Anda di halaman 1dari 16

Esei : Bagaimana kepesatan bidang teknologi telah membantu dalam pertumbuhan

ekonomi Negara.

Pendahuluan

Secara umumnya, teknologi boleh ditakrifkan sebagai aplikasi pengetahuan sains yang boleh

memberi manfaat dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi manusia dalam

kehidupan seharian, sejarah penggunaan teknologi bermula pada zaman pra-sejarah dimana

manusia menjumpai atau mendapat tahu cara menghidupkan api untuk memasak makanan

mereka serta kewujudan roda bagi tujuan untuk memudahkan perjalanan mereka. Menurut

Mcluhan, perkembangan teknologi telah mengubah dunia contohnya melalui perkembangan

seperti kemudahan satelit, beliau berkeyakinan bahawa perkembangan teknologi komunikasi

yang pantas akan menyediakan warga dunia dengan maklumat mengenai sesuatu kejadian di

dunia dengan pantas, cekap dan tepat.

Ianya diklasifikasikan sebagai perubahan yang berlaku dari suatu masa kepada suatu

masa yang lain untuk tujuan penambahbaikan. Ia berupaya untuk melepaskan ataupun

menundukkan kuasa yang datang dari masa lampau, perubahan yang berlaku (pemodenan)

telah melahirkan kerajaan yang mengamalkan sistem kapitalisme. Secara ringkasnya selepas

revolusi Perancis, teknologi dapat dilihat sebagai satu ciri teras budaya pemodenan. Disamping

itu budaya modenis dianggap sebagai intipati kemajuan. Negara Malaysia ingin menjadi sebuah

negara yang beralih ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Tumpuan diberikan kepada

usaha menggalakkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pemacu strategik bagi

menyokong dan menyumbangsecara langsung kepada pertumbuhan ekonomi serta

meningkatkan kemudahan infrastruktur komunikasi bagi meningkatkan kebolehcapaian serta

menambah baik institusi dan persekitaran kawal selia yang berkaitan. Penekanan yang lebih

diberikankepada usaha meningkatkan tahap penggunaan ICT dalam pelbagai sektorekonomi,


antara kawasan bandar dengan luar bandar serta kalangan pelbagai lapisan masyarakat.

Perkembangan infrastruktur telekomunikasi telah dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara (Hardy, 1980; Leff, 1984; Norton, 1992;

Alleman et al., 1994; Cronin et al., 1995; Madden & Savage, 1998; Roller & Waverman, 2001).

Pelaburan dalam infrastruktur telekomunikasi dapat meninggikan produktiviti dan

memesatkan pertumbuhan di peringkat agregat dan sektor (Cronin et al., 1995; Greenstein &

Spiller, 1995; Yilmaz, Haynes, & Dinc, 2001). Misalnya Yilmaz et al. (2001) mendapati

infrastruktur telekomunikasi meninggikan kapasiti produktif peringkat agregat dan sektor di

Amerika Syarikat. Kajian terkini pertumbuhan ekonomi negara OECD oleh Datta dan Agarwal

(2004) menunjukkan infrastruktur telekomunikasi memberikan sumbangan positif dan signifikan

terhadap pertumbuhan ekonomi 22 negara OECD yang dikaji dari tahun 1980-1992.

Kemudahan infrastuktur yang membangun boleh meningkatkan lagi peningkatan ekonomi

negara dimana ia boleh menyumbang kepada kepesatan hidup masyarakat yang semakin

membangun dan boleh bergerak seiring dengan kemajuan. Antara kemajuan infrastruktur yang

boleh dilihat ialah dari segi penciptaan bangunan-bangunan yang lebih membangun dan boleh

bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Contohnya seperti Menara Kembar Petronas

(KLCC) yang menjadi mercu tanda pembangunan infrastruktur negara semakin beerkembang.

Di samping itu kerajaan juga ingin meningkatkan pembangunan di luar bandar supaya

penduduk-penduduk di kawasan tersebut tidak ketinggalan untuk menikmati kemajuan

infrastruktur negara yang semakin membangun.

Fakta, hujah dan Idea

Industri telekomunikasi di Malaysia telah wujud semenjak tahun 1946 lagi dan Jabatan Telekom

Malaysia merupakan syarikat perintis. Nama Jabatan Telekom Malaysia telah ditukar kepada
Syarikat Telekom Malaysia Berhad apabila ianya diswastakan pada tahun 1987. Apabila

Syarikat Telekom Malaysia Berhad diperbadan dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur

pada tahun 1990, namanya telah ditukar sekali lagi kepada Telekom Malaysia Berhad.

Semenjak penubuhannya, Telekom Malaysia Berhad telah menawarkan pelbagai perkhidmatan

termasuklah, antaranya perkhidmatan talian tetap, talian antarabangsa seperti International

Direct Dialing, perkhidmatan talian mudah alih (TMTouch) dan perkhidmatan Internet (TMNet).

Setiap negara yang terdapat di dunia ini sentiasa berlumba – lumba untuk meningkatkan

lagi tahap teknologi dan permodenan negara masing – masing. Malaysia pula sering berusaha

untuk mengarus perdanakan teknologi dan pemodenan dari masa ke semasa. Sekiranya pada

zaman dahulu Malaysia dianggap sebagai salah sebuah negara mundur yang tidak mempunyai

teknologi, tetapi sekarang Malaysia sudah boleh dikatakan mampu untuk bersaing dengan

negara luar dari segi perkembangan teknologi dan pemodenan. Menurut Tun Dr. Mahathir iaitu

bapa pemodenan Malaysia, rakyat Malaysia sekarang sudah mampu untuk menghadapi

penerimaan teknologi dan pemodenan yang semakin canggih. Masyarakat sekarang ini

terutamanya di negara Malaysia mampu untuk menggunakan teknologi dan permodenan yang

sedia ada malah kebanyakkannya menggunakannya dalam kehidupan harian mereka. Seperti

yang dapat kita lihat, teknologi komunikasi pada masyarakat Malaysia dahulu agak sukar untuk

berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi lain halnya pada masa kini dengan perkembangan

teknologi komunikasi seperti internet, skype, persidangan video, masyarakat kini pantas untuk

menyesuaikan diri dengan perkembangan ini. Itulah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir.

Teknologi dan Pemodenan boleh membawa kepada kebaikan dan keburukan dan ianya

bergantung kepada masyarakat itu sendiri tentang bagaimana mereka hendak menerima

perkembangan yang sedang berlaku pada zaman sekarang.

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang lebih tinggi sebanyak 5.4% pada suku

kedua 2015 (S1 12: 4.9%). Pertumbuhan didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih
kukuh dalam keadaan permintaan luar negeri yang lebih sederhana. Perbelanjaan sektor

swasta dan awam, khususnya dalam pelaburan modal, mencatat pertumbuhan yang teguh

pada suku kedua. Namun demikian, eksport barangan dan perkhidmatan menjadi lebih

sederhana disebabkan terutamanya oleh permintaan yang lebih lembab dari ekonomi maju.

Sementara import mencatat pertumbuhan lebih tinggi ekoran peningkatan yang berterusan

dalam import barangan modal dan import penggunaan sejajar dengan permintaan dalam negeri

yang lebih kukuh, eksport bersih menguncup pada suku kedua. Dari segi penawaran, hamper

kesemua sektor ekonomi terus mencatat peningkatan. Walau bagaimanapun, sektor pertanian

menguncup pada suku tersebut disebabkan oleh pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih

rendah.

Perkembangan e-dagang dan K-ekonomi yang memerlukan sistem komunikasi yang

pantas menyebabkan kerajaan tidak berupaya menolak atau menangguhkan penggunaan

teknologi-teknologi baru. Menurut Dato Seri Najib tindakan menolak atau menangguh

penggunaan teknologi baru juga akan mengurangkan daya saing ekonomi negara. Teknologi-

teknologi baru lebih pantas dan menawarkan pelbagai aplikasi baru yang boleh meningkatkan

produktiviti Negara. Untuk membolehkan teknologi baru diguna pakai terdapat juga masalah

pemusatan kerana adalah tidak praktikal untuk mengasingkan komunikasi daripada penyiaran

apatah lagi antara telefon, faksimili dan transmisi Internet. Perdana Menteri memberitahu,

pemberian lesen berasingan untuk perkhidmatan yang berbeza juga tidak boleh dilaksanakan

sebaliknya satu lesen merangkumi semua perkhidmatan perlu dikeluarkan. Jelas sekali,

teknologi-teknologi baru tidak boleh diberi lesen berasingan daripada teknologi-teknologi lama.

Jawapan yang pasti ialah satu lesen untuk semuanya (perkhidmatan).Syarikat-syarikat

telekomunikasi tidak suka soal pelesenan melainkan jika mereka telah memperolehnya dan

hanya syarikat baru yang perlu berbuat demikian.


Bagaimanapun, syarikat yang telah beroperasi akan disekat oleh penggunaan teknologi

lama yang mahal untuk membolehkan mereka mendapat pulangan daripada pelaburan.

Sedangkan teknologi baru lebih murah dan efisien serta menawarkan aplikasi yang lebih luas,

oleh itu tidak menggunakannya akan menyebabkan negara ketinggalan dalam komunikasi dan

perniagaan. Menurut Perdana Menteri , walaupun kepesatan teknologi komunikasi membawa

banyak kebaikan tetapi ada pihak yang menyalahgunakannya untuk menghancurkan negara-

negara lain. Tetapi kita tidak akan menolaknya. Ini kerana bukan teknologi itu yang membawa

kesan buruk tetapi orang yang menggunakannya bersikap buruk. Negara Malaysia akan terus

menggunakan sepenuhnya teknologi tersebut untuk pembangunan dan pertumbuhan Negara.

Di Malaysia, semua peralatan telekomunikasi dan lain-lain infrastruktur seperti

penyelidikan, pembangunan dan pusat operasi antarabangsa telah disediakan di Koridor Raya

Multimedia (MSC). Walaupun negara dilanda kegawatan ekonomi pada 1997 dan 1998, MSC

dan Cyberjaya tidak menerima kesannya sebaliknya menunjukkan peningkatan sehingga

melebihi sasaran yang ditetapkan. Kini, jelasnya, lebih tiga perlima daripada syarikat-syarikat

termasuk yang bertaraf antarabangsa telah beroperasi di MSC walaupun kerajaan mempunyai

tiga tahun lagi untuk mencapai sasaran sebenar. Pelaburan syarikat tempatan dan asing telah

meningkat dari RM196 juta pada 1997 kepada RM1.7 bilion sementara perbelanjaan oleh

syarikat yang berstatus MSC menjangkau RM2.3 bilion bagi tempoh 1997 hingga 1999. Industri

teknologi dan telekomunikasi Malaysia mengalami pertumbuhan yang pesat, terutamanya

dalam perkhidmatan talian mudah alih. Pertumbuhan pesat talian mudah alih disebabkan

kecenderungan pelanggan mengutamakan talian mudah alih berbanding talian tetap. Ini kerana

ciri fizikal telefon mudah alih bersaiz kecil, mudah dibawa, mempunyai pelbagai fungsi dengan

harga mampu dimiliki, telah menjadikan telefon mudah alih amat penting kegunaannya dalam

urusan seharian berbanding talian tetap.


