Anda di halaman 1dari 11

SYI 33802 FIQH WANITA KONTEMPORARI

TOPIK:
AURAT DAN TABARRUJ DALAM KALANGAN WANITA

PENGERTIAN AURAT DAN TABARRUJ

Perkataan aurat bermaksud aib dan cacat yang terdapat pada sesuatu perkara (Ibrahim
Mustafaet al. t.th, 636)yang mana ia dikaitkan sebagai sesuatu yang dimalui oleh
manusia (Taha Hassan al-Nur et al.1991, 353),dan dianggap keji apabila
mendedahkannya. Perkataan ini juga berasal dari perkataanُ‫ العُ ْو ُر‬yang bermaksud al-
qabihiaitu buruk (Sa’di Abu Jayb 1993, 267), kerana perbuatan mendedahkannya adalah
sesuatu yang buruk dan bukan kerana aurat itu sendiri yang buruk.Oleh itu perkataan
aurat bermaksud sesuatu yang aib dan kurang yang mana ditutup oleh manusia kerana
malu untuk mendedahkannya.

Dari segi istilahnya aurat bermaksud sesuatu yang haram mendedahkannya dan
wajib menutupnya serta tidak mendedahkannya kepada ajnabi(orang asing selain
daripada mahram) (Mustafa al-Khin et al.1996, 125).Maka pensyariatan menutup aurat
dan pengharaman mendedahkannya merupakan suatu perintah daripada Allah Taala
bertujuan memelihara manusia daripada sebarang keburukan dan keaiban yang ada pada
mereka demi memelihara maruah diri mereka sendiri selaras dengan tuntutan syarak.

Tabarruj merupakan bentuk masdar qiyasi dari kata kerja tabarroja (tabarroja
– yatabarroju – tabarrujan), dengan wazan: tafa’-‘ala – yatafa’-‘alu – tafa’-’ulan ….
Jadi, Tabarroja merupakan fi’l tsulatsi mazid dengan penambahan dua huruf, asalnya
adalah “ba-ro-ja“. Dalam Lisaanul ‘Arab Ibnu Madzur mengatakan: “setiap sesuatu
yang nampak jelas dan menonjol, maka ia (berpredikat) “baroja“, itulah mengapa
istana-istana disebut dengan buruujun, karena kemenonjolannya, kejelasannya, dan
ketinggiannya”. Kemudian, baroja itu depannya ditambahi huruf ta’ setelah itu ‘ain
fi’lnya ditasydid, sehingga berubah menjadi tabarroja. Dalam kitab Al Jadwal fii I’robil
Qur’an wa Shorfihi dikatakan bahwa tabarroja adalah at takallufu fii idzhaari maa
yukhfaa, yakni : memaksakan diri/mengerahkan kemampuan untuk menampakkan
1
sesuatu yang tersembunyi. Al Fairuz Abadi dalam Al Muhiith, : “tabarrojat : adzharot
ziinatahaa lirrijaal, tabarrojat adalah menampakkan perhiasannya kepada kaum lelaki”.
Sedangkan Ar Raghib berkata dalam Al Mufrodaat : “Al-buruuj adalah istana-istana (al
qushuur), tunggalnya burjun. Kemudian dikatakan, tabarrojatil mar’atu, ay:
tasyabbahat bihi fii idzhaaril mahaasiin, artinya: tabarrojatil mar’atu adalah seorang
wanita menyerupakan diri dengan istana dalam hal menampakkan berbagai keindahan”.

Kemudian, tabarruj adalah kata benda bentukan (masdar) dari tabarroja. Jika
tabarrojat berarti menunjukkan perhiasan/keindahan, maka at-tabarruj adalah nama
dari aktivitas pertunjukkan perhiasan/keindahan itu sendiri. Berkata Al Jauhariy dalam
Ash Shihaah: “at-tabarruju : idzhaarul mar’ati ziinatahaa wa mahaasinahaa lir-rijaal,
artinya: tabarruj adalah pertunjukkan perhiasan dan berbagai keindahan wanita kepada
kaum lelaki”. Dalam Lisanul Arab dikutip perkataan bahwa: “at tabarruju : idzhaaruz
ziinati wa maa yustad’aa bihii syahwatur rijaali, artinya: tabarruj adalah pertunjukan
perhiasan dan apa saja yang dengannya syahwat kaum lelaki tertarik”.

