Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGONG PIBG SK.

ULU KUSIAL KALI KE


BIL PERKARA CATATAN
Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil
tempat tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar
saja lagi. Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-
puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang ……………………………….
dengan diiringi oleh Tuan Guru Besar SK.Ulu Kusial, En.
Johan bin Mohammad, Yang Dipertua PIBG, guru-guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG. Hadirin dimohon berdiri.

NYANYIAN Marilah sama-sama kita berdiri untuk menyanyikan Lagu


LAGU Negaraku
NEGARAK
U Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Solutasi Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang dimuliakan ……………………………………………..

Yang Berusaha En.Johan bin Muhammad, Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Ulu Kusial.

Yang Dihormati, Tuan Haji Ishak bin Loman, Yang Dipertua


PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Kusial,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En.Nizam bin Musa

Guru Penolong Kanan HEM, En. Azhar bin Husin.

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Tuan Haji Rosli bin


Abd.Rahman.

AJK PIBG sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, barisan


Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur


ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama
berkumpul di Dewan ini  ini bagi MESYUARAT AGUNG
PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Kusial.
Mawar di taman mekar nan indah
Harum mewangi di rumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

Hadirin Yang Dimuliakan,

Kayu jati si kayu cendana


Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, marilah sama-


Bacaan Doa sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan
barakah dari Yang Maha Esa.
Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Fauzi binAbd.Rahman
untuk memimpin bacaan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan…

**************BACAAN DOA*******************

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fauzi


atas pimpinan doa itu tadi. Mudah-mudahan majlis yang
berlangsung akan terus terpancar keberkatan dari Ilahi.

Bagi melengkapkan perjalanan majlis kita pada hari ini, majlis


menjemput dan mempersilakan Tuan haji Ishak bin Loman
untuk menyempurnakan bingkisan ucapan. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*************ucapan YDP*************

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ishak bin Loman


atas  ucapan sebentar tadi.
Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Berusaha


En.Johan bin Muhammad, Tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Ulu Kusial. Majlis dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar  atas
ucapan sbentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Bagi memeriahkan lagi majlis kali ini, majlis sangat berbesar


hati memberi laluan, peluang dan kesempatan kepada
…………………………………………………………. untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
MESYUARAT AGUNG PIBG SK ULU KUSIAL. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

**********Ucapan                               
*******************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih diucapkan kepada


…………………………………………. atas ucapan
perasmian  sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan gimik cabutan bertuah. Dengan


GIMIK itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
CABUTAN mempersilakan...............................untuk menyempurnakan
BERTUAH gimik tersebut.

Dipersilakan...

Terima kasih.....
Hadirin yang Dimuliakan,
Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG SK
Ulu Kusial Tahun 2018. Majlis berbesar hati menjemput dan
mempersilakan ……………………………………………
untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan.
Dipersilakan.

Dipersilakan....
1.
2.
3.
4.

AJK IBU BAPA

1.
2.
3.
4.

AJK GURU:
1.
2.
3.

Dari mana asalnya, usah diusul


Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SK Ulu Kusial, merakamkan


PENUTUP penghargaan terima kasih kepada
…………………………………… atas kesudian meluangkan
masa pada pagi ini untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
kali ke- ….. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru
dan Tuan-tuan dan Puan-puan.
Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…..

JAMUAN
RINGAN

Anda mungkin juga menyukai