Analisis Kritikal

Kecanggihan teknologi seperti data raya dan kepintaran buatan akan mengubah ekonomi global

melalui keupayaannya mempercepatkan inovasi, meningkatkan semula pertumbuhan

produktiviti dan mewujudkan lebih banyak permintaan sofistikated. Gabenor Bank Negara

Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim menjelaskan bahawa kemunculan teknologi

berkenaan akan mempercepatkan peningkatan industri bernilai tinggi, daripada kecanggihan

pembuatan hingga perkhidmatan berteknologi tinggi, yang secara tradisinya menjadi kelebihan

negara maju. Penyepaduan kecanggihan pembuatan dan perkhidmatan melalui Internet

Kebendaan (Internet of Things) ketika ini adalah penguasaan negara maju, yang menyumbang

kepada 20 syarikat paling terkemuka dalam bidang teknologi. Memandangkan kecanggihan

teknologi terus meningkatkan kemampuan produk akhir, perluasan pasaran pengguna di

negara pesat membangun dilonjakkan lagi oleh peningkatan pendapatan serta dinamisme

negara maju dan pesat membangun.

Pembuat dasar mungkin perlu membangunkan sistem pengawalseliaan baharu yang

fleksibel untuk menyesuai, selain kukuh dalam menguruskan kecanggihan teknologi yang

pesat. Kewujudan persekitaran yang boleh mempercepatkan kebangkitan 'ekonomi sebenar

baharu' merupakan cabaran segera kepada pembuat dasar. Menurut perspektif pasaran pesat

membangun, aspek penting adalah ketersediaan infrastruktur, yang cenderung ke arah

ekonomi baharu. Mengikut senario baharu tersebut, kesalinghubungan maya bukan lagi satu

aspirasi, tetapi sesuatu yang amat penting. Gabenor menjelaskan bahawa pengantaraan

kewangan merupakan contoh yang baik bagaimana teknologi disruptif semakin mengubah

landskap kewangan. Ketika ini, syarikat teknologi kewangan (fintech) adalah pesaing utama

kepada bank-bank dan mencetuskan penilaian semula kepada sistem kewangan kita. 'Selfie

pay' atau Pemeriksaan Identiti Secara Mudah Alih telah dilaksanakan secara langsung di

negara-negara Eropah. Berkaitan itu, , fintech dibangunkan seiring dengan perubahan tingkah
laku dan keperluan pengguna, iaitu keutamaan bagi kepantasan, keselesaan, keselamatan

serta kesepakatan. Oleh itu, pembuat dasar perlu memastikan pengawalseliaan adalah

fleksibel, dan sepadan dengan risiko kecanggihan teknologi. Dasar-dasar juga tidak boleh

mengekang pertumbuhan, dan masa yang sama, tidak menjejaskan ekonomi berdaya tahan.

Di kebanyakan negara, sejarah mulanya infrastruktur telekomunikasi wujud dan

dibangunkan tertumpu di kawasan bandar dan pelabuhan. Ini kerana kedua-dua kawasan

tersebut mempunyai aktiviti ekonomi yang pesat. Maka pembangunan infrastruktur

telekomunikasi amatlah diperlukan bertujuan memudahkan urusan pentadbiran, menyokong

aktiviti ekonomi serta meninggikan kecekapan dan produktiviti. Selain di kawasan bandar,

pembangunan infrastruktur telekomunikasi di kawasan luar bandar juga diperlukan supaya

pembangunan kawasan luar bandar seiringan dengan kawasan bandar. Pembangunan

infrastruktur telekomunikasi dapat menghubungkan kawasan luar bandar dengan bandar,

meningkatkan aktiviti dan pertumbuhan ekonomi kawasan luar bandar dan meninggikan

sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Keadaan ini secara tidak langsung

dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Keupayaan industri mengaplikasi dan menggunakan infrastruktur telekomunikasi dalam

urusan pentadbiran atau pengeluaran membolehkan industri menikmati penjimatan kos

pengeluaran yang seterusnya mencipta peluang pekerjaan dan meninggikan pertumbuhan

ekonomi. Penjimatan kos ini akan dipindahkan kepada para pelanggan, pekerja dan pemegang

saham. Cronin et al. (1995) telah mengkaji bagaimana kesan penjimatan kos dapat mencipta

peluang pekerjaan, terutamanya kepada penduduk luar bandar di Pennsylvania antara tahun

