Anda di halaman 1dari 13

Soalan 1

Ringkasan video tentang kecerdasan emosi

Menerusi video yang telah dipertontonkan, Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence) telah
menjadi satu satu kunci utama yang dibincangkan sepanjang video yang berdurasi hampir 4
minit ini. Dalam video ini, Kecerdasan emosi telah diertikan sebagai salah satu keupayaan untuk
mengenal, mentafsir bahkan menjadi salah satu proses emosi dalam diri dan orang lain. Beberapa
hal juga mampu dilihat sebagai penyumbang kepada keberkesanan kecerdasan emosi
termasuklah genetik, pendidikan mahupun keadaan sekeliling individu tersebut. Melalui video
juga, beberapa isi penting dalam usaha pengembangan kecerdasan emosi telah difokuskan yang
mana merangkumi secara total sebanyak lima isi penting. Pada isi yang pertama telah
diceritakan bahawa kecerdasan emosi itu mampu untuk dikembangkan sekiranya seseorang itu
meletakkan pengetahuan yang baik terhadap dirinya sendiri (get to know yourself).
Sesungguhnya amat penting bagi setiap individu untuk mempunyai tahap kesedaran diri yang
tinggi yang mana melalui kesedaran ini juga akan mewujudkan perasaan lebih menghargai
terhadap apa jua jenis kelebihan mahupun kelemahan yang dimiliki. Hal ini secara tidak
langsung akan membuatkan individu lebih terbuka untuk menerima segala bentuk keadaan dalam
kehidupan selain mampu juga untuk memikirkan seribu satu cara terbaik bagi membolehkan diri
mereka diterima secara apa adanya. Melalui proses isi pertama ini, justeru tanggapan mahupun
maklum balas melalui kawan ataupun keluarga akan menjadi hal yang cukup membantu dalam
perubahan emosi serta kehidupan individu. Isi kedua video menekankan kepentingan untuk
mempelajari daya tarikan diri (learn your trigger). Melalui hal ini individu dapat meningkatkan
kecerdasan emosi dengan menilai serta mengambil tahu sebarang bentuk tindak balas diri
terhadap sesuatu bentuk kejadian. Dengan keadaan ini, individu akan lebih mudah untu
mengawal tahapan emosi. Selanjutnya, memahami dan saling berkongsi perasaan dengan yang
lain (emphatise). Isi ketiga ini sangat membantu dalam pengembagan emosi yang mana setiap
individu berhak untuk saling mempunyai perspektif yang berbeza terhadap sesuatu perkara.
Dalam keterangan isi ketiga ini juga telah ditekankan bahawa pengembangan emosi juga berlaku
melalui kefahaman terhadap kepentingan serta kepercayaan yang diwujudkan oleh setiap
individu yang berbeza. Menjadi suatu kepentingan dalam emosi untuk saling memberikan
sokongan, motivasi dan mewujudkan ikatan silaturrahim yang ketat bagi membolehkan
pengawalan serta kestabilan emosi mampu untuk dipertingkat. Hal ini juga termasuk dengan cara
mendengar serta bertanya pelbagai bentuk soalan. Seterusnya, kuasai emosi sendiri (own your
emotion) menjadi antara isi yang diketengahkan yang mana melaluinya pengembangan
kecerdasan emosi dapat dilakukan dengan baik apabila individu bertanggungjawab dalam setiap
interaksi dengan memahami setiap apa interaksi yang dipamerkan oleh yang lainnya. Melalui
pemahaman ini maka pengawalan serta penambahbaikan emosi boleh berlaku. Isi terakhir dari
video menyarankan buat apa yang dirasakan betul (go with your gut). Apabila individu sudah
memahami antara satu sama lain, semua informasi yang telah ditafsir melalui emosi boleh
digunakan bagi memastikan hal yang rasional akan dilaksanakan. Secara keseluruhannya, video
ini telah memaparkan bagaimana individu mampu mengembangkan kecerdasan emosi melalui
beberapa isi penting selain video telah menekankan bahawa kecerdasan emosi sememangnya
perlu dipelajari, dikenali serta difahami bagi membolehkan pelbagai bentuk kebaikkan emosi
dilakukan. Kecerdasan emosi juga merupakan satu hal yang memerlukan usaha dalam
mengembangkannya selain latihan yang berpanjangan.

