Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Teori ekologi telah diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917). Teori

perkembangan ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas

perkembangan individu. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) menjelaskan bahawa

perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan

kanak-kanak tersebut. Dalam konteks ini, interaksi antara kanak-kanak dengan persekitaran

kanak-kanak itu dipercayai boleh mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan kanak-

kanak. Merujuk kepada konsep di dalam teori ini, sama ada kita menyedarinya atau tidak kanak-

kanak yang merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro.

Dalam teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang

terangkum dalam sistem persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain. Menurut

Bronfenbrenner terdapat 5 sistem yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. iaitu

mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Kelima-lima sistem

persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan

selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing

kepada murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru

semasa di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid.

Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi

pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid
dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Guru juga mestilah peka

terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum memulakan pengajaran..

PROFIL BRONFENBRENNER

Urie Bronfenbrenner (April 29, 1917 - September 25, 2005) adalah ahli psikologi terkenal di

Rusia kelahiran Amerika, terkenal kerana karyanya dalam pembangunan kanak-kanak. Urie

Bronfenbrenner telah dilahirkan pada 29 April, 1917 di Moscow, Rusia, beliau adalah anak

kepada pasangan Dr Alexander Bronfenbrenner dan Eugenie Kamenetski Bronfenbrenner.

Apabila Urie berumur 6 tahun, keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat. Setelah beberapa

tahun tinggal di Pittsburgh, mereka membuat keputusan berpindah dan menetap di Letchworth

Village, rumah Institusi Negeri New York Orang Terencat Akal, di mana bapanya bekerja

sebagai seorang pakar Patologi klinikal dan pengarah penyelidikan.

Selepas tamat pengajian dari Sekolah Tinggi Haverstraw, Bronfenbrenner menghadiri

Cornell University, di mana beliau telah menyempurnakan dua pengkhususan utama dalam

psikologi daa muzik pada tahun 1938. Dia pergi untuk bergraduat kerja- kerja dalam psikologi

perkembangan, menyiapkan MA di Universiti Harvard, diikuti oleh Ph.D. dari University of

Michigan pada tahun 1942. Dua puluh empat jam selepas menerima kedoktoran beliau, beliau

telah diserapkan ke dalam Angkatan Tentera, di mana beliau berkhidmat sebagai seorang pakar

psikologi dalam pelbagai tugasan untuk Kor Tentera Udara dan Pejabat Perkhidmatan Strategik.

Selepas menamatkan latihan pegawai beliau berkhidmat dalam Kor Perubatan Tentera Amerika

Syarikat (AS).

Selepas Perang Dunia II, Bronfenbrenner bekerja secara ringkas sebagai Penolong Ketua

Pakar Psikologi Klinikal bagi Pentadbiran dan Penyelidikan bagi Pentadbiran Veteran, sebelum
memulakan kerja sebagai Penolong Profesor Psikologi di Universiti Michigan. Pada tahun 1948,

beliau menerima jawatan profesor dalam Pembangunan Manusia, Pengajian Keluarga, dan

Psikologi di Cornell University. Pada 1960-an hingga awal 1970-an, Bronfenbrenner berkhidmat

sebagai ahli fakulti dilantik Lembaga Pemegang Amanah Cornell.

Urie Bronfenbrenner dan isterinya dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Soll Beth

Bronfenbrenner, Stambler Ann Bronfenbrenner, Mary Bronfenbrenner, Michael Bronfenbrenner,

Kate Bronfenbrenner, dan Steven Bronfenbrenner. Beth Soll menjadi koreografer, penari,

penulis, dan guru di Hofstra Universiti, Universiti Columbia, dan Manhattanville Kolej. Anak

perempuannya, Ann Stambler menjadi seorang pekerja psikiatri sosial di Newton,

Massachusetts. Mary Bronfenbrenner menjadi seorang guru Jerman dalam sistem Sekolah

Awam Ithaca. Michael Bronfenbrenner berpindah ke Seal Beach, California, bekerja sebagai

artis video profesional. Kate Bronfenbrenner telah dilantik sebagai Pengarah Penyelidikan

Pendidikan Buruh di Cornell University School Perhubungan Perindustrian dan Buruh. Steven

Bronfenbrenner menjadi pengarah sebuah syarikat pentadbiran kesenian di San Francisco,

California.

Pada masa kematiannya, Bronfenbrenner adalah seorang Emeritus Schurma Profesor

Yakub Gould Pembangunan Manusia dan Psikologi di Kolej Universiti Cornell Ekologi

Manusia. Bronfenbrenner meninggal dunia di rumahnya di Ithaca, New York, Pada 25

September 2005, akibat komplikasi kencing manis, ketika itu umurnya telah mencecah ke usia

88 tahun. Sewaktu beliau masih bernafas, beliau juga dikenali sebagai pengasas bersama

program Mula Ketua di Amerika Syarikat untuk kanak-kanak pra-sekolah yang kurang bernasib
baik. Bronfenbrenner adalah salah satu psikologi yang pertama untuk mengamalkan perspektif

yang holistik kepada pembangunan insan. Selain itu sumbangan yang meluas diterbitkan

Bronfenbrenner adalah beliau menang kepujian dan anugerah cemerlang di rumah dan luar

negara. Beliau mengadakan enam darjah kehormat, tiga daripada mereka dari universiti-

universiti Eropah. Sesuatu award Amerika yang diberikan kepadanya pada tahun 1996, dan

selepas itu diberikan setiap tahun namanya, adalah untuk "Sumbangan Sepanjang Hayat

Psikologi Perkembangan dalam perkhidmatan Sains dan Masyarakat," juga dikenali sebagai "The

Bronfenbrenner Award." Lain anugerah dan kedudukan termasuklah Cattell James McKeen

Anugerah daripada Persatuan Psikologi Amerika Kerusi, 1970 Rumah Putih Persidangan Kanak-

kanak

TEORI PERSEKITARAN TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER

a) Mikrosistem

mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat yang mana kanak-kanak mempunyai

interaksi berlaku dalam persekitaran yang kecil. Contoh interaksi kanak-kanak dalam keluarga

seperti interaksi antara ibu dan anak. Interaksi antara rakan sebaya, jiran tetangga. Dalam

keluarga, ibu bapa merupakan agen sosialisasi terpenting dalam kehidupan kanak-kanak. Faktor

persekiran dalam keluarga merupakan faktor yang paling besar mempengaruhi perkembangan

kanak-kanak.

Individu yang terlibat dalam pembentukan sosialisasi peringkat awal di sekeliling kanak-

kanak sangat penting dalam perkembangan minda, fizikal dan emosi. Disini , kanak-kanak mula

meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada ahli di sekkeliling mereka.


b)Mesosistem

Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.

Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan

mikrosistem yang lain. Sebagai contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan

personaliti seseorang individu ketika berada di sekolah. Individu yang mempunyai masalah di

rumah akan membawa masalah tersebut ke sekolah. Hal ini akan menyebabkan emosi mereka

terganggu dan implikasinya ialah masalah tersebut akan menjejaskan pelajaran mereka.

Oleh itu guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini

kerana, murid-murid akan mudah terpengaruh dengan apa yang diberitahu oleh guru. Jika murid

melihat seseorang guru itu merokok di dalam kelas, maka mereka akan terikut-ikut perangai guru

tersebut semasa di rumah. Oleh itu guru berperanan penting dalam membentuk akhlak murid-

murid semasa di sekolah dengan menerapkan unsur-unsur rohani di dalam P&P . Guru perlulah

sentiasa memberi nasihat yang baik kepada murid-murid agar menjadi orang yang berguna kelak.

Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem tersebut dapat mempengaruhi interaksi

dan hubungan dengan yang lain. Sistem meso bagi seseorang dewasa ialah hubungan di antara

keluarga, kerjaya serta kehidupan sosialnya. Manakala, bagi golongan kanak-kanak pula sistem

mesonya terdiri daripada perhubungan dengan individu di rumah, jiran dan sekolah. Sebagai

contoh, keadaan di rumah dapat mempengaruhi tingkah laku dan personaliti seseorang ketika

berada di sekolah di mana individu yang mempunyai masalah di rumah akan membawanya ke

sekolah. Keadaan seumpama ini menyebabkan menyebabkan emosi dan pemikiran mereka

terganggu yang secara tidak langsung dapat mempengaruhi tahap pembelajaran di dalam kelas.
Oleh yang demikian, golongan ibu bapa yang bertindak sebagai salah satu komponen

dalam sistem meso untuk anak-anak mereka haruslah peka terhadap perkembangan dan emosi

anak-anak. Setiap permasalahan yang wujud sama ada di antara suami isteri atau di tempat kerja

tidak seharusnya dilepaskan secara membuta tuli di dalam rumah sehingga menjejaskan emosi

anak-anak. Pihak sekolah turut memainkan peranan serta tugas untuk membentuk tingkah laku

dan personaliti seseorang individu. Hal ini kerana rumah dan sekolah berfungsi sebagai antara

tempat untuk kanak-kanak berkembang dan situasi ini menuntut persekitaran yang positif.

Keadaan yang sama juga perlu dilakukan bagi golongan dewasa atau orang yang lebih tua untuk

memastikan mereka mendapat pengaruh yang baik dalam sesuatu norma kehidupan. Secara

kseluruhannya, dapatlah disifatkan bahawa perkembangan seseorang individu adalah berkait

rapat dengan pengaruh persekitaran di mana ia diterjemahkan oleh Urie Bronfenbrenner sebagai

mesosistem.

c)Eksosistem

Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara

langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada

kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Maksudnya di sini,

pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh, persekitaran

sekolah, pasar raya. Keadaan pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang

dikuatkuasakan di tempat-tempat membeli belah secara tidak langsung akan mempengaruhi

perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.


Eksosistem mempunyai kaitan rapat di antara pengalaman dengan persekitaran yang tidak

melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut

memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan murid itu. Keadaan

ini bererti bahawa pengalaman seseorang individu akan turut mempengaruhi orang di

sekelilingnya. Misalnya, peraturan-peraturan di tempat kerja ibu bapa seperti cuti dan waktu

kerja serta keputusan untuk berpindah rumah dilakukan tanpa meminta persetujuan daripada

anak-anak. Apabila hal seumpama ini berlaku, maka persekitaran kanak-kanak akan berubah

kerana kanak-kanak tersebut tidak dapat membiasakan diri di tempat baru pada peringkat awal.

Keadaan ini membuktikan bahawa kanak-kanak tidak terlibat dalam keputusan yang dibuat oleh

ibu bapa, namun keputusan itu turut memberi kesan ke atas diri mereka. Eksosistem turut

merangkumi saudara mara dan rakan ibu bapa yang berperanan untuk membantu keluarga.

Bagi seseorang pelajar khususnya, sistem-ekso mereka termasuklah persekitaran sekolah,

pasar raya dan sebagainya. Keadaan pengurusan, kemudahan yang disediakan dan juga peraturan

yang dikuat kuasakan di tempat membeli belah akan mempengaruhi perkembangan sosial kanak-

kanak tersebut. Ia jelas menunjukkan berlakunya hubungan yang rapat antara kawasan pasar raya

dan sekolah walaupun ia berlaku secara tidak lagsung.

Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu akan

mempengaruhi individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi

penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Guru perlulah menggunakan

pelbagai kaedah pengajaran semasa P&P untuk menarik minat murid untuk belajar. Guru bukan

sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu

menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Hal ini kerana potensi yang dimiliki

oleh pelajar dalam bilik darjah adalah berbeza diantara satu sama lain.
d)Makrosistem

Makrosistem pula melibatkan perkembangan individu yang dipangaruhi oleh norma-norma, nilai

dan amalan masyarakat. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina amat

dititikberatkan (Santrock, 2008). Di sesetengah negara pula, kaum lelaki diberi peranan dan

tanggungjawab yang lebih dominan di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-

pekerjaan yang penting berbanding kaum perempuan. Hal ini kerana perempuan dianggap

sebagai kaum yang lemah dan tidak layak mendapat pendidikan yang setaraf dengan kaum lelaki.

Bagi ibu bapa yang masih lagi berada dalam pemikiran konservatif, mereka mengganggap

pendidikan tidak penting kepada anak perempuan kerana tugas wanita hanyalah di dapur sahaja.

