Anda di halaman 1dari 7

KEPENTINGAN INSTITUSI KELUARGA

1) Melahirkan satu generasi muda yang berketerampilan

Biasanya dalam satu keluarga akan wujud ayah dan ibu yang membantu anak untuk memahami erti
kehidupan terutama aspek kesopanan yang perlu dilakukan oleh seseorang anak itu. Jika ibu bapa gagal
melakukannya, datuk dan nenek pula menjadi sandaran untuk mendidik anak tersebut untuk menjadi
lebih baik. Jelaslah bahawa keluarga yang berupaya melahirkan satu generasi yang baik.

2) Mengelakkan berlakunya masalah sosial dalam keluarga

Remaja akan memiliki seseorang yang lebih tua untuk memberitahu atau menasihati mereka jika
mereka melakukan sebarang kesilapan terutama dalam gejala yang tidak sihat pada masa kini.
Pengawasan keluargalah yang memastikan remaja tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan
imej remaja tersebut kelak. Maka, kewujudan keluarga menjadikan masalah sosial terutama dalam
kalangan remaja tidak menular begitu sahaja.

3) Mengurangkan kes jenayah

Kes jenayah sering dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah dengan keluarganya. Fenomena
negatif ini mampu dikurangkan jika semua keluarga berupaya memainkan peranan mereka dengan
begitu baik untuk mendidik dengan sebaik mungkin. Ketahuilah bahawa keluarga yang menjadipenentu
kelakuan seseorang anggota masyarakat itu.

4) Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat

Mampu meningkatkan produktiviti masyarakat terutamanya dalam aspek kerjaya kerana keluargalah
yang menjadi alat keseimbangan kehidupan seseorang. Tekanan di tempat kerja yang dialami oleh
seseorang individu akan hilang jika dikelilingi oleh keluarga mereka. Dengan ini, akan timbul perasaan
ceria dalam kalangan ahli keluarga.

5) Mampu menjamin keamanan negara

Semua masalah yang berlaku dalam kehidupan berupaya diselesaikan dengan wujudnya institusi
keluarga yang sihat dalam sesebuah negara itu. Setiap lapisan masyarakat mempunyai keluarga yang
boleh menjadi sandaran dan harapan buat mereka untuk mengharungi cabaran kehidupan terutama
yang sukar diselesaikan secara bersendirian. Jelaslah bahawa keluarga mampu menjamin keamanan
negara terus berada dalam keadaan aman jika berfungsi dengan baik.
Cara-cara mempererat hubungan kekeluargaan
Keluarga ialah institusi yang terdiri daripada bapa, ibu, anak-anak, saudara-mara dan sebagainya.
Institusi keluarga merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari segi mental mahupun dari
segi fizikal. Keluarga yang sempurna mampu melindungi kita daripada pelbagai dugaan dan
pancaroba di dunia luar. Ungkapan slogan "Rumahku, syurgaku" memanifestasikan kepentingan
keluarga kepada kita yang banyak tidak terperi. Setiap ahli keluarga perlu menonjolkan nilai
toleransi, saling menghormati, kejujuran dan kasih sayang dalam tingkah laku mereka. Maka,
hubungan yang erat bagai isu dengan kuku dalam institusi keluarga dapat mengelakkan anak-
anak daripada terjebak dalam gejala sosial yang hanya mementingkan dunia hedonistik semata-
mata. Lantas, marilah kita bincangkan usaha-usaha pragmatik yang perlu diimplimentasikan
untuk mempererat hubungan kekeluargaan supaya mampu mewujudkan keluarga yang bahagia
dan sejahtera.

Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam mewujudkan hubungan erat dalam keluarga.
Mereka merupakan entiti mithali dan patut mencurahkan kasih sayang terhadap anak bak
menatang minyak yang penuh. Maka, mereka patut mementingkan anak melebihi urusan kerjaya
mereka dan tidak rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan dan mengabaikan
tanggungjawab mereka dalam membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapa juga
haruslah mengajar anak-anak untuk membezakan yang mana intan, yang mana permata sejak
kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa juga mestilah memantau
pencapaian akademik dan mengawasi perlakuan anak-anak untuk mengelakkan anak-anak
daripada terjebak dalam kancah negatif. Maka, mereka perlu mengajar anak agar tidak tersesat
ketika menempuh belantara kehidupan. Lantas, anak-anak tidak akan berasa seolah-olah diri
kehausan kasih sayang ibu bapa, malah juga menjaga tingkah laku mereka agar tidak menjejaskan
imej keluarga.

Selain itu, kita wajarlah berusaha mewujudkan iklim yang kondusif dalam rumah tangga untuk
mempererat hubungan kekeluargaan. Ahli keluarga perlu prihatin dan mengambil berat antara
satu sama lain seperti mana yang diungkapkan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kita
perlu saling membantu bak aur dengan tebing. Kita juga perlu sudi mendengar masalah ahli
keluarga dan cuba sedaya upaya untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Yang paling
penting, ahli keluarga patut mengelakkan pencetusan pergaduhan dan pertelingkahan demi
keharmonian keluarga dan tidak mempraktikkan amalan seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing. Lantas, suasana yang harmoni dan aman dalam keluarga dapat dibina dan
semua ahli keluarga berani menempuh belantara kehidupan tanpa terpesong ke arah
kemudaratan.

Usaha seterusnya adalah mengadakan aktiviti kekeluargaan dari semasa ke semasa. Aktiviti
kekeluargaan vital kerana dapat mewujudkan suasana yang bahagia sesama ahli keluarga dan
juga mengeratkan ikatan silaturahim bak isi dengan kuku. Misalnya, ibu bapa boleh meluangkan
masa pada hujung minggu untuk membawa anak-anak pergi berkelah di tepi pantai, ataupun juga
mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah. Secara tidak langsung, anak-
anak akan dipengaruhi untuk giat melibatkan diri dalam aktiviti sebegini yang berfaedah dan
bukan leka menghabiskan masa melayari internet dalam rumah dan kancah negatif yang lain. Hal
ini menunjukkan bahawa aktiviti kekeluargaan mampu memberikan impak yang positif dalam
mempererat hubungan kekeluargaan.

Seperkara lagi, kita juga patut menggalakkan ahli keluarga supaya menganuti ajaran agama
kerana semua agama di dunia menyeru perkara yang sama, iaitu mementingkan kebaikan dan
melarang kemudaratan. Dalam konteks ini, ibu bapa berperanan untuk mewajibkan agar semua
ahli keluarga tidak meninggalkan sembahyang dan mengamalkan sikap bersopan-santun dan
peramah terhadap orang lain. Menurut Dato' Fadzilah Kamsah, ibu bapa perlu menggalas
kewajipan dalam usaha memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya. Seseorang yang
tidak menganuti ajaran agama boleh diibaratkan sebagai kapal tanpa nakhoda.

Tuntasnya, keseluruhan di atas merupakan antara usaha yang wajib diimplimentasikan untuk
membina institusi keluarga yang mulia. Institusi keluarga diibaratkan sebagai sebuah bangunan
yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Jika semua ahli keluarga melestarikan
tanggungjawab masing-masing, hubungan kekeluargaan yang erat dapat terjalin. Bak kata
pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Akhir kata, institusi keluarga amat signifikan
dalam membina masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, seperti mana yang
diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ahmad Badawi.
Ibu bapa lebih memahami kurikulum dan aktiviti yang dipelajari oleh kanakkanak Ibu bapa yang terlibat
dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak di prasekolah juga akan lebih memahami kurikulum dan aktiviti
yang dipelajari oleh kanak-kanak. Morrison (1995) menyatakan ibu bapa adalah orang yang
menyediakan keperluan asas, penjagaan dan kasih sayang, memberi sokongan, panduan, tunjuk ajar,
bimbingan dan perlindungan kepada kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran
kanak-kanak prasekolah adalah sangat penting. Hal ini kerana penglibatan ibu bapa bersama anak-anak
akan dapat memudahkan ibu bapa dalam memahami konsep sebenar pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah di samping membimbing dan mendidik anak-anak dalam pembelajaran. Di samping itu,
penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran di prasekolah dapat membantu ibu bapa mengetahui
tahap perkembangan anak mereka. Kebanyakan ibu bapa terutamanya yang berada di kawasan
pedalaman kurang memahami akan perkara ini. Masih terdapat segelintir ibu bapa yang tidak
mengetahui bahawa pendidikan awal kanakkanak seharusnya diberikan kepada anak-anak di awal usia
lagi dalam erti kata lain pendidikan secara tidak formal kerana perkembangan kanak-kanak berlaku
secara berterusan. Kurikulum yang digunakan di prasekolah adalah Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK). Terdapat segelintir ibu bapa yang masih tidak memahami kurikulum yang diajar
serta dipraktikkan di prasekolah atau mana-mana tadika di negara ini. Bagi ibu bapa terutamanya di
kawasan pedalaman memandang remeh berkenaan pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan
peranan untuk menyebarkan serta memberi pendedahan berkenaan kurikulum ini. Biarpun memakan
masa yang agak lama untuk ibu bapa memahami kurikulum serta aktiviti pembelajaran di prasekolah,
usaha guru perlu diteruskan untuk menyediakan aktiviti yang kreatif serta menyeronokkan supaya dapat
menggalakkan ibu bapa untuk turut serta dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Melalui penyertaan
ini, sedikit sebanyak ibu bapa akan memahami kurikulum yang di ajar di prasekolah dan secara tidak
langsung menyedari akan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak kepada anak-anak mereka
walaupun mereka tinggal di kawasan pedalaman. Penglibatan dalam aktiviti pembelajaran ini bukan
sahaja membantu ibu bapa memahami berkenaan kurikulum prasekolah, malah membantu mereka
melakukan penambahbaikan melalui idea atau cadangan yang bernas daripada ibu bapa yang terlibat.
2.4 Ibu bapa dapat bersoal jawab dan berkongsi masalah dengan guru Komunikasi yang akrab antara ibu
bapa dengan guru dapat membantu kanak-kanak dalam pendidikan mereka. Keterlibatan ibu bapa
dalam aktiviti pembelajaran anak-anak di prasekolah membantu ibu bapa untuk berkongsi sebarang
masalah sama ada berkaitan dengan pembelajaran dan keupayaan kanak-kanak. Guru perlu
menyediakan medium yang sesuai supaya ibu bapa boleh berkongsi serta bersoal jawab tentang sesuatu
isu berkenaan prasekolah mahupun berkaitan dengan pembelajaran anak-anak. Peluang yang diberikan
ini sebenarnya secara tidak langsung menarik ibu bapa untuk melibatkan diri dalam setiap aktiviti
pembelajaran anak-anak. Peluang ini membolehkan ibu bapa tidak takut untuk berkongsi sesuatu
perkara atau mencadangkan idea-idea tertentu untuk kebaikan bersama. Selain itu, iajuga
menggalakkan ibu bapa untuk berkomunikasi secara positif dengan guru. Hubungan yang erat antara ibu
bapa dengan guru yang terhasil sebenarnya membantu dalam perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Di
samping itu, persefahaman antara guru dan ibu bapa terjadi disebabkan oleh proses soal jawab dan juga
perkongsian maklumat dengan guru. Isu yang timbul melibatkan pendidikan anak-anak di prasekolah
dapat diselesaikan dengan mudah selari dengan kehendak kementerian sendiri iaitu menggalakkan
penglibatan bersama ibu bapa dan guru dalam menyelesaikan sebarang isu yang berkaitan dengan
pendidikan anak-anak.
Penglibatan ibu bapa penting bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak di samping
memperkembangkan keyakinan diri mereka dalam apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh mereka. Ibu
bapa merupakan sokongan yang secara langsung memberikan kesan positif kepada perkembangan
kanak-kanak. Justeru, dalam kajian ini pengkaji menekankan pentingnya penglibatan ibu bapa terhadap
aktiviti pembelajaran kanak-kanak sama ada di rumah mahupun di prasekolah. Penglibatan ibu bapa
terhadap pendidikan awal kanak-kanak akan membantu meningkatkan kualiti sesebuah program tadika
dengan menyumbang tenaga dan berkongsi kebolehan masing-masing dalam program pendidikan awal
kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran kanak-kanak secara tidak langsung boleh
meningkatkan kendiri kanak-kanak dan ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa boleh menjadi pendidik di rumah
melalui penglibatan diri mereka terhadap aktiviti pembelajaran anak-anak.

Keluarga terdiri daripada ibu bapa dan adik beradik. Keluarga memainkan peranan yang besar
dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Cara-cara sesebuah keluarga mendidik dan
membesarkan anaklah yang menentukan keperibadian anaknya suatu hari nanti. Ibu bapa
memainkan peranan yang penting dalam membesarkan anak mereka. Sebagai contoh, ibu bapa
haruslah menyediakan tempat tinggal untuk anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa haruslah
menghantar anak-anak ke sekolah bagi mendapatkan pendidikan dan mengajar adab, tingkah
laku serta etika kepada anak-anak mereka. Seterusnya, keperluan asas seperti makanan dan
minuman juga wajib disediakan oleh ibu bapa. Setiap perkara tersebut merupakan keperluan asas
anak-anak.

Namun, mengapakah gejala sosial seperti merokok, menghisap dadah dan melepak
semakin berleluasa pada zaman globalisasi ini? Apakah sebab-sebab berlakunya masalah ini?
Ramai pihak yang berpendapat bahawa gejala sosial ini berpunca daripada kelemahan institusi
keluarga. Ibu bapa kurang meluangkan masa bersama keluarga mereka kerana terlalu sibuk
dengan pekerjaan mereka. Hal ini menyebabkan anak-anak berasa sedih dan pilu kerana kurang
kasih sayang daripada keluarga. Perkara ini mendorong mereka untuk terjebak dengan gejala
sosial bagi melepaskan stres dan tekanan.

Terdapat beberapa usaha-usaha yang dapat dilaksanakan untuk mengukuhkan institusi


keluarga. Antaranya ialah peranan komunikasi dalam membentuk sebuah keluarga bahagia.
Sebuah keluarga yang saling menyayangi hanya dapat diwujudkan melalui sistem komunikasi
yang baik antara anggota keluarga. Apabila anggota keluarga mampu bertoleransi antara satu
sama lain maka, institusi keluarga akan menjadi lebih kukuh. Misalnya, ibu bapa haruslah
memberi ruang untuk anak-anak menyuarakan pendapat mereka. Secara tidak langsung, hal
tersebut merupakan suatu cara untuk menzahirkan apresiasi kepada anak-anak. Oleh itu, peranan
komunikasi dalam melahirkan institusi keluarga bahagia amatlah penting.

Selain itu, didikan agama dan moral mampu membentuk sebuah keluarga bahagia. Ibu bapa
berperanan mendidik dan membimbing anak-anak mereka supaya menjadi insan yang mulia
kelak. Ramai pihak yang berpendapat bahawa anak-anak yang mempunyai didikan agama akan
lebih mudah terhindar daripada gejala negatif daripada anak-anak yang lemah imannya. Oleh itu,
anak-anak seharusnya diberi didikan agama dan moral sejak kecil. Bak kata pepatah Melayu,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Di samping itu, ketua residensi seharusnya mengadakan kempen kesedaran tentang peri
pentingnya institusi keluarga. Sebagai contoh, kempen ini akan mendidik ibu bapa untuk sering
meluangkan masa bersama anak-anak agar anak-anak akan berasa lebih disayangi. Oleh itu,
masalah gejala sosial dalam negara dapat dikurangkan. Tambahan pula, ibu bapa akan diajar
tentang cara-cara untuk melahirkan keluarga yang lebih sempurna dan sihat. Maka, kempen
kesedaran haruslah sering dijalankan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang peri
pentingnya kasih sayang dalam institusi keluarga.

Seterusnya, pihak kerajaan seharusnya menggubal satu perundangan baru yang dapat
meningkatkan lagi keutuhan institusi keluarga. Sekiranya undang-undang di negara lebih ketat,
rakyat akan lebih takut untuk mengendahkan keluarga mereka. Sebagai contoh, kewujudan akta
yang lebih menyeluruh dan mampu menangani kes-kes seperti penceraian, penderaan anak dan
isteri mampu memberikan satu sinar baru kepada pembentukan keluarga yang lebih sihat.
Masyarakat akan lebih berhati-hati sebelum mendera atau lari dari rumah begitu sahaja kerana
sedar peruntukan perundangan yang ketat boleh memberi impak kepada diri mereka sekiranya
dilakukan tanpa berfikir terlebih dahulu. Maka, tindakan mewujudkan satu perundangan yang
lebih holistik mampu menghasilkan satu bentuk keluarga yang lebih baik di negara ini.

Tambahan pula, kerajaan seharusnya mewujudkan sebuah agensi khas yang akan
menguruskan semua aspek berkaitan dengan kekeluargaan. Agensi agensi ini akan memberi
khidmat nasihat dan sebagainya. Agensi ini akan merangka semua tindakan yang bersesuaian
dengan perancangan kerajaan setelah mengadakan kajian mengenai keadaan keluarga di negara
ini. Sebagai contoh, sekiranya sesebuah keluarga mempunyai masalah dengan keluarga mereka,
agensi khas ini dapat membantu keluarga tersebut dengan memberikan nasihat yang sewajarnya.
Jelaslah, pewujudan agensi khas dapat menguruskan semua aspek berkaitan dengan
kekeluargaan.

Akhir sekali, pihak kerajaan seharusnya mengadakan kursus bagi pasangan yang baru
berkahwin agar mereka tahu akan tanggungjawab mereka setelah menikah nanti. Sebagai contoh,
sesetengah pasangan yang baru berkahwin tidak sedar akan tanggungjawab mereka setelah
mempunyai anak. Hal ini kerana mereka tidak pernah merasa betapa beratnya tanggungjawab
yang harus dipikul untuk membesarkan anak. Sekiranya kursus keibubapaan diberikan lebih
awal, maka kesedaran akan tanggungjawab yang perlu dipikul telah dicernakan lebih awal.
Jelaslah, kursus bagi pasangan yang baru berkahwin haruslah diadakan.

Kesimpulannya, setiap pihak memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan


institusi kekeluargaan yang bahagia di negara kita. Kita haruslah sentiasa bekerjasama agar
masalah gejala sosial dalam kalangan anak-anak dapat dikurangkan. Bak kata pepatah, hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Anda mungkin juga menyukai