudiannya membentuk lubang yang kelihatan seperti tanda
pensil. Tempoh pengeraman adalah dalam masa 21 hari untuk menjadikan telur tersebut matang.
Ruam gatal adalah suatu tindak balas alahan kepada hama tersebut. Di bawah adalah gambaran
mengenai hama sarcoptes scabei

Pengenalan

4|Page
Scabies adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh hama yang dikenali sebagai
sarcoptes scabiei. Saiz hama ini terlalu halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Oleh
sebab itu, di antara kita tidak menyedari kehadiran hama ini yang melekat pada kulit badan
sehinggakan kita akan merasa kegatalan pada bahagian kulit setelah hama tersebut berinfestasi
dan munculnya ruam-ruam akibat daripada kesan lesi korekan hama tersebut ke dalam lapisan
epidermis kulit.

Scabies atau dikenali juga sebagai kudis buta mudah merebak melalui sentuhan “direct
contact skin to skin” dengan pesakit yang telah dijangkiti. Pada kanak-kanak, kudis buta boleh
menjejaskan seluruh badan termasuk tapak tangan, tapak kaki dan kulit kepala. Selain itu,
jangkitan hama sarcoptes scabiei ini juga boleh merebak melalui pakaian dan juga peralatan yang
telah tercemar dengan hama tersebut.

Jangkitan hama sarcoptes scabiei ini akan menyebabkan kesan kegatalan akibat daripada
alahan kepada aktiviti hama terbabit dan juga akan menimbulkan tompok-tompok merah pada
bahagian kulit yang dijangkiti. Kesan daripada jangkitan scabies boleh menyebabkan gangguan
ketika tidur dek kerana masalah kegatalan yang timbul akibat daripada aktiviti hama tersebut.

Pencarian Literature Dan Perbincangan

5|Page
Kudis buta atau scabies adalah penyakit kulit yang lazim mempengaruhi rakyat tanpa

mengira kelas dan etnik di seluruh dunia. Kudis buta adalah penderitaan purba di mana

dianggarkan telah menjangkiti manusia selama 2500 tahun yang lalu. World Health Organisation

(WHO) menganggap kudis buta menjadi penyakit yang berkaitan dengan air kerana hubungan

antara mandi dan kebersihan diri penting untuk mencegah dan mengawal penyebarannya. Nama

saintifik bagi hama yang menyebabkan scabies adalah sarcoptes scabiei (var hominis).

Di dalam Al-kitab Imamat, buku ketiga Musa telah dicatatkan sebagai rujukan pertama

mengenai kudis buta di mana telah dipercayai bahawa kudis buta telah hadir seawal 494 sebelum

masihi. Kemudiannya, dalam abad ke-4 sebelum masihi, Aristotle, ahli falsafah Yunani purba telah

melaporkan mengenai kutu bahawa melarikan diri dari jerawat sedikit jika mereka dicucuk.

Sebenarnya sarjana ini merujuk kepada kudis buta.

Walaubagaimanpun, ia adalah Celsus Doktor Rom yang dikreditkan dengan menamakan

penyakit kudis buta dan menerangkan ciri-ciri kudis buta. Etiologi parasit kudis buta kemudiannya

telah didokumenkankan oleh Doktor Itali Giovani Cosimo Bonomo (1663-1699 Masihi) yang

terkenal 1687 surat, “Pemerhatian mengenai fleshworms tubuh manusia”. Dengan ini kudis buta

menjadi salah satu penyakit pertama dengan sebab yang dikenali.

Berdasarkan kepada bukti penemuan arkeologi termasuk lukisan Mesir yang

menggambarkan orang-orang yang ditimpa dengan gejala kudis buta dianggarkan telah bermula

selama sekurang-kurangnya 2500 tahun yang lalu. Sebelum abad ke-17, keadaan kudis telah

diketahui oleh banyak nama dan meluas dipercayai menjadi penyakit humoral yang mungkin

dikaitkan dengan hama. Lukisan terawal yang diketahui mengenai kudis telah dibuat oleh Cosimo

6|Page
Bonomo pada tahun 1687 yang bekerjasama dengan Diacinto Cestoni dan Disputably penemu

hama kudis.

Dalam kesusasteraan Australia, S. hama kudis buta, scabies telah mula dikutip dari wombat

dalam Tasmania pada tahun1804 tetapi tidak digambarkan sebagai spesies yang berasingan

sehingga 80 tahun kemudian. Brumpt dalam buku yang diterbitkan pada tahun 1936 menyatakan

bahawa etiologi kudis buta seolah-olah telah ditemui oleh Redi pada tahun 1687. Beliau

beranggapan bahawa peranan patogenik adalah jelas selepas kajian Renucci 1834,9.

