Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

( MINGGU 2 )

MATA PELAJARAN Sains KELAS 5 Anggun

TARIKH / HARI 18 Jun 2019/ Selasa MASA 8.50 a.m hingga 9.50 a.m

TEMA Sains Fizikal TAJUK Elektrik

STANDARD 7.2 Litar Elektrik Lengkap


KANDUNGAN

STANDARD 7.2.1 Membina litar elektrik lengkap dengan menggunakan sel kering, mentol, suis
PEMBELAJARAN dan wayar penyambung.
7.2.2 Menyatakan fungsi suis dalam litar elektrik
7.2.3 Mengenalpasti simbol- simbol komponen dalam litar elektrik lengkap.
7.2.4 Melakarkan gambar rajah litar elektrik menggunakan simbol.

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat :

PEMBELAJARAN a) Menyatakan 4 komponen litar elektrik.


b) Membina litar elektrik yang lengkap
c) Menyatakan fungsi suis
d) Melukis 4 simbol komponen elektrik dengan betul.

KRITERIA Murid dapat :


KEJAYAAN a) Menyatakan semua komponen litar elektrik.
b) Membina litar elektrik yang lengkap dalam kumpulan.
c) Menyatakan fungsi suis dengan betul.
d) Melukis 4 simbol komponen elektrik dengan betul secara individu.

PENGETAHUAN Murid-murid telah belajar sumber tenaga elektrik dan mepunyai pengetahuan asas
SEDIA ADA MURID berkaitan elektrik.

BAHAN BANTU Bateri, wayar penyambung, suis, mentol, kertas mah-jong, buku teks, lampu kelap
kelip.
BELAJAR (BBB)

ELEMEN Sains dan teknologi,kreativiti dan inovasi


MERENTAS
KURIKULUM (EMK)

KBAT / i-THINK Menganalisis, menilai


PENILAIAN Jawapan murid terhadap soalan yang diajukan dan lembaran kerja
PENGAJARAN &
PEMBELAJARAN

KEMAHIRAN Memerhati, berkomunikasi, membuat kesimpulan


SAINTIFIK

KEMAHIRAN Menjana idea, membuat gambaran mental, membuat kesimpulan


BERFIKIR

SIKAP SAINTIFIK Bekerjasama, yakin, berfikiran kritikal dan analitis, berani mencuba dan berfikir
DAN NILAI MURNI secara rasional
FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI PENGAJARAN & CATATAN
PEMBELAJARAN (PdP)

Set Induksi / Tajuk: 1. Murid berdiri dan memberikan salam Bahan PdP:
Orientasi Lampu kelap
Litar elektrik lengkap, kepada guru.
kelip
(5 Minit) fungsi suis dan simbol 2. Lampu kelap kelip ditunjukkan di
Kemahiran
komponen elekktrik. hadapan kelas dan guru bertanya soalan
Saintifik:
kepada murid. Memerhatikan,
berkomunikasi
- Apakah yang dapat kamu perhatikan
apabila suis dibuka dan ditutup? Strategi:
Perbincangan
3. Kemudian, murid diminta untuk berfikir
dengan semua
mengapa lampu tersebut boleh bernyala ahli kelas.
dan terpadam apabila suis ditekan.
Nilai: Keyakinan
4. Guru memperkenalkan tajuk PdP dan
ditulis pada papan putih.
5. Objektif pembelajaran diterangkan oleh
guru.

Pencetusan Kemahiran
- Contoh tenaga 1. Murid diminta untuk mengimbas kembali
Saintifik:
Idea
elektrik. contoh sumber tenaga elektrik yang Berkomunikasi,
(8 Minit) memerhatikan
- Fungsi suis dipelajari.
(menyambung 2. Guru meminta murid untuk meneka:
Kemahiran
dan memutuskan a) Apakah komponen elektrik yang
Berfikir:
litar elektrik) diperlukan untuk membina satu litar Menjana idea,
menghubungkait.
- Komponen litar elektrik yang lengkap?
elektrik lengkap b) Menurut pandangan kamu, adakah Nilai:
Berfikir secara
(wayar lampu kelap kelip yang ditunjukkan
rasional,bersifat
penyambung, tadi merupakan satu litr elektrik ingin tahu.
suis, mentol dan lengkap.
bateri). c) Apakah fungsi suis?
3. Guru menulis jawapan murid di dalam
kelas.

Penstrukturan - Litar elektrik 1. Murid diminta untuk membuka buku teks Bahan PdP:
Glob, lampu
Semula lengkap: mentol muka surat 107.
suluh, kertas
(22 Minit) pada litar elektrik 2. Guru menerangkan dan hitam
menyala apabila memperkenalkan 4 komponenlitar Kemahiran
Saintifik:
suis ditutup. elektrik menggunakan bahan konkrit
Berkomunikasi,
- Simbol: seperti sel kering, wayar penyambung, menjana idea,
suis dan mentol.
Nilai: Berfikir
3. Guru menerangkan maksud litar elektrik rasional,
bekerjasama.
dan fungsi suis menggunakan litar
elektrik lengkap yang telah disediakan di
hadapan kelas.
4. Kemudian, guru melukis dan
menerangkan simbol-simbol setiap
komponen litar elektrik pada papan tulis.

Aplikasi Idea - 6 Kumpulan 1. Murid dibahagikan kepada 6 Bahan PdP:


- Lembaran Kerja
kumpulan.
(20 minit)
2. Setiap kumpulan diberikan komponen Kemahiran
berfikir:
litar elektrik.
Menjana idea
3. Murid diminta untuk membina satu
litar elektrik dalam kumpulan.
4. Kemudian, murid- murid diminta untuk
melakarkan gambar rajah litar elektrik
yang dibina menggunakan simbol litar
elektrik yang telah dipelajari.
5. Murid dan guru berbincang jawapan.
6. Murid- murid diminta untuk menjawab
soalan pemerhatian yang terdapat
pada buku teks muka surat 108.

Penutup - Membuat peta 1. Guru memilih 3 orang murid untuk Bahan PdP:
(5 Minit) minda merumuskan pembelajaran hari ini. Kertas
- Membuat
Rumusan Kemahiran
- Komponen litar elektrik lengkap
berfikir:
- Simbol komponen elektrik Membuat
kesimpulan,
- Fungsi suis
REFLEKSI
Berdasarkan aktiviti pembelajaran hari ini, objektif pembelajaran tercapai kerana

murid- murid di dalam kelas mampu menyatakan litar elektrik lengkap, komponen litar

elektrik, fungsi suis dan simbol – simbol komponen elektrik dengan baik. Selain itu, saya

juga merasakan bahawa set induksi saya kurang menarik kerana murid- murid kurang

berasa teruja kerana mereka telah biasa melihat lampu kelap kelip tersebut. Namun, set

induksi ini mampu menarik perhatian murid- murid semasa sesi pembelajaran awal di dalam

kelas.

Terdapat beberapa kekangan yang saya dapat lihat semasa sesi pengajaran ini iaitu

semasa murid membina litar elektrik dalam kumpulan, terdapat satu kumpulan yang tidak

dapat membina litar elektrik lengkap kerana komponen elektrik yang diletakkan di atas meja

mereka rosak. Maka, kumpulan tersebut tidak dapat membina litar elektrik lengkap yang

menyala. Namun, saya berjaya mengataso masalah tersebut dengan meminta kumpulan

lain yang berjaya membina litar elektrik lengkap untuk meminjamkan komponen elektrik

mereka. Hal ini sekaligus telah membina nilai- nilai murni yang baik di dalam jiwa murid.

Anda mungkin juga menyukai