Soalan 2

Pengenalan

Emosi boleh ditakrifkan sebagai perilaku manusia yang mana menunjukkan perasaan
manusia seperti perasaan gembira, sedih, marah, takut dan perilaku marah dan ketawa. Emosi
juga adalah kesensitifan perasaan yang terhasil daripada tingkahlaku dalaman seseorang manusia
ataupun salah satu cara mereka menyampaikan danmeluahkan perasaan mereka. Perasaan-
perasaan ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada perubahan tubuh secara terkawal
iaitu seperti perubahan pada reaksi wajah ataupun tidak perubahan yang tidak terkawal seperti
apabila seseorang berada dalamkeadaan ketakutan, secara automatik badan mereka akan
berpeluh. Hal ini bermaksud bahawa emosi menghasilkan perubahan dari segi fisiologi, tingkah
laku seseorang manusia dan kognitif yang berbeza. Pada asalnya, emosi dikategorikan perasaan
emosi yang memotivasikan kelakuan penyesuaian pada masa lalu dan akan menyumbang kepada
kelangsungan hidup manusia. Setiap benda hidup di muka bumi mempunyai emosi malahan
haiwan juga mengalami emosi. Emosi berasal dari perkataan dari Bahasa Latin iaitu ‘Emovere’
yang bermaksud melangkah jauh (“EMOSI - Rezafathurahman,” n.d.).
Dari segi Psikologinya, emosi adalah salah satubahasa dalaman sesorang manusia yang
sering dikaitan dengan tidakbalas secara fizikal (tubuh badan manusia) mengikut sensitiviti
perasaandalamandan luaran manusia seperti pergaulan sosial. Ianya adalah sesuatu pergerakan
minda seseorang yang juga dipengaruhi oleh pengaruh luar. Minda manusia adalah pasif dan
sentiasa menerima segala yang terlitas difikiran manusia yang mana dapat mempengaruhi emosi
mereka. Makany,emosi dimaksudkan dengan minda yang bangkit untuk menunjukkan
sesuatuyang dirasai oleh minda. Emosi boleh dilihat amatpenting dalamkehidupanharian
seseorang manusiaiaituianya dapat menunjukkan reaksi dan tingkah laku didalam kehidupan
seharian manusia. Menurut buku perception dan emotion (Bogenfurst, 2011) Kita selalu
dikejutkan oleh emosi kerana emosi didalam senyap akan mengejutkan anda tanpa dijangka.
apabila emosi gagal dikawal, ia akan menjadi merbahaya (“Santalia : PERSEPSI DAN
EMOSI,” n.d.). Ada kalanya emosi dianggap sebagai suatu alasan yang saling berlawanan.
Sebagai manusia, kita berhak untuk menentukan sama ada untuk mengikut kehendak emosi
ataupun tidak membiarkan emosi menguasai diri sendiri. Demikian adalah konteks yang selalu
berkaitan mengenai emosi iaitu tentang penghasilan resolusi untuk mengawalnya. Oleh itu,
emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang menghasilkan perasaan yang bermulanya daripada
psikologi ataupun mental seseorang dan emosi dapat berlaku secara naluri bergantung pda
situasi. Pelbagai tindakan dan tingkah laku yang boleh menjurus kepada emosi luar kawalan
seperti contoh yang kitab oleh lihat ialah berlakunya pergaduhan yang akan berakhir dengan
tragedi yang tidak diingini seperti bergaduh disebabkan emosi yang sukar untuk dikawal dan
akan jadi lebih teruk lagi sampai boleh membunuh diri sendiri.

Persepsi merupakan perkataan yang diambil dari Bahasa Latin (perception, percipio)
yang mana bermaksud tindakan yang mana meyusun, mengenali dan mentafsir informasi untuk
memberikangambaran dan pemahaman tentang keadaan persekitaran dan sekeliling (“Persepsi -
Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas,” n.d.). Persepsi boleh dilihat melitupi semua
isyarat di dalam system saraf manusia yang akan menghasilkan tindakbalas fizikal daripada
pancaindera seseorang manusia. Persepsi tidak sama seperti emosi yang mana menerma isyakat
secara pasif oleh minda, tetapi persepsi adalah dibentuk dan dihasilkan oleh pembelajaran,
ingatan, harapan dan perhatian. Menurut Kamus Dewan (EdisiEmpat), persepsi bermaksud
gambaran atau bayangan dalam minda, hati atau fikiran tentang sesuatu pandangan melalui
pancaindera atau tangggapan minda terhadap sesuatu perkara. Persepsi adalah pengalaman
tentang objek, peristiwa, atau hubungan-hubungan yang diperoleh dari persekitaran dengan
membuat kesimpulan dan mentafsirkan maklumat diterima. Persepsi ialah memberikan
tanggapan pada rangsangan pancaindera (deria rangsangan).

Persepsi merupakan aktiviti yang bersepadu yang berlaku dalam diri seseorang, maka apa
yang ada dalam diri individu tersebut akan mempengaruhi persepsi mereka. Oleh yang demikian,
persepsi juga boleh dikatakan perasaan, daya fikiran, pengalaman seseorang manusia adalah
tidak sama untuk menghayati sesuatu rangsangan. Makanya, hasil persepsi antara individu akan
berbeza-beza atara satu sama lain kerana ianya mengikut kepada pemikiran seseorang yang juga
berbeza-beza. Menurut William James (1999), persepsi adalah suatu pengalaman yang terbentuk
daripada memori, maklumat atau rangsangan yang diperolehi melalui pancaindera, maka hasil
daripada pemprosesan maklumat tersebut di dalam otak dihayati melalui gambaran atau
tanggapan. Simpulan dari definisi menurut William James boleh dikatakan bahawa persepsi
merupakan hasil akhir daripada proses penerimaan maklumat melalui pancaindera seseorang
seperti mata (penglihatan), lidah (rasa), kulit (sentuhan), hidung (bau) dan telinga(pendengaran).
Kesemua maklumat dan rangsangan ataupun dipanggil sebagai stimulus akan dihantar ke otak
dan akan diproses untuk menghasilkan tanggapan yang boleh dipanggil persepsi

Tujuan tugasan adalah untuk mendedahkan pengetahuanasa tentang persepsi manusia


danbagaimana persepsi ini membawa kepada emosi. Tugasan ini juga untuk mendedahkan
pelajar untuk membuat rumusan terhadap video berkaitan dengan tajuk tugasan. Di dalam video
tersebut, terdapat isi yang perlu dilontarkan berkaitan dengan tajuk tugasan yang mana banyak
maklumat berkaitan dengan kecerdasan emosi. Tugasanini juga mmberikan mendedahan
terhadap persepsi, emosi dan kecerdasan emosi yang mana perlu disokong dengan contoh-contoh
yang relevan berdasarkan pemahaman konsep pelajar. Tugasan ini juga membolehkan pelajar
untuk membuat perbahasan tentang kecerdasan emosi beserta sokongan dari literatur yang jelas.
(b)(i) Jelaskan kecerdasan emosi

Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam konsep kecerdasan social yang
dinyatakan oleh Thorndike pada tahun 1920an. Konsep ini diperkenalkan oleh Salovey dan
Mayer pada 1990, dan sejak itu konteks kecerdasan emosi telah mendapat perhatian khusus
dalam bidang akademik. dengan membagi 3 bidang kecerdasan iaitu kecerdasan abstrak (seperti
kemampuan memahami dan memanipulasi simbol verbal dan matematikal), kecerdasan konkrit
seperti kemampuan memahami dan memanipulasi objek, dan kecerdasan sosial seperti
kemampuan berhubungan dengan orang lain. Kemudiannya, pada tahun 1993, Gardner
menerangkan bahawasanya kecerdasanemosi dan kecerdasan intrapersonal dan interpersonalnya
dalam “Pelbagai Kecerdasan” (Multiple Intelligence). Kecerdasan emosi menjadi salah satu
konsep popular dalam kalangan masyarakat umum apabila pada tahun 1996, Goleman
mengeluarkan kenyataan bahawa kecerdasanemosilebih penting daripada kecerdasan kognitif
tradisional (IQ) yang dinyatakan di dalam bukunya “Emotional Intelligence”.

