Anda di halaman 1dari 2

COVID-19: WHO kerjasama dengan gergasi teknologi dunia sekat penyebaran maklumat palsu

KONGSI ARTIKEL

Share

Tweet

CALIFORNIA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengadakan pertemuan dengan beberapa


pemimpin teknologi termasuk Amazon dan Google, bagi membincangkan kerjasama bagi menangani
isu berkaitan COVID-19.

Pada mesyuarat itu, WHO berkongsi maklumat dengan kumpulan berkenaan mengenai tindakannya
menangani penularan coronavirus manakala pihak industri memperincikan idea mereka untuk
menangani wabak berkenaan.

Syarikat teknologi yang hadir pada mesyuarat itu termasuk wakil Facebook, Amazon, Twilio,
Dropbox, Google Alphabet, Verizon, Salesforce, Twitter dan YouTube selain wakil Airbnb, Kinsa serta
Mapbox.

Syarikat Apple, Lyft dan Uber turut dijemput tetapi mereka tidak hadir.

Topik utama perbincangan termasuklah cara bagaimana syarikat berkenaan dapat membantu
mengurangkan penyebaran maklumat yang salah kepada umum mengenai wabak berkenaan.

Jurucakap WHO, Andy Pattison, yang terbang ke Lembah Silikon untuk acara pertemuan itu, berkata
‘nada sudah berubah’ kerana syarikat berkaitan teknologi kini mula membantu memerangi berita
palsu berhubung COVID-19.

Katanya, beliau bersedia memberi maklumat dan fakta yang tepat berhubung wabak itu sebelum
menyiarkan sebarang sebaran mengenai wabak itu dan mengingatkan supaya tidak bergantung
kepada maklumat pihak ketiga.

“Beberapa syarikat seperti Facebook dan Amazon turut menawarkan ruang iklan secara percuma
serta menyediakan sukarelawan untuk membantu memadamkan penyebaran maklumat yang salah
mengenai wabak berkenaan,” katanya.
Rentetan penularan wabak berkenaan, orang ramai kini mencari maklumat berkaitan dengan COVID-
19 dan muncul orang yang mengambil kesempatan atas rasa ingin tahu itu dengan membuat
keuntungan.

Muncul pelbagai buku yang dijual di Amazon yang membangkitkan ketakutan mengenai virus itu,
dan timbul cerita serta berita palsu yang tersebar di Facebook selai pentas media sosial yang lain.

Malah, vitamin C muncul sebagai barang yang paling dicari dalam laman peruncit terbesar seperti
Amazon, berikutan laporan palsu yang menyatakan ia boleh menyembuhkan COVID-19.

Kesan wabak itu turut dirasai oleh firma teknologi. Facebook Jumaat lalu memberi amaran bahawa
alat dengar maya Oculusnya tidak boleh menyebabkan penularan wabak COVID-19 manakala Apple
mengakui terpaksa menutup sementara premis jualannya di China akibat wabak itu. - AGENSI

Anda mungkin juga menyukai