Namun begitu, kemungkinan besar bahawa penemu sebenar yang bersifat parasit daripada

kudis buta ialah Doktor Giovan Cosimo Bonomo dengan kerjasama apotekari dan naturalis

Diacinto Cestoni di mana kedua-dua daripada mereka adalah Francesco Redi disciples.3. Dari

tahun 1685 hingga tahun 1687, di Spa Bandar Livorno, Itali, mereka telah mengkaji morfologi dan

fisiologi kudis buta sarcoptes scabiei dan menjelaskan sifat berjangkit kudis oleh laluan hama dari

seorang ke seorang yang lain. Para pengkaji telah mencadangkan ubat-ubatan dan akhirnya mereka

telah berjaya menarik hama dan telur seperti yang diperhatikan di bawah mikroskop.

Kudis hampir sentiasa diperolehi oleh sentuhan kulit ke kulit dengan orang lain yang telah

dijangkiti. Contohnya kenalan yang mungkin agak ringkas seperti berpegangan tangan. Kerap ia

diperolehi daripada kanak-kanak dan kadang-kadang kelamin. Sekali-sekala kudis diperolehi

melalui perkongsian tempat tidur dan pakaian. Kudis tidak disebabkan oleh tahap kebersihan yang

rendah. Kebiasaannya tuan rumah yang terlibat adalah dipenuhi oleh kira-kira 10-12 hama dewasa.

Selepas mengawan, hama jantan tersebut mati. Hanya hama betina yang terus hidup dan

menghasilkan sekurang-kurangnya 3 biji telur setiap hari untuk seumur hidup selama 1-2 bulan.

Tempoh pengeraman dari telur kepada hama dewasa memerlukan selama 10 hingga 14 hari.

7|Page
Tanda-tanda termasuk ruam vesicular yang kelihatan pada kulit, gatal-gatal sengit pada

kawasan terlibat adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada aktiviti dan rembesan hama. Gatal

sengit boleh menyebabkan tidur terganggu, pendarahan dan pembentukan kedal akibat daripada

menggaru boleh menyebabkan jangkitan bakteria sekunder. Gata-gatal mungkin terutamanya lebih

teruk pada waktu malam. Kawasan yang kebiasaannya menjadi pilihan hama sarcoptes scabiei ini

ialah pada bahagian interdigital dan lipatan popliteal (antara jari dan belakang lutut), kelangkang,

dan lipatan inframammary. Individu immunocompromised mungkin mengalami kudis Norway,

yang melibatkan bersisik meluas dan pembentukan kerak.

Preskripsi krim ubat yang biasa digunakan untuk merawat jangkitan kudis ialah Permethrin

5%. Krim lain termasulah Benzyl Benzoate, Sulfur, Petrolatum dan juga Crotamiton. Lindane

jarang digunakan kerana terdapat kesan sampingan bagi keadaan tertentu. Cara penggunaan ialah

krim disapu pada seluruh badan. Seluruh ahli keluarga atau rakan kongsi seksual orang yang

dijangkiti perlu dirawat walaupun mereka tidak mempunyai gejala bagi mengawal dan mencegah

jangkitan daripada berlaku.

Cara yang boleh diamalkan untuk mengawal dan mengelakkan jangkitan kudis buta ini

adalah dengan merendam pakaian dan tuala ke dalam air panas bagi mematikan hama sarcoptes

scabiei. Bagi kes-kes yang sukar, sesetengah pembekal penjagaan kesihatan juga boleh

menetapkan ubat-ubatan yang diambil melalui oral untuk membunuh hama kudis. Ivermactin

adalah pil yang boleh digunakan.

Gatal-gatal boleh berterusan selama 2 minggu atau lebih selepas rawatan bermula, tetapi ia

akan hilang jika pesakit mengikut pelan rawatan penyedia jagaan kesihatan yang terlibat. Dalam

masa yang sama, rasa gatal tersebut juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen

8|Page
Calamine. Kebanyakan kes kudis buta boleh sembuh tanpa sebarang masalah jangka panjang. Satu

kes yang teruk dengan banyak bersisik atau berkerak boleh menjadi tanda bahawa orang tersebut

mempunyai penyakit seperti HIV.

Sejarah Penyakit Kini

- Pesakit mengadu mengalami kegatalan pada bahagian tangan dan badan.

- Terdapat ruam-ruam pada kulit terutamanya di antara jari.

- Terdapat tompok-tompok merah yang menyerupai blister.

Sejarah Keluarga

- Berdasarkan kepada pengambilan sejarah keluarga pesakit menunjukkan kakaknya yang

berusia 14 Tahun dan tinggal di asrama pernah dijangkiti scabies sebelum ini. Sentuhan

secara langsung menjadi punca rebakan scabies terhadap pesakit ini selain faktor

kebersihan diri yang rendah. Di dapati pesakit kurang menjaga kebersihan di mana kuku

pesakit kelihatan agak panjang dan kesan kotor kehitaman melekat di celah-celah kuku

pesakit.

Pemeriksaan

- Hasil pemeriksaan mendapati kulit pesakit kelihatan tompok-tompok basah yang


menyerupai impetigo.

- Terdapat jua bintik-bintik merah mengeluarkan sejenis cecair yang menyerupai nanah
(blister).

- Pesakit kelihatan sering menggaru pada bahagian badan yang terlibat.

Rawatan

9|Page
- Pesakit diberikan ubatan EBB (Emulsion Benzyl Benzoate 25%) lotion untuk disapu pada
bahagian yang terlibat selama 3 malam berturut – turut.

- Pesakit juga diberikan bersama ubat Cream Crotamiton 10%.

- Pemberian ubat Anti-histamin iaitu Tablet Chloropeniramine Maleate (piriton) 4mg bd


1/52.

- Pesakit disarankan agar lebih mengutamakan kebersihan diri agar dapat menghindarkan
jangkitan daripada berlaku.

- Pesakit juga dinasihatkan agar tidak berkongsi pakaian dengan ahli keluarga yang lain
sebagai langkah pencegahan dan dalam masa yang sama seeloknya pakaian pesakit direbus
untuk mematikan hama scabies.

Pendidikan Kesihatan
- Rawat kontek yang menjadi punca rebakan scabies.
- Pesakit dinasihatkan agar tidak berkongsi pakaian atau barang-barang yang boleh

menyebabkan sentuhan antara kulit badan bagi mengawal jangkitan.


- Ubat yang dipreskripsikan perlu digunakan mengikut arahan doktor bagi mengurangkan

jangkitan sekunder berlaku.


- Cadar, tilam dan bantal perlu dijemur setiap hari bagi menghapuskan hama betina.
- Sekiranya penyakit berlanjutan, pesakit perlu mendapatkan khidmat rawatan segera di

klinik berdekatan.
- Pesakit disarankan agar menitik beratkan penjagaan kesihatan agar dapat mengawal

jangkitan daripada terus merebak.


Patofisiologi

 Hama sarcoptes scabies merebak dari punca kontek yang bersentuhan secara langsung dan
melekat pada bahagian kulit badan pesakit.

 Kemudiannya, hama tersebut akan menggali masuk ke dalam bahagian epidermis kulit
pesakit.

10 | P a g e
 Hama tersebut kemudiannya mendepositkan telurnya ke dalam lapisan epidermis kulit dan
membentuk lubang yang kelihatan seperti tanda pensil.

 Tempoh pengeraman bagi hama sarcoptes scabiei mengambil masa selama 21 hari untuk
telur menjadi matang.

 Tindak balas kegatalan akan terhasil akibat daripada kesan lesi korekan hama tersebut.

Manifestasi Klinikal

- Pesakit akan mengalami kegatalan terutamanya pada waktu malam.

- Lesi bercirikan small blisters, abrasi pada kulit

- Lokasi kehadiran lesi:

a) kawasan celah jari tangan dan kaki

b) sekeliling pergelangan tangan dan pusat

c) lipatan siku ,pinggang dan celah kangkang

d) kawasan kemaluan

- Pada kanak-kanak selalunya juga melibatkan muka, kulit kepala, tapak tangan dan kaki.

- Gatal disebabkan oleh reaksi alahan terhadap hama dan bahan buangan mereka.

Cara Transmisi

 Proses transmisi boleh dikenalpasti secara menerusi sejarah keluarga iaitu jangkitan yang
melibatkan salah seorang daripada ahli keluarga terdekat atau menerusi ‘direct skin contact”
iaitu sentuhan secara terus ke atas kulit yang telah dijangkiti sarcoptes scabiei.

Investigasi
11 | P a g e
 Skin scraping dilakukan untuk pemeriksaan mikroskopik.

 Mikroskop kikisan kulit pada bahagian permukaan korekan scabies diletakan dalam slide
yang mengandungi minyak mineral atau gliserol. Kawasan kulit terlibat digosok dengan
dakwat fountain pen atau larutan topikal tetracycline yang mana ia akan bersinar melalui
cahaya yang spesifik. Kemudian, permukaan tersebut akan dilap dengan swab alkohol, jika
seseorang manusia dijangkiti dengan scabies ia akan menunjukkan pembentukan zigzag atau
huruf S yang disebabkan oleh korekan kulit tersebut.

 Pemeriksaan ke atas kawasan korekan dan lesi infeksi yang terlibat bagi mengesan
pembiakan scabies.

Komplikasi

 Jangkitan berulang

 Parut pada bahagian badan

Pencegahan Dan Kawalan


- Elakkan sentuhan kulit ke kulit yang telah dijangkiti dengan Sarcoptes Scabiei.
- Elakkan perkongsian pakaian, tuala, linen dan tempat tidur bagi mengelakkan transmisi.
- Kesan awal dan rawat semua ahli keluarga.
- Basuh pakaian dan linen dengan air yang panas bagi memusnahkan tempat pembiakan
scabies.
- Elak kawasan yang padat dan amalkan pengudaraan dan pencahayaan yang cukup bagi
mengurangkan kadar transmisi.
- Pendidikan kesihatan terutama kaunseling tentang penjagaan kebersihan diri dan
keluarga.
- Kuarantin kanak-kanak sekolah yang terinfeksi dengan jangkitan scabies.

12 | P a g e
Rumusan

Kudis buta atau dikenali juga sebagai scabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan
oleh parasit sarcoptes scabiei (parasit betina). Penyakit ini biasanya menyerang kanak-kanak dan
juga orang dewasa. Tambahan pula, penyakit ini cepat merebak jika tidak diubati dengan cepat
melalui sentuhan dengan pesakit yang mengalami masalah scabies.
Rawatan yang diguna pakai untuk merawat masalah scabies ialah melalui penggunaan
ubat lotion Emulsion Benzyl Benzoat (EBB) di mana pesakit akan diajar tentang cara
penggunaan ubat lotion Emulsion Benzyl Benzoate (EBB) dengan cara menyapu keseluruh
bahagian badan kecuali kepala. Pesakit akan disarankan agar menyapu ubat lotion EBB ini waktu
malam selama sekurang-kurangnya tiga hari secara berturut-turut untuk mematikan dan
merencatkan pertumbuhan hama tersebut. Kemudian keesokan hari, pesakit perlu mandi seperti
biasa.
Tanda-tanda dan gejala yang kebiasaannya akan muncul setelah seseorang pesakit itu
dijangkiti parasit sarcoptes scabiei ini ialah terdapatnya tompok-tompok merah pada bahagian
kulit yang terlibat dan juga menyerupai blister di samping pesakit akan mengalami kegatalan
akibat daripada kesan lesi korekan hama tersebut. Kesan kegatalan tersebut akan mendorong
pesakit untuk menggaru pada bahagian yang terlibat dan ini secara tidak langsungnya akan
13 | P a g e
memudahkan lagi proses transmisi hama tersebut apabila pesakit bersentuhan dengan ahli yang
lain.

Cara paling berkesan bagi kesemua ahli keluarga yang ada dalam rumah tersebut ialah
dengan melakukan pengubatan yang sama kecuali bayi. Pada masa yang sama juga semua
pakaian harian terutama seluar, baju dan juga cadar sebaik-baiknya hendaklah dicuci dgn air
panas. Ini bertujuan untuk mematikan hama yang melekat pada pakaian yang diguna pakai.
Hama ini hidup dan membiak di bawah kulit dan aktif pada waktu malam. Oleh sebab itu,
pesakit yang mengalami kudis buta atau scabies ini akan merasa lebih gatal pada waktu malam.

Menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal adalah perkara utama penting untuk
mengawal dan mengelak daripada dijangkiti kudis buta atau lebih dikenali sebagai scabies yang
disebabkan oleh hama sarcoptes scabies. Segeralah rujuk kepada Pegawai Perubatan sekiranya
ada mengalami tompok-tompok kemerahan dan juga menyerupai blister di samping mengalami
kegatalan pada bahagian yang terlibat.
Cegahlah sebelum terlambat, berubatlah sebelum keadaan menjadi makin parah. Bak
kata pepatah, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Bagaimana cara untuk mencegah
daripada dijangkiti hama tersebut adalah dengan mengelak daripada bersentuhan dengan pesakit
yang dijangkiti dan dalam masa yang sama menitik beratkan soal kebersihan diri dan tempat
tinggal. Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati. Oleh itu, berikhtiarlah selagi
termampu.

14 | P a g e
Lampiran

15 | P a g e
Sumber Rujukan

16 | P a g e
 www.ncbi.nlm.nih..gov

 www.medicinenet.com>...>skin

 www.emedicinehealth.com>...>skin

 www.cdc.gov/parasites/scabies/

 www.webmd.com/skin-problems-and.../tc/scabies-topic-overviews

 www.scabies-information.com/

 www.nlm.nih.gov/medlineplus/scabies.html.

 www.stanford.edu/class/humbio103/.../Scabies/SCABIES.html

 www.stanford.edu/class/humbio103/.../Scabies/scabies%20Home.htm

 www.stanford.edu/group/...scabies/Leighawinters_Scabies.htm

17 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai