Anda di halaman 1dari 5

Kertas Kerja Cadangan Membina dan Mengubahsuai Bangunan

Kelas Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran


SK FELDA Lurah Bilut

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Sejarah penubuhan sekolah SK FELDA Lurah Bilut bermula pada tahun1961.


Lokasi sekolah ini hanya 25 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Bentong dan
dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Setelah 51 tahun pada tahun 2010,
bermulalah penempatan pelajar pendidikan khas dengan penubuhan Program Pendidikan
Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Felda Lurah Bilut. Sehingga kini bilangan
pelajar yang mengikuti program pendidikan khas integrasi ini seramai 7 orang dengan
menempatkan 3 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid. Walau
bagaimanapun pelajar pendidikan khas terpaksa ditempatkan di bangunan usang yang
telah berusia lebih 51 tahun kerana masalah kekurangan kelas. Oleh sebab itu, kelas yang
disediakan masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti tandas dan bilik air. Selain
itu keadaan struktur tanah mendap di sebahagian bangunan yang menempatkan kelas
pendidikan khas juga membimbangkan dari aspek keselamatan. Berdasarkan keadaan
tersebut pihak sekolah berharap agar Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Kementerian
Pendidikan dapat mempertimbangkan pelaksanaan membina dan mengubahsuai
bangunan kelas pendidikan khas di sekolah ini.

BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SK FELDA LURAH BILUT


Kod Sekolah : CBA0001
Daerah : Bentong
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru PPKI : 3 orang (1 lelaki/ 2 perempuan)
Bil. Staf Sokongan : 6 orang
Bil. Enrolmen Murid PPKI : 7 orang (5 Lelaki/ 2 Perempuan)
Bilik Darjah sedia ada : 1
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Luar Bandar

1
2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek membina dan mengubahsuai bangunan kelas pendidikan


khas ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1. Keadaan bangunan dan kelas pendidikan khas yang sedia ada telah menjangkau
usia lebih 51 tahun dan kelihatan usang.
2.2. Tiada kelas yang sesuai dan kondusif untuk menggantikan kelas sedia ada.
2.3. Kelas sedia ada tidak mempunyai kemudahan asa seperti tandas dan
ruangan yang mencukupi untuk melakukan aktviti.
2.4 Risiko keselamatan adalah tinggi memandangkan status bangunan lama serta
usang dan sebahagian daripada struktur tanah mengalami pemendapan.
2.5 Memerlukan banyak masa untuk membantu menguruskan pelajar ke bilik
air kerana kedudukan tandas yang memerlukan pelajar menuruni tangga
dan sekiranya hujan pelajar terpaksa berjalan agak jauh untuk sampai ke
tandas.

3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang
sedia ada seperti berkut:

3.1. Ubahsuai dan membina struktur tambahan untuk membuat tandas dan
dapur dalam kelas yang sedia ada. RM40,000.00
3.2. Membaikpulih kelas bersebelahan untuk dijadikan dua buah kelas demi
memenuhi keperluan bilangan kelas seperti yang diperuntukan pada awal
penubuhan program pendidikan khas. RM 80,000.00
3.3. Membaiki sebahagian struktur bangunan akibat pemendapan tanah. RM40,000.00

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Mampu menjamin keselamatan guru dan pelajar kerana penambahbaikan


dapat meningkatkan kualiti dan struktur bangunan yang telah berusia lebih 51
tahun tersebut.
4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan seperti tandas dan
ruang dapur yang disediakan berasingan khas untuk pelajar pendidikan
khas.
4.3 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar
pendidikan khas supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap
dengan kemudahan asas.
4.4 Mampu menjimatkan masa untuk menguruskan pelajar yang masih
memerlukan bantuan untuk mengurus diri semasa menggunakan bilik air.

2
5 JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan bangunan kelas pendidikan khas ini adalah untuk :

5.3 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap pendidikan


golongan pelajar berkeperluan khas.
5.4 Sebagai persiapan awal bagi menampung bilangan pelajar pendidikan khas yang
semakin bertambah pada masa akan datang.
5.5 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
dan keselesasan pelajar pendidikan khas. Di samping dapat meningkatkan
sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program pendidikan khas.

6 IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya
tidak dapat dilaksanakan seperti:

6.3 Aspek keselamatan di kalangan guru dan pelajar tidak terjamin kerana
bangunan yang telah usang dan mengalami proses pemendapan tanah.
6.4 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kondusif kerana kelas yang kecil
dan tanpa kemudahan asas terutama sekali tandas dan dapur.
6.5 Memerlukan banyak masa untuk membantu menguruskan pelajar ke bilik
air kerana kedudukan tandas yang memerlukan pelajar menuruni tangga
dan sekiranya hujan pelajar terpaksa berjalan agak jauh untuk sampai ke
tandas.
6.6 Mempengaruh minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk
menghantar anak-anak mereka memasuki program pendidikan khas kerana
kemudahan asas yang tidak disediakan.

3
7 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DCADANGKAN

Terpaksa menempatkan dua buah kelas dalam satu bilik darjah.

KKelas
bersebelahan yang kelihatan usang dan mengalami pemendapan tanah.

4
5

Anda mungkin juga menyukai