Anda di halaman 1dari 10

CONTOH KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

TARIKH
24 DAN 25 NOVEMBER 2018

TEMPAT
KAMPUNG PAYA TOK AKIL YANG MERANGKUMI: DEWAN ORANG
RAMAI, SURAU, DAN KURSUS PENDEK UNTUK KOMUNITI SEKITAR.

ANJURAN

KUMPULAN PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN


KURSUS MPU 2412 KHIDMAT KOMUNITI
KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH

TEMA

“KEMAHIRAN MERENTAS KEBAJIKAN”

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

KERTAS KERJA PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI “KEMAHIRAN MERENTAS KEBAJIKAN”


ANJURAN KUMPULAN PELAJAR DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN DAN PERAKAUNAN
KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH.

1.0 TUJUAN
Bagi mencapai PLO4, PLO5 dan PLO9, kertas kerja ini dirangka adalah untuk memohon
pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari pihak yang berkenaan bagi
mengadakan sebuah Program khidmat komuniti yang dianjurkan oleh kumpulan
pelajar Diploma Teknologi Kimpalan dan Perakauan, Kolej Vokasional Butterworth,
Pulau Pinang. Program ini akan dijalankan pada 24 dan 25 November 2018 di sebuah
kampung yang dipilih di sekitar Kolej iaitu Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor,
dalam Daerah Seberang Perai Utara.

2.0 PENGENALAN
2.1 Kumpulan pelajar Program Diploma Teknologi Kimpalan dan Perakaunan dan
Perakaunan, Kolej Vokasional Butterworth, Pulau Pinang dibentuk untuk
melaksanakan kursus MPU 2412 bagi memenuhi jam kredit kursus disamping
membentuk tanggungjawab sosial serta meningkatkan pengatahuan dalam
pembangunan insaniah.
2.2 Program ini akan mendedahkan pelajar kolej vokasional tentang tanggungjawab
diri terhadap komuniti sekeliling, memberi pendedahan untuk mereka belajar
bersosial dengan komuniti serta memberi peluang kepada pelajar kolej vokasional
melakukan kerja sukarelawan. Pelajar kolej vokasional juga dapat menanam sikap
penyayang. Kami memilih kampung Paya Tok Akil kerana amat sesuai untuk
melaksanakan modul kursus Khidmat Komuniti MPU 2412 kerana dari aspek
komunitinya yang mempunyai latar belakang yang pelbagai dan kemudahan yang
masih perlu dibantu.
2.3 Semangat kerjasama dalam pasukan juga dapat dipupuk melalui program ini
dengan adanya tenaga kerja setiap peserta dalam melaksanakan aktiviti komuniti
yang telah diaturkan. Semangat ini merupakan elemen penting bagi melahirkan
pelajar kolej vokasional yang mempunyai jati diri serta mampu melahirkan sifat
tanggungjawab dalam setiap diri pelajar kolej vokasional kerana setiap ahli akan
berkerjasama untuk merealisasikan program ini.
2.4 Selain memenuhi keperluan kursus, pelajar kolej vokasional juga dapat
mengaplikasikan pembelajaran di luar kelas dalam kehidupan mereka seharian

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

serta mendapatkan ajaran daripada pihak pensyarah supaya dapat mengamalkan


sikap kepimpinan dan berkomunisi sihat dengan komuniti luar.

3.0 MISI
Sebagai pihak jawatankuasa pelaksana, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk
memastikan kelancaran program ini dengan
3.1 Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional.
3.2 supaya dapat membentuk pelajar kolej vokasional yang berkemahiran
berkomunikasi, berkerjasama dalam kumpulan dan berkepimpinan.
3.3 Melaksanakan program selari dengan matlamat pengisian-pengisian yang
ditetapkan
dan objektif-objektif yang telah digariskan.
3.4 Menjaga nama baik Kolej Vokasional Butterworth sepanjang dan selepas
pelaksanaan program

4.0 MATLAMAT
Kertas kerja ini disediakan untuk menjadi garis panduan dan rujukan bagi memastikan
kelicinan perjalanan program sepanjang Program Khidmat Komuniti ini berlangsung.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Melatih pelajar kolej vokasional dalam kemahiran sosial dan
kerbertanggungjawaban seperti menguruskan program di luar kampus, dan
berhubung dengan pengurusan dan pihak luar, serta bertanggungjawab dengan
setiap tugasan yang telah diagihkan.
4.1 5.2 Melatih pelajar kolej vokasional dengan berkemahiran berkomunikasi,
berkerjasama dalam kumpulan dan berkepimpinan serta melatih mereka untuk
bersosial dengan komuniti.
5.3 Menyuntik semangat kepimpinan dan berpasukan yang ada pada mahasiswa seperti
menerima tanggungjawab, merancang dan mengurus, memberi arahan dan mengagihkan
tugas serta menyelesaikan aktiviti Khidmat Komuniti yang telah diagihkan dan ditugaskan.
5.4 Menanam sikap hormat dan sayang kepada golongan komuniti lebih tua.

6.0 TEMA

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

“KEMAHIRAN MERENTAS KEBAJIKAN”

7.0 ANJURAN
Program ini dianjurkan oleh Kumpulan Pelajar kolej Vokasional Diploma Teknologi
Kimpalan dan Perakaunan Vokasional Butterworth.

8.0 TARIKH & MASA


Program ini dicadangkan untuk diadakan pada: Tarikh : 24 dan 25 November 2018 Masa :
8.00 am - 5.00 pm

9.0 TEMPAT
Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor, dalam Daerah Seberang Perai Utara.

10.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM


10.1. Peserta:
20 orang pelajar kolej vokasional kumpulan Diploma Teknologi Kimpalan dan Perakaunan

11.0 STRUKTUR ORGANISASI


Rujuk Lampiran A

12.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran B

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

13.0 PERINCIAN PROGRAM


13.1 Senam sihat pagi
a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk:
 Mengeratkan hubungan silaturrahim pelajar kolej vokasional dengan komuniti.

 Mempertingkatkan jasmani pelajar kolej vokasional.

b. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut:


 Setiap ahli jawatankuasa akan berkumpul di hadapan sebagai demostrator untuk
senam sihat pagi
 Senam sihat pagi akan dimulakan dengan muzik yang akan disediakan terlebih
dahulu.
 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan.

13.2 Aktiviti Gotong Royong Rumah (Warga Terpilih)


a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk:
 Mengeratkan hubungan silaturrahim pelajar kolej vokasional dengan komuniti

 Menjadikan golongan komuniti lebih proaktif

b. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut:


 Setiap ahli jawatankuasa akan membahagikan tugas bersama penghuni

 Setiap ahli melaksanakan mengikut kawasan

 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan

13.3 Aktiviti membaiki kerosakan(Bahagian yang terpilih sahaja)


a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk:

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

 Membantu pulih kerosakan

 Menyumbang Kemahiran.

b. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut:


 Setiap ahli jawatankuasa akan menyediakan alatan untuk baikpulih

 Komuniti akan bantu kerja

 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan

13.3 Aktiviti Demo dan Kursus Asas Kimpal serta pengurusan kewangan Harian(Bahagian
yang terpilih sahaja)
a. Objektif slot ini diadakan adalah untuk:
 Membantu menambah ilmu

 Menyumbang Kemahiran.

b. Kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut:


 Setiap ahli jawatankuasa akan menyediakan demotrasi dan ceramah ringkas.

 Komuniti akan libat diri.

 Aktiviti tamat apabila semua aktiviti dijalankan

14.0 BELANJAWAN Rujuk Lampiran C

15.0 TEMPAT URUSAN


Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat sila
hubungi:
Penyelaras Kursus Khidmat Komuniti, Kolej Vokasional Butterworth Pulau Pinang,
En.Mohd Fahmy Bin Ismail di No. Telefon 019962XXXX.

16.0 PENUTUP
Jesteru itu, kami berharap agar cadangan kertas kerja ini serta bantuan kewangan dapat
dibantu dan diluluskan. Kami juga berharap semoga program ini dapat dilaksanakan

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan. Ucapan terima kasih kami
dahulukan atas segala sokongan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh,

....................................................
(NABILAH RATNA AYU DEWI BINTI AZMAN)
Pengarah Program, Program Khidmat Komuniti,
Kumpulan pelajar Diploma Teknologi Kimpalan Dan Perakaunan,
Kolej Vokasional Butterworth, Pulau Pinang.

Disemak oleh,

............................................................................
(EN.MOHD FAHMY BIN ISMAIL)
Pensyarah Khidmat Komuniti, Jabatan Pendidikan Umum,
Kolej Vokasional Butterworth, Pulau Pinang.

Disahkan oleh,

…………………………………………………
(PN.NOOR AISYAKIN BINTI ABDUL RAHIM)
Ketua Jabatan Pendidikan Umum,
Kolej Vokasional Butterworth, Pulau Pinang.
HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH
CONTOH KERTAS KERJA

Diluluskan oleh,

…………………………………………………
(TN HJ. AHMAD ZAWAWI BIN MOHD ALI)
Pengarah, Kolej Vokasional Butterworth.

LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI

Penaung
Tn.Hj.Ahmad Zawawi Bin Mohd Ali,
Pengarah Kolej Vokasional Butterworth

Penasihat Program
En.Mohd Fahmy Bin Ismail
En.Mohd Fozi Bin Abu Bakar
Mohd Zamri Bin Idris
YM Tg.Zainal Abidin Bin Tg.Ahmad
Cik Nor Azriatie
Pn.Intan Norsyahirah
En.Mazlan Bin Ahmad

Setiausaha
Fatin Inshira binti Man

Timbalan Setiausaha

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

Puteri Nuralia Afiza binti Wahab

Bendahari
Fong Meng

Pengangkutan : Tan Jian Din


Teknikal : Zur Ain binti Md Zaki
Logistik : Siti Nurnajwa binti Abddul Rahman
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI
Tarikh: 24 dan 25 November 2018
Hari: Sabtu dan Ahad
MASA AKTIVITI 8.00 AM
 Berkumpul di KV  Bertolak dari KV 9:00 AM  Ketibaan di Pusat Komuniti 9:00-9:30 AM 
Senam sihat pagi 9:30-10:00 AM  Aktiviti 10:00AM-5:00 PM
(2 Hari)

LAMPIRAN C
BELANJAWAN
Anggaran Pendapatan
BIL PERKARA RM
1.
2.

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH


CONTOH KERTAS KERJA

Jumlah(RM)

HAK MILIK JABATAN PENDIDIKAN UMUM KOLEJ VOKASIONAL BUTTERWORTH

Anda mungkin juga menyukai