Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN DAN SEJARAH

Donat adalah salah satu kuih tradisional yang terkenal di Malaysia. Donat

dihasilkan dari bahan asasnya sehingga menjadi doh dan digoreng.

Donat seperti yang kita ketahui berbentuk bulat atau berbentuk seperti gelang

dan juga cincin. Namun, dengan peredaran masa, terdapat juga donat yang

dimasukkan inti jem berperisa mahupun inti berkrim kastard.

Kebiasaannya, donat disediakan untuk hidangan sarapan pagi atau minum

petang. Kuih donat juga lebih bercirikan manisan kerana selepas digoreng dengan

minyak yang banyak, donat kemudian akan disaluti dengan gula kastor,gula halus

atau gula aising.

Bahan asas utama yang digunakan untuk membuat donat ialah ibu roti, atau

yis. Selain itu, bahan untuk menghasilkan donat ialah susu, tepung, garam, mentega

dan air.

Donat menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan boleh menjadi sumber

pendapatan kepada keluarga.

BAHAN ASAS DONAT


Tepung Gandum.

Tepung ini hasil campuran gandum yang kasar dan halus, boleh digunakan untuk

semua jenis kuih muih, kek, pau, biskut dan lain-lain. Tepung jenis ini perlu

ditambah dengan serbuk penaik dan diayak 2 - 3 kali jika ingin membuat kek atau

pau. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum kerana lebih mudah

didapati.

Tepung Roti.

Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi,

jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap gluten

yang tinggi memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli. Sesuai untuk

membuat pastri, pizza dan roti.

Telur.

Telur memainkan peranan yang penting dalam kek, dan pastri. Ia membina isipadu

adunan, memberi keapungan serta tekstur yang lebih gebu. Telur dikelaskan

mengikut berat dan dilabelkan dengan gred F, E, D, C, B, A dan AA.


Gula.

Digunakan dalam pembuatan kek dan pastri untuk menambahkan kemanisan dan

meningkatkan tekstur masakan.

Lemak Sayuran.

Lemak sayuran selalunya dari sumber kelapa sawit. Ia juga dikenali sebagai planta

putih kerana warnanya putih dan teksturnya sama dengan mentega. Biasanya

digunakan untuk membuat roti dan donat.

Yis

Merupakan sejenis organisma yang hidup dalam keluarga kulat atau fungus. Kulat ini

memerlukan udara, kelembapan dan gula untuk mengembang. Untuk

mempercepatkan perkembangan yis, ia perlu diletakkan di tempat yang panas atau

hangat. Yis digunakan dalam pembuatan roti, donat dan pau.

Air Sejuk.

Air sejuk atau air berais digunakan dalam pembuatan doh untuk mengawal proses

pengembangan doh. Jika menggunakan air yang tidak sejuk atau suam, dikhuartiri yis

akan cepat mengembang dan ini akan menjejaskan kualiti masakan.

Marjerin.

Penggunaan bahan adalah untuk menambah ikatan struktur dalaman doh agar

menjadi roti yang berkualiti apabila dibakar.


DONUT PELBAGAI NEGARA

Donut merupakan makanan yang digemari di seluruh dunia. Walaupun berbeza nama

dan bentuk, ia tetap menjadi kegemaran.

Berikut merupakan nama-nama lain untuk donat mengikut negara di dunia.

Negara Nama Donat


Kanada Timbits
Greece Loukoumades
Amerika Syarikat Paczki
India Gulab
Sepanyol Churros
Perancis Beignets
Itali Bombolini
Belanda Oliebollen
German Berliner
Finland Munkki
China Youtiou
Pakistan Balushahi

Anda mungkin juga menyukai