Analisis Filem LION KING
Analisis Filem LION KING
i. Teori Strukturalisme
Di dalam filem Lion King, jika dilihat sifat sebenar seekor singa adalah
sebagai haiwan ganas dan merupakan pemangsa dengan memakan
haiwan-haiwan lain. Walau bagaimanapun, pelakuan Simba yang
membesar bersama Pumba (babi hutan) dan Timon (Meerkat) telah
mengubah sifat sebenar seekor singa dari segi pemakanan iaitu Simba
tidak lagi makan daging seperti kebiasaan seekor singa tetapi hanya
makan serangga seperti dua binatang tersebut. Ini menunjukkan bahawa
keadaan Simba yang bercampur dengan masyarakat baru telah
mengubah tingkah laku sosialnya dan boleh bercampur dengan haiwan-
haiwan lain.
Dalam konteks filem Lion King ini, terdapat struktur dalam kelompok
masyarakat Pride Lands di mana wujud sistem pemerintahan yang
diketuai oleh Singa (Mufasa) sebagai ketua kepada kelompok haiwan-
haiwan tersebut. Semasa hari pertabalan Simba sebagai pewaris takhta,
semua haiwan di Pride Land hadir untuk meraikan pewaris takhta
tersebut dan mengiktiraf Simba merupakan ketua mereka yang akan
menggantikan mereka Mufasa pada masa akan datang. Jika dilihat pada
akhir cerita juga ada babak yang menunjukkan anak Simba turut
diperkenalkan kepada semua warga Pride Land sebagai pewaris takhta.
Ini menunjukkan bahawa telah wujud satu struktur dalam amalan
memperkenalkan pewaris takhta oleh pemerintah dan ianya diterima
pakai oleh semua penduduk di Pride Land.
Dalam konteks filem Lion King, semua haiwan telah hadir ke majlis
memperkenalkan Simba sebagai pewaris takhta di Pride Land. Walau
bagaimanapun, tindakan Scar yang merupakan pakcik kepada Simba dan
kumpulan haiwan dubuk yang diketuai oleh Hyenas yang tidak hadir ke
upacara tersebut selolah-olah tidak mengiktiraf Simba sebagai pewaris
takhta. Situasi ini menunjukkan bahawa Scar dan Hyenas dan rakan-
rakanya tidak berfungsi dengan baik terhadap struktur pemerintahan
yang telah diterima pakai oleh penduduk di Pride Land.
Dalam konteks Joker, konflik wujud di antara Scar dan keluarga diraja
Mufasa. Tindakan protes yang dibuat oleh Scar akhirnya mendorong
beliau untuk melancarkan penentangan terhadap Mufasa bersama-sama
dengan kumpulan dubuk diketuai oleh Hyenas untuk menjadi pemerintah
di Pride Land. Tindakan tersebut telah berjaya menjadikan Scar sebagai
raja. Walau bagaimamapun, wujud juga konflik antara Scar dengan
singa-singa yang lain yang mana mereka tidak mengiktiraf Scar sebagai
raja mereka yang baru.
Bernard Raho. 2007. Teori sosiologi moden. Jakarta: Prestasi Pustaka.
Rohana Yusof. 2014. Asas sains sosial dari perspektif sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Hashim Awang A.R. 1985. Strukturalisme Satu Tinjauan Multidisliplin. Dlm. Nik Safiah
Karim (pnyt.) Strukturalisme: Satu Tinjauan Dari Segi Teori dan Aplikasi , hlm. 80-
97. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya.