Anda di halaman 1dari 10

CONTOH PENULISAN JURNAL PRAKTIKUM

Bilangan Jurnal : Ke-2


Minggu Praktikum : Kedua
Tarikh Peristiwa / : 4 Februari 2016
Kejadian : Masalah Pengurusan Masa
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (4 Februari 2016) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang
tepat bagi kelas 3 Ibnu Sina sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti
yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini
menimbulkan masalah bagi mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir dalam
proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu .

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah
saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-
pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil
perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincanan, terdapat beberapa orang
pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu,
masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti
perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan
masa yang telah dirancangkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan
lebih sempurna.
b) Saya akan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu-waktu tertentu terutama
pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan .
c) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak
melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar
tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan
dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang
sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk
dibentangkan .
d) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa
yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya

Bilangan Jurnal : Ke- 3


Minggu Praktikum : Keempat
Tarikh Peristiwa / : 16 Februari 2016
Kejadian : Masalah Tingkah Laku
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa

Setelah beberapa minggu pengendalian proses aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, saya masih terdapat
segelintir murid kurang memberi tumpuan dan perhatian terhadap pelajaran. Terdapat
dalam kalangan murid yang melakukan tingkah laku negatif iaitu tidak mengendahkan
arahan guru, membuat bising, berbual dengan rakan di sebelah dan membuat hal
sendiri. Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri
dalam mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan
guru dengan murid. Ini boleh dikatakan sebagai hubungan interpersonal.

2. Analisis

Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan sering kali
terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti
bising, perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang
kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah
bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi
kesukaran dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dan
menyampaikan pelajaran yang jelas supaya murid-murid dapat mendengarnya.
Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat daripada
sikap murid-murid yang kurang berminat untuk belajar. Corak kepimpinan guru dalam
kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses interaksi antara guru dengan
murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan autokratik di mana murid-murid
hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang menyuarakan
pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid tidak
digalakkan dan bersifat pasif.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa


perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi.
b. Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut
ke atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya:
c. guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan.
d. Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti
pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.
e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa
yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya

Bilangan Jurnal : Ke - 5
Minggu Praktikum : Keempat
Tarikh Peristiwa / : 22 Februari 2016
Kejadian : Tidak mengikut arahan dan membuat masalah
Tajuk Jurnal tingkah laku

1. Masalah / Peristiwa

Saya mengajar di kelas 3 Ibnu Battuta untuk subjek Dunia Seni Visual .
Sepanjang seminggu saya mengajar kelas ini, saya dapati terdapat beberapa orang
murid yang agak nakal. Mereka membuat bising dan tidak mahu mengikut arahan
yang diberikan oleh saya. Selain itu, mereka kadang-kadang mengganggu rakan-
rakan lain yang sedang melaksanakan aktiviti yang saya berikan. Oleh itu, saya telah
menegur mereka sekiranya mereka melakukan perkara tersebut.

2. Analisis

Proses pengajaran dan pembelajaran dan komunikasi yang berkesan sering kali
terganggu akibat daripada gangguan-gangguan yang berlaku dalam kelas seperti
bising, perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang
kurang kondusif, kurangnya minat murid untuk belajar dan seumpamanya. Masalah
bising dalam kelas atau bilik darjah contohnya akan menyebabkan guru menghadapi
kesukaran. Antara faktor atau punca berlakunya komunikasi kurang berkesan akibat
daripada sikap murid-murid yang tidak mengikut arahan dan sering membuat masalah
tingkah laku mempengaruhi rakan yang lain.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Membina hubungan yang baik dan mesra dengan murid-murid dengan sering berbual
dengan murid-murid tersebut tentang diri, keluarga dan minat mereka.
b. Selalu berinteraksi dan berkomunikasi dengan bertanya khabar atau menegur murid
bila mana bertemu dengan mereka.
c. Jika sebelum ini, murid itu hanya dimarahi kerana berbuat nakal, kali ini dia rasa
dihargai. Apabila mereka mesra dan baik dengan saya, mereka akan merasa malu
untuk berkelakuan yang negatif. Kebarangkalian untuk murid tersebut bertingkah yang
negatif pada masa hadapan akan berkurangan.
d. Selain itu, guru boleh memanggil murid-murid tersebut untuk berbincang dan
berkongsi masalah yang mereka hadapi secara individu. Walaupun tidak dapat
menyelesaikan masalah tersebut/
e. Saya sebagai guru juga boleh memainkan peranan sebagai kakak kepada murid-
murid supaya hubungan yang mesra dapat terjalin tetapi mengikut batas-batas yang
tertentu.
f. Sekolah perlu menyediakan persekitaran yang selamat bagi membantu
perkembangan kanak-kanak
g. Setelah mengetahui dan memahami seseorang murid dengan lebih dekat, mungkin
dapat dikenal pasti punca mereka berkelakuan tertentu.
h. Oleh itu, teguran dan nasihat yang sesuai boleh diberikan agar murid tersebut tidak
terus berkelakuan negatif.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa
yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin
sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Bilangan Jurnal : Ke- 6


Minggu Praktikum : Kelima
Tarikh Peristiwa / : 1 Mac 2016
Kejadian : Masalah Kebersihan
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa

Saya berdepan dengan masalah penampilan dan kebersihan diri murid-murid.


Murid-murid tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Saya
dapati, murid-murid tidak mengambil berat dan memandang serius tentang
kebersihan dan kekemasan diri. Murid-murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar
supaya Nampak lebih kemas. Selain itu, murid-murid akan bermain dalam berpakaian
sekolah sehingga baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan murid-murid datang
pada waktu pagi dengan berpakaian bersih dan kemas, akan tetapi, mereka akan
mula berkeadaan kotor dan berbau setelah bermain-main terutama selepas waktu
rehat.

2. Analisis

Kebersihan diri merupakan salah satu unsur yang penting. Menjaga kebersihan
adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan tonggak
kehidupan yang selesa dan harmoni. Kebersihan menggambarkan perwatakan dan
keperibadian seseorang individu di mata masyarakat. Kebersihan perlu diambil berat
dan diamalkan sejak masih kecil lagi. Murid-murid sepatutnya menjadikan penampilan
yang kemas dan menjaga kebersihan sebagai satu budaya hidup seharian terutama
ketika berada di sekolah. Ini kerana, sekolah merupakan tempat murid-murid
menimba ilmu pengetahuan. Sekiranya suasana dan diri tidak bersih dan kemas akan
menyebabkan proses pembelajaran terganggu seterusnya mengganggu tumpuan dan
perhatian murid-murid menimba ilmu pengetahuan.
3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa


perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat
dikurangkan atau diatasi.
b. Guru hendaklah menunjukkan penampilan diri yang kemas.
c. Sentiasa menegur kesalahan dan memperbetulkan.
d. Menjadikan murid yang kemas sebagai contoh kepada rakan lain.
e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa
yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya

Bilangan Jurnal : Ke- 7


Minggu Praktikum : keenam
Tarikh Peristiwa / : 7 Mac 2016
Kejadian : Tidak mengangkat tangan semasa menjawab
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa

Saya menjalani praktikum fasa 2 di SK Taman Midah 2. Untuk praktikum fasa


ini saya akan mengajar subjek major iaitu Dunia Seni Visual dan Bahasa Melayu. Saya
mendapati murid-murid dalam kelas 3 Ibnu Battuta sering menjawab soalan yang
diajukan oleh guru tanpa mengangkat tangan. Murid-murid yang melebihi 30 orang itu
tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan sebaliknya terus menjawab
terutama murid-murid lelaki. Keadaan ini mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran.

2. Analisis

Kelas ini mengandungi murid-murid yang mempunyai pencapaian yang kurang


cemerlang pencapaian akademik. Murid-murid dalam kelas ini sering tidak
mengangkat tangan apabila hendak menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
Keadaan ini telah menyebabkan keadaan dalam kelas menjadi bising dan seterusnya
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kelas ini dan kelas-kelas
sekitarnya. Bukan seorang dua yang melakukan perkara tersebut, sebaliknya hampir
keseluruhan murid dalam kelas tersebut menjawab tanpa mengangkat tangan terlebih
dahulu. Daripada aspek guru, mungkin kerana guru yang mengajar tidak garang atau
tegas terhadap murid-murid menyebabkan murid tidak merasa takut kepada guru.
Selain itu, mungkin guru tidak memberitahu atau membiasakan murid-murid untuk
mengangkat tangan dahulu sebelum menjawab. Daripada aspek murid pula, mungkin
murid-murid merasakan bahawa mereka tidak perlu untuk mengangkat apabila ingin
menjawab soalan. Selain itu, murid-murid mungkin merasa teruja untuk menjawab
soalan yang diberikan menyebabkan mereka berebut-rebut sehingga murid-murid
tidak mengangkat tangan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa


perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat
dikurangkan atau diatasi.
b. Saya akan memberi arahan ataupun menetapkan peraturan dengan murid-
murid iaitu apabila ingin menjawab soalan hendaklah mengangkat tangan
dahulu.
c. Apabila guru memberi kebenaran barulah murid memberi jawapan. Sekiranya
murid-murid tidak mengikut peraturan yang ditetapkan akan dikenakan
dendaan.
d. Memotivasikan murid-murid agar berkelakuan seperti yang dikehendaki guru,
setiap murid yang menjawab soalan dengan mengangkat tangan dahulu akan
mendapat ganjaran sejurus selepas itu.
e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa
yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Bilangan Jurnal : Ke-8


Minggu Praktikum : Ketujuh
Tarikh Peristiwa / : 21 Mac 2016
Kejadian : Masalah Murid Pasif
Tajuk Jurnal

1. Masalah / Peristiwa
Hari ini (21 Mac 2016), saya menghadapi masalah murid pasif bagi kelas 3 Ibnu
Battuta. Kali ini saya ingin mengetengahkan masalah berkenaan murid yang pasif di
dalam kelas, terutamanya di dalam aktiviti Dunia Seni Visual. Masalah yang sangat
ketara kerana hanya terdapat pada seorang murid perempuan yang akan cuba
mengelakkan diri daripada membuat aktiviti.

2. Analisis masalah
Masalah ini berlaku mungkin disebabkan penguasaan ilmu pengetahuan yang lemah
berbanding dengan pelajar lain. Selain itu juga sifat yang pemalu untuk tampil ke
hadapan menjadi punca masalah ini. Ini juga mungkin disebabkan rasa rendah diri
dan tidak memiliki keyakinan diri yang mantap untuk melakukan aktiviti yang
dijalankan. Sifat kurang keberanian dalam diri mereka menyebabkan mereka
mendiamkan diri dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya sebagai guru perlu sentiasa memberi sokongan dan motivasikan murid
agar dapat menanam keyakinan dalam diri mereka dan berani untuk
melakukan aktiviti Dunia Seni Visual
b. Saya juga harus memberikan hadiah kepada murid yang berjaya sebagai
peneguhan. Ini akan memberi semangat kepada murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dalam kelas. “Menurut Skinner,
peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.
Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk
motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-
contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti
memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu.
c. Saya akan merancang suatu aktiviti yang boleh menarik perhatian murid untuk
melibatkan diri semasa proses P&P berlangsung.
d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah
pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh penyelesaian/ Tindakan susulan


Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Ketika berlakunya
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memantau dan memerhatikan kelakuan
murid-murid, agar murid-murid yang lemah tidak terus ketinggalan dan tidak merasai
keseronokan untuk belajar.

Bilangan Jurnal : Ke-10


Minggu Praktikum : Kesembilan
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 5 April 2016
Tajuk Jurnal : Murid tidak berminat dengan set induksi guru

1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak
menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Apabila guru meminta murid memilih ahli
kumpulan sendiri, mereka bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan
dan apabila guru membahagikan kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat
berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan
dengan baik.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana wujudnya perasaan bangga dengan kelebihan diri dan
perbandingan taraf kepandaian. Walaupun mereka hidup dalam satu kelas, namun
murid yang pandai lebih cenderung untuk bergaul dengan murid-murid pandai sahaja
manakala murid yang kurang pandai dipinggirkan kerana mereka merasakan bahawa
murid yang kurang pandai tidak sama taraf dengan mereka.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a) Guru perlu membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang di mana setiap
kumpulan ada murid yang pandai dan ada murid yang lemah.
b) Guru perlu menggalakkan murid pandai untuk membantu murid yang lemah agar
jurang yang ada dapat dirapatkan.
c) Guru perlu menerapkan nilai bekerjasama dalam diri murid agar mereka dapat
menunjukkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan.
d)
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid
dapat bergaul mesra dengan semua rakan mereka tanpa mengambil kira taraf
kepandaian dan dapat saling bantu-membantu dalam proses pembelajaran serta
bekerjasama dalam melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti.

Bilangan Jurnal : Ke-11


Minggu Praktikum : Kesepuluh
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 11 April 2016
Tajuk Jurnal : Masalah murid bersikap malas

1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid
menunjukkan sikap malas dan ini adalah berkaitrapat dengan hal disiplin. Apabila guru
meminta murid untuk menyiapkan kerja sekolah dan meminta mereka untuk terus
menghantar sebelum tamat waktu pdp mereka tidak menyiapkan tugasan mereka dan
memberikan alasan yang pelbagai agar dapat mengelak daripada penghantaran kerja
sekolah yang guru beri.

2. Analisis
Masalah timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa
membuat kolaj di dalam kelas. Iaitu dengan menggunting kertas yang telah diberikan
oleh guru bukan sahaja tidak mengikut teknik dengan betul malah menunjukkan
bahawa murid bersikap malas. Ini kerana murid tidak berminat untuk meneroka teknik,
kurang yakin dan menganggap proses kerja melecehkan serta merumitkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a) Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk
melaksanakan P&P dalam masa yang telah ditetapkan dan cara untuk memberi
kefahaman kepada murid bahawa dengan menepati arahan guru akan menjadikan
aktiviti bertambah senang dan P&P bertambah menarik. Juga menggalakkan murid
melaksanakan kerja sebaik mungkin dan untuk memupuk daya saing dalam
menghasilkan karya yang terbaik.
b) Saya akan menegur sikap mereka dengan cara yang lembut dalam tegas.
Menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu membuat hasil karya yang terbaik
untuk kepuasan diri mereka sendiri dan akan menampalnya di dinding belakang kelas.
c) Saya juga akan mendapatkan tips atau cadangan untuk mengawal murid dan kelas
dari guru-guru yang lain dan rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-
objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai, yang lebih terarah kepada pengenalan teknik
dan penghasilan tugasan serta menekankan aspek disiplin kerja pada murid-murid
seperti memupuk nilai menepati masa seperti yang telah diperuntukkan.

Bilangan Jurnal : Ke – 12
Minggu Praktikum : Kesebelas
Tarikh Peristiwa / Kejadian : 20 April 2016
Tajuk Jurnal : Kekurangan Pengalaman / Pengetahuan
sedia ada

1. Masalah / Peristiwa
Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah saya
kekurangan pengalaman dan juga pengetahuan sedia ada dari segi teknikal.

2. Analisis
Masalah timbul mungkin kerana murid tidak didedahkan dengan kepelbagaian
teknik yang ada dalam penghasilan karya. Dalam sesi P&P saya, murid baru belajar
mengenali dan menerokai teknik. Dalam keadaan ini, murid masih baru dengan teknik
yang dipelajari. Jadi semasa proses penghasilan karya didapati murid agak sukar
(lambat) menghasilkannya. Guru perlu menunjukkan satu per satu langkah dengan
terang dan jelas. Banyak teguran terhadap proses kerja murid dilakukan. Hasilnya
juga kurang memuaskan walaupun aktiviti sangat bersesuaian dengan tahap
pembelajaran murid.

3. Cadangan Tindakan Susulan


a) Saya perlu berbincang dengan guru pembimbing. Bertanyakan tips cara-cara untuk
memilih aktiviti yang bersesuaian pada tahap pengalaman dan pengetahuan sedia
ada pada murid.
b) Saya akan memperkenalkan kepada murid teknik yang pelbagai dalam penghasilan
karya. Pada P&P saya nanti, saya akan menerangkan langkah-langkah penghasilan
karya bagi satu per satu teknik dengan terang, jelas dan dapat difahami oleh murid.
Semasa proses penghasilan karya, saya akan turut memantau bagi membantu murid
menghasilkan teknik dengan betul.
c) Saya juga akan mendapatkan cadangan atau tips untuk menjadikan P&P saya lebih
menarik untuk memperkenalkan satu-satu aktiviti (teknik) dari rakan guru pelatih.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan mengatasi masalah ini secepat mungkin kerana kekurangan ini akan
menjadikan murid ketinggalan dalam subjek pelajaran. Tahap pembelajaran murid
menjadi rendah sedangkan tahap / pencapaian yang sepatutnya adalah yang lebih
baik.

Anda mungkin juga menyukai