Kecerdasan emosi model Goleman

Dalam kajian ini, kami menggunakan definasi yang diberi oleh Goleman (1998, p 317):

“…kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri
dan orang lain dari aspek perasaan, emosi dan tingkah laku. Ia juga merupakan tindakan dan
kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah laku bersesuaian dengan masa dan keadaan.”
Terdapat lima dimensi dalam konstruks kecerdasan emosi, iaitu kesedaran kendiri, pengurusan
emosi, motivasi diri, empati dan kemahiran sosial.

Definasi kecerdasan emosi lain


Dulewicz dan Higgs (1990) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai kecerdasan mengenai
kesedaran dan mengurus perasaan dan emosi diri sendiri, sensitiviti dan mempengaruhi orang
lain, memotivasi dan mengimbangkan motivasi dan memantau diri supaya mencapai intuisi,
ketelitian (conscientiousness) dan tingkah laku beretika (Yahaya, 2013). Salovely dan Mayer
mendefinisikan kecerdasan emosional sebagai kemampuan memantau dan mengendalikan
perasaan sendiri dan orang lain, serta menggunakan perasaan itu untuk memandu pikiran dan
tindakan (Tarmizib & West, 2008).

Dalam erti kata lain, kecerdasan Emosi atau ‘Emotional Intelligence’ juga merangka
tentang kemampuan dalam menyatakan hasrat hati atau pun perasaan seseorang, kesedaran serta
pemahaman tentang emosi dan dapat juga ditafsirkan sebagai kemampuan mental dalam
membantu untuk mendalami ataupun memahami perasaan diri sendiri yang membantu kita
mengenali perasaan diri sendiri dan orang lain yang melihat kepada kemampuan kita untuk
mengurus perasaan-perasaan tersebut. Dengan ini, secara tidak langsung orang yang cerdas
secara emosi bukan hanya memiliki emosi atau perasaan tetapi juga dapat memahami apa
maknanya. Seterusnya melihat diri sendiri seperti orang lain melihat kita dan mampu memahami
orang lain seolah-olah apa yang dirasakan orang itu kita juga merasainya. Kecerdasan emosi
membawa pengertian keupayaan untuk seseorang individu mengawal perasaan dan emosi dalam
diri sendiri. Keadaan emosi yang stabil dalam diri individu dapat meletakkan martabat seseorang
manusia di kedudukan yang termulia. Individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi
dan dapat memimpin diri sendiri dan juga orang lain dalam membuat sesuatu tindakan. Pakar
transformasi diri, Prof Dr Muhaya Muhammad menyatakan bahawa setiap individuyang
mmilikikecerdasan emosi mampu membina motivasi diri sendiri yang tinggi, dapat mengawal
emosi dengan sangat baik dandapat juga menguruskan pemikiran negatif yang meghalang
individu untuk bertindak dengan waras (“Agama: Kecerdasan emosi penentu peribadi,” n.d.).
Beliau juga menyatakan bahawa individu yang memiliki emosi yang waras dapat memahami
perasaan orang lain, dapat bekerjasama dengan orang lain begitu juga dalam aspek kepimpinan
yang lebih menyerlah.

Contoh yang dapat diketengahkan ialah apabila kita melihat orang yang berada dalam
kesusahan seperti peminta sedekah, orang yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi tidak
akan terus menunding jari atau berpikiran optimis terhadap orang tersebut, malahan mereka akan
meletakkan diri mereka ditempat orang tersebut bagi memahami situasi dan perasaan orang
tersebut. Hal ini juga disebut sebagai sifat simpati terhadap orang lain yang mana sikap ini sangat
bagus kerana dapat memahami isi hati orang lain. Tidak semua orang dapat memahami isi hati
orang lain meskipun semua manusia dilahirkan memiliki hati dan perasaan, akan tetapi tidak
semua mampu mengendalikan hati mengikut acauan yang bersifat peri kemanusiaan. Hal ini
sinonim dengan kata-kata Plato iaitu “emosi hanya dimiliki oleh manusia, namun tidak semua
manusia memiliki kemausiaan (Pertama, 2009). Jadi dengan adanya kecerdasan emosi yang
tinggi, individu dapat memahami isi hati orang lain. Contoh lain yang dapat dilihat juga seperti

(b) (ii) Perbahasan tentang cara mengembangkan kecerdasan emosi melalui video dan
artikel yang dibaca

Secara keseluruhannya, saya sangat bersetuju dengan segala bentuk isi yang telah diketengahkan
serta disampaikan melalui penghasilan video sebagaimana yang dipertontonkan melalui soalan 1.
Segala keterangan yang telah dihujahkan sememangnya menjadi suatu kebenaran untuk
dipraktikkan oleh setiap individu dalam usaha mengembangkan lagi kecerdasan emosi.
Sebagaimana yang telah dinyatakan, sememangnya pengembangan kecerdasan emosi itu
bermula daripada individu itu sendiri. Individu sangatlah berkewajipan untuk memahami,
mempelajari, menyelami serta mempraktikkan pengawalan emosi yang terbaik bagi memastikan
pengembangan mampu dilaksanakan dengan jayanya. Segala isi yang telah dihuraikan sangatlah
wajar untuk dipraktikkan malah pengalaman segala bentuk kaedah dalam pembangunan
kecerdasan emosi jugak seharusnya datang dengan usaha dan latihan yang konsisten bagi
membolehkan emosi ini dikawal selain berada pada tahapan terbaik dalam kehidupan manusia.
Meskipun video telah banyak menghurai kaedah pengembangan kecerdasan emosi dan cara
pengimplementasiannya, namun individu juga masih perlu menyelami dan memahami secara
terperinci tentang erti kata disebalik kecerdasan emosi itu sendiri. Pengembangan kecerdasan
emosi ini tidaklah hanya terlimitasi kepada lima kaedah seperti yang dinyatakan, namun ianya
juga boleh dilakukan melalui cara atau kaedah lain yang mana juga dilihat sebagai penyumbang
kepada kejayaan perkembangan.

Individu pada awalannya harus memahami makna daripada dua kata kecerdasan emosi
ini. Kecerdasan mempunyai makna yang lain begitupun emosi namun gabungan dua kata ini
sememangnya membawa maksud yang sama dan mempunyai pengkhususan makna yang
lainnya. Kecerdasan membawa maksud kemampuan mental terhadap sebarang bentuk persoalan
yang didatangi dengan beberapa faktor penting dimana melaluinya akan dapat dihubungkaitkan
dengan kecerdasan seseorang individu dan faktor ini merangkumi penilaian seseorang
(judgement), pengertian (comprehension) dan penyebab (reasoning) (Ibrahim, 2019). Emosi pula
membawa maksud sebarang bentuk reaksi tubuh yang ditunjukkan terhadap sesuatu situasi yang
mana emosi ini sendiri mempunyai hubungkait yang sangat akrab dengan aktiviti kognitif
(berfikir) seseorang individu sebagai salah satu hasil persepsinya terhadap sesuatu situasi
(Setiawan, 2020). Emosi juga merangkumi segala bentuk perasaan yang wujud dalam diri
manusia termasuklah perasaan takut, malu, marah dan sedih yang mana akan mempengaruhi
kedaan individu terhadap sesuatu. Kecerdasan emosi pula menurut Golemari (1998) merupakan
kemampuan dalam mengawal atau mengelolakan diri seseorang individu dan orang lain daripada
pelbagai bentuk aspek termasuklah perasaan, emosi mahupun tingkah laku yang mana ianya juga
merangkumi segala tindakan atau kepintaran untuk mengubahsuai sesuatu tingkah supaya ianya
bersesuaian dengan masa mahupun keadaan (Yahaya, 2013). Kecerdasan emosi juga mampu
dilihat sebagai satu keupayaan, kapasiti, kemahiran atauun menerimaan seseorang terhadap
identity dan bagaimana seseorang itu mampu menangani segala bentuk emosi yang hadir pada
diri dan juga orang sekeliling (Serrat, 2017). Dengan wujudnya kecerdasan emosi yang tinggi
maka individu akan lebih mudah untuk mengawal diri mereka selain turut mempunyai kepekaan
yang tinggi terhadap emosi orang lain. Makna dan kepentingan kecerdasan emosi ini juga turut
disebutkan melalui video yang mana untuk mempunyai perkembangan kecerdasan emosi yang
sempurna, seseorang perlu mengetahui dirinya dahulu kemudian cuba untuk memahami dan
membantu orang lain dalam menyelesaikan kecelaruan emosi.

Sepertimana yang difokuskan melalui video, kecerdasan emosi sememangnya mampu


membawa kepentingan seperti membantu untuk memotivasikan diri, mewujudkan ikatan
keakraban dengan orang sekeliling selain mampu untuk menjadikan individu seorang yang
terkawal dari segi emosinya. Menurut (Serrat, 2017), dengan membangunkan kecerdasan emosi
maka individu akan menjadi seseorang yang lebih produktif dan berjaya dalam setiap yang
mereka lakukan selain mereka juga akan mampu untuk membantu orang lain untuk menjadi
seperti mereka. Pengaplikasian kecerdasan emosi adalah juga termasuk bagaimana setiap
individu dalam mengimplementasikan setiap elemen penting dalam pembangunan kecerdasan ini
termasuklah bagaimana seseorang mampu menangani tekanan, mengurangkan konflik,
mewujudkan hubungan yang stabil dan harmoni selain menguatkan lagi konsep kasih sayang
serta rohani.

Selain daripada cara pengembangan kecerdasan emosi, perlulah juga difahami bahawa
kecerdasan emosi juga adalah didasari dengan beberapa aspek yang penting seperti kesedaran
diri (self-awareness), pengurusan diri (self-management), kesedaran sosial (social awareness)
dan pengurusan hubungan (relationship management). Kesedaran diri memfokuskan bagaimana
individu mampu mengenali emosi mereka sendiri dan mengaitkannya dengan pengaruh terhadap
tingkah laku seharian mereka selain hal ini juga berkaitan dengan pemahaman terhadap sebarang
bentuk kelemahan serta kelebihan diri individu tersebut (Marzuki, 2019). Aspek ini sebenarnya
telah disebut melalui video dalam isi yang pertama yang mana seseorang perlu mengetahui
tahapan emosi sendiri, kelemahan dan kelebihan mereka dalam usaha mewujudkan
perkembangan kecerdasan ekonomi yang baik. Pengurusan diri pula bermaksud individu
perlulah mempunyai keupayaan dalam mengawal segala bentuk rangsangan dan tingkah laku
dengan menguruskan pembawaan emosi seara sihat selain mengambil inisiatif supaya lebih
komited dalam mengadaptasi keadaan semasa (Marzuki, 2019). Aspek ini turut ditekanlah
melalui video isi kedua iaitu (Learn Your Trigger) yang mana menyeru supaya individu
memahami bagaimana tahapan rangsangan diri terhadap sebarang bentuk keadaan serta
memikirkan kaedah yang paling sesuai dalam mengawal emosi yang berlaku. Kesedaran sosial
boleh dikaitkan dengan empati iaitu memahami emosi dan keperluannya serta mengambil berat
terhadap manusia supaya akan wujud keselesaan dalam interaksi selain mampu mewujudkan
semangat berpasukan yang tinggi. Aspek ini juga telah dibicarakan melalui video isi ketiga yang
mana sifat empati sewajarnya perlu ada bagi membolehkan individu memahami keadaan
individu lain serta berusaha untuk menghargai segala keunikkan dan kebolehan antara satu sama
lain. Aspek pngurusan hubungan juga antara yang sangat penting dalam kecerdasan emosi yang
mana individu perlu memahami dan mengetahui cara terbaik dalam membina serta mengekalkan
perhubungan dan komunikasi antara manusia. Hal ini sememangnya ditekankan melalui isi
keempat video yang telah menganjurkan kepentingan interaksi dalam pengawalan emosi.
Sekiranya dilihat daripada aspek-aspek kecerdasan emosi yang telah diterangkan melalui
hujah, sememangnya dapat dilihat bahawasanya hampir kesemua isi yang diterangkan didalam
video mempunyai perhubungan dengan aspek-aspek ini. Meskipun banyak kaedah atau aspek
yang telah dihujah melalui video, namun masih terdapat beberapa idea atau kaedah yang boleh
dilakukan bagi memastikan perkembangan kecerdasan emosi dapat dilakukan dengan sebaiknya.
Kaedah lain yang boleh dilakukan antaranya:

1. Berusaha untuk mengurangkan sebarang bentuk emosi yang negatif – Emosi


yang negatif sememangnya menjadi nila dalam susu bagi kehidupan manusia
sehingga kadangkala emosi sebegini mampu mewujudkan pemikiran yang tidak stabil
selain juga menyumbang kehadiran penyakit mental yang memarahkan. Justeru,
setiap individu perlu mengubah struktur cara pemikiran bagi membolehkan segala
emosi negatif mampu disingkirkan daripada diri dengan lebih kerap menanamkan
prasangka baik serta pengawalan emosi yang maksimum.
2. Berlatih untuk sentiasa tenang dan mengurangi tekanan – Sejujurnya, setiap
manusia sering mengalami tekanan dengan kehidupan lebih-lebih lagi apabila
terdapat satu hal yang membebankan dalam kehidupan. Justeru bagi membolehkan
kaedah ini terlaksana, maka individu perlu memastikan diri sentiasa bertenang semasa
tekanan dan melakukan apa sahaja bentuk aktiviti yang membolehkan emosi serta
pemikiran berada dalam keadaan yang baik meskipun terbeban dengan hal yang
menyakitkan.
3. Memberanikan diri untuk mengekspresikan emosi – Terdapat segelintir individu
yang sangat takut untuk menyuarakan apa yang mereka hadapi sehingga hal ini
menyebabkan kegagalan kawalan emosi berlaku. Oleh yang demikian, individu
sewajarnya berusaha untuk menyuarakan sebarang emosi yang membebankan supaya
akan menjadi lebih tenang pada masa akan datang. Sebagai contoh, memberanikan
diri untuk tidak sependapat dengan orang lain melalui penyuaraan pendapat sendiri
(Samiadi, 2020).
4. Bersikap proaktif berbanding reaktif terhadap orang yang menganggu emosi –
Jangan biarkan emosi membuatkan diri cepat melakukan tindakan terutamanya saat
berasa marah kerana hal ini akan mengurangkan kecerdasan emosi sebaliknya cuba
bersika proaktif dengan menenangkan diri terlebih dahulu kemudia baru mengambil
tindakan selanjutnya.
5. Terus berlatih – Cara untuk mengasah kecerdasan emosi antaranya adalah dengan
terus melatih diri dan mengasah kemampuan dalam mengendalikan emosi diri.
Tanamkan dalam pemikiran untuk memiliki kecerdasan emosi yang tinggi dan
sanggup untuk mengendalikan emosi orang sekeliling (Retno, 2020).

(c) Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat disimpulkan didalam tugasan ini ialah emosi dan persepsi bukanlah
suatu perkara yang sama maknanya,emosi dan persepsi mempunyai maknaya yang tersendiri.
Menjadi satu kepentingan bagi setiap individu memperoleh tahap kecerdasan emosi yang tinggi
dalam kehidupan kerana melalui emosi juga akan membentuk kehidupan yang lebih cemerlang
di masa hadapan. Kegagalan dalam mengawal emosi sudah semestinya akan mengakibatkan
berlakunya pelbagai hal yang tidak diingini seperti bunuh diri, pukul, buli dan lain-lain lagi.
Setiap individu tidakboleh membiarkan emosi lebih tinggi dan mengawal diri individu tersebut
kerana ianya aka memudaratkan diri sendiri. Alangkah baiknya sekiranya individu tersebut dapat
mengawalemosi mereka supaya ketengan dapat mereka rasai. Hidup dalam keadaan beremosi
juga boleh membuatkan diri individu tidak senang dan mendatangkan perasaan yang tidak elok
dalam diri mereka. Persepsi adalah satu fikiran minda terhadap informasi yang diserap oleh
anggota pancaindera dan menghasilkan satu persepsi atau stimulus. Persepsi setiap individu
berbeza-beza megikut daya pemikiran individu tersebut kerana setiap individu mempunyai
pemikiran yang berlainan dari orang lain. Kebanyakkan informasi yang telah diketengahkan
melalui tontonan video adalah wajar untuk dijadikan sebagai pedoman atau panduan bagi
membantu mewujudkan kecerdasan emosi yang baik. Segala idea yang telah diketengahkan pada
hakikatnya telah merangkumi segala bentuk aspek yang seringkali dikaitkan dengan kecerdasan
emosi. Kecerdasan emosi boleh sahaja diamalkan oleh semua individu sekiranya mereka
mempunyai usaha dan latihan yang secukupnya. Pengawalan emosi sememangnya bukanlah
mudah namun sekiranya setiap manusia cuba berikhtiar dan melatih diri kearahnya maka tiada
apalah yang mustahil untuk dimiliki. Pada akhirnya, saya amat bersetuju dengan segala konten
yang telah dipaparkan melalui video dan emosi itu sendiri adalah dimulai dengan individu serta
yang mengawalnya adalah individu dan bukannya orang lain. Justeru, individu perlu memahami,
mempelajari dan menerapkan ilmu kecerdasan emosi sekiranya mereka ingin meningkatkannya
dalam kehidupan. Sesungguhnya, terdapat banyak cara untuk diamalkan oleh seseorang dalam
usaha membangun kecerdasan emosi dan menguruskan emosi dengan lebih baik seperti
menenangkan diri, memilih berada dalam situasi yang tenang atau ubah cara pemikiran yang
tidak elok kepada pemikiran yang lebih positif agar emosi lebih terkawal dan dapat dikendalikan
dengan sebaiknya. Akhir kata, pelbagai cara untuk mengendalikan emosi dan tidak tertakluk
kepada cara yang tertentu sahaja. Cara yang dilakukan oleh setiap individu mungkin akan
berbeza daripada individu yang lain. Emosi dan persepsi perlu dikawal dengan lebih baik supaya
tidak akan menjejaskan kehidupan seharian kita.Setiap individu perlu menukar cara pemikiran
yang negatif kepada yang lebih positif supaya persepsi yang lebih positif yang akan dihasilkan.

Rujukan

Agama: Kecerdasan emosi penentu peribadi. (n.d.). Retrieved October 26, 2020, from
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2014/09/5852/agama-kecerdasan-emosi-
penentu-peribadi

EMOSI - Rezafathurahman. (n.d.). Retrieved October 25, 2020, from


https://sites.google.com/a/mhs.uinjkt.ac.id/rezafathurahman/emosi

Ibrahim, U. I. N. M. M. (2019). Bab 2: Kajian Teori. Universitas Islam Negeri Maulana Malik
Ibrahim, 1–53.

Marzuki, S. H. (2019). Komunikasi, Persepsi dan Emosi. KKM, 1–37.

Persepsi - Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas. (n.d.). Retrieved October 26, 2020,
from https://id.wikipedia.org/wiki/Persepsi#cite_note-1

Pertama, B. K. (2009). Emover 1. (May), 25–27.

Retno, D. (2020). 15 Cara Meningkatkan Kecerdasan Emosional.

Samiadi, L. A. (2020). 6 Cara Untuk Meningkatkan Kecerdasan Emosional (EQ).


Santalia : PERSEPSI DAN EMOSI. (n.d.). Retrieved October 26, 2020, from
http://nizaamir.blogspot.com/2017/08/persepsi-dan-emosi.html

Serrat, O. (2017). Knowledge Solutions: Tools, Methods, and Approaches to Drive


Organizational Performance. Knowledge Solutions: Tools, Methods, and Approaches to
Drive Organizational Performance, 1–1140. https://doi.org/10.1007/978-981-10-0983-9

Setiawan, S. (2020). “Emosi” Pengertian Menurut Para Ahli & Bentuk (Positif-Negatif).

Tarmizib, A., & West, N. (2008). Emotional Intelligent + Mathematics. (03), 1–3.

Yahaya, A. (2013). Bab 4: Kecerdasan Emosi. Azizi Yahaya, 8, 1–10.

Anda mungkin juga menyukai