1975 hingga tahun 1991. Cronin et al. (1995) mendapati guna tenaga diwujudkan melalui dua

kaedah iaitu permintaan pengeluaran dan kecekapan pengeluaran. Pertama, penggunaan

teknologi dalam proses pengeluaran dapat meningkatkan permintaan barangan atau

perkhidmatan. Apabila permintaan meningkat, pengeluar memerlukan lebih banyak sumber


pengeluaran untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang diminta. Sebagai

akibatnya, firma dan industri memerlukan pertambahan input buruh untuk menyokong

pengeluaran yang semakin meningkat. Maka, pertambahan permintaan terhadap buruh akan

mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan guna tenaga.

Sumbangan ekonomi digital Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

dijangka melebihi sasaran sebanyak 20 peratus menjelang 2020 berbanding 17 peratus pada

masa ini. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, menyatakan

beliau yakin sasaran tersebut dapat dicapai sebelum 2020, susulan Malaysia mula mengorak

langkah dalam ekonomi digital. Ini terutamanya dengan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ)

yang dilancarkan pada Mac tahun ini dan baru-baru ini, Hab Digital Malaysia. Malaysia juga

dapat memanfaatkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan DFTZ, apabila

perusahaan kecil dan sederhana Negara dapat meraih manfaat daripada kerjasama dengan

penggiat yang besar seperti Alibaba. Ekonomi digital global telah berkembang pada kadar yang

menarik sebanyak 10 peratus setahun, lebih daripada tiga kali ganda kadar keseluruhan

pertumbuhan ekonomi global dengan kadar Malaysia Digital Economy Corp Sdn Bhd membawa

masuk pelaburan, kita boleh mencapai sasaran 20 peratus sebelum 2020. Ekosistem Malaysia

bagi syarikat pemula niaga adalah kondusif dan dengan peraturan, dasar dan kemudahan yang

disediakan, negara kini pada kedudukan kedua teratas melancarkan syarikat pemula niaga di

dunia. Hab Digital Malaysia menawarkan peluang kepada syarikat pemula niaga untuk

pengembangan global, akses kepada jalur lebar berkelajuan tinggi dan hubungan gentian optik,

peluang pembiayaan dan kemudahan, ekosistem sedia tenaga kerja, fokus dari segi teknologi

dan kemudahan menyeluruh serta pengalaman gaya hidup. Tetapi jika tidak terdapat

persaingan di pasaran, kecekapan pengeluaran membolehkan firma menjimatkan kos

pengeluaran dan menikmati tingkat keuntungan yang lebih tinggi. Seterusnya kos yang

dijimatkan hasil daripada pengeluaran yang cekap, iaitu dengan menggunakan telekomunikasi
sebagai input pengganti, sebahagiannya akan dipindahkan kepada para pekerja dalam bentuk

ganjaran upah yang lebih tinggi. Maka upah yang tinggi ini akan meningkatkan pendapatan

persendirian, meninggikan perbelanjaan penggunaan dan seterusnya meningkatkan peluang

pekerjaan. Keuntungan yang lebih tinggi juga diagihkan kepada para pemegang saham dalam

bentuk dividen yang lebih tinggi.

Contoh- contoh perkembangan teknologi dan peningkatan ekonomi Negara

Langkah merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dengan luar bandar melalui program

Pemberian Perkhidmatan Sejagat dan liberalisasi pasaran industri telekomunikasi dijangkakan

dapat memperluaskan infrastruktur telekomunikasi dan meningkatkan kadar penembusan.

Sebanyak 217 ‘telecentre’’ditubuhkan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat

yang meliputi Pusat Internet Desa, Medan InfoDesa, Pusat Akses Komuniti dan Kelas Literasi

Komputer. Peningkatan liberalisasi pasaran industry telekomunikasi menyebabkan penentuan

harga perkhidmatan telekomunikasi lebih berdaya saing. Dasar liberalisasi ini seterusnya

menyumbang kepada peningkatan kadar penembusan talian mudah alih daripada 21.8 setiap

100 orang penduduk pada tahun 2000 kepada 74.1 pada tahun 2005 dan dijangkakan

mencapai 85 menjelang tahun 2010 (Malaysia, 2006).

Sejak enam tahun lepas, Program Angkasawan Negara (PAN) mencatatkan beberapa

kejayaan yang boleh dibanggakan. Satu daripadanya potensi sumbangan dalam ekonomi

menerusi penyelidikan mikrograviti telah membawa kepada pembangunan antibodi baru khusus

untuk industri farmaseutikal. Malaysia juga telah menghasilkan satu tanda dagangan iaitu 1-

RAP-NHOst (re-adapted normal human Osteoblast) hasil daripada penyelidikan tersebut

melibatkan bidang pleokimia yang dikenal pasti berpotensi untuk dikomersialkan dan sedang

dalam proses peningkatan skala untuk kegunaan industri. Pada masa sama, sebanyak lapan
paten telah difailkan di Malaysia dan antarabangsa melalui pelaksanaan PAN dalam

Rancangan Malaysia Ke-9 itu. Selain itu beberapa perbandingan kemajuan dapat disenaraikan

sebelum dan selepas program berkenaan. Dalam PAN, para penyelidik dari pelbagai institusi

penyelidikan tempatan seperti universiti termasuk Angkasa/MOSTI juga telah memperoleh

pengalaman dan keupayaan mengurus, merangka, menilai dan melaksana program

penyelidikan sains mikrograviti. Sebagai contoh, sebelum itu saintis tempatan tidak mempunyai

akses ke angkasa lepas dan ISS manakala selepas PAN, akses untuk menjalankan

penyelidikan di angkasa lepas diperoleh melalui kerjasama dua hala dan antarabangsa.

Pada masa sama, Malaysia tidak mempunyai program penyelidikan sains mikrograviti

dan jika ada sekali pun hanya terhad kepada bidang astronomi sahaja. Menerusi PAN, program

penyelidikan sains angkasa khususnya sains mikrograviti bermula dan berkembang Pada masa

sama. Jawatankuasa Kerja Sains Mikrograviti Kebangsaan dan pengenalan Program Sains

Mikrograviti Kebangsaan telah diwujudkan dan kumpulan penyelidik nukleus telah dibentuk dan

mulai melahirkan penyelidik muda Begitu juga mengenai peralatan asas dan makmal mulai

diwujudkan dan kini sedang dikembangkan. Dalam pada itu, salah satu teras dan objektif dalam

program pembangunan sains angkasa RMK-9 adalah melaksanakan aktiviti pendidikan dan

kesedaran umum. Program itu bertujuan menanam minat generasi muda khususnya remaja

dan pelajar sekolah dalam bidang sains angkasa di samping menanam semangat patriotik serta

penerapan nilai-nilai kerohanian di kalangan rakyat Malaysia. Dalam RMK-9, sebanyak 217

aktiviti yang berupa program pendidikan, seminar, bengkel, latihan dan ceramah kesedaran

awam mengenai kepentingan program sains angkasa telah dijalankan di seluruh negara seperti

di bawah. Sehingga penghujung 2015, sasaran peserta telah mencapai lima juta.

