Anda di halaman 1dari 2

Karya ini adalah daripada Muhd Mansur Abdullah ,betajuk Amigo Possa untuk Mastera pada tahun

2005.Bahasa dan sastera digunakan didalam karya seperti sajak untuk membantu pengarang untuk
menyampaikan isi kandungan sesuatu sajak untuk membantu karya tersebut untuk difahami oleh
pembaca . Karangan ini akan membincangkan tentang tema dan persoalan yang dipaparkan melalui
pengukuhan bahasa dan sastera.Tema yang dapat diperoleh melalui sajak ini ialah keinsafan
seseorang setelah menyedari kesilapannya.

Penggunaaan teknik imbas kembali di dalam sajak ini mengukuhkan punca kepada Amigo Possa yang
mengambil keputusan untuk berhenti menywrtai pertandingan matador.Pengarang menceritakan
tentang perkara yang dihadapi oleh Amigo Possa ketika dia memjadi seorang matador.Amigo Possa
menjelaskan konflik dalaman yang dihadapi oleh dirinya kerana dia merasakan perbuatan yang
dilalukannnya adalah kejam kepada haiwan yang tidak boleh berfikir.Dia mempunyai kelebihan akal
fikiran manakala lawannya hanyalah bergantung kepada kekuatan semata-mata.Perkara ini dianggap
tidak adil bagi Amigo Possa.Penggunaan teknik imbas kembali membantu pengarang dalam
menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Amigo Possa yang menimbulkan konflik seterusnya di
dalam sajak ini serta mengimplikasikan tema melalui penggunaan teknik ini.Maka,penggunaan
teknik ini membantu pembaca untuk lebih memahami sajak ini dengan melalui sudut pandangan
Amigo Possa untuk menjustifikasikan keputusannya.

Penggunaan gaya bahasa metafora di dalam cerita ini adalah untuk memberi penekanan kepada
perubahanan sikap Amigo Possa di dalam sajak ini.Maria del passa telah menyatakan bahawa Amigo
Possa adalah seperti jarangkung yang tinggal tulang-tulang.Perkara ini adalah untuk menyamakan
Amigo Possa adalah seperti jasad yang tidak bernyawa.Amigo tidak lagi bersikap seperti dahulu
malah dia berperwatakan seperti orang lain yang menyebabkan Maria del Passa menganggap Amigo
yang berada dihadapannya adalah bukan Amigo Possa yang tulen kerana sikap Amigo Possa yang
bertentangan dengan perwatakan Amigo yang dikenalinya.Teknik metafora di dalam cerita ini
memberikan sokongan kepada perubahan sikap Amigo Possa yang bertukar secara mendadak serta
tidak memberikan penerangan kepada perubahan sikapnya kepada orang lain yang menyebabkan
Maria del Passa beranggapan sedemikian.Melalui perkara ini,pengarang dilihat seperti ingin
menerangkan tentang persoalan perubahan sikap manusia setelah insaf.Justeru,penggunaan teknik
metafora di dalam sajak ini adalah untuk melambangkan perubahan nilai yang dihadapi oleh Amigo
Possa .
Seterusnya,penggunaan paraphrasa yang menyatakan wang digunakkan sebagai pertaruhan di
dalam pertandingan matador itu.Perkara ini menerangkan tentang perkara yang berlaku disebalik
pertandingan tersebut yang dianggap sebagai sumber pertaruhan penonton metador
tersebut.Pengarang seperti ingin menerangkan bahawa haiwan di dalam kandang matador tersebut
dianggap sebagai suatu barang yang boleh dipertaruhkan.Perkara ini menunjukkan nilai lembu
tersebut dipandang enteng oleh mereka yang terlibat di dalam pertaruhan tersebut .Amigo Passa
yang menyedari akan perkara ini tidak lagi mahu melibatkan diri dengan matador kerana dia
memahami situasi sebenar dan konsep yang dipaparkan melalui acara matador yang dijalankan.
Penggunaan teknik ini menerangkan persoalan nilai hidup yang dipegang teguh oleh seseorang
dalam membuat keputusan.Teknik paraphrasa ini menjelaskan perkara yang ingin dibicarakan oleh
pengarang akan perkara yang berlaku disebalik persembahan yang dilihat oleh penonton yang
berkunjung ke stadium untuk menyaksikan acara matador tersebut .

Kesimpulannya, teknik dan gaya bahasa yang diggunakan di dalam sajak ini banyak memberi
sokongan kepada mesej yang cuba disampaikan oleh pengarang.Penggunaan bahasa dan sastera
dapat dilihat dengan jelas telah banyak tentang isu disebalik sajak dengan lebih mendalam dan
mudah untuk difahami oleh pembaca .Konsep ini membantu pengarang menekankan tentang tema
serta persoalan yang terdapar di dalam sajak ini.

Anda mungkin juga menyukai