Aspek persekitaran makrosistem juga menyatakan bahawa perkembangan individu

dipengaruhi oleh norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam

menjelaskan dan membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka

memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu perkara. Sebagaimana contoh, kepercayaan ibu

bapa yang sudah lapuk terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran

anak-anak mereka. Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding

dengan anak perempuan. Kononnya anak lelakilah yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga

dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak

perempuan mereka berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi

ke dapur juga. Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-

murid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa

taraf perempuan adalah sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan.


e)Kronosistem

Konsep terakhir yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner berkaitan pembangunan seseorang

individu ialah kronosistem di mana ia berkaitan dengan perubahan sesuatu keadaan dalam suatu

tempoh masa. Keadaan ini selaras dengan arus perubahan serta perkembangan teknologi

maklumat (IT) yang dicapai oleh sesebuah negara. Contohnya, kanak-kanak pada zaman global

ini lebih berfokus kepada permainan yang diperolehi daripada media elektronik seperti komputer

dan video games.  Berbanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu, mereka lebih terdedah

dengan permainan berunsurkan tradisional seperti congkak, layang-layang, gasing dan

sebagainya. Berhubung dengan teori ekologi tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa

pengajaran pada zaman ini seharusnya berasaskan teknologi moden sesuai dengan peredaran

masa yang sedang dilalui oleh kanak-kanak. Proses pengajaran berasaskan teknologi moden ini

sebenarnya sangat penting dan boleh diguna pakai dalam pelbagai mata pelajaran terutamanya

literasi bahasa. Literasi menurut kamus dewan edisi keempat mendukung maksud ‘kebolehan

menulis dan membaca atau celik huruf’. Bahasa pula didefinisikan sebagai ‘sistem lambang

bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia,

percakapan yang baik atau bersopan santun’. Oleh itu, literasi bahasa boleh didefinisikan

sebagai kebolehan menguasai kemahiran menulis dan membaca sebagai medium perhubungan

dalam lingkungan satu kelompok manusia yang menggunakan bahasa yang sama.

Sebelum mencapai penguasaan dalam peringkat yang tertinggi dalam penguasaan bahasa

iaitu penulisan wacana, kanak-kanak terlebih dahulu haruslah menguasai kemahiran literasi

bahasa yang seterusnya akan membawa mereka menguasai peringkat yang lebih tinggi dalam
tingkat penguasaan bahasa. Dalam menguasai kemahiran ini, guru harus memainkan peranan

untuk memastikan bahawa pelajar benar-benar telah menguasai kemahiran tersebut. Dalam

proses pengajaran tersebut, pelbagai kaedah harus diketengahkan agar pelajar benar-benar

menguasai kemahiran itu. Jika kita imbas kembali pendidikan literasi bahasa pada masa kini, kita

sebenarnya masih lagi terikat dengan cara lama yang kurang merangsang pemikiran pelajar

untuk menguasai tahap kemahiran dalam peringkat umur mereka. Menurut kajian yang

dijalankan oleh Mahzan Arshad iaitu pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, beliau

menyatakan bahawa teknologi yang digunakan oleh guru-guru Bahasa Melayu kini masih

kelihatan kurang berkesan seperti yang dikehendaki. Hal ini disebabkan oleh kekurangan

kemahiran teknikal dan kurangnya pengalaman dalam penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran literasi bahasa.

Oleh yang demikian, guru-guru harus menaik taraf cara pengajaran dengan menggunakan

teknologi dengan cara menitikberatkan prinsip dan kriteria pemilihan bahan untuk aktiviti yang

akan dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran literasi bahasa.

Kronosistem merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, kanak-

kanak pada dewasa ini lebih berfokus kepada permainan berteknologi selaras dengan arus

perubahan serta pembangunan sesebuah negara seperti permainan internet, memuat turun

maklumat melalui internet dan sebagainya. Berbeza dengan kanak-kanak pada zaman dahulu,

mereka hanya bermain permainan yang bersumberkan alam sekitar seperti wau, gasing dan

sebagainya. Oleh hal yang demikian, pembangunan sesebuah negara memberi implikasi yang

besar kepada perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Kanak-kanak akan menjadi lebih
maju ke hadapan serta berpandangan jauh. Namun begitu, setiap benda terdapat juga kesan

negatifnya iaitu kanak-kanak tidak bergaul dengan masyarakat luar kerana hidupnya adalah

bersama komputer. Selain itu, anasir-anasir negatif juga semakin meningkat andainya

pembangunan sesebuah negara semakin maju.

Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi

masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, murid-murid sekolah rendah juga

sudah pandai menggunakan kemudahan internet tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di

kawasan bandar. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di seleliling mereka.

Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas

menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari

video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam

membimbing murid-murid dengan memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka

tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif yang semakin menular kini.

PEMBELAJARAN BERASASKAN EKOLOGI : MANFAAT YANG DIPEROLEH

DALAM DUNIA PENDIDIKAN

Melalui proses pembelajaran berasaskan ekologi yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner,

banyak yang dapat dirungkaikan mengenai perkaitan antara pembelajaran dan persekitaran

sosial. Bermula daripada interaksi monolog yang melibatkan intuisi kanak-kanak dengan dirinya
sendiri sehinggalah pembelajaran berasaskan ahli keluarga dan persekitaran sekolah. Selain itu,

budaya dan norma masyarakat juga mampu menjadi panduan dalam proses pembelajaran. Hal ini

membuktikan bahawa pembelajaran boleh berlaku dimana-mana, tidak hanya tertumpu kepada

pembelajaran di bilik darjah sahaja.

Melalui kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner, guru boleh

memanfaatkan pelbagai teknik pembelajaran dan lebih belajar memahami pelajar dan

persekitaran yang dilalui oleh mereka. Kesediaan mental dan fizikal pelajar untuk mempelajari

suatu pembelajaran di dalam kelas bergantung kepada keadaan persekitaran yang telah dan

sedang mempengaruhi pelajar. Persekitaran dan latar belakang keluarga yang berbeza juga

menjadi faktor kepada penerimaan pelajar terhadap suatu mata pelajaran yang diajarkan di bilik

darjah. Sebagai contoh, seorang pelajar yang mempunyai ayah seorang doctor lebih menggemari

matapelajaran sains dan biologi. Ini tidak tertakluk kepada keadaan sedemikian sahaja, selain ibu

bapa, rakan , jiran dan persekitaran juga dapat memupuk minat pelajar untuk terus mempelajari

suatu bidang. Contohnya seperti seorang pelajar lelaki yang begitu meminati kelas amali teknik

dan vokasional . Setelah diselidiki, pelajar tersebut sering menolong orang kampung dalam

menyiapkan barang-barang pertukangan . Hal ini kerana persekitaran telah memupuk minatnya

terhadap suatu matapelajaran.

Melalui teori ini juga,guru dapat memperbetulkan kesilapan mereka yang paling besar

iaitu dengan melabelkan tahap pelajar sama ada mereka dengan istilah bodoh , kurang cerdik,

pandai ataupun kurang pandai. Seorang guru tidak berhak melabel pelajar. Sebagai seorang guru,

mendidik dan mengajar adalah suatu tanggungjawab yang mulia dan memerlukan keikhlasan
yang tinggi. Teori ini menggambarkan bahawa setiap pelajar mempunyai keistimewaan masing-

masing. Sebagai contoh, seorang pelajar yang gagal dalam suatu matapelajaran tidak bereti ia

gagal dalam matapelajaran yang lain. Hal ini kerana setiap pelajar mempunyai keistimewaan dan

potensi yang berbeza bergantung kepada diri mereka mahupun kehendak persekitaran. Guru

perlu bijak menangani emosi supaya tidak menjatuhkan maruah pelajar dengan melabel mereka

dengan panggilan dan gelaran yang menyakitkan hati.

Walaubagaimanapun adalah mustahil seorang guru untuk memahami setiap kehendak ,

minat dan jenis kebolehan yang dimiliki oleh pelajar satu persatu dengan teliti. Dengan ini lah

rekod pelajar memainkan peranan. Melalui simpanan rekod pelajar, guru boleh memeriksa graf

matapelajaran yang sering maningkat dan menurun untuk mengenal pasti subjek yang pelajar

minati. Menetapkan subjek alektif dan pilihan adalah jalan terbaik untuk memberikan peluang

kepada pelajar untuk mengasah bakat dalam bidang yang mereka minati bermula dari peringkat

pertengahan persekolahan.