Malaysia kini telah menuju ke arah globalisasi tidak kira samada dari aspek eonomi,

pendidikan, budaya dan politik. Sejajar dengan perkembangan terkini teknologi menjadi rujukan

dan penggunaan penambahan ilmu dalam memajukan negara. Oleh itu sistem pendidikan
negara memerlukan usaha-usaha yang strategik dalam meningkatkan keupayaan dan

kemampuannya ke tahap kualiti yang tinggi agar dapat menyelusuri cabaran-cabaran pada

abad ke-21. Usaha-usaha peningkatan kualiti dan produktiviti perlu ditingkatkan lagi pada masa

hadapan kerana negara akan memasuki era K-ekonomi dan K-Worker. Era k-ekonomi k-worker

ialah merupakan era dimana teknologi menjadi penghubung kepada penyampaian ilmu dan

perluasan ilmu. Dalam era ini ilmu menjadi asas inovasi yang mana akan menentukan

keupayaan daya saing negara. Ilmu juga menjadi punca utama penambahan nilai produk atau

perkhidmatan yang dihasilkan. Oleh itu pengumpulan, penyaluran dan penjanaan ilmu menjadi

aktiviti terpenting samada diperingkat angensi mahu pun seluruh negara. Dalam usaha kerajaan

meningkatkan pendidikan ke arah pendidikan berteknologi pendekatan pembelajaran sepanjang

hayat yang merujuk kepada pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program

peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi samada secara formal di sekolah, pusat

latihan vokasional atau secara tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat

kerja.

Kerajaan menerusi kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(KKMM) serta agensi-agensi lain kini giat mempromosikan pembangunan aplikasi teknologi

dengan pendekatan Big Data Analytics (BDA) bagi merancakkan pertumbuhan Ekonomi Digital

di negara ini. Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KKMM, Datuk Dr. Mohd. Ali Mohamad Nor

menjelaskan, pelbagai usaha telah dilaksanakan setiap tahun dengan menganjurkan program-

program seperti Hackathon dan National BigApp Challenge melibatkan peserta dalam kalangan

pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) serta penjawat awam dan swasta dalam usaha

memanfaatkan data raya. Menyedari kepentingan dan manfaat data raya, kementerian dengan

kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC) sebagai peneraju pelaksanaan BDA peringkat

nasional telah memulakan projek rintis Data Raya Sektor Awam (DRSA) pada tahun 2015
sehingga berjaya pada tahun lalu. Projek rintis ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri,

Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu kerajaan membuat keputusan untuk memenuhi keperluan

masyarakat tempatan. Kerajaan juga menerusi kementerian sentiasa bekerjasama dengan

Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dalam menyokong inisiatif data raya secara

menyeluruh. Pelaksanaan projek rintis dan analisis terkini menggunakan data raya ini akan

meningkatkan keupayaan kerajaan dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan maklumat

yang memenuhi keperluan peringkat serantau dan antarabangsa, sekali gus menyahut saranan

Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari

2030.

Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah

negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek

kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan.

Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai

dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan. Kemajuan keupayaan

Sains dan Teknologi (S&T) adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang

disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan

sumber-sumber S&T yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia

sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang

berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat

memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan

peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Kepentingan peranan S&T dalam usaha

mencapai strategi dan matlamat rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima

pengakuan umum di kalangan pakar-pakar akademik dan industri. Oleh yang demikian

peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran S&T adalah

merupakan satu daripada penyelesaian yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020 untuk
mengatasi masalah-masalah di atas. Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang

dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI dan juga

Universiti Pertanian dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor pertanian di negara

ini.

Untuk menyelaras dan menguruskan pembahagian peruntukan RMK5 dan RMK6,

MPKSN telah memperkenalkan satu skim khas, Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang

Keutamaan (IRPA: Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat skim ini adalah untuk

menentukan supaya projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi

diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan teknologi. Di bawah strategi

ini, projek-projek P&P dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri, strategik dan

perubatan. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam RM6, 50 peratus daripada jumlah

peruntukan P&P di RM5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34 peratus sektor

perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor lain. Skim ini telah memperkenalkan sistem

pengurusan P&P yang lebih terpusat. Mekanisma IRPA juga telah menggerakkan proses

rundingan dan pencapaian kata sepakat di kalangan ahli sains dari sektor awam dan swasta.

