Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan Tentang Wisc-Online

Wisc-Online adalah sebuah perpustakaan digital. Ia merupakan sumber pembelajaran


berasaskan web yang dipanggil sebagai “objek pembelajaran”. Perpustakaan digital objek
telah dibangunkan terutamanya oleh fakulti dari Wisconsin Technical College System
(WTCS) dan dihasilkan oleh pemaji perisian dan multimedia yang mencipta objek
pembelajaran untuk persekitaran dalam talian. Pada masa ini, lebih dari 400 ahli fakulti telah
menulis objek pembelajaran.

Pustaka digital Wisc-Online mengandungi lebih 2,500 objek belajar yang boleh
diakses secara bebas oleh guru dan murid tanpa sebarang kos dan dengan izin hak cipta
untuk digunakan dalam mana-mana bilik darjah atau aplikasi dalam talian. Objek
pembelajaran dirancang dan dibangunkan oleh satu pasukan pereka pengajar, editor,
juruteknik dan pelatih pelajar.

Inovasi Permainan sebagai Latihan Pengukuhan daripada Wisc-Online

Mengambil kesempatan atas peluang akses percuma yang ditawarkan oleh Pustaka Wisc-
Online ini, saya telah menghasilkan tiga permainan bahasa melalui perisisan Wisc-Online
sebagai salah satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran kata adjektif untuk murid
tahun 3.

1. Hangmoon

“Hangmoon” adalah sebuah permainan bahasa yang diadaptasi daripada


permainan terdahulu yang dikenali sebagai “Hangman”. Permainan ini adalah
tentang seorang penyihir jahat sedang berusaha untuk menghancurkan bulan.
Namun, usaha tersebut dapat dihentikan dengan meneka frasa dan jawapan yang
betul bagi setiap saolan. Jika gagal, maka bulan akan dihancurkan oleh penyihir
tersebut dan pemain tidak dapat meneruskan permainan.

Arahan permainan:

- Tekan butang ► untuk mulakan permainan.


- Baca soalan yang terdapat pada bahagian atas permainan dengan teliti.
- Fokus jawapan bagi setiap soalan yang dibangunkan dalam permainan ini
adalah berkaitan kata adjektif perasaan.
- Pilih satu huruf dalam satu masa dan cuba untuk meneka frasa perkataan
yang betul bagi setiap soalan.
- Huruf yang dipilih akan muncul pada petak jawapan yang betul.
- Jika pemain berjaya meneka jawapan kata adjektif perasaan yang betul
bagi satu soalan, pemain akan melaykkan diri untuk mejawab soalan
sterusnya.
- Jika pemain gagal menjawab jawapan kata adjektif yang betul dan bulan
telah dihancurkan, pemain tidak boleh meneruskan permainan untuk
menjawab soalan seterusnya.

2. Slitherly Snake

Permainan Slitherly Snake yang dihasilkan melalui platform Wics-Online ini


adalah berasaskan permainan ular yang pernah menjadi kegilaan ramai orang dan
dimainkan oleh kanak-kanak yang rata-ratanya lahir pada zaman 90-an menerusi
telefon bimbit Nokia 3310.
Arahan Permainan:

- Tekan butang ► untuk mula bermain.


- Baca soalan dengan yang terdapat pada bahagian atas permainan
dengan teliti.
- Gerakkan ular menggunakan anak panah yang terdapat pada papan
kekunci.
- Arahkan pergerakkan ular menuju kepada jawapan yang betul.
- Apabila ular diarahkan kepada satu-satu jawapan, maklum balas sama
ada pilihan jawapan tersebut betul atau salah akan dipaparkan pada
papan skrin.
- Jika pemain berjaya menjawab soalan dengan jawapan yang betul, maka
pemain akan layak untuk menjawab soalan yang berikutnya.
- Jika pemain gagal untuk membuat pilihan jawapan yang betul, pemain
tidak layak untuk menjawab soalan berikutnya.

3. Rapid Fire

Rapid Fire adalah permainan yang dihasilkan bersandarkan permainan


menembak yang digemari oleh kanak-kanak. Namun begitu, permainan ini
memerlukan pemain untuk menembak belon yang tertulis padanya jawapan yang
betul bagi soalan yang tertera pada bahagian atas permainan.

Arahan Permainan:

- Tekan butan ► untuk mulakan permainan.


- Pilih “speed” masa sebelum mulakan permainan.
- Semakin tinggi “speed” semakin laju masa bergerak bagi tiap tiap soalan
dan menjadi semakin mencabar.
- Baca soalan yang tertera pada bahagian atas permainan dengan teliti.
- Tembak atau tekan pada belon yang mempunyai jawapan yang betul bagi
tiap-tiap soalan.
- Cubaan menjawab soalan adalah sebanyak tiga kali bagi setiap soalan.
- Apabila pemain gagal memilih jawapan yang betul bagi ketiga-tiga
percubaan, pemain tidak akan berjaya untuk menjawab soalan
seterusnya dan tersingkir.

Anda mungkin juga menyukai