Terdapat pelbagai kaedah pengukuhan dan penambahbaikan. Di samping itu, guru mesti

membuat penilaian ke atas pelajar melalui pemerhatian , sesi soal jawab , perbincangan, kerja

bertulis dan kerja rumah. Guru juga perlu membuat pemerhatian terhadap tindak balas pelajar

selepas sesi pembelajaran berlaku . Guru perlu menyoal murid berkaitan topik yang telah

dibincangkan pada hari tersebut untuk mendapatkan kepastian sama ada murid faham ataupun

tidak . Selain itu, perbincangan antara guru dan murid berkaitan sesuatu topik yang diajar boleh

mengukuhkan lagi pemahaman murid.


Hubungan sosial di dalam kelas juga perlu di ambil perhatian. Suasana di dalam

bilikdarjah amat penting untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang positif dan efektif. Guru

dapat mengkaji suasana sosial sesebuah bilik darjah melalui pemerhatian biasa dan juga dengan

teknik sosiometri. Sosiometri adalah teknik untuk mencari dan menunjukkan perhubungan

individu pelajar dengan pelajar yang lain. Ujian Sossiometri Moreno biasanya digunakan dalam

kajian sosiometri bilik darjah dan menentukan sama ada seseorang pelajar itu ialah seorang

pelajar itu ialah ahli bagi suatu kumpulan atau pelajar tersebut boleh diterima sebagai ahli

kumpulan tersebut.

Sebagai contoh, apabila semua pelajar dikehendaki memilih atau menyatakan nama

seorang rakan untuk bekerjasama dalam satu kumpulan ataupun rakan yang duduk di sebelahnya.

Walaubagaimanapun , teknik ini ada kelemahannya iaitu perhubungan yang dinyatakan oleh

pelajar adalah perhubungan yang dianggap atau dilihat dan dijangka oleh perspektif pelajar itu

sendiri. Perhubungan ini mungkin tidak ada respon daripada rakan pilihannya sehingga

menyebabkan interaksi diantara mereka tidak berlaku. Ini dapat menunjukkan perhubungan

sehala sahaja.

KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA MERUPAKAN PROSES PEMBELAJARAN

PENTING

Nilai yang dipegang oleh masyarakat bukanlah suatu peraturan yang tertulis. Ia merupakan suatu

yang tidak formal. Namun, melanggar dan mengingkarinya adalah suatu perkara yang boleh

memberikan implikasi dan impak yang besar kepada kehidupan individu dan keluarga yang
melanggari undang-undang masyarakat tersebut. Nilai yang dipegang juga adalah berbeza bagi

setiap kelompok masyarakat mengikut faktor sosiohistorikal, faktor topografi muka bumi

mahupun gaya hidup masyarakat tempatan seperti pengambilan jenis pemakanan, adat dan tradisi

mahupun cara mereka berpakaian.

Justeru itu, bagaimanakah semua faktor di atas dapat memepengaruhi proses

pembelajaran individu adalah merupakan suatu penerimaan yang harus diterima oleh guru.

Pertama sekali adalah pengolahan nilai yang diterima dalam masyarakat. Sebagai contoh,

sesetengah Negara barat menganggap menyediakan minuman keras adalah suatu yang diterima

dalam masyarakat. Ia dianggap sebagai suatu penghormatan dalam majlis menyambut tetamu

ataupun di najlis perkahwinan. Manakala berlainan pula dengan sesetengah budaya yang seratus

peratus menolak pengambilan minuman keras. Bukankah ini suatu perbezaan yang ketara.

Melalui pembelajaran, nilai yang diterima dalam masyarakat akan disemat dalam minda pelajar

mengikut penerimaan persekitaran di tempat tersebut. Hal ini tidak menyalahi etika yang

ditetapkan kerana sekolah dijadikan medan untuk menyebarkan peraturan masyarakat yang

diterima pakai sebgai norma pada waktu itu.

Faktor historikal juga mempengaruhi proses pembelajaran individu. Bronfen Brenner

menggambarkan faktor ini di dalam bahagian kronosistem. Hal ini berkaitan dengan sejarah dan

faktor inggalan kesan sejarah lampau yang telah dilalui oleh individu , keluarga mahupun

masyarakat setempat amnya. Sebagai contoh seorang pelajar yang menggemari matapelajaran

seni kerana sewaktu kecil dia sering menerima dorongan keluarga untuk menyertai apa-apa

pertandingan seni lukisan, nyanyian, tarian mahupun penggunaan alat musik.


Dorongan dan peneguhan dari masa lampau juga boleh menjadi faktor kepada perubahan

minat seseorang. Sebagai contoh seorang pelajar yang dipaksa dan sering dipukul oleh guru

matematik sekiranya melakukan sebarang kesalahan kiraan sewaktu di sekolah rendah. Apabila

meningkat dewasa, pelajar tersebut cenderung untuk membenci matapelajaran tersebut. Hal ini

disebabkan oleh trauma berpanjangan yang dihadapi oleh pelajar tersebut. Justeru itu,

pengalaman sosiohistorikal dapat mempengaruhi proses pembelajaran sama ada baik ataupun

buruk bergantung kepada peneguhan yang diterima olehnya pada suatau masa dahulu. Sebagai

seorang guru, adalah sangat penting untuk para pendidik bijak memberi peneguhan dalam

matapelajaran yang diajar supaya dapat dielakkan sebarang kesan negatif dan trauma kepada

pelajar pada masa akan datang.

IMPLIKASI DARIPADA TEORI PEMBELAJARAN YANG BERASASKAN EKOLOGI

Melaui teori pembelajaran yang dikemukakan oleh Bronfenbrenner , banyak manfaat yang

diperoleh dalam memperbaiki cara dan teknik pengajaran dan pembelajaran oleh tenaga

pengajar. Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan juga implikasi yang terkandung

berdasarkan pemahaman individu yang menilainya. Pelbagai implikasi ini terjadi berlainan

mengikut pandangan individu dan masyarakat mengikut perubahan zaman dan persekitaran.
Antara implikasi yang mungkin berlaku adalah penolakan khidmat guru di masa hadapan.

Menurut Bronfenbrenner, masyarakat adalah tempat yang paling sesuai untuk seseorang individu

menimba ilmu. Di dalam masyarakat terdapat pelbagai individu yang mempunyai pelbagai

kepakaran dan kebolehan. Hal ini membuktikan bahawa memperoleh pendidikan dalam

masyarakat lebih berkesan berbanding dengan pendidikan di sekolah. Sebagai contoh seorang

kanak-kanak yang ingin mempelajari matematik tidak seharusnya mengikuti pembelajaran

bersama guru. Mempelajari ilmu matematik daripada pakar matematik di taman perumahannya

adalah lebih baik dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Adakah ini relevan?

Sudah menjadi perdebatan buat kesekian lamanya mengenai fungsi guru yang tidak

professional. Ramai yang berpendapat bahawa semua orang boleh menjadi pendidik. Benarlah,

tetapi bukan semua orang boleh menjadi guru. Semua guru adalah pendidik, tetapi bukan semua

pendidik boleh menjadi guru. Profesion guru adalah suatu pekerjaan yang memerlukan latihan

yang khusus sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan.

Menolak fungsi guru dalam membentuk masyarakat adalah perkara yang tidak sepatutnya

berlaku. Melalui pendidikan di sekolah, pelajar dapat mempelajari kaedah pelajaran yang teratur

mengikut ketetapan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pembelajaran akan bermula daripada subjek yang mudah kepada yang sudah, serta perkara yang

abstrak kepada perkara yang lebih konkrit . Teknik ini memerlukan kepakaran daripada pihak

guru. Mempelajarinya daripada masyarakat yang tidak mempunyai kepakaran pedagogi adalah

menyalahi etika pembelajaran yang teratur. Pembelajaran bersama pakar dalam masyarakat juga
berkemungkinan besar tidak dapat diberika komitmen kerana proses pengajaran tidak dijadikan

suatu profesion oleh individu yang mengajar.

Melalui kurikulum sekolah pula, kebolehan pelajar dapat dikenalpasti di peringkat awal

persekolahan. Tidak semua pelajar mempunyai kebolehan dalam memahami semua subjek.

Dengan sukatan pelajaran dan peperiksaan berkala dapat menguji kebolehan pelajar secara

individu. Melalui pembelajaran di dalam masyarakat pula, individu yang mengajar gagal

menetapkan struktur soalan yang sesuai untuk menguji tahap kebolehan muridnya.Hal ini kerana

penentuan struktur soalan memerlukan persetujuan pakar yang ramai dalam suatu subjek. Dan ia

perlu menerima kelulusan daripada pihak jabatan berwajib terlebih dahulu.

Prinsip Standard Guru Malaysia menetapkan bahawa profesion guru menggariskan

‘kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh

agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang

ditetapkan’. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru,

agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru

berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan

berterusan. Standard ini dijadikan garis panduan etika guru mengenai perkara yang sepatutnya

dan tidak sepatutnya dilakukan. Masyarakat amnya tidak mempunyai standard dan piawaian

yang khusus dalam mengatur proses pengajaran yang bakal diberikan. Bukan hanya sudut

pengetahuan yang luas, sahsiah diri guru itu sendiri juga boleh menjadi sumber kepada pelajar.
PERANAN IBUBAPA DALAM PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU-GURU (PIBG) DI

SEKOLAH

Peranan ibubapa dalam PIBG amat penting untuk merealisasikan impian sekolah adalah sangat

penting . Ini kerana kerjasama ibubapa dengan guru membawa banyak kebaikan dan faedah

yang maksimum kepada perkembangan potensi pelajar.

Dapatan kajian fungsi PIBG disekolah mendapati bahawa peranan ibubapa sebagai ahli

PIBG di sekolah adalah amat tinggi. Akan tetapi masalah timbul disini adalah apabila ibubapa
tidak dapat memainkan peranan sebagai penyokong secara konsisten dan berterusan. Hal ini

dapat dibuktikan apabila ramai ibubapa menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah setiap tahun.

Pelbagai cadangan dan suara di lontarkan kepada pihak sekolah . Walaubagaimanapun,

kebanyakannya terhenti disitu, mereka gagal untuk terus mendorong pihak sekolah dalam

menjayakan matlamat yang mereka ingini untuk anak-anak mereka di sekolah tersebut.

Hal ini disebabkan oleh salah faham yang berlaku mengenai fungsi ibubapa untuk

membantu perkembangan anak-anak mereka. Bagi ibubapa, tugas mereka dengan hanya

memberi pendidikan asas, dan contoh sahsiah yang elok selain daripada keperluan fizikal dan

rohani mereka. Tugas memberikan pendidikan khusus dilepaskan kepada pihak guru di sekolah

sahaja. Daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa segelintir ibubapa berasa melibatkan diri

bersama para guru dan anak-anak mereka bukan sebahagian daripada peranan ibubapa kepada

anak-anak mereka. Amatlah penting untuk ibubapa terus mendokong segala aktiviti bersama

pihak sekolah kerana penting untuk mereka mencapai matlamat bersama iaitu membina generasi

adiwangsa gemilang.

KESIMPULAN

Dewasa ini, pendidikan amat bergantung kepada proses pengajaran dan pembelajaran

yang mapan. Kecemerlangan dalam pendidikan menjadi harapan dan matlamat Negara. Bagi

mencapai kecemerlangan , peranan yang dimainkan oleh guru guru sangat penting dalam

menjalankanpembelajaran yang berkesan. Dalam konteks hari ini, suatu perubahan perlu dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif perlu dicerna supaya guru

dapat mencungkil setiap potensi yang ada pada setiap orang pelajar.
Setiap pelajar mempunyai potensi yang berbeza. Disamping itu, mereka mempunyai latar

belakang dan kehendak sosial yang berbeza. Tindak tanduk pelajar di sekolah merupakan proses

penyesuaian dirinya dengan sahabat yang berasal dari latar belakang yang juga berbeza sama ada

dari segi sosioekonomi, budaya dan juga taraf hidup. Setiap pelajar yang hadir ke sekolah

membawa identiti mereka sendiri. Dengan peristiwa lalu, minat dan kebolehan tersendiri. Justeru

melalui identiti inilah mereka dapat mengaplikasikan pembelajaran yang diperoleh di sekolah.

Ada yang lebih gemar bersosial bersama guru, manakala ada yang hanya selesa dengan teman

sekelas sahaja. Ia bergantung kepada kelainan mereka sendiri. Kekurangan pelajar bukanlah

untuk diungkitkan, malah ia merupakan suatu keistimewaan yang menggambarkan siapakan diri

mereka dan kehendak masyarakat di sekeliling amnya.

Anda mungkin juga menyukai