Anda di halaman 1dari 14

APAKAH KEDUDUKAN KELAS ABAD KE 21 TERBAIK UNTUK

KELAS ANDA?

Kedudukan tempat duduk murid adalah amat penting untuk suasana


pembelajaran yang kondusif. Keadaan tempat duduk dan ruang yang baik
memberi keselesaan kepada murid untuk belajar. Hal ini membantu murid
memberikan tumpuan serta melaksanakan aktiviti dengan lancar. Selain
daripada untuk kemudahan murid, kedudukan tempat duduk yang
bersesuaian juga dapat menggalakkan komunikasi antara murid dan
kolaboratif sesama mereka. Dalam merencanakan pendidikan abad ke 21
dan pembelajaran abad ke 21, kedudukan murid yang dapat merangsang
elemen 4K adalah amat dititikberatkan. 4K tersebut adalah:

Komunikatif

Kolaboratif
Kritis dan
Kreatif.

Umum telah mengetahui beberapa bentuk kedudukan tempat duduk yang


dapat memenuhi kriteria ini. Namun, adakah jenis-jenis kedudukan tempat
duduk yang dicadangkan adalah bersesuaian dengan ciri-ciri murid kita
dan kepelbagaian aras mereka?

Di sini mari kita lihat kembali beberapa jenis kedudukan tempat duduk
kelas abad ke 21, meneliti kelebihan dan kekurangan setiap satunya.
Kelebihan: Guru dapat melihat dan mengenalpasti setiap murid dengan
baik. Murid memberikan lebih tumpuan dalam kelas.

Kekurangan: Sukar untuk aktiviti kumpulan. Lebih sesuai untuk murid


sekolah rendah Darjah 1 dan 2 di mana mereka berada di peringkat
mendisiplinkan diri dan membina tumpuan dalam belajar. Sukar untuk
guru mendekati murid.
Kelebihan: Mudah untuk guru membuat pengelasan murid.
Homogeneous grouping iaitu kumpulan mengikut jenis keupayaan
pembelajaran lebih teratur. Pergerakan guru lebih mudah untuk mendekati
murid.

Kekurangan: Murid perlu memusingkan kerusi pada kebanyakan masa.


Kumpulan meja adalah terlalu besar. Perlu sempadan yang jelas jika setiap
kumpulan besar perlu dipecahkan kepada dua.
Kelebihan: Kumpulan-kumpulan lebih dinamik dan mungkin ada sebab-
seba khas dua kumpulan berjumlah 5 orang. Bilangan ahli kumpulan cukup
baik dan sama rata.

Kekurangan: Sukar untuk murid yang menghadap belakang untuk


memusingkan kerusi mereka. Pada kebanyakan masa, guru perlu berada di
tengah kelas dan menyimbangkan arah pandangan kepada murid.
Kelebihan: Semua murid dapat memberikan tumpuan. Guru juga mudah
mengedarkan bahan. Pembentukan kumpulan, jika perlu juga mudah
untuk dibuat.

Kekurangan: Beberapa orang murid dari sesetegah sudut sukar untuk


didekati.
Kelebihan: Komunikasi murid dan inetraksi murid boleh datang daripada
pelbagai hala. Pertukaran dari satu kumpulan ke satu kumpulan juga
mudah. Guru boleh berada dekat dengan murid. Pengedaran bahan juga
akan berlaku dengan lancar.

Kekurangan: Hampir tiada.


Kelebihan: Murid dapat memberi tumpuan yang baik dan tidak
mengalami banyak masalah dalam mengalihkan pandangan atau kerusi.
Bilangan ahli kumpulan juga memadai. 3 orang sebaris mungkin
mempunyai maksud tertentu. Guru boleh bergerak dengan bebas.

Kekurangan: Hampir tiada.


Kelebihan: Kedudukan kelas yang paling popular. Murid dapat membina
keyakinan diri dengan bergerak dalam pasangan masing-masing yang juga
menjadi should partner mereka. Cikgu juga dapat memberi tumpuan
kepada banyak murid. Hal ini sesuai untuk membiasakan murid dengan
kerja berkumpulan sebelum mereka melakukan aktiviti dalam kumpulan
yang besar.

Kekurangan: Terlalu banyak 'pair groups' yang perlu cikgu lihat dan beri
tumpuan. Disiplin murid juga boleh terganggu apabila mereka berada
dalam kumpulan yang lebih kecil dan terasing.
Kelebihan: Murid memberikan tumpuan dalam kelas.

Kekurangan: Sukar dan mengambil masa apabila perlu menyusun meja


dalam bentuk kumpulan untuk aktiviti kumpulan.
Kelebihan: Murid memberikan tumpuan dalam kelas. Kurang kumpulan
untuk diberikan tumpuan kerana blebih bilangan murid dalam kelas.
Murid mudah untuk membentuk kumpulan 6 orang ahli dengan hanya
perlu pusing ke belakang.

Kekurangan: Hampir tiada

Kelebihan: Mudah apabila guru perlu melakukan aktiviti untuk 'whole


class' dan guru perlu berada di tengah. Memberi peluang sama rata kepada
murid untuk berinteraksi dengan guru dengan lebih dekat.

Kekurangan: Terhad kepada aktiviti tertentu sahaja. Tidak sesuai untuk


aktiviti berkumpulan.
Kelebihan: Ruang tengah yang luas. Murid dapat memberikan
pembentangan dengan ruang yang lebih besar dan dekat dengan semua
rakan. Mereka boleh buat persembahan, demonstrasi dan sketsa.
Kekurangan: Tidak sesuai untuk murid yang ramai. Aktiviti kumpulan
kecil juga sukar untuk dijalankan.

Ada banyak lagi bentuk kedudukan tempat duduk murid kelas abad ke 21.
Setiap satunya mempunyai prinsip tersendiri serta pros dan cons. Cikgu
perlu menetapkan yang mana satu boleh menepati keperluan pembelajaran
murid dan memudahkan guru untuk memudahcara pembelajaran dalam
kelas. Di samping itu, cikgu boleh memilih bentuk yang macam mana dapat
disuai padankan dan mudah diadaptasi dengan bentuk yang lain supaya
pembelajaran dalam kelas lebih fleksible.
Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan ini terbahagi kepada beberapa aspek; kedudukan
murid, sumber pembelajaran, masa, tingkah laku serta transisi.

KEDUDUKAN MURID
Selaras dengan Pembelajaran Abad ke 21, murid - murid seharusnya
duduk secara berkumpulan. Apakah yang dikatakan sebagai kedudukan
berkumpulan yang baik.
1. Setiap kumpulan ada 4 orang murid. Kebanyakan
aktiviti pembelajaran koperatif melibatkan 2 - 4 orang
murid.
2. Setiap kumpulan ada identiti masing-masing. Berikan
nama kumpulan.
3. Ada peranan diberikan dan dilakukan secara bergilir - gilir. Contohnya,
pengurus bahan, pembentang, penulis dan sebagainya. Hal ini bagi
melancarkan perjalanan aktiviti kerana semua murid memainkan peranan
masing-masing.

SUMBER PEMBELAJARAN
Apabila aktiviti sedang berlangsung dan murid perlu menyiapkan tugasan,
adalah sangat membantu bila di dalam kelas ada bahan-bahan
tambahan untuk dirujuk oleh murid. Dengan itu, mereka dapat
menyelesaikan tugasan dengan baik. Wujudkan beberapa sumber
antaranya:
1. Nota-nota padat
2. Kamus biasa dan kamu bergambar.
3. Carta
4. Contoh karangan
5. Buku-buku rujukan.
Bagi penjimatan ruang, lebih interaktif dan mudah untuk mengemaskini
bahan-bahan, gunakan teknologi terkini seperti QR Code dan Aurasma.
Untuk menghubungkan bahan-bahan rujukan digital melalui QR Code,
gunakan QR Code Generator atau Aurasma.
(perlukan bantuan, join Telegram Mudah Mengajar)

MASA
Untuk setiap aktiviti, perlu ada pengurusan masa yang baik. Antara amalan
baik untuk membiasakan murid menyiapkan tugasan dalam masa
ditetapkan ialah dengan memaparkan jam. Selain itu, gunakan teknologi
paparan Google Timer yang mudah untuk digunakan. Tetapkan tempoh
masa tugasan. Manfaatkan juga masa murid yang siap lebih awal dengan
memberikan peranan pembantu guru, membuat lembaran latihan
tambahan dan sebagainya.

TINGKAH LAKU
Untuk pengurusan tingkah laku, sediakan carta ataupun papan markah
kumpulan. Jadi murid akan bekerjasama dan diraikan atas sikap-sikap
positif mereka. Guru boleh mengenakan penalti jika murid bertindak
sebaliknya. Begitu juga dengan penglibatan murid. Markah sangat penting
terutamanya apabila unsur-unsur gamifikasi diterapkan dalam setiap
aktiviti. Mahukan lebih penjelasan tentang gamifikasi? Join Telegram
Mudah Mengajar.

TRANSISI
Transisi ialah masa peralihan antara satu aktiviti kepada satu aktiviti
yang lain. Berikan arahan yang jelas agar murid faham dan bertindak
seperti yang sepatutnya. Tetapkan tempoh masa untuk murid beralih
dari aktiviti individu kepada kumpulan. Tetapkan peraturan yang jelas
seperti tidak berbuat bising, tidak menganggu orang lain dan sebagainya
semasa transisi berlaku. Kaitkan dengan topik 'tingah laku' di atas.

Dengan adanya panduan ringkas ini, diharapkan PdPc cikgu lebih terurus
dna berjalan dengan baik inshaAllah.

Anda mungkin juga menyukai