Anda di halaman 1dari 2

Devian merupakan tingkah laku atau perbuatan yang menyalahi dan bertentangan dengan

norma-norma dalam masyarakat. Edward Lemert membahagikan devian kepada devian


primer dan devian sekunder. Devian boleh berlaku pada diri seseorang anggota dalam
masyarakatnya disebabkan oleh pelbagai faktor.
            Salah satu faktor atau teori penyebab devians dalam masyarakat boleh dilihat melalui
teori fungsionalisme. Teori ini diasaskan dan dikembangkan oleh Auguste Comte, Emile
Durkheim, dan Herbert Spencer. Teori funsionalisme ini sangat dipengaruhi oleh pemikiran
biologi iaitu masyarakat sebagai satu organisme biologi yang terdiri daripada organ-organ
ayng saling bergantungan. Sifat kebergantungan ini sangat penting bagi sesebuah masyarakat
untuk melancarkan proses atau kehidupan sosial dalam seharian. Menurut Durkheim,
masyarakat adalah sebuah kesatuan, di mana  di dalamnya terdapat beberapa bahagian yang
berbeza dari segi fungsi dan tugas masing-masing dalam memastikan keseimbangan sistem
masyarakatnya. Oleh itu setiap bahagian dalam masyarakat mempunyai peranan yang sama
penting tanpa mengira kedudukan, kelas sosial, dan sebagainya. Misalnya, orang kaya dan
orang miskin sama-sama mempunyai tugas dan peranannya dalam memastikan keseimbangan
dan kelancaran sistem-sistem dalam masyarakatnya. Sekiranya salah satu daripada struktur
atau fungsi dalam masyarakat itu tidak dijalankan dengan baik, maka ianya akaan
menjejaskan sistem dalam masyarakat. Dan keadaan inilah yang akan mewujudkan situasi
devians dalam masyarakat. Contohnya, seoang polis melanggar etika kerjanya dengan
melindungi penjenayah, maka dia sudah melakukan satu perbuatan yang dianggap devians
dan boleh menjejaskan kesejahteraan hidup masyarakat. Keadaan seperti ini sama dengan
sistem dalam tubuh manusia, dimana satu fungsi dalam badan tidak berfungsi dengan baik,
maka badan berada dalam keadaan  yang tidak normal.
            Selain daripada teori fungsionalisme, devians juga boleh belaku disebabkan oleh teori
labeling. Teori labeling ini diasaskan oleh Edwin M. Lemert dan sangat dipengaruhi oleh
teori interaksionalisme simbolik Herbert Mead. Menurut Lemert, tingkah laku devians wujud
disebabkan oleh penglabelan yang diberikan oleh masyarakat kepada seseorang individu atau
sekumpulan manusia yang akhirnya menyebabkan mereka cenderung bertingkah laku yang
benar-benar bertentangan dengan norma masyarakat. Melabelkan seseorang dengan satu-satu
perkara berkait rapat dengan emosi dan boleh menyebabkan pelbagai tingkah laku yang tidak
sepatutnya dalam masyarakat. Penglabelan juga boleh dilihat berlaku terhadap sekumpulan
manusia seperti etnik-etnik atau kelompok minoriti. Misalnya, golongan transgender yang
dipandang rendah dan dianggap devians dalam masyarakat. Contoh lain yang lebih jelas
ialah, apabila seorang kanak-kanak sejak dari kecil dilabel sebagai nakal dan akhirnya dia
menjadi seorang pencuri kerana bosan dengan tohmahan yang dlontarkan kepadanya
meskipun dia tidak melakukan sebarang kesalahan atau perbuatan yang bertentangan dengan
tingkah laku masyarakatnya. Oleh itu, teori penglabelan ini menunjukkan bahawa seseorang
manusia mudah dipengaruhi oleh kata-kata atau label yang diberikan oleh masyarakat kepada
mereka dan akhirnya menyebabkan mereka bertindak mengikut kehendak atau persepsi
masyarakat ke atas diri mereka.
            Seterusnya, kesinambungan daripada teori penglabelan yang menyebabkan
kewujudan devians, teori konflik juga merupakan salah satu yang menyebabkan tingkah laku
ini. Teori konflik merupakan idea daripada tokoh sosiologi iaitu Karl Marx. Bagi Marx,
konflik adalah sesuatu perkara yang perlu ada dalam masyarakat kerana ianya merupakan
antara penyebab berlakunya perubahan. Konflik adalah satu perkara yang tidak dapat
dielakkan dalam kehidupan kita sebagai manusia. Hal ini demikian kerana konflik merupakan
sebahagian daripada interaksi sosial yang melibatkan rama orang dalam masyarakat. Konflik
ini wujud dalam diri seseornag individu dan dalam masyarakat disebabkan oleh perbezaan.
Perbezaan dalam menjalankan fungsi sosial yang berbeza atau perbezaan taraf hidup dalam
masyarakat. Misalnya, orang miskin terpaksa berhadapan dengan konflik dengan orang yang
lebih berkedudukan dalam usaha mencari rezeki dan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Konflik yang wujud ini akhirnya akan membentuk sifat atau tingkah laku devians jika tidak
dapat dikawal atau diatasi segera seperti bunuh diri.
            Selain daripada teori-teori yang dibincangkan di atas, agen sosiolisasi juga merupakan
penyebab utamakemunculan devians dalam masyarakat. Agen sosiolisasi merupakan mereka
yang bertanggungjawab dalam pembentukan peribadi atau identiti seorang individu. Agen
sosiolisasi terdiri daripada empat segn utama iaitu keluarga, institusi pendidikan, rakan
sebaya dan masyarakat. Keluarga yang terdiri daripada ibu bapa dan adik-beradik merupakan
mereka yang sangat dekat dengan diri individu dan memberi pengaruh yang sangat besar
dalam diri seseorang individu. Seseorang individu itu mendapat pendidikan pertama daripada
keluarganya dari segi budaya atau cara hidup. Seterusnya, institusi pendidikan seperti pra-
sekolah, sekolah dan institusi pengajian tinggi. Dari sini seseorang individu akan dididik
tentang dunia sosial dan pelbagai bidang ilmu dalam kehidupan. Seterusnya rakan sebaya dan
masyarakat yang sentiasa ada di sekeliling individu menyebabkan mereka menjadi pengaruh
yang sangat besar kepada pembentukan seseorang individu. Misalnya, seseorang individu itu
berkawan dengan rakan-rakan yang nakal, maka dia juga akan menjadi seorang yang nakal
dan berkemungkinan melakukan devians seperti gangsterisme, mencuri, meragut dan
sebagainya.
            Kesimpulannya, tingkah laku devians bukanlah satu perkara yang boleh dianggap
remeh kerana ianya boleh membawa kepada jenayah sama ada jenayah ringan mahupun
jenayah berat, keduanya akan menjejaskan keharmonian dalam masyarakat dan boleh
merosakkan nama baik sesebuah masyarakat. Oleh itu, pelbagai teori penyebab devians perlu
dikenalpasti oleh setiap lapisan dalam masyarakat agar usaha atau tindakan untuk mengatasi
devians dapat dilakukan bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai