Anda di halaman 1dari 12

LAMPIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS,
PAHANG DARUL MAKMUR
PENTAKSIRAN ALTERNATIF DISEMBER 2020

PROGRAM
PPISMP
(Programme)

AMBILAN
(Intake) JUN 2020

SEMESTER
(Semester) 1

ANGKA GILIRAN
(Index Number ) 2020112310120

NO.K/PENGENALAN
(Identity Card No.) 020323-08-0155

KOD KURSUS GKB1053


(Course Code)
NAMA KURSUS
(Course Title) KEMAHIRAN BELAJAR

TARIKH
PEPERIKSAAN
11 DISEMBER 2020
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod
kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

1
KOD KURSUS : GKB1053 NO. AG: 2020112310120

1.0     GAYA PEMBELAJARAN

Pada masa kini terdapat banyak model gaya pengajaran dan pembelajaran yang
boleh dijadikan panduan kepada para pensyarah untuk merancang proses pengajaran
dan pembelajaran. Biasanya pensyarah akan memilih gaya yang selesa dengan dirinya
(Esah, 2003). Gaya pembelajaran yang biasa digunakan secara meluas dalam
pendidikan orang dewasa adalah Model Pembelajaran Kolb, Model Gaya Canfield dan
Skala Gaya Pembelajaran Pelajar Reichmann-Grasha (Tieu, 2003). Oleh yang demikian,
gaya pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar haruslah dipilih supaya kaedah dan
bahan pengajaran yang digunakan oleh pensyarah adalah efisien.

2.0     MODEL PEMBELAJARAN DUNN AND DUNN

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya
pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan
mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model Gaya Pembelajaran
Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsip-prinsip dimana  kebanyakan individu mampu
dan boleh belajar, setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu, gaya
pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber  dan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran dan akhir sekali iklim, sumber dan pendekatan pengajaran
dan pembelajaran yang dapat   disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu
akan dapat mengoptimumkan proses pembelajaran.

2.1     CIRI-CIRI MODEL PEMBELAJARAN DUNN & DUNN

2.1.1           Rangsangan Persekitaran

2
KOD KURSUS : GKB1053 NO. AG: 2020112310120
Rangsangan persekitaran merujuk kepada elemen-elemen cahaya, bunyi, suhu
dan rekabentuk. Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu memerlukan
persekitaran cahaya terang semasa belajar. Individu juga memerlukan bunyi seperti
muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Oleh itu, mereka akan memasang radio
atau televisyen sewaktu belajar (terutamanya ketika larut malam) kerana bunyi dari radio
atau televisyen akan dapat mengatasi suasana yang sunyi itu dan dapat memberi lebih
kosentrasi terhadap pelajaran mereka. Beliau juga mendapati individu mempunyai tindak
balas yang berbeza terhadap suhu persekitaran. Proses pembelajaran adalah lebih
berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana nyaman dan berhawa dingin. Suhu
yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi seseorang terganggu dan cepat
berasa mengantuk dan akan menyebabkan produktiviti seseorang. Pelajar yang gemar
belajar dalam keadaan formal memerlukan satu tempat yang khas untuk aktiviti
pembelajaran mereka seperti sebuah meja dan kerusi.

2.1.2            Rangsangan Emosional

Rangsangan emosional terdiri daripada elemen-elemen seperti motivasi,


kecekalan, tanggungjawab dan struktur.Motivasi merupakan daya penggerak utama
yang menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak
pada masa tertentu Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat
membantu pelajar belajar dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecekalan yang
berbeza antara individu menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa
rehat yang berbeza. Pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap
pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri Arahan
yang jelas dan berstruktur mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih berkesan,
namun begitu terdapat juga pelajar yang suka belajar dengan gaya bebas.

2.1.3           Rangsangan Sosiologi

Rangsangan sosiologi terdiri daripada elemen-elemen seperti diri sendiri,


berpasangan, berkelompok atau dengan rakan sebaya atau orang dewasa. Dunn dan
Dunn (1978) menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara

3
KOD KURSUS : GKB1053 NO. AG: 2020112310120
terus oleh guru kepada pelajar.Terdapat individu yang lebih suka belajar bersendirian
dan tidak mahu gangguan sewaktu mereka belajar. Individu yang belajar secara
berpasangan adalah individu yang lebih suka belajar dengan kehadiran individu rapat
bersamanya. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang pada kebiasaannya
melibatkan lebih daripada dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan
perbincangan, sumbangsaran dan perkongsian idea-idea tentang cara pembelajaran
yang berkesan. Orang dewasa menjadi tempat untuk mereka menyoal atau
mengemukakan soalan apabila menghadapi sesuatu masalah pembelajaran. Bagi
pelajar yang kurang selesa belajar dengan pelajar yang sebaya dengannya, mereka
lebih selesa belajar bersama guru atau orang dewasa.

2.1.4  Rangsangan Fizikal

Rangsangan fizikal terdiri daripada elemen-elemen seperti persepsi, makanan,


minuman, waktu belajar dan pergerakan. Model Dunn dan Dunn mendedahkan
keperluan variasi cara belajar. Model beliau menekankan pembelajaran menggunakan
kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara visual, auditif, taktual dan
kinestetik.Terdapat individu belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka makan dan
minum semasa belajar. Selain itu, tekanan ketika belajar dapat dikurangkan melalui
makan dan minum.

2.1.5           Rangsangan Psikologi

Rangsangan psikologi terdiri daripada elemen-elemen yang berikut iaitu


analitik/global, impulsif/reflektif, dominan otak kiri/dominan otak kanan. Pelajar analitik
melakukan tugasan secara terperinci dan lebih fokus dengan setiap aktiviti pembelajaran
yang dilakukan. Golongan pelajar ini hanya melakukan satu perkara sahaja dalam satu
masa. Berlainan pula dengan pelajar yang global kerana pelajar ini akan melihat sesuatu
gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka. Pelajar ini akan lebih cenderung untuk
bekerjasama dalam bentuk berkumpulan berbanding secara individual. Pelajar holistik
melihat aspek secara meluas dan membuat rumusan secara menyeluruh. Individu yang

4
KOD KURSUS : GKB1053 NO. AG: 2020112310120
impulsif gemar membuat keputusan yang cepat dan sering mengikut gerak hati apabila
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

          Manakala, individu yang reflektif lebih berhati-hati semasa membuat kerja. Individu
ini sangat prihatin dan berfikir mendalam sebelum melibatkan diri dalam proses
pembelajaran. Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri (HOKI) dan
otak kanan (HOKA). Fungsi otak yang berbeza ini mempengaruhi gaya pembelajaran
setiap individu. Otak kiri manusia mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa,
matematik, logik, sekuens, linear dan analisis. Manakala otak kanan pula berfungsi
dalam aspek bentuk, ruang, lukisan, corak, holistik, rentak dan irama.

Model Dunn dan Dunn di atas menunjukkan individu mempunyai gaya pembelajaran
yang berbeza berdasarkan kecenderungan belajar individu tersebut. Gaya pembelajaran
individu didapati bertindak balas dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran,
sumber dan iklim. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran, sumber dan iklim yang
disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang dapat mengoptimumkan proses
pembelajaran dan prestasi belajar individu.

3.0     KESIMPULAN DAN RUMUSAN

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran dan kemahiran belajar masing-


masing. Sebagai seorang pensyarah dengan pelajar, ibu bapa dengan anak-anak
ataupun pelajar itu sendiri perlu memahami gaya pembelajaran yang diamalkan. Dengan
ini, pensyarah boleh menyediakan kaedah pengajaran yang bersesuaian supaya boleh
meningkatkan lagi minat pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Sebagai ibu bapa
pula boleh memberi dorongan atau galakkan dan menyediakan kemudahan serta
persekitaran yang bersesuaian kepada anak-anak mereka supaya anak-anak mereka
berasa selesa semasa belajar. Selain daripada gaya pembelajaran, pelajar juga perlu
mengetahui pengamalan kemahiran belajar masingmasing. Bukan setiap kemahiran
yang digunakan itu betul, sebagai pelajar perlu mencari kemahiran belajar yang paling
bersesuaian dengan diri sendiri supaya boleh mencapai proses pembelajaran yang
efektif. Dengan ini, matlamat penubuhan Institusi Pengajian Tinggi untuk melengkapkan

5
KOD KURSUS : GKB1053 NO. AG: 2020112310120
siswazah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran demi menghadapi pelbagai
cabaran di dunia pekerjaan akan tercapai.

RUJUKAN

Abdul Ghani Awang (1996). Kemahiran Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ee Ah Meng (1989). Pendidikan Di Malaysia: Untuk Guru Pelatih. K. Lumpur: Penerbitan


Fajar Bakti.

6
KOD KURSUS : GKB1053 NO. AG: 2020112310120
Toh Hon Leong (2000). Rahsia Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors. Sdn. Bhd.

Yahya Othman (2003). Mengajar Membaca, Teori & Aplikasi, Panduan Meningkatkan
Kemahiran Mengajar Membaca. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

7
KOD KURSUS : GKB1053 NO. AG: 2020112310120

Sebelum menuju pada pengertian pembelajaran kenndiri, terlebih dahulu akan


diulas tentang pengertian belajar dimana belajar merupakan proses perubahan
kepribadian dan tingkah laku manusia dari tidak tahu menjadi tahu, sedangkan
pengertian kendiri iaitu keadaan dapat berdiri sendiri atau tidak tergantung pada orang
lain serta memiliki perilaku yang mampu berinisiatif atas dasar keinginan menguasai
suatu kompetensi.

Pembelajaran kendiri merupakan kegiatan belajar aktif yang didorong oleh niat
atau motif untuk menguasai suatu kompetensi guna untuk menyelesaikan suatu
masalah, hal tersebut dibangun dengan bekal pengetahuan atau kompetensi yang telah
dimiliki. Pembelajaran Mandiri adalah proses dimana siswa dilibatkan dalam
mengidentifikasi apa yang perlu untuk dipelajari dan menjadi pemegang kendali dalam
menemukan dan mencari jawapan. Hal ini berbeza dengan belajar sendiri (Kirkman,
2007:180).Penetapan kompetensi sebagai tujuan belajar, dan cara pencapaiannya baik
penetapan waktu belajar, tempat belajar, sumber belajar maupun evaluasi hasil belajar
dilakukan oleh pembelajaran mandiri. 

Antara kepentingan pengurusan pembelajaran kendiri dalam kalangan IPG ialah


dapat menyusun aktiviti yang ingin dilakukan dengan terancang. Dalam hal ini, ketepatan
masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan mampu menghasilkan tugasan
yang berkualiti. Seseorang yang bijak merancang masa dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan mengikut durasi masa yang telah ditetapkan jika mereka menguruskan masa
dengan berkesan. Mereka tidak akan tergesa-gesa melakukan sesuatu pekerjaan jika
pembahagian masa telah dibuat secara berjadual. Namun jika gagal merancang, maka
gagallah jadual harian kita. Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar
tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding
tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat
diri sibuk dengan membuat pelbagai ulang kaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu.
Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja
yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih timah
sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dan lain-lain yang terdapat dalam tanah yang
telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali
tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan
mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan
pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama. Oleh itu, rancang jadual dengan

8
KOD KURSUS : GKB1053 NO. AG: 2020112310120
betul kerana setiap masa yang dilalui hendaklah diatur dengan sebaik mungkin kerana
masa yang terlepas tidak akan kembali semula. Berapa banyak masa yang telah kita
bazirkan sebelum ini perlu dihitung semula kerana kita tidak berupaya untuk
mengembalikan semula masa yang telah berlalu. Peribahasa ada mengatakan bahawa
di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jadi, segala-galanya terpulang kepada diri kita
sendiri untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Selain itu, kepentingan pengurusan pembelajaran kendiri ialah dapat


mendisiplinkan diri dengan matlamat yang dicita-citakan. Disiplin diri adalah keupayaan
diri untuk mengambil tindakan tanpa menghiraukan keadaan emosi, marah, kasihan atau
cemburu. Perkara asas kepada pembinaan disiplin diri ialah berhadapan dengan
cabaran-cabaran yang kita mampu capai. Ini tidak bermakna mencuba dan gagal setiap
hari atau berada dalam zon selesa. Kita akan gagal jika cuba melakukan sesuatu yang
berada di luar kemampuan. Kita mesti bermula dengan cabaran-cabaran yang mampu
kita atasi sendiri. Latihan yang berterusan kunci kepada pencapaian yang lebih
cemerlang. Melalui cara ini, kita dapat meningkatkan tahap kesukaran cabaran-cabaran
yang seterusnya. Jika kita masih berusaha sama seperti sebelumnya sedangkan
cabaran semakin besar dan hebat, kita tidak dapat membaiki prestasi sedia ada. Amat
menyakitkan jika kita cuba memaksa diri untuk membina disiplin diri. Jika kita cuba
sedaya upaya mengubah diri dalam sehari semalam dengan berbelas-belas matlamat
dan mengharapkan berlaku perubahan pada hari esok, kita sedang memilih jalan
kegagalan sebenarnya. Keadaan ini sama seperti seseorang yang baru pertama kali
berlatih mengangkat berat dan mencuba sedaya upaya mengangkat ketul besi seberat
100 kilogram!. Jika kita mampu mengangkat 10 kilogram, hanya 10 kilogram yang kita
boleh dan mampu angkat. Tidak perlu rasa malu jika kita mampu buat berdasarkan
kemampuan yang kita ada. Sekiranya latihan yang berterusan, teknik yang betul, insya
Allah kita dapat membaiki keupayaan tersebut sehinggalah meningkat kepada 60, 70
ataupun 100 kilogram. Begitu juga dengan belajar, perlu belajar mengikut gaya
kemampuan diri supaya kita tidak terbeban dengan pelajaran. Oleh itu, setiap pelajar
harus mempunyai disiplin dalam belajar kerana tanpa disiplin kita akan lalai dengan
perkara yang tidak manfaat.

Disamping itu, kepentingan pengurusan pembelajaran kendiri ialah dapat


mempraktikkan gaya pembelajaran yang sesuai. Kebanyakan pensyarah tidak
mempelbagaikan gaya pembelajaran menyebabkan kita kurang faham berkaitan subjek
tersebut. Oleh itu, kita perlulah memilh gaya pembelajaran yang sesuai bagi memahami

9
KOD KURSUS : GKB1053 NO. AG: 2020112310120
sesuatu subjek. Kaedah pembelajaran secara hafalan yang memerlukan daya ingatan
yang kuat tidak dapat membentuk pelajar yang kritis dan kreatif malah kaedah ini tidak
sesuai lagi digunakan di zaman yang serba maju ini. Kejayaan di dalam pelajaran adalah
bergantung kepada kebolehan, usaha dan cara atau teknik belajar. Tidak dinafikan
bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan mudah dalam masa-
masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya. Ramai di antara pelajar
yang bijak masih lagi tidak tahu teknik-teknik belajar yang sesuai dengan diri mereka
sendiri. Ini adalah kerana kita tidak mengetahui cara-cara untuk belajar dengan
berkesan. Justeru itu, pelbagai gaya pembelajaran telah diperkenalkan supaya kita
mudah memilih teknik yang berkesan kepada diri sendiri. Antara gaya pembelajaran
yang diperkenalkan ialah model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn,  model gaya
pembelajaran Honey dan Mumford, model gaya pembelajaran Kolb. Penggunaan
kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui dan
memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran. Gaya
pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang untuk mengenalpasti situasi
pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran. Pelajar yang tahu
menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya akan lebih mudah
membantu mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Klavas (1994) dalam
kajiannya mendapati setelah pelajar diperkenalkan dengan gaya pembelajaran dan
menggunakannya telah mendapat keputusan lebih cemerlang. Oleh itu, penting bagi
pelajar memilih gaya pembelajaran yang selari dengan minat kita.

Kesimpulannya, kita jangan terlalu mengharapkan bahawa pelajaran di kampus


sudah mencukupi. Kita perlulah menjadikan pelajaran tersebut sebahagian daripada
hidup kita supaya kita tidak mudah lupa akan pelajaran yang kita belajar. Belajar tiada
akhirnya. Belajar tiada titik noktah. Oleh itu, anda perlu memanfaat apa yang anda ada
sekarang untuk belajar dengan sebaiknya, dan dapatkan keputusan yang berbaloi
dengan usaha yang anda curahkan.

RUJUKAN

r.ostile. (2013, 5 21). Fahami Konsep Berfikir Aras Tinggi KBAT. Retrieved from
Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif: https://apdmkehadiran.com/fahami-
konsep-berfikir-aras-tinggi-kbat/

Ab. Fatah Hasan 1994. Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran. Skudai:
Penerbit UTM

10
KOD KURSUS : GKB1053 NO. AG: 2020112310120

Alderfer, C. (1972). Existence, relatedness, & growth. New York: Free Press. Anita
Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition. Englewood Cliffs, New Jersey :
Prentice-Hall, Inc

11
KOD KURSUS : GKB1053 NO. AG: 2020112310120

12

Anda mungkin juga menyukai