Anda di halaman 1dari 184

Modul 1

Sukan Individu

UNIT 1

FALSAFAH KESUKANAN DAN PERMAINAN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan maksud falsafah kesukanan dan permainan.


2. Menghuraikan perkaitan sukan dan main.

Rajah 1: Situasi ketika permainan bola sepak

PENGENALAN
Sebagai seorang guru atau pelajar kita harus memahami bahawa semua acara sukan memberi
peluang yang sama kepada semua yang terlibat tidak mengambil kira jantina, peringkat umur
atau etnik. Malah semua aktiviti sukan turut memberi peluang khususnya kepada kanak-kanak
atau golongan remaja mempelajari asas kemahiran atau teknik lakuan sesuatu pergerakan
yang betul. Situasi seperti di Rajah 1 di atas menunjukkan situasi sebenar ketika mempelajari kemahiran
menggelecek bola sepak. Untuk mengelecek dengan baik seseorang pemain itu perlulah menguasai
kemahiran asas yang betul. Kemahiran asas ini perlu dibentuk sejak dari kecil lagi seperti kata pepatah
”melentur aur biarlah dari rebungnya”. Pada pendapat anda, bagaimanakah falsafah kesukanan dan
permainan dapat memainkan peranan dalam hal sedemikian khususnya penyertaan seseorang itu
diutamakan di samping tersemainya semangat kesukanan tanpa disedari?
Modul 2
Sukan Individu

A
dakah anda tahu bahawa dalam konteks sukan, falsafah memainkan peranan dalam pembentukan
asas kepada aktivitinya. Falsafah sukan menonjolkan kebaikan yang diperoleh melalui penyertaan.
Falsafah sukan menonjolkan kebaikan yang diperoleh melalui penyertaan sukan membawa kebaikan
kepada manusia sejagat.

ISI KANDUNGAN

APA MAKSUD FALSAFAH?

F alsafah ialah perkataan yang berasal daripada Greek purba “philosophy”. Philos bermaksud cinta
dan”Sophia” bermaksud kebijaksanaan. Justeru, philosophy atau falsafah bermaksud cinta akan atau
ingin akan kebijaksanaan.

Seperti juga sains, falsafah berusaha mencari taakulan dan penggunaan istilah yang tepat.
Ia seperti juga keseniaan menghuraikan perasaan seseorang tentang kehidupan. Secara ringkasannya
bolehlah dikatakan bahawa falsafah adalah pegangan seseorang terhadap apa yang difikirkan baik untuk
dirinya dan juga orang lain.

Apakah peranan Falsafah dalam sukan dan permainan?


Dalam konteks sukan, falsafah memainkan peranan dalam pembentukan asas kepada aktivitinya.
Falsafah sukan menonjolkan kebaikan yang diperoleh melalui penyertaan. Falsafah sukan dan permainan
menonjolkan kebaikan yang diperoleh melalui penyertaan sukan dan permainan yang membawa kebaikan
kepada manusia sejagat. Sukan dan permainan menjalinkan persahabatan di samping memupuk
semangat toleransi, kerjasama, persefahaman dan perpaduan.

Falsafah merupakan gabungan pengetahuan, sikap, kepercayaan dan nilai yang membentuk asas
tindakan seseorang dan memberi arah serta tujuan kepada aktiviti seseorang.

Jenis kesukanan dan permainan yang tersedia ada merupakan kegiatan atau aktiviti yang membantu
manusia meningkatkan kecergasan tubuh badan di samping menguasai kemahiran sukan atau permainan
yang diceburi khususnya kepada jurulatih sukan, guru, pelajar, pengajar kecergasan, atlet dan masyarakat.

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan falsafah kesukanan
dan permainan?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Modul 3
Sukan Individu

APA MAKSUD SUKAN DAN PERMAINAN?

Sukan
Sukan merupakan segala aktiviti yang diinstitusikan secara kompetitif melibatkan penggunaan tenaga dan
kemahiran fizikal yang kompleks, iaitu penglibatan seseorang itu didorong oleh gabungan kepuasan
dalaman lalu dikaitkan dengan ganjaran luaran yang diperoleh melalui sukan itu.

Rajah 2: Kanak-kanak ketika bermain

Main:
1. “Main” – merupakan aktiviti fizikal yang melibatkan seseorang atau kumpulan peserta yang mudah
organisasinya. “ Main” berlaku atas desakan emosi secara spontan. Ia bertujuan untuk keseronokan dan
boleh ditamatkan bila-bila masa oleh pesert-peserta (Rajah 2). Mereka mengambil bahagian secara
sukarela. Selain itu, “main” juga tidak tetap dari aspek peraturan, masa dan tempatnya.

2. Sukan
Sukan merupakan sebarang aktiviti kompetitif yang diinstitusikan dan melibatkan pergerkan dan
kemahiran fizikal yang melibatkan penyertaan seseorang itu didorongkan oleh kepuasan dalaman atau
ganjaran laran. Selain itu,sukan juga merupakan sebarang bentuk aktiviti yang melibatkan pengalaman
atau perniagaan yang berfokuskan kecergasan, kesenggangan, rekreasi atau sukan (Pitts, Fielding &
Miller, 1994). Menurut Snyder dan Spreitzer (1989) bahawa, sukan merupakan aktiviti fizikal manusia yang
kompetitif dan dikawal oleh peraturen yang diinstitusikan yang mempunyai kurikulum dan peraturan yang
dikawal oleh badan organisasi induk sukan. Vander Zwaag (1998) pula berpandangan bahawa sukan
menggunakan alat dan kemudahan khas yang mempunyai elemen masa dan ruang serta mementingkan
rekod. Pendeknya, sukan merupakan elemen-elemen keupayaan fizikal pertandingan, kemahiran, strategi,
dan peluang serta mempunyai hasil yang tidak menentu (Loy,1968 dalam Parks dan Quarterman, 2003).
Modul 4
Sukan Individu

Rajah 3: Acara sukan

S ukan merupakan aktiviti kompetitif


Komponen yang perlu bagi sukan ialah pertandingan, perjuangan dan pertarungan untuk
mencapai matlamat tertentu. Pertandingan ini mestilah dikawal oleh undang-undang dan
eraturan yang telah ditetapkan dan dimaklumi oleh semua pihak yang terlibat (Rajah 3) Jika kita
sengaja mencabar seseorang berlumba berenang menyeberangi sungai atau bertanding
menjaring gol bola keranjang, pastinya aktiviti begini tidak dikatakan sebagai sukan.

Ciri-ciri Sukan Kompetitif

1. Bersifat fizikal
2. Ada peraturan-peraturan / undang-undang yang piawai.
3. Berunsur persaingan / pertandingan ( ada keputusan)
4. Ada badan / persatuan yang mengawalnya.
5. Memerlukan latihan untuk menguasai kemahiran / strategi

A Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah bezanya maksud “bermain” atau “bersukan”?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Modul 5
Sukan Individu

MENGAPA INDIVIDU TERLIBAT DALAM SUKAN?

englibatan individu
P Perubahan sosio-politik masyarakat dan peredaran masa membawa perubahan konsep dan
persep sukan. Keterlibatan seseorang itu adalah berdasarkan sebab-sebab berikut ini

1. Kesihatan : Kesejahteraan diri dan kualiti hidup


2. Kecergasan: Penglibatan dalam aktiviti fizikal dan sukan
3. Rekreasi : Pengisian masa lapang, sihat dan seronok.
4. Keseronokan : mencari kepuasan dan hiburan yang sihat.
5. Budaya : pola tingkalaku yang diterima masyarakat.
6. Sosial : peluang berinteraksi melalui aktiviti umum
7. Teori Katarsis : mengeluarkan perasaan emosi
8. Kecemerlangan : persembahan prestasi yang terbaik.
9. Kebendaan : pengiktirafan pelbagai bentuk (wang, gelaran); dan
10. Astetik : menikmati kecantikan pergerakan / persembahan

S UKAN DIINSTITUSIKAN
Jika sesuatu aktiviti itu mahu dikategorikan sebagai sukan, peraturannya hendaklah
diselaraskan atau disetarakan, iaitu ada undang-undang di peringkat kebangsaan, dan di peringkat
antarabangsa. Setiap sukan yang ditontonkan dan dipertandingkan, contohnya Sukan Olimpik dan Sukan
Komanwel, seharusnya mempunyai peraturan dan undang-undang yang telah dipersetujui dan diguna
pakai di peringkat kebangsaan dan global.

Jika sesuatu sukan itu hendak diinstitusikan, perlulah ada kelab atau organisasi yang menaja
pasukan. Perlu juga ada penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan kesesuaian gelanggang,
bilangan pemainnya dan jenis peralatannya diikuti dan dipatuhi. Sukan badminton misalnya, dimainkan
dengan raket dan bulu tangkis, yang saiz gelanggang telah ditetapkan dan diketahaui umum.

Tahukah anda apakah kriteria keperluan seseorang individu sebelum terlibat dalam sukan?
Modul 6
Sukan Individu

Sukan memerlukan tenaga fizikal


Penggunaan tenaga fizikal merupakan unsur utama dan asas bagi sukan. Kesungguhan menggunakan
tenaga fizikal dapat dilihat apabila seorang atlet menggunakan panah dan busar dalam pertandingan
memanah. Sukan seperti sepak takraw, bola jaring, renang, golf, bola tampar, ragbi dan lumba basikal
memenuhi kriteria ini. Permainan catur dan skrebal tidak memenuhi kriteria ini. Berikut ini merupakan
cadangan pemakanan bagi individu yang aktif mengikut sukan pilihan mereka.

Rajah 4 : Panduan makanan pilihan harian untuk orang yang

Sukan memerlukan kemahiran fizikal yang kompleks


Sukan yang menggunakan peralatan seperti bola, raket atau pemukul, memerlukan koordinasi mata-
tangan atau mata-kaki yang sensitif (Rajah 5). Kebolehan menukar arah, berhenti, bergerak,
merejam/memukul bola, mengelak dengan pantas dan bertindak secara mengejut adalah kemahiran fizikal
yang kompleks serta memerlukan latihan.

Rajah 5: Pelbagai jenis alat sukan yang memerlukan penguasaan pelbagai kemahiran
Modul 7
Sukan Individu

Sukan melahirkan rasa kepuasan melalui penyertaan


Seseorang yang terlibat dengan aktiviti sukan perlu ada kepuasan bermain (Rajah 6). Jika tidak ia
bukanlah sukan. Ahli sukan professional yang hanya mementingkan wang dan tidak mengambil kisah
tentang prestasi aktiviti yang disertainya tidak boleh dianggap sebagai ahli sukan tetapi sebagai pekerja.
Walau bagaimanapun, ada ganjaran dalam sukan seperti pujian, piala kemenangan dan wang ringgit.

Rajah 6: Kepuasan melalui aktiviti sukan dan permainan

APA ITU SUKAN UBAHSUAI?


Pengenalan kepada sukan ubahsuai telah dilaksanakan bermula pada hujung 70-an dan awal 80-an lagi.
Tranformasi pengubahsuaian sukan ini hanyalah tertumpu kepada peralatan-peralatan sukan yang diguna
pakai serta bersesuaian dengan saiz kanak-kanak. Pengubahsuaian terhadap sesuatu jenis sukan
mendorong setiap golongan umur untuk mencubanya.

Jika dibandingkan, sebilangan sukan yang dimainkan pada masa kini kebanyakannya telah
diubahsuai dari segi peralatan, peraturan dan sebagainya. Antaranya sebahagian sukan yang telah diubah
suai ialah seperti bola tampar pantai, futsal, mini bola keranjang, bola sepak 7 sebelah, ragbi 7 sebelah,
ragbi sentuh dan sebagainya.

Jadi, Sukan Ubahsuai

• Masih sama dengan sukan asal


• Telah dikhaskan supaya pemain dapat menyesuaikan diri dengan sukan tersebut.
(Contohnya ; peringkat umur, kebolehan fizikal, status kesihatan, kemahiran serta
pengalaman lampau).
• Selamat untuk dimainkan dan masih mencabar.
• Mempelajari sesuatu yang baru berkenaan dengan sesuatu sukan.
• Aspek yang diubah untuk mencapai kesesuaian adalah seperti : - Peralatan - Kawasan
Permainan - Masa Permainan - Peraturan Permainan - Pemilihan Pemain
Modul 8
Sukan Individu

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan sukan ubahsuai?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

DASAR SUKAN NEGARA


Peranan Falsafah Sukan

Untuk membentuk sebuah masyarakat yang cergas, sihat dan kukuh dari segi
fizikal dan mental – bersemangat dan berpendirian positif dalam hidup,
berdisiplin dan berdikari melalui penyertaan semua lapisan masyarakat secara aktif dan sukarela dalam
semua aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan fizikal dengan berpegang kepada konsep kenegaraan, iaitu
“Melayu Islam Beraja”

Sukan merupakan satu aktiviti yang paling berkesan dan mempunyai potensi menolong seseorang
itu memperoleh sebanyak-banyak keseronokan dan kepuasan dalam hidup, mencapai nilai terpuji hidup
dan keperluan asas manusia.

Sukan juga adalah satu penglihatan pembangunan sosial melalui penyertaan beramai-ramai sama
ada ahi keluarga, sahabat andai, masyarakat setempat dan masyarakat asing- semuanya menggalakkan
pergaulan, persaingan yang sihat dan mengeratkan perhubungan social serta melahirkan masyarakat
yang tidak mengasingkan diri.

Keperluan asas manusia merangkumi pelbagai faktor daripada keperluan fisiologi kepada
kepuasan mutlak diri. Kemanfaatan dan sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan dunia
antarabangsa dapat dirumuskan seperti berikut:-

1. Di peringkat Individu:

Pembentukan sahsiah (keperibadian) yang murni, kepercayaan serta bergantung kepada diri
sendiri (berdikari) dan pendirian yang positif;
Penggunaan masa lapang yang bermakna dan bermanfaat;
Kekurangan tekanan (stress) hidup moden;
Semangat bergaul dan bersahabat antara individu;
Peningkatan kemahiran melalui latihan dan persaingan; dan
Peluang memenuhi keperluan asas manusia mencapai kepuasan mutlak individu.
Modul 9
Sukan Individu

Rajah 7 : Dasar 1 Murid 1 Sukan

Contohnya, Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.

Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan
Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif
supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi
akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).Bidang sukan sangat penting
dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak
Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi
melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada
kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.

Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya
hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap
murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan
sukan seiringdengan keperluan akademik.

2. Di peringkat masyarakat:

Menggalakkan pembinaan kualiti mental masyarakat seperti semangat berdikari dan berdisiplin;
Membina masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ini akan
mendorongkan peningkatan produktiviti Negara;
Menimbulkan suasana untuk memupuk perhubungan dan penyatuan masyarakat dalam kalangan
rakyat dan penduduk pelbagai keturunan dan status sosial dan menghindarkan hidup berpuak
dalam masyarakat;
Mencegah jenayah dan aktiviti liar melalui penggunaan masa lapang yang berfaedah dan
sebagainya; serta
Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara melalui industri sukan, rekreasi
dan pelancongan.
Modul 10
Sukan Individu

3. Di peringkat Antarabangsa

Mengeratkan hubungan muhibah serta persefahaman antara sebuah Negara dengan negara
lain ke arah keamanan dan kesejahteraan dunia; dan
Mempertingkatkan mutu pencapaian individu dan kecemerlangan melalui pertandingan
antarabangsa yang akan menghasilkan kebanggaan diri, keluarga, bangsa dan negara.

Tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah dasar 1 murid 1 sukan itu?

____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________

RUMUSAN

Falsafah kesukanan dan permainan menonjolkan kebaikan yang bakal diperoleh melalui penyertaan
seseorang individu atau pasukan secara amnya, serta keterlibatan itu turut akan membawa kebaikan
kepada manusia sejagat secara khasnya. “Sukan” merupakan sebarang aktiviti kompetitif yang
diinstitusikan dan melibatkan pergerakan dan kemahiran fizikal yang melibatkan penyertaan seseorang itu
didorongkan oleh kepuasan dalaman atau ganjaran luaran. Manakala, “bermain” itu merupakan aktiviti
fizikal yang melibatkan seseorang dan kumpulan peserta yang mudah organisasinya atas desakan emosi
secara spontan. Unit ini juga sejajar dengan kehendak Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan
kepada sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan.

KATA KUNCI
Falsafah Kesukanan dan Permainan
Sukan
Main
Dasar Sukan Negara
Peranan Falsafah Sukan
1 Murid 1 Sukan

PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang dimaksudkan dengan Falsafah Sukan
Negara?
2. Senaraikan satu contoh sukan ubahsuai?.
3. Apakah yang anda faham tentang sukan ubahsuai?
4. Apakah perbezaan antara sukan dan bermain?
5. Huraikan sekurang tiga kemanfaatan dan sumbangan sukan terhadap individu, masyarakat dan
negara.
Modul 11
Sukan Individu

RUJUKAN

Buku Panduan Pelaksaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) 2011, Bahagian Sukan, Kementerian
Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Haji Gapor Ahmad (2007). Kejurulatihan dan sains sukan, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.,
Kuala Lumpur.
Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) 2010, Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Neal Starkman (2007). Hai Jurulatih! Bidang sukan mampu memberi impak positif kepada generasi muda.
Terjemahan dan suntingan oleh Idris A, Wisdom Mind Resources Sdn. Bhd., Selangor.
Modul 12
Sukan Individu

UNIT 2

PRINSIP SUKAN INDIVIDU

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan prinsip-prinsip sukan individu.


2. Menerangkan maksud prinsip-prinsip sukan individu.
3. Menyenaraikan prinsip-prinsip sukan/latihan mengikut sukan pilihannya.
4. Menerangkan maksud dan kepentingan etika dalam sukan individu.

PENGENALAN

Bersukan dan bersenam adalah baik untuk kesihatan fizikal, mental dan rohani (Bompa, 1994). Bersukan
dapat meningkatkan kesihatan, tahap penghargaan kendiri, kemahiran dan kecekapan, memberi
persaingan dan dapat membina sikap yang positif. Aktiviti fizikal mempunyai pertalian dengan kualiti
kehidupan seseorang termasuk meningkatkan fungsi fizikal, kesihatan yang baik, pengurusan stres dan
eustres, keseronokan dan memberi pelbagai makna kepada individu (Berger dan Tobar, 2012).

Melalui aktiviti fizikal ini, seseorang individu dapat membentuk sahsiah, kesedaran diri termasuk
semangat pertarungan, menghindari diri daripada pelbagai serangan penyakit, dapat mengurangkan
tekanan yang dihadapi dan mencapai tahap keseronokan yang lebih tinggi dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Penglibatan seseorang dalam aktiviti sukan dapat membentuk dan melahirkan seorang insan yang
cergas dari segi fizikal dan cerdas mentalnya. Fungsi kognitif individu dapat dipertingkatkan dengan
menurunkan tahap kebimbangan dan kemurungan serta meningkatkan motivasi ke arah yang lebih positif
melalui aktiviti fizikal.

Sukan adalah aktiviti fizikal yang dikawal dengan peraturan dan undang-undang yang formal atau
tidak formal membabitkan pertandingan secara individu atau berpasukan untuk mendapatkan keseronokan
dan rekreasi (Snyder & Spreitzer, 1989). Sukan boleh disimpulkan sebagai satu proses yang melibatkan
aktiviti fizikal yang ditentukan oleh peraturan formal atau tidak formal yang melibatkan pertandingan antara
individu atau pasukan dengan pihak lawan untuk tujuan keseronokan, rekreasi dan pengiktirafan.

Penyertaan dalam sukan secara aktif dan beretika untuk mendapat keseronokan daripada aktiviti
sukan bagi mereka yang berbakat bagi mencapai prestasi dan potensi setinggi mungkin dalam bidang
sukan yang diminati adalah selaras dengan matlamat Dasar Sukan Negara, iaitu “Sukan Berprestasi
Tinggi” dan “Sukan untuk Semua” serta menuju ke arah pencapaian hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Bagi mencapai matlamat dasar sukan negara ini, setiap program sukan atau senaman yang
dirancang mestilah berdasarkan prinsip-prinsip latihan yang sesuai dan individu yang terlibat harus
memiliki etika kesukanan yang unggul. Penekanan terhadap prinsip-prinsip latihan dan etika kesukanan
Modul 13
Sukan Individu

wajib diberi pertimbangan yang sewajarnya untuk mengelakkan kecederaan, kelesuan, kebosanan dan
kemerosotan tahap kecergasan sedia ada serta pencapaian kualiti diri dari segi jasmani, mental dan
rohani.
Prinsip-prinsip dalam sukan individu merupakan amalan yang mempengaruhi proses pelaksanaan
dan penglibatan seseorang dalam aktiviti fizikal yang terancang untuk mengelakkan kecederaan,
kelesuan, kebosanan dan kemerosotan tahap kecergasan sedia ada. Prinsip-prinsip latihan merupakan
garis panduan yang perlu diambilkira dalam sesuatu perancangan dan pelaksanaan latihan. Prinsip-prinsip
latihan ini perlu diketahui, difahami dan diaplikasikan dengan baik dalam satu program latihan jangkamasa
panjang atau pendek yang progresif bagi pencapaian objektif latihan yang berkesan.

Etika dalam sukan adalah panduan tentang tingkah laku atau tatasusila dan nilai-nilai positif yang
perlu ada dan dipatuhi oleh individu yang terlibat dalam sukan. Jika tatasusila itu dilanggar, ia akan
memberi gambaran bahawa individu tersebut tidak mempunyai disiplin dan semangat kesukanan.
Akibatnya kemungkinan individu tersebut tidak akan dihormati. Disiplin, nilai-nilai murni, keadilan,
permainan bersih, sukan yang bebas daripada dadah dan keselamatan semasa bermain merupakan
antara aspek-aspek yang perlu diberi perhatian. Unsur-unsur ini perlu menjadi amalan setiap orang yang
terlibat dalam sukan. Matlamat sukan sebagai ejen perpaduan akan tercapai sekiranya etika kesukanan
diamalkan.

1. Nyatakan dengan ringkas makna prinsip-prinsip sukan/latihan.

2. Nyatakan dengan ringkas makna etika dalam sukan.

3. Nyatakan perbezaan antara prinsip-prinsip sukan dengan etika sukan.

ISI KANDUNGAN
Program latihan merupakan satu proses yang sistematik. Ia bertujuan meningkatkan tahap
kecergasan dan keupayaan fizikal berdasarkan keperluan sukan yang dipilih. Keberkesanan
sesuatu program latihan bergantung kepada pemahaman dan amalan prinsip-prinsip latihan
yang sesuai.
Modul 14
Sukan Individu

Prinsip-prinsip sukan individu

Prinsip-prinsip Sukan Individu

Kesediaan Ulangan

Adaptasi Pengkhususan

Perbezaan Individu Kepelbagaian

Intensiti Ansur Maju

Kekerapan Memanaskan & menyejukkan badan

Jangkamasa Kebolehbalikan

Rajah 1: Prinsip-prinsip sukan

• Kesediaan (Readiness)

Merupakan faktor utama yang mendorong setiap individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Ia
biasanya dipengaruhi oleh aspek kematangan dan kecenderongan serta minat individu dalam
sukan tertentu. Ia melibatkan satu proses menganalisis keupayaan, kelebihan dan kelemahan diri
terlebih dahulu sebelum memilih jenis sukan atau menyusun aktiviti sesuatu program latihan.
Prinsip kesediaan perlu diberi perhatian yang sewajarnya untuk memastikan penglibatan dan
perjalanan sesuatu program latihan atau aktiviti sukan dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa
tergendala. Dalam konteks sukan individu kesediaan diri terhadap sukan yang ingin diceburi
sangat penting. Dorongan dari persekitaran atau masyarakat tidak memainkan peranan penting
kerana ia merupakan pilihan tersendiri dan kejayaannya bergantung seratus peratus pada individu
tersebut.

• Adaptasi (Adaptation)

Prinsip adaptasi berkaitan dengan penerimaan kesan latihan untuk meningkatkan kecergasan diri
serta penguasaan kemahiran dalam sesuatu sukan berdasarkan program latihan. Ia biasanya
dipengaruhi oleh masa, intensiti, kekerapan, ulangan dan kesesuaian sukan atau program latihan
dengan faktor-faktor fisiologi serta psikologi individu. Adaptasi merupakan faktor utama dalam
sesuatu program latihan. Adaptasi bergantung kepada jenis sistem tenaga yang mendominasikan
permainan, kemahiran dan keupayaan motor yang diperlukan untuk bermain sesuatu sukan
dengan baik (Bompa dan Gregory Haff, 2009). Berikut adalah beberapa cadangan untuk
meningkatkan adaptasi dalam sesuatu program latihan.
Modul 15
Sukan Individu

a. Penambahan bebanan

Adaptasi pemain terhadap sesuatu program latihan bergantung kepada struktur program latihan
yang dirancang oleh individu ataupun jurulatih. Pengadaptasian yang sempurna akan berlaku
sekiranya penambahan beban atau peningkatan intensiti dilakukan secara ansur maju dan
progresif. Sekiranya seorang pemain tidak dapat mengadaptasikan diri terhadap kesan latihan
yang dijalankan, ia akan mencederakan pemain dan mengagalkan keseluruhan program latihan.

b. Elakkan latihan berlebihan

Program latihan yang dirancang perlu mengikut kebolehan serta kemampuan pemain. Elakkan
kemungkinan terlebih latihan yang akan membawa kecederaan dan melambatkan proses
pengadaptasian kepada pemain.

c. Latihan alternatif

Sentiasa bersedia dengan latihan alternatif yang boleh menggantikan sesuatu aktiviti yang
menyukarkan pengadaptasian. Ini akan membantu jurulatih meneruskan program latihan yang
dirancang dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

d. Memantau dan mencatat pencapaian

Seorang jurulatih perlu memantau dan mencatat progres dan kesan latihan yang dijalankan.
Pencapaian pemain perlu dikaji dari masa kesemasa supaya pengadaptasian berlaku dan program
latihan yang dirancang berjaya mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

e. Tingkatkan kecergasan sebelum kemahiran

Pengadaptasian yang sempurna akan berlaku sekiranya kecergasan fizikal secara umum
ditingkatkan sebelum memulakan suatu program latihan yang khusus. Penguasaan kemahiran
juga akan berkekalan bagi tempoh masa yang panjang walaupun kecergasan fizikal merosot.

• Perbezaan Individu (Individualization)

Setiap individu berbeza dari segi minat, kebolehan, kemahiran dan kadar peningkatan prestasi
terhadap program latihan. Periodisasi latihan yang dirancang perlu mengambilkira keupayaan dan
tahap kecergasan diri supaya matlamat program tercapai. Keupayaan individu akan menentukan
kadar cepat atau lambat penguasaan sesuatu kemahiran. Dalam sukan individu penguasaan
kemahiran dan peningkatan kecergasan bergantung kepada tahap kematangan dan struktur fizikal
yang bersesuaian dengan sukan yang diceburi.
Modul 16
Sukan Individu

Program latihan yang ditentukan haruslah berdasarkan faktor umur, jantina, pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran sedia ada, tahap penguasaan, tahap kesihatan, kecederaan serta
tahap motivasi. Bagi mengatasi pengaruh faktor-faktor ini, beberapa tindakan yang sesuai perlu
diambil oleh jurulatih atau pemain itu sendiri. Di antaranya adalah seperti berikut:

a. Penetapan matlamat yang jelas

Matlamat sesuatu program latihan haruslah jelas dan berdasarkan kebolehan pemain. Dalam
sukan individu pemain dan jurulatih perlu berbincang sebelum merancang sesuatu program latihan
supaya latihan yang akan dijalani memberikan kesan positif berlandaskan matlamat yang
ditetapkan bersama.

b. Uji kebolehan sediaada

Pengujian terhadap kemampuan atau tahap kebolehan sedia ada komponen kecergasan
berasaskan kesihatan dan kemahiran harus dilaksanakan sebelum merancang sesuatu program
latihan kerana ia berbeza bagi setiap individu dan perlukan pengubahsuaian mengikut kebolehan
individu dalam program latihan.

c. Mengenalpasti kelemahan diri

Adakalanya program latihan yang dijalankan tidak memberikan kesan yang positif kerana pemain
tidak sedar akan kelemahan diri ataupun jurulatih terlepas pandang perkara ini. Atlet atau pemain
sukan individu harus mengenalpasti kelemahan diri sebelum memulakan sesuatu program latihan.
Ini akan membantu membuat perubahan serta memberi peluang untuk mengatasi kelemahan
tersebut. Bagi seorang jurulatih pula, ia akan memberikan ruang kepada beliau untuk
meningkatkan aktiviti tertentu dalam program latihan supaya atlet dapat mengatasi kelemahan
dirinya dengan mudah. Sebagai contoh; sekiranya atlet kurang bermotivasi, jurulatih boleh
menambahkan latihan psikologi serta memberikan ganjaran dari masa kesemasa. Bagi atlet yang
agak lambat dalam pergerakan, jurulatih boleh meningkatkan bilangan latihan kelajuan supaya
tahap kelajuan individu dapat ditingkatkan sebelum program latihan keseluruhan tamat.

d. Perbezaan jantina

Perbezaan jantina perlu diberikan perhatian yang serius oleh jurulatih yang merancang program
latihan bagi pemain sukan individu. Jurulatih harus peka terhadap perbezaan struktur badan serta
budaya lelaki dan perempuan. Pemain perempuan biasanya memiliki punggung yang lebar, pusat
graviti yang rendah dan kandungan lemak yang tinggi di bahagian punggung berbanding dengan
lelaki. Pengubahsuaian dalam program latihan perlu dilakukan berdasarkan unsur-unsur ini
sekiranya melatih pemain lelaki dan perempuan bagi satu permainan yang sama contohnya seperti
permainan badminton.
Modul 17
Sukan Individu

e. Pengukuhan positif

Seorang jurulatih perlu mengamalkan sikap terbuka dalam proses melatih seorang pemain.
Penekanan terhadap kelemahan pemain harus diberikan dari masa kesemasa secara professional.
Jurulatih perlu memberikan pujian serta mengutarakan kelebihan seseorang pemain sebelum
membincangkan kelemahannya. Perbincangan ini mesti disusuli dengan cara mengatasi
kelemahan tersebut. Ini akan memberikan keyakinan kepada pemain untuk meneruskan program
latihan.

• Intensiti (Intensity)

Intensiti merupakan tahap atau darjah kesukaran aktiviti yang ditambah berdasarkan aras latihan
dan bilangan sesuatu perlakuan. Ia biasanya berkadar songsang di mana fasa permulaan bertahap
rendah tetapi bilangannya banyak. Manakala semakin tinggi aras latihan semakin kurang
bilangannya. Rujuk Rajah 2.

Bilangan Intensiti

Aras latihan

Rajah 2: Perkaitan antara Intensiti dengan Bilangan

Intensiti yang rendah tidak akan memberikan kesan positif. Sebaliknya intensiti yang terlalu tinggi
boleh mengakibatkan kecederaan dan gangguan dalam program latihan. Intensiti perlu
ditingkatkan secara ansur maju mengikut kemampuan diri. Badan manusia terbentuk daripada
jutaan sel aktif yang sentiasa bertindakbalas dengan perubahan terhadap fizikal serta
persekitaran. Salah satu komponen intensiti adalah meningkatkan bebanan semasa latihan.
Apabila aras kesukaran atau bebanan ditingkatkan, badan atlet harus bersedia untuk
mengadaptasikan diri terhadap perubahan ini. Peningkatan terhadap tahap keupayaan akan
berlaku apabila badan mengalami keletihan dan pemulihan yang prograsif untuk
mengadaptasikan kesan latihan yang dialami. Keletihan yang disusuli dengan kadar pemulihan
yang prograsif akan membawa peningkatan terhadap keupayaan fizikal individu berdasarkan
program latihan yang dijalani.

Aras kesukaran atau bebanan harus ditingkatkan secara ansur maju mengikut kebolehan
individu. Aras kesukaran yang rendah dari keupayaan sedia ada tidak akan memberikan kesan
atau peningkatan. Di samping itu, aras kesukaran yang terlalu tinggi juga tidak akan memberikan
Modul 18
Sukan Individu

sebarang peningkatan malah ia akan melambatkan kadar pemulihan serta mengganggu tahap
kecergasan sedia ada atlet. Atlet berkemungkinan akan mengalami kecederaan sekiranya
penambahan bebanan atau aras kesukaran tidak dilakukan mengikut kebolehan individu. Rujuk
Rajah 3.

Adaptasi / kesan latihan


Stimulus Pemulihan Adaptasi / Peningkatan
Latihan

Pemulihan segera
Tahap kecergasan baru

Tahap
sediaada

keletihan Pemulihan

_________ Latihan mudah


________ Latihan yang sesuai
Kunci
_________ Latihan yang sukar

Rajah 3: Kesan latihan mengikut aras kesukaran

Sumber : Tudor Bompa, G. Gregory Haff (2009), Periodization: Theory and Methodology of
Training, 5th ed. Champaign, IL:, Human Kinetics.

Intensiti biasanya dikaitkan dengan kadar nadi rehat, kadar nadi maksimum, kadar nadi latihan
dan kadar nadi sasaran. Intensiti latihan bergantung kepada jenis latihan dan darjah kesukaran
yang ditetapkan antara 60% hingga 90% mengikut keupayaan diri. Pengiraan kadar nadi dapat
membantu setiap individu mengenalpasti dan menetapkan aras kesukaran dengan tepat.

Berikut adalah contoh pengiraan kadar nadi :

Kadar Nadi Rehat (KNR)


Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk mencari
KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur, sekurang-
kurangnya dua hari berturut-turut selama seminit (Rajah 4).
Modul 19
Sukan Individu

Contoh:- 12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.

Rajah 4: Cara pengiraan kadar nadi

Kadar Nadi Maksimum (KNM)

Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada 220 di mana 220 telah ditetapkan oleh
ahli-alhi fisiologi senam sebagai satu angkatap formula.

Contoh:-
Umur subjek ialah 33 tahun.
KNM = 220 – 33 = 187 dsm

Kadar Nadi Latihan (KNL)

Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL)

Contoh :-
KNM = 220 – 33 (umur) = 187 dsm
KNL = KNM – KNR
= 187 – 72
= 115 dsm

Kadar Nadi Sasaran (KNS) untuk intensiti 60%

Untuk mendapatkan pengiraan KNL yang ideal bagi 60% ialah dengan menggunakan formula ini.

Contoh :-
(KNM – KNR) x 0.6 + KNR
= (187 - 72) x 0.6 + 72
= (115) x 0.6 + 72 = 69 +72
= 141 dsm
Modul 20
Sukan Individu

Pengiraan “online” boleh dilakukan dalam laman web : http//www.exercise.bizcalcs.com


A
Tahap intensiti latihan yang sesuai bergantung kepada kepada tahap kecergasan
permulaan, tahap pencapaian yang diingini dan jenis aktiviti yang dipilih.

a. Tahap kecergasan permulaan

Jika anda mempunyai tahap kecergasan permulaan yang rendah anda tidak boleh bersenam
dengan intensiti yang tinggi. Ini boleh menyebabkan kesulitan pernafasan dan mungkin juga
menyebabkan kematian. Sebaliknya, jika anda mempunyai tahap kecergasan yang tinggi, anda
perlu bersenam dengan intensiti yang tinggi supaya kesan latihan dapat meningkatkan tahap
kecergasan sedia ada.

b. Tahap pencapaian yang diingini

Bagi mencapai tahap kecergasan yang tinggi, anda perlu bersenam dengan intensiti yang lebih
tinggi mengikut prinsip tambah beban. Namun begitu, peningkatan intensiti perlulah secara
beransur-ansur.

c. Jenis aktiviti yang dipilih

Aktiviti yang dipilih boleh membantu mencapai intensiti yang diingini. Aktiviti seperti skuasy
merupakan aktiviti kecergasan fizikal intensiti tinggi manakala aktiviti boling padang adalah contoh
aktiviti kecergasan fizikal intensiti rendah.

• Kekerapan (Frequency)

Kekerapan merujuk kepada bilangan hari berlatih dalam seminggu. Lazimnya tiga hingga lima hari
akan memberikan kesan positif terhadap sesuatu program latihan atau kemahiran (Baumgarthner,
2003). Sesi latihan hendaklah dijarakkan dan tidak dilakukan berturut-turut. Bilangan kekerapan
sebenarnya berbeza mengikut jenis sukan, objektif latihan, jenis latihan dan intensiti latihan yang
dipilih.

• Jangkamasa (Duration)

Jangkamasa bergantung kepada intensiti. Senaman berintensiti rendah memerlukan tempoh yang
panjang dan intensiti tinggi memerlukan tempoh yang pendek. Latihan dalam tempoh masa yang
panjang akan memberikan kesan yang positif khasnya aktiviti berbentuk aerobik. Misalnya,
jangkamasa yang sesuai untuk aktiviti peningkatan daya tahan kardiovaskular adalah 15 hingga 60
minit. Biasanya Jangkamasa merujuk kepada masa yang diambil bagi menjalankan sesuatu
latihan seperti satu jam satu sesi atau lima jam seminggu. Intensiti senaman pada tahap
sederhana dengan tempoh masa yang sederhana panjang pada peringkat permulaan sesuatu
latihan adalah lebih baik daripada intensiti tinggi dengan jangkamasa yang panjang
(Baumgarthner, 2003).
Modul 21
Sukan Individu

• Ulangan (Repetition)

Ulangan merupakan bilangan kali sesuatu aktiviti itu dilakukan dalam jangkamasa tertentu.
Ulangan seharusnya berbentuk ansur maju, di mana ia perlu ditingkatkan beransur-ansur supaya
mencapai tahap pencapaian atau penguasaan sesuatu kemahiran secara sempurna. Sebagai
contoh, lapan ulangan dikira sebagai satu set bagi latihan minggu pertama dan 10 ulangan dikira
satu set pada latihan minggu kedua.

• Pengkhususan (Specificity)

Pengkhususan merupakan kunci peningkatan kecergasan atau kemahiran dalam sesuatu program
latihan. Pengkhususan adalah latihan fizikal yang dijalankan mengikut kehendak individu
berdasarkan sukan yang dipilih agar selari dengan objektif yang hendak dicapai.
Contohnya, aktiviti aerobik untuk daya tahan kardiovaskular bagi pelari jarak jauh dan latihan
bebanan untuk kekuatan otot bagi sukan angkat berat, mestilah khusus kepada beberapa perkara
seperti sistem tenaga, kumpulan otot atau pola pergerakan berdasarkan beberapa aspek seperti
berikut:

a. Komponen kecergasan fizikal atau penguasaan kemahiran yang dilatih.


b. Sistem tenaga yang digunakan sama ada tenaga aerobik atau anaerobik kerana sistem
tenaga adalah berbeza antara satu sukan dengan sukan yang lain.
c. Kumpulan otot yang digunakan untuk aktiviti yang dipilih.
d. Pergerakan sendi khusus berkaitan dengan aktiviti yang dipilih.

• Kepelbagaian (Variety)

Kepelbagaian merupakan perubahan yang dilakukan terhadap intensiti, jangkamasa, kekerapan,


ulangan dan jenis aktiviti berdasarkan matlamat program latihan serta prestasi semasa pemain
yang sedang mengikuti latihan. Perancangan program latihan atau aktiviti haruslah dipelbagaikan
untuk mengekalkan minat atau mengelakkan kebosanan dalam sesuatu aktiviti. Corak perlakuan
yang tiada variasi akan melemahkan semangat untuk meneruskan sesi latihan. Aktiviti latihan
boleh dipelbagaikan tetapi mesti selaras dengan matlamat dan objektif latihan yang perlu dicapai.
Sekiranya program dirancang untuk lima kali seminggu, setiap kali aktiviti yang berbeza perlu
disusun mengikut keperluan dan kebolehan individu. Contohnya, program latihan peningkatan
daya tahan kardiovaskular boleh dijalankan dengan aktiviti berjogging, berbasikal, berenang,
senamrobik, berjalan dan sebagainya. Berikut adalah beberapa cadangan mengaplikasikan
kepelbagaian dalam program latihan sukan individu.

a. Rancang program latihan tahunan dalam bentuk beberapa fasa dengan matlamat yang
khusus supaya tujuan program latihan dapat dicapai secara berperingkat.
b. Sediakan satu program latihan dengan pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah
pencapaian kemahiran yang optimum semasa pertandingan.
Modul 22
Sukan Individu

c. Bagi latihan peningkatan kecergasan fizikal, gabungkan unsur-unsur teknikal dan


tektikal semasa meningkatkan intensiti supaya kadar pemulihan dapat dicapai dengan
sempurna tanpa kecederaan.
d. Bagi latihan bebanan, lakukan perubahan dari segi jenis aktiviti, bilangan, ulangan,
kekerapan serta masa rehat yang sesuai dengan kitaran latihan yang ditentukan.
e. Bagi latihan aerobik pula, lakukan perubahan dari segi jarak, kelajuan, jangkamasa,
kekerapan serta masa pemulihan yang sesuai dengan kitaran latihan yang dirancang.
f. Sekiranya terdapat tanda-tanda terlebih latihan (overtraining), tukarkan aktiviti dengan
mengurangkan intensiti dan berikan masa pemulihan yang lama mengikut keperluan.

• Ansur Maju (Progression)

Penambahan aras kesukaran sesuatu aktiviti perlulah dilaksanakan secara beransur-ansur untuk
melihat kemajuan serta mengelakkan kecederaan. Tambah beban atau meningkatkan masa, jarak,
ulangan atau set latihan perlu dirancang dan ditambah secara beransur-ansur. Dalam sukan
individu peningkatan perlu dilakukan dari kemahiran yang senang ke kemahiran yang lebih sukar
atau dari yang mudah kepada kompleks. Bagi meningkatkan sesuatu kemahiran dalam sukan,
seseorang hendaklah menguasai kemahiran asas sebelum menguasai kemahiran yang lebih sukar
atau dinamik.

• Memanaskan dan menyejukkan badan (warm up and cool down)

Setiap sesi latihan wajib dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan serta regangan yang
bersesuaian. Tujuannya adalah sebagai persediaan untuk melakukan aktiviti yang lebih berat serta
mengelakkan kecederaan. Keutamaan mesti diberikan terhadap latihan memanaskan badan
sebelum memulakan aktiviti dan latihan menyejukkan badan selepas aktiviti untuk memulihkan
sistem fisiologi badan. Aktiviti regangan perlu dilakukan mengikut keperluan dan jenis aktiviti.
Sekiranya aktiviti berlari, lebihkan regangan bahagian kaki. Tindakan ini akan mengelakkan
kecederaan yang akan mengganggu pelaksanaan program latihan.

Bagi maklumat tambahan sila rujuk:


A http://www.netfit.co.uk/stretching.htm
http://www.ehow.com/how_3014_warm-run.html

• Kebolehbalikan (Reversibility)

Kebolehbalikan berkaitan dengan tahap pencapaian kecergasan yang merosot akibat gangguan
dalam program latihan. Sekiranya program latihan tergendala atau ditinggalkan, tahap kecergasan
akan mula merosot selepas 72 jam dan dinyatakan bahawa 30% pencapaian kecergasan akan
hilang secara beransur-ansur selepas 12 minggu (Safrit, 1995 ; Johnson dan Nelson, 1986). Tahap
optimum komponen kecergasan seperti kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular,
kelenturan, kuasa, dan sebagainya akan berkurangan mengikut peredaran masa. Pemulihan dan
peningkatan kecergasan komponen-komponen ini memerlukan masa yang panjang untuk
Modul 23
Sukan Individu

dikembalikan semula berbanding dengan strategi dan kemahiran sesuatu permainan. Berikut
adalah beberapa cadangan untuk mengatasi masalah kebolehbalikan dalam sukan individu.

a. Pemulihan kecergasan

Selepas berehat bagi jangkamasa yang panjang atau pulih dari kecederaan, seorang pemain
harus memberikan sedikit tumpuan yang khusus kepada aktiviti kecergasan fizikal dengan
kekerapan yang tinggi tetapi intensiti yang rendah. Proses ini akan membantu mengembalikan
kecergasan umum sebagai persediaan menjalani program latihan seterusnya.

b. Rehat aktif

Selepas tamat sesuatu pertandingan pemain sukan individu perlulah melibatkan diri dalam aktiviti
sukan, riadah atau rekreasi yang boleh mengisi masa lapang. Rehat tanpa sebarang aktiviti yang
berpanjangan akan membawa risiko kemerosotan kecergasan fizikal.

c. Amalkan ansur maju

Sekembalinya dari rehat yang lama, setiap pemain sukan individu harus memulakan latihan
dengan intensiti yang rendah dan perlu ditambah secara ansur maju supaya dapat mengelakkan
kecederaan. Adakalanya pemain beranggapan bahawa mereka boleh memulakan latihan dengan
tahap pencapaian terbaik sebelum ini.

Etika dalam Sukan

Etika dalam sukan memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian prestasi serta matlamat.
Individu yang berjaya dalam bidang sukan atau permainan yang diceburi biasanya merupakan orang yang
beretika dan memiliki personaliti yang unggul. Personaliti merupakan corak perlakuan yang ditunjukkan
inudividu itu sendiri. Personaliti merangkumi sikap, tingkahlaku, cara pemikiran, perasaan, cara bertindak
dan cara berinteraksi dengan orang lain. Personaliti akan mempengaruhi tanggapan orang lain terhadap
diri dan sentiasa menjadi perhatian orang lain. Pemain yang beretika dan memiliki personaliti yang baik
biasanya dapat menyahut cabaran serta mampu menyelesaikan masalah dengan mudah. Berikut adalah
beberapa ciri yang perlu dimiliki oleh setiap atlit sukan individu.

a. Mempunyai disiplin diri yang tinggi

Disiplin diri merupakan kepatuhan terhadap dunia persekitaran dan peratuaran atau latihan yang bertujuan
membentuk diri agar dapat menunjukkan tingkahlaku yang baik. Setiap sukan yang wujud mempunyai
peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa sukan tersebut dimainkan. Dengan wujudnya peraturan
sebegini, individu yang terlibat secara langsung ke dalam sukan ini akan mempraktikkan sikap berdisiplin
ini ke dalam diri mereka semasa bermain. Maka, pengamalan serta penerapan disiplin sebegini akan
mempengaruhi sikap individu terbabit.
Modul 24
Sukan Individu

b. Sentiasa mengamalkan permainan bersih

Permainan yang bersih bermaksud penganjuran atau penglibatan dalam sesuatu sukan secara adil, jujur
dan amanah serta bebas dari masalah rasuah, penyalahgunaan bahan dan keganasan. Faktor- faktor ini
akan menjejaskan prestasi, personaliti serta masa depan seseorang pemain.

c. Berusaha meningkatkan rekod yang baik sepanjang penglibatan dalam sukan

Setiap atlet sukan individu mahupun berpasukan harus berusaha meningkatkan prestasi kemahirannya
dari masa kesemasa. Pemain yang unggul akan memiliki rekod pencapaian dan tingkahlaku berdasarkan
nilai-nilai murni yang baik sepanjang masa kerana ia merupakan kayu pengukur yang dapat dijadikan
kebanggaan dalam dunia sukan.

d. Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi

Seseorang yang ingin menjadi pemain sukan individu yang unggul harus memiliki semangat kesukanan
yang tinggi. Pemain sukan individu sering menghadapi cabaran ini. Kegagalan menguasai sesuatu
kemahiran atau kekalahan yang berterusan akan melunturkan semangat untuk terus berjuang. Situasi ini
sering dapat dilihat dalam kalangan pemain yang terus menyerah kalah atau menarik diri dari sesuatu
pertandingan apabila pihak lawan mendahului dengan kiraan mata yang tinggi. Ini merupakan satu
tindakan yang tidak beretika. Atlet atau pemain harus memiliki semangat kesukanan dan semangat
berjuang yang tinggi untuk menamatkan sesuatu pertandingan dengan cemerlang walaupun kalah kerana
menang dan kalah merupakan adat dalam pertandingan sukan.

e. Memiliki komitmen yang tinggi terhadap sukan yang diceburi

Komitmen merupakan satu ikatan atau perjanjian yang tidak tertulis tetapi dibentuk oleh individu terhadap
penglibatannya dalam sukan yang diminati. Komitmen melibatkan pelbagai faktor yang akan membawa
kejayaan kepada seseorang pemain. Di antaranya adalah, peruntukan masa yang sesuai dan mencukupi.
Penetapan matlamat serta tindakannya ke arah pencapaian matlamat tersebut. Semangat untuk terus
meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam sukan yang diceburi. Akhirnya sanggup berkorban
beberapa perkara-perkara seperti aktiviti sosial, tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan aktiviti masa
lapang yang menjadi penghalang kepada pencapaian matlamat kesukanan yang diingini.

f. Dapat mengawal emosi dengan baik semasa bermain atau bertanding

Emosi merupakan suatu tindak balas dari seseorang manusia terhadap suatu bentuk stimulus ataupun
gabungan reaksi yang wujud sebelum, semasa dan selepas sesuatu permainan. Reaksi ini dapat dilihat
dalam bentuk kekecewaan ataupun kegembiraan. Ia berbentuk sementara tetapi perlu diberikan perhatian
yang sewajarnya. Emosi dalam bentuk suka, senang, selesa, sedih, marah, cemas, takut, bimbang dan
sebagainya akan mempengaruhi prestasi permainan serta pencapaian setiap individu. Atlet harus memiliki
kecergasaan emosi yang unggul supaya dapat menangani cabaran dunia sukan serta kehidupan harian
secara membina, proaktif, dan optimistik.
Modul 25
Sukan Individu

RUMUSAN

Prinsip-prinsip dalam sukan individu merupakan faktor asas yang perlu diaplikasikan oleh semua orang
yang ingin menguasai setiap kemahiran dalam sukan dan permainan. Kejayaan memiliki kemahiran yang
tinggi dan kecergasan fizikal yang optimum akan berkekalan dan menjadi abadi selama-lamanya jika
program latihan dirancang mengikut prinsip-prinsip latihan yang bersesuaian dengan kehendak individu
serta komponen kecergasan yang berkaitan. Etika dalam sukan juga akan mempengaruhi pencapaian
prestasi dan kemahiran individu kerana pengamalan prinsip-prinsip latihan dalam program latihan yang
dirancang memerlukan individu yang beretika dan bersemangat kesukanan.

KATA KUNCI

Adaptasi
Ansur Maju
Etika
Intensiti
Jangkamasa
Kadar nadi latihan
Kadar nadi Maksimum
Kadar nadi rehat
Kepelbagaian
Kebolehbalikan
Kekerapan
Kesediaan
Latihan
Memanaskan dan menyejukkan badan
Pengkhususan
Perbezaan Individu
Prinsip-prinsip sukan
Ulangan
Modul 26
Sukan Individu

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan dengan ringkas kepentingan setiap prinsip-prinsip sukan individu


2. Nyatakan kepentingan etika dalam sukan.
3. Sejauhmanakah anda mengetahui dan mengamalkan prinsip-prinsip latihan dalam
bidang sukan yang anda ceburi?
4 Huraikan prinsip-prinsip sukan/latihan yang releven bagi sukan/permainan
Berikut:

i. Badminton
ii. Tennis
iii. Skuasy
iv. Ping Pong
v. Boling
vi. Olahraga
vii. Renang

1. Rancang satu program latihan selama tiga bulan bagi sukan individu yang
anda minati dengan menyatakan prinsip-prinsip sukan individu yang releven
untuk mencapai matlamat program yang dirancang.

RUJUKAN

Baumgartner, T. A, Jackson, A. S., Mahar, M.T. & Rowe, A. D. (2003). Measurement for evaluation. in
physical education and exercise science. (7th ed.). USA: McGraw-Hill.
Berger, B. G. & Tobar, D. A. (2012). Physical activity and quality of life: Key considerations. In Handbook
of sport psychology.( 3rd ed). Online library. pp. 598-620.
Bompa, T.O. (1994). Theory and methodology of training: the key to athletic performance (3rd ed). Iowa:
Kendall/Hunt Publishing Co.
Bompa,T.O. & Gregory Haff. G (2009). Periodization:Theory and methodology of training (5th ed).
Champaign, IL: Human Kinetics.
Corbin, C. B., Lindsey, R., Welk, G. J., Corbin, W. R. (2001), Concepts of physical fitness and wellness. (4th
ed). Dubuque, Iowa: Mc Graw Hill Publishers.
Gafor Ahmad (2007). Kejurulatihan dan sains sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Johnson B. L & Nelson, J. K. (1986), Practical measurement for evaluation in physical education. (4th ed).
United States: Macmillan Publishing company.
Safrit, M. J. (1995). Complete guide to youth fitness testing. New York : Human Kinetics.
Syender, E,.E & Spreitzer, E. A. (2002), Social aspects of sports. (3rd ed).Prentice Hall. N.J.
Modul 27
Sukan Individu

UNIT 3

PENGURUSAN KESELAMATAN
DALAM SUKAN INDIVIDU DI SEKOLAH

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menghuraikan isu keselamatan dalam sukan individu di sekolah.


2. Menghuraikan pengurusan risiko dalam sukan individu.
3. Mengaplikasikan pengetahuan mengenai pengurusan keselamatan dalam sukan individu
di sekolah.
4. Mengaplikasikan cara pengurusan keselamatan dan risiko terhadap senario sukan di sekolah.

Rajah 1: Keselamatan sukan perlu dijamin

PENGENALAN

Berjuta-juta orang di seluruh dunia melibatkan diri dalam sukan. Sukan tidak kira secara
berpasukan atau individu merupakan aktiviti kegemaran masyarakat pelbagai lapisan. Ramai orang
mengambil bahagian dalam aktiviti sukan supaya dapat mengamalkan gaya hidup sihat, seterusnya
kesihatan terjamin. Memandangkan itu, kerajaan telah melaksanakan polisi “1 Murid 1 Sukan” di semua
peringkat sekolah.
Modul 28
Sukan Individu

Sukan bukanlah tiada risiko sama ada individu tersebut mengambil bahagian sebagai atlet elit atau
hanya bersukan untuk rekreasi dan kesenggangan. Jika seseorang individu tidak mengambil berat
terhadap keselamatan dalam sukan, maka peluang untuk cedera semasa bersukan adalah tinggi.
Kecederaan sukan akan mengakibatkan ketidakselesaan atau hilang upaya, untuk kecederaan yang lebih
serius, individu yang cedera tidak dapat berfungsi secara normal dan mungkin perlu belanja kos perubatan
yang tinggi.

Kebiasaannya seseorang mungkin tidak dapat mengelakkan diri daripada kecederaan sukan,
tetapi mengikut kajian, 50% daripada kecederaan sukan sebenarnya boleh dihindari sekiranya ada usaha
pencegahan kecederaan sukan. Justeru itu, kesedaran tentang keselamatan sukan dan pengurusan risiko
amat penting bagi kedua-dua pihak jurulatih dan atlet.

Dalam situasi sekolah, adalah tanggungjawab semua guru terutamanya guru sukan untuk memberi
kesedaran kepada semua pelajar untuk cuba mencegah kecederaan semasa bersukan. Maka, adalah
mustahak bagi seseorang guru untuk memahami isu-isu keselamatan dan mengetahui cara mengurus
risiko dalam sukan. Untuk menjamin guru-guru di sekolah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
pengurusan keselamatan dan risiko, mereka perlu dididik dan dilatih dalam pengurusan keselamatan dan
risiko. Dengan adanya usaha dari aspek ini, semoga kes kecederaan sukan di sekolah dapat dikurangkan
ke tahap minimum.

Sehubungan itu, Unit 3 modul ini turut membincangkan isu keselamatan dalam sukan individu di
sekolah. Di samping itu, pengurusan risiko dalam sukan individu turut dibincangkan. Tumpuan diberikan
terhadap senario sukan di sekolah. Semoga pelajar dapat mengetahui isu-isu keselamatan yang wujud di
sekolah, pada masa yang sama, pelajar dapat belajar cara pengurusan keselamatan dan risiko seterusnya
cuba mengaplikasi dan menguasai kemahiran mengurus keselamatan dan risiko terhadap senario sukan di
sekolah supaya pelajar dapat mengamalkan sikap dan tingkahlaku utamakan keselamatan semasa
bersukan.

ISU KESELAMATAN DALAM SUKAN INDIVIDU

Dengan adanya polisi “1 Murid 1 Sukan”, bersukan merupakan salah satu komponen yang wajib
dalam kurikulum sekolah. Secara tidak langsung, semua pelajar diwajibkan untuk melibatkan diri dalam
sukan di sekolah. Sebagaimana yang kita ketahui, penglibatan sukan yang aktif akan mendedahkan
pelajar kepada risiko yang lebih tinggi untuk cedera semasa bersukan. Justeru itu, penglibatan pelajar
dalam sukan mestilah dilaksanakan di bawah persekitaran dan situasi yang dapat menjamin keselamatan
secara maksimum. Penjagaan yang khusus perlu diamalkan demi untuk keselamatan pelajar yang aktif
dalam sukan. Jika tidak, kadar kecederaan sukan di sekolah akan meningkat kerana penglibatan sukan
pelajar semakin menambah dengan pelaksanaan polisi “1 Murid 1 Sukan”. Jurulatih dan guru sukan di
sekolah perlu ada kesedaran mengenai isu keselamatan dalam sukan seterusnya mengambil berat dan
mengaplikasikan langkah-langkah menjaga keselamatan pelajar semasa bersukan.
Modul 29
Sukan Individu

Mengambil bahagian sukan secara selamat dapat menggalakkan penyertaan sukan secara
berterusan. Masalah obesiti kian meningkat di sekolah. Penglibatan dalam sukan secara berterusan
dapat menghindari masalah obesiti dalam sekolah. Di samping itu, bersukan juga boleh mencegah
penyakit kronik dan masalah mental. Pelajar yang suka bersukan mempunyai personaliti yang lebih
mesra, yakin dan suka bersosial secara sihat.

Huraikan mengapa keselamatan semasa bersukan adalah amat penting dan perlu
dititikberatkan di sekolah.
_______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

PENGURUSAN RISIKO BERTUMPUKAN SENARIO DI SEKOLAH

Pendidikan kejurulatihan amat penting bagi jurulatih dan guru sukan. Apabila jurulatih dan guru
sukan dididik dengan kesedaran kepentingan menjaga keselamatan semasa bersukan di sekolah, langkah-
langkah untuk menjaminkan keselamatan pelajar semasa bersukan seharusnya diambil. Tindakan-
tindakan yang disenaraikan boleh dijadikan sebagai garis panduan dan digunapakai oleh jurulatih, guru
sukan dan pegawai sukan dalam menjamin keselamatan dalam sukan.

Tindakan Menjamin Keselamatan


1. Penyeliaan Ketat
2. Pakaian Sesuai
3. Peralatan Selamat Diguna
4. Tempat Bertanding Selamat
5. Persekitaran Selamat

1. Penyeliaan Ketat

Berikut adalah garis panduan penyeliaan ketat oleh jurulatih dan guru sukan di sekolah bagi
menjamin keselamatan pelajar:

a. Mesti mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa bagi membolehkan pelajar


mewakili sekolah dalam sukan individu. Failkan surat kebenaran daripada ibubapa dan
simpan dengan baik. Pelajar yang tidak hantar surat kebenaran atau tidak dibenarkan
oleh ibubapa adalah sama sekali tidak boleh mewakili sekolah walaupun pelajar tersebut
merupakan atlet terbaik.
Modul 30
Sukan Individu

b. Kebajikan pelajar seperti penjagaan kesihatan daripada pasukan perubatan bertauliah


semasa bertanding mesti disediakan. Penyeliaan guru sukan mestilah dipantau secara
ketat dan perlu sentiasa dikekalkan.

c. Semua pasukan sukan yang mewakili pertandingan peringkat sekolah mesti dikawal oleh
guru sukan, jurulatih dan pegawai sukan yang berpengalaman dan mempunyai kelayakan
profesional.

d. Dalam kes kecederaan yang dialami oleh pelajar yang mungkin mendatangkan implikasi
yang serius, tindakan yang sesuai seharusnya diambil oleh guru sukan, jurulatih dan atau
pengawai yang bertugas. Pelajar semestinya dirujuk ke hospital, pusat kesihatan atau
klinik untuk pemeriksaan dan penjagaan yang sewajarnya. Pelajar yang cedera perlu
diselia dengan ketat dan ibubapa perlu diberitahu dengan kadar segera.

e. Dalam semua kes kecederaan, guru sukan perlu merekodkan perincian kecederaan di
dalam buku rekod kemalangan sekolah seberapa cepat yang mungkin. Simpan fail
tersebut dengan baik dan rekod perlu dianggap sulit.

2. Pakaian Sesuai

a. Pelajar diminta untuk memakai pakaian yang sesuai mengikut sukan yang diceburi.
Pastikan pakai pakaian yang dibuat dengan kain yang boleh serap peluh dan tidak
memerangkap haba kecuali pakaian renang. Bahan buatan pakaian renang adalah tidak
sama dengan baju-T pemain badminton, di mana bahan buatan pakaian badminton
mestilah daripada bahan yang boleh serap peluh dan tidak memerangkap haba.
Manakala kain pakaian renang mestilah yang tidak serap cecair supaya ia menjadi lebih
ringan dan tidak menjadi rintangan semasa berenang. Jikalau berenang dengan baju-T
buatan kain cotton, kain jenis ini mempunyai daya serap cecair yang kuat dan akan
menjadi berat apabila basah. Jelas sekali, pakaian jenis ini amat tidak sesuai kerana ia
akan menjadi satu rintangan semasa berenang.

Rajah 1: Pakaian renang untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan


Modul 31
Sukan Individu

b. Pakai kasut yang sesuai untuk sukan yang berbeza. Jangan sekali-kali pakai kasut yang
sama untuk semua jenis sukan yang diceburi kerana ia akan mencederakan kaki.
Contohnya, adalah tidak wajar memakai kasut berjoging untuk bermain tenis.

Rajah 2: Pakai kasut berjoging yang sesuai untuk aktiviti berlari

c. Tapak kasut adalah direka khas untuk menyesuaikan keperluan teknik bermain bagi setiap
sukan. Kasut yang sesuai untuk tenis, ping pong, dan skuasy adalah kasut yang bertapak
getah dengan corak bunga yang lebih halus berbanding dengan kasut yang digunakan
untuk berjoging. Beli kasut yang mempunyai pelapik untuk menyerap impak dan daya
hentakan semasa bersukan kerana impak dan daya hentakan yang berlebihan dan
berterusan akan mencederakan atlet terutamanya di bahagian anggota bawah badan
contohnya kecederaan di pergelangan kaki atau lutut.

Rajah 3 : Contoh tapak kasut getah sukan gelanggang


Modul 32
Sukan Individu

d. Kasut pemain mesti diperiksa secara teliti sebelum setiap pertandingan. Pemain tidak
dibenarkan untuk mengambil bahagian sekiranya memakai terlalu banyak aksesori yang
mempunyai sudut tajam kerana ini mungkin akan mengakibatkan kecederaan.

Rajah 4 : Kasut spike yang tajam untuk acara larian adalah dibenarkan

e. Pemain sukan adalah digalakkan untuk memakai alat pelindung yang sesuai berdasarkan
jenis sukan yang diwakili. Pelajar seharusnya digalakkan untuk memakai alat pelindung
yang diluluskan mengikut kesesuaian. Sebagai contoh, memakai alat pelindung lutut,
pergelangan kaki, siku, atau pergelangan tangan untuk sukan tenis, ping pong, badminton,
skuasy, olahraga dan lain-lain lagi mengikut keperluan.

Rajah 5: Sarung pelindung untuk pergelangan tangan, dan dua jenis pelindung sokongan untuk siku
Modul 33
Sukan Individu

Rajah 6: Sarung pelindung untuk lutut (kiri) dan pelindung sokongan untuk pergelangan kaki (kanan)

f. Untuk atlet perenang, mesti pakai goggles semasa berenang supaya penglihatan jelas dan
mata dapat dilindungi daripada air yang memedihkan.

Rajah 7: Goggles perlu dipakai semasa berenang

g. Pastikan semua alat pelindung dipakai dengan cara yang betul dan di bahagian anggota
badan dan tepat. Jurulatih, guru sukan dan pegawai sukan boleh membantu dalam
pemakaian alat pelindung serta memantau atlet supaya sentiasa memakainya dan tidak
menanggalkan alat pelindung tanpa kebenaran.
Modul 34
Sukan Individu

3. Peralatan Selamat Diguna

a. Jurulatih atau guru sukan mesti pastikan peralatan sukan yang digunakan adalah selamat.
Periksa setiap peralatan dengan teliti dan pastikan peralatan tersebut adalah dalam
keadaan yang elok dan selamat digunapakai. Jangan sekali-kali benarkan pelajar
menggunakan peralatan yang telah rosak dan uzur kerana besar kemungkinan peralatan
tersebut akan mencederakan atlet yang menggunakannya semasa berlatih atau
bertanding.

b. Jurulatih dan guru sukan mesti mempunyai pengetahuan mengenai saiz dan berat
peralatan yang sesuai mengikut peringkat umur untuk setiap sukan yang dilatihnya.
Contohnya, saiz dan berat peluru untuk acara lontar peluru adalah berbeza untuk setiap
kumpulan umur. Begitu juga dengan saiz dan panjang lembing untuk acara merejam
lembing.

Rajah 8: Acara merejam lembing perlu diselia ketat kerana berisiko tinggi mengalami kecederaan

4. Tempat Bertanding Selamat

a. Jurulatih, guru sukan, dan pegawai sukan seharusnya memastikan permukaan tempat
atau kawasan bertanding sesuai untuk bermain. Contohnya, periksa permukaan
gelanggang tenis, skusy atau badminton samada dalam keadaan baik dan selamat
digunakan. Jika gelanggang menjadi tidak rata kerana sudah uzur, jangan benarkan apa-
apa pertandingan dijalankan di gelanggang tersebut. Ini adalah disebabkan gelanggang
yang tidak rata dan rosak akan mengundang kecederaan. Untuk sukan olahraga, pastikan
padang tidak basah, tidak berlubang-lubang, rata, dan tidak berbatu-batu supaya atlet
tidak cedera akibat tergelincir, terseliuh, terjatuh dan lain-lain punca kecederaan yang
Modul 35
Sukan Individu

mencabar keselamatan. Pastikan semua sampah terutamanya kaca, botol kosong dan tin
minuman yang mungkin mencederakan atlet dibuang di dalam tong sampah.

b. Bagi sukan renang, pastikan kolam renang adalah dalam keadaan yang selamat
digunakan. Periksa suhu air di dalam kolam untuk memastikan ianya mengikut ketetapan.
Kandungan klorin mestilah seperti yang dibenarkan supaya tidak mendatangkan kesan
sampingan terutamanya pada kulit atlet.

c. Pastikan tandas, bilik mandi, bilik salin, bilik rawatan adalah kemas dan bersih digunakan.

d. Bendera sudut dan lain-lain petanda seharusnya diperbuat daripada bahan yang tidak
mencederakan. Jika kemalangan berlaku, sekurang-kurangnya ianya tidak menerukkan
keadaan kecederaan.

e. Pegawai sukan mesti memastikan penonton atau sesiapa yang bukan pemain seharusnya
ditempatkan jauh daripada garisan tepi atau berada di luar tempat bermain semasa
permainan atau pertandingan sedang berlangsung. Penonton boleh juga mengakibatkan
kecederaan sekiranya berlaku pergaduhan atau ketidakpuasan.

f. Jurulatih, guru sukan dan pegawai sukan adalah dinasihatkan bagi menyediakan satu
senarai semakan untuk memastikan keselamatan tempat bertanding diambilkira.
Tindakan segera harus diambil kalau tempat bertanding didapati kurang selamat.
Keputusan samada memperbaiki atau menukar tempat bertanding perlu dibuat dengan
segera bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku di tempat bertanding.

5. Persekitaran Selamat

a. Semasa bermain atau bertanding, jurulatih, guru sukan atau pegawai sukan mesti pastikan
persekitaran bertanding adalah selamat.

b. Perlu perhatikan keadaan cuaca semasa latihan atau pertandingan. Latihan atau
pertandingan mesti diberhentikan semerta sekiranya hujan walaupun tidak lebat.

c. Perhatikan kilat. Biasanya apabila guruh akan diikuti dengan kilat. Kilat adalah di luar
kawalan dan terlalu bahaya. Jurulatih, guru sukan dan pegawai sukan perlu mengambil
perhatian yang sepenuhnya kerana jika ditimpa kilat, seseorang itu mungkin akan mati.
Pegawai sukan sewajibnya menghentikan segala latihan atau pertandingan jika ada kilat.
Keputusan memberhentikan pertandingan adalah muktamad. Keselamatan pemain
adalah lebih penting daripada menang atau kalah. Jika ada kilat, jurulatih, guru sukan,
dan pegawai sukan perlu terus bawa pelajar ke dalam bangunan atau ke tempat yang
berbumbung. Untuk bermain atau bertanding semula di luar, jurulatih, guru sukan dan
pegawai sukan dinasihatkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 30 minit selepas kilat
berhenti.
Modul 36
Sukan Individu

Rajah 9: Ditimpa kilat boleh mendatangkan maut

d. Berlatih atau bertanding dalam keadaan cuaca yang terlalu panas akan mengakibatkan
strok haba. Hentikan latihan atau pertandingan segera tanpa raguan. Ini adalah kerana
apabila cuaca terlalu panas, pemain mungkin akan mengalami dehidrasi. Pemain perlu
digalakkan untuk mengambil minuman sebelum, semasa dan pada masa pertandingan
atau latihan. Air sejuk adalah minuman yang paling sesuai berbanding dengan air suam
atau panas.

Rajah 10: Pastikan minum air/minuman yang mencukupi sebelum, semasa dan pada masa
bersukan untuk mengelakkan dehidrasi

e. Hati-hati juga dengan cuaca yang sejuk. Untuk pemain yang kurus, dia mungkin tidak
dapat bertahan untuk bermain dalam cuaca yang sejuk kerana ini akan mengakibatkan
kehilangan haba badan dengan cepat.

Huraikan tindakan yang perlu diambil oleh jurulatih, guru sukan, dan pegawai sukan
dalam pengurusan risiko dalam sukan.

______________________________________________________________
______________________________________________________________
____________________________________________________________
Modul 37
Sukan Individu

PERTIMBANGAN KESELAMATAN DALAM SUKAN PERINGKAT SEKOLAH

Untuk menjamin keselamatan dalam sukan individu, beberapa pertimbangan keselamatan perlu diambil
berat secara serius oleh semua pihak yang melibatkan diri dalam sukan.

1. Setiap sekolah sepatutnya mempunyai program latihan dan program kejurulatihan yang
terancang serta kaiteria pemilihan yang sistematik untuk memilih wakil pemain pasukan
sukan. Latihan yang dirancang dan diikuti oleh atlet sukan seharusnya sesuai dengan
keadaan fizikal pemain. Program latihan yang dirancang dengan rapi membolehkan
pelajar menguasai kemahiran asas sukan pilihan dengan teknik yang betul. Penguasaan
kemahiran asas yang baik dapat menjamin keselamatan kerana pelajar dapat melakukan
kemahiran tersebut dengan aksi yang betul dan sempurna. Aksi yang salah akan
mendatangkan risiko yang tinggi untuk cedera.

2. Jurulatih, guru sukan perlu berhati-hati dengan intensiti, kekerapan, dan tempoh latihan
semasa melatih pemain. Bebanan latihan yang berlebihan akan mengakibatkan pemain
burn out, terlebih latihan, dan tidak memberi peluang untuk sembuh (recovery)
sepenuhnya bukan sahaja daripada penat lesu ataupun juga daripada kecederaan
lampau.

3. Jurulatih, guru, dan pegawai sukan seharusnya sedar tentang kekuatan fizikal dan
persediaan fizikal yang diperlukan oleh sesuatu aktiviti sukan. Pelajar sepatutnya dipilih
berdasarkan kebolehan dan kesesuaiannya terhadap sukan yang dipilih.

4. Pelajar hanya dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang rencak
sekiranya pelajar tersebut mempunyai kecergasan yang tinggi. Kecederaan boleh berlaku
jika pemain tidak cukup kecergasan. Pelajar perlu mengetahui dan memahami limitasi
kecergasan diri sebelum bersukan. Terlalu mencabar kepada limitasi diri akan
mengundang kepada kecederaan.

5. Jurulatih, guru, dan pegawai sukan mesti mengenal pasti pelajar yang sedang mengalami
kecederaan dan belum sembuh sepenuhnya. Jikalau pelajar telah dikenal pasti sedang
mengalami kecederaan, dia wajib dihalang untuk mengambil bahagian dalam sukan. Ini
adalah untuk mengelakkan kecederaan bertambah teruk.

6. Pelajar tidak seharusnya kembali bermain selepas kecederaan melainkan kecederaan


tersebut telah disahkan sembuh sepenuhnya oleh pakar perubatan bertauliah. Sekiranya
terdapat apa-apa kemusykilan mengenai situasi kecederaan, adalah baik pelajar tersebut
dihalang terus bermain sehingga disahkan selamat bermain oleh pakar perubatan.

7. Keadaan kesihatan pemain haruslah dikuasai dengan penyeliaan yang ketat. Setiap
pemain mesti dijalani pemeriksaan fizikal secara spesifik sebelum bertanding. Dapatkan
laporan kesihatan. Hanya individu yang mempunyai kesihatan yang baik dibenarkan
mengambil bahagian dalam pertandingan sukan.
Modul 38
Sukan Individu

8. Pastikan pemain tidak letih lesu (fatigue), stres, dan tertekan dengan hasrat mesti menang
semasa bertanding. Status emosi pemain yang tidak stabil akan mengganggu prestasi
pemain seterusnya menjejaskan standard dan kualiti prestasi pemain. Secara tidak
langsung, pemain terdedah kepada risiko kecederaan, seterusnya menjejas keselamatan.

9. Semua pemain mesti mahir tentang undang-undang dan peraturan sukan. Jurulatih, guru
sukan, dan pegawai sukan seharusnya memastikan pelajar akur dan bermain mengikut
undang-undang dan peraturan sukan tertentu.

10. Jurulatih, guru, dan pegawai sukan seharusnya mengambil langkah berhati-hati untuk
melindungi pelajar daripada kesan keadaan cuaca yang teruk termasuk menyediakan
kawasan teduh untuk penonton, perlindungan matahari oleh pemain, serta bekalan
minuman yang mencukupi.

11. Sebelum bersukan, semua pelajar mesti melakukan aktiviti regangan yang mencukupi
mengikut keperluan sukan pilihan. Adalah baik sekiranya jurulatih, guru sukan dapat
memantau aktiviti regangan supaya pelajar melakukannya dengan teknik yang betul serta
sikap yang bersungguh-sungguh.

Rajah 11: Aktiviti regangan adalah wajar sebelum bersukan


Modul 39
Sukan Individu

12. Jurulatih, guru, dan pegawai sukan seharusnya memastikan pelajar melakukan aktiviti
memanaskan badan dan menyejukkan badan yang memadai mengikut keperluan sukan
masing-masing. Aktiviti memanaskan badan dapat menyediakan pemain dari segi fizikal
dan mental. Manakala aktiviti menyejukkan badan dapat membantu pelajar supaya dapat
pulih lebih cepat daripada penat lesu selepas bersukan.

Rajah 12: Memanaskan dan menyejukkan badan adalah wajar untuk atlet
demi menjamin keselamatan sukan

13. Jika boleh, pastikan pihak sekolah menyediakan seorang individu yang mempunyai
kelayakan pertolongan cemas yang terkini bersama dengan pemain di tempat bertanding.
Langkah ini adalah untuk menjamin keselamatan pelajar, pada masa yang sama boleh
mengelakkan kecederaan menjadi lebih teruk.

14. Jurulatih, guru sukan, dan pegawai sukan mesti sentiasa membawa peti pertolongan
cemas (first aid box) yang sempurna setiap kali berlatih atau bertanding. Pastikan
kandungan peti pertolongan cemas adalah sentiasa dilengkapi dengan bahan-bahan yang
wajib ada. Jangan simpan bahan yang telah luput tarikh penggunaan kerana ia amat
merbahaya jikalau disalahgunakan.
Modul 40
Sukan Individu

Rajah 13: Kandungan peti pertolongan cemas


Modul 41
Sukan Individu

15. Asas penjagaan kebersihan pemain seharusnya diselia rapi dengan merujukkan manual
perubatan dan kesihatan semasa menggunakan bahan-bahan dalam peti pertolongan
cemas.

16. Kalau boleh, sentiasa sediakan ais semasa berlatih atau bertanding. Ais sangat berguna
untuk meredakan kecederaan. Fungsi ais adalah untuk menghilangkan kesakitan, hilang
bengkak, perlahankan pendarahan berlaku, memperlahankan pengaliran darah
seterusnya meredakan kecederaan. Ais juga boleh digunakan setiap kali tamat latihan
untuk menghilangkan keletihan otot serta mempercepatkan kadar penyembuhan daripada
letih lesu (fatigue).

Bincangkan kepentingan persediaan peti pertolongan cemas semasa bersukan.


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Huraikan tindakan yang perlu diambil oleh jurulatih, guru sukan, dan pegawai sukan
dalam pengurusan risiko sukan.
_______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________________

Bincangkan empat tanggungjawab jurulatih, guru sukan, dan pegawai sukan dalam
menjamin keselamatan sukan di sekolah.

1 2

3 4
Modul 42
Sukan Individu

RUMUSAN
Sukan digemari ramai bukan setakat daripada orang dewasa tetapi kanak-kanak juga. Adalah
tidak dapat dinafikan bahawa bersukan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan
terutamanya pada kanak-kanak di peringkat sekolah rendah. Walau bagaimanapun, kajian telah
menunjukkan 50% kecederaan sukan dapat dicegah sekiranya langkah menjamin keselamatan
diambilberat oleh semua pihak yang melibatkan diri dalam sukan. Jurulatih, guru sukan, dan pegawai
sukan, tidak ketinggalan juga pemain/atlet itu sendiri mesti mempunyai kesedaran mengenai kepentingan
menjaga keselamatan semasa bersukan. Semua individu yang terlibat dalam sukan sepatutnya dididik
dengan pengetahuan pengurusan risiko dalam sukan individu demi untuk mencegah kecederaan sukan.
Jikalau semua pihak sama-sama menitikberatkan langkah menjamin keselamatan semasa bersukan,
insiden kecederaan sukan pasti dapat dikurangkan.

KATA KUNCI
Alat pelindung
Dehidrasi
Jurulatih
Kecederaan sukan
Kecergasan
Keselamatan
Kilat
Letih lesu
Memanaskan badan
Menyejukkan badan
Pengurusan risiko
Penyeliaan ketat
Peralatan sukan
Peti pertolongan cemas

PENILAIAN KENDIRI
1. Kajian menunjukkan bahawa kecederaan sukan boleh dicegahkan. Bincangkan langkah-langkah
pencegahan kecederaan semasa bersukan.
2. Jelaskan tanggungjawab pemain dalam menjamin keselamatan semasa bersukan.
3. Jelaskan mengapa keadaan persekitaran adalah penting dalam menjamin keselamatan sukan.
4. Perihalkan kepentingan pemeriksaan peralatan sukan sebelum bersukan.
5. Apakah peranan alat pelindung dalam sukan?
Modul 43
Sukan Individu

RUJUKAN
Flegel, M.J. (1997). Sport first aid. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.
Prentice William E. (2008). Essentials of athletic injury management. Boston: McGraw Hill.
Prentice William E. (2011). Principles of athletic training. New York: McGraw Hill.

Laman sesawang:

http://www.sportssafety.org
http://www.det.nt.gov.au/
www.nssousa.org/
www.stopsportsinjuries.org/support.../child-safety-organizations.aspx
www.stopsportsinjuries.org/
www.youthsportssafetyalliance.org/
www.nlm.nih.gov/medlineplus/sportssafety.html
www.med.umich.edu/yourchild/topics/sportsaf.htm
www.sma.org.au/wp-content/.../05/childrensafetyguidelines-fulldoc.pdf
Modul 44
Sukan Individu

UNIT 4

SUKAN GELANGGANG
BADMINTON

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menguasai pengetahuan, kemahiran asas dan peraturan permainan badminton.


2. Mengurus dan mengelolaan pertandingan permainan badminton.

Rajah 1 : ‘Battledore and shuttlecock’

PENGENALAN

Sejak abad kesebelas lagi, sejenis permainan yang menyerupai badminton yang dicipta oleh
sekumpulan askar British tetapi disebut sebagai “Battledore and shuttlecock” Rajah 1, telah
dimainkan. Menurut Syed Hashim Alkhred, badminton, dipercayai berasal dari india yang pada
mulanya dikenali sebagai permainan poone (poona). J.I Baldwin dipercayai memberi
Modul 45
Sukan Individu

pandangan bahawa permainan itu akan bertambah menarik jika bulu tangkis itu dipukul jauh dan tidak ke
arah pemain lawan. Justeru, terciptanya permainan badminton ini. Yang menariknya, pada masa itu tidak
ada kilang yang mengeluarkan bulu tangkis, maka pemain terpaksa membuat bulu tangkis sendiri dengan
menggunakan apa jua bahan yang ada. Persoalannya, sejak bilakah undang-undagn badminton
diwujudkan bagi menentukan ukuran-ukurang atau saiz gelanggang, bilangan pemain serta pungutan
mata?

S ehinggalah 1893, apabila pelopor Persatuan Badminton England ditubuhkan, maka wujudlah
undang-undang yang menentukan ukuran atau saiz gelanggang, bilangan pemain serta pungutan
mata. Sejak itu, permainan badminton mula berkembang sebagai sukan yang sebenar untuk
semua orang. Sukan ini boleh dimainkan oleh kaum wanita dan lelaki, baik yang muda mahupun dewasa
dan juga merupakan acara pertandingan sukan yang semakin popular dalam kalangan golongan kurang
upaya. Badminton adalah antara beberapa jenis sukan yang membolehkan wanita bertanding secara
saksama apabila bergandingan dengan lelaki dalam acara beregu; malahan, acara beregu, campuran
dianggap sebagai salah satu acara badminton yang menghiburkan.

ISI KANDUNGAN

ASAL USUL NAMA? SEJARAH PERKEMBANGAN BADMINTON DI TANAHAIR KITA?

D uke of Beauford telah menyaksikan sejenis permainan menggunakan raket dan bulu tangkis
di sebuah tempat bernama Badminton pada tahun 1870. Beliau amat tertarik dengan
permainan itu dan bersetuju menamakan sebagai permainan badminton sempena nama
tempat permainan itu ditemui.
Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Badminton yang dikenali sebagai Poona pada ketika
itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East India di Suffolk
House, kediaman bagi Captain Francis Light. Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys
School di Ayer Hitam. Gambar permainan ini dimainkan oleh orang perempuan dan juga pegawai British
boleh dilihat di Muzium Pulau Pinang.

Permainan badminton telah dimainkan di E & O Hotel di Pulau Pinang pada 1885 oleh isteri-isteri pegawai
Syarikat East India. Penduduk tempatan Pulau Pinang kemudian memainkan permainan ini dalam versi
mereka menggunakan bulu ayam. Bulu ayam juga boleh disaksikan di Muzium Negara hari ini. Antara
tahun 1920-1923, George Thomas telah melawat Pulau Pinang. Beliau telah bermain dengan penduduk
tempatan Pulau Pinang dan mendapati mereka bermain dengan baik. Beliau kemudian mencadangkan
untuk menubuhkan satu organisasi. Oleh itu adalah tidak menghairankan pada tahun 1925, Persatuan
Badminton Pulau Pinang telah ditubuhkan. Sekaligus menubuhkan organisasi sukan pertama di negara
ini.

Seorang lagi jaguh badminton yang tersohor iaitu J.F. Devlin yang merupakan ayah kepada J Devlin yang
terkenal kerana menjadi harapan utama pasukan Piala Uber Amerika Syarikat. Beliau telah melawat Pulau
Modul 46
Sukan Individu

Pinang dan Malaya antara 1929-1931. Setelah mendapati badminton mempunyai begitu ramai pengikut di
Malaya, beliau mencadangkan penubuhan Organisasi Kebangsaan dan menganjurkan pertandingan
badminton peringkat kebangsaan. Ini telah mencetuskan penyertaan Malaya di kejohanan antarabangsa.
Semasa itu jugalah Persatuan Badminton Perak telah ditubuhkan.

Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden pertamanya ialah J.L
Woods dari Perak. Seorang tauke, Foong Seng kemudian telah diajak untuk menderma bagi pertandingan
piala antara negeri berpasukan untuk lelaki. Pada 1937, pertandingan Foong Seong Cup telah dimainkan
Idi Perak dan Pulau Pinang telah muncul sebagai juara pertama kejohanan itu. Persatuan Badminton
Malaya kemudian menyertai Federasi Badminton Antarabangsa pada 1937.

SEJARAH PENCAPAIAN SUKAN BADMINTON DI TANAHAIR

Era 50-an -Wong Peng Soon menjadi pemain Malaysia pertama memenangi acara perseorangan
di All England
-Eddy Choong dan David Choong memenangi acara beregu All England
-Ooi Teik Hock dan Ong Poh Lim memenangi acara beregu.
-Malaya memenangi Piala Thomas buat pertama kali dengan menewaskan
Denmark 8-1.

-Mean Joo Seang, Presiden Persatuan Badminton Malaya telah menyumbangkan sebuah Challenge
Trophy untuk Ladies Heah Cup. Ia adalah pertandingan antara negeri yang melibatkan hanya pemain
wanita seperti Piala Uber, telah muncul sebagai juara pertama.
- Eddy Choong menjuarai perseorangan All England.
-Malaysia tewas 3-6 di dalam kejohanan Piala Thomas kepada Indonesia di Singapura.
-Tan Kew San dan Lim Say Hap menjuarai beregu All England.

Era 60-an -Tan Yee Khan dan Ng Boon Bee menjuarai beregu All England.
-Malaysia memenangi Piala Thomas menewaskan Indonesia 6-3.
-Tan Aik Huang menjuarai perseorangan All England.

Era 70-an -Pertandingan Badminton Individu Remaja yang pertama diadakan.


-Ng Boon Bee dan Punch Gunalan menjuarai beregu All England.
- Kejohanan remaja berpasukan antara negeri yang pertama telah dianjurkan.

Era 80-an - Razif dan Jalani Sidek menjuarai beregu All England.

Era 90-an - Malaysia tewas kepada China di peringkat akhir Piala Thomas.
-Malaysia menewaskan Indonesia di pertandingan akhir Piala Thomas 3-2.
- Cheah Soon Kit dan Yap Kim Hock telah memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Atlanta.
Modul 47
Sukan Individu

UNDANG-UNDANG PERMAINAN BADMINTON

Permainan badminton dimainkan di gelanggang oleh dua pemain (bagi acara


perseorangan) atau empat pemain (bagi acara beregu). Pemain badminton
menggunakan raket untuk memukul bulu tangkis melepasi jaring yang direntang dan
matlamat utama ialah menjatuhkan bulu tangkis itu ke dalam gelanggang atau
terkandas di jaring. Pemain atau pasangannya yang berjaya mematikan bulu tangkis
lawan akan diberi mata. Pemain atau pasangan pertama yang memperoleh mata yang diperlukan akan
digelar pemenang. Satu perlawanan ialah pilihan permainan yang terbaik daripada tiga permainan.
Badminton sering dimainkan di dalam bangunan kerana bulu tangkisnya terlalu ringan dan mudah ditiup
angin.

GELANGGANG BADMINTON
Ukuran gelanggang badminton dipaparkan dalam rajah 1 sepertimana terdapat di muka surat
berikutnya. Permukaan lantai gelanggang seelok-eloknya diperbuat daripada kayu walaupun bahan
binaan lain boleh digunakan selagi tidak licin atau menyebabkan pemain tergelincir.

Tinggi jaring adalah 1.55m di tiang dan 1.524m di tengah-tengah gelanggang.


Dalam perseorangan, kawasan garisan pendek dikira luar semasa servis.
Dalam bergu, kawasan antara dua garisan belakang adalah dikira luar semasa servis.
Dalam perseorangan, kawasan gelanggang adalah 6.10m x 13.40m (20’ x 44’) sementara
Perseorangan khususnya ialah 5.18m x 13.40m (17’ x 44’) (Rajah 2)
Modul 48
Sukan Individu

Rajah 2: Gelanggang Badminton


Modul 49
Sukan Individu

PERALATAN:
Bulu tangkis
Terdapat dua jenis bulu tangkis yang asas, iaitu
1. Bulu tangkis asli; dan
2. Bulu tangkis sintetik.

Soalan: 1. Apakah jenis bulu digunakan untuk membuat bulu tangkis asli?
2. Berapakah hilai bulu yang dicucukkan ke dalam gabus untuk membuat bulu tangkis?

B ulu tangkis asli menggunakan 16 helai bulu angsa yang dicucukkan ke dalam gabus. Baha-
gian bergabus ini dilindungi oleh selapisan kulit yang nipis. Oleh sebab bulu ini mudah rosak, bulu
tangkis jenis asli harus diguna dengan teliti dan janganlah dipukul ke lantai. Apabila bulunya rosak,
pergerakan bulu tangkis akan terjejas. Penggunaan bulu tangkis sintetik telah diluluskan untuk dimainkan
di kebanyakan tempat dan boleh didapati dalam kelajuan yang berbeza. Lilitan bahan sintetik
menggantikan bulu angsa yang asli dan bahagian gabus digantikan pula dengan bahan sintetik. Jika
dibandingkan dengan bulu tangkis asli, bulu tangkis sintetik bertahan lebih lama, lebih murah dan selalu
digunakan oleh golongan pemain baru dan kebanyakan pemain kelab yang mula menikmati permainan ini.

Berat raket badminton zaman sekarang adalah kurang daripada 100 gram, membolehkan raket dihayun
dengan kelajuan yang dapat mencapai 500 km sejam. Kebanyakan raket hari ini diperbuat daripada
pelbagai jenis logam. Sebab itulah, adalah penting untuk seseorang pemain menguji seberapa banyak
raket yang boleh sebelum memilikinya.

Memulakan Permainan
“Toss” perlu dibuat sebelum memulakan permainan
Pihak pemenang boleh memilih membuat/menerima servis, atau memilih petak gelanggang.
Pihak yang kalah akan memilih pilihan yang tinggal.

Tahukah anda
Sebaik sahaja servis dibuat, apakah batasan dan larangan yang dikenakan berkaitan kedudukan
pemain setiap pasangan beregu?
Modul 50
Sukan Individu

P ENGIRAAN MATA
Mata hanya diberi kepada pemain atau pasangan yang menang satu-satu rali. Servis hanya dibuat
oleh pemain/pasangan yang menang satu-satu rali.
Apabila skor menjadi 20 sama, pihak yang mendapat 2 mata perbezaan dahulu dikira sebagai
pemenang; kecuali apabila mata 29 sama, maka pihak yang mendapat 30 dahulu dikira sebagai
pemenang.

Nota: Pemain-pemain sosial boleh mempunyai sistem pemberian mata mereka sendiri seperti
yang dipersetujui antara mereka

Servis
Pembuat/penerima servis berdiri bertentangan (diagonal) di petak servis masing-
masing. Semasa memukul bulutangkis (point of contact), ia harus berada di paras
bawah pinggang pembuat servis. Shaft raket harus dihala ke bawah Impak pertama
adalah di bahagian belakang (cock) bulutangkis.
Kedua-dua belah kaki pembuat/penerima servis harus menyentuh gelanggang sehingga servis selesai dan
tidak berganjak. Pergerakan raket haruslah berterusan

Menerima servis
Pasangan yang menerima servis tidak boleh bertukar petak sekiranya menang atau
kalah dalam satu-satu rali; hanya pasangan yang membuat servis dan menang
dalam rali itu akan bertukar. Selepas membuat servis, pemain-pemain bebas
bergerak ke mana-mana posisi dalam gelanggang.

Tahukah anda
Posisi penerima servis jelas ditentukan iaitu dalam lingkungan separa petak yang seorang
bertentangan dengan petak penservis. Berapa lamakah dia perlu berdiri di situ?
Modul 51
Sukan Individu

PERLAWANAN BADMINTON

Perlawanan/game atau match’

Satu perlawanan mengandungi maksimum 3 perlawanan. Jika seseorang/pasangan pemain telah


memenangi 2 perlawanan berturut-turut, perlawanan ketiga tidak perlu dimainkan. Perlawanan ketiga
hanya perlu sekira setiap pemain/pasangan masing-masing memenangi satu game. Masa rehat tidak
melebihi 120 saat diberi antara perlawanan pertama dan kedua, dan antara game kedua dan ketiga jika
ada. Apabila mata 11 dalam mana-mana perlawanan, masa rehat tidak melebihi 60 saat akan diberi.
Jurulatih boleh memberi tunjuk ajar pada bila-bila masa kecuali sewaktu rali; tetapi hanya boleh bertemu
pemain sewaktu rehat.

Perlawanan perseorangan

Pemain akan membuat servis petak kanannya apabila mata genap (0,2,4 …) dan dari
petak kiri apabila mata ganjil (1,3 ….) Pembuat servis harus membuat servis ke
gelanggang bertentangan (diagonal). Pemain yang menang dalam perlawanan pertama
akan memulakan servis dalam perlawanan berikutnya.

Perlawanan beregu

Pasangan yang membuat servis, jika menang rali itu, akan terus membuat
servis dan bertukar petak mengikut skor. Jika pasangan yang membuat servis
kalah dalam rali itu, servis akan berpindah kepada pasangan lawan. Pembuat
dan penerima servis hendaklah berada di petak masing-masing. Semasa
membuat servis, rakannya dan rakan penerima servis boleh berada di mana-
mana tempat dalam gelanggang tetapi tidak menghalang pandangan pembuat dan penerima servis.
Pasangan yang memenangi perlawanan itu akan memulakan perlawanan yang berikutnya.

Tahukah anda
Sebaik sahaja servis dibuat, apakah batasan dan larangan yang dikenakan berkaitan kedudukan
pemain setiap pasangan beregu?
Modul 52
Sukan Individu

Pertukaran gelanggang

Apabila tamat game pertama (Rajah 2);


apabila tamat game kedua jika ada game ketiga; apabila skor 11 dalam game
ketiga; jikalau umpire terlupa, pertukaran serta-merta dilakukan apabila
menyedari tentang kesilapan tetapi tiada perubahan mata skor.

Rajah 3 : Pertukaran Gelanggang

Pemain dilarang seperti:

Dengan sengaja melambat-lambatkan permainan.


Dengan sengaja mengubahsuai iatau merosakkan bulutangkis dengan hasrat
mengubah kelajuan atau terbangan. Berkelakuan dengan ‘offensive manner’

EMAHIRAN ASAS
Genggaman atau pegangan asas atau grip

K Dalam badminton, cara memegang raket adalah penting. Terdapat berlainan cara
untuk memegang raket iaitu setiap kelainan memberikan tujuan yang tidak sama. Ia untuk
mengawal permukaan dan kepala raket. Genggaman yang tidak baik akan menyebabkan kualiti dan
kekuatan pukulan berkurangan. Pemain harus tahu untuk menukar cara genggaman bergantung kepada
jenis pukulan yang ingin dilakukan.Sekiranya bulu tangkis berada di sebelah kanan raket, jadi genggaman
sebelah kanan digunakan. Manakala jika di bahagian kiri raket, genggaman sebelah kiri digunakan. Ia
bergantung kepada arah bulu tangkis. Terdapat pelbagai cara untuk mengajar pemain cara genggaman
raket (grips) (Rajah 4)
Modul 53
Sukan Individu

Pegangan asas sebelah kanan (Forehand):


• Pegang raket dalam keadaan selesa
• Tapak tangan diletakkan rata di atas permukaan tali raket.
• Tangan yang memegang raket diluncurkan menuju ke bawah
raket, bermula dari syaf
(shaft) menuju ke pemegang raket (handle).
• Tangan digoyang perlahan dengan pemegang.
• Jika dilihat, bentuk “V” akan terbentuk di antara ibu jari dan jari
yang lain.
• Jari telunjuk dijauhkan sedikit dari jari yang lain dengan keadaan
tinggi berbanding ibu
jari di bahagian atas pemegang raket.
• Raket digenggam/ dipegang dalam keadaan longgar dan tidak
terlalu ketat.
• Jari-jari hanya akan diketatkan apabila ingin membuat pukulan.
Genggaman kuatndiperlukan apabila lebih kekuatan atau tekanan
digunakan. (Lihat Rajah 4 di sebelah)

Rajah 4 : Cara genggaman asas

Pegangan Asas Pukulan Kilas (Backhand)


Pukulan asas kilas digunakan apabila bulutangkis berada dituju di
bahagian kiri gelanggang
sekiranya tangan kanan yang memegang raket. Cara ini juga
digunakan apabila ingin membuat
ketukan (tapping) bulutangkis yang hampir dengan jaring. Terdapat
pelbagai kaedah untuk
memberi tunjuk ajar kepada pemain mengenai genggaman asas
pukulan kilas (backhand).
• Raket dipegang dengan genggaman forehand
• Ibu jari dialihkan dan diletakkan di sisi raket, dengan keadaan
ibu jari menekan
permukaan
• Untuk pemain yang baru menceburi sukan badminton, pastikan
mereka meletakkan ibu
jari di atas bahagian pemegang raket yang rata. Pastikan juga
ibu jari di diletakkan
menghala ke atas.
• Kesan bentuk ‘V’ di pemegang (Lihat Rajah 4a di sebelah)
Rajah 4 : Cara genggaman kilas
Modul 54
Sukan Individu

Kesalahan biasa di buat.


• Raket dipegang terlalu ketat.
• Raket dipegang terlalu jauh dengan hujung pemegang.
• Raket dipegang dengan kesemua jari rata dan menghala secara tegak / lurus ke
permukaan raket.
• Raket dipegang dengan ibu jari secara rata atas pemegang dan kesemua jari
menghala ke atas permukaan raket (sila lihat gambar di atas).
• Raket dipegang dengan ibu jari dan jari yang lain dengan mengulung keseluruhan
Pemegang (sila lihat Rajah 4 di atas).

Rajah 5: Teknik pegangan raket yang betul


Modul 55
Sukan Individu

Servis
Terdapat dua servis asas dalam badminton iaitu servis tinggi (Rajah 4) dan servis rendah
(Rajah 5) berikut ini. Servis tinggi kerapkali digunakan oleh pemain perseorangan.
Variasi dalam servis termasuk juga servis tinggi ke belakang, servis flik dan servis deras.
Servis tinggi dan flik biasanya digunakan oleh pemain peseorangan.

Kebaikan servis tinggi


Servis tinggi akan menyebabkan bulu tangkis jatuh secara menegak ke belakang
gelanggang pihak lawan dan menyebabkan pihak lawan susah melakukan pukulan
agresif. Pertama, beliau terpaksa bergerak kebelakang. Kedua, beliau perlu mengunakan
lebih hayunan ke belakang
dan lebih banyak pergerakan bahagian tubuh badan untuk menghasilkan daya yang lebih
tinggi. Ketiga tali raket akan menyentuh bahagian bulu tangkis dahulu dari gabus. Ini akan mengakibatkan
kuasa pukulan pihak lawan di kurangankan.
• Berdiri sisi dekat dengan tengan garisan di bahagian tengah gelanggang.
• Kaki tanpa raket dibawa ke depan.
• Gunakan gengaman hadapan atau “forehand”
• Pegang bulu tangkis diparas mata di depan tubuh badan pemain.
• Hayun raket ke belakang.
• Gunakan hayunan yang besar ke depan.
• Pindahkan berat badan dari kaki raket ke kaki tanpa raket.
• Ikut lajak mengikut arah yang ditujukan.

Kesalahan-Kesalahan Yang lazim Berlaku

• Berdiri terbuka iaitu berdiri terlalu selari dengan sisi garisan atau badan berdepan secara
perpenjuru dengan jaring.
• Badan condong ke belakang dan tidak dibawa ke depan.
• Ikut lajak dipendekkan atau diberhentikan secara cepat.
• Condong ke depan semasa membuat servis.
• Memegang bulu tangkis dekat dengan badan.
• Memegang bulu tangkis terlalu rendah dan cuba membuat pukulan di luar tangan atau
melebihi paras pinggang.

Servis Kilas
Servis kilas kerapkali digunakan oleh ramai pemain-pemain beregu
dan juga peseorangan
• Berdiri dekat dengan garisan servis.
• Gunakan gengaman kilas.
• Pastikan kaki raket di depan.
• Pegang bulu tangkis di bulunya.
Modul 56
Sukan Individu

• Gunakan hayunan yang kecil dan pukul bulu tangkis luar dari tangan.

Rajah 6: Servis tinggi Rajah 7: Servis rendah

Pukulan atas kepala

Prinsip melakukan pukulan atas kepala atau “overhead” adalah senang. Rajah 6 dan Rajah
7 berikut menunjukkan titik sentuhan dan sudut sentuhan permukaan raket dengan bulu
tangkis untuk menentukan sama ada pukulan itu “lob”, junam atau smasy. Penerbangan bulu
tangkis untuk semua pukulan “overhead” adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 6 berikut:

Rajah 8: Pelbagai jenis pukulan A: Lob; B:Drop shot ; C: Attack Lob;D: Drive;E:Smash dan F: Netting
Modul 57
Sukan Individu

Rajah 9 : Kawasan sentuhan pukulan atas kepala atau “Overhead”

Kesalahan biasa

Badan pemain tidak dapat berada di belakang bulu tangkis. Ini menyebabkan pemain terpaksa memukul
bulu tangkis tanpa memindahkan berat badan ke depan sebaliknya ia bergerak atau membengkok ke
belakang apabila pukulan dibuat. Akibatnya, pukulan tidak kuat dan kekurangan arah.

“Lob” merupakan pukulan yang sangat penting dalam pukulan “overhead”. “Lob” terutamanya digunakan
dalam peseorangan untuk mengerakkan pihak lawan ke belakang gelanggang dan mewujudkan ruang di
depan gelanggang. Dengan menggunakan pukulan ”lob”, seseorang pemain mempunyai masa dan dapat
memulih ke kawasan tengah atau pusat operasi. Jika pukulan ”lob” dilakukan dengan mendatar dan laju
maka ia dikenali sebagai pukulan ”lob” serangan. Ini akan memaksa pihak lawan untuk bergerak cepat ke
belakang gelanggang.

Apabila bulu tangkis diberi pukulan yang tinggi, maka ia dikenali sebagai “lob” defensif. Pukulan ini
dimainkan apabila pemain-pemain memerlukan masa atau apabila mereka dalam keadaan bertahan atau
defensif.

Pukulan Smasy
Pukulan smasy merupakan satu pukulan utama dalam serangan. Pukulan ini kerapkali
digunakan untuk mematikan satu rali atau melajukan permainan. Persediaan untuk
pukulan smasy adalah sama seperti lob dan junam.
• Titik kontak bulu tangkis dengan raket dalam pukulan smasy adalah jauh ke
atas dari badan dan sedikit depan bahu raket.
• Pemindahan berat badan ke atas bulu tangkis.
• Gunakan pinggang raket, rotasi hadapan dan gengaman yang ketat pada ketika
menyentuh bulu tangkis menambahkan kuasa smasy.
Modul 58
Sukan Individu

• Hayunan ke depan raket yang laju dan eksplosif akan membantu dalam menghasilkan
pukulan smasy yang lebih berkuasa.

Jika pukulan smasy diambil pada ketinggian yang maksimum, sudut rejaman adalah lebih tajam
dan ini akan menyebabkan pihak lawan sukar untuk balas balik pukulan tersebut (Rajah 9).

Rajah 10: Pukulan Smasy

Pukulan Kilas
Kebanyakan pemain bermasalah dalam membalas balik pukulan-pukulan dari bahagian
backhand. Pemian-pemian seringnya dinasihatkan oleh jurulatihnya menggunakan pukulan
melepasi kepala atau “around the head” apabila membalaskan pukulan yang diarahkan ke
kawasan “backhand” atau kilas pemain.

Walau bagaimanapun, adalah mustahil untuk melakukannya jika bulu tangkis melepasi pemain.
Oleh itu adalah lebih baik jika pemain-pemian diajar bermain pukulan kilas (Rajah 9).

• Membelakangkan gelanggang pihak lawan dengan berat badan dikaki raket;


• Sentiasa melihat bulu tangkis;
• Raket dipegang melintasi badan dengan gengaman kilas dan siku raket rendah
sehingga bersedia untuk memukul;
• Saat sebelum memukul bulu tangkis, raket pemain akan bergerak melintangi badan dari
rendah ke aras tinggi terhadap bulu tangkis.
Modul 59
Sukan Individu

• Pukul bulu tangkis dengan aksi “whip”.


• Ikut lajak adalah pendek.
• Cepat pusingkan badan balik ke arah tuju bulu tangkis.

Rajah 11: Pukulan Kilas

ukulan di jaring
P Pukulan di jaring boleh diambil di kedudukan paras atas jaring atau bawah jaring. Sekiranya
bulutangkis di atas paras jaring, satu pukulan tajam boleh dilakukan.
Manakala sekiranya bulutangkis diambil betul-betul di paras jaring, pukulan boleh dibuat serapat yang
mungkin dengan jaring yang akan menyukarkan pihak lawan untuk membalas pukulan.
Perkara penting semasa bermain di jaring adalah dengan memastikan raket sentiasa berada
pada kedudukan yang tinggi dan atas di hadapan badan. Perkara penting yang lain adalah:
Pastikan kaki, iaitu tangan yang memegang raket berada pada posisi hadapan dan siku
dibengkokkan.

• Bulu tangkis disentuh seawal yang mungkin untuk mendapat lebih banyak peluang
dalam membuat pukulan seterusnya.
• Raket dipegang longgar.
• Jari,ibu jari dan pengelangan tangan memainkan peranan yang penting semasa
membuat pukulan.
• Bulutangkis disentuh seolah-olah ingin membuat pukulan.
• Gerakan seterusnya adalah minimum.
Modul 60
Sukan Individu

Rajah 12: Pukulan di jaring

BADMINTON BAGI GOLONGAN KURANG UPAYA

Sukan badminton kini kian popular dalam kalangan golongan yang kurang upaya dan terdapat bebeapa
kursus khas jurulatih yang boleh diikuti. Undang-undang permainan telah dipinda bagi mengambil kira
kepentingan pemain-pemain yang kurang upaya. Keterangan lanjut boleh diperoleh daripada Undang-
undang Badminton (Law of Badminton)

Maklumat Tambahan
Sukan Badminton ditadbirkan secara global oleh Persatuan Badminton Antarabangsa (the International
Badminton Federation (IBF). Badan ini mempunyai 142 negara ahli, yang menjadikan IBF sebagai salah
satu badan sukan yang terbesar di dunia. IBF bertanggungjawab menguruskan pertandingan sedunia
badminton kumpulan untuk golongan lelaki dan wanita, yang bertanding untuk merebut Piala Thomas
(Lelaki) dan Piala Uber (Wanita).
Modul 61
Sukan Individu

RUMUSAN

Badminton merupakan sukan keagungan negara yang paling diminati dan diamalkan rakyat
Malaysia. Jaguh-jaguh keagungan negara serta perkembangan badminton negara
diperkenalkan. Kemahiran asas perseorangan, beregu dan campuran serta peraturan
permainan badminton juga dibincangkan. Tidak ketinggalan juga badminton bagi golongan
kurang upaya turut ditekankan. Diharapkan unit ini akan memanfaatkan peserta kursus
dengan membekalkan ilmu di dada tentang permainan badminton.

KATA KUNCI
Beregu
Badminton kurang upaya
Lob
Pukulan kilas
Perseorangan
Servis Smesy

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah keputusannya jika kucing terlintas di gelanggang ketika dalam permainan?


2. Sebaik sahaja servis dibuat, apakah batasan dan larangan yang dikenakan berkaitan kedudukan
pemain
perseorangan?

RUJUKAN
Badminton, Siri KENALI SUKAN, YeohPrinco Sdn. Bhd., Selangor (2006).
Helen Ten dan M.P Haridas (1997). Panduan Mengajar Badminton-panduan mengajar-siri pengajaran
sukan, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Selangor.
Junaidah Salehudin (2009), Badminton, Siri Kokurikulum, edisi kedua, Karisma Publications Sdn. Bhd.,
Selangor.
Ong Kong Swee dan Wee Eng Hoe (2006). Badminton, Siri Sukan Popular, Oxrford Fajar, Selangor.
Modul 62
Sukan Individu

UNIT 5

SUKAN GELANGGANG
TENIS

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar diharap dapat:

1. Menghuraikan secara ringkas sejarah sukan tenis.


2. Menerangkan peralatan asas yang perlu dalam sukan tenis.
3. Menjelaskan beberapa peraturan dan undang-undang asas sukan tenis.
4. Membuat intepretasi tentang cara bermain tenis.
5. Mengaplikasikan kemahiran asas sukan tenis.

Rajah 1: Sukan Tenis

PENGENALAN
Tenis adalah sukan Olimpik dan dimainkan di semua lapisan masyarakat dan di semua peringkat umur.
Biasanya sukan ini dimainkan di antara dua pemain (perseorangan) atau di antara dua pasukan iaitu dua
pemain setiap satu (beregu). Setiap pemain menggunakan raket yang mempunyai tali dan kemudian
memukul bola melepasi jaring ke dalam kawasan gelanggang lawan. Objektif sukan ini adalah untuk
memukul bola dengan pelbagai strok atau dengan cara yang tertentu sehingga pihak lawan gagal
membalas pukulan yang dibuat. Sukan ini boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja termasuk orang di kerusi
roda.

Tenis dinikmati oleh berjuta-juta pemain rekreasi. Sukan ini mendapat sambutan yang baik dari segi
bilangan penonton televisyen di seluruh dunia, terutama apabila empat Kejohanan Grand Slam juga
dikenali sebagai Majors dipertandingkan pada setiap tahun. Kejohanan Grand Slam yang dimaksudkan ini
Modul 63
Sukan Individu

adalah Terbuka Australia dimainkan di gelanggang keras (hard court), Terbuka Perancis dimainkan di atas
gelanggang tanah liat merah (clay court), Wimbledon dimainkan di gelanggang rumput (grass court), dan
Terbuka Amerika Syarikat dimainkan juga di gelanggang keras (hard court).

Terkini negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia telah
memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk mempromosikan sukan ini dan salah satu pendekatan
yang kini digunakan adalah melalui program modifikasi tenis iaitu pengubahsuaian peralatan contohnya
raket ringan, bola perlahan mengikut kategori umur, jaring dan gelanggang yang lebih kecil. Kajian lampau
menyokong pendekatan modifikasi tenis ini dan menunjukkan bahawa bukan sahaja ia mampu menarik
minat pemain bahkan pemain dapat mengaplikasikan cara pukulan yang berkesan dalam pertukaran rali [1,
2].

Ingat! Tidak ada satu kaedah tetap untuk bermain tenis, tetapi hanya beberapa prinsip asas yang anda
perlukan jika anda ingin bermain sukan ini dengan baik. Sama ada anda seorang pemain yang baru
bermula untuk mempelajari sukan ini atau pemain yang sudahpun boleh bermain dan ingin meningkatkan
penguasaan kemahiran asas, pendekatan seperti modifikasi tenis ini dapat mendedahkan sukan ini dengan
lebih mudah serta dapat membantu pemain meningkatkan kemahiran asas dengan lebih cepat dan
berkesan.

Jesturu itu, Unit 5 modul ini akan membincangkan asas bagaimana tenis dimainkan, penerangan ringkas
tentang sejarah sukan, beberapa peraturan dan undang-undang asas, informasi asas mengenai peralatan
yang diperlukan dalam sukan tenis, cara lakuan kemahiran asas yang efektif, dan idea latih tubi untuk
membantu penguasaan kemahiran asas. Dari pembacaan ini, diharap pelajar mendapat gambaran secara
keseluruhan tentang prinsip serta aplikasi kemahiran asas dalam sukan tenis.

SEJARAH SUKAN TENIS


Walaupun asal usul sukan tenis tidak begitu jelas, kebanyakan ahli sejarah percaya bahawa tenis bermula
seawal abad ke-12 di Perancis. Sukan ini pada ketika itu diberi nama ‘Paume’ (Palm) kerana pemain hanya
menggunakan telapak tangan untuk membuat pukulan melepasi jaring dengan menggunakan bola kecil.
Penggunaan raket mula diperkenalkan pada abad ke-16 menggantikan telapak tangan dan sukan ini mula
diberi nama sukan tenis. Walaubagaimanapun, populariti sukan tenis pada ketika itu hanya tertumpu di dua
buah negara iaitu Perancis dan England yang hanya dimainkan di dalam dewan tertutup.

Pada bulan Disember tahun 1873, seorang pegawai tentera British iaitu Major Walter Clopton Wingfield
telah memperkenalkan tenis padang iaitu sukan yang hampir sama kepada sukan tenis dan ia dipanggil
Sphairistikè (dalam bahasa Greek yang bermaksud berkemahiran dalam membuat pukulan bola). Beliau
telah banyak meminjam istilah dari sukan lain seperti squash dan badminton untuk menerangkan
bagaimana tenis padang dimainkan. Dari segi bentuk gelanggang, ia adalah lebar dibahagian belakang
gelanggang di baseline dan agak kecil dan sempit dibahagian jaring. Pertama kali tenis padang dimainkan
adalah di majlis keramaian di Llanelidan, Wales [3].
Modul 64
Sukan Individu

Rajah 2: Major Walter Clopton Wingfield

Kalendar tenis dipenuhi dengan pertandingan tetapi terdapat empat pertandingan yang menonjol dari
perspektif hadiah wang, kedudukan mata dan prestij. Keempat-empat kejohonan ini dikenali sebagai
Majors atau Grand Slam yang terdiri daripada Terbuka Australia, Terbuka Perancis, Wimbledon, dan
Terbuka Amerika Syarikat. Kejohanan Terbuka Australia merupakan kronologi pertama daripada empat
acara tenis Grand Slam yang dipertandingkan setiap tahun, tiga lagi menjadi Terbuka Perancis, Wimbledon
dan Terbuka Amerika Syarikat. Kejohanan Terbuka Australia pertama kalinya diadakan pada tahun 1905.
Acara yang dipertandingkan adalah perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, beregu
campuran, perseorangan dan beregu remaja lelaki dan perempuan, kerusi roda, serta pertandingan di
antara pemain tenis legenda. Sejak tahun 1988, kejohanan itu telah dimainkan di gelanggang keras (hard
court) di Melbourne Park, Australia.

Kejohanan Wimbledon yang pertama diadakan adalah pada tahun 1877 di Kelab ‘All England’. Ahli
jawatankuasa kejohonan pada ketika itu telah memperkenalkan satu set peraturan berserta gelanggang
yang berbentuk segi empat tepat. Tinggi jaring adalah lima kaki tinggi di sisi, kotak servis adalah 26 kaki
mendalam, tetapi pada tahun 1882, spesifikasi ini telah berubah dan berkembang kepada bentuk
gelanggang yang digunakan pada masa sekarang. Tenis juga popular di Perancis, di mana Kejohanan
Perancis, sekarang dikenali sebagai Terbuka Perancis mula dipertandingkan pada tahun 1891 walaupun
sehingga 1925 kejohanan ini hanya terbuka kepada pemain tenis yang merupakan ahli Persatuan Kelab
Perancis.

Pada tahun 1881, Persatuan Kebangsaan Tenis Padang Amerika Syarikat (kini Persatuan Tenis Amerika
Syarikat) dibentuk untuk menyelaraskan peraturan dan penganjuran pertandingan. Kejohanan
Perseorangan Lelaki, sekarang ini dikenali sebagai Terbuka Amerika Syarikat, pertamanya diadakan pada
tahun 1881 di Newport, Rhode Island, Amerika Syarikat dan Kejohanan Perseorangan Wanita pertama kali
diadakan pada tahun 1887 di Philadelphia.

PERALATAN ASAS TENIS

Raket
Pemilihan raket tenis seseorang pemain haruslah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh
Persekutuan Tenis Antarabangsa (International Tennis Federation). Antara peraturan yang perlu dipatuhi
Modul 65
Sukan Individu

adalah seperti berikut: (1) kawasan raket yang memukul bola tenis haruslah terdiri daripada tali raket yang
rata dan secara amnya seragam, (2) lebar bingkai raket harus tidak lebih daripada 12.5 inci lebar, (3)
keseluruhan raket mestilah berbentuk yang tetap namun pemilihan berat raket boleh berbeza dan (4) raket
tidak boleh dicipta dan dimuatkan teknologi atau alat yang boleh memberi apa-apa jenis komunikasi,
arahan atau nasihat kepada pemain semasa perlawanan.

Pada masa kini, penggunaan bahan dan teknologi untuk membuat raket telahpun berkembang dan dengan
itu peraturan mengenai raket juga telah berubah dari masa ke semasa. Sebagai contoh, panjang
maksimum bingkai raket yang dibenarkan adalah 32 inci tetapi peraturan ini hanya berkuatkuasa sehingga
tahun 1997 dan kini peraturan panjang maksimum bingkai raket telah berubah kepada 29 inci.

Pada amnya, berat raket pemain dewasa lelaki adalah diantara 13.5 dan 14 oz (337 - 350 g) manakala
untuk pemain dewasa wanita adalah diantara 13 hingga 13.5 oz (325 – 337 g). Pemain yang baru belajar
untuk bermain tenis dicadangkan untuk bermula dengan salah satu raket yang direka khas iaitu yang lebih
kecil, pendek dan ringan.

Rajah 3 menunjukkan raket yang standard, panjangnya berukuran 27 inci yang digunakan oleh ramai
pemain dewasa atau pemain professional. Manakala Rajah 4 mempamerkan raket dari pelbagai saiz dan
berat yang boleh digunakan oleh pemain kanak-kanak sehingga ke pemain dewasa (Rajah 4 menunjukkan
contoh raket bermula dari ukuran 17 inci, 19 inci, 21 inci, 23 inci, 25 inci dan 26 inci).

Rajah 3: Raket tennis ‘Standard’ Rajah 4: Kepelbagaian ukuran raket

Kini raket moden diperbuat daripada bahan seperi keluli, aluminium, plastik, dan glassfibre. Antara bahan
lain yang digunakan adalah daripada modulus grahphite atau carbon fibre. Bahan jenis ini dapat
mengekalkan bingkai raket yang ringan dan keras dan kepala raket yang seimbang dan stabil. Bahan
grahphite dan carbon fibre ini selain membolehkan rekaan raket dibuat dengan lebih aerodinamik dimana
raket boleh digerakkan laju melalui udara, ia juga membenarkan tali raket diikat pada ketegangan yang
Modul 66
Sukan Individu

lebih tinggi tanpa merosakkan bingkai raket. Ketegangan tali yang lebih tinggi digunakan oleh pemain tenis
untuk mendapatkan lebih banyak kawalan dan ‘feel’yang baik semasa membuat pukulan. Bahan-bahan
lain yang digunakan dalam pengeluaran raket tenis adalah titanium dan tungsten. Kedua-dua bahan-bahan
ini digunakan bersama grahphite dan carbon fibre dengan tujuan memberi kemantapan pada bingkai raket.
Raket tenis yang agak murah harganya selalunya dibuat dari aluminium dan biasanya lebih berat daripada
bingkai grahphite, lebih tahan lama dan amatlah sesuai untuk kegunaan pemain rekreasi.

Tentang kesesuaian saiz pegangan raket tenis, adalah dicadangkan saiz cengkaman yang sesuai bagi
lelaki adalah di antara 4-3/8 hingga 4-3/4 inci (11.1 – 12.1 cm) dan bagi wanita adalah di antara 4-1/4
hingga 4-5/8 inci (10.8 – 11.8 cm). Berdasarkan cadangan saiz cengkaman, anda perlu memilih saiz dan
bentuk cengkaman yang berasa selesa di tangan anda.

Berkenaan tali tenis, pada umumnya, tali tenis jenis natural gut lebih berdaya tahan tetapi lebih mahal
harganya. Manakala tali tenis jenis synthetic diketegori sebagai tali yang kurang tahan lama berbanding
natural gut. Kebanyakkan raket tenis pada masa kini menggunakan tali jenis synthetic kerana kelebihan
jenis tali ini yang tidak terjejas ketika bermain di dalam keadaan yang basah (Rajah 5).

Rajah 5: Tali tenis jenis ‘Natural Gut’ dan ‘Synthetic Gut’

Bola tenis
Bola tenis diperbuat daripada lapisan getah disekitar dan di pusat adalah berongga merupakan teras bola.
Satu lapisan nipis yang melekat meliputi getah terdiri daripada bulu dan gentian tiruan atau artificial fibers
dipanggil nap. Warna tradisi bola tenis adalah putih dan secara beransur-ansur ia ditukar kepada warna
kuning pada penghujung abad ke-20 untuk membolehkan penglihatan yang jelas. Bola tenis mesti
mematuhi kriteria tertentu untuk saiz, berat, ubah bentuk, dan kriteria melantun untuk diluluskan bagi
kegunaan kejohanan yang berprestig. Persekutuan Tenis Antarabangsa (International Tennis Federation)
mentakrifkan diameter rasmi di antara 63.5mm dan 66.7mm dan berat bola mesti di antara 56.7 gram dan
58.5 gram.

Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) telah memperkenalkan kempen Play and Stay iaitu satu kempen
bertujuan untuk meningkatkan penyertaan pemain di seluruh dunia dengan mengubahsuai gelanggang,
bola dan raket untuk kesesuaian tahap pemain dan umur yang berbeza. Kempen ini menggalakkan
Modul 67
Sukan Individu

penggunaan bola merah, oren dan hijau yang kelajuannya adalah lebih perlahan berbanding bola standard
(iaitu bola berwarna kuning). Pada amnya, bola merah adalah 75 peratus lebih perlahan dari bola standard
dan seharusnya memberikan pemain lebih banyak masa untuk bertindak dan sekaligus mampu membantu
pemain untuk mengawal rali dengan baik (Rujuk Rajah 6 dan 7).

Dengan menggunakan bola yang melantun dengan kadar yang perlahan, pemain dapat mengawal bola
dan membolehkan pemain mengapliskasikan teknik yang bermutu dan dalam masa yang sama dapat
melaksanakan taktik dengan berkesan. Kini, Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) mengesyorkan semua
pemain berumur 10 tahun dan di bawah harus menggunakan bola perlahan iaitu merah, oren atau hijau
pada saiz gelanggang yang sesuai dalam latihan dan juga pertandingan.

2 ½ inci (6.35 cm) – 2 5/8 inci (6.67 cm)

Rajah 6: Dimensi bola tenis Rajah 7: Bola yang diubahsuai mengikut kelajuan yang berbeza

Persekutuan Tenis Antarabangsa (International Tennis Federation) telah


memperkenalkan Tenis Mini (Mini Tennis) yang menawarkan pengenalan kepada sukan
tenis dengan cara yang lebih menarik, seronok dan mudah. Huraikan perbezaan dari segi
peralatan raket, bola dan keluasan gelanggang yang digunakan bagi setiap peringkat pelaksanaan bola
merah, bola oren dan bola hijau.

a. Peringkat bola merah


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

b. Peringkat bola oren


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

c. Peringkat bola hijau


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
Modul 68
Sukan Individu

Pakaian
Tenis adalah sukan dinamik yang memerlukan reaksi dan pergerakan yang cepat dan pantas. Oleh itu,
pemilihan pakaian yang sesuai dan selesa mampu mempengaruhi cara pemain bergerak semasa
perlawanan. Dari segi pakaian, jika boleh, kain yang dipilih dapat menyerap peluh dan kini kebanyakan
pakaian tenis mempunyai warna dan corak yang menarik. Kejohanan Wimbledon merupakan satu
pertandingan yang meminta pemain yang menyertainya memakai pakaian tenis yang berwarna putih.
Selebih pertandingan Grand Slam seperti Terbuka Amerika Syarikat, Terbuka Perancis dan Terbuka
Australia membenarkan pemain memakai pakaian yang berwarna dan ini tidak menjadi masalah.

Lelaki biasanya memakai seluar pendek dan baju berlengan pendek. Dalam sesi pemanasan badan dan
juga selepas tamat bermain, selalunya pemain mengenakan baju track suit. Bagi wanita, pelbagai pilihan
pakaian boleh dibuat seperti skirt atau seluar pendek dengan skirt atau blouse. Adalah penting juga untuk
memilih stoking tenis khas yang dapat melindungi kaki sambil menyediakan keselesaan yang maksimum.
Bagi pemain yang beragama Islam yang diperlukan menutup aurat, pemain boleh memakai seluar track
dan tudung atau scarf bagi wanita Islam ketika bermain.

Cekak rambut atau ‘Headband’ kadangkala dipakai untuk mengelakkan rambut dari jatuh menghalang
penglihatan ketika bermain. Dalam cuaca panas, kecenderungan untuk telapak tangan berpeluh adalah
tinggi dan untuk mengatasi masalah ini pemain dicadangkan untuk memakai wrist-bands bagi
mengurangkan masalah telapak tangan berpeluh.

Tenis melibatkan banyak pergerakan yang mencabar seperti berlari dengan cepat ke arah yang berbeza,
berhenti dan kemudian berlari kembali. Justeru, pemilihan kasut tenis yang sesuai dan selesa adalah
penting. Anda harus pastikan bahawa kasut tenis anda mempunyai sekurang-kurangnya setengah inci
ruang antara hujung jari kaki dan hujung kasut tenis. Ramai pemain berkeinginan kasut tenis yang menarik
dari segi warna dan rekabentuknya. Ada yang memilih kasut tenis yang ringan disebabkan pemain dapat
meningkatkan kelajuan dan ketangkasan kaki. Walaupun apa pun kasut yang dipilih ia perlu dapat
memberikan sokongan yang kukuh pada kaki. Pelapik dalam kasut harus mempunyai kusyen bagi
membantu pergerakan dan melegakan keletihan.

Rajah 8: Jenis pakaian tenis lelaki (kiri) dan wanita (kanan)


Modul 69
Sukan Individu

Huraikan empat (4) peralatan asas untuk sukan tenis.


1. ____________________________________________________________________
2. ____________________________________________________________________
3. __________________________________________________________________________________
4. __________________________________________________________________________________

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ASAS TENIS

Apakah Asas Peraturan dan Undang-Undang Tenis?


Tenis dimainkan di seluruh dunia selaras dengan peraturan rasmi yang ditubuhkan oleh Persekutuan Tenis
Antarabangsa (International Tennis Federation). Persatuan Tenis Malaysia mematuhi peraturan ini dan
juga peraturan tenis yang ‘tidak bertulis', yang adat dan tradisi permainan ini menetapkan bahawa pemain
mengikuti peraturan walaupun ia tidak dihuraikan di dalam buku peraturan tenis. Tidak ada sistem
peraturan yang sempurna dimana ia akan meliputi setiap permasalahan atau situasi tertentu yang mungkin
timbul semasa bermain. Sehubungan itu, anda boleh merujuk ringkasan prosedur dan peraturan ‘tidak
bertulis’ yang tradisi menetapkan semua pemain harus mengikuti demi mencapai persetujuan dan pada
masa yang sama membuatkan tenis lebih menyeronokkan untuk semua. Pada amnya, pertandingan
dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) dan Peraturan-Peraturan
Lawn Tenis Malaysia. Peraturan ini diguna pakai untuk permainan perseorangan dan juga beregu.

Berkenaan Servis dalam Tenis


Servis adalah strok pertama untuk memulakan mata dalam tenis. Mata tenis bermula dengan seorang
pemain dipanggil server, memukul bola dari belakang garisan baseline melepasi jaring, ke arah silang atau
serong dan bola harus melantun atau jatuh ke dalam kotak servis penerima untuk dikira servis yang sah.

Berikut merupakan peringatan kepada pemain sebelum melakukan servis:

1. Sebelum servis pastikan bahawa penerima bersedia sepenuhnya untuk bermain.

2. Apabila melakukan servis yang pertama, anda mesti berdiri di belakang garisan baseline diantara
tanda centre mark dan garisan kanan singles sideline. Ingat bahawa anda tidak boleh memijak
atau melangkah di atas garis baseline sehingga selepas anda telah memukul bola.

3. Servis pertama anda mesti melepasi jaring dan bola harus jatuh ke kawasan kotak servis penerima
yang menuju ke arah silang. Jika servis pertama tidak berjaya menuju ke arah yang betul, ia
dipanggil first fault atau servis fault pertama. Kegagalan untuk melakukan servis yang kedua ke
kotak servis yang betul dipanggil double fault dan dengan ini mata dianugerahkan terus kepada
pihak lawan atau penerima servis.

4. Jika anda melakukan servis dimana bola tersentuh bahagian atas jaring atau net tape sebelum
melantun ke dalam kotak servis yang betul, ia dipanggil let. Pelaku servis akan melakukan servis
kembali dengan tiada penalti. Dalam kes servis anda tersentuh bahagian atas jaring atau net tape
dan melantun di luar kotak servis yang sepatutnya, ia dikira sebagai fault (Rajah 9).
Modul 70
Sukan Individu

5. Apabila melakukan servis pada mata kedua, anda akan beralih kepada kedudukan di sebelah kiri
atau ad court (‘ad’ adalah singkatan untuk advantage) seperti di Rajah 10. Lokasi dimana pemain
berdiri adalah dibelakang garisan baseline diantara tanda centre mark dan garisan kiri
perseorangan atau left singles sideline. Anda kemudiannya mesti melakukan servis menyerong ke
sebelah kanan gelanggang pihak lawan.

6. Untuk tujuan pertukaran gelanggang atau ke kawasan pihak lawan, pertukaran dibuat pada akhir
game pertama, akhir game ketiga, akhir game kelima, dan berikutnya pada game bernombor
ganjil.

Rajah 9: Contoh bola tersentuh net tape Rajah 10: Kedudukan server di sebelah kiri atau
advantage court

Bagi tujuan menentukan siapa akan memulakan servis dahulu, anda boleh memutarkan raket atau
melambung duit syiling. Pemain yang memenangi putaran raket atau lantunan duit syiling yang berpihak
kepadanya, pemenang undian tersebut boleh memilih atau membuat pihak lawan memilih untuk (1)
melakukan servis dahulu, (2) menerima dahulu, atau (3) memilih bahagian yang mana pemain ingin berada
untuk memulakan perlawanan.

Rajah 11: Cara lantunan duit syiling dan putaran raket bagi
menentukan siapa yang akan memulakan servis
Modul 71
Sukan Individu

Apa Yang Berlaku Selepas Servis?


Selepas server melakukan pukulan servis, mata akan dimainkan. Penerima servis atau returner mesti
membiarkan bola melantun sekali sebelum membalas pukulan server. Kegagalan berbuat demikian akan
menyebabkan mata dianugerahkan kepada server. Selepas penerima servis membalas pukulan server
dalam satu lantunan, mata akan terus dimainkan. Kedua-dua pemain kini mempunyai pilihan untuk
meneruskan mata dengan membalas pukulan selepas satu lantunan (groundstroke) atau sebelum ia
melantun (volley). Dari segi kedudukan apabila menanti pukulan server, sebaiknya, penerima akan berdiri
dibelakang garisan baseline berhampiran garisan single sideline.

Untuk mendapat mata, anda harus membuat pukukan melepasi jaring dan melantunkan bola di kawasan
yang sah dan dalam masa yang sama membuat pihak lawan tidak dapat mengembalikan bola anda.
Terdapat empat lokasi yang mana anda akan cuba elakkan kerana jika salah satu situasi ini berlaku maka
mata akan berpihak kepada pihak lawan. Anda tidak akan mendapat mata jika anda: (1) membalas
pukulan yang tersangkut di jaring, (2) membuat pukulan dan bola melantun melepasi garisan baseline, (3)
membuat pukulan dan bola melantun tersasar di sebelah kiri dan keluar dan (4) membuat pukulan dan bola
yang dibalas tersasar keluar di sebelah kanan gelanggang. Selain itu, anda akan kehilangan mata jika
perkara seperti berikut berlaku: bola menyentuh pakaian anda semasa bermain, raket menyentuh jaring
atau net tape, bola dibalas sebelum bola tersebut melepasi jaring, atau jika bola dibalas melebihi satu kali
pukulan pada raket dengan sengajanya.

Bagaimana Asas Pengiraan Dalam Tenis?


Apabila anda sudah bersedia untuk mula bermain dalam perlawanan, anda harus mengetahui bagaimana
untuk mengira atau skor. Berikut merupakan garis panduan pengiraan mata demi mata yang boleh dibuat
rujukan. Lama kelamaan jika dibiasakan, pengiraan mata atau sistem pemarkahan dalam tenis akan
menjadi mudah dan senang. Di sini diberikan contoh, perlawanan perseorangan diantara pemain bernama
Adam akan berlawan Hareez. Adam menang dalam undian permulaan dan memilih untuk melakukan
servis.

1. Mata pertama dimenangi oleh Adam yang memulakan mata dengan servis, pengiraan adalah 15 –
0 kepada Adam. Hareez yang tidak mempunyai mata mendapat mata kosong (0) ataupun
dipanggil love.

2. Jika mata seterusnya dimenangi oleh Adam juga, skornya adalah 30 – 0.

3. Jika Adam kemudian memenangi mata yang ke – 3 dan ke – 4, skornya adalah 40 – love dan
akhirnya game atau tamat game yang pertama dengan Adam mendahului satu game kosong (1
game – 0).

4. Jika hanya mata pertama dimenangi oleh Adam dan selebihnya mata yang ke – 2, ke – 3, ke – 4,
dan ke – 5 dimenangi oleh Hareez, maka pemarkahannya adalah 15 – 0, 15 – 15, 15 – 30, 15– 40,
dan game atau tamat game tersebut (dengan Hareez memenagi game tersebut).

5. Dalam kes Adam dan Hareez setiap pemain memenangi 3 mata, sekarang skor terikat pada 40 –
40, atau skor dipanggil dius. Jika Adam memenangi markah seterusnya, sekarang Adam
Modul 72
Sukan Individu

mempunyai kelebihan, iaitu skor dipanggil 'ad in’ atau advantage kepada Adam. Sebaliknya, jika
Hareez memenangi mata pada skor dius, cara panggilan skor adalah ‘ad out’ atau advantage
kepada Hareez. Jika pemain dengan advantage menang mata seterusnya, maka dia akan
memenangi game tersebut. Jika tidak, skor kembali kepada dius. Dalam erti kata lain, pemain
pertama mendapat dua (2) mata berturut-turut selepas dius akan menang game tersebut.

6. Pemain pertama memenangi sekurang-kurangnya enam (6) game dan mendahului sekurang-
kurangnya dua (2) game akan memenangi satu set. Pemain pertama untuk memenangi dua (2) set
akan memenangi perlawanan (yang jika pertandingannya adalah berformat 2 daripada 3 set). Jika
skor terikat pada enam (6) game sama, pemain akan bermain mengikut sistem pengiraan tie-break
iaitu kiraan mata satu (1) hingga tujuh (7). Sesiapa yang memenangi tie-break akan memenangi
set tersebut.

Apakah Prosedur Pengiraan Tie-Break Apabila Skor Terikat 6 Game Sama?


Pemain pertama yang mendapat tujuh (7) mata akan memenangi permainan tie-break dan seterusnya
memenangi set tersebut dengan syarat pemain mendahului sekurang-kurangnya dua mata. Jika skor
terikat kepada enam (6) mata sama, permainan hendaklah dilanjutkan sehingga salah seorang mendahului
lawanya sekurang-kurangnya dua (2) mata (contoh skor tie-break yang muktamad adalah 8 – 6).
Pemarkahan sistem tie-break adalah seperti pengiraan badminton contohnya adalah seperti 1 – 0, 1 – 1, 2
– 1, 3 – 1, dan seterusnya – haruslah digunakan sepanjang permainan tie-break.

Rajah 12 dan 13 menunjukkan urutan lokasi yang betul dimana pemain perlu berada apabila dalam sistem
tie-break. Pemain (A) memulakan servis pada mata yang pertama di kedudukan gelanggang dius (sebelah
kanan) dan perlu bermain hanya satu mata sahaja. Kemudian, pemain (B) akan bermain dua mata dan
pemain ini perlu memulakan servisnya di sebelah gelanggang advantage (sebelah kiri gelanggang sendiri
iaitu pada mata yang ke-2) dan kemudian berubah ke gelanggang dius (sebelah kanan gelanggang sendiri
iaitu pada mata yang ke-3) dan seterusnya.

Mata Pertama Mata Ke-2 Mata Ke-3 Mata Ke-4 Mata Ke-5 Mata Ke-6
B B B B B B

A A A A A A

Rajah 12: Gambarajah diatas menunjukkan kedudukan server


yang betul apabila bermain di dalam system tie-break untuk
enam mata pertama
Modul 73
Sukan Individu

Mata Ke-7 Mata Ke-8 Mata Ke-9 Mata Ke-10 Mata Ke-11 Mata Ke-12
B B B B B B

A A A A A A

Rajah 13: Gambarajah diatas menunjukkan kedudukan server


pada mata yang ketujuh hingga mata yang kedua belas

Pemain perlu bertukar gelanggang (bermaksud pemain A perlu switch end dengan pemain B) selepas
setiap enam mata atau gandaan enam. Pemain yang memulakan servis pada mata yang pertama di
dalam permainan tie-break akan menjadi penerima servis di permulaan set yang baru. Pemain
berkongsi tanggungjawab untuk membuat panggilan garisan dengan jujur dan jelas, melainkan
terdapat ketidaksefahaman tentang keputusan garisan, maka pengadil atau pengurusan pertandingan
boleh dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Bagi perlawanan yang tidak mempunyai pengadil, setiap kali sebelum pemain melakukan servis,
pemain diingatkan supaya memaklumkan skor kepada pihak lawan dengan jelas bagi tujuan
mengelakkan kekeliruan skor. Skor untuk game (seperti 3 – 2), dan skor untuk set (seperti 1 – 1) juga
harus dijelaskan diantara pemain semasa pertukaran gelanggang dibuat. Skor perlaku servis selalunya
dipanggil dahulu. Contohnya skor 15 – 30 bermaksud 15 mata adalah kepunyaan perlaku servis dan
30 mata kepunyaan pihak lawan.

Terbuka Amerika Syarikat merupakan salah satu kejohanan Grand Slam yang menggunakan sistem
tie-break apabila skor terikat 6 game sama (6 – 6) pada set kelima iaitu set penentuan bagi acara
perseorangan lelaki dan set ketiga iaitu set penentuan bagi acara perseorangan wanita. Untuk
kejohonan Grand Slam yang selebihnya iaitu Terbuka Australia, Terbuka Perancis dan Wimbledon ia
menggunakan sistem yang mana pemain akan terus bermain di set penentu sehingga salah seorang
pemain akan mendahului sekurang-kurangnya dua game. Contohnya, skor muktamad pada set kelima
adalah 9 game berbalas 7 (9 – 7).

Jurulatih atau guru akan menunjukkan tayangan video perlawanan perseorangan tenis
kepada pelajar. Semasa tayangan berlangsung, jurulatih atau guru akan menanyakan
kefahaman pelajar tentang konsep pengiraan mata dan undang-undang asas dalam
sukan tenis. (Nota: Tayangan video perlawanan perseorangan dan beregu tenis bertaraf dunia boleh
diakses melalui media sosial seperti youtube)
Modul 74
Sukan Individu

KEMAHIRAN ASAS

A. Memahami Cara Memegang Raket

Perkara penting yang anda perlu fahami adalah bagaimana cara untuk meletakkan tangan anda pada
pemegang raket. Disebabkan genggaman raket akan menentukan sudut permukaan raket apabila
berlakunya impak pada bola maka ia adalah penting untuk diketahui. Kegagalan untuk memastikan sudut
permukaan raket bertemu bola pada sudut yang tepat akan mempengaruhi kawalan bola dan juga arah
bola yang ingin dituju [4, 5]. Jadual di bawah menjelaskan cadangan pegangan atau grip yang sesuai untuk
setiap pukulan dan bagaimana untuk mudah mencarinya.

Pukulan Nombor Pegangan Ideal


Forehand Groundstroke 3 atau 4
Satu Tangan Backhand Groundstroke 1
Dua Tangan Backhand Groundstroke Tangan Kanan: 1 dan Tangan Kiri: 7
Forehand Volley 3
Backhand Volley 1
Serve 2 atau 3
Overhead 2 atau 3
Jadual 1 : Rujukan untuk mencari Grip pada pemegang raket untuk setiap strok

B. Bagaimana Untuk Memastikan Anda Mempunyai Pegangan (Grip) Yang Berkesan?


Jika anda lihat pada bahagian bawah raket, terdapat 8 sisi, panel atau bevel. Sisi yang pertama dari atas
adalah nombor 1 (Rujuk Rajah 14). Jika anda pemegang raket tangan kanan, nombor 2 merujuk kepada
nombor disebelah kanan nombor 1, nombor 3 terletak disebelah kanan dari nombor 2 dan nombor 4
merujuk kepada nombor disebelah kanan nombor 3. Jika anda pemain tangan kidal, nombor 2 terletak
disebelah kiri nombor 1, nombor 3 terletak disebelah kiri nombor 2, nombor 4 merujuk kepada nombor
disebelah kiri nombor 3. Untuk mencari pegangan anda, tandakan titik rujukan yang pertamanya di dalam
telapak tangan, buku jari telunjuk dan seterusnya titik rujukan keduanya di bahagian bawah telapak tangan
iaitu berhampiran dengan pergelangan tangan (Rujuk Rajah 14). Sekarang, hanya letakkan kedua-dua titik
ini di atas nombor pada raket seperti nombor grip ideal yang dicadangkan di Jadual 1 di atas. Pastikan
bahawa kedua-dua titik adalah selari di atas gengaman pemegang raket.

Rajah 14: Nombor rujukan pada raket dan cara untuk meletakkan tangan anda pada pemegang raket
Modul 75
Sukan Individu

GAMBARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL

A. Kedudukan Bersedia
Gambar di bawah menunjukkan kedudukan bersedia bagi pukulan forehand, pukulan backhand, pukulan
forehand voli dan pukulan backhand voli. Bagi pemain yang menggunakan two handed backhand, tangan
bukan dominan atau tangan kiri pada gambar di bawah akan digerakkan sedikit ke bawah pada pemegang
raket.
.

Rajah 15: Kedudukan bersedia dari sudut hadapan

Rajah 16: Kedudukan bersedia dari sudut sisi


Modul 76
Sukan Individu

B. Pukulan Forehand Volley

Hayunan Belakang

• Pemain hanya perlu memusing bahu


sedikit atau ‘shoulder turn’ ke arah
kanan, dan pastikan hayunan
belakang adalah kecil (raket tidak
seharusnya melepasi pandangan
mata kanan anda).

• Pergelangan tangan harus stabil


dimana kepala raket (racket head)
perlu berada sedikit di atas
pergelangan tangan.

Rajah 17: Fasa hayunan belakang untuk pukulan forehand volley

Hayunan Hadapan dan Fasa Ikut Lajak

• Kaki kiri melangkah keluar apabila


melakukan hayunan ke hadapan.

• Selesai hayunan anda seperti


menepuk tangan iaitu tangan kanan
menepuk tangan kiri.

• Hayunan voli boleh diibaratkan


seperti gerakan ‘punch’ atau ‘block’
pada bola dihadapan.

• Kedudukan kepala pemain perlu


berada pada keadaan stabil dan
Rajah 18: Fasa ikut lajak untuk pukulan forehand volley mata fokuskan pada impak.
Modul 77
Sukan Individu

C. Pukulan Backhand Volley

Hayunan Belakang

• Pusingkan bahu sedikit ke kiri dan


gunakan tangan ‘non dominant’ bagi
tujuan sokongan, iaitu memegang
pada leher raket dan membantu
tangan ‘dominant’ untuk melakukan
pusingan pada ‘initial turn’.

• Pergelangan tangan harus stabil


dimana kepala raket (racket head)
perlu berada sedikit di atas
pergelangan tangan.

Rajah 19: Fasa hayunan belakang untuk pukulan backhand volley

Hayunan Hadapan dan Fasa Ikut Lajak

• Kaki kanan melangkah keluar apabila


melakukan hayunan ke hadapan.

• Apabila hayunan ke hadapan dibuat,


dalam masa yang sama, tangan kiri
akan digerakkan ke belakang dan
diluruskan untuk tujuan
keseimbangan.

• Kedudukan kepala pemain berada


pada keadaan stabil dan mata
fokuskan pada impak bola.

• Setelah hayunan selesai, tangan ke


Rajah 20: Ikut lajak untuk pukulan backhand volley
tangan membentuk atau garis lurus
seperti dirajah sebelah.
Modul 78
Sukan Individu

D. Pukulan Forehand Groundstroke

Hayunan Belakang atau Backswing

• Pemain hanya perlu memusing badan


atau ‘turn the body’, sekali gus raket
secara automatiknya akan bergerak
seiringan untuk menghasilkan
‘backswing’ yang efektif.

• Pastikan kedudukan raket adalah tinggi


atau menegak.

Hayunan Hadapan atau Forward Swing

• Pastikan permukaan raket berada dalam


keadaan sedikit tertutup dan keadaan
pergelangan tangan yang ‘relax’ dan
‘curl’ sedikit.

• Raket dijatuhkan dibawah bola yang


datang menuju ke arah pemain.

Fasa Impak

• Keadaan permukaan raket adalah


‘vertical’ ketika impak pada bola.

• Kedudukan kepala pemain berada pada


keadaan stabil dan mata fokuskan pada
impak.

Fasa Ikut Lajak

• Lengkapkan hayunan ke arah atas dan


tinggi.

• Pastikan siku pemain berakhir pada


tahap yang tinggi, seolah-olah
menghalang penglihatan di hadapan.
Modul 79
Sukan Individu

E. Pukulan Dua Tangan Backhand Groundstroke

Hayunan Belakang atau Backswing

• Apabila melakukan hayunan belakang,


pastikan raket berada dalam keadaan
menegak, hayunan yang tidak terlalu
besar, kedudukan tangan kanan yang
fleksibel dan tangan kiri dibengkokkan
dan ditinggikan sedikit.

Hayunan Hadapan atau Forward Swing

• Pastikan raket dan tangan dijatuhkan di


bawah bola dan permukaan raket
berada dalam keadaan sedikit tertutup.

• Kedua-dua tangan bergerak secara satu


unit iaitu raket bergerak dari tinggi ke
rendah bersedia untuk fasa impak.

Fasa Impak

• Keadaan permukaan raket adalah


‘vertical’ ketika impak pada bola.

• Mengangkat bola dengan membuat


pukulan dari rendah ke tinggi dan
mengarahkan tulang buku jari ‘knuckle’
tangan kanan ke lokasi yang ingin dituju.

Fasa Ikut Lajak

• Lengkapkan hayunan ke arah atas dan


tinggi dengan mengangkat kedua
lengan melebihi paras kepala.

• Pastikan penghujung raket


mengarahkan ke sebelah kiri bagi
pemain tangan kanan dan sebelah
kanan pada pemain tangan kidal.
Modul 80
Sukan Individu

F. Pukulan Satu Tangan Backhand Groundstroke

Hayunan Belakang atau Backswing

• Pusingkan badan atau ‘turn the body’,


dan secara automatiknya raket akan
bergerak seiringan untuk menghasilkan
‘backswing’ yang efektif.

• Hayunan belakang tidak harus terlalu


besar sehingga raket dan tangan hilang
dari pandangan pemain.

Hayunan Hadapan atau Forward Swing

• Pastikan raket dan tangan dijatuhkan di


bawah bola dan permukaan raket
berada dalam keadaan tertutup sedikit.

• Tangan kiri dan tangan kanan akan


memulakan pergerakan ke arah yang
berasingan.

Fasa Impak

• Mengarahkan tulang buku jari ‘knuckle’


ke arah dimana bola hendak dituju
selama yang mungkin.

• Keadaan permukaan raket adalah


‘vertical’ ketika impak pada bola dan
kedudukan kepala dan mata harus stabil
dan berfokuskan pada impak.

Fasa Ikut Lajak

• Lengkapkan hayunan ke arah atas dan


tinggi. Tangan kiri digerakkan ke
belakang untuk tujuan keseimbangan.

• Pastikan penghujung raket


mengarahkan ke sebelah kiri pemain
tangan kanan dan sebelah kanan pada
pemain tangan kidal.
Modul 81
Sukan Individu

G. Pukulan Overhead
Hayunan Belakang atau Backswing

• Pusingkan badan atau ‘turn the body’,


dan kedua-dua tangan diangkat
bersama raket ditutup dengan sudut
raket pada 45 darjah.

• Pastikan tangan yang bukan


memegang raket menyokong hayunan
belakang dengan memegang leher
raket dan tapak tangan kanan dalam
keadaan menghala ke arah lantai
gelanggang.

Hayunan Hadapan atau Forward Swing

• Pastikan siku dibengkokkan bagi


memulakan aksi atau gerakan
membaling.

• Hayunan hadapan adalah seolah-olah


raket akan dilemparkan ke langit.

Fasa Impak

• Impak pada bola berlaku di sebelah


kanan di hadapan untuk pemain tangan
kanan, dan di sebelah kiri di hadapan
untuk pemain tangan kiri.

• Pinggul dan bahu akan pusing selari


dengan jaring serta mata fokus pada
bola.

Fasa Ikut Lajak

• Tangan yang memegang raket


melengkapkan hayunan ke arah badan
yang bertentangan dan tangan kanan
akan berada di atas tangan kiri.

• Kelajuan raket akan mula perlahan


ketika fasa ikut lajak berbanding ketika
impak pada bola.
Modul 82
Sukan Individu

H. Pukulan Servis
Fasa Persediaan

• Tangan bukan dominan memegang


bola dan diletakkan pada leher raket.

• Kaki depan (kiri) menghala ke tiang


jaring kanan dan kaki belakang (kanan)
menghala selari dengan garisan
baseline.

• Pegangan yang dicadangkan adalah


nombor 2 iaitu pegangan Continental.

Hayunan Belakang atau Backswing

• Pastikan tangan yang memegang raket


mengekalkan aksi tabik hormat
sepanjang proses hayunan belakang.

• Tangan yang membaling bola ke atas


diangkatkan.

Fasa Impak

• Lokasi impak pada bola berbeza


bergantung pada jenis servis dan lokasi
balingan bola.

• Pinggul dan bahu pada fasa impak


menghadap ke jaring .

Fasa Ikut Lajak

• Setelah impak selesai, tangan yang


memegang raket akan dijatuhkan dan
dibawa ke kiri dimana tangan kanan
bersilang atau berada di atas tangan
kiri.

• Kelajuan raket akan mula perlahan


ketika fasa ikut lajak berbanding ketika
impak pada bola.
Modul 83
Sukan Individu

Senaraikan beberapa komponen penting yang diperlukan untuk servis tenis yang baik.
a. ____________________________________________________________________
b. ____________________________________________________________________
c. __________________________________________________________________________________
d. __________________________________________________________________________________

LATIH TUBI DALAM TENIS


Adalah penting untuk anda menstrukturkan sesi latih tubi dengan gabungan corak latihan yang efektif.
Menggabungkan corak latihan yang berbentuk ulangan dan berbentuk situasi permainan sebenar dapat
memberi peluang kepada pemain meningkatkan kemahiran teknikal dan mengaplikasikan aspek taktikal
dalam tenis. Contohnya, melakukan pukulan forehand ke lokasi yang tertentu berulang kali dengan pukulan
teknik yang berkesan adalah satu cara untuk mencapai satu tahap yang konsisten atau tindak balas yang
automatik. Disamping itu juga, perlunya untuk menstrukturkan sesi latihan dimana pemain akan diuji
bermain dalam situasi permainan sebenar berserta pengubahsuaian peraturan permainan jika perlu.
Contohnya, jurulatih akan meminta pemain untuk bermain satu set dan pemain harus diberi tahu supaya
menganggap latihan ini soalah-olah perlawanan yang sebenar. Pengubahsuain cara bermain boleh
dilakukan dimana contohnya setiap servis pertama yang berjaya, pemain disyaratkan berlari ke hadapan
jaring untuk menyerang dengan pukulan forehand voli atau backhand voli. Gaya ini juga dikenali sebagai
gaya permainan servis dan voli. Berikut merupakan contoh latih tubi yang boleh dijadikan rujukan guru,
jurulatih dan pemain.

Mini Tenis

Tujuan: Meningkatkan kawalan bola semasa rali dan


memudahkan pelaksanaan teknik pukulan yang baik dan
taktik permainan yang berkesan

• Adalah dicadangkan untuk menggunakan bola yang


perlahan (bola merah iaitu bola tahap tiga) untuk
memudahkan proses pembelajaran
• Bagi permainan perseorangan, kawasan kotak servis
sahaja harus digunakan
• Anda tidak boleh memukul bola dengan mengguna
kuasa atau ‘power’ yang maksimum tetapi sekadar
‘power’ yang sederhana
• Pemain pertama akan melalukan servis dan kemudian
mata dimainkan. Kedua-dua pemain dibenarkan untuk
melakukan voli
• Pemain pertama yang mendapat 5 mata dahulu akan
menang dan pemain yang tewas akan digantikan oleh
pemain yang menunggu
• Untuk bermain beregu, kawasan yang terlibat adalah
kedua-dua kotak servis
Modul 84
Sukan Individu

Latih Tubi Pukulan Forehand Cross Court

Tujuan: Meningkatkan tahap konsisten pukulan forehand ke


arah silang atau cross court

• Letakkan penanda kon lebih kurang 1.5 meter dari


singles side line untuk tujuan mengecilkan kawasan
latihan
• Hanya gunakan pukulan forehand
• Putaran (spin) dan kelajuan (speed) bola, kedalaman
(depth) dan sudut (angle) adalah aspek penting yang
perlu digunakan untuk mendapatkan mata
• Mata bermula dengan seorang pemain memulakan
servis dibawah tangan (underarm feed)
• Pemain yang mendapat 7 mata dahulu akan
memenangi satu set dan pemain yang memenangi 2
dari 3 set akan dikira pemenang. Pemarkahan boleh
diubah mengikut kesesuaian, contohnya, pemain akan
kehilangan 3 mata bagi setiap kesalahan memukul bola
tidak melepasi jaring
• Latih tubi ini boleh dikendalikan pada sekumpulan
pemain (8 – 10 pemain), dimana pemain berpeluang
bermain dengan pemain yang berbeza setelah tamatnya
setiap satu set

Servis Pada Sasaran

Tujuan: Melatih pemain supaya berkeyakinan tinggi


untuk melakukan servis pada sasaran.

• Contoh alat yang boleh digunakan sebagai sasaran


adalah kon, tuala kecil, gelung, dan beg tenis
• Pemain akan melakukan servis (pertama atau
kedua) kepada sasaran kawasan W, B, T. Pemain
yang berjaya membuat pukulan servis ke tiga-tiga W B T
sasaran (W, B, T) secara berturut-turut akan
mendapat 1 markah. Pemain yang pertama
mendapat 5 markah adalah pemenang. Pemain akan
ditolakkan 1 markah jika servisnya tersangkut pada
jaring
• Guru atau jurulatih boleh mengingatkan pemain
supaya merancang ritual dengan teliti dan konsisten
sebelum melakukan servis. Contohnya pemain harus
melantunkan bola atau bounce the ball sebanyak 5
kali sebelum melakukan servis
Modul 85
Sukan Individu

RUMUSAN
Sukan tenis merupakan ‘sukan untuk seumur hidup’ yang mana ianya boleh terus dimainkan sehingga
pemain mencecah usia 90 tahun atau lebih. Sebelum mula bermain, pemain perlu mengambil tahu
tentang peraturan asas, peralatan dan juga perlakuan kemahiran asas supaya sukan ini dapat
dinikmati dengan baik tanpa sebarang kecederaan. Adalah sukar bagi seseorang jurulatih untuk
mengenalpasti satu aspek yang dikatakan paling penting yang diperlukan oleh pemain untuk berjaya
kerana kejayaan dalam sukan tenis yang kompetitif datangnya dari kombinasi pelbagai faktor dan
antaranya adalah faktor teknikal, faktor fizikal, psikologi, serta strategi dan taktik. Justeru, jurulatih atau
guru perlu seimbang dalam merancang program latihan dan latih tubi dimana komponen-komponen ini
adalah asas dalam melahirkan pemain yang cemerlang serta mampu bersaing diperingkat
antarabangsa.

KATA KUNCI
Gelanggang keras (Hard Court)
Gelanggang rumput (Grass Court)
Gelanggang tanah liat (Clay Court)
Kejohanan Grand Slam
Let
Pegangan Continental
Pegangan Eastern Backhand
Pegangan Eastern Forehand
Persekutuan Tenis Antarabangsa (International Tennis Federation)
Pukulan atas (Topspin)
Pukulan hadapan (Forehand Groundstroke)
Pukulan kilas satu tangan (One handed Backhand Groundstroke)
Pukulan kilas dua tangan (Two handed Backhand Groundstroke)
Pukulan servis
Pukulan smesy (Overhead)
Pukulan voli hadapan (Forehand Volley)
Pukulan voli kilas (Backhand Volley)
Rali (Rally)

PENILAIAN KENDIRI
1. Dimensi gelanggang tenis ditakrifkan dan dikawal oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa
(International Tennis Federation). Lakarkan dan labelkan bahagian serta ukuran gelanggang tenis
seperti yang berikut. (1) garisan belakang (baseline), (2) garisan servis (service line), (3) garisan
servis tengah (centre service line), (4) garisan tepi perseorangan (singles side line), (5) garisan tepi
beregu (doubles side line), (6) lorong beregu (double alleys), (7) penanda tengah (centre mark), (8)
kawasan hadapan gelanggang (fore court), (9) kawasan belakang gelanggang (back court,) (10)
jaring (net) dan (11) tiang jaring (net post).
2. Jelaskan sistem pengiraan tie-break dalam sukan tenis.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan ITF Tennis 10s? Bincangkan kelebihan memperkenalkan
sukan tenis kepada pemain dengan menggunapakai tiga peringkat bola yang berwarna.
4. Apakah kelebihan menggunakan putaran atas (topspin) dalam tenis?
Modul 86
Sukan Individu

RUJUKAN
1. Hammond, J. and C. Smith, Low compression tennis balls and skill development. Journal of
Sports Science and Medicine, 2006. 5: p. 575-581.
2. Farrow, D. and M. Reid, The effect of equipment scaling on the skill acquisition of beginning
tennis players. Journal of Sports Sciences, 2010. 28(7): p. 723-732.
3. O'Farrell, V., The unasked questions in Australian tennis. Sporting Traditions, 1985. 1(2): p. 67-
86.
4. Elliott, B., The serve. International Tennis Federation: Coaching and Sport Science Review,
2001(24): p. 3-5.
5. Elliott, B., M. Reid, and M. Crespo, Technique development in tennis stroke production. 2009,
London: The International Tennis Federation, ITF Ltd.

Laman sesawang:

http://www.itftennis.com/officiating/rulebooks/rules-of-tennis.aspx
http://en.wikipedia.org/wiki/Tennis#History
http://www.itftennis.com/shared/medialibrary/pdf/original/IO_24643_original.PDF
http://www.itftennis.com/coaching/practicalinfo/frequentlyaskedquestions/level1elearnings.asp
http://www.tennissmith.com/
http://www.itftennis.com/coaching/sportsscience/
http://www.procomparetennis.net/
Modul 87
Sukan Individu

UNIT 6

Sukan Gelanggang
Skuasy

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan permainan skuasy.


2. Menghuraikan peralatan yang perlu dalam permainan skuasy.
3. Mengaplikasikan peraturan dan undang-undang asas permainan skuasy.
4. Membuat intrepretasi tentang cara bermain skuasy.
5. Belajar dan melakukan kemahiran asas permainan skuasy.

Rajah 1: Permainan skuasy

PENGENALAN

Skuasy adalah permainan sukan raket yang dimainkan oleh dua atau empat pemain di dalam
gelanggang tertutup dengan memukul bola ke dinding, di mana pemain lawannya akan mengambil
bola yang melantun kembali. Permainan skuasy adalah antara permainan sukan gelanggang yang
pada asasnya amat mudah untuk dimainkan. Peraturannya adalah jelas dan mudah, serta keperluan
utama untuk memukul bola terus ke dinding menjadikannya antara sukan yang boleh dipelajari dan
dimainkan dengan mudah. Ketepatan pukulan dan kekuatan pukulan bagi menentukan pantulan yang
seiring dengan strategi yang diatur adalah antara kemahiran yang perlu dipelajari bagi membolehkan
seseorang itu bermain skuasy dengan baik. Namun ini tidaklah menjadi satu masalah utama kerana di
Modul 88
Sukan Individu

peringkat permulaan, yang penting adalah melantunkan bola kembali ke dalam permainan. Berbanding
sukan raket yang lain, kawalan raket dan bola squasy dianggap lebih senang dan mudah. Mengikut
fakta yang diberikan di laman sesawang Persatuan Skuasy United Kingdom pada 2012, skuasy
dimainkan di lebih 157 negara dengan anggaran terdapat lebih kurang 50,000 buah gelanggang di
seluruh dunia, di mana terdapat hampir 20 juta orang bermain sukan ini samada sebagai aktiviti riadah
atau sebagai sukan utama. Bagi Negara kita, sukan skuasy adalah antara sukan di mana pemain-
pemain Negara kita berjaya meletakkan diri mereka dalam kedudukan ranking yang baik sepanjang
tahun. Bahkan, Datuk Nicol Ann David membuktikan keunggulan kita di arena skuasy antarabangsa
dengan mengungguli takhta selaku pemain nombor satu dunia hingga kini, dan memenangi kejuaraan
dunia sebanyak lima kali. Pencapaian yang boleh dianggap unggul ini dituruti dengan pencapaian
terhebat apabila tidak pernah dikalahkan sepanjang tahun 2010, dengan rekod menang-kalah
kejohanan-kejohanan utama dunia adalah 39 kemenangan 0 kekalahan.

SEJARAH SUKAN SKUASY


Permainan skuasy telah dimainkan hampir 140 dahulu hingga kini. Bermula pada 1830 di Sekolah
Harrow di England. Sukan skuasy kini dimainkan di hampir 180 buah Negara keseluruhannya, dengan
Malaysia memiliki barisan pemain-pemain berkelas dunia terutamanya dengan kemunculan Nicol David
(Datuk) selaku juara dunia pada masa ini.

Rajah 2: Pemain, gelanggang dan alatan sukan skuasy di awal pengenalannya dahulu
Modul 89
Sukan Individu

GELANGGANG SUKAN SKUASY

Rajah 3: Gambaran terperinci gelanggang sukan skuasy

Skuasy dimainkan dalam gelanggang berdinding setinggi 5.64m dengan panjang gelanggang adalah
9.7m dan lebarnya adalah 6.4m. Gelanggang ini dengan garisan-garisan permainannya adalah seperti
yang ditunjukkan di dalam Rajah 3 di atas. Pada masa kini, sesuai dengan kehendak komersial dan
memudahkan liputan siaran langsung televisyen, gelanggang skuasy bagi majoriti kejohanan
terkemuka adalah dibina dengan samda separa atau dinding kaca sepenuhnya.

Rajah 4: Contoh gelanggang sukan skuasy


Modul 90
Sukan Individu

PERALATAN ASAS SUKAN SKUASY

Alatan utama adalah raket dan bola skuasy. Alatan lain juga termasuklah pelindung mata, dan kasut
gelanggang. Raket skuasy adalah sedikit berbeza daripada raket tenis dengan bentuknya yang lebih
bujur dan luas permukaan saiz kepala lebih kecil.

Rajah 5: Contoh kasut dan raket skuasy keluaran pengeluar alatan sukan Prince®.

Rajah 6: Contoh bola-bola skuasy yang dikeluarkan oleh pengeluar alatan sukan Prince®.

Bola skuasy berwarna hitam diperbuat daripada campuran getah dengan penanda satu atau dua titik
(dot) ditandakan pada bola menunjukkan bola adalah untuk latihan atau pertandingan. Bola dua dot
digunakan sebagai bola rasmi pertandingan. Bola satu dot adalah lebih mudah dilantunkan dan sesuai
untuk latihan dan mereka yang masih baru dalam sukan skuasy. Bola yang lebih mudah lantun untuk
pemain yang benar-benar baru diperkenalkan kepada skuasy adalah berwarna biru. Ada juga bola
yang dikeluarkan pengeluar sama dari segi warna (hitam) namun hanya dibezakan dengan dot
berwarna kuning dan biru. Fungsi warna dan dot adalah sama. Berbeza dengan sukan raket yang lain,
bola skuasy terutamanya dengan dua dot perlu dipanaskan terlebih dahulu dengan pukulan-pukulan ke
dinding sebelum permainan bagi memastikan bola benar-benar anjal dan memberi lantunan yang baik.
Atas sebab inilah bola dua dot yang digunakan dalam pertandingan jarang digunakan untuk mengajar
mereka yang baru mengenali sukan skuasy kerana kesukaran untuk pemain baru melantunkan bola
bagi setiap pukulan, di samping kesukaran mereka untuk memanaskan bola kerana pukulan yang
dihasilkan biasanya lemah.
Modul 91
Sukan Individu

Senaraikan TIGA (3) peralatan asas untuk permainan skuasy.


a. ____________________________________________________
b. ____________________________________________________
c. ____________________________________________________
d. ____________________________________________________
e. ____________________________________________________

PERATURAN SUKAN SKUASY

Matlamat utama penulisan ini adalah untuk memberikan panduan asas dan terkini berkaitan sukan
skuasy. Bagi memudahkan pembelajaran dan kefahaman manual ini akan memperkenalkan undang-
undang asas yang dipermudahkan daripada undang-undang dan peraturan terperinci permainan
seperti mana yang disediakan oleh Persekutuan Skuasy Dunia (World Squash Federation).

Teknik Pegangan Raket

Rajah 7: Teknik pegangan berjabat tangan (kiri) dan pegangan sewaktu permainan (kanan)

Huraikan cara pegangan raket skuasy yang betul.


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Modul 92
Sukan Individu

Pengiraan Markah

Setiap perlawanan adalah antara 3 atau 5 set terbaik. Setiap set dimainkan hingga 11 mata, kecuali
jika pemain seri pada mata ke 10, maka permainan diteruskan hingga ada pemain mendahului 2-0.
Kedua-dua pemain boleh memperolehi mata tanpa mengira pihak yang melakukan servis. Bagi pemain
yang melakukan servis, kiranya beliau memperolehi mata, maka servis kekal di tangan beliau.
Sekiranya beliau gagal memperolehi mata, maka servis akan bertukar tangan.

Rajah 8: Kertas pemarkahan PARS


Modul 93
Sukan Individu

Peraturan memanaskan badan

Sebelum setiap set permulaan, kedua-dua pihak adalah diberikan peluang memanaskan badan dan
bola selama lima minit (iaitu 2.5 minit setiap pihak).

Rajah 9: Salah satu kaedah memanaskan badan sebelum permainan

Jumlah pemain

Pertama sekali jumlah pemain boleh satu lawan satu atau dua lawan dua. Namun pada peringkat
permulaan digalakkan bermula dengan satu lawan satu kerana risiko kecederaan yang mungkin timbul.

Rajah 10: Skuasy satu lawan satu (kiri) dan skuasy dua lawan dua (kanan)
Modul 94
Sukan Individu

Kedudukan pemain

Bagi satu lawan satu, setiap pemain sebelum bermulanya servis perlu mengambil tempat masing-
masing di dalam kotak kiri dan kanan gelanggang. Sewaktu permainan berlangsung, kedua-dua
pemain boleh berada di mana-mana sahaja dalam kawasan gelanggang bagi mengambil bola dan
membuat hantaran.

Rajah 11: Kedudukan betul sewaktu servis


Modul 95
Sukan Individu

Garisan keluar dan kawasan permainan

Semua kawasan dalam gelanggang yang di luar garisan paling atas adalah dianggap keluar, dan ini
termasuk bumbung, lampu dan lain-lain yang berada di dalam bilik gelanggang.

Rajah 12: Kawasan permainan dan garisan-garisan dalam gelanggang skuasy

KEMAHIRAN ASAS

Servis

Permainan hanya dimulakan dengan servis. Servis boleh ditentukan dengan melakukan putaran raket.
Pemain yang melakukan servis akan kekal melakukan servis hinggalah beliau kehilangan mata.
Pemain yang memenangi set sebelumnya akan memulakan servis dalam set seterusnya. Setiap kali
bertukar servis, pemain yang akan melakukan servis boleh memulakan servis dari kotak servis kiri atau
kanan, dengan servis yang dilakukannya selepas itu akan menggilirkan kotak servis kiri dan kanan
(kecuali beliau kehilangan servis seterusnya).
Modul 96
Sukan Individu

Rajah 13: Servis permainan skuasy

Servis perlu dilakukan dengan sekurang-kurangnya satu kaki berada di dalam kotak servis. Servis
boleh dilakukan dengan mana-mana teknik servis termasuk servis seperti permulaan tenis atau
badminton. Servis yang dilakukan perlu mengenai dinding hadapan di atas garisan kedua (terdapat
dua garisan di dinding hadapan) dan mendarat di dalam kotak bahagian lawan. Servis yang pendek
dan tidak sampai ke garisan dalam kotak lawan dianggap gagal (keluar). Selepas servis dilakukan dan
bola sudah memasuki kawasan lawan, pergerakan kedua-dua pemain adalah bebas ke seluruh
gelanggang.

Pemulangan bola (pukulan balas)

Pukulan balas atau pemulangan bola hanya dikira sah sekiranya bola yang diambil tidak melantun dua
kali di lantai, dipulangkan semula ke dinding hadapan atas pada garisan paling bawah (samada terus
ke dinding hadapan atau lantun dahulu di dinding lain dalam kawasan permainan dan baharulah ke
dinding hadapan).

Rali

Rali ataupun permainan yang berterusan dengan kedua-dua pemain berbalas pukulan hanya akan
terhenti dengan salah seorang pemain gagal melakukan pukulan balas yang sah atau Let atau Stroke.

NOTA: Dalam mana-mana rali yang berterusan, pemain sepatutnya tidak melakukan pukulan balas
bola sekiranya situasi membahayakan dirinya atau pemain lawan. Dalam kes seperti ini, samada
pemain akan diberikan Let (servis semula) atau Stroke (mata diberikan kepada yang terhalang).
Modul 97
Sukan Individu

Memukul lawan dengan bola

Sekiranya mana-mana pemain memukul bola dan sebelum sempat bola tersebut tiba ke dinding
hadapan atau tidak sempat tiba ke dinding belakang; ianya menyentuh mana-mana bahagian badan
pemain lawannya atau raketnya atau pakaiannya, maka permainan perlu dihentikan. Mata diberikan
dengan:

- Sekiranya pukulan tersebut baik dan beliau tidak berpusing (tidak melihat bahawa bolanya
mengenai lawan), maka pemukul akan dikira berjaya melakukan pukulan dan mata
diberikan kepadanya.

- Sekiranya bola tersebut sudah menyentuh mana-mana dinding dan DIJANGKA akan
menyentuh dinding belakang bagi mata namun terhenti, maka LET diberikan (LET=servis
semula tanpa mata).

- Sekiranya pukulan balas tersebut sememangnya tidak akan berjaya maka pemukul akan
kehilangan rali dan mata.

Rajah 14: Contoh pandangan pemain yang ingin membuat pukulan (berseluar hitam di belakang).
Hentikan pukulan jika bola mungkin terkena pemain lawan kerana berada dalam zon stroke
(kawasan digelapkan)
Modul 98
Sukan Individu

Dalam kumpulan, bincangkan dan senaraikan situasi-situasi yang boleh membawa


kepada Let atau Stroke diberikan kepada pemain sewaktu pertandingan.

RUMUSAN
Permainan skuasy adalah permainan yang menyeronokkan dan pernah dikatakan sebagai
permainan yang paling baik untuk kesihatan jantung. Ianya sesuai dimainkan oleh pelbagai peringkat
umur. Cuma kesukaran mendapatkan gelanggang yang selalunya menghalang penglibatan mereka
yang berminat. Teknik permainan juga tidak sukar dikuasai kerana bola hanya perlu dilantunkan ke
mana-mana dinding dengan kawalan kuasa hantaran bola tidak sesukar permainan raket yang lain
yang memerlukan daya pukulan dikawal dengan baik. Walau apapun, latih tubi diperlukan untuk
meningkatkan kemahiran dari satu tahap ke tahap yang lain.

KATA KUNCI
Gerak kaki kawasan T
Let
Pegangan berjabat tangan (shakehand grip)
Pukulan depan (forehand drive)
Pukulan kilas (backhand drive)
Rali (Rally)
Servis

PENILAIAN KENDIRI
1. Peraturan dan undang-undang amat penting dalam satu-satu permainan. Bincangkan mengapa
peraturan dan undang-undang skuasy adalah penting diketahui oleh setiap pemain.
2. Huraikan peraturan ‘garisan luar dan kawasan permainan’ dalam peraturan permainan skuasy.
3. Jelaskan sistem pengiraan mata dalam permainan skuasy.
4. Perihalkan setiap kemahiran asas dalam permainan skuasy. Bincangkan kegunaan setiap
kemahiran tersebut secara terperinci.

RUJUKAN

Yarrow, P., and Harrison, A. (2010). Squash: Steps to success (2 ed.). Human Kinetics. Champaign:IL.
Shelley, A. (1991). Squash rules. Ward Lock. London.
McKenzie, I. (1999). The squash workshop a complete game guide. Crowood Press. Marlborough.
Modul 99
Sukan Individu

Laman sesawang:
http://www.worldsquash.org/
http://www.malaysiasquash.org/
http://www.squashsite.co.uk/
http://www.englandsquashandracketball.com/
http://en.wikipedia.org/wiki/Squash_(sport)
http://squash2020.com/history-of-squash/
http://en.wikipedia.org/wiki/File:Squash_Court_(Singles_WSF).svg
http://www.sports.gov.pk/SportsFacilities/SC_inner.jpg
http://msnpenang.files.wordpress.com/2012/10/wpid-20121025_163346.jpg?w=640
http://www.squashgame.info/squashlibrary/2
http://www.squashgame.info/squashlibrary/2
http://squashgame.info/members/images/technical/jogos.jpg
http://www.squashgame.info/squashlibrary/2
http://squashclub.org/main/e-lessons/lessons/beginner_lessons/images/squash_court.jpg
http://www.humankinetics.com/AcuCustom/Sitename/DAM/036/85ph11_display.png
http://racquetnetwork.com/automatic-squash-stroke-1/
http://www3.pictures.gi.zimbio.com/Nicol+David+World+Squash+Championship+2008+s8jdl6xRgvUl.jpg
Modul 100
Sukan Individu

UNIT 7

SUKAN MEJA/DALAMAN
PING PONG

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan sukan ping pong.


2. Menghuraikan peralatan yang perlu dalam sukan ping pong.
3. Mengaplikasikan peraturan dan undang-undang sukan ping pong.
4. Membuat intepretasi tentang cara bermain ping pong.
5. Belajar dan melakukan kemahiran asas sukan ping pong.

TABLE
TENNIS

Rajah 1: Permainan Ping Pong

PENGENALAN
Sukan ping pong boleh dikatakan sebagai sukan raket yang paling popular di dunia dan merupakan
sukan yang kedua popular dari segi penyertaannya. Sukan ini mempunyai peminat yang teramai sekali
di Asia dan Europa. Jikalau kita melawat di mana-mana kelab / persatuan ping pong ataupun
menyaksikan pertandingan ping pong, sering kita dapati atlet berumur dari lingkungan lapan tahun
sehingga lapan puluh tahun turut beserta dalam permainan atau pertandingan ping pong. Justeru itu,
sukan ping pong boleh dijadikan sebagai sukan sepanjang hayat. Sukan ini memberi manafaat kepada
semua golongan umur yang menyertainya. Untuk kanak-kanak, sukan ini mungkin merupakan sukan
yang terbaik sekali untuk melatih dan berkembangkan koodinasi mata dan tangan. Ini adalah sangat
penting untuk perkembangan fizikal kanak-kanak kelak. Manakala untuk golongan dewasa, sukan ini
adalah cara yang amat baik dalam membantu individu supaya sentiasa dalam keadaan yang sihat dari
aspek fizikal mahupun mental. Bagi atlet elit pula, sukan ping pong dapat menyediakan peluang untuk
bertanding dari peringkat tempatan sehingga ke peringkat dunia iaitu ke sukan Olimpik. Walau
bagaimanapun, sukan ping pong bukan mengambil kira sangat terhadap umur, bentuk dan saiz badan,
Modul 101
Sukan Individu

kebolehan fizikal atau ketidakupayaan, tetapi kemahiran pemain itulah yang paling penting. Maka,
untuk membolehkan seseorang bermain ping pong, dia seharusnya belajar kemahiran asas dahulu.

Sehubungan itu, Unit 7 modul ini turut membincangkan apa itu sukan ping pong, serba sedikit
mengenai sejarah, peraturan dan undang-undang asas yang kontemporari, maklumat peralatan yang
terkini, cara bermain ping pong yang efektif, kemahiran asas, serta latih tubi untuk membantu
penguasaan kemahiran asas. Semoga pelajar dapat belajar sukan ping pong dan cuba menguasai
kemahiran asas supaya pelajar boleh menjadikan sukan ini sebagai sukan sepanjang hayat.

SEJARAH SUKAN PING PONG


Lebih kurang dalam 120 tahun, sukan ping pong telah berbangkit secara konsisten daripada aktiviti
pengisian masa lapang atau riadah kepada salah satu sukan utama dalam dunia. Perkembangan
menarik ini adalah kerana sukan ini selamat dimain, seronok bermain, sihat, dan ia adalah benar-benar
aktiviti sepanjang hayat.

Sejarah asal tidak diketahui dan sukar dikesan. Adalah dipercayai sukan ping pong bermula
pada tahun 1890s dengan tujuan untuk cuba menjadikannya sebagai sukan tenis dalaman. Sukan ini
banyak ditukar nama dan dimainkan sebagai hiburan selepas makan malam. Sukan ini dimainkan
dengan menggunakan raket pegangan panjang yang diselaputi dengan ‘velum’ bersama bola getah.
Malang sekali, oleh kerana kualiti bola yang kurang baik mengakibatkan sukan ini lenyap dengan
pantas sekali sejurus selepas sukan ini dimulakan.

Mujurnya, selepas berkembangnya bola ‘celluloid’ dalam tahun 1920s, sukan ini bangkit
semula. Pada masa itu, persatuan dan kelab ditubuhkan seluruh dunia. Di Amerika Syarikat,
‘trademark-The Parker Brothers of Ping Pong’ adalah diterima secara meluas. Oleh kerana nama asal
ping pong merupakan hak cipta milik ‘trademark of Paker Borthers’, namanya telah ditukarkan kepada
tenis meja. Pada tahun 1927, the International Table Tennis Federation (ITTF) telah ditubuhkan dan
kejohanan peringkat dunia yang pertama telah diadakan. Manakala the United States Table Tennis
Association (USTTA) ditubuhkan pada tahun 1933.

Rajah 2: Trademark-The Parker Brothers of Ping Pong


Modul 102
Sukan Individu

Sukan moden bermula dengan pengenalan raket yang mempunyai ‘sponge’ pada tahun 1950s.
Orang Jepun menggunakan raket jenis ini untuk meningkatkan putaran dan kelajuan bola semasa
bermain. Dengan kemahiran tersebut, mereka berjaya menguasai sukan ping pong pada tahun lima
puluhan dan awal enam puluhan dalam kejohanan peringkat dunia sehingga negera China mengambil
alih. Orang China pula mengemukakan cara bermain serangan pantas serta mengembangkan sukan
yang memfokuskan teknik servis yang kuat dan teknik balas servis. Sukan ping pong pertama kali
diterima sebagai salah sejenis sukan di peringkat Olimpik pada tahun 1988 di Seoul Olimpik. Ia
dipermainkan dengan acara perseorangan dan acara bergu.

Rajah 3: Acara Perseorangan (kiri) dan Acara Bergu (kanan)

Huraikan mengapa nama ping pong ditukarkan menjadi tenis meja.


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

PERALATAN ASAS PING PONG


Apabila memilih peralatan untuk sukan ping pong, adalah baik untuk memilih peralatan yang telah
diluluskan oleh ITTF yang ada logonya. Peralatan yang telah diluluskan oleh ITTF adalah mandatori
untuk semua pertandingan formal.

Untuk bermain ping pong, peralatan yang diperlukan adalah:

a) raket (bet yang diselaputi dengan getah), b) getah,

c) meja, d) set jaring,

e) bola, f) glu untuk getah,

g) kasut, dan h) pakaian yang sesuai.


Modul 103
Sukan Individu

a) Raket (bet yang diselaputi dengan getah)

Raket ping pong mesti diperbuat dengan menggunakan kayu (80%) dan dibenarkan bahan
campuran seperti graphite. Saiz kepala raket adalah bervariasi mengikut cara bermain dan
keselesaan pemain; untuk pemain yang mengamalkan teknik menahan, selalunya menggunakan
raket yang saiz kepala lebih besar. Pemain yang suka menyerang dekat meja, selalu
menggunakan raket yang dapat menghasilkan pergerakan yang pantas. Manakala untuk pemain
yang bermain jarak sederhana, lebih suka menggunakan saiz raket yang normal.

Rajah 4: Variasi raket tanpa getah

Raket mempunyai pelbagai bentuk pemegang. Apabila memilih raket yang sesuai, pastikan pilih
bentuk pemegang yang selesa. Walau bagaimanpun, pemilihan raket adalah mengikut keselesaan
individu, tetapi jika hendak mengubah grip dengan senang antara pukulan depan dan pukulan
kilas, bentuk pemegang yang paling popular adalah bentuk pemegang lurus kerana ianya senang
untuk diubah cara pukulan depan ke kilas dan sebaliknya. Berat raket adalah antara 80 hingga 90
gram tanpa getah.

b) Getah

Pelbagai variasi getah membolehkan lebih banyak variasi gaya bermain berbanding dengan
sukan raket yang lain. Oleh yang demikian, biasanya pemain suka membeli raket dan getah
secara berasingan. Getah kemudiannya dilekat ke raket menggunakan glu yang telah
diluluskan oleh ITTF bagi menyenangkan penggantian getah ataupun pembuangan getah
lama. Kebanyakan getah diselaputi dengan lapisan spon (sponge) di bawahnya membolehkan
lebih putaran dan kelajuan bola semasa bermain. Ketebalan getah dan spon tidak boleh
melebihi 4 milimeters. Mengikut undang-undang, semua raket yang digunakan dalam
pertandingan secara formal perlu dilekat dengan getah warna hitam dan sebelah lagi mesti
warna merah.
Modul 104
Sukan Individu

Rajah 5: Variasi warna getah hitam dan merah

Terdapat empat jenis permukaan getah yang biasa iaitu a) pips pendek (short pips),
b) pips panjang (long pips), c) anti putaran (antispin), dan d) terbalik (inverted). Pips adalah
merujuk kepada bonjolan yang berbentuk kon di atas helaian getah. Getah pips pendek
mempunyai pips pendek dan lebar yang rapat-rapat dan menghala keluar. Getah jenis ini
dapat menghasilkan putaran bola yang sederhana. Jenis getah ini digunakan untuk kemahiran
memukul dan menahan (hitting and blocking). Jenis getah ini adalah digemari oleh pemain
yang lemah dalam pukulan kilas tetapi perlu lebih kawalan terhadap putaran pihak lawan.

Pips panjang pula mempunyai pips yang lebih panjang dan tirus yang menghadap luar,
pips juga boleh bengkok dengan senang apabila kena dengan bola. Pips panjang mempunyai
kesan yang unik dalam membalas putaran pihak lawan dengan menghasilkan elemen yang
mengeliru (tricky). Getah jenis ini merupakan getah menahan kerana kelajuan yang perlahan,
jadi ia kurang sesuai bagi individu yang baru mula bermain.

Getah jenis anti putaran mempunyai permukaan licin yang dapat menghilangkan
putaran dari bola. Adalah sukar untuk menghasilkan pukulan putaran dengan jenis getah ini
mengakibatkan pemain susah hendak menyerang. Getah jenis ini biasanya digemari oleh
pemain jenis menahan di sebelah raket untuk menghasilkan pukulan balas yang konsisten
apabila diserang oleh pihak lawan.

Getah terbalik (inverted) ini merupakan jenis getah yang paling popular. Jenis getah
ini mempunyai permukaan yang licin dengan pips menghadap ke dalam yang dilekat kepada
lapisan getah berspon (sponge). Getah terbalik ini dapat menghasilkan putaran dan kelajuan
yang paling hebat. Justeru itu, ia gemar digunakan oleh kebanyakan pemain.

Adalah perlu diketahui bahawa sesebuah raket adalah dibenarkan untuk


menggunakan dua jenis getah yang berlainan untuk dua belah raket bagi pukulan depan dan
pukulan kilas.

c) Meja

Saiz meja adalah 274 x 152 cm (9 x 5 kaki) dan tinggi 76 cm (2.5 meter). Permukaan meja
adalah diperbuat daripada papan dan disapu dengan cat istimewa untuk menghasilkan
lantunan yang konsisten. Semua meja ping pong mesti ada garisan putih untuk membezakan
garisan tepi, tengah dan hujung.
Modul 105
Sukan Individu

Rajah 6: Meja

d) Set Jaring

Jaring yang berkualiti mesti diperbuat daripada kain dan mempunyai kod di bahagian atas net
supaya membolehkan ketegangan jaring diubahsuai. Jaring dipasang di meja dengan
menggunakan tiang jaring logam. Ketinggian jaring ketika dipasang adalah 15 cm (6 inci),
manakala tiang jaring dipasang 15 cm di tepi meja.

Rajah 7: Set Jaring


Modul 106
Sukan Individu

e) Bola

Perubahan sukan ping pong yang utama adalah pada tahun 2000, saiz bola ping pong telah
dinaikkan daripada 38 milimeter kepada 40 milimeters. Tujuan perubahan ini adalah supaya
bola lebih senang dilihat melalui kaca television. Bola ping pong yang dibenarkan semasa
pertandingan formal berwarna putih atau oren yang ada ditanda dengan 3 bintang yang
diluluskan oleh ITTF.

Rajah 8: Bola warna oren dan putih yang mempunyai 3 bintang kelulusan ITTF

f) Glu untuk getah

Glu untuk melekat getah ada dijual di mana-mana pembekal. Glu ini dapat memudahkan
pembuangan getah lama dan penggantian getah baru. Pada tahun 2008, ITTF telah
menghalangkan kegunaan glu yang mengandungi volatile organic compounds (VOCs). Glu
tersebut telah diganti dengan glu water-based.

g) Kasut

Kasut gelanggang dalaman yang mempunyai kualiti tinggi adalah sesuai untuk sukan ping
pong. Kasut untuk ping pong adalah lebih ringan berbanding dengan kasut gelanggang yang
lain dan mempunyai tapak getah bergum.

Rajah 9: Contoh kasut dengan tapak yang sesuai untuk ping pong
Modul 107
Sukan Individu

h) Pakaian yang sesuai

Pakaian sukan ping pong terdiri daripada seluar pendek, skirt, baju T, dan suit memanaskan
badan. Adalah tidak dibenarkan memakai baju yang sama warna dengan bola dalam
pertandingan. Dalam pertandingan, pemain dalam pasukan bergu biasanya memakai warna
baju yang sama. Dalam acara antarabangsa pula, pihak lawan dan pasukan bergu mesti
memakai warna baju yang berlainan antara individu atau pasukan.

Rajah 10: Contoh pakaian yang sesuai

Senaraikan lima (5) peralatan asas untuk permainan ping pong.


e. _____________________________________________________________
f. _____________________________________________________________
g. ______________________________________________________________
h. ______________________________________________________________
i. ______________________________________________________________

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ASAS PING PONG

Semua permainan dipermainkan dalam 11 mata, tetapi pemenang mesti menang dua mata berturut-
turut. Pemain mestilah orang pertama mencapai 11 mata atau memang dua mata berturut-turut jika
kedua-dua pemenang mendapat 10 mata. Suatu permainan (match) adalah mana-mana pertandingan
yang ganjil (odd number of games). Biasanya suatu permainan dipermainkan dalam lima pertandingan
terbaik (best of five) atau tujuh pertandingan terbaik (best of seven).

Dalam pertandingan formal, pilihan siapa yang akan membuat servis dahulu adalah ditentukan
oleh lambungan siling. Biasanya dalam permainan kelab, pengadil boleh pegang bola ping pong dalam
satu tangan, kemudiannya sembunyikan kedua-dua tangan di bawah meja untuk diteka oleh salah
seorang pemain mana satu tangan yang pegang bola ping pong. Pemenang yang teka betul akan
mempunyai pilihan samada hendak membuat servis atau menerima servis atau memilih hujung mana
yang hendak dimulakan permainan. Sesiapa yang menerima servis dahulu akan membuat servis
dahulu dalam permainan seterusnya.

Servis dibuat secara bergilir-gilir untuk dua kali sehingga permainan tamat atau sehingga skor
mata mencapai 10-10. Apabila skor mencapai 10-10, servis adalah bergilir-gilir untuk sekali setiap
pemain sehingga mana-mana pemain mendahului dua mata berturut-turut.
Modul 108
Sukan Individu

Seseorang pemain berjaya mencatat satu mata kemenangan seperti situasi berikut:-

• Pihak lawan gagal membuat servis yang baik.


• Pihak lawan gagal membalas servis dengan baik.
• Pihak lawan gagal membalas pukulan yang menyentuh meja anda sebelum melepasi garis
penghujung meja.
• Bola melantun dua kali di meja sebelah pihak lawan sebelum membalas bola.
• Pihak lawan menyentuh bola dua kali sebelum membalas bola.
• Pihak lawan menggerakkan meja.
• Pihak lawan menyentuh meja menggunakan tangan bebas semasa bermain.

Satu servis yang baik adalah meletakkan bola di tapak tangan bebas yang terbuka luas. Semasa
membuat servis, bola mesti berada di atas permukaan meja dan belakang garis penghujung dan
semestinya tidak disembunyi dari pihak lawan oleh mana-mana bahagian badan pembuat servis.
Pembuat servis perlu melambung bola sekurang-kurangnya setinggi 16 sentimeter daripada tangan
dan memukul semasa bola menurun.

Pembuat servis perlu memastikan bola sentuh meja sendiri sebelum menyentuh meja pihak lawan.
Semasa membuat servis, sekiranya servis tersebut menyentuh jaring atau peralatan jaring tetapi
adalah servis yang baik, ‘let’ akan dilafazkan oleh pengadil dan servis boleh dilakukan semula.

CARA PEGANGAN DAN KAWALAN RAKET

Keputusan utama seseorang pemain perlu buat sebelum bermain ping pong adalah memilih
cara pegangan raket yang sesuai. Cara bermain adalah berdasarkan cara pegangan raket yang anda
pilih. Setelah memilih cara pegangan raket, anda sepatutnya menggunakan cara pegangan tersebut
untuk semua pukulan.

Terdapat dua cara pegangan raket yang asas:-

1. Berjabat tangan (Shakehands Grip)

Cara pegangan ini merupakan grip yang paling popular di seluruh dunia. Sembilan daripada
10 orang pemain peringkat dunia yang terunggul menggunakan pegangan ini. Ini adalah
disebabkan pemain dapat mengawal bola dengan baik bukan sahaja untuk pukulan depan
(forehand) malahan juga untuk pukulan kilas (backhand). Pemain senang hendak mengawal
raket dengan cara pegangan ini. Cara pegangan adalah seperti berikut:-

a. Pegang raket dengan tangan, pastikan pemegang digenggam dalam


tapak tangan.
b. Genggam raket seolah-olah anda sedang berjabat tangan.
c. Unjurkan ibu jari dan jari telunjuk selari dengan hujung getah pada raket.
d. Tiga jari yang lain akan pegang pemegang raket dengan longgar supaya
dapat mengekalkan kestabilan raket (Rujuk Rajah 11).
Modul 109
Sukan Individu

Rajah 11: Cara pegangan berjabat tangan: pukulan depan dan pukulan kilas

2. Pegangan pen (Penholder Grip)

Cara pegangan ini amat digemari oleh pemain Asia. Pegangan pen ini memberi kawalan
pukulan depan yang terbaik tetapi lemah untuk kawalan pukulan kilas. Pegangan ini senang
menggerakkan pergelangan tangan untuk semua pukulan terutama semasa membuat servis.
Adalah dicadangkan hanya pemain yang mempunyai gerak kaki yang pantas menggunakan
cara pegangan ini kerana pemain biasanya hanya berfokus menggunakan pukulan depan
walaupun dari arah bahagian kilas untuk mengatasi masalah kelemahan pukulan kilas. Walau
bagaimanapun, untuk pemain yang lambat dalam gerakan kaki hanya mampu memastikan
bola masih dalam permainan tanpa kuasa serangan jika menggunakan pukulan kilas. Cara
pegangan adalah seperti berikut:-

a. Ibu jari dan jari telunjuk menyangkutkan penghujung pemegang


raket.
b. Tiga jari yang lain menyokong kestabilan raket pada bahagian belakang
mengikut keselesaan para pemain.
c. Kaedah pegangan ini seperti cara memegang pen. Oleh itu, cara ini juga
digelarkan sebagai ‘pegangan pen’ (Rujuk Rajah 12).

Rajah 12: Cara pegangan pen: pandangan depan dan belakang


Modul 110
Sukan Individu

Dengan menggunakan pegangan pen ini, biasanya sebelah permukaan raket sahaja
digunakan untuk memukul bola untuk semua jenis pukulan. Permukaan sebelah lagi boleh
digunakan untuk memukul tetapi oleh kerana semulajadi cara pegangan ini yang terhad akan
menyusahkan pemain untuk menukar permukaan kilas untuk pukulan kilas semasa rali (rally)
(rujuk Rajah 13).

Rajah 13: Menggunakan permukaan sebelah untuk membalas bola kilas

Huraikan kedua-dua cara pegangan raket yang popular.

d. Pegangan berjabat tangan


________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

e. Pegangan pen

________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Modul 111
Sukan Individu

KEMAHIRAN ASAS

A. Membuat Servis

Semasa membuat servis, pemain adalah dinasihatkan sentiasa berubah-ubah dan mempunyai
variasi supaya teknik membuat servis tidak disedari atau sukar difahami oleh lawan. Secara am,
semasa membuat servis, jarak antara kedudukan pemain dengan meja adalah lebih kurang 50 cm dan
jarak antara tangan yang memegang bola dengan meja adalah lebih kurang 15 cm.

Tangan yang memegang bola dan tangan yang memegang raket mestilah di atas permukaan
meja dan di belakang garisan hujung. Bola mesti dilempar sekurang-kurangnya 16 cm ke atas tanpa
menjanakan sebarang putaran di belakang garisan hujung meja. Semasa bola menurun dari puncak,
pukulan dibuat (Rujuk Rajah 14-15).

Rajah 14: Cara pegangan bola yang betul semasa membuat servis
Modul 112
Sukan Individu

Rajah 15: Contoh lantonan bola ke udara semasa membuat servis

Jenis-Jenis Servis
Secara amnya, servis boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu servis berputar (spin) dan
servis tidak berputar (no spin). Servis tidak berputar di mana bola dihantar secara mendatar tanpa
putaran. Manakala servis berputar pula boleh dibahagikan kepada empat jenis seperti berikut :-

1. Servis putaran atas (topspin service)


2. Servis putaran belakang (backspin service)
3. Servis putaran ke kiri (forehand left side)
4. Servis putaran ke kanan (backhand right side)

1. Servis putaran atas (topspin service)

Servis putaran atas dapat dihasilkan apabila raket menyentuh bahagian atas bola dan bola
dikontek secara bergeser dengan getah raket. Pemain mula menghayun raket di bawah
bola, seterusnya raket bergerak ke atas secara pantas semasa kontek bola. Bola akan
berputar ke arah atas mengikut kepantasan hayunan raket. Untuk membalas servis
putaran atas, pemain perlu kontek di bahagian tengah atas bola dengan permukaan raket
tertutup.

Rajah 16: Serivs putaran atas


Modul 113
Sukan Individu

2. Servis putaran belakang/bawah (backspin/underspin service)

Servis putaran belakang adalah dilakukan dengan menyentuh ke bahagian bawah bola
secara kontek bergeser. Untuk melakukan ini, raket bermula lebih tinggi daripada bola,
seterusnya bergerak ke arah bawah dan kontek bola. Apabila servis putaran belakang
menyentuh kepada raket, bola akan bergerak dengan trajektori lebih ke bawah berbanding
dengan normal. Untuk membalas servis putaran belakang, pemain perlu kontek
di bahagian tengah bawah bola dengan permukaan raket terbuka.

Rajah 17: Servis putaran belakang

3. Servis putaran ke kiri (left sidespin)

Servis putaran ke kiri dihasilkan apabila raket dikenakan ke bahagian kiri bola. Servis
putaran kiri akan menghasilkan bola pencung ke kanan pihak lawan semasa di
penerbangan, tetapi akan melantun ke kiri pihak lawan sebaik sahaja bola menyentuh
raket. Untuk membalas servis jenis ini, pemain akan menyudutkan raket untuk menyentuh
bahagian kanan bola.

Rajah 18: Serivs putaran ke kiri


Modul 114
Sukan Individu

4. Servis putaran ke kanan (right sidespin)

Pemain dapat menghasilkan servis putaran ke kanan apabila raket kontek kepada
bahagian kanan bola. Servis putaran kanan akan menghasilkan bola pencung ke kiri pihak
lawan semasa di penerbangan, tetapi akan melantun ke kanan pihak lawan sebaik sahaja
bola menyentuh raket. Untuk membalas servis jenis ini, pemain akan menyudutkan raket
untuk menyentuh bahagian kiri bola.

Rajah 19: Serivs putaran ke kanan

B. Pukulan Depan (forehand drive)

Pukulan depan adalah pukulan yang agresif yang mengandungi kepantasan, putaran, dan
ketepatan. Terdapat tiga kepentingan pukulan depan; iaitu i) diperlukan untuk menyerang
pukulan di bahagian depan, ii) merupakan kemahiran utama semasa menyerang, iii) kemahiran
yang kerap digunakan semasa membalas smesy. Untuk melakukan pukulan depan, buat
kontek bola di lantunan tertinggi, depan badan dan sedikit ke kanan. Raket perlu diputar
di bahagian atas dan belakang bola untuk menghasilkan putaran atas semasa pukulan depan.

Rajah 20: Pukulan depan


Modul 115
Sukan Individu

C. Pukulan Belakang (backhand drive)

Pukulan belakang digunakan untuk menyokong pukulan depan sekiranya bola berada
di bahagian kilas. Ia digunakan untuk membalas bola yang dihantar ke bahagian kilas dan
digunakan untuk mendesak pihak lawan membuat kesilapan dengan balasan pantas. Semasa
kontek, hayunan pergelangan tangan ke depan dan sedikit menghala ke atas sambil menutup
permukaan raket. Raket harus berputar di sekeliling bola untuk menghasilkan putaran atas.

Rajah 21: Pukulan belakang

D. Chopping

Chopping digunakan untuk membalas servis putaran belakang yang berkesan. Melakukan
chopping kepada setiap hantaran sehingga pihak lawan buat kesilapan. Chopping boleh
digabungkan dengan putaran belakang untuk menambahkan putaran ke atas bola sehingga
pihak lawan buat kesilapan. Apabila lakukan chopping, permukaan raket seharusnya terbuka.
Bawa raket di depan dan bawah bola. Kontek di bahagian bawah belakang bola. Kontek
hanya apabila bola telah jatuh ke paras meja, tunggu bola jatuh lebih rendah lagi sekiranya
putaran bola adalah kuat.

Rajah 22: Chopping


Modul 116
Sukan Individu

E. Tolakan (pushing)

Kemahiran tolakan biasanya digunakan semasa menahan seperti untuk membalas servis
putaran belakang oleh pihak lawan. Tolakan biasanya digunakan untuk menempat dan
mengawal bola dan bukan untuk menyerang. Tetapi pemain boleh mengubah kuasa putaran
semasa membalas untuk mendesak pihak lawan membuat kesilapan. Untuk melakukan
tolakan, raket kontek bola sebaik sahaja bola menurun daripada lantunan tertinggi. Raket
kontek di bahagian bawah tengah bola.

Rajah 23: Tolakan

F. Smesy (smash)

Pukulan menggunakan kuasa yang tinggi dengan kepantasan yang laju untuk menang mata.
Juga dikenali sebagai pukulan datar atau pukulan untuk mematikan pihak lawan. Kemahiran
smesy selalunya digunakan apabila pihak lawan membalas dengan bola tinggi. Selalunya
smesy ini dilakukan untuk menang mata, jadi ia akan dipukul dengan kuat dan pantas sekali
supaya pihak lawan dapat dimatikan terus.

Rajah 24: Smesy


Modul 117
Sukan Individu

G. Blok (blocking)

Blok adalah cara balas untuk pukulan depan dan belakang yang keras. Ia digunakan apabila
berisiko hendak membalas pukulan yang keras dengan menggunakan pukulan depan dan
belakang. Jadi, blok adalah pukulan balas untuk menahan iaitu cuba menahan bola deras
dengan sudut raket menutup sedikit dan kontek di tengah-tengah raket. Jika dapat kontek bola
dengan sudut yang betul, balasan bola akan rendah dan pantas. Blok perlu dilakukan secepat
mungkin sebaik bola melantun supaya pihak lawan tidak ada peluang untuk menyerang
semula.

Rajah 25: Blok

Dalam kumpulan, senaraikan keempat-empat jenis servis yang biasanya digunakan


dalam sukan Ping Pong serta membincangkan secara terperinci cara membalas
setiap servis yang tersenarai.

1 2

3 4

RUMUSAN
Sukan Ping Pong adalah salah satu sukan dalaman yang digemari ramai. Ia memberi
manafaat kepada semua golongan umur yang memainkannya. Sukan ini tidak memerlukan peralatan
yang terlalu mahal. Sukan ini digelar sebagai permainan yang melibatkan putaran yang hebat,
kepantasan yang deras, dan ketepatan. Untuk menguasai kemahiran asas dalam sukan ini, seseorang
perlu rajin berlatih kerana kemahiran-kemahiran tersebut bukan senang dikuasai tanpa latih tubi yang
mencukupi. Setelah menguasai kemahiran asas, latih tubi perlu ditumpukan kepada cara menambah
putaran bola, meningkatkan kepantasan, dan ketepatan semasa menghantar dan mengawal bola.
Seseorang pemain perlu memahami peraturan dan undang-undang asas sukan ping pong
Modul 118
Sukan Individu

sepenuhnya supaya tidak melanggar peraturan dan membuat kesilapan yang tidak dibenarkan dalam
sukan ping pong.

KATA KUNCI
Blok (Blocking)
Chopping
Drive
Gerak kaki
Let
Pegangan berjabat tangan (shakehand grip)
Pegangan pen (penholder grip)
Pukulan atas (topspin)
Pukulan belakang (backspin)
Pukulan depan (forehand drive)
Pukulan kilas (backhand drive)
Rali (Rally)
Servis
Sidespin
Smesy
Tolak (pushing)

PENILAIAN KENDIRI
1. Peraturan dan undang-undang amat penting dalam satu-satu permainan. Bincangkan mengapa
peraturan dan undang-undang ping pong adalah penting diketahui oleh setiap pemain.
2. Huraikan perbezaan tanggungjawab dan tugasan pengadil utama dan pengadil kedua dalam
permainan ping pong.
3. Jelaskan sistem pengiraan mata dalam permainan ping pong.
4. Perihalkan setiap kemahiran asas dalam permainan ping pong. Bincangkan kegunaan setiap
kemahiran tersebut secara terperinci.

RUJUKAN
Hanlon, T., (2009). The sports rules book. United State: Human Kinetics.
Hodges, L., (1993). Table tennis: steps to success. United State: Human Kinetics.
McAfee, R., (2009). Table tennis: steps to success. United State: Human Kinetics.
Steggall, G. (1988). Table tennis: The skill of the game. Marlborough: The Crowood Press.
Sidang Pengarang Penerbitan. (1994) Ping pong. Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Laman sesawang:
http://belajarpingpong.wordpress.com/tag/servis-pingpong/
http://www.i-sukan.upm.edu.my/pingpong(1).pdf
http://irmanista.blogspot.com/2011/07/servis-dan-menerima-servis-ping-pong.html
www.tabletenniscoaching.com/taxonomy/term/839
www.tabletennisdaily.co.uk
www.pingskills.com/table-tennis.../how-to-execute-the-ma-lin-serve/
www.mentormob.com/learn/.../table-tennis-104-advanced-serves
Modul 119
Sukan Individu

UNIT 8

SUKAN ARKED
BOLING TENPIN

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap akan dapat:

1. Menerangkan sukan boling tenpin.


2. Mengenalpasti peralatan dan kemudahan yang diperlukan untuk sukan boling tenpin.
3. Menerangkan peraturan dan etika permainan boling tenpin.
4. Mengira skor untuk satu permainan dalam sukan boling tenpin.
5. Melakukan kemahiran asas dalam sukan boling tenpin.
6. Bermain sukan boling tenpin sebagai aktiviti rekreasi.

Rajah 1: Grafik sukan boling tenpin

PENGENALAN
Sukan boling tenpin melibatkan seorang pemain menggolekkan sebiji bola di atas lorong rata yang
diperbuat daripada kayu atau sintetik (polyutherane) untuk menjatuhkan seberapa banyak pin yang
boleh yang disusun pada sesuatu jarak yang ditetapkan (18 m).
Modul 120
Sukan Individu

SEJARAH
Sukan boling tenpin dipercayai bermula di negara Jerman. Istilah bahasa Inggeris ‘keglers’ yang
bermaksud pemain boling tenpin berasal daripada bahasa Jerman kegeln yang bermaksud
mengolekkan bola. Objek yang dijadikan sebagai sasaran dikenali sebagai pin yang berbentuk seperti
sekital atau botol.

Rajah 2 : Lakaran sejarah awal permainan boling tenpin

Amerika Syarikat merupakan negara yang pertama menubuhkan persatuan boling tenpin yang
pertama. Persatuan yang dinamakan Kongres Boling Amerika (ABC) ditubuhkan pada tahun 1895,
telah berjaya meyeragamkan undang-undang sukan tersebut. Penetapan ukuran dimensi lorong, berat
dan saiz bola dan pin dan pengiraan mata antara usaha yang dijayakan oleh kongres tersebut.

Rajah 3: Pin disusun secara manual (sumber: wikipeadia)

Sukan boling tenpin diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1961 apabila pusat boling pertama dibina di
Pulau Pinang. Dua pusat lagi dibuka di Selangor dan satu di Perak pada tahun 1965. Kongres Boling
Tenpin Malaysia (MTBC) ditubuhkan pada tahun 1974 dan dipelopori oleh Dato’ Dr P.S. Nathan yang
Modul 121
Sukan Individu

juga merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA yang pertama dalam sukan tersebut untuk
Malaysia dalam acara individu pada tahun 1975 di Bangkok, Thailand. Beliau juga telah menyumbang
kepada pingat emas pertama negara dalam sukan boling tenpin (acara berpasukan) di Sukan Asia
pada tahun 1978 (Bangkok).

Rajah 4: Dato’ Dr P.S. Nathan menerima bendera Malaysia daripada Datuk Seri Najib Tun Razak,
Menteri Belia dan Sukan ketika itu untuk persediaan pasukan kebangsaan ke kejohanan boling Asia
pada tahun 1990. Sumber: The Star

Sukan boling tenpin mula menapak sebagai sukan yang utama selepas kejayaan tersebut. Pada tahun
yang sama, tiga orang pemain boling tenpin telah mengharumi negara kita dengan memenangi acara
bertiga ‘trio’ dalam kejohanan dunia di Manila, Filipina. Sukan boling tenpin menjadi semakin popular di
kalangan rakyat Malaysia. Ramai keluarga dan individu mengambil bahagian sebagai aktiviti rekreasi
dan juga pertandingan. Sukan boling tenpin menjadi penyumbang pingat emas utama di Sukan SEA,
ASIA dan kejohanan dunia.

Sukan boling tenpin adalah merupakan salah satu sukan yang sentiasa menyumbang kepada
pungutan pingat kepada negara kita dalam kejohanan antarabangsa. Apakah faktor-faktor yang
menyumbang kepada pembangunan sukan dan kejayaan ini di negara kita?
Modul 122
Sukan Individu

PERALATAN DAN KEMUDAHAN

Rajah 5 : Ukuran lorong

Rajah 6: Ukuran dan penanda lorong


Modul 123
Sukan Individu

Lorong Permainan

Lorong permainan boling tenpin adalah sepanjang 18.2 m (60 kaki) dan 1.07 m (42 inci) lebar.
Permukaan yang paling biasa digunakan ialah permukaan kayu tetapi kini sudah ada permukaan tiruan
(sintetik).

Kawasan landas (approach)

Kawasan landas sebelum garisan batal (foul line) untuk menggolekkan bola (approach) adalah
sepanjang 4.5 m. Terdapat satu titik besar di tengah lorong permainan dan dua titik di kiri dan kanan
titik besar tersebut. Titik ini menjadi panduan kepada pemain untuk memulakan golekan.

Garisan batal (foul line)

Garisan batal ialah penanda had untuk pemain membuat golekan. Kaki atau mana-mana bahagian
pemain tidak dibenarkan melepasi garisan tersebut semasa membuat golekan.

Papan pada lorong (boards)

Terdapat 39 hingga 42 papan pada setiap lorong.

Titik penanda (dots / arrows)

Terdapat titik penanda dalam bentuk anak panah di atas lorong (2.13 m di hadapan garisan batal) dan
titik-titik tersebut digunakan untuk membantu pemain mensasar (target) ke pin. Terdapat 10 titik
penanda untuk melambangkan kedudukan pin.

Rajah 7: Ukuran dimensi pin dan ukuran kedudukan antara pin Rajah 8: Susunan pin
Modul 124
Sukan Individu

Kedudukan dan susunan pin (pin deck)

Pin boling tenpin disusun dalam empat baris oleh mesin. Susunan pin adalah dalam bentuk segi tiga
sama. Pin disusun secara pin 1 pada baris pertama; pin 2 dan 3 pada baris kedua, pin 4,5,6 pada baris
ketiga dan pin 7,8,9 dan 10 pada baris keempat. Jarak antara satu pin dengan pin yang lain ialah 12
inci (30 cm)

Pin

Pin boling tenpin dibuat daripada kayu ‘maple’ dan disaluti dengan plastik putih. Berat setiap pin adalah
antara 1.5 kg−1.6 kg. Tinggi pin ialah 38.10 cm dan lebar 11.40 cm.

Rajah 9: Susunan pin

Bola

Pada tahun 1960an, bola boling adalah diperbuat dari getah yang keras sebelum ditukar ke polyester
pada tahun 1970an. Mulai 1980an sehinggalah kini bahan yang biasa digunakan urethrane.

Rajah 10: Bola boling yang diperbuat dari urethrane


Modul 125
Sukan Individu

Peraturan bahan bola boling

Bola boling mestilah padat dan tidak berongga. Kekerasan permukaan bola hendaklah tidak kurang
dari 72 Durometers "D."

• Permukaan bola harus bebas dari sebarang lekuk kecuali lubang untuk menggengam dan
tanda-tanda spesifik seperti nombor atau abjad.
• Ukur lilit bola tidak boleh melebihi 27 inci atau kurang dari 26 inci.
• Diameter bola adalah lebih kurang 8.5 inci.
• Berat bola tidak boleh melebihi 16 lbs (Tidak ada berat minimum).
• Berikut adalah senarai berat bola yang biasa.

6 lb = 2.72 kg
7 lb = 3.18 kg
8 lb = 3.63 kg
9 lb = 4.08 kg
10 lb = 4.54 kg
12 lb = 5.44 kg
14 lb = 6.35 kg
16 lb = 7.26 kg

Kasut Boling

Kasut boling adalah kasut yang diperbuat khas untuk bermain boling. Pemain tidak boleh memakai
kasut lain sebab ia akan mencalarkan permukaan dalam lorong permainan. Pemain tangan kanan akan
memakai kasut sebelah kiri yang tapaknya adalah lebih licin untuk gelungsur dan tapak kasut sebelah
kanan adalah lebih kesat (diperbuat dari getah) untuk pergerakan menggolek. Keadaan sebaliknya
untuk pemain kidal.

Rajah 11: Kasut boling dengan tapak yang khas


Modul 126
Sukan Individu

PERMAINAN

Satu permainan terdiri daripada 10 ‘frame’. Setiap frame mewakili satu giliran untuk seorang pemain.
Dalam setiap frame, seorang pemain dibenarkan untuk membuat dua percubaan. Sekiranya seorang
pemain berjaya menjatuhkan kesemua 10 pin dengan percubaan pertama, ia dikira sebagai ‘strike’.
Sekiranya tidak, percubaan kedua diberikan untuk menjatuhkan baki pin yang ada, dan sekiranya
semua baki pin berjaya dijatuhkan, maka ia dikira sebagai ‘spare’. Sekiranya masih ada pin yang
tertinggal selepas dua percubaan, maka ia dianggap sebagai ‘open frame.’

Sekiranya seorang pemain melakukan kesalahan seperti melepasi garisan batal, percubaan itu dikira
dan seberang pin yang dijatuhkan tidak akan dikira, dan pin-pin tersebut diletakkan semula. Sekiranya
bola yang masuk ke dalam longkang, melantun naik ke dalam lorong permainan dan menjatuhkan pin,
jatuhan pin tidak dikira dan pin diletakkan semula dalam kedudukan asal.

Mengira markah

Dalam ‘open frame’, pemain akan mendapat mata berdasarakn bilangan pin yang berjaya dijatuhkan.
Seorang pemain akan mendapat mata mengikut bilangan pin yang dijatuhkan.

Sekiranya seorang berjaya menjatuhkan 10 pin dengan percubaan pertama setiap frame, maka satu
tanda X akan ditandakan dan skor yang diperolehi ialah 10 campur jumlah pin yang berjaya dijatuhkan
dalam dua percubaan yang seterusnya.

Sekiranya seorang pemain berjaya menjatuhkan semua 10 pin dalam dua percubaan dalam satu
frame, maka ia akan dikira sebagai ‘spare’ dan satu tanda / dicatatkan pada borang skor. Skor yang
diperolehi ialah 10 campur jumlah pin yang berjaya dijatuhkan dalam percubaan yang seterusnya.

Catatan skor sempurna (perfect) dalam permainan boling ialah 300. Skor ini mewakili 12 strike berturut-
turut. Pembaca akan tertanya mengapa 12 strike dan bukan 10 sebab satu permainan hanya terdapat
10 frame? Apabila seorang pemain dapat strike pada frame ke 10, skor tersebut tidak boleh dicatatkan
lagi dan pemain tersebut akan diberi dua percubaan tambahan. Begitu juga dengan sekiranya seorang
pemain mendapat ‘spare’ pada frame ke 10, beliau akan diberi satu percubaan tambahan sebelum skor
dijumlahkan.

Mencatat skor

Secara umum, satu mata dikira untuk setiap pin yang dijatuhkan. Sebagai contoh, tiga pin dijatuhkan
dalam percubaan pertama dan enam pin pada percubaan seterusnya, jumlah mata yang dipungut ialah
sembilan untuk frame tersebut. Sekiranya seorang pemain menjatuhkan sembilan pin dalam percubaan
pertama dan tiada pin dalam percubaan kedua, maka pemain itu juga akan dapat sembilan mata.
Keadaan ini dikira sebagai ‘open frame’.

Di bawah adalah contoh bagaimana mencatat skor:-

Rajah 12: Contoh kiraan dua percubaan selepas strike.


Modul 127
Sukan Individu

• Strike: Apabila semua 10 pin dijatuhkan dalam percubaan pertama sesuatu frame. (tanda "X"),
pemain tersebut dapat 10 markah, dan juga dicampurkan bonus dengan berapa pin yang
dijatuhkan dengan dua percubaan seterusnya.

Frame 1, bola 1: 10 pin (strike)


Frame 2, bola 1: 3 pin
Frame 2, bola 2: 6 pin

Jumlah:

• Frame pertama : 10 + (3 + 6) = 19
• Frame kedua: 3 + 6 = 9

JUMLAH = 28

• Double: Apabila dua ‘strike’ secara berturut.

Contoh ‘double’ ialah:

Frame 1, bola 1: 10 pin (Strike)


Frame 2, bola 1: 10 pin (Strike)
Frame 3, bola 1: 9 pin
Frame 3, bola 2: 0 pin

Jumlah:

Frame 1: 10 + (10 + 9) = 29
Frame 2: 10 + (9 + 0) = 19
Frame 3: 9 + 0 = 9

JUMLAH = 57

• Triple : Apabila tiga ‘strike’ secara berturut. Juga dikenali sebagai "turkey"

Kiraan triple ialah:

Frame 1, bola 1: 10 pin (Strike)


Frame 2, bola 1: 10 pin (Strike)
Frame 3, bola 1: 10 pin (Strike)
Frame 4, bola 1: 0 pin (Gutterball)
Frame 4, bola 2: 9 pin

Jumlah:

Frame 1: 10 + (10 + 10) = 30


Frame 2: 10 + (10 + 0) = 20
Frame 3: 10 + (0 + 9) = 19
Frame 4: 0 + 9 = 9

JUMLAH = 78
Modul 128
Sukan Individu

Spare

• Spare bermaksud tiada pin yang tinggal selepas percubaan kedua; seorang pemain dapat
menjatuhkan kesemua 10 pin dalam sesuatu frame. Spare akan diberi bonus dengan
mencampurkan 10 mata dengan bilangan pin yang berjaya dijatuhkan dengan percubaan
seterusnya (hanya satu percubaan selepas spare tersebut dikira).

Frame 1, bola 1: 7 pin


Frame 1, bola 2: 3 pin (spare)
Frame 2, bola 1: 4 pin
Frame 2, bola 2: 2 pin

Jumlah skor dari percubaan di atas ialah:

• Frame 1: 7 + 3 + 4 (bonus) = 14
• Frame 2: 4 + 2 = 6

JUMLAH = 20

Seorang pemain yang dapat ’spare’ untuk frame ke-10 akan diberi satu percubaan tambahan untuk
mengutip mata bonus.

Kerumitan mengira mata dalam sukan boling telah banyak dipermudahkan dengan penggunaan
computer Walau bagaimanapun setiap pemain perlu memahami cara pengiraan mata untuk sukan
boling sebab computer juga boleh melakukan ralat dalam pengiraan mata.

Rajah 13: Contoh kiraan skor

Latihan

Cuba kirakan jumlah skor yang diperolehi oleh seorang pemain di bawah. Mulakan
dengan mengira skor pada setiap frame. Jangan lupa kiraan bonus untuk strike dan spare.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
6 / 9 / X 8 1 7 / X 9 _ 9 / 5 3 X 8 /

......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... .........

Rajah 14: Latihan mengira skor


Modul 129
Sukan Individu

KEMAHIRAN ASAS BOLING

Genggaman (Grip)

Masukkan jari ketiga (jari tengah) dan jari keempat (jari manis) serta ibu jari ke dalam lubang bola.
Sokong bola dengan tangan yang hendak menggolek. Tapak tangan sebelah lagi memegang di
sebelah tepi bola. Biarkan ruang sedikit di antara bola dengan tapak tangan yang akan menggolek
bola.

Terdapat dua jenis genggaman :- hujung jari (fingertip) dan lazim (conventional). Genggaman lazim
ialah di mana jari ketiga dan keempat dimasukkan ke dalam lubang bola hingga ke ruas jari kedua.
Genggaman untuk hujung jari ialah di mana jari-jari yang sama dimasukkan ke dalam lubang bola
sehingga ruas jari pertama sahaja.

Rajah 15: Genggaman bola

Rajah 16: Genggaman bola dengan tiga jari


Modul 130
Sukan Individu

Kedudukan sedia (stance)

Rajah 17: Kedudukan sedia Rajah 18: Push away

Stance: Berdiri dalam jarak lebih kurang 1.5 m di belakang garisan batal dan mengadap pin. Pegang
bola pada paras pinggang.

Rajah 19: Langkah untuk menggolekkan bola


Modul 131
Sukan Individu

Rajah 20: Langkah untuk menggolekkan bola

Langkah yang akan diterangkan adalah untuk pemain tangan kanan. Langkah yang sebaliknya untuk
pemain kidal

Langkah 1

Sebelum menggolekkan bola, jalan ke garisan batal lorong. Perhatikan tanda tujuh anak panah yang
ditandakan pada lorong lebih kurang 15 kaki selepas garisan batal. Jadikan anak panah kedua dari
kanan sebagai sasaran anda. Kemudian kembali ke tempat permulaan anda. Perhatikan dua baris titik.
Guna titik yang hampir dengan garisan batal jika anda mempunyai langkah yang pendek dan titik di
belakang jika langkah anda panjang. Berdiri dengan kedua kaki seluas bahu. Berat badan anda
seimbang pada kedua belah kaki. Pegang bola di hadapan kamu dengan ibu jari dan hujung jari hantu
dan cincin tangan yang menggolek sementara sokong berat bola dengan tangan kiri. Buatkan satu
garisan bayangan pada poket (raung di antara pin pertama dan ketiga) dengan anak panah kedua di
atas lorong. Fokuskan ke anak panah tersebut apabila memulakan aksi. Mulakan aksi golekan dengan
menolak bola ke hadapan (pushaway) dan melangkah ke hadapan dengan kaki kanan dan halakan
bola ke anak panah dan garisan bayangan tersebut.
Modul 132
Sukan Individu

Rajah 21: Bersedia Rajah 22: Mengambil langkah dan menumpu ke sasaran

Langkah 2

Tarik tangan kiri dari bola sebaik sahaja bola mula diayunkan. Biarkan bola ayun ke bawah (seperti
bandul). Kunci pergelangan tangan dan tangan rapat ke badan. Langkah ke hadapan seterusnya
dengan kaki kiri sebaik sahaja bola berada dekat dengan lutut kaki kanan.

Rajah 23 : Hayunkan bola ke belakang


Modul 133
Sukan Individu

Langkah 3

Ayunkan bola ke belakang (tidak melebihi paras bahu) dengan tangan lurus (jangan bengkokkan siku).
Langkah dengan kaki kanan.

Rajah 24: Langkah dengan kaki kanan dan hayunkan bola ke belakang

Langkah 4

Gelungsur ke hadapan dengan kaki kiri. Bengkokkan lutut kaki kiri dan golekkan bola. Golekkan bola
dengan ibu jari dan dua jari tersebut. Lepaskan bola seperti ayunan bandul. Golekkan bola dan jangan
hempapkan atau jatuhkan bola.

Rajah 25: Gelungsur dengan kaki kiri


Modul 134
Sukan Individu

Langkah 5

Ikut lajak dengan tangan kanan menghala ke sasaran dan tinggi ke atas. Tujukan ibu jari ke atas
(bayangkan muka jam pukul 12). Kaki kanan akan bengkok di belakang kaki kiri untuk bertindak
sebagai ‘brek’. Jangan ‘buka’ tapak tangan yang menggolek bola. Kekalkan imbangan badan dengan
pinggul dan bahu selari dengan garisan batal.

Rajah 26: Golekan bola Rajah 27: Ikut lajak dengan tangan kanan tinggi ke atas

1. Pilih pernyataan di bawah adalah Betul (A) atau Salah (B)


A. Apabila bersedia di atas lorong, pemain harus melihat ke arah pin yang disusun pada
hujung lorong (A / B).
B. Sokongkan bola dengan kedua belah tangan (A / B).
C. Dalam menolak bola ke luar (push away), pemain tangan kanan akan mula dengan
langkah kaki kanan (A / B).
D. Semasa menggolekkan bola, kaki hadapan pemain tangan kanan ialah kaki kiri (A / B).
E. Kaki yang berada di belakang selepas golekkan harus bengkok untuk mengimbangkan
badan dan menghentikan momentum pemain ke hadapan (A / B).

2. Apabila sesorang pemain mendapat strike pada frame ke 10, apa yang berlaku selanjutnya?
A. Permainan tamat.
B. Pemain mendapat dua percubaan lagi.
C. Pemain dapat tambahan dua frame.
D. Pemain mendapat 20 mata.
Modul 135
Sukan Individu

3. Pilih pernyataan yang SALAH apabila satu percubaan itu dianggap sebagai batal.
I Percubaan tersebut dikira tetapi pin yang dijatuhkan tidak.
II Pin yang dijatuhkan dikira tetapi mesti disusun balik sekiranya percubaan pertama.
III Percubaan tersebut dikira dan pemain kena mengulangi pecubaan tersebut.
IV Percubaan tersebut dikira dan pemain hilang peluang untuk percubaan seterusnya.

A. I, II dan III sahaja.


B. I, II dan IV sahaja.
C. I, III dan IV sahaja.
D. II, III dan IV sahaja.

4. Pilih butir mengajar tentang langkah 4 (menggolekkan bola) bola yang BETUL.
A. Lepaskan bola di belakang pinggang.
B. Gelungsur dengan sebelah kaki yang sama dengan tangan yang mengguling.
C. Bahu adalah selari dengan garisan batal semasa menggolekkan bola.
D. Mata memandang poket (ruang antara pin nombor 1 dan 3).

KEMAHIRAN TAKTIKAL

Poket

Rajah 28: Tuju bola antara pin 1 dan 3

Tuju ke ‘poket’

Memandangkan jarak antara pin (12 inci) dan diameter bola (lebih kurang 8.6 inci), adalah mustahil
untuk bola tersebut kena pada setiap pin. Oleh kerana itu, sesuatu kawasan diperlukan untuk arah tuju
bola diperlukan untuk menghasilkan satu reaksi rantai (chain reaction) di mana pin yang dijatuhkan
oleh bola akan menjatuhkan pin-pin yang lain. Kawasan tersebut dikenali sebagai poket.

Peluang terbaik untuk mendapatkan ‘strike’ ialah untuk bola menuju ke arah di antara pin pertama dan
ketiga (poket) atau pin pertama dan kedua (untuk pemain kidal). Mula dengan berdiri di sebelah kiri
lorong (pemain kidal sebaliknya). Tuju bola ke anak panah yang kedua dari kanan di atas lorong.
Modul 136
Sukan Individu

VARIASI

Cangkuk (hook)

Ikut langkah 1 hingga 3. Dalam langkah 4, ibu jari dan pergelangan tangan putar ke dalam (inwards)
menghala ke badan. Bola cangkuk atau hook akan golek lepas anak panah kedua dan akan
mencangkuk ke arah poket.

Putar (spin)

Seperti dengan cangkuk, langkah 1 hingga 3 adalah sama. Untuk memutar bola, jari hantu dan jari
cincin berada di bawah bola sementara kedudukan ibu jari di tepi dan dekat dengan atas bola. Semasa
menggolekkan bola, putarkan pergelangan tangan ke dalam (ikut arah lawan jam). Ibu jari kini akan
berada di bawah dan kedua jari tersebut berada di atas pula. Tujukan bola ke anak panah kedua dari
kanan (untuk pemain kidal, anak panah kedua dari kiri). Seorang pemain perlu berlatih dan mencari
arah serta ritma golekan sendiri.

Bilangan langkah

Langkah yang diambil menuju ke menggolekkan bola adalah penting untuk menentukan kejayaan dan
ketekalan golekkan. Seseorang boleh memilih untuk mengambil 3, 4 atau 5 langkah. Seseorang
pemain harus mencuba variasi tersebut dan memilih langkah yang manakah bersesuaian.

Mendapatkan spare

Ada pepatah dalam sukan boling, ‘jatuhkan pin untuk ‘spare’ dan ‘strike’ akan menyusul.’ Sebenarnya
terdapat 1,023 kombinasi spare tetapi kita akan tumpukan kepada beberapa kombinasi yang biasa.
Nasihat pertama dalam menjaringkan spare melibatkan geometri. Ia dipanggil prinsip cross-law.
Apabila pin tertinggal di bahagian kiri lorong, kawasan permulaan untuk menggolek ialah di sebelah
kanan lorong, dan keadaan sebalik untuk pin di kanan.

Latih mendapatkan sasaran dan tuju golekan untuk setiap empat pin di baris belakang (7, 8, 9, 10).
Modul 137
Sukan Individu

Rajah 29: Kedudukan sedia dan arah menuju bola untuk spare.

Sebagai contoh, garisan untuk seorang pemain tangan kanan untuk menjatuhkan pin nombor 1-2-4
akan mengikut garisan menjatuhkan pin ke 8. Menjatuhkan pin 3-6 untuk spare boleh menggunakan
garisan menjatuhkan pin ke-9.

Garisan untuk menjatuhkan pin di baris belakang harus dibuat merentasi anak panah ketiga atau
keempat atau di antaranya. Stance atau kedudukan sedia untuk setiap golekan adalah berbeza juga
(lihat gambarajah di muka surat sebelum ini). Keupayaan melakar satu garisan bayangan secara
mental adalah penting untuk mendapatkan spare.

Menjatuhkan split

Split adalah sebahagian daripada sukan bowling dan sukar untuk dielakkan. Split terjadi apabila bola
pertama dapat menjatuhkan hampir kesemua kecuali tinggal sekurang-kurangnya dua pin. Jarak antara
dua atau tiga pin ini adalah sekurang-kurangnya lebar satu pin. Split yang biasa ialah pin 2-7 atau 5-7-
10. Bergantung kepada kedudukan pin yang tertinggal, menjatuhkan pin-pin tersebut memerlukan
kemahiran membaca sudut dan mengenalpasti arah golekkan dan juga bergantung kepada nasib!
Modul 138
Sukan Individu

Rajah 31 : Menjatuhkan pin 2-7 dan 10 Rajah 32: Menjatuhkan pin 6-10 dan kemudian 4-7.

LANGKAH KESELAMATAN SEMASA BERMAIN BOLING TENPIN

Terdapat beberapa risiko kecederaan dalam semua aktiviti fizikal dan boling tenpin tidak dikecualikan.
Bola boling adalah berat (antara 6 – 16 lbs) dan merupakan punca utama penyebab kecederaan.
Walaubagaimapun, sebarang kecelakaan boleh dielakkan sekiranya sesorang yang berminat bermain
mengambil langkah-langkah keselamatan berikut:

1. Hanya seorang pemain akan berada di atas lorong permainan pada sesuatu masa. Ini akan
mengelakkan bola dari mencederakan orang lain sekiranya pemain terlepas genggaman bola.

2. Jangan melepasi garisan batal semasa atau selepas menggolekkan bola. Ini adalah kerana
lorong permainan disaluti dengan minyak pelicin untuk memudahkan golekan bola. Tapak
kasut boling juga adalah rata dan licin. Jadi adalah penting agar minyak tersebut tidak melekat
ke tapak kasut boling.

3. Oleh kerana pemain rekreasi menggunakan bola kepunyaan pusat boling (house ball), maka
adalah penting untuk mereka memilih bola yang betul dan sesuai. Pertama sekali ialah
pastikan pemain memilih berat bola yang mampu digenggam dan ayun. Perkara kedua ialah
pastikan jari-jari dapat dimasukkan ke dalam lubang bola. Lubang yang terlalu kecil akan
menyebabkan jari tersangkut dalam lubang semasa melepaskan bola. Ini akan menyebabkan
kecederaan pada ruas jari atau sendi pergelangan tangan, siku atau bahu.

4. Panduan memilih bola ialah menggunakan bola yang beratnya tidak lebih daripada 10% berat
badan. Sebagai contoh sekiranya berat badan seseorang itu ialah 100 lbs, maka dia harus
memilih dan menggunakan bola 10lb. Kanak-kanak yang berat badan kurang daripada 60 lbs
mungkin tidak berupaya untuk bermain sebab berat bola minimum adalah 6 lbs. Memilih bola
yang terlalu ringan mungkin mengakibatkan pemain tersebut melepaskan bola terlalu tinggi dan
boleh merosakkan permukaan lorong. Bola yang terlau berat pula mungkin menyebabkan bola
terlepas ke belakang dan mengganggu langkah dan ayunan pemain tersebut.

5. Pilih saiz kasut yang betul. Saiz yang tidak sesuai akan menimbulkan ketidakselesaan kepada
pemain. Setiap pemain juga harus memakai sarung kaki untuk menjaga kesihatan dan
kebersihan diri apabila menyewa kasut pusat boling.
Modul 139
Sukan Individu

6. Awas dan berwaspada apabila mengambil bola dari rak (ball return rack). Tunggu sehingga
tiada lagi bola yang akan keluar dari rak pemulangan bola sebelum mengambil bola sendiri.
Masukkan jari-jari tangan ke dalam lubang bola dan tangan sebelah lagi menyokong di bawah
bola.

7. Jangan makan atau minum di kawasan permainan. Ini adalah untuk mengelakkan
tertumpahnya makanan dan minuman.

Etika dalam permainan boling

1. Berikan laluan kepada pemain di sebelah kanan kamu untuk menggolek sekiranya kamu
berdua sudah bersedia untuk menggolek.
2. Jangan menggangu rakan pemain yang berkongsi lorong
3. Bermain di lorong kamu sendiri kecuali apabila bersetuju untuk bertukar lorong.
4. Bermain dengan adil. Jangan melampaui (overstepped) garisan batal walaupun permainan
persahabatan.
5. Jangan bermain dengan kasut biasa. Setiasa memakai kasut boling semasa bermaian.
6. Jangan guna bola orang lain tanpa kebenaran.
7. Elak daripada menggunakan kata-kata kesat semasa bermain.
8. Sentiasa bersedia untuk giliran kamu.

RUMUSAN
Sebagai rumusan, berikut adalah tip yang boleh membantu seseorang menikmati di samping
memperbaiki prestasi permainan boling tenpin.

#1 Konsentrasi

Konsentrasi adalah unsur pertama dalam sukan boling sebab tanpa konsentrasi, perkara lain tidak
akan berlaku. Kekangan dan masalah di tempat bekerja atau rumah adalah antara faktor yang boleh
menggangu konsentrasi seorang pemain. Kira secara mental satu hingga empat apabila berdiri di
tempat permulaan. Kemudian baharulah tumpukan perhatian ke sasaran di atas lorong.

#2 Bahu selari dengan garisan batal

Untuk golekkan yang konsisten, pastikan bahu pemain sentiasa selari dengan garisan batal. Bahu yang
tidak selari (jatuh) akan menyebabkan golekkan tersasar. Kekalkan kelajuan langkah yang sederhana
dan sentiasa memantau kedudukan bahu.

#3 Luruskan tulang belakang

Salah satu perkara yang agak susah untuk dilakukan secara sedar, lebih-lebih lagi apabila memegang
bola yang berat. Adalah penting untuk tidak bongkokkan badan tetapi sebaliknya luruskan bahagian
belakang badan untuk golekkan yang konsisten.

#4 Tangan lurus dan dekat dengan badan

Pastikan bahagian dalam siku sentiasa menghala ke sasaran untuk golekkan yang konsisten.
Modul 140
Sukan Individu

#5 Bengkokkan lutut

Kekalkan lutut kaki hadapan dalam keadaan bengkok walaupun selepas menggolek. Kedudukan ini
akan membantu golekkan yang lebih licin.

#6 Gelungsur dengan lurus

Gelungsur dalam garisan yang lurus semasa melepaskan bola. Kaki hadapan sentiasa menghala ke
garisan batal.

#7 Ikut lajak

Salah satu penyumbang utama kepada skor yang rendah ialah pemain tidak ikut lajak dengan tangan
lepas tinggi sampai ke kepala.

#8 Lihat bola lepas tanda

Tumpukan perhatian pada satu tanda di atas lorong dan kekalkan posisi ikut lajak (seolah beku)
sehingga melihat bola melepasi tanda tersebut.

#9 Latih, Latih, Latih

Tiada jalan mudah atau singkat kecuali gigih berlatih. Seorang pemain boleh meminta bantuan rakan
untuk melihat persediaan serta langkah menggolekkan bola atau membuat rakaman. Ulang tayang dan
cuba kenalpasti di mana berlaku kesilapan atau kelamahan.

#10 Keseronokan!

Sekiranya sembilan tip di atas tidak dapat meningkatkan skor, jadikan sukan boling sebagai aktiviti
riadah yang menyeronokkan!

KATA KUNCI
Frame
Garisan batal (foul line)
Genggaman
Gelungsur
Hook
Ikut lajak
Langkah
Latihan mental
Lorong
Mengira skor
Menggolek (roll)
Penanda (markings)
Pin
Push away
Strike
Spare
Modul 141
Sukan Individu

Stance
Spin
Split
Tenpin
Tuju Poket

PENILAIAN KENDIRI
1. Etika dalam sukan boling tenpin adalah penting semasa bermain sama ada sebagai rekreasi atau
pertandingan. Huraikan enam etika semasa bermain. Bincangkan mengapa adalah penting untuk
setiap pemain mematuhi dan mengamalkan etika tersebut.
2. Terangkan peralatan yang perlu ada serta kemudahan yang ada dalam sebuah pusat boling.
3. Jelaskan sistem pengiraan mata dalam sukan boling tenpin.
4. Jelaskan langkah-langkah dalam kemahiran menggolekkan bola.

RUJUKAN
Mullen, M. (2009). Bowling fundamentals (Sports fundamentals), Champaign, Ill: Human Kinetics.
Weidman, D. (2006). Bowling. Steps to success. Champaign, Ill: Human Kinetics.
Bohn, P. & Herbst, D. (2000). Bowling: How to Master the Game. Wisconsin, USA: Universe Publishing.

Laman sesawang:

www.topendsports.com/sport/tenpin/index.htm
www.amug.org/~a249/pinboy.htm
Modul 142
Sukan Individu

UNIT 9

SUKAN PADANG
OLAHRAGA (BALAPAN DAN PADANG)

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menerangkan asal usul sejarah olahraga.


2. Menerangkan peranan International Association of Athletics (IAAF) Federations dan Kesatuan
Olahraga Malaysia (KOM).
3. Mengaplikasi peraturan dan undang acara olahraga balapan dan padang.
4. Menginteprestasi fasa latihan olahraga yang bermula daripada atletik kanak-kanak (Kids’ Athletics)
hinggalah peringkat prestasi tinggi.
5. Belajar melakukan kemahiran acara-acara olahraga bermula daripada latihan atletik kanak-kanak
hinggalah kemahiran khusus acara olahraga balapan dan padang.

PENGENALAN
Acara olahraga yang mengandungi acara-acara padang dan balapan, merupakan sukan yang
kompleks. Namun sukan boleh disesuaikan kepada semua peringkat lapisan manusia, acara-acara
sukan olahraga boleh dijalankan dengan menggunakan undang-undang pertandingan mudah
hinggalah yang lebih canggih. Berdasarkan catatan sejarah olahraga merupakan acara yang tertua dan
dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Oleh itu, sukan olahraga boleh dianggap
sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno
tahun 776 S.M di Greece. Mengikut catatan The Encyclopedia of Sports antara acara olahraga yang
pertama yang dipertandingkan ialah acara lompat jauh di mana ahli sukan Sparta iaitu Chionis pada
Sukan Olimpik 656 S.M telah berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci.

Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst di mana temasya
sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton
Guild’. Setelah itu, semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat
universiti yang ditubuhkan iaitu tahun 1850 di Oxford University –Exeter College Athletic Club.
Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur
Athletic Club di England. Seterusnya kejohanan antarabangsa yang pertama diadakan tahun 1876
antara England dan Ireland. Perkembangan acara olahraga di Malaysia pada peringkat awal mengikut
corak England.

Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) ditubuhkan pada tahun 1912 dan semua negara
boleh menganggotai badan tertinggi sukan olahraga di dunia ini. Peranan IAAF ialah sebagai penasihat
dan pengiktiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. IAAF adalah satu-satunya badan atau
pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod atau kejayaan yang dicapai oleh atlet. Segala
peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan olahraga adalah di bawah tanggungjawab IAAF.
Modul 143
Sukan Individu

Manakala badan induk yang mengawal perkembangan olahraga di Malaysia ialah Kesatuan Olahraga
Amatur Malaysia (KOAM) telah menukar nama baru kepada Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) atau
Malaysian Athletic Federation mulai Januari 2012. Nama baru ini telah diluluskan oleh Pesuruhjaya
Sukan Malaysia dengan meluluskan perlembagaan baru, antaranya perlembagaan baru cuma ada satu
jawatankuasa olahraga utama berbanding perlembagaan dahulu ada dua jawatankuasa utama iaitu
majlis dan jawatankuasa lembaga pengarah.

Huraikan sejarah perkembangan sukan olahraga Malaysia dan peranan KOM atau
dahulunya dikenali sebagai KOAM.

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

ACARA OLAHRAGA

Acara olahraga juga dikenali sebagai sukan atau acara balapan dan padang (Track and Field Events).
Hampir semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, merentas desa, marathon dijalankan di luar
kawasan balapan. Manakala semua acara padang dilaksanakan di kawasan padang. Berikut adalah
acara-acara olahraga yang meliputi acara balapan dan padang seperti dalam Jadual 1.

Jadual1: Senarai acara olahraga

Acara Balapan Acara padang Acara Acara lain


campuran
Acara pecut: 100m, 200m, 400m Acara lompatan: Lompat Jauh, Decathlon Marathon
Lompat Kijang, Lompat Pentathlon Merentas Desa
Bergalah dan Lompat Tinggi

Lari berganti-ganti: 4x100m; Acara balingan: Melontar


4x200m, 4x400m Peluru, Melempar Cakera,
Merejam Lembing dan
Melontar Tukul Besi
Jarak sederhana: 800m, 1500m
3000m lari berhalangan
Acara jarak jauh: 3000m, 5000m
10,000m

Berjalan kaki : 20km, 50km

PEMBANGUNAN ATLET

Dalam bidang olahraga, atlet lelaki dan perempuan serata dunia dari masa ke semasa memperbaiki
pencapaian mereka. Peningkatan pencapaian ini berdasarkan peningkatan tahap kecergasan dan
teknik lakuan acara-acara olahraga. Peningkatan kecergasan dan teknik lakuan acara ini berlaku
Modul 144
Sukan Individu

peningkatan pengetahuan dan kefahaman jurulatih, guru tentang aplikasi prinsip latihan dan kesannya.
Maka dengan penggunaan teori latihan membawa semua informasi pengetahuan tentang atlet, sosial
dan pendekatan saintifik dalam sains sukan membolehkan jurulatih dan guru sukan untuk
mengaplikasikan perkara-perkara ini dalam latihan acara olahraga. Jurulatih dan guru olahraga yang
berwibawa bagi meningkatkan prestasi atlet atau anak murid mereka, harus bertindak menghayati
falsafah jurulatih. IAAF menyarankan bagi meningkatkan prestasi acara olahraga pendekatan latihan
olahraga haruslah memberi perhatian kepada komponen latihan seperti Rajah 1. Jurulatih bagi
program latihan prestasi tinggi atau guru di peringkat sekolah perlu mengambil kira perkara-perkara
seperti keselamatan, falsafah jurulatih, kemahiran teknikal, keperluan sistem tenaga, kemahiran
jurulatih, kecergasan fizikal atlet, pemakanan dan daya tahan mental dalam merancang regim atau
program latihan untuk atlet.

Kemahiran Kemahiran mental Kemahian


keselamatan pemakanan

Falsafah Pembangunan
kejurulatihan Kecergasan
fizikal

Sistem tenaga
Kemahiran Pembangunan program Kemahiran
teknikal latihan kejurulatihan

Rajah 1: Komponen pembangunan atlet

Latihan jangka masa panjang

Konsep pembangunan atlet melibatkan pendekatan latihan jangka panjang bagi semua individu dalam
semua peringkat umur bagi mencapai potensi individu secara optimum. Latihan secara jangka panjang
disokong oleh IAAF untuk penggunaan semua jurulatih atau guru yang bertindak sebagai jurulatih yang
melatih atlet. Jurulatih yang berkesan akan memilih latihan jangka masa panjang bagi mencapai
kemajuan atau prestasi yang meningkat mengikut tahun demi tahun, sehingga umur atlet 40 tahun bila
biologi badan bertindak untuk menurunkan prestasi acara olahraga. Ringkasnya, pembangunan
latihan atlet jangka masa panjang bermaksud melakukan atau melatih perkara yang betul pada masa
yang sesuai.

Peringkat-peringkat pembangunan atlet

IAAF mencadangkan lima peringkat pembangunan atlet untuk jangka masa panjang bagi mengelakkan
pengkhususan latihan terlampau awal usia dan seterusnya meningkat prestasi secara optimum secara
beransur maju, seperti dinyatakan dalam Rajah 2.
Modul 145
Sukan Individu

Peringkat Peringkat 1 Peringkat 2 Peringkat 3 Peringkat 4 Peringkat 5


pembangunan
atlet
Kids atletik Acara Acara Spesifik Prestasi
pelbagai mengikut acara optimum
/multilateral kumpulan (Prestasi
tinggi)

Jumlah tahun 1, 2, 3 4, 5 6 7, 8 9,10


latihan
Umur optimum 6-9, 8-11,10-13 12-14, 13-15 14-16 15-17,16-18 17-19, 18-20
*perlu ambil
kira umur
biologi

Rajah 2: Peringkat latihan jangka panjang

Pembangunan latihan olahraga boleh bermula dengan peringkat 1 iaitu peringkat atletik kanak-kanak
iaitu boleh bermula umur kanak-kanak 5/7 tahun dan boleh tamat latihan atletik kanak-kanak pada
peringkat umur 11/12 tahun, iaitu latihan atletik kanak-kanak dijalankan dalam tempoh masa selama
dua hingga empat tahun. Manakala peringkat 2, acara latihan pelbagai (latihan multilateral atau multi-
events) boleh bermula pada peringkat umur 11/12 tahun dan boleh dijalankan hingga peringkat umur
13/14 tahun, latihan pelbagai ini boleh dilaksanakan selama tempoh masa dua hingga empat tahun.
Seterusnya, latihan peringkat 3 iaitu latihan pembangunan iaitu spesifik mengikut acara
(pengkhususan acara) peringkat awal mengikut kumpulan acara boleh bermula pada peringkat umur
14/15 hinggalah ke umur 16/17 tahun iaitu tempoh latihan selama lima hingga tujuh tahun. Manakala
peringkat 4 ialah pengkhususan terakhir untuk sesuatu acara khusus boleh bermula pada peringkat
umur 16/17 atau 18/19 tahun dan boleh dilatih selama tujuh hingga sembilan tahun. Akhir sekali
peringkat ke 5, ialah peringkat latihan prestasi tinggi bermula pada peringkat umur bilogi 18/19+ tahun
(umur biologi perlu juga diambil kira) dan boleh berlatih tempoh masa selama 10 tahun.

Senaraikan lima (5) peringkat latihan dan kepentingannya.

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

PERINGKAT 1: LATIHAN KIDS ATLETIK

Pengenalan

Pada tahun tahun 2001, IAAF telah memperkenalkan latihan Atletik Kanak-kanak (Kids’ Athletics)
sebagai konsep pembangunan olahraga yang berlainan dengan latihan olahraga orang dewasa.
Seterusnya pada tahun 2005 telah mencipta polisi olahraga remaja 7-15 tahun dan polisi ini
mempunyai dua objektif iaitu menjadikan olahraga sebagai aktiviti individu yang paling diamalkan di
sekolah di seluruh dunia dan memberi peluang kepada kanak-kanak negara anggota persekutan IAAF
dalam aktiviti olahraga dengan pendekatan lebih efisyen lagi.
Modul 146
Sukan Individu

Tujuan program khas atletik kanak-kanak ialah untuk memberi keseronokan kepada kanak-kanak,
acara baru yang inovatif dari segi organisasi yang melibatkan aktiviti seperti larian pecut, larian daya
tahan, lompatan, membaling/melontar boleh dilakukan di banyak tempat termasuk stadium, taman
mainan kanak-kanak, gymnasium, atau di mana–mana kawasan sukan. Diharapkan konsep latihan
atletik kanak-kanak akan dapat memberikan kanak-kanak faedah kesihatan, pendidikan dan kepuasan
kendiri. Rajah 3, 4 dan 5 adalah contoh beberapa acara atletik kanak-kanak boleh dijalankan untuk
kumpulan umur 7-8 tahun.

(i) Acara: Pecut/lari berpagar berganti-ganti dan berulang-alik

Penerangan ringkas: Lari berganti-ganti berulangan digabungkan dengan jarak lari berpagar

Pecut berpagar, berganti-ganti dan ulang alik

Rajah 3: Acara pecut/lari berpagar berganti-ganti dan ulang-alik

Prosedur dan pelaksanaan acara

Alatan yang digunakan seperti dalam Rajah 3. Diperlukan dua garisan untuk setiap pasukan, garisan
yang pertama mempunyai halangan berpagar dan satu garisan tanpa halangan bagi membolehkan
pelajar melakukan sprint relay. Acara ini tamat apabila seseorang tamatkan larian berhalangan pagar
dan acara larian pecut melalui lari berganti-ganti (bertukar baton berlaku pada tangan kiri).

Pemarkahan

Pemarkahan ditentukam masa yang diambil oleh setiap pasukan, pasukan yang menang ditentukan
masa yang terbaik dan lain-lain pasukan juga ditentukan dengan kedudukan masa.

Pembantu

Bagi membantu kelicinan organisasi, seorang pembantu diperlukan untuk setiap pasukan untuk
mengawal perjalanan acara dan untuk mengambil masa.
Modul 147
Sukan Individu

(ii) Acara perlumbaan daya kardiovaskular

Penerangan ringkas: Perlumbaan menggunakan masa lapan minit dengan menggunakan jarak 150m,
seperti dalam Rajah 4.

Perlumbaan daya tahan kardiovaskular

Rajah 4: Perlumbaan daya tahan kardiovaskular

Prosedur

Setiap pasukan harus berlari jarak 150 m dalam bentuk empat segi, seperti dirajah daripada garisan
permulaan. Setiap ahli pasukan harus berlari berulang kali selama lapan minit, perlumbaan bermula
secara serentak dan semua pasukan boleh mengambil bahagian serentak, permulaan dan penamatan
acara berlangsung dengan tiupan wisel atau tembakan pistol. Pasukan akan diingatkan bahawa
mereka cuma tinggal satu minit selepas tujuh minit dalam perlumbaan.

Pemarkahan

Pemarkahan akan ditentukan apabila semua peserta memberi kad kepada pembantu, hanya pelari
yang tamatkan diambil kira, dan pelari yang tidak melengkapkan jarak larian tidak akan diambil kira.
Pasukan mana yang memperoleh bilangan kad yang banyak dianggap sebagai pemenang.

Pembantu

Bagi melancarkan organisasi, sekurang-kurangnya dua pembantu diperlukan. Mereka


bertanggungjawab untuk permulaan acara, mengutip dan mengira kad. Mereka juga dikehendaki
merekodkan markah, mencatat masa serta memberi syarat masa tinggal dan sebagainya.

(iii) Melontar Secara Melutut (Knee Throwing)

Penerangan ringkas : Menggunakan bola segar melontar untuk mendapatkan jarak seperti di Rajah 5.
Modul 148
Sukan Individu

Melontar secara melutut

Rajah 5. Melontar secara melutut

Prosedur

Peserta dikhendaki melutut atas permukaan lembut (foam mat). Peserta dikehendaki melenting badan
ke belakang dengan menggunakan kedua belah tangan untuk melakukan lontaran atas kepala dengan
menggunakan bola segar beratnya 1 kg. Kemungkinan selepas lontaran atas kepala peserta akan
jatuh atas permukaan yang lembut

Peringatan keselamatan: Bola segar tidak boleh dilontar balik kepada peserta, dinasihatkan supaya
bola segar dibawa balik atau diguling kembali pada garisan permulaan.

Pemarkahan

Setiap peserta diberi dua percubaan dan dirakamkan dalam 20 sm jeda (intervals). Setiap percubaan
diukur menggunakan sudut tepat 90° (right angle) daripada garisan permulaan. Daripada dua
percubaan, percubaan terbaik akan diambil kira dari segi pemarkahan pasukan.

Pembantu

Acara ini memerlukan dua orang pembantu bagi satu pasukan, pembantu-pembantu perlu mengawal
dan mentadbirkan proses pertandingan iaitu mentaksirkan jarak lontaran bola segar (diukur
menggunukan sudut 90° daripada garisan permulaan, membawa balik bola segar ke kawasan
permulaan dan mencatatkan skor dalam borong skor.

Huraikan kepentingan program latihan atletik kanak-kanak.

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
Modul 149
Sukan Individu

LATIHAN PELBAGAI (MULTILATERAL)

Latihan pelbagai atau multilateral dijalankan pada peringkat umur 12-15 tahun bagi mengelakkan
pengkhususan latihan untuk sesuatu acara terlampau awal. Berdasarkan bukti yang ada
pengkhususan acara dan latihan spesifik lebih awal dalam bidang olahraga akan menyebabkan atlet
mencapai prestasi optimum awal pada peringkat umur 15-16 tahun kemudian hilang bakat (burnt out)
dan cedera apabila umur meningkat 17-18 tahun. Dalam latihan pelbagai, atlet didedah dengan latihan
pelbagai kemahiran sukan dan sedikit latihan spesifik atau pengkhususan acara. Tujuan latihan
pelbagai atau multilateral untuk membantu persediaan seluruh tubuh termasuk menyerluh sistem
fisiologi, sistem kardiovaskular dan sistem neuromuscular serta daya tahan mental. Rajah 6
menunjukkan contoh-contoh latihan pelbagai

Kekuatan dan kuasa Imbangan dan


kelenturan

Mental

Tenaga simpanan Daya tahan

Pengukuran, pentaksiran, penilaian dan pelaporan

Rajah 6: Latihan pelbagai (multilateral)

LATIHAN SPESIFIK MENGIKUT ACARA


Latihan spesifik mengikut acara boleh mula secara giat dan lebih tersusun dengan isipadu dan
kesukaran latihan selepas atlet mengikuti program latihan pelbagai (multilateral). Berikut adalah
beberapa latihan khusus (event specific) yang boleh dijalankan menggunakan pendekatan pengajaran
ansur maju dan boleh diajar menggunakan kaedah demostrasi, semak berganding atau kaedah-
kaedah pendekatan lain yang sesuai dengan konten dan konteks atlet yang dilatih.
Modul 150
Sukan Individu

Acara Pecut

Acara pecut bermaksud berlari dengan kelajuan maksimum, termasuklah semua acara pecut iaitu
100m, 200m, 400m dan termasuk acara 4x100m serta 4x400m. Prestasi atlet bagi acara ini antaranya
bergantung kepada susuk badan, keseimbangan anggota badan, keanjalan otot, panjang langkah
(stride length), kadar melangkah (stride frequency), teknik dan sistem latihan. Dari segi teknik larian
seperti Rajah 7, kesepaduan panjang langkah dan kadar langkah amat penting, ini dapat dicapai
latihan yang dijana harus menguatkan dan menganjal otot-otot larian, menjana kefleksibelan pinggul.
Manakala aksi kaki dalam gaya larian yang baik digambarkan dengan dua aksi kaki iaitu pemanjangan
pemancu kaki belakang dan lutut kaki pemulihan dinaikkan. Manakala aksi lengan harus dibengkokkan
pada siku, lebih kurang 90 darjah. Bahu harus ke depan dengan tangan mengendur dan jari-jari
bengkok sedikit. Tangan menghayun ke depan pada paras bahu dan ke belakang pada ketinggian
pinggul.

Rajah 7: Teknik larian posisi kaki dan lengan

Fasa permulaan acara pecut

Permulaan dengan teknik yang betul amat penting kerana ia boleh mempengaruhi prestasi masa yang
baik. Pada permulaannya, atlet harus menukar kedudukan daripada pegun kepada larian sama ada
berdiri atau dekam, yang menjadi aspek penting untuk mendapat kelajuan ialah daya tolakan kaki.
Kegunaan blok permulaan dekam boleh membantu tolakan ke hadapan. Permulaan bagi acara pecut
boleh menggunakan tiga posisi dekam. Perbezaan antara tiga posisi ditentukan melalui jarak garisan
permulaan dengan blok dekam. Tiga posisi dekam dikenali sebagai gaya peluru (bunch/bullet), gaya
sederhana (medium) dan gaya panjang (elongated). Bagi gaya peluru, blok permulaan adalah rapat
dengan garis permulaan, blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang
setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Manakal bagi gaya sederhana, blok hadapan diletak
dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.
Bagi gaya ketiga iaitu blok gaya panjang, blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok
belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Rujuk 8 untuk tiga permulaan bagi acara
pecut.
Modul 151
Sukan Individu

Rajah 8: Posisi dekam untuk tiga gaya permulaan

Fasa pecutan

Objektif dalam fasa ini seperti Rajah 9 dicapai dengan menolak kaki dan badan condongan ke bawah
untuk mendapatkan jumalah pecutan. Dengan setiap langkah menambahkan kelaju pecutan, serta
dengan hayunan aksi tangan yang pantas, beritma dan gerakan yang relaks.

Rajah 9: Fasa pecutan

Fasa mempertahan nyah pecutan

Objektif fasa ini seperti Rajah 9 iaitu mempertahankan kelajuan dicapai melalui kombinasi mekanik
larian yang dicapai pada fasa pecutan. Dalam fasa ini, gerakan lutut tinggi ke arah balapan larian,
kekalkan postur yang tegak sedikit condong ke hadapan tidak jauh dari pinggang, teruskan hayunan
tangan dengan pantas tanpa melakukan rotasi bahu.

Fasa penamat

Dalam fasa ini, atlet harus mengekal postur dengan aksi langkah yang normal melalui garisan
penamat, pada langkah terakhir, atlet melakukan condongan lunges ke hadapan pada garisan
penamat, seperti Rajah 10, atlet harus mengandaikan bahawa garisan penamat masih jauh lagi untuk
mengekalkan kelajakan larian.
Modul 152
Sukan Individu

Rajah 10: Posisi penamat

Latihan tubi kelajuan (Speed drills)

Bagi meningkatkan keupayaan koordinasi, jarak langkah dan kekerapan langkah adalah penting bagi
seseorang atlet acara pecut melakukan aktiviti latih tubi kelajuan atau speed drills, Rajah 11
menunjukkan contoh beberapa jenis aktiviti latih tubi kelajuan.

Lari berlangkah laju Lompat skip Larian berlutut tinggi

Rajah 11: Latih tubi kelajuan (Speed drills)

Acara lompat tinggi

Acara lompat tinggi merupakan acara yang diajar dari sekolah rendah lagi, acara ini sesuai diajar
menggunakan pendekatan beransurmaju. Terdapat pelbagai teknik acara lompat tinggi dan biasanya
diajar menggunakan empat fasa ansurmaju iaitu:
(i) penujuan – larian menuju ke palang.
(ii) lonjakan – lonjakan kaki untuk menaikkan badan.
(iii) layangan – posisi badan ketika berada di udara dan di atas palang.
(iv) pendaratan – jatuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.
Modul 153
Sukan Individu

Teknik atau gaya lompat tinggi

Terdapat beberapa teknik atau gaya lompat tinggi, antaranya ialah:

(i) Gaya gunting

Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berada di luar dari
palang. Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam keadaan duduk berlunjur, seperti Rajah 12.

(ii) Gaya Timur

Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan 90 darjah. Semasa melonjak, kaki bebas
dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.

(iii) Gaya guling barat

Penujuan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Pelompat melonjak dengan kaki
yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa pelompat
‘berguling’ selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

(iv) Gaya pelana (Gaya Stradder)

Gaya atau teknik ini lazim digunakan di serata dunia. Gaya ini menyerupai dengan gaya guling barat.
Pelompat menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka pelompat memandang ke
bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

(v) Gaya Fosbury Flop


Gaya yang biasa digunapakai di peringkat Olimpik dan kejohanan olahraga antarabangsa dan
berkesan pada masa kini ialah gaya Fosbury Flop. Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosbury pada
Tahun 1968. Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat tinggi di mana
pelepasan palang dibuat dengan bahagian belakang (bahu) dahulu dan pendaratan dibuat di
belakang badan hampir dengan bahagian tengkuk. Gaya atau teknik ini seperti di Rajah 12, boleh
diajar dalam empat fasa iaitu penujuan, lonjakan, layangan dan pendaratan seperti dalam Rajah 12.

(a) Penujuan

Biasanya pelompat mengambil tujuh hingga sembilan langkah larian di mana tiga langkah
terakhir itu adalah bentuk melengkung. Larian melengkung inilah yang menyediakan pelompat
melepasi palang dengan bahagian belakangnya dahulu.

(b) Lonjakan

Ini adalah tindakan yang meledak. Sebaik sahaja pelompat mengakhiri larian yang
melengkung, kaki luarnya melonjak dengan kuat apabila memijak tanda lonjakan yang hampir
selari dengan palang. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan dan dihayun ke atas dan kaki
bebas diangkat tinggi dengan bahagian lutut juga dibengkokkan. Lutut ini juga digerakkan
secara melintang badan untuk membantu pusingan badan di udara supaya bahu menjadi selari
dengan palang.
Modul 154
Sukan Individu

(c) Layangan

Semasa di udara, pelompat menoleh ke belakang (menadang palang) sambil melentikkan


badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan di
bahagian lutut. Lentikan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan
melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua belah kakinya
diluruskan dan diangkat tegak ke atas. Tindakan ini dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada
palang dan ia juga sebagai persediaan untuk pendaratan.

(d) Pendaratan

Serentak dengan mengangkat kakinya kenatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke
arah kaki. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di atas bahagian
belakang badannya.

Rajah 12: Lompat tinggi gaya Fosbury dan gaya gunting


Modul 155
Sukan Individu

Acara melontar peluru

Peralatan peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang lembutnya.
Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan berat peluru berbeza-beza
mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Berat peluru pula bergantung pada umur bagi
memudahkan lontaran mengikut keupayaan seseorang peserta berdasarkan peringkat umur mereka.
Bagi lelaki dewasa ialah 7.257 kg, seterusnya untuk wanita dewasa ialah 4 kg, untuk lelaki junior ialah
5 kg dan bagi wanita junior ialah 3 kg. Ansurmaju melontar peluru mempunyai beberapa fasa iaitu
pegangan peluru, lakuan sedia, lungsuran, kilasan badan, lontaran dan pulihan.

(i) Pegangan peluru

Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Atlet tidak boleh
memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakan
peserta yang baru belajar melontar peluru seperti Rajah 13.

Rajah 13: Teknik pegangan peluru

Teknik melontar peluru

Terdapat beberapa teknik melontar peluru antaranya teknik gaya berdiri dan melontar (tanpa
lungsuran), gaya melungsur selangkah, gaya rotasi dan yang paling terkenal ialah gaya Parry O’ Brien.

Gaya Parry O’ Brien

Teknik O’ Brien boleh dilakukan dalam keadaan lakuan sedia, lungsuran, kilasan badan, lontaran, ikut
lajak dan pemulihan seperti Rajah 14.

Lakuan sedia: Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelangkan arah
lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan dibongkokkan ke hadapan sehingga
selari dengan tanah.
Modul 156
Sukan Individu

Lungsuran: Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki kanan,
pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki kanan dijengketkan (lutut dibiarkan
bengkok) ke belakang. Serentak dengan pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan
bulatan. Badan pelontar ketika ini masih di dalam keadaan condong.

Kilasan badan: Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah bertapak di
belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke hadapan (teknik mengilas badan
adalah hampir sama dengan teknik yang diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini).
Butiran yang penting ditegaskan ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu
pergerakan yang terus-menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya untuk membuat
lontaran.

Lontaran, ikut lajak dan pulihan: Gaya ini sama dan boleh rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam
gaya melungsur selangkah. Sebenarnya teknik ke semua fasa ini adalah hampir sama.

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4

Langkah 5 Langkah 6 Langkah 7

Rajah 14: Gaya Parry O’ Brien

Dalam kumpulan, senaraikan ansurmaju latihan lari berpagar (100m perempuan) dan
juga latihan acara lari berganti-ganti 4 x100m. Bincangkan secara terperinci bagi
setiap ansurmaju latihan lari berpagar dan lari berganti-ganti 4x100m.

1 2

3 4
Modul 157
Sukan Individu

RUMUSAN

Sukan olahraga atau pun dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan ibu kepada sukan-
sukan yang lain kerana mengutamakan asas-asas pergerakan manusia seperti berlari, melompat,
membaling, merejam dan berjalan kaki. Sejarahnya sejak zaman kuno dan sumbangannya dari segi
pingat yang ditawarkan di peringkat sukan olimpik, bahawa sukan ini harus diberi perhatian yang serius
untuk diajar dan dilatih dari peringkat awal persekolahan lagi. Sukan olahraga adalah acara yang
kompleks lagi teknikal bagi mencapai prestasi yang tinggi, namun dengan perancangan latihan
pembangunan jangka masa panjang, pendekatan pengajaran dengan mengambil kira peringkat umur
biologi dan kronologi prestasi tinggi termasuk atlet Malaysia mampu dicapai. Program latihan olahraga
seperti yang dicadangkan oleh IAAF, harus dimulakan dengan program latihan atletik kanak-kanak,
latihan pelbagai, latihan spesifik mengikut kumpulan acara dan seterusnya latihan spesifik mengikut
acara untuk prestasi tinggi harus dijalankan secara berterusan dan ini memerlukan tidak kurang
daripada 10 tahun bagi mencapai prestasi tinggi. Di samping pendekatan latihan, acara-acara olahraga
perlu diajar dengan berkesan kerana acara olahraga melibatkan aspek kemahiran teknikal yang tinggi
dan harus diajar secara beransurmaju oleh jurulatih atau guru diperingkat akar umbi lagi.

KATA KUNCI

Acara balapan
Acara padang
Acara lari pecut (sprint event)
Atletik kanak-kanak (kids athletics)
Latihan jangka masa panjang
Latihan pelbagai (multilateral training)
Latihan spesifik mengikut kumpulan acara
Latihan spesifik acara
Lompat tinggi (high jump)
Melontar peluru
Pembangunan atlet
Permulaan dekam

PENILAIAN KENDIRI

1. Peraturan dan undang-undang amat penting dalam acara olahraga. Bincangkan peraturan-
peraturan sekurang-kurangnya satu acara balapan dan sekurang-kurangnya satu acara padang,
sepertimana peraturan yang ditetapkan oleh IAAF.
2. Huraikan perbezaan tanggungjawab dan tugasan juri rayuan dan ketua hakim penjaga masa dalam
acara olahraga.
3. Jelaskan sistem pengiraan mata dalam acara lompat tinggi.
4. Perihalkan setiap ansurmaju acara melontar peluru. Bincangkan fasa-fasa ansurmaju dalam acara
melontar peluru.
Modul 158
Sukan Individu

RUJUKAN

Bowerman J.W and Freeman H.W. (1991). High perfomance training for track and field. Champaign,
IIIinois: Human Kinetics.
Gozzoli, C., Simonamid, J. and El-Habil, A (2005). IAF kids athletics. International Association of
Athletic Federations.
Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia. (2010). Buku peraturan olahraga KOAM 2010-2011. Kuala
Lumpur: International Association of Athletic Federations.
Ten, H. (1997). Manual olahraga. Setiakawan. Kuala Lumpur.
Thompson, P. (2009). Introduction to coaching. IAAF Coaches and Certification System. Lincolnshire
Tidow, G. (1990). Model technique analysis sheet for throwing events. New Studies in Athletics (IAAF),
1: 44-60.

Laman sesawang:

http://www.mapsofworld.com/olympics/athletic-events/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Olahraga
Modul 159
Sukan Individu

UNIT 10

SUKAN RENANG

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Mengenalpasti serta melakukan aktiviti keyakinan air.


2. Menerangkan gaya atau kuak yang dipertandingkan dalam sukan renang.
3. Menerangkan langkah serta ansur maju dalam melakukan kuak-kuak renang.
4. Melakukan satu daripada empat kemahiran asas kuak / gaya renang.

PENGENALAN
Berenang ialah satu aktiviti fizikal yang boleh dilakukan oleh semua orang tidak mengira umur atau
jantina. Aktiviti berenang dapat meningkatkan kecergasan fizikal kerana aktiviti tersebut melatih semua
otot rangka dan juga keupayaan sistem kardiovaskular berfungsi. Kelebihan aktiviti renang apabila
dibandingkan dengan aktiviti fizikal lain seperti berjoging dan bermain ialah berenang tidak
mengenakan tekanan ke atas tulang dan sendi sebab air dapat menampung sebahagian berat badan
seseorang.

Selain daripada satu aktiviti senaman yang berfaedah, berenang adalah satu kemahiran yang penting
dalam kehidupan kerana kemahiran ini akan mengurangkan risiko lemas dalam air terutamanya dalam
kalangan kanak-kanak. Berenang merangkumi aktiviti bergerak secara efisien dan yakin dalam air
melalui teknik atau gaya / kuak yang betul.

Aktiviti renang dianggap sebagai satu sukan individu di mana seorang perenang bertanding dengan
perenang lain. Walau bagaimanapun, terdapat juga acara berpasukan seperti lumba renang berganti-
ganti. Matlamat sukan renang ialah untuk berenang sepantas boleh untuk sesuatu jarak, gaya dan
peringkat umur.

Unit ini akan memberi fokus kepada empat kemahiran asas renang iaitu kuak bebas, dada, kupu-kupu
dan lentang. Bahagian pertama unit ini akan membincangkan tentang keyakinan dalam air (water
confidence) serta aktiviti yang boleh dilakukan untuk membina keyakinan seseorang terhadap aktiviti
renang. Aktiviti keyakinan air adalah penting sebab ia adalah asas kepada permulaan belajar
berenang.

KEYAKINAN AIR
Takut kepada air atau aquaphobia adalah satu fobia yang biasa dialami terutamanya dalam kalangan
kanak-kanak dan remaja. Masalah takut kepada air biasanya berpunca daripada pengalaman yang
tidak indah sewaktu individu itu semasa zaman awal kanak-kanak. Antara faktor yang menyumbang
Modul 160
Sukan Individu

adalah kecuaian kanak-kanak itu sendiri atau ibubapa / penjaga atau guru / jurulatih renang yang tidak
prihatin.

Masalah ini perlu diatasi agar seorang individu tersebut bukan sahaja dapat menguasai kemahiran
berenang tetapi dapat menyelamatkan nyawa individu sendiri.

Aktiviti keyakinan air

Semua aktiviti keyakinan air berikut dijalankan di kawasan cetek dalam kolam renang. Paras air tidak
melebihi dada seseorang individu tersebut. Individu tersebut digalakkan memakai ‘goggle’ untuk
membolehkannya melihat di bawah permukaan air. Individu tersebut akan rasa yakin dan relaks serta
membina keyakinannya. Keadaan sekeliling juga tidak harus terlalu ramai orang untuk mengelakkan
percikan air yang mungkin menakutkan individu tersebut.

1. Di hujung kolam yang cetek, duduk di atas tepi kolam dan rendamkan kaki ke dalam air.
Tendang kaki dalam air untuk keseronokan dan keyakinan.

Rajah 1: Pakai goggle sebelum masuk ke dalam kolam Rajah 2: Mula dengan duduk di tepi kolam

2. Ceduk air dengan tangan dan basahkan muka untuk membiasakan diri dengan air pada muka.

Rajah 3: Ceduk air dan percik ke muka sendiri


Modul 161
Sukan Individu

3. Ceduk air dan tahan nafas sambil percikkan air ke muka. Sentiasa buka mata (memakai
goggle). Menahan nafas adalah untuk merasakan bahawa air tidak akan masuk ke dalam
hidung atau mulut semasa percikan air. Ulangi beberapa kali untuk membina keyakinan dan
juga keseronokan.

Rajah 4: Cuba tahan nafas dan masukkan muka dalam air

4. Masuk ke dalam hujung kolam renang yang cetek dengan perlahan. Pastikan paras air tidak
melebihi dada apabila berdiri. Berjalan dengan perlahan dalam kawasan cetek. Rasa sensasi
tolakan air ke badan.

Rajah 5: Cara masuk ke dalam kolam renang dan berdiri pada paras air sampai ke dada
atau guna pelampung.

5. Langkah seterusnya ialah merendamkan muka ke dalam air. Tarik dan tahan nafas sambil
merendamkan kepala di bawah permukaan air. Ulang beberapa kali dan apabila sudah yakin,
cuba melutut sebelah kaki dan kedua belah kaki sambil merendamkan kepala di bawah air.
Cuba duduk dalam air dan tahan nafas. Berdiri apabila perlu bernafas.
Modul 162
Sukan Individu

Rajah 6 : Masukkan kepala di bawah air Rajah 7: Hembus nafas di bawah permukaan air

6. Apabila sudah yakin dengan air, individu boleh turun dan naikkan kepala dalam air (bobbing).
Apabila berada di bawah permukaan air, hembuskan nafas dengan mulut dan hidung (buih)
dan apabila naik, buka mulut untuk tarik nafas. Aksi ini adalah langkah ansur maju untuk
bernafas semasa berenang.

Seorang yang takut air akan anggap dirinya tenggelam seperti batu apabila masuk ke dalam
air. Mitos itu perlu dikikis. Peparu seorang manusia apabila diiisi dengan udara (tarik nafas)
akan bertindak sebagai pelampung dan apabila individu tersebut masuk ke dalam air yang
dalam, individu tersebut akan terapung dia apabila tahan nafas. Selain itu, badan manusia
adalah kurang tumpat daripada air dan air akan menolak badan individu itu naik ke atas
selagi ada udara dalam peparunya (prinsip Archimedes). Berikut adalah dua aktiviti
mengapungkan diri.

7. Berdiri di kawasan cetek kolam renang. Tarik dan tahan nafas. Gulungkan badan seperti bola
(dakap kedua lutut) dan rendamkan kepala dan badan dalam air. Rasakan diri terapung dalam
air. Berdiri dan hembus nafas bila perlu. Cuba hembuskan nafas semasa dalam air. Perhatikan
bahawa badan akan mula tenggelam kerana tiada lagi udara dalam peparu.

Rajah 8: Tahan nafas dalam air Rajah 9: Hembus nafas dalam air
Modul 163
Sukan Individu

8. Aktiviti keyakinan diri yang terakhir ialah baringkan diri dalam air (meniarap) dan cuba
gelungsur. Berdiri di dalam hujung kolam yang cetek. Meniarapkan diri dalam air. Luruskan
badan, tangan dan kaki. Tahan nafas dan cuba imbangkan diri. Setelah beberapa kali
mencuba dan menjadi yakin, cuba gelungsur dengan menendang dari dinding kolam. Cuba
gelungsur seberapa jauh yang boleh dan berdiri selepas hilang momentum. Pastikan berada di
kawasan kolam yang cetek.

Rajah 10: Meniarap dan luruskan badan dalam air Rajah 11: Gunakan pasangan atau dibimbing

9. Alternatif ialah dengan rakan membantu dengan memegang tangan dan membimbing
perenang gelungsur. Perenang boleh cuba bernafas (tarik nafas dengan menaikkan kepala)
dan pada masa yang sama menendang dengan pergelangan kaki (flutter kick).

Rajah 12 :Meniarapakan badan Rajah 13: Gerakan kaki naik turun (flutter kick)
Modul 164
Sukan Individu

Carikan maklumat tentang langkah-langkah keselamatan yang tertera pada papan kenyataan di tepi
kolam renang awam. Bincangkan langkah-langkah keselamatan tersebut dan kerelevenannya.
Kita masih lagi sering membaca berita kanak-kanak mati lemas dalam kolam renang. Bincangkan
dengan memberi cadangan bagaimana kemalangan tersebut dapat diatasi.
Bincangkan bagaimana seorang guru dapat memainkan peranan untuk mendidik pelajar sekolah
tentang keselamatan menjalankan aktiviti air di kolam renang, sungai, tasik atau laut.

KEMAHIRAN ASAS RENANG

Tiga kemahiran yang menjadi asas kepada semua kuak renang. Kemahiran tersebut adalah:
1. Bertolak dari dinding.
2. Luruskan badan (posisi streamline).
3. Gelungsur.

1. Bertolak dari dinding


Kemahiran bertolak dari dinding dilakukan semasa permulaan (kuak lentang) dan pusing dalam
semua gaya/kuak. Kemahiran bertolak dengan kaki dari dinding kolam akan membantu
seorang perenang menambahkan kelajuannya semasa bermula atau berpusing.

Rajah 14: Bertolak dari dinding kolam dengan kaki

• Berdiri di hujung kolam dan membelakangkan dinding.


• Bongkok ke hadapan dan rapatkan dagu ke dada.
• Luruskan kedua tangan ke hadapan dan tolak dinding dengan kedua kaki.
• Gelungsur ke hadapan sejauh boleh.
• Kekalkan bentuk badan lurus (stream line).
Modul 165
Sukan Individu

Rajah 15: Gelungsur dengan badan lurus (streamline position).

Rajah 16: Aktiviti ini juga boleh dilakukan secara berpasangan.

2. Luruskan badan (streamline)


• Kemahiran mengekalkan kedudukan badan lurus adalah penting dalam berenang sebab ia
merupakan asas kepada semua gaya / kuak renang.
• Posisi ini juga membantu mengekalkan imbangan seseorang agar perenang tidak banyak
berayun (sway) semasa berenang.
• Kemahiran meluruskan badan juga mengurangkan daya rintangan heretan (drag) dalam air
yang akan mengurangkan kelajuan perenang.

Rajah 17: Gelungsur dalam air


Modul 166
Sukan Individu

3. Gelungsur
Setiap kali seoarng perenang menolak dengan kakinya dari dinding, perenang tersebut akan
gelungsur untuk seketika dengan mengekalkan posisi badan yang lurus. Fasa gelungsur ini
adalah lebih pendek untuk acara jarak pendek dan lama sedikit untuk acara jarak jauh.

Kuak / Gaya Bebas

Gaya bebas atau rangkak depan (front crawl) adalah kuak yang paling pantas dalam acara renang.
Kuak ini juga adalah yang paling kerap digunakan untuk acara renang jarak jauh terutamanya dalam
renang air terbuka dan triathlon (kombinasi lari, berbasikal dan renang). Walaupun istilah ‘bebas’
bermaksud apa jenis kuak yang boleh digunakan, dengan syarat seseorang perenang itu tidak tukar
kuak atau gaya separuh jalan. Kuak yang sering digunakan dalam acara gaya bebas ialah kuak
rangkak depan.

Untuk melakukan gaya rangkak depan, posisi badan ialah meniarap dalam air. Hayunan tangan ialah
merangkak ke hadapan secara selang seli dan kaki menendang selang seli dengan pergelangan kaki
(flutter kick).

Pergerakan kaki

• Pergerakan kaki turun naik pada permukaan air membantu memberi sedikit kelajuan kepada
perenang tetapi lebih penting lagi ialah untuk mengimbangkan badan. Pergerakan turun-naik
kaki secara berselang-seli (alternate).
• Lutut seharuskan lurus, relaks dan tidak bengkok.
• Kaki akan keluar sedikit dari permukaan air.

Rajah 18: Pergerakan kaki untuk gaya bebas

Pergerakan tangan

Kelajuan dan pergerakan ke hadapan dalam kuka ini ditentukan oleh pergerakan tangan.
Pergerakan tangan dibahagikan kepada tiga fasa.

Tarik - Tangan yang diluruskan dalam air menarik ke arah badan dengan siku
bengkok.
Modul 167
Sukan Individu

Tolak - Tangan di bawah badan menarik air ke arah pinggang.

Pulih - Sebaik sahaja tangan sampai ke tepi pinggang, siku tangan tersebut akan
(Recovery) keluar dahulu ke permukaan air, diikuti dengan lengan dan tapak tangan.
Sebaik sahaja tapak tangan keluar dari air, tangan tersebut diluruskan semula
ke fasa tarikan

Rajah 19 : Fasa tarikan dan tolakan tangan ke sisi badan

Rajah 2: Tarik air dengan tapaka tangan ke sisi pinggang untuk bergerak ke hadapan

Rajah 21: Kekalkan posisi badan yang lurus (streamline)


Modul 168
Sukan Individu

Bernafas

Seorang perenang dalam kuak bebas / rangkak depan akan bernafas apabila tangan dalam
fasa pemulihan (apabila tangan tersebut di atas permukaan air). Seorang perenang harus dilatih untuk
tarik nafas pada setiap fasa pemulihan yang ketiga. Ini membolehkan perenang tersebut melatih
menarik nafas di sebelah kiri dan kanan badan.

Semasa fasa tarikan, perenang harus hembus nafas dalam air. Sebaik sahaja tangan hendak
naik ke atas pada hujung fasa tolak, kepala perenang mula toleh ke tepi dan mata cuba lihat ke
bahagian bawah siku tangan yang keluar dari permukaan air. Perenang harus dapat tarik nafas dengan
mulutnya.

Apabila tangan yang berada di atas permukaan air mula menjunam balik ke dalam air (fasa
tarik), kepala perenang akan mula toleh balik ke dalam air dan muka dan mata perenang akan
pandang ke hadapan.

Rajah 22: Menarik nafas dengan mulut dengan menolehkan kepala ke sisi
semasa fasa pemulihan

Rajah 23: Hembus nafas dengan hidung semasa fasa tarikan


Modul 169
Sukan Individu

Berpusing

Perenang gaya / kuak bebas akan berpusing secara berguling (tumble) apabila sampai ke hujung
kolam.

Apabila perenang berada pada jarak satu tangan dari dinding kolam, perenang akan buat guling
hadapan dengan kepala tunduk dan kedua lutut dibengkok rapat ke dada.

Perenang tersebut kemudian akan tolak dinding dengan kedua kakinya. Pada masa yang sama
perenang tersebut akan pusing ke sisi dan luruskan tangannya untuk meluruskan badannya
(streamline position).

Perenang tersebut akan ulangi fasa tarikan selepas menggelungsur untuk seketika,

Rajah 24: Teknik berpusing dalam acara kuak bebas / rangkak depan

Kuak / Gaya Dada


Gaya atau kuak dada ialah kemahiran renang yang paling popular diamalkan terutamanya dalam
aktiviti rekreasi renang. Gaya ini dipilih kerana keupayaan mengekalkan kepala perenang untuk masa
yang lama. Kuak dada juga digunakan untuk aktiviti menyelamat nyawa sebab penyelamat sentiasa
dapat melihat sambil menghampiri mangsa dalam air.

Walau bagaimanpun, dalam acara sukan renang, kuak ini dianggap susah kerana ia memerlukan
dayatahan dan kekuatan otot kaki. Kuak ini adalah kuak yang paling perlahan apabila dibandingkan
dengan kuak / gaya yang lain.

Pergerakan tangan
Terdapat tiga langkah dalam pergerakan tangan: Tolakan ke luar (outsweep), tarikan ke dalam
(insweep) dan pemulihan.
Modul 170
Sukan Individu

Tolakan ke luar
Kedua tangan mula dengan tangan lurus. Buatkan satu separa bulatan dengan kedua belah tangan
dan tolak air dengan tapak tangan ke luar dan bawah. Bengkokkan siku semasa menarik tapak tangan
ke luar dan bawah. Kekalkan siku selari dengan permukaan air.

Tarikan ke dalam
Tarik tapak tangan ke bawah dan ke arah dada.

Pemulihan
Luruskan kedua tangan semula. Jangan halakan tapak ke atas semasa fasa ini.

Rajah 25: Pergerakan tangan

Rajah 26: Pergerakan tangan dan menarik nafas


Modul 171
Sukan Individu

Pergerakan kaki
Pergerakan kaki adalah seumpama tendangan kaki katak dalam air. Pergerakan kaki ini dibahagikan
kepada dua fasa: Fasa persediaan dan fasa tendangan.

Persediaan
Fasa ini bermula dari kedua kaki lurus ke belakang. Tarik kedua tumit kaki ke arah punggung dan
bengkokkan lutut.

Rajah 27: Kedua kaki ditendang ke luar dan ‘sapu’ air dengan tapak kaki. Pergerakan ini
dilakukan dengan laju.

Pemulihan

Luruskan kaki semula selepas melakukan tendangan.

Rajah 28: Luruskan kaki selepas menendang dan luruskan badan (streamline position)
Modul 172
Sukan Individu

Bernafas
Cara bernafas (menarik nafas) ialah mengikut rentak pergerakan badan iaitu semasa kedua tangan
menarik air ke arah badan. Badan akan ikut naik ke permukaan air apabila tarikan kedua tangan ke
badan.
Sebaik sahaja tangan diluruskan semula, perenang akan hembuskan nafas dalam air.

Rajah 29: Cara bernafas untuk kuak dada

Pergerakan keseluruhan kuak dada

Rajah 30: Pergerakan keseluruhan kuak dada

Kuak / Gaya Kupu-Kupu


Gaya kupu-kupu dianggap sebagai gaya atau kuak yang paling susah antara semua kemahiran
renang. Kesukaran yang paling ketara dalam kuak ini ialah ia memerlukan koordinasi dan ‘timing’
pergerakan anggota badan terutamanya dalam menendang, menaikkan kepala, tubuh dan tangan ke
atas permukaan air. Teknik kuak kupu-kupu ini memerlukan kordinasi dan sinkronisasi pergerakan kaki
seperti tendangan ikan lumba-lumba dengan kuak mendepakan tangan.
Modul 173
Sukan Individu

Rajah 31: Pandangan hadapan Rajah 32: Pergerakan seperti ikan lumba-lumba

Pergerakan kaki

Pergerakan utama dalam kuak kupu-kupu ialah kaki. Tujuan pergerakan kaki untuk kuak ini ialah untuk
mengimbangkan badan dan juga menyumbang kepada kelajuan. Pergerakan kaki seperti tendangan
ikan lumba-lumba akan menghasilkan pergerakan bergelombang perenang. Tendangan kedua kaki
yang betul ialah melalui pinggul. Pergelangan dan tapak kaki harus releks. Membengkokkan lutut dan
meluruskan nya semasa menurun ke dalam air akan memberi kelajuan.

Rajah 33: Pergerakan kaki

Pergerakan tangan
Pergerakan tangan dalam kuak kupu-kupu ini memerlukan kekuatan bahagian atas anggota badan.
Kordinasi dan tempo pergerakan tangan dengan kaki dan tubuh badan akan menentukan ritma dalam
kuak ini.

Fasa memasuki air


Ibu jari dan jari-jari tangan harus masuk ke dalam air dahulu. Tapak tangan harus menghala ke luar
badan. Depakan tangan ke hadapan dan masuk ke dalam air dengan siku yang bengkok.
Modul 174
Sukan Individu

Rajah 34: Pergerakan tangan

Fasa tarik dan tolak ke bawah


Kedua tapak tangan masuk ke dalam air dan mula menarik ke bawah badan. Siku tangan perlu
dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa tarikan. Kedua tangan buatkan pergerakan seperti lubang
kunci.

lubang kunci

Rajah 35: Pergerakan tangan

Tolakan ke atas (Upsweep)


Selepas menolak air ke bawah, kedua tangan bergerak ke sisi badan (peha) dan mula naik semula ke
atas permukaan air. Siku mula diluruskan.
Modul 175
Sukan Individu

Rajah 36: Pergerakan tangan upsweep

Pemulihan
Kedua tangan dan lengan perlu dihayun naik ke atas permukaan air. Jari kelingking akan meghala ke
atas. Tangan dihayun ke hadapan untuk mengulangi fasa memasuki air semula.

Rajah 37: Fasa pemulihan

Bernafas
Teknik bernafas dalam kuak kupu-kupu adalah kerap dan eksplosif. Menarik nafas apabila tangan
sudah tarik air ke bawah dan di sisi peha. Badan akan mula naik pada ketika ini. Tarik nafas melalui
mulut. Hembus nafas apabila tangan dan badan memasuki semula ke dalam air.

Rajah 38: Teknik bernafas


Modul 176
Sukan Individu

Tempo
Kuak kupu-kupu meliputi kitaran dua kali tendangan dan satu hayunan tangan di mana tendangan
pertama berlaku apabila kedua tangan didepakan ke hadapan badan. Tendangan kedua dilakukan
apabila tangan sudah tamat hayunan dan semasa fasa pemulihan. Menaikkan kepala untuk bernafas
boleh berlaku pada setiap kitaran atau setiap dua kitaran.

Rajah 39: Tempo dua tendangan dan satu hayunan tangan

Keseluruhan

Rajah 40: Pergerakan keseluruhan kuak kupu-kupu


Modul 177
Sukan Individu

Kuak / Gaya Lentang


Kuak lentang ialah satu-satunya kuak yang dilakukan dengan badan terlentang. Kelebihan kuak ini
ialah seorang perenang boleh bernafas dengan mudah tetapi perenang tersebut tidak dapat lihat arah
tuju renangnya.

Permulaan untuk kuak lentang juga adalah berbeza dari kuak lain. Perenang akan bermula dengan
membelakangkan kolam dan mendakap ke blok permulaan. Apabila isyarat bermula dbunyikan,
perenang akan melentikkan badan ke belakang untuk memasuki air.

Rajah 41: Permulaan untuk acara kuak lentang

Rajah 42: Menolak dari dinding dan lentikkan badan ke belakang

Pergerakan kaki
Pergerakan kaki adalah serupa dengan gaya bebas / kuak rangkak. Tendangan kaki selang seli
dengan lutut yang agak lurus dan releks. Tendangan kaki ialah untuk mengimbangkan badan dan
memberi sedikit kelajuan. Bahagian kaki di bawah lutut boleh mencecah permukaan air tetapi lutut
masih di bawah permukaan air.
Modul 178
Sukan Individu

Rajah 43: Pergerakan kaki untuk kuak lentang

Pergerakan Tangan
Pergerakan tangan dalam kuak lentang memberi kuasa dan kelajuan. Pergerakan tangan dibahagikan
kepada tiga fasa.

Menangkap

Fasa menangkap ini bermaksud tangan cuba ‘menangkap’ air dengan tapak dan lengan tangan apabila
memasuki air. Tangan memasuki air didahului dengan jari kelingking. Bahu tangan tersebut cuba
mencecah telinga semasa memasuki air.

Rajah 44: Fasa ‘menangkap’ air

Menarik
Tangan akan ‘tarik’ air dengan siku yang bengkok. Tarik air ke arah badan dan tangan habis
pergerakan di sisi peha.

Rajah 45: Fasa menarik air


Modul 179
Sukan Individu

Pemulihan
Sebaik sahaja tapak tangan mencecah peha, tangan tersebut akan mula naik ke atas permukaan air
didahului dengan ibu jari. Kekalkan tangan lurus mencecah telinga dan lepas kepala.

Rajah 46: Fasa pemulihan

Bernafas
Bernafas untuk kuak lentang tidak bergantung kepada pergerakan anggota badan lain dan boleh
dilakukan dengan mudah sebab muka perenang sentiasa menghadap ke atas. Walau bagaimanapun,
seorang perenang boleh menarik nafas dengan satu pusingan tangan dan hembus nafas dengan
pusingan tangan yang sebelah.

Rajah 47: Teknik bernafas

Berpusing
Sama seperti gaya bebas, seorang perenang boleh berpusing tanpa menyentuh dinding kolam dengan
tangan apabila sampai ke hujung kolam.
Berenang ke arah hujung kolam. Apabila berada jarak lebih kurang dua jarak badan (two body length)
dari dinding, pusingkan badan (dari terlentang ke meniarap). Gelungsur dan pusingkan badan (sama
seperti dalam gaya bebas) dengan tarik lutut rapat ke dada. Apabila berpusing sampai muka
menghadap permukaan air, tolakkan kedua kaki ke dinding untuk memberi momentum kepada
perenang gelungsur.
Modul 180
Sukan Individu

Berbeza dengan gaya bebas, perenang akan berpusing penuh dan habis dengan badan terlentang
selepas berpusing.

Apabila sudah ubah arah dan gelungsur, mulakan pergerakan dengan tendangan kaki sebelum
menggunakan tangan.

Rujuk ke laman web www.ehow.com/video_4459084_do-backstroke-flip-turns.htm untuk gambaran


yang lebih jelas.

Rajah 48:Cara berpusing dalam kuak / gaya lentang

Keseluruhan

Rajah 49: Pergerakan keseluruhan kuak lentang


Modul 181
Sukan Individu

1. Jelaskan perbezaan lakuan berpusing dalam keempat-empat kuak renang.


2. Apakah perbezaan dalam menyentuh dinding untuk menamatkan perlumbaan renang mengikut
kuak?
3. Senaraikan acara renang yang dipertandingkan mengikut peringkat umur dalam kejohanan
renang MSSM.

Pilih satu gaya / kuak renang dan ajar kemahiran tersebut kepada sekumpulan pelajar sekolah.
Perkembangan pelajaran harus berasaskan prinsip ansur maju (dari mudah ke komplek).

KATA KUNCI
Apung (float)
Berpusing
Bernafas
Gelungsur
Keyakinan dalam air (water confidence)
Kuak bebas
Kuak dada
Kuak kupu-kupu
Kuak lentang
Luruskan badan (streamline)
Pergerakan tangan
Pergerakan kaki
Pemulihan (recovery)
Renang
Tarik dan hembus nafas
Tolak (push off)

PENILAIAN KENDIRI
1. Bincangkan mengapa aktiviti keyakinan dalam air adalah penting dalam memperkenalkan
pelajar kepada aktiviti renang.
2. Huraikan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil apabila mengajar sekumpulan
kanak-kanak berenng dalam kolam renang.
3. Nyatakan tiga aktiviti yang menjadi asas kepada semua kuak / gaya renang. Huraikan
bagaimana aktiviti tersebut dapat membantu dalam menguasai keempat kuak / gaya renang.
4. Huraikan satu kaedah / alat bantu mengajar yang boleh membantu seseorang menguasai
sesuatu kuak / gaya renang.
Modul 182
Sukan Individu

RUJUKAN

Young, M. (2011). The complete guide to simple swimming. Hertfordshire, UK: Educate & Learn Pub.
Guzman, R. (2007). The swimming drill book. Human Kinetics; Champaign, Ill.

Laman sesawang:

www.swimming-techniques-learn.com/Learn-to-swim.htm
www.uswim.com/
Modul 183
Sukan Individu

Lampiran

Analisis Sains Sukan ke atas Pakaian Renang


Modul 184
Sukan Individu

Analisis Sains Sukan dan Kuak Renang

Anda mungkin juga menyukai