Kesimpulannya, pengertian tabarruj dari sudut bahasa bermaksud perbuatan


menunjukkan kecantikan oleh wanita dan menarik perhatian kaum lelaki. Menarik
perhatian yang dimaksudkan di sini ialah dari aspek membangkit syahwat mereka
apabila memandang kepada kecantikan dan keindahna tersebut. Keinadahn tersebut pula
sama ada dalam bentuk mempamerkan perhiasan ataupun pakaian. Hal ini bertepatan
dengan tafsiran ayat 33 surah al-Ahzab yang membawa kepada maksud kecantiakan
perhiasan dan pakaian tersebut.

BATASAN AURAT WANITA

Fuqaha’ bersepakat mengenai haramnya membuka aurat namun mempunyai


pandangan yang berbeza dalam penentuan batas-batas aurat tersebut.Batasan yang
dimaksudkan ialah dari aspek batasan kepada hukum melihat dan menyentuh aurat
tersebut.Batas aurat wanita mengikut pandangan jumhur fuqaha’ ialahseluruh tubuh
mereka kecuali muka dan tapak tangan (Al- Zaydan2000, 3:183). Maka seorang wanita
wajib menutup seluruh tubuhnya dan haram mendedahkannya melainkan muka dan
tapak tangan sahaja. Pandangan ini berdasarkan firman Allah ;



2

ُ 
Surah al-Nur (24): 31

Maksudnya: Katakanlah kepada wanita yang beriman:


Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
kemaluannya, dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan memperlihatkan perhiasan tubuh yang
tersembunyi iaitu aurat bagi wanita kecuali kepada individu yang diizinkan oleh syarak
sahaja seperti suami, bapa dan bapa saudara mereka (Al-Sabuniy:
1997,307).Pensyariatan ini juga mempunyai hikmah dan objektif tersendiri dalam
memelihara kemuliaan diri manusia sebagaimana yang dikehendaki dalam maqasid al-
syari’ah.

PENJAGAAN AURAT WANITA DARI SUDUT MAQASID AL-SYARI’AH

Maqasid al-syari’ahbermaksud objektif-objektif syariah yang diletakkan oleh syarak


untuk memenuhi kepentingan manusia (Al-Raysuni1992, 19).Konsep maqasid al-
syari’ahyang diketengahkan oleh al-Raysuni ini adalah hasil gabungan penelitian
kepada konsep maqasid menurut pandangan Ibnu `Asyur (Ibnu `Asyur 2012, 51) dan
`Alal al-Fasi (`Alal al-Fasi 2011, 42). Kesemua konsep tadi merujuk kepada matlamat
yang mengambilkira kepentingan manusia sama ada maksud yang mendatangkan
maslahah atau maksud yang menolak mafsadah. Oleh itu, syariah Islam adalah satu-
satunya perlembagaan dan aturan kehidupan yang dapat memenuhi keperluan masa dan
masyarakat berbeza dengan hukum buatan manusia yang tidak bersifat universal serta
mempunyai kelemahannya tersendiri. Hal ini kerana maqasid al-syari’ahitu mempunyai
elemen kawalan yang ketat dan tersusun iaitu thubut, zuhur, indibat, dan itrad
sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu `Asyur. Thubut yang dimaksudkan ialah
maqasid al-syari’ah yang dimaksudkan wujud secara yakin dan pasti ataupun secara
zan yang menghampiri yakin. Maka tidak diterima sekiranya ia wujud secara ragu-
ragu(waham). Zuhur pula bermaksud jelas dan nyata yang mana tiada perselisihan
dalam kalangan fuqaha dalam mengenalpastinya dan tiada keraguan. Sebagai contoh,
3
menjaga keturunanmerupakan maqsad bagi pensyariatan nikah. Indibat bermaksud
tersusun dan mempunyai garis panduan tertentu.Maqasid al-syari’ahmestilah
mempunyai had yang diperakui tanpa melampauinya atau menguranginya. Itrad
bermaksud mantap dan stabil iaitu tiada perbezaan dengan sebab wujud perbezaan
suasana, tempat,masa dan kaum tertentu (Ibnu `Asyur 2012, 52).

Sehubungan dengan itu, setiap pensyariatan hukum ke atas mukallaf dari


sekecil-kecil pensyariatan sehingga sebesar-besar perkara mempunyai matlamat yang
ingin dicapai dan berada dalam ruang lingkup menjaga maslahah dan mengangkat
mafsadah. Oleh itu, terdapat pembahagian keperluan menjaga perkara-perkara
yangdaruriyyat, hajiyyat dan tahsiniyyat.Allah Taala memerintahkan Nabi SAW agar
menyuruh setiap wanita Muslimah berpegang dengan adab Islam, mengikut petunjuk
agama serta peraturannya yang mempunyai hikmah agar memperolehi kemuliaan pada
diri seterusnya kebahagian dalam komuniti masyarakat yang lebih luas skopnya (al-
Sabuniy t.t., 376).Matlamat ini boleh dicapai apabila wanita khasnya mengutamakan
memenuhi tuntutan pemakaianmenurut sebagaimana yang dituntut.

Tegasnya perintah memelihara aurat mempunyai objektif yang sangat luas


konteksnya bukan sahaja kepada individu sebagai entiti dalam masyarakat bahkan
kepada masyarakat tersebut secara tidak langsung.Kedudukan menutup aurat berbeza
mengikut situasinya.Secara ia umumnya merupakan suatu perkara tahsiniyyat bagi
menggambarkan kecantikan akhlak dan kemuliaan adab. Sebagai contoh, apabila
berlakunya pertembungan di antara wajib mengerjalan solat sedangkan tidak
mempunyai pakaian yang boleh menutup aurat maka boleh dikerjakan solat tersebut
walaupun tanpa menutup aurat. Ini kerana mengerjakan solat bertujuan mendirikan
agama yang merupakan suatu perkara yang daruriyyat. Namun begitu, perbuatan
menutup aurat di luar solat adalah daruriyyat kerana ia adalah salah satu wasilah kepada
menjaga maruah dan keturunan. Ia dianggap sebagai wasilah kerana dengan menutup
aurat merupakan perbuatan yang boleh sampai kepada merealisasikan maqasid al-
syari’ah iaitu memelihara maruah (Mustafa bin Karamah 1999, 47). Oleh itu, maqasid
al-syari’ah di sebalik pensyariatan menutup aurat ini menjadi keutamaan dalam situasi
yang pelbagai

DALIL LARANGAN PENDEDAHAN AURAT DAN BERTABARRUJ

4
Allah berfirman dalam An Nuur ayat 60:

ِ ‫غي َْر ُمتَبَ ّرجَا‬


‫ت‬ َ َ‫ح أَن ي‬
َ ّ‫ض ْعنَ ثِيَابَ ُهن‬ ٌ ‫علَي ِْهنّ ُجنَا‬ َ ‫آء الّالَتِي الَ َي ْر ُجونَ نِكَاحا ً فَلَي‬
َ ‫ْس‬ َ ّ‫َوا ْلقَ َوا ِع ُد ِمنَ الن‬
ِ ‫س‬
‫س ِمي ٌع ِع ِلي ٌم‬
َ ُ‫ّللا‬ ْ َ‫بِ ِزينَ ٍة َوأَن ي‬
ّ ‫ست َ ْع ِف ْفنَ َخي ٌْر ّل ُهنّ َو‬

Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti


(dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah
atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak
(bermaksud) bertabarruj dengan perhiasan, dan berlaku sopan
adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi
Maha Bijaksana”.

Allah berfirman dalam Al Ahzaab ayat 33.

‫َوقَ ْرنَ ِفي بُ ُيو ِتكُنّ َوالَ ت َ َب ّرجْ نَ ت َ َب ّر َج ا ْلجَا ِه ِل ّي ِة االُولَ َى‬

Maksudnya: “Dan hendaklah kalian tetap di rumah kalian dan janganlah


kalian bertabarruj seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu”.

Ayat yang pertama mengandung larangan bagi wanita yang sudah tua untuk bertabarruj.
Perkataan mutabarrijaatun yang disebut dalam ayat tersebut adalah bentuk jama’ dari
mutabarrijah, yaitu bentuk mu’annats dari matabarrijun yang merupakan ismu faa’il
(pelaku/subjek) dari kata kerja tabarroja (bertabarruj). Maka, arti dari mutabarrijaatun
adalah para wanita yang bertabarruj.

Ayat yang kedua juga terdapat larangan untuk bertabarruj bagi para isteri Nabi SAW
dan seluruh wanita muslimah, sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah sebelum
datangnya Islam.

Terdapat juga hadits yang melarang tabarruj. Abdullah bin ‘Amr mengisahkan,

“Umaimah bintu Ruqoiqoh mendatangi Rasulullah shollallaahu


‘alaihi wa sallam untuk berbaiat kepadanya dalam rangka masuk
islam, maka (nabi) berkata: Aku membaiatmu untuk tidak
menyekutukan Allah dengan sesuatu pun, tidak mencuri, tidak
berzina, tidak membunuh anakmu, tidak membuat-buat kedustaan
yang kamu kerjakan dengan kedua tangan dan kakimu, tidak meratap,
dan tidak bertabarruj seperti dilakukan wanita-wanita jahiliyyah
dahulu”. (HR. Ahmad)

Nas-nas tegahan bertabarruj menunjukkan kepada maksdu haram perbuatan tersebut.

5
Dari Fadholah bin ‘Ubaid, Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wa sallam
bersabda, “tiga golongan yang tidak ditanya: seorang laki-laki yang
memisahkan diri dari jama’ah, mendurhakai imamnya, kemudian
meninggal dalam kedurhakaannya itu; Seorang budak wanita atau
laki-laki yang melarikan diri meninggalkan tuannya, lalu mati;
seorang wanita yang ditinggal pergi suaminya, yang mana suaminya
itu telah mencukupi kebutuhannya, namun dia bertabarruj, maka
mereka tidak ditannya”. (HR. Al Hakim dan Ahmad)

Maksud “tidak ditannya” adalah Allah tidak mempedulikan amal golongan yang
dinyatakan di atas kerana melakukan perkara yang ditegah oleh Allah bahkan turut
dianggap sebagai penghuni neraka. Balasan yang dinyatakan ini secara jelas
menunjukkan kepada jelasnya larangan bertabarruj dengan tegas yang membawa
makna pengharam.

BATASAN AURAT WANITA

Fuqaha’ bersepakat mengenai haramnya membuka aurat namun mempunyai


pandangan yang berbeza dalam penentuan batas-batas aurat tersebut.Batasan yang
dimaksudkan ialah dari aspek batasan kepada hukum melihat dan menyentuh aurat
tersebut.Batas aurat wanita mengikut pandangan jumhur fuqaha’ ialahseluruh tubuh
mereka kecuali muka dan tapak tangan (Al- Zaydan2000, 3:183). Maka seorang wanita
wajib menutup seluruh tubuhnya dan haram mendedahkannya melainkan muka dan
tapak tangan sahaja. Pandangan ini berdasarkan firman Allah ;



ُ 
Surah al-Nur (24): 31

Maksudnya: Katakanlah kepada wanita yang beriman:


Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
kemaluannya, dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan memperlihatkan perhiasan tubuh yang
tersembunyi iaitu aurat bagi wanita kecuali kepada individu yang diizinkan oleh syarak
sahaja seperti suami, bapa dan bapa saudara mereka (Al-Sabuniy:

6
1997,307).Pensyariatan ini juga mempunyai hikmah dan objektif tersendiri dalam
memelihara kemuliaan diri manusia sebagaimana yang dikehendaki dalam maqasid al-
syari’ah.

BENTUK TABARRUJ

Terdapat beberapa bentuk tabarruj yang boleh berlaku. Tabarruj boleh berlaku melalui
pakaian yang dipakai, perhiasan yang digunakan, solekan yang dibuat serta pergerakan
dan cara berjalan seseorang wanita tersebut.

Berikut ini beberapa perkara yang disebutkan dalam nas syarak yang dianggap
sebagai bertabarruj;

Di dalam ayat 31 surah an Nuur ;

ُ‫نُزينَ ِت ِه ّن‬
ِ ‫ُم‬ِ َ‫َوالَُيَض ِْربْنَ ُ ِبأ َ ْر ُج ِل ِه ّنُ ِليُ ْعلَ َمُ َماُي ُْخفِين‬

Dan janganlah mereka memukulkan kaki-kaki mereka agar diketahui


perhiasan yang mereka sembunyikan (An Nuur, 31)

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: “Wanita mana saja yang memakai
wewangian, kemudian dia melewati kaum (laki-laki) agar mereka mencium baunya
maka dia pezina” (HR. An Nasa’i, Abu Dawud, At Tirmidzi, Al Hakim, Ibnu
Khuzaimah, dan Ibnu Hibban)

Selain itu, Rasulullah SAW turut bersabda yang bermaksud: “Dua golongan
ahli neraka yang belum aku lihat: Orang yang membawa cemeti seperti ekor sapi,
mereka mencambuki manusia dengannya; dan wanita-wanita yang berpakaian namun
telanjang, mereka berlenggak-lenggok dan menggoyangkan kepalanya seperti
bergoyangnya punuk unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium
baunya, padahal baunya itu boleh dicium dari jarak sekian dan sekian” (HR. Muslim)

Berdasarkan kepada tegahan bertabarruj sebagaimana tabarruj kaum jahilyyah yang


awal, terdapat 12 elemen yang dihuraikan bagi menunjukkan kepad bentuk tabaruj
tersebut iaitu;

7
1. Berhias dengan cara tidak berhias
2. Meniru kaum yang lain
3. Berhias dengan menggunakan barang kaum yang lain
4. Berhias cara sihir
5. Berhias dengan membuka aurat
6. Berhias dengan seolah-olah membuka aurat
7. Berhias dengan mengubah ciptaan Tuhan
8. Merangsang nafsu
9. Berhias dengan akhlak jahiliyyah
10. Berhias dengan meninggalkan perkara asas
11. Berhias dengan cara membazir
12. Berhias dengan berbangga-bangga

PENENTUAN KADAR TABARRUJ

Penentuan kadar tabarruj adalah berdasarkan kepada elemen-elemen yang membawa


kepada maksud tabarruj sama ada dari sudut bahasa mahupun istilah. Berikut adalah
elemen-elemen yang menjadi asas kepada penentuan kadar tabarruj;

1. Mendedahkan aurat

Elemen jelas dinyatakan dalam tegahan syarak berkaiatan haram mendedahkan


aurat. Ia merpakan perkara utama dalam menilai sesuatu tindakan itu dikira
sebagai bertabarruj ataupun tidak. Hal ini bermaksd wanita yang tidak menutup
aurat seperti yang digariskan oleh syarak adalah sekaligus dikira sebagai
bertabarruj.

2. Mendedahkan perhiasan

Mendedahkan perhiasan termasuk dalam asas menentukan elemen tabarruj


keran terdapat unsure menarik perhatian. Sedangkan saranan syarak adalah
agar wanita menyembunyikan perhiasan mereka.

3. Menonjolkan perhiasan dan kecantikan

8
Menonjolkan perhiasan dan kecantikan bermaksud melakukan sesuatu yang
lebih menarik perhatian supaya dilihat oleh orang lain. Perbuatan ini lebih berat
berbanding mendedahkan perhiasan.

4. Berhias secara berlebihan

Syarak tidak menegah sesuatu yang indah dan cantik. Namun sekiranya
dilakukan secara berlebihan, akan membawa kepada perbuatan menonjolkan
kecantikan seperti yang dilakuakn di atas.

5. Menarik perhatian

Elemen ini adalah bersifat umum dan terdapat dalam setiap elemen-elemen lain
yang dinyatakan. Faktor uruf dan kebiasaan yang diterima syarak dalam cara
berpakaian dan penampilan menjadi asas kepada sama ada sesuatu itu menarik
perhatian orang dan dikira tabarruj ataupun sebaliknya.

6. Mendorong syahwat

Elemen mendorong syahwat ini bersifat subjektif dan berbeza di antara


individu. Namun ia dapat diatasi dengan memenuhi tuntutan memelihara aurat
dan menjauhi tabarruj bagi wanita dan menjaga pandangan bagi lelaki
sebagaimana yang diperintah oleh Allah.

MENUTUP AURAT TETAPI BERTABARRUJ

Mendedahkan aurat merupakan salah satu elemen tabarruj. Namun, tabarruj juga boleh
berlaku sekalipun sudah dianggap menutup aurat. Walaupun sudah menutup aurat,
namun sekiranya mempertontonkan kecantikan dan perhiasan wanita untuk menarik
simpati kaum lelaki maka ia tetap dinggap bertabarruj.

