Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillahirabbilalamin, wassolati wassalamua ala asyrofilmursalim wa ala alihi wasohbihi ajmain.

- YANG BERBAHAGIA Penolong Pesuruhjaya Rela (PPJr) Kehormat TUAN ABDUL LATIF BIN HALIM
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik POLIMAS
- YANG BERUSAHA TUAN FADLI BIN NOOR AFFENDI, Penguasa RELA KUBANG PASU mewakili pihak RELA
KUBANG PASU
- pegawai2 RELASIS, dan seterusnya anggota2 RELASIS yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbkth.
Semua hadirin di minta berdiri untuk bersama-sama menyanyikan Lagu NEGARAKU, Lagu GEMA RELA
dan bacaan ikrar RELA

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan izinnya maka dapatlah sama-sama kita
berkumpul pada petang yang berbahagia ini bersempena MAJLIS PENUTUP LATIHAN ASAS MalPRAC20
dan PEMAKAIAN PANGKAT RELASIS POLIMAS, yang bertempat di gelanggang bola jarring POLIMAS.
Terima kasih kami ucapkan atas kesudian tuan-tuan yang hadir memeriahkan majlis kita hari ini.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Baiklah…bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan __________________


untuk bacaan doa…dengan hormatnya dipersilakan ust.

Amin, amin ya rabbal alamin.

Majlis di teruskan dengan ucapan aluan dari YANG BERUSAHA TUAN FADLI BIN NOOR AFFENDI,
Penguasa mewakili pihak RELA KUBANG PASU Dipersilakan Tuan.

Terima kasih atas ucapan itu td.

Meneruskan majlis, dengan segala hormatnya mempersilakan YANG BERBAHAGIA Penolong


Pesuruhjaya Rela (PPJr) Kehormat TUAN ABDUL LATIF BIN HALIM merangkap Timbalan Pengarah
Sokongan Akademik (TPSA) POLIMAS untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan penutupan
MAJLIS PENUTUP LATIHAN ASAS MalPRAC20 dan PEMAKAIAN PANGKAT RELASIS POLIMAS .
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan YANG BERBAHAGIA TUAN ABDUL LATIF BIN HALIM itu td.
Sesungguhnya 2019 telah meninggalkan banyak kenangan buat kita anggota RELASIS POLIMAS. Pelbagai
aktiviti yang di atur telah dilaksanakan dengan jayanya, berkat kerjasama yang padu antara pihak
pengurusan RELA Daerah Kubang Pasu yang mana tidak putus2 memberikan kerjasama samada secara
langsung atau tidak langsung kepada RELASIS POLIMAS.

Acara seterusnya adalah persembahan kawad transformasi daripada RELASIS POLIMAS, anggota yang
terlibat sila bersiap sedia.

Tahniah kepada peserta kawad tadi.

Seterusnya MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT. Semua anggota yang terlibat di minta mengambil tempat.

Majlis mempersilakan YANG BERUSAHA TUAN FADLI BIN NOOR AFFENDI, Penguasa RELA KUBANG PASU
mengiringi YANG BERBAHAGIA Penolong Pesuruhjaya Rela (PPJr) Kehormat TUAN ABDUL LATIF BIN
HALIM merangkap Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) POLIMAS untuk menyempurnakan
pemakaian pangkat. Dipersilakan.

Terima kasih atas penyempurnaan pemakaian pangkat itu td dan tahniah kepada anggota yang terlibat.

Bagi menghargai kesudian tuan-tuan melapangkan masa menghadiri majlis pada hari ini, majlis sekali
lagi menjemput YANG BERUSAHA LT.KOL (RELA) KAMARUDIN BIN MAT SAMAN (PEGAWAI RELA
DAERAH PASIR PUTEH) untuk menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan dari RELA PASIR
PUTEH.

Terima kasih diucapkan atas penyampaian cenderahati itu td.


Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu td, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Banyak keluk ke penarik, Di atas dahan burung tempua,


Keluk tumbuh pohon kuini; Melihat rusa tepi perigi;
Nan elok bawalah balik, Salam perpisahan untuk semua,
Nan tak elok tinggallah di sini. Di lain masa bersua lagi.

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang lemah itu adalah kekurangan kami sendiri. Saya
sudahi dengan wabillahi……

Makanan pun sudah tersedia. Semua hadirin dijemput untuk menjamu selera. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai