Anda di halaman 1dari 12

MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782

SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Tajuk Novel : Sungai Mengalir Lesu


Penulis : A. Samad Said
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Penerbitan : 1997
ISBN : 9836233687
166 mukasurat

1
MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782
SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

1.0 Sinopsis :

Sungai Mengalir Lesu adalah antara segelintir karya sastera yang sempat merakamkan
satu fasa dekad terpenting dalam kehidupan bangsa kita. Pengalaman getir kehidupan
sekumpulan manusia di sebatang sungai turut menjadi lambang kesengsaraan umum
rakyat Malaya pada zaman Perang Dunia Kedua.

Kisah lara sekumpulan insan ini menunjukkan betapa durjananya kesan dan
bencana perang terhadap manusia, dan betapa wajarnya kita menghindarinya daripada
berulang semula.

Di samping sebuah karya sastera, Sungai Mengalir Lesu juga sebenarnya


adalah satu himpunan dokumentasi sejarah sosial yang amat berharga.

1.1 Translation of Synopsis :

Sungai Mengalir Lesu is a rare literature that records one of the most important phases
of our nation. The bitter life experience of a group of people living by the river becomes
the symbol of suffering to the citizens of Malaya during the World War II.

This grief-stricken tale shows how devastating are the effects of war on mankind,
and we must prevent history from repeating itself.

Besides being a literary piece, Sungai Mengalir Lesu is, in fact, a priceless
documentation of the social history.)

2
MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782
SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

2.0 Pengenalan :

Novel bertemakan peperangan ini dianggap sebagai bercorak sejarah. Ia mengisahkan


kehidupan manusia-manusia di Zaman Perang Dunia Kedua di sepanjang sebatang
sungai di Singapura. Mereka mengalami pelbagai kesulitan dan penderitaan, tragedi,
kebuluran, penyiksaan dan diambang maut. Harga nyawa manusia terlalu murah pada
masa itu. Akibat dari kekejaman pihak Jepun, penduduk pelbagai kaum yang tinggal di
sepanjang sungai itu hidup penuh penderitaan dan kesengsaraan.

Kisah ketika perang yang jarang diperkatakan pengarang, bagaimana penduduk


kampung berlari-lari kearah shelter menyelamat diri dari terkena bom atau di bom,
kebuluran akibat kekurangan makanan sehingga memaksa mereka berkeliaran mencari
apa sahaja yang boleh dimakan sehinggalah mencuri, pertukaran barang makanan
dengan harga diri demi menyelamatkan perut adik-beradik, kejujuran, kecurangan dan
kesetiaan. Semua cerita bercampur dalam satu berakar dari keinginan manusia
menguasai manusia yang lain dengan cara berperang.

Sungai Mengalir Lesu boleh dianggap gambaran perang terbaik dalam karya SN
A. Samad Said yang boleh digambarkan sebagai mengerikan. Sehingga saya
menghabiskan novel ini, saya berasa amat bersyukur kerana telah tinggal disebuah
negara yang aman dan telah sedia merdeka. Tidak dapat saya bayangkan jika berada
di dalam situasi yang amat perit dan tersiksa sepertimana digambarkan dalam novel ini.

3.0 Watak dan Perwatakan :

3
MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782
SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Novel A. Samad Said menggambarkan watak-watak sebagai mangsa peperangan yang


melata setelah jadi miskin dan tertindas. Soal protagonis dan antagonis tidak wujud
dalam fiksyen bentuk ini. Yang penting ialah survival, bagaimana hidup mesti diteruskan
untuk mengelakkan dari kematian yang tidak diingini.

Watak-watak yang terdapat di dalam novel ini adalah watak Tuminah, seorang
janda muda berusia 24 tahun yang kelihatan amat remaja, mukanya yang kecil, dengan
bulu matanya yang lebat, ditambah pula dengan bibir tipisnya yang seperti tersembul
mengejek, menjadikannya semanis-manis wanita dalam kampong yang kotor itu. Dia
sanggup menukarkan tubuhnya dengan beberapa tin makanan serta beras demi
menjamin dia dan adik yang dibelanya terus bernafas dalam kancah perang yang tidak
mengenal kasih sayang atau tidak tahu menghargai nyawa manusia.

Mak Buruk yang tua dan uzur, Dalim adik Tuminah, Zainab gadis berusia
belasan tahun yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang tiga kali usianya,
Tompang yang buta, Basir yang bertanggungjawab membawa makanan kepada
Tuminah dan menidurinya sebagai balasan, merupakan beberapa watak yang terpaut
dalam fikiran saya walaupun telah lama habis dibaca buku ini.

Mak Buruk menarik nafas dalam bilik bercahaya bulan itu. "Jumaat," katanya penuh
perasaan, "di mana agaknya awak. Kenapakah Jepun ni kejam sangat? Kalau nak
ambil pun ambillah orang yang tak ada tanggungan." Dengan tidak dipaksa-paksa, air
mata pun mengalir dari kelopak matanya.

Air sungai itu mengalir dengan malasnya. Sudah tiga hari airnya kuning teh susu, tetapi
hari ini ia berbalik sehitam-hitamnya. Sesudah berkurung beberapa hari, beberapa
orang budak antara tujuh hingga lima belas tahun, merasa terlepas semula dari penjara
shelter, dan sedang berlumba-lumba mengejar tin-tin, botol-botol dan kulit kayu balak
yang hanyut, menjadikan airnya kalau tak lesu saja itu beriak-riak sejenak.

4
MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782
SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Air mata turut membasahi pipi apabila saya terkenang derita sekumpulan orang
ini akibat peperangan. Saya asyik bertanya mengapa harus begini, sama seperti Mak
Buruk yang bertanya soalan yang sama. Bukan saja Mak Buruk yang terseksa, malah
ramai lain yang kehilangan suami, ibu bapa, dan orang kesayangan masing-masing.
Saya bersyukur tidak perlu mengharungi pengalaman perit begini dan berharap agar
dunia tidak perlu juga. Orang-orang yang tidak bersalah kerap buta-buta menjadi
mangsa.
Dalam buku Sungai Mengalir Lesu, penulis A. Samad Said menumpukan
perhatian terhadap beberapa orang ini dan bagaimana mereka menjalani hidup penuh
ketakutan dan kelaparan. Tetapi dalam keadaan sebegini, ada juga gelak-ketawa
terutamanya budak-budak yang selalu bermain di sungai yang amat kotor itu. Setiap
orang mempunyai kisahnya sendiri. Mereka berkongsi shelter yang sama sewaktu
serangan udara berlaku. Mereka berlindung daripada bom-bom yang digugurkan oleh
pesawat British B24 dan B29 yang cuba mengalahkan pihak Jepun dan merampas
kembali Singapura. Serangan bom ini tidak bermata dan tidak mengenal mangsa.

Saya juga berasa amat terharu membaca perbualan dua sahabat, Mulyadi dan
Irwan. Mulyadi yang sakit tenat dengan tokaknya yang semakin membesar
menyampaikan "wasiat" dan hasratnya kepada Irwan agar mencari isteri dan anak
perempuannya serta memberitahu mereka sekiranya dia meninggal dunia.

5
MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782
SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

4.0 Nilai Kemanusiaan & Teori Psikologi :

4.1 ( Halaman 8 ) :

Semalam dia terpaksa menjumpai Basir untuk mendapatkan satu tin susu. “Boleh aku
beri susu tin ini,” kata Basir yang bermuka bujur penuh berjerawat itu. “Tapi...tapi kau
mesti ganti dengan susu itu.” Dan susu manusia dan susu binatang pun bertukar ganti.
Orang sudah tidak memberi kerana kemanusiaan, fikir Tuminah. Sejak dia menjadi
janda enam bulan dahulu, dia banyak mengenal tentang kebinatangan lelaki. Setiap
yang dihulur minta diganti. Dalam perang-perang begitu, Tuminah tidak ada jalan lain.
“Baiklah,” dia teringat begitulah jawabnya. “Kau berilah susu tu. Aku beri susu ni...” Dan
susu manusia dan susu binatang bertukar ganti. (hlmn 8)

Demikianlah allegory yang membayangkan betapa hodohnya wajah


kemanusiaan yang mengambil kesempatan di waktu sempit dan melarat. Perlakuan di
atas menunjukkan budaya nilai tidak perikemanusiaan. Nilai didefinisikan sebagai
“Value embodies what is important to us and act as fundamental principles to live by.
They are polar opposites and tend to be expressed as nominalizations.”(Katan,
2004:55). Berdasarkan petikan oleh Katan, nilai dianggap merangkumi perkara penting
bagi kita dan pada masa yang sama berperanan sebagai prinsip asas dalam
kehidupan. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat (2007:1185), perikemanusiaan
ditakrifkan sebagai sifat-sifat yang wajar bagi manusia, seperti bertimbang rasa, ada
belas kasihan, dapat memaafkan kesalahan orang, dan tolong-menolong.

Nilai tidak berperikemanusiaan dilihat pada perlakuan Basir yang memberikan


susu tin dan meminta balasan susu Tuminah yang sebenarnya merujuk pada layanan
seks. Basir dilihat sebagai individu yang mengambil kesempatan terhadap diri Tuminah
yang tidak mempunyai tempat bergantung seperti dijelaskan, iaitu ‘menjadi janda enam
bulan dahulu’. Disebabkan Tuminah tidak mempunyai suami untuk melindungi dirinya,
Basir telah bertindak dengan menawarkan makanan, iaitu ‘satu tin susu’ kepada
Tuminah yang terdesak dalam kepayahan mencari makanan pada masa peperangan.
‘Kebinatangan’ Basir terserlah melalui tindakannya meminta habuan layanan seks

6
MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782
SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

sebagai pengganti makanan yang diberikan kepada Tuminah. Asasnya, dalam budaya
Melayu, kebinatangan membawa idea bahawa nilai-nilai kemanusiaan itu tiada dan
perlakuan sebegini merupakan sesuatu yang tidak baik. Perlakuan Basir yang rakus
tanpa kawalan diibaratkan seperti binatang kerana dia sanggup meminta layanan seks
daripada seorang wanita yang diketahui terdesak dalam kehidupannya. Oleh yang
demikian, nilai kemanusiaan yang sudah runtuh akibat nafsu dan kepentingan diri
sendiri.

Di sebalik perlakuan Basir yang telah mengambil kesempatan atas kesempitan


dan kesukaran hidup Tuminah pada waktu itu, tindakan Tuminah yang terpaksa
menggadai maruah diri untuk terus hidup pula memberikan gambaran nilai
kemanusiaan dalam dirinya. Hal ini boleh dilihat pada tindak balas Tuminah terhadap
tawaran Basir mengenai satu tin susu diganti dengan layanan seks. Tuminah akur
dengan keadaan dirinya dan sanggup melacurkan diri dan bersetuju dengan tawaran
Basir itu dengan memberikan alasan bahawa keadaan perang memaksa dia berbuat
sedemikian melalui pemerian ‘’Dalam masa perang-perang begitu, Tuminah tidak ada
jalan lain’. Tindakan Tuminah dan Basir ini telah menolak nilai halal dan haram yang
menjadi prinsip asas kehidupan orang Melayu.

Dan ini menunjukkan terdapat konflik yang telah berlaku iaitu yang biasanya
diklasifikasikan dalam bentuk nilai ganjaran atau hukuman pada pilihan-pilihan yang
dihadapi oleh seseorang itu. Menurut Lauzun (1964), terdapat empat jenis konflik yang
kerap dihadapi oleh manusia. Salahsatu daripadanya, merujuk kepada watak Tuminah
ialah konflik mendekat-menghindar ( + - ). Dimana Tuminah berhadapan dengan
sesuatu yang amat diperlukannya iaitu makanan tetapi dalam masa yang sama ia juga
berhadapan dengan sesuatu yang ingin dijauhi iaitu melakukan hubungan seksual
dengan Basir. Di sini Tuminah tiada pilihan lain selain dari mengikut kehendak Basir
bagi memenuhi tuntutan keperluan dirinya.

Dari sudut psikologi pula, Abraham Maslow (1968) melihat dari sudut Teori
Humanistik, manusia sebagai insan yang baik dan mulia yang mempunyai dorongan
sejadi untuk berkembang kearah kesempurnaan diri dan kehendak ini wujud dalam
bentuk hierarki yang mempunyai keutamaan tertentu. Tahap-tahap keperluan fisiologi

7
MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782
SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

harus dipenuhi sebelum bergerak keperluan-keperluan yang lain. Keperluan paling asas
adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat berlindung.
Melihat dari watak Tuminah yang sanggup menyerahkan tubuh badannya semata-mata
untuk mendapatkan makanan bagi meneruskan kehidupan. Ini jelas menunjukkan,
keperluan makanan adalah sangat penting dari memikirkan soal maruah dan
sebagainya.

4.2 ( Halaman 13 ) :

“Awak fikir berapa lama ini perang?” tiba-tiba terdengar Kuldip Singh bertanya. “Berapa
lama?” Tanya Syeed Ayuub pula. “Dulu Jepun masuk kita susah, sekarang Orang Putih
mahu masuk balik kita susah juga,” kata Mak Buruk, meraba-raba siput sejemputnya,
kemudian meraba-raba pula lehernya yang berketak-ketak. “Kita jangan fikir berapa
lama,” kata Ahmad Jani yang selesai membaca Yassin itu bersuara. “Kita fikir kita
semua mesti mati.” Orang-orang di dalam shelter itu semuanya terdiam, berpandangan
sesama sendiri dan kelihatan gelisah dan khuatir. “Mati mesti mati juga,” kata Kuldip
Singh, “tapi kita tak mahu mati ini macam.” Degungan B24 dan B29 sekali lagi semakin
mendekat, masing-masing membisu, mendengarkan deruman kapal terbang maut itu
dengan bersungguh-sungguh. Kemudian terdengan susulan siulan bom jatuh bertubi-
tubi. Semuanya menekap telinga dan tunduk. Masing-masing berdoa.....(hlmn 13)

Reaksi manusia yang normal pada situasi tegang di atas ialah perasaan takut,
gelisah serta khuatir akan nyawa masing-masing yang dapat diumpamakan seperti
berada dihujung tanduk. Di sini, akal kita merumuskan bahawa jikalau kita melihat atau
berada dalam keadaan yang boleh mengancam nyawa serta keselesaan hidup, maka
kita akan mangalami perasaan takut dan harus untuk cuba lari bagi mengelakkan diri
daripada ancaman tersebut. Menurut Teori James-Lange, fenomena emosi ini
disebabkan oleh pengamatan manusia terhadap beberapa perubahan badan yang
berlaku semasa kita memberi tindakbalas kepada sesuatu situasi atau peristiwa sama
ada takut, cemas, khuatir, gelisah dan sebagainya. Emosi yang dilahirkan dalam

8
MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782
SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

petikan di atas merupakan suatu perasaan yang bercampur-baur dan di mana mereka
semua redha dengan nasib diri masing-masing yang akan mati pada bila-bila masa
sahaja dibedil oleh bom yang tidak bermata dan mengenal erti kasih-sayang itu.

Menurut Psikologi Perkembangan manusia, kita akan melalui pelbagai peringkat


usia dan tahap di dalam kehidupan ini. Bermula dari zaman kanak-kanak, remaja dan
zaman tua. Semua entiti yang hidup sudah tentu akan mati jika sampai masanya tidak
mengira usia, pangkat serta bangsa. Di dalam petikan, ‘kita fikir kita semua mesti mati’
merujuk kepada tiada harapan untuk mereka hidup lagi kerana mereka telah akur
bahawa kematian akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Dan mereka juga telah
bersedia untuk menempuh segala dugaan yang datang, serta redha dengan
ketentuanNya.

5.0 Kesimpulan :

Kesimpulannya, Novel Sungai Mengalir Lesu ini merupakan satu novel yang amat
menyayat hati serta mencemaskan berikutan dengan penindasan terhadap mangsa-
mangsa perang yang tidak bersalah. Terdapat pelbagai tingkahlaku yang ditonjolkan
oleh setiap watak yang dimainkan. Begitu juga dengan nilai-nilai kemanusiaan dan
teori-teori psikologi yang berkait rapat dengan situasi-situasi yang berlaku.

Kesemua peperangan yang berlaku di mana-mana bahagian di dunia ini banyak


membawa kepada kesan buruk, baik kepada negara itu sendiri mahupun negara lain.
Peperangan merupakan kejadian yang sia-sia kerana peperangan ini tidak membawa
kebaikan tetapi hanya menghancurkan sesebuah negara serta membunuh ramai nyawa
insan-insan yang tidak berdosa seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu ‘kalah
jadi abu, menang jadi arang’. Ianya sedikit sebanyak dapat memberikan pengajaran
serta pembelajaran kepada kita tentang betapa pentingnya perpaduan di dalam
sesebuah negara.

9
MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782
SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Bahan Rujukan.

1. A. Samad Said. 1975. Sungai Mengalir Lesu. Singapura: Pustaka Nasional.

2. Katan, D. 2004. Translating Cultures: An Intoduction for Translators, Interpreters


and Mediators. Manchester: St. Jerome Publishing.

3. Lauzun, G., 1964. Sigmund Freud: The Man and His Theories, (Terjemahan oleh
P. Evans) Grennwich, Conn: Fawcett Publications Ins.

4. Maslow, A. H., 1968. Towards a Psychology of Being, New York: Van Nostrand,
(Edisi kedua).

5. __________ Kamus Dewan Edisi Empat 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

10
MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782
SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

Biodata Penulis

Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa
Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di
Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A.
Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh
pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946).
Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria
Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).

Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di


Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang
akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua
pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala
Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.

Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila
beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera seperti karya Ajip Rosidi,
Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel
Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer’s Folly. Beliau juga menggunting dan
menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan

11
MARLISSA BT ABDUL RAZAK / G 75782
SKMP 1013 : PENGANTAR BAHASA MELAYU

cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak
langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan

Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu
menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk
mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar
yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir
Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira
Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah,
AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi
Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu
Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit
Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina,
Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau

Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan


memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila
beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976),
SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah
Sasterawan Nusantara (1999).

Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah


dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam
tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003)

Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain


menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang
versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan
melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan
nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan
tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang
penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

12

Anda mungkin juga menyukai