Anda di halaman 1dari 4

n3 :Kaedah Pembelajaran KOLB

persediaan final exam tuk semester 1 sesi 2013/14

Terdapat dua kaedah pembelajaran refleksi;


a)            Pembelaran KOLB (1984)
b)            Pembelajaran GIBBS (1988)

a) Kaedah Pembelajaran KOLB

Kaedah Teori Pembelajaran kitaran KOLB menyarankan bahawa refleksi membolehkan guru
atau pelajar menegetahui tentang pola tindakan yang berlaku di dalam prose pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan refleksi membolehkan guru atau pelajar untuk membentuk konsep-
konsep yang abstrak dan digunakan ketika membuat generaisasi .

Malah KOLB menyatakan:


“Pembelajaran merupakan satu proses integrasi yang berada dalam satu kitaran dan bermula
dengan pengalaman diikuti dengan pengumpulan data dan pemerhatian tentang pengalaman
tersebut. Data akan dianalisis dan kesimpulan yang diperolehi akan digunakan untuk
mengubahsuai tingkahlaku dalam menghadapi satu situsi pengalaman yang baru”
(Kolb, dalam Sadler-Smith, 1997)

Kolb (1984) menyatakan bahawa dalam proses pembelajaran, sesorang individu akan melalui
empat peringkat kitaran pembelajaran yang saling berkaitan antara satu sama lain dan saling
bantu membantu bagi mencapai objektif pembelajaran. Kitaran pembelajaran menurut teori Kolb
ini bermula daripada peringkat Pengalaman Konkrit (PK) / Concrete Experience (CE) 
Pemerhatian Reflektif (PR) / Reflection Observation (RO)  Pengkonsepsian Abstrak (KA) /
Abstarct Conceptualize (AC)  Percubaan Aktif (PA) / Active Experience (AE).

Rajah 9.2 menggambarkan secara ringkas Model Teori Pembelajaran Refleksi. Model ini boleh
diperincikan seperti berikut:
Rajah 9.2: Model dan Kitaran Teori Pembelajaran Refleksi

LANGKAH PEMBELAJARAN KOLB


KEBOLEHAN AKTIVITI PENGLIBATAN
Concrete
Experience Libatkan diri dengan pengalaman baru Feeling
(CE)
Reflection
Fikir dan perhatikan pengalaman dari
Observation Watching
semua sudut
(RO)
Abstract
Cipta konsep-konsep yang diintegrasikan
Conceptualize Training
dari pengalaman pengamatan teori
(AC)
Active
Gunakan teori bagi memecahkan masalah
Experience Doing
serta membuat keputusan
(AE)

Pengalaman Konkrit (PK) / Concrete Experience (CE)


Pada tahap paling awal dalam peristiwa belajar adalah seseorang mampu atau dapat mengalami
suatu peristiwa atau suatu kejadian sebagaimana adanya. Ia dapat melihat dan
merasakannya,dapat menceritakan peristiwa tersebut sesuai dengan apa yang dialaminya. Namun
dia belum memiliki kesadaran tentang hakikat dari peristiwa tersebut. Ia hanya dapat merasakan
kejadian tersebut apa adanya, dan belum dapat memahami mengapa peristiwa itu harus terjadi
seperti itu. Kemampuan inilah yang terjadi dan dimiliki seseorang pada tahap paling awal dalam
proses belajar.

Tahap Pengamatan aktif dan reflektif


Tahap kedua dalam peristiw belajar adalah bahwa seseorang makin lama akan mampu
melakukan observasi secara aktif terhadap peristiwa yang dialaminya. Ia mulai berupaya untuk
mencari jawaban dan memikirkan kejadian tersebut. Ia melakukan refleksi terhadap peristiwa
yang dialaminya, dengan mengembangkan pertanyaan-pertanyaan bagaimana hal itu bisa terjadi,
dan mengapa hal itu mesti terjadi. Pemahaman terhadap peristiwa yang dialaminya semakin
berkembang. Kemampuan inilah yang terjadi dan dimiliki seseorang pada tahap kedua dalam
proses belajar.
Tahap konseptualisasi
Tahap ketiga dalam peristiwa belajar adalah seseorang sudah mulai berupaya untuk memmbuat
abstraksi, mengembangkan suatu teori, konsep, atau hukum dan prosedur tentang sesuatu yang
menjadi objek perhatiannya. Berfikir induktif banyak dilakukan untuk merumuskan suatu aturan
umum atau generalisasi dari berbagai contoh peristiwa yang dialaminya. Walaupun kejadian-
kejadian yang diamati tampak berbeda-beda, namun memiliki komponen-komponen yang sama
yang dapat dijaddikan dasar aturan bersama.
Tahap Eksperimentasi Aktif
Tahap terakhir dari peristiwa belajar menurut Kolb adalah melakukan eksperimentasi secara
aktif. Pada tahap in seseorang sudah mampu mengaplikasikan konsep-konsep, teori-teori atau
aturan-aturan ke dalam situasi nyata. Berfikir deduktif banyak digunakan untuk mempraktekkan
dan menguji teori-teori serta konsep-konsep di lapangan. Ia tidak lagi mempertanyakan asal usul
teori atau suatu rumus, tetapi ia mampu mengunakan teori atau rumus-rumus tersebut untuk
memecahkan masalah yang dihadapinya, yang belum pernah ia jumpai sebelumnya.

Tahap-tahap belajar demikian dilukiskan oleh Kolb sebagai suatu siklus yang
berkesinambungan dan berlangsung di luar kesadaran orang yang belajar. Secara teoritis tahap-
tahap belajar tersebut memang dapat dipisahkan, namun kenyataannya proses peralihan dari satu
tahap ke tahap belajar di atasnya sering kali terjadi begitu saja sulit untuk ditentukan kapan
terjadinya.

Kolb juga telah mengkategorikan pelajar atau individu ke dalam kumpulan yang dikenali sebagai
diverger, asimilator, konverger dan akomodator berdasarkan empat gaya pembelajaran yang
tersebut.

1.            Diverger
               
Ciri-ciri diverger ialah mempunyai kebolehan dalam menjana idea, membuat persepsi terhadap
maklumat yang konkrit, suka mendengar dan berkongsi idea, gemar menyatukan pengalaman
dengan perasaan, mempunyai imaginasi yang baik, jelas serta nyata dan memprosesnya dengan
cara membuat pemerhatian yang reflektif bagi melahirkan idea yang baru tanpa sebarang
praktikal. Mampu melihat suatu perkara dari pelbagai perspektif, bersifat emosional, kreatif dan
inovatif.

2.            Asimilator

Asimilator pula mempunyai kekuatan pada kebolehan mencipta model berasaskan teori dan
memahami konsep yang abstrak, yang memerlukan analisis lebih mendalam, tetapi memproses
maklumat tersebut secara pemerhatian reflektif, gemar menyatukan pemerhatian dengan
pengetahuan sedia ada dan ingin sentiasa mendapat jawapan yang betul dalam menyelesaikan
masalah.

3.            Konverger

Konverger pula merupakan pelajar yang aktif, gemar menyatukan teori dan praktis,
menggunakan pengetahuan abstrak dan juga akal waras (common sense), memprosesnya dengan
cara membuat percubaan dan latihanyang aktif serta mempunyai kelebihan dalam
mengaplikasikan idea-idea yang praktikal dalam proses pembelajaran.

4.            Akomodator

Akomodator pula merupakan pelajar yang sangat aktif dan kreatif, belajar dengan mencuba
hingga berjaya tanpa bantuan dari pengajar, merupakan kumpulan yang bersifat intuitif, menjana
kesimpulan berasaskan intuisi, berani mengambil risiko dalam melakukan sesuatu, membuat
persepsi terhadap maklumat yang konkrit sahaja dan memprosesya dengan cara membuat
percubaan dan latihan yang aktif. Mudah beradaptasi dengan situasi baru dan mempunyai
kebolehan semulajadi sebagai ketua.

Aplikasi pembelajaran Kolb dalam bilik darjah boleh dilakukan melalui memberi sesuatu
tugasan atau projek mengikut keupayaan dan pengalamn pelajar. Setiap tugasan dan projek perlu
dirancang agar matlamat pembelajaran dan pendekatan teori pembelajaran Kolb tercapai. Berikut
contoh yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Arahan: Cadangkan satu tugasan atau projek yang membawa kepada kitaran teori pembelajaran
Kolb:

Cadangan Perlaksanaan:

                     Pelajar akan membentuk idea melalui perbincangan dan tugasan di dalam bilik darjah -
Pengkonsepsian Abstrak (KA) / Abstarct Conceptualize (AC) -

                     Mereka akan menggabungkan idea dengan perancangan tindakan bagi melaksanakan cadangan
projek yang akan dijalankan - Percubaan Aktif (PA) / Active Experience (AE)-

                     Pelajar akan terlibat sepenuhnya dalam pengalaman pembelajaran ini melalui perlaksanaan
projek mereka. - Pengalaman Konkrit (PK) / Concrete Experience (CE) -

                     Mereka juga diberi peluang untuk mereflek pengalaman dan berkongsi pengalaman mereka
dengan orang lain. - Pemerhatian Reflektif (PR) / Reflection Observation (RO)

Anda mungkin juga menyukai