Anda di halaman 1dari 6

Pendidikan STEM Prasekolah

Pahang

Tajuk : Istana Pasir


Masa : 60 minit

Standard Pembelajaran

SA 1.1.2 Menunjukkan sikap ingin tahu, sistematik, bekerjasama dan


bertanggungjawab.

SA 2.3.3 Mengukur panjang atau tinggi objek menggunakan dua atau lebih
unit bukan Piawai.

SA 2.3.5 Menyukat cecair menggunakan unit bukan piawai

MA 6.2.4 Menghasilkan bentuk baharu dari gabungan bentuk tiga dimensi.

MA 6.3.4 Membuat pelbagai binaan yang kukuh dan stabil menggunakan pelbagai
bahan mengikut kreativiti.

Kesepaduan tunjang

KD 2.3.4 Bercerita dan memberi pendapat dengan yakin

FK 1.1.1 Menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan motor halus

KE 3.3.4 Menghasilkan binaan kreatif.

Objektif:

Murid dapat:

1. Bekerjasama membina istana pasir yang kukuh.


2. Menggabungkan sekurang-kurangnya dua bentuk dimensi untuk menghasilkan binaan.
2. Bercerita tentang hasil binaan.

Bahan / Alatan

Pasir, Air, Bekas (pelbagai saiz dan bentuk), penyodok plastik, bahan hiasan.
Pengendalian Aktiviti

1. Cedok pasir yang hendak digunakan.

2. Campurkan pasir dengan air secukupnya supaya pasir mudah dibentuk.

3. Bina tapak istana. Pastikan tapaknya kukuh sebelum membina sruktur yang lain.

4. Kaut pasir, masukkan ke dalam bekas/ acuan pelbagai bentuk.

5. Terbalikkan acuan tersebut dan angkat perlahan-lahan untuk menghasilkan bentuk

yang dikehendaki.

6. Ulang langkah 4 dan 5 sehingga siap binaan istana pasir.

7. Hias istana pasir dengan bahan yang sesuai.

8. Bercerita tentang hasil binaan.


Lampiran Bergambar

Anda mungkin juga menyukai