Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENDAHULUAN

Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara yang amat


penting bagi guru untuk memastikan penyampaian maklumat yang ingin disampaikan tepat
dengan merujuk kepada tunjang-tunjang pembelajaran agar lebih jelas dan sistematik serta
dapat diikuti oleh kanak-kanak dengan lebih baik. Sumber pengajaran dan pembelajaran
merupakan sebahagian daripada alat untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang dilakukan
oleh golongan yang bergelar guru dari dulu hingga ke sekarang. Keberkesanan dan kecekapan
yang dilakukan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran mereka kepada murid dapat diukur
dan dinilai dengan penggunaan bahan sumber bagi setiap pelajaran yang dipersembahkan oleh
guru. Menerusi pendidikan menjelang abad ke 21 ini, guru-guru berusaha sedia upaya untuk
menyediakan sumber pengajaran yang terbaik dari segi pemilihan dan kepentingan kepada
kanak-kanak.

2.0 KONSEP SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Ikhsan dan Norilla (2005) sumber pengajaran merujuk kepada bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran pengajaran dan pembelajaran yang perlu digunakan oleh guru
bagi menggerakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan. Proses pengajaran
dan pembelajaran yang semakin canggih dan moden Bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan di prasekolah mestilah mempunyai tujuan, kriteria dan jenis
sumber pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Definisi Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Sharifah Alawiyah Alsagof (1986) sumber adalah apa-apa sahaja perkakasan
yang biasa digunakan untuk menyampaikan informasi dalam kehidupan manusia. Sumber
pengajaran dan pembelajaran juga merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menawarkan pengalaman sebenar yang tidak
dapat diperoleh melalui cara lain. Aktiviti ‘hands-on’ amat penting untuk menerangkan
pembelajaran yang abstrak kepada kanak-kanak. Hal ini kerana, pembelajaran tersebut sukar
difahami oleh kanak-kanak dengan hanya pembelajaran secara ‘chalk and talk’ sahaja.

2.2 Jenis Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Bahan bercetak didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara
fizikal iaitu boleh disentuh dan boleh dibaca secara terus. Bahan bercetak telah digunakan
secara meluas oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang terdapat

1
pada bahan ini. Bahan bercetak juga kekal, mudah alih dan mudah diakses. Selain itu, bahan
teknologi maklumat ataupun Information Technology (IT) adalah salah satu contoh sumber
bahan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber ini perlulah
dikendalikan oleh guru yang berkemahiran kerana penggunaan IT secara terancang dan
bersesuaian dapat meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.

Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud merupakan bahan konkrit atau
bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga adalah nyata yang
ada di lingkungan alam. Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber P&P
sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta alam persekitaran juga boleh dikatakan
sebagai bahan maujud. Manakala, dari segi sumber pula bahan-bahan yang mungkin terlibat
ialah alat komputer, alat tulis dan lain-lain. Bahan maujud merupakan antara sumber yang
penting terutamanya dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana kanak-kanak memerlukan
bahan yang maujud untuk memahami sesuatu perkara.

3.0 PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN


AWAL KANAK-KANAK

3.1 Jenis-jenis Bahan Pembelajaran

Bahan alam semulajadi dan bahan buatan merupakan jenis-jenis bahan pembelajaran
yang digunakan dalam pembelajaran. Bahan alam semulajadi adalah seperti ranting kayu, batu,
pasir, air dan lain-lain. Main pasir dan main air sudah menjadi sinonim dalam pendidikan awal
kanak-kanak kerana aktiviti-aktiviti tersebut dapat meransang perkembangan. Manakala bahan
buatan pula boleh dibahagikan kepada bahan terbuang, di pasaran dan multimedia. Contohnya,
buku, gunting, alat tulis, plastisin dan sebagainya. Bahan-bahan tersebut amatlah penting untuk
memudahkan perjalanan proses pembelajaran di dalam kelas. Perkembangan kanak-kanak
juga dapat berkembang secara optimum dengan bantuan alat-alat bahan pembelajaran. Seperti
penggunaan plastisin dan juga permainan blok dapat mengasah kemahiran motor halus iaitu
jari-jemari kanak-kanak.

3.2 Tujuan Pemilihan Bahan

Pemilihan bahan yang terbaik dan bersesuaian amatlah penting dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Tujuan pemilihan bahan pengajaran dan pembelajaran perlu jelas agar matlamat

2
yang dinyatakan dapat tercapai. Aktiviti fizikal memerlukan kelengkapan sumber pengajaran
dan pembelajaran yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti tersebut dengan sempurna.
Contohnya, aktiviti kesedaran ruang seperti tarian memerlukan bahan-bahan seperti muzik,
kostum dan juga prop. Bahan-bahan tersebut dapat membantu dan menyeronokkan lagi aktiviti
pembelajaran. Seterusnya, dapat meningkatkan minat kanak-kanak untuk mencuba pelbagai
aktiviti. Kanak-kanak yang mempunyai bakat terutamanya kecerdasan pelbagai kinestatik dapat
meningkatkan minat mereka pada bidang tersebut dengan adanya ransangan bahan-bahan
yang menarik yang disediakan oleh guru pada proses pengajaran dan pembelajaran (Howard
Gardner, 2006). Selain itu, gimnasium sensori juga semakin popular di seluruh pusat
pendidikan awal kanak-kanak. Hal ini kerana, gimnasium tersebut dapat membantu kanak-
kanak melakukan aktiviti fizikal dengan suasana yang menyeronokkan.

Rajah 1 Sensory Integrated Gym

3.3 Kriteria Pemilihan Bahan

3.3.1 Sesuai dengan Fungsi Pusat Pembelajaran

Sesuai dengan fungsi pusat pembelajaran Maksud sesuai menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2010) adalah bertepatan atau serasi. Sumber pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dapat meningkatkan pemahaman tentang pelajaran tersebut terutamanya kepada
kanak-kanak. Sumber yang sesuai terutamanya mengikut tunjang-tunjang pembelajaran awal
kanak-kanak merujuk Kurikulum Standard Pendidikan Awal Kanak-kanak (KSPK 2016) dapat
memudahkan guru-guru untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
mudah. Pusat-pusat pembelajaran diwujudkan di prasekolah adalah bersesuaian dengan
objektif dan matlamat yang ingin dicapai oleh kanak-kanak. Pusat pembelajaran bukan sahaja
dapat meransang pengetahuan kanak-kanak melalui pembelajaran kendiri di pusat
pembelajaran tersebut pada waktu bebas malah dapat meningkatkan kemahiran motor halus

3
dan kasar kanak-kanak ketika melakukan aktiviti di pusat pembelajaran. Seperti, pusat kreativiti
dan estetika menyediakan bahan untuk melukis dan mewarna

3.3.2 Amalan Bersesuaian Perkembangan

Amalan Bersesuaian Perkembangan (ABP) adalah merupakan suatu amalan dan


proses pembelajaran yang menekankan kepada penggunaan kaedah P&P yang bersesuaian
dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat dan minat kanak-kanak. Program
Pendidikan Awal Kanak-kanak yang memfokuskan kepada kanak-kanak bermula dari lahir
hingga berusia lapan tahun. Hal ini dimana, perkembangan kanak-kanak amat pesat dan
memerlukan pendidikan yang sesuai dan berkualiti untuk menjamin perkembangan menyeluruh
pada masa akan datang.

3.3.3 Konsep Pendidikan Abad ke 21 (PAK21)

Konsep Pendidikan Abad 21 (PAK21) bukan sahaja memperkenalkan konsep dan teknik
pengajaran abad 21. Malah terdapat juga alat-alat bantu mengajar yang berkonsepkan
teknologi terkini seperti computer riba, tablet, aplikasi dalam talian dan sebagainya. Isu yang
dihadapi bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke 21 adalah kekurangan kelengkapan
abad ke 21 di sekolah-sekolah pedalaman di Malaysia. Masalah seperti capaian internet yang
lemah, kekurangan alat teknologi dan bilik darjah yang sempit menghalang daripada konsep
pendidikan abad ke 21 diamalkan di sekolah-sekolah pedalaman. Oleh itu, guru, pihak sekolah
dan Kementerian Pendidikan Malaysia mestilah mengambil serius akan perkara ini agar
penggunaan sumber dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dapat dijalankan di
setiap pelusuk negara.

3.3.4 Keselamatan

Keselamatan merujuk kepada perlindungan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang
dewasa terhadap kemalangan, kecederaan dan ancaman yang selalunya berkaitan dengan
amalan, sikap dan persekitaran. Kanak-kanak terdedah untuk tercedera ketika proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan juga di luar kelas. Oleh itu, guru-guru mestilah peka
dengan ciri-ciri yang boleh menggugat keselamatan kanak-kanak terutamanya ketika
menggunakan bahan-bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Antaranya memastikan
bahan tersebut tidak beracun, tidak tajam, saiz sesuai dan lembut. Kriteria-kriteria tersebut amat
penting untuk menjaga keselamatan kanak-kanak daripada tercedera ketika aktiviti pengajaran
dan pembelajaran berlansung.

4
3.3.5 Kanak-kanak masalah pembelajaran dan Kelainan Upaya

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada
proses asas psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan
atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir,
bertutur dan membaca tidak sempurna. (Individuals with Disabilities Education Act
Amendments, 1997). Sumber pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak masalah
pembelajaran dan kelainan upaya perlu lebih menarik, menggunakan visual yang terang,
berwarna-warni dan menggunakan audio yang sesuai. Hal ini kerana, golongan kanak-kanak ini
sangat berminat dengan bahan-bahan pengajaran yang menarik dan juga unik. Penggunaan
teknologi dan bahan multimedia seperti penggunaan bilik sensori snoezelen dapat
menggalakkan kanak-kanak kelainan upaya terutamanya kanak-kanak autism untuk bertenang.

Rajah 2 Bilik Sensori Snoezelen

4.0 ISU SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Isu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sering diperkatakan. Faktor-faktor seperti bahan pengajaran tidak mencukupi, beban mengajar
yang tinggi, kekurangan masa, tidak praktikal, kurang mahir membina bahan secara sendiri dan
sumber kewangan tidak mencukupi merupakan beberapa halangan atau kekangan yang
dihadapi oleh para pendidik untuk melaksanakan dan menyediakan bahan bantu mengajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat dan bahan bantu mengajar
semakin kurang diamalkan di sekolah-sekolah (Asiah Abu Samah 1992). Punca yang
menyebabkan perkara ini berlaku adalah masalah kekurangan peralatan untuk dijadikan bahan

5
pengajaran dan pembelajaran, masalah kewangan dan kurang sokongan daripada pelbagai
pihak. Guru-guru haruslah bekerjasama terutamanya dengan ibu bapa dan kanak-kanak agar
dapat menyediakan peralatan yang secukupnya untuk proses pembelajaran yang sempurna di
pusat bimbingan awal kanak-kanak. Contohnya, aktiviti ‘mini garden’ dan membuat ‘big book’
antara inisiatif yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini dan juga dapat mengeratkan
hubungan antara guru dan ibu bapa.

5.0 RUMUSAN

Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru dan kanak-
kanak untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar
bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia
merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua
pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang
dapat dialami oleh murid-murid. Sumber pengajaran dan pembelajaran adalah faktor terpenting
dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan
pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih
menarik. Sumber pengajaran dan pembelajaran atau bahan bantu mengajar bukanlah
merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan kanak-kanak dan
sebaliknya, manakala kanak-kanak dapat saling membantu atau mempercepatkan proses
pemahaman mereka terhadap pembelajaran yang dijalankan. Oleh itu, guru seharusnya cekap
menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran kerana perkara tersebut
mampu merangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang. Seterusnya, membina
generasi yang berilmu dan cemerlang demi menjamin masa depan negara.

Anda mungkin juga menyukai