Anda di halaman 1dari 1

Pembentangan

MI ingat nak share sedikit sebanyak tentang tips presentation yang terBAEK. InsyaAllah,
kumpul sedikit sebanyak pengalaman masa diploma, degree dan skang master. Rasa cam
ada jer yang kena improve. Tapi bagi MI la, untuk menjadi presenter terbaik bukan senang,
perlu merasa beberapa kali presentation sebelum ini dan belajar drpd kesilapan lalu.

Selagi anda bergelar pelajar, memang perbentangan adalah sesuatu yang tidak boleh
dielakkan. Zaman IT skang pula memerlukan kita semakin kreatif dengan menggunakan
Power Point bukan lagi kertas mahjong atau papan tulis. Lepas alam universiti, alam
kerjaya pun banyak juga yang memerlukan soft skill sebegini bila berhadapan dengan
client, customer dll. Namun focus MI hanya untuk pelajar okes..

Bagi MI, pengalaman paling memeritkan ialah pertama kali present masa zaman matrik uia
dulu. Memang takde pilihan coz lecturer nak individual presentation, masa tu memang tak
tentu arah, nervous gabra gementar tak tentu arah semua ada. Namun bila dah melalui
beberapa siri presentation, lama-lama kita menjadi semakin matang dan bersedia.

Walau apapun, bagi MI penglibatan pelajar dalam kelas perlu diberi pendedahan seawal
sekolah menengah lagi. Ini merupakan salah satu faktor terpenting yang mampu memberi
suntikan semangat kepada mereka. Bila dah memasuki alam kolej, university dan yang
sewaktu dengannya, sekurang-kurangnya tidakla kekok sangat coz mereka telah
mengalaminya di alam persekolahan.

Di sini selaku guru juga, MI menyeru agar guru-guru lain lebih kreatif kaedah P&P nya yang
sering mendahulukan penglibatan pelajar di dalam kelas. Pengajaran bukan sahaja semakin
menarik, malah lebih berkesan sehingga mampu meninggalkan pengalaman manis kepada
para pelajar.

Di sini MI share banyak keping gambar anak-anak murid MI yang batch SPM 2012 semasa
kem SPM mereka tahun lepas di Sri Nipah Resort. Baik pelajar lelaki mahupun perempuan,
memang hebat belaka. Ada kalanya kita jadi kagum sendiri melihat betapa hebatnya
mereka apabila berkata-kata di hadapan khalayak ramai. Di sinilah kita dapat menilai tahap
ilmu, mentality dan kekuatan jiwa seseorang semasa presentation. Memang benarlah kata
pujangga “ucapan seseorang melambangkan keperibadiannya”.

Anda mungkin juga menyukai