Anda di halaman 1dari 9

SULIT

SULTAN lORIS EDUCAfION UNIVERSITY

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER 2 SESI 2015/2016

KOD : BSS3033 KURSUS: TEORI DAN KRITIKAN


KESUSASTERAAN

TARIKH MAS A 2 JAM

ARAHAN

1. Kertas ini mengandungi DUA (2) bahagian : A dan B.

2. Jawab SEMUA soalan di Sahagian A dan SATU (1) soalan di Bahagian S.

3. Jawapan di Bahagian A hendaklah dijawab dalam buku OMR, manakala jawapan


di Bahagian B hendaklah dijawab dalam buku jawapan yang disediakan.
4. Kertas soalan ini akan dikumpul semula pad a akhir peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 9 muka surat termasuk rnuka hadapan

PROGRAM: ----------------_------

TAHUN: ----
KUMPULAN KULIAH : -----------

NO. PENDAFTARAN : --------

NO. KAD PENGENALAN :

NAMA PENSYARAH : --------------------

TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

SULIT
BSS3033 .' Teori dan Kritikan Kesusasteraan 2

BAHAGIAN A (30 markah)

Arahan: Jawab semua soalan berikut.

1. Keterangan berikut PALING SESUAI menerangkan teori sastera

A. Penilaian terhadap novel 'Salina' karya A. Samad Said dibuat secara tidak adil.
B. Fenomena pelbagai gaya bahasa dalam
puisi dapat difahami dengan idea Formalisme.
C. Sejarah teori sastera diakui bermula sejak zaman Plato.
D. Teori bertujuan untuk menilai baik buruk sesebuah karya.

2. Di antara berikut kepentingan teori sastera adalah seperti berikut, KECUALI

A. Dapat dijadikan alat untuk mengkritik teks kesusasteraan


B. Dapat menjelaskan idea sesuatu konsep
C. Menyediakan panduan untuk memahami fenornena-fenomena kesusasteraan
D. Untuk menentukan mutu sesebuah teks kesusasteraan

3. Teori kesusasteraan era Klasik lebih mementingkan aspek

A. Kritikan
B. Moral dan didaktisme
C. Fakta
D. Bentuk dan aspek teknik

4. Tanggapan Aristotle terhadap peniruan berbeza dengan tanggapan Plato. Peniruan bagi
Aristotle ialah

A. Dorongan naluri semulajadi manusia yang suka meniru dan mencipta realiti baharu
B. Proses penciptaan yang bersifat sementara
C. Kebenaran yang telah berpisah sebanyak dua kali daripada realiti
D. Kebenaran yang bersifat hakiki

5. Pendukung Teori Formalisme percaya bahawa teks kesusasteraan bersifat otonomi. Oleh itu,
perubahan-perubahan aspek tekstual bergantung sepenuhnya kepada

A. Kreativiti pengarang
B. Perubahan ciri-ciri kegayaan dan teknik
C. Penerimaan pembaca
D. Pengaruh budaya

[Lihat Sebelah
BSS3033 : Teori dan Kritikan Kesusasteraan 3

6. Teori Fenomenologi muncul sebagai akibat daripada faktor-faktor berikut

I Penolakan terhadap idea-idea modenisme


II Keyakinan kepada kepastian yang bersifat dalaman
III Keyakinan terhadap kuasa spiritual
IV Kepincangan teori Formalisme

A. I,ll dan III sahaja


B. I, II dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja

7. Antara pernyataan berikut yang manakah BUKAN prinsip Teori Fenomenologi

A. Perkaitan secara langsung aspek di luar diri


B. Kepastian wujud dalam kesedaran
C. Pengalaman langsung manusia secara dalaman adalah murni
D. Fenomena tidak perlu disusun dalam apa juga keadaan

8. Tokoh berikut memperkenalkan konsep ikon, simbol dan indek dalam teori Semiotik

A. Umberto Eco
B. Sigmund Frued
C. Jurid M. Lotman
D. Charles Sander Piecre

9. Semiotik adalah satu bidang ilmu berkait dengan bahasa kerana

A. Bahasa bersifat dinamik


B. Bahasa mempunyai sistem simbolnya dan makna yang tertentu
C. Diperkenalkan oleh tokoh bahasa Ferdinand de Saussure
D. Makna bahasa bergantung sepenuh pada sistem bahasa

10. Berikut ialah prinsip-prinsip teori Strukturalisme, KECUALI

A. Transformasi
B. Regulasi diri
C. Kreativiti
D. Perkaitan

[Lihat Sebelah
BSS3033: Teori dan Kritikan Kesusasteraan 4

11. Teori Historisisme Baru (New Historicism) mendokong idea baharu terhadap sejarah. Siapakah
di an tara tokoh berikut yangmemperkenalkan idea Historisisme Baru ini?

A. Michel Faucoult
B. Stephen 1. Greenblatt
C. Jaques Lacan
D. Harold Bloom

12. Model Peniruan atau Model Pencerminan yang diperkenalkan oleh George Lukacs menyentuh
tentang reality yang telah sedia wujud di luar teks kesusasteraan. Berikut ialah maksud realiti
pada tanggapan Lukacs

A. Realiti yang mempunyai bentuk keseluruhan dialektikal


B. Realiti yang didasarkan kepada pertentangan kaum
C. Realiti ekonomi
D. Realiti masyarakat tertindas

13. Secara umumnya, Marxisme bukannya suatu teori kesusasteraan tetapi tetap berkaitan dengan
kesusasteraan kerana

I Menganggap kesusasteraan sebagai produk sosial


II Karya sastera adalah manifestasi kebudayaan masyarakat
III Perlakuan sosial ditentukan oleh perlakuan dalam karya
IV Perlakuan dalam karya berkaitan dengan perlakuan dalam masyarakat

A. I,ll dan III sahaja


B. I,II dan IV sahaja
C. I,III dan IV sahaja
D. H,III dan IV sahaja

14. Manakah antara berikut BENAR tentang kritikan sastera

I Kritikan melibatkan kegiatan memberi penilaian


II Kritikan merupakan satu cara memberi penghargaan kepada karya
III Kritikan sastera boleh dilakukan oleh semua yang meminati sastera
IV Kritikan sastera hanya boleh dilakukan dengan berpandukan teori-teori kesusasteraan

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I dan IV sahaja

fLihat Sebelah
BSS3033.' Teori dan Kritikan Kesusasteraan 5

15. Plato dianggap sebagai tokoh pertama yang memulakan tradisi kritikan sastera. Yang manakah
pernyataan berikut PALING SESUAI dengan pandangan Plato bahawa seni sastera sebagai
satu peniruan

A. Kejituan makna terletak pada kreativiti penulis


B. Karya sastera yang dihasilkan oleh penulis adalah palsu
C. Keaslian seni sastera dicernari oleh aktiviti penulisan semula
D. Kebenaran bersifat mutlak dan hakiki

16. Pendekatan kritik teks berasaskan teori Fenomenologi memerlukan pengkritik melakukan
perkara- perkara sebelum membuat menilai sesuatu fenomena dalam teks kesusasteraan

I Historical bracking
II Existensional bracking
III Transcendental reduction
IV Eidetic reduction

A. I,II dan III sahaja


B. I, III dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV

17. Keterangan berikut berkaita rapat dengan pendekatan Moral, KECUALI

A. Sastera seharusnya menyumbang kepada kebaikan masyarakat


B. Ketetapan nilai bergantung kepada penulis teks
C. Analisis bergantung sepenuhnya kepada aspek tekstual teks
D. Prinsip- prinsip moral rnenjadi asas pertimbangan kritikan

18. Menurut Hashim Awang (1988), perkembangan awal kritikan sastera di Malaysia masih
bersifat dangkal. Pernyataan ini merujuk pada faktor berikut;

A. Kegiatan kritikan bersifat semberono


B. Jumlah pengkritik yang berwibawa tidak ramai
C. Pengkritik lebih banyak dipengaruhi gaya kritikan Barat
D. Asas teori yang digunakan tidak sesuai

19. Aminuddin Baki adalah tokoh perintis kritikan sastera Melayu moden setelah menghasilkan
satu tulisan berjudl 'Pandangan seorang penuntut tinggi terhadap sebuah buku' menyoroti
novel Korban Kesucian karya Keris Mas. Penerimaan ini berasaskan kepada

A. Ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Aminuddin Baki


B. Aminuddin Baki Berjaya membuktikan kesalahan fakta dalam novel
c. Kritikan yang dibuat berasaskan landasan teori Formalisme
D. Kritikan yang dibuat diakui oleh tokoh pengkritik Psikoanalisis

fLihat Sebelalt
lS3033 : Teori dan Kritikan Kesusasteraan 6

20. Polemik sastera yang berlaku di antara Asraf dengan Hamzah pada tahun-tahun 1950-an telah
menjadikan kegiatan kritikan sastera sernakin rancak. Polemik ini menunjukkan

A. Para pengkritik sudah matang dengan bidang kritikan sastera


B. Pengkritik mempunyai kebebasan menyuarakan pandangan
C. ASAS 50 berjaya mengembangkan bidang kritikan sastera
D. PerteJagahan teoretikal tentang konsep dan fungsi seni daJam karya kesusasteraan

21. Tokoh-tokoh berikut merupakan tokoh yang terlibat secara langsung dalam bidang teori dan
kritikan sastera Melayu, KECUALI

A. Ungku Maimunah Tahir


B. Hashim A wang
C. Zurinah Hassan
D. Mohd Affandi Hassan

22. Perkembangan teori dan kritikan sastera Melayu memasuki dunianya sendiri apabila teori
sastera Melayu dirintis oleh Muhammad Haji Salleh. Teori sastera yang diperkenalkan oleh
Muhammad Haji Salleh ialah

A. Teori Puitika Sastera Melayu


B. Teori Teksdealisme
C. Teori Takmilah
D. Teori Pengkaedahan Melayu

23. Teori-teori kesusasteraan Barat dikatakan kurang sesuai digunakan untuk mengkritik teks
kesusasteraan Melayu, kerana

A. Teori-teori kesusasteraan Barat tidak berteraskan diri


bangsa dan budaya Melayu
jati
B. Teori-teori kesusasteraan Baratmengandungi elemen
prejudis terhadap orang Melayu
C. Kebanyakan pengkritik dan penteori kesusasteraan Barat beragama Kristian
D. Sikap pengkritik sastera Melayu yang kurang senang dengan pengaruh teori-teori
kesusasteraan Barat dalam tradisi kesusasteraan Melayu

24. Kritikan berasaskan teori manakah yang bertujuan untuk menunjukkan signifikasi nilai-nilai
Melayu dan Islam dalam kesusasteraan Melayu?

A. Teori Pengkaedahan Melayu


B. Teori Teksdealisme
C. Teori Rasa- Fenomenologi
D. Teori Puitika Sastera Melayu

[Lihat Sebelah
BSS3033 : Teori dan Kritikan Kesusasteraan 7

25. Teori Persuratan Baru mementingkan konsep kesusasteraan yang mendukung ilmu. Oi antara
prinsp teori ini ialah

I Persuratan yang mendokong ilmu, pemikiran dan kebijaksanaan


II Persuratan yang mementingkan gaya keintelektualan yang indah
III Persuratan yang mementingkan gay a bahasa dan bentuk
IV Persuratan yang mementingkan watak-watak yang baik dan mendokong ilmu

A. I,ll dan III sahaja


B. I,ll dan IV sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I,ll, III dan IV

26. Terdapat empat tahap dalam proses seseorang pengarang menuju keunggulan menurut teori
Teksdealisme. Pada tahap manakah pengarang seseorang pengarang dipercayai berada pada
tahap perlanggaran?

A. Pengarang mengungkapkan tern a yang berbeza berbanding tern a terdahulu


B. Pengarang menggunakan tema biasa dalam karya
C. Pengarang mengungkapkan tema yang sarna dalam semua karyanya
D. Pengarang meniru tern a pengarang lain dalam karyanya

27. Teori Rasa-Fenomenologi yang diperkenalkan oleh Sohaimi Abdul Aziz adalah hasil gabungan
teori Rasa Dhivani dari India dengan teori Fenomenologi Roman lndargen. Teori ini bertujuan

A. Memahami fenomena rasa dalam pengalaman membaca teks


B. Menamakan jenis-jenis rasa yang diluahkan pengarang dalam teks
C. Memahami fen omena rasa yang dialami pengarang sewatu berkarya
D. Memahami perbezaan pelbagai rasa yang dialami oleh watak-watak dalam teks
kesusasteraan

28. Siapakah tokoh yang memperkenalkan teori Konseptual Kata Kunci't

A. Shafie Abu Bakar


B. Sahlan Mohd Saman
C. Mohamad Mokhtar Hassan
D. Mohd YusofHassan

29. Yang berikut, manakah teori-teori kesusasteraan Melayu di Malaysia yang TIDAK berteraskan
nilai-nilai agama Islam?

A. Teori Takmilah
B. Teori Rasa- Fenomenologi
C. Teori Persuratan Baru
D. Teori Pengkaedahan Melayu

[Lihat Sebelah
BSS3033 .' Teori dan Kritikan Kesusasteraan
8

30. Perkembangan terkini dalam bidang teori dan kritikan sastera


Melayu ialah kemunculan
beberapa idea baharu yang menjelaskan konsep keindahan dalam teks kesusasteraan
berasaskan kesepaduan stail Melayu
dengan perutusan.
Konsep apakah yang berkait dengan idea baharu ini?
A. Sastera Warisan
B. Estetika
Bersepadu
C. Puitika Sastera
Melayu
D.
Pengkaedahan Melayu

{Lihat Sebelah
BSS3033 " Teori dan Kritikan Kesusasteraan 9

BAHAGIAN B ( 10 markah)

Araban: Jawab satu (1) soalan sahaja. Jawapan hendaklah ditulis dalam bukujawapan yang
disediakan.

1. Jelaskan

a) Proses pembentukan sesebuah teori sastera?


(4 markah]

b) Mengapakah teori penting dalam kesusasteraan?


(6 markah)

2. Bincangkan sejarah perkembangan teori sastera Melayu di Malaysia


(10 markah)

3. Terangkan kaedah mengkritik teks berasaskan manamana dua (2) daripada pendekatan
berikut:

a) Pendekatan Psikoanalisis
(5 markah)

b) Pendekatan Feminisme Ginokritik


(5 markah)

c) Pendekatan Pengkaedahan Melayu


(5 markah)

d) Pendekatan Estetika Bersepadu


(5 markah)

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai