Anda di halaman 1dari 4

Pengumuman Ketibaan

Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia En. Abdul Kadir Bin Haji


Madeli, Guru Besar SK Bau dan semua tetamu kehorrmat, masuk ke
dalam dewan

Hadirin-hadirat diminta berdiri.

Bismillahhirrahmannirrahimm….

Ucapan protokol

1. Yang berbahagia En. Abdul Kadir Bin Haji Madeli, Guru Besar SK
Bau

2. Yang berusaha Pn. Hassanah Bt Bojeng, PK PPKI SK Bau

3. Yang dihormati guru-guru PPKI dan ppm

4. Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan para hadirin yang


dihormati sekelian

Ucapan alu-aluan MC

Assalammualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Alhamdullillah…. bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin


limpah kurnia-Nya pada hari ini, kita dapat bersama-sama berhimpun
di Dewan Kantin SK Bau bagi meraikan MAJLIS PERASMIAN
PENANGGUHAN PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS SK BAU bagi tahun
2019.
Terlebih dahulu bagi pihak majlis, kami amat berbesar hati dan
mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia En. Abdul Kadir Bin Haji
Madeli, para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga
dengan kesudian kalian meluangkan masa pada program
perkhemahan pendidikan khas pada kali ini dapat mengeratkan lagi
hubungan kekeluargaan kita.

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Bacaan Doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya kita


bersama-sama menadah tangan memohon limpah rahmat dan
barakah daripada Yang Maha Esa. Jesteru, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Ustaz Muhammad Ridzuan Bin Ishak untuk
memimpin bacaan doa . Dengan limpah takzimnya, majlis
mempersilakan.

****************************BACAAN DOA*************************

Amin ya rabbal alamin..Majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada Ustaz Muhammad Ridzuan Bin Ishak di atas bacaan doa itu
tadi. Semoga dengan kalimah doa ini, diberkati hendaknya, segala
hasrat yang dirancana...insyaAllah.
Ucapan alu-aluan MC 1 (objektif)

Hadirin yang di rahmati sekalian, Perkhemahan ini membantu murid


untuk belajar berdikari dan mendisiplinkan diri apabila berada dalam
sesuatu situasi yang memerlukan jati diri yang akan membantu mereka
untuk terus berusaha mencapai sesuatu kejayaan atau mengatasi
permasalahan. Perkhemahan atau aktiviti luar bilik darjah ini
mendorong murid-murid berkeperluan khas memperkembangkan
kognitif mereka.

Warga dewan yang di hormati

Program Perkhemahan Pendidikan Khas SK Bau kali ini hanya


melibatkan murid-murid PPKI SK Bau beserta para ibu bapa.

Perasmian majlis

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Jesteru majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang


Berbahagia En. Abdul Kadir Bin Haji Madeli untuk memberikan ucapan
dan seterusnya merasmikan MAJLIS PENANGGUHAN PERKHEMAHAN SK
BAU bagi tahun 2019.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan


***************************Ucapan Perasmian************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang berbahagia En. Abdul Kadir Bin Haji Madeli atas ucapan
dan penyempurnaan MAJLIS PENANGGUHAN PERKHEMAHAN
PENDIDIKAN KHAS SK BAU bagi tahun 2019 sebentar tadi

Penutup

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Bagi pihak majlis lagi sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada
tetamu kehormat dan hadirin-hadirat sekalian yang telah sudi
memeriahkan majlis pada hari ini. Akhir kata maaf jua dipinta
sekiranya terdapat kekasaran mahupun kesilapan tutur kata dan
perbuatan yang menyinggung perasaan.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah


wassalamualaikum w.b.t dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai