Anda di halaman 1dari 2

Keperluan Tubuh Badan

Untuk kekal hidup, paling kurang manusia perlukan air dan makanan bagi memastikan sistem tubuh
badan kekal berfungsi baik.

Air

Badan manusia kehilangan air melalui proses fisiologi badan seperti berpeluh, kencing dan buang air
besar. Secara purata harian, pada suhu 20 darjah celcius, tubuh badan dewasa memerlukan 2-3 liter
air. Faktor-faktor yang mempengaruhi kehilangan air lebih dari itu seperti, cuaca panas, cuaca sejuk,
aktiviti berat, altitud tinggi, kulit terdedah dengan sinaran matahari (sunburn), mahupun sebab sakit-
sakit tertentu. Apa-apa pun kehilangan air dari tubuh badan ini boleh diganti dengan pengambilan
air yang lebih.

Sekiranya tak cukup ganti air, maka dehidrasi akan berlaku. Sekaligus mengurangkan efisiensi fungsi
tubuh badan dan sekiranya cedera, akan meningkatkan risiko terkena ‘shock’. Berikut merupakan
kesan kepada badan sekiranya kita kehilangan air yang banyak :

 5% kurang air menyebabkan rasa haus, rasa tak selesa, loya dan lemah badan.
 10% kurang air menyebabkan rasa pening kepala, tak boleh berjalam, dan rasa kebas-kebas
di hujung kaki.
 15% pula menyebabkan penglihatan terganggu, kencing sakit, lidah bengkak, pendengaran
terganggu, dan rasa kebas/tak rasa kulit.
 Lebih 15% boleh menyebabkan kematian.

Simptom dehidrasi :

1) Warna air kencing pekat dan berbau kuat.


2) Air kencing sikit.
3) Mata bengkak dan kehitaman.
4) Letih
5) Emosi tak stabil
6) Kulit tak elastik
7) Kurang pengaliran darah di hujung jari (kuku)
8) Haus (tak spesifik)

Korang patut menggantikan air yang hilang secepat mungkin. Namun begitu, dalam situasi kritikal
atau tidak ada air, memang sukar untuk mengekalkan air yang cukup di dalam badan.

Kebiasaannya, kita akan berasa kurang selesa sekiranya terpaksa minum hampir 1 liter pada satu-
satu masa. So, cara terbaik adalah minum sikit-sikit secara berkadar pada selang waktu tertentu
walaupun tak rasa haus bagi mengelakkan dehidrasi berlaku.

Sekiranya korang berada dalam situasi kritikal dari sudut fizikal atau mental, atau dalam kondisi yang
teruk, tingkatkan pengambilan air. Minum cukup air bagi mengekalkan kandungan air dalam badan
dan air kencing yang keluar paling kurang 500 ml setiap 24 jam.

Dalam apa-apa situasi di mana pengambilan makanan sangat rendah, minum air pada kadar 6-8 liter
dalam 24 jam. Dalam cuaca ekstrim, biasanya badan akan kehilangan dalam 2.5-3.5 liter air pada
setiap jam. Dalam situasi sebegini, sebaiknya minum dalam 200-300 ml air setiap 30 minit. Lebih baik
mengawal regulasi air dalam badan dengan kehilangan air melalui proses normal tubuh badan
seperti berpeluh dan kitaran rehat. Terlebih air dalam badan juga boleh menyebabkan sodium
kurang dan akhirnya menyebabkan air terperangkap dalam otak atau paru-paru yang boleh
menyebabkan kematian.

Kehilangan air juga turut diikuti dengan kehilangan elektrolit (garam). Sangat penting dalam
memastikan pengambilan garam pada kadar tertentu melalui diet yang betul (cukup karbohidrat dan
eletrolit).

Dalam banyak-banyak situasi kritikal, kehilangan air adalah suatu perkara yang boleh dielakkan.
Berikut merupakan langkah mengelakkan kehilangan air yang banyak dari badan :

1) Sentiasa minum air selepas makan. Air digunakan untuk memudahkan proses pencernaan.
Tapi jangan sampai kembung pula.
2) Acclimitize. Badan akan adapt dan lebih selesa mengatasi masalah cuaca ekstrim apabila
diberi masa untuk acclimitize. Terutamanya pada altitud yang tinggi.
3) Mengawal kadar berpeluh. Maksudkan kurangkan kadar haba keluar-masuk dari tubuh
badan. Hadkan pengeluaran peluh yang banyak dengan kurangkan pergerakan lebih dari
biasa dan tingkatkan pengambilan air.
4) Pikul air kecemasan. Pastikan sentiasa ada air 1-2 liter air dalam beg dan tidak terlalu
bergantung dengan water point.

Selain itu, korang boleh juga check kadar nadi dan pernafasan (vital signs) bagi mengagak banyak
mana air yang hilang.

 Kehilangan air sebanyak 0.75 liter, nadi tangan akan menjadi bawah 100 bpm dan kadar
pernafasan sekitar 12-20 bpm.
 0.75 – 1.5 liter air, nadi akan menjadi antara 100-120 bpm dan pernafasan menjadi 20-30
bpm.
 1.5-2 liter air, kadar nadi akan meningkat antara 120-140 bpm dan kadar pernafasan antara
30-40 bpm.

Lebih dari kadar ini, tindakan rawatan susulan perlulah dilakukan secepat mungkin.

Pastikan air yang diminum bukanlah air yang tercemar dan sumber air mestilah bersih.

Sumber Air

Anda mungkin juga menyukai