Tambahan pula, MPKSN telah disusun semula dan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai

Sains dan Teknologi telah dibentuk. Selaras dengan strategi meningkatkan keupayaan

teknologi, Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian yang dipengerusikan

oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha

tempatan yang terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat dan pakar-pakar teknik dan saintifik

daripada institusi-institusi penyelidikan, telah menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1987

untuk menggubal Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian.


Kesimpulan

Kepentingan teknologi dalam membangunkan ekonomi Negara dalam era ledakan maklumat

serta teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting.Teknologi ini sudah telah

menguasai global dengan berleluasa.Hampir setiap saat orang menggunakan teknologi ini dan

dengan teknologi jugalah menyebabkan kita boleh menguasai dan mengawal hampir setiap

perkara di hujung jari sahaja. Negara yang tidak mengutamakan ICT akan ketinggalan dalam

arus pembangunan atau katak di bawah tempurung. Kemajuan ICT ini telah mendatangkan

banyak manfaat kepada individu, masyarakat dan negara.Sesuatu perkara yang dicipta atau

diwujudkan tentu sekali mendatangkan kebaikan serta keburukan .Perkara yang baik tentu

sekali lebih mendatangkan faedah atau kepentingan kepada pengguna. Begitu jugalah dengan

ICT.Kemajuan ICT telah menyumbang dalam meningkatkan pengurusan dan pentadbiran

negara ke arah lebih sistematilk dan teratur.Segala urusan baik kerajaan mahupun swasta

dapat dipercepat melalui kemajuan ICT.Keadaan ini bukan sahaja menjimatkan masa, bahkan

tenaga, dan wang kerajaan serta rakyat sendiri. Kegunaan ICT sememangnya cukup

mendewasakan Malaysia.Pentadbiran negara dan swasta menjadi lebih cepat dan cekap.

Dengan itu, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya dan mencipta nama di persada

dunia.
Rujukan

Asteriou, D. & Agiomirgianakis, G.M. 2001. Human Capital And Economic Growth Time Series Evidence

From Greece. Journal of Policy Modelling 23: 481-489.

Caillods, F and de Grauwe, A. 2006. Capacity development in educational planning andmanagement:

IIEP’s experience IWGE/IIEP Paris.

Carnoy, M. 1977. Education and Employment: a critical appraisal, UNESCO.

Drysdale, P, dan Huang, Y. 1977. Technology Catch-Up And Economic Growth In East Asia And The

Pacific. Economic Record . 73:201-221.

Fernandez, E & P. Mauro 2000. The Role of Human Capital In Economic Growth: The Case of Spain. IMF

Working Paper.

Godoy, R., Karlan, D.S., Rabindran, S & Huanca, T. 2005. Do Modern Form Of Human Capital Matter In

Primitive Economies? Comparative Evidence From Bolivia. Economics of Education Review 24, 45 – 53.

Kementerian Kewangan Malaysia. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Pelbagai Siri Kuala

Lumpur. Percetakan Nasional Berhad (PNB).

Kementerian Pendidikan Malaysia. Perangkaan Tahunan Pendidikan Pelbagai Tahun. KualaLumpur.

Percetakan Nasional Berhad (PNB).

Lau, L.J., Jamison, D.T., Liu, S-c., Rivkin, S. 1993 Education And Economic Growth Some Cross-

Sectional Evidence From Brazil. Journal of Development Economics 41: 316-320.

Malaysia 1971. Rancanan Malaysia Kedua 1971-1975 Percetakan Kerajaan Malaysia.

Malaysia 1976. Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980. Percetakan Kerajaan Malaysia.

Malaysia 1981 Rancangan Malaysia Keempat 1981-1985. Percetakan Kerajaan Malaysia.

Malaysia 1986 Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990. Percetakan Kerajaan Malaysia.


Malaysia 1991 Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Malaysia 1996 Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Malaysia 2001 Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Malaysia 2006 Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Anda mungkin juga menyukai