Anda di halaman 1dari 3

HARIZAH IZYAN BINTI SAMSUDIN Says:

Nama Responden :    Nurul Huda Ishak  

Tarikh :    26 Mac 2016 Penyelidik : Assalamualaikum Huda.

Masa :    9.00 pagi Responden       :


Waalaikummusalam.

Penyelidik : Huda apa khabar?

Responden : Alhamdulillah. Saya sihat

Penyelidik : Alhamdulillah. Tujuan saya datang berjumpa dengan Huda pada hari ini
adalah untuk menemubual Huda mengenai keputusan Huda melanjutkan pelajaran di peringkat
Phd. Rasa-rasanya boleh tak saya menemubual Huda?

Responden : Boleh. Apa salahnya. InsyaAllah Huda akan membantu apa yang Huda
mampu.

Penyelidik : Emm..ok.Terima Kasih Huda. Huda dah bersedia bagi memulakan temubual
ini?

Responden : InsyaAllah .

Penyelidik : Ok. Boleh saya tahu sebelum ini, Huda pernah tak ditemubual oleh mana-
mana individu atau kumpulan?

Responden : Emm,,tak pernah dan ini kali pertama.

Penyelidik : Ok.takpe..emm. Sebelum memulakan temubual kita, saya ingin menjelaskan


serba sedikit mengenai temubual kita pada hari ini, untuk pengetahuan Huda temubual ini
dijalankan untuk tujuan pembelajaran dimana transkrip temubual ini akan digunakan sebagai
data untuk pembelajaran penyelidikan kualitatif saya. Untuk makluman Huda juga, temubual ini
akan  dirakamkan, dan ianya hanya  akan digunakan untuk tujuan pembelajaran. Jadi boleh
Huda ceritakan serba sedikit latar belakang diri Huda dan maklumat pengajian Huda?

Responden : Ok..nama penuh Huda ialah Nurul Huda Ishak, sekarang berumur 27 tahun,
berasal dari Johor dan sekarang menetap di Tanjung Malim. Huda sekarang sedang
melanjutkan  pelajaran di peringkat Phd di Upsi dalam bidang bimbingan kaunseling dan baru
sahaja mendaftar pada bulan februari yang lepas. Kiranya sekarang Huda berada pada tahun
pertama pengajian iaitu semester 1.

Penyelidik : oo..ye ke. Tahniah Huda dan selamat menjadi pelajar kembali. Boleh saya
tahu berapa lama masa yang diambil selepas habis pengajian master untuk Huda kembali
menyambung pelajaran di peringkat Phd?

Responden : Emm..sebenarnya tak lama, Huda konvo pada bulan 11 tahun lepas dan
sebelum konvo Huda ditawarkan sebagai GRA oleh penyelia paper projek master Huda dan
kemudiannya pada bulan 12 Huda  memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Phd.
Penyelidik : oo..jadi dalam tempoh sebulan selepas konvo Huda terus memohon untuk
melanjutkan pelajaran diperingkat Phd.

Responden : Aah.Ya.

Penyelidik : Ok..boleh saya tahu bagaimana yea, Huda boleh membuat keputusan untuk
menyambung pelajaran di peringkat Phd

Responden : Sebenarnya begini, Huda dah membuat perancangan untuk menyambung


pelajaran diperingkat Phd awal iaitu ketika pada peringkat master lagi dan dengan izin Allah,
Allah yang memudahkannya sebaik sahaja konvo pada bulan 11. Huda ternampak iklan
pengambilan pelajar pascasiswazah yang dikeluarkan oleh UPSI. Jadi Huda menggunakan
peluang itu untuk memohon dan akhirnya diterima.

Penyelidik : Ooo..jadi Huda memang sudah mempunyai perancangan untuk melanjutkan


pelajaran di peringkat Phd sebaik sahaja tamat pengajian master yea?

Responden : Aah . Salah satu impian Huda adalah untuk memiliki Phd sebelum berumur
30.

Penyelidik : oo..ye ke? Bagusnya impian Huda untuk memiliki Phd sebelum berumur 30
tahun. Saya doakan moga impian Huda tercapai. Boleh saya tahu mengapa Huda melanjutkan
pelajaran di peringkat Phd?

Responden : Antara sebab Huda melanjutkan pelajaran di peringkat Phd adalah yang
pertama untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu dalam penyelidikan, yang kedua adalah
untuk kepuasan diri. Huda rasa puas bila dapat belajar terutamanya belajar ilmu yang baru.
Selain itu, dorongan dan galakan keluarga juga merupakan sebab Huda memilih untuk terus
melanjutkan pelajaran di peringkat Phd sebaik sahaja tamat Master.

Penyelidik : Ooo…jadi antara sebab Huda melanjutkan pelajaran adalah untuk


menambahkan ilmu pengetahuan dalam penyelidikan, kepuasan diri dan kerana mendapat
galakan dan dorongan daripada keluarga?

Responden : Ya.

Penyelidik : Boleh saya tahu, ada tak faktor-faktor lain yang mendorong Huda untuk
melanjutkan pelajaran di peringkat Phd

Responden : Faktor lain..emm.Antara faktor lain yang membuatkan Huda mengambil


keputusan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Phd  adalah galakan daripada penyelia.
Supervisor Huda untuk Master dan Phd adalah pensyarah yang sama dan Huda juga bekerja
sebagai GRA di bawah beliau. Keserasian dan sikap tolak ansur beliau menjadi galakan untuk
Huda melanjutkan pelajaran di peringkat Phd. Selain itu, galakan kawan-kawan juga faktor
kenapa Huda beranai melanjutkan pelajaran diperingkat PhD. Huda mempunyai dua orang
rakan sekelas ketika master yang juga melanjutkan pelajaran  di peringkat Phd tetapi di
Universiti yang berlainan.

Penyelidik : Ok, jadi antara faktor-faktor lain Huda menyambung pelajaran di peringkat
Phd adalah kerana galakan kawan dan penyelia? Betul?

Responden : Ya. Betul


Penyelidik : Emm..Ok.Huda. Baiklah. Terima Kasih kerana Huda sudi memberi kerjasama
dalam temu bual ini dan menjawab segala soalan yang dikemukan.

Responden : Sama-sama. Jika ada masa datanglah lagi yea.

Penyelidik : InsyaAllah Huda. Terima Kasih sekali lagi. InsyaAllah jumpa lagi

Responden : InsyaAllah

Anda mungkin juga menyukai