Soalan 1 - Rumusan
(30 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang
usaha-usaha menerapkan semangat cintai alam sekitar dan kepentingan
pendidikan penjagaan alam sekitar. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang dominan dalam menerapkan cara
hidup mesra alam dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa juga perlu mendidik anak
supaya tidak melakukan tindakan yang mencemarkan alam sekitar seperti
membuang sampah ke dalam sungai dan melakukan pembakaran sampah secara
terbuka. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
supaya mereka menjadi individu yang mencintai suasana alam sekitar yang bersih
pada masa hadapan.
Selain itu, guru haruslah menyalurkan mesej tentang peri pentingnya cara hidup
BMSEVASPM LATIHAN PKP
SMJK PHOR TAY
mesra alam kepada murid-murid. Pendidikan alam sekitar ini dapat dilakukan oleh
guru melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan tidak
membosankan murid. Guru juga boleh membawa murid belajar di luar kelas untuk
melihat sendiri kepentingan alam sekitar yang bersih. Maklumat tentang alam
sekitar pula diselitkan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran secara
terancang melalui subjek tertantu seperti subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Sivik
dan sebagainya.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Mesrai Alam Sekitar' oleh Tee Yi Ting Dewan
Siswa, Februari 2016)
BMSEVASPM LATIHAN PKP
SMJK PHOR TAY
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Skema Jawapan
Pendahuluan (2 markah)
Petikan membincangkan kaedah-kaedah/cara-cara menerapkan semangat cintai
alam sekitar dan cara-cara pendidikan alam sekitar oleh guru di sekolah.
1. Ibu bapa mendidik anak agar tidak menggunakan beg plastik semasa
membeli barang keperluan
2. Ibu bapa mendidik anak memasukkan barangan ke dlaam beg kitar semula
3. Ibu bapa mendidik anak agar tidak melakukan pembakaran terbuka
4. Pihak sekolah mengadakan ceramah
5. Pihak sekolah mengadakan gotong royong- perdana
6. Pihak sekolah mengundang tokoh berpengalaman untuk berkongsi pendapat
7. Guru menyalurkan mesej tentang peri pentingnya cara hidup mesra alam
8. Pihak kerajaan mengadakan kempen sepanjang tahun
9. Pihak media menyediakan berita berbentuk pemantauan alam sekitar
Kesimpulan – 2 Markah
Semua pihak perlukan bekerjasama dalam usaha mendidik generasi muda/murid
tentang kepentingan penjagaan alam sekitar agar melahirkan rakyat yang cinta
kepada alam sekitar anugerah Ilahi.
BMSEVASPM LATIHAN PKP
SMJK PHOR TAY
(i) Maksud rangkai kata 'impak yang besar' - kesan yang jelas