Sebagai contoh seorang wanita yang memaki jilbab dan khimar yang labuh
tanpa menampakkan warna kulit dan bentuk tubuh, namun pada masa yang sama jilbab
yang dipakai dihias cantik agar menarik perhatian ataupum merias wajahnya dengan
solekan yang tebal dan menonjolkan kecantikannya. Penggunaan minyak wangi yang
berbau semerbak sehingga mendorong orang melihat ke arahnya juga tidak menepati
konsep menutup aurat yang sebenar kerana terdapat unsur tabarruj.
9
BERDANDAN DAN MEMAKAI PERHIASAN TETAPI BUKAN
BERTABARRUJ

Larangan tabarruj bukan berarti larangan mutlak untuk mengenakan perhiasan dan
berdandan. Wanita boleh mengenakan perhiasan asalkan perhiasan itu tidak menarik
perhatian dan bersifat sederhana seperti cincin yang sederhana. Mereka juga boleh
berdandan dengan ringan untuk sekedar menutupi sesuatu yang menjadi kekurangan
yang ada pada diri mereka. Penggunan bedak juga diharuskan sekadar untuk menutup
bau badan yang asal. Kesemua perkara ini dilakukan bukan bertujuan menarik
perhatian orang lain dan menimbulkan rasa kagum dalam kalangan mereka. Jika
perhiasan atau dandanan tidak menarik perhatian, maka tidak wujud elemen tabarruj.

MEMAKAI PAKAIAN BERWARNA ATAU BERCORAK

Ibnu Abi Syaibah, sebagaimana dikutip oleh Al Albaniy meriwayatkan beberapa atsar
yang menunjukkan bahwa istri-istri nabi dan muslimah pada masa shohabat pernah
menggunakan pakaian yang berwarna. Atsar itu antara lain:

1. Dari Ibrahim (An Nakho’i) bahwasannya ia pernah bersama Al Qomah dan Al Aswad
mengunjungi para istri Nabi saw., dan dia melihat mereka mengenakan pakaian-pakaian
panjang berwarna merah.
2. Dari Ibnu Abi Mulaikah, dia berkata, “saya pernah melihat Ummu Salamah ra.
mengenakan baju dan pakaian panjang berwarna kuning.
3. Dari Al Qosim (Ibnu Muhammad bin Abu Bakar) bahwa Aisyah ra. pernah memakai
pakaian berwarna kuning, dan dia sedang ihram.
4. Dari Hisyam, dari Fatimah binti Mundzir, bahwa Asma’ ra. pernah memakai pakaian
berwarna kuning dan dia sedang ihram.
5. Dari Sa’id bin Jubair bahwa dia pernah melihat sebagian dari istri nabi thowaf
mengelilingi Ka’bah dengan mengenakan pakaian berwarna kuning.

Berdasarkan fakta di atas, memakai pakaian berwarna semata-mata tidak boleh terus
disifatkan sebagai bertabarruj. Ia dikira bertabarruj sekiranya warna dan corak yang
digunakan menarik perhatian dan menaikkan syahwat lelaki.

KESIMPULAN

10
Perintah menutup aurat dan tegahan bertabarruj bertujuan memelihara maruah wanita.
Kemulian mereka dinilai dari sudut bagaiman mereka menjaga diri mereka daripada
melakukan apa yang dilarang oleh syarak.

Rujukan:

Al Albaniy, Muhammad Nashiruddiin, Jilbab Wanita Muslimah (terj kitab Jilbaabul


Mar’atil Muslimati fii Al-kitaabi was Sunnati)

Abadiy, Al Fairuz, Al Qomus Al Muhiith

Al Ashfahaniy, Al Husain bin Muhammad (Ar Raghib), Al Mufradaat fii Ghoriibil


Qur’aan

Al Jauhary, Isma’il bin Ahmad, Ash Shihaah fil Lughoh

An Nabahaaniy, Taqiyuddiin, Muqoddimatud Dustur awil Asbaabul Maujibatu lahu

Ath Thobari, Muhammad bin Jariir (Abu Ja’far), Jaami’ul Bayaan ‘an Ta’wiil Aay Al
Qur’aan (Tafsir Ath Thobari)

Ibnu Mandzur, Muhammad bin Mukarrom, Lisaanul ‘Arob

Mahmuud Shoofiy, Al Jadwaal fii I’roobil Qur’aan w

11

Anda mungkin juga menyukai