Anda di halaman 1dari 5

TUJUAN :

Selain menggunakan berus untuk membuat kerja-kerja penyudahan pada perabot terdapat
satu lagi cara yang biasa digunakan bagi kerja penyudahan bagi perabot iaitu dengan cara
menggunakan spray gun. Cara ini biasanya digunakan untuk pengeluaran perabot secara
komersial.

PENERANGAN :

Spray gun digunakan adalah untuk mempercepatkan pengeluaran serta mendapatkan hasil
semaksima. Penggunaan spray gun biasanya dapat memberikan penyudahan kemasan
yang sekata, Jika dibandingkan dengan penggunaan berus.

Peralatan yang diperlukan

1. Pemampat udara ( air compressor )

Digunakan sebagai pembekalangin untuk kerja-kerja menyembur

2. Paip keluli atau hos angin

Paip keluli atau paip getah tekanan tinggi digunakan untuk menyalurkan angin
dari pemampat udara kepada pengubah udara ( air transformer )

3. Pengubah udara ( air transformer )

Sebagai penapis kekotoran, minyak dan kelembapan dari udara yang termampat.

4. Hos ( hose )

Biasanya paip getah tekanan tinggi digunakan sebagai penyalur angin dari
pemampat udara kepada spray gun. Paip ini adalah disambungkan pada
pengubah udara dan spray gun.

5. Spray gun

Dipasangkan bersama dengan satu bekas ( cup ) untuk bahan kemasan. Apabila
angin dilepaskan melalui spray gun, udara yang masuk akan menarik cairan
bahan kemasan keatas lalu keluar melalui satu lubang kecil pada muncung (
nozzle )

Gambar

Teknik-teknik menyembur

Cara yang paling berkesan bagi mendapatkan kemahiran menyembur dengan spray gun
ialah dengan banyak kali membuat kerja –kerja tersebut. Kemahiran akan didapati menerusi
membuat kerja berulang kali.
Panduan dibawah ini boleh digunakan bagi mereka yang pertama klai menggunakan alat
ini:-

1. Pegang spray gun lebih kuurang 150 – 200 mm dari permukaan benda kerja yang
hendak disembur.

2. Gerakkan tangan bukan pergelangan tangan semasa menyembur. Pastikan spray


gun sentiasa pada sudut atau kedudukan yang betul pada permukaan pada semua
titik semburan disepanjang lejang ( stroke )

3. Pada penghujung lejangan, semburan hendaklah diringankan dengan menggunakan


tekanan pada pemetik spray gun. Untuk mendapatkan tekanan pada pemetik yang
betul, mulakan lejang sebelum menekan pemetik dan lepaskan atau kurangkan
tekanan sebelum lejang berakhir. Jangan gerakkan spray gun dalam bentuk
lengkong ini akan menyebabkan semburan tidak sama rata.

4. Semburanpada bucu-bucu hendaklah dipegang spray guntanpa membuat


lejang,dengan ini perukaanakan disembur secara sama rata pada satu masa. Bagi
bendakerja yang mempunyairuang kosong saperti grill adalah baik gunakan
pengadang bahagian belakang benda kerja.
5. Lapisan setiap lejangan  50 % dengan menggerakkan spray gun kekiri dan kekanan
dengan menutupi sebahagian setiap lapisan semburan. Ini akan mengurangkan
keperluan lapisan berganda.

1. Semburan pada permukaan yang melengkong, pegang spray gun pada jarak yang
biasa tetapi gerakkan dengan lejang yang melengkong juga.

Sebab-sebab kecacatan corak semburan


Mencuci spray gun

Selepas menggunakan spray gun, hendaklah dicuci dengansempurna, keran spray gun yang
kotor atau tidak sempurna akan menyebabkan kerosakan pada alat itu dan akan
menyusahkan atau merosakkan semburan selanjutnya.

Longgarkan air cap dan tanggalkan bekas cecair, pegang kain basah dan semburkan
lebihan tadi kekain tersebut. Ini akan membolehkan cecair yang berada dalam saluran itu
akan keluar semuanya.

Kosongkan bekas cecair semburan tadi dancucilah dengan thiner sehingga betul-betul
bersih. Isilah setengah bekas tadi dengan thinner, pasangkan semula spray gun kemudian
semburkan thinner itu agar cecair yang melekat itu habis tertanggal.

Tanggalkan air cap,dan cuci dengan thinner gunakan berus yang sesuai. Cuci lubang air cap
dengan benda yang halus supaya tidak tersummbat.
SOALAN:

1. Senaraikan 5 alat perkakas yang perlu digunakan dalam kerja-kerja menyembur

2. Berikan akibat dari semburan yang tersumbat ( fluttering ) serta berikan langkah
mengatasinya.

3. Terangkan 6 teknik semburan yang disyorkan

4. Berikan sebab-sebab jika didapati hasil semburan bertompok-tompok.

Anda mungkin juga menyukai