Anda di halaman 1dari 3

JURNAL 3

Nama Pelajar : MUHAMAD SYAHMI BIN JUSOH

Program : PISMP

Pengkhususan / Opsyen : 2017 / 06 - BAHASA MELAYU : PISMP

Sekolah : SK WANGSA MAJU SEKSYEN 2

Fasa Praktikum :2

Minggu Praktikum :3

Tarikh : 02-10-2020

Tajuk : Murid segan untuk membuat persembahan di hadapan kelas

Kategori : Pengajaran dan Pembelajaran

Isu Yang Difokuskan

Saya pernah menjalankan pendeklimasian sajak semasa pengajaran dan pembelajaran di


kelas Tahun 6 UIA. Saya mendapati ketika langkah 1, terdapat beberapa orang murid yang
segan atau malu untuk mendeklamasikan sajak di hadapan kelas. Tidak saya nafikan
bahawa terdapat murid yang sangat baik apabila membuat persembahan. Namun, dengan
wujudnya murid yang segan ini, telah mencacatkan sedikit langkah pengajaran guru kerana
mereka melambatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu)

Punca murid berasa segan untuk membuat persembahan di hadapan kelas ialah kurangnya
keyakinan dalam diri. Setiap murid mampu untuk membuat persembahan namun
disebabkan kurangnya keyakinan diri dalam diri mereka akan menyebabkan lontaran suara
juga tidak kuat menyebabkan murid lain tidak mendengar serta masa pengajaran juga
sedikit terganggu.

Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas)

Grames (2002) mendefinisikan malu sebagai satu reaksi kepada interaksi sosial apabila
seseorang individu itu berasa tidak selesa dan asyik memikirkan sesuatu atau berasa amat
malu terhadap tingkah laku sendiri. Seseorang itu tidak yakin atau kurang kepercayaan diri
untuk melakukan atau mengatakan sesuatu perkara itu betul atau salah.
Bernardo (2002) mendapati bahawa perasaan malu menjadi penghalang kepada
keberkesanan pembelajaran dan interaksi dalam bilik darjah. Beliau menambah bahawa ada
sebahagian remaja yang terlalu fokus kepada pembelajaran sehingga memberikan
tanggapan kepada orang lain yang aktiviti bersosial itu terlalu rendah tahapnya berbanding
dengan kejayaan akademik. Mereka beranggapan bahawa kejayaan dalam bidang
akademik boleh menutup kekurangan mereka dari aspek bersosial.

Jonathan Payne (2012), seorang pakar kepimpinan, kejayaan bukan hanya terletak pada
ilmu yang kita miliki atau siapa yang kita kenali. Sebaliknya, kejayaan itu bergantung kepada
siapa yang mengenali kita. Oleh itu, jikalau seseorang individu itu malu dan tidak mahu
menonjolkan dirinya, kejayaan sukar untuk digarap. Maka, untuk berjaya seseorang itu
haruslah mengatasi perasaan malu dalam diri mereka. Menurutnya lagi, rasa malu hadir
dalam diri setiap orang bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa, tetapi hanya
yang berjaya mengatasi rasa malu diri mereka sendiri yang dapat melangkah jauh dalam
kehidupan.

Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya
ialah, menyediakan dua orang peserta agar murid berasa lebih selesa kerana tidak
bersendirian mempersembahkan persembahan.

Tempoh Masa Penyelesaian

3 Hari

Tindakan Susulan

Guru juga boleh menyediakan dua orang pendaklamsi atau sebagai wakil agar murid berasa
selesa kerana tidak bersendirian mempersembahkan persembahan. Hal ini untuk
meningkatkan keyakinan diri murid apabila bercakap di hadapan kelas.

Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

05-10-2020

Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Sesetengah murid masih lagi malu unutk membeuat persembahan di hadapan kelas namun,
mreka telah menunjukkan perubahan dan semakin berani untuk mencuba di hadapan kelas.

Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada)


Keyakinan diri amat penting dalam membuat sesuatu. Namun sesetengah murid
memerlukan latihan dan galakkan daripada guru dan rakan sekelas. Hal ini akan
meningkatkan keyakinan dalam diri seseorang.

Rujukan

Bernardo J. Garducci, Ph.D. (2000). Shyness. A Bold New Approach. Harper Perennial.
USA

Jonathan Payne (2012). Shyness Inhibits Success. Diakses pada 02 Oktober 2020
(Jumaat). http://www.evancarmichael.com/businesscoach/2465/SHYNESS_INHIBITS-
SUCCESS.HTL

Michael Grames (2002). Shyness: The Self-Imposed Exile. Diakses pada 02 Oktober 2020
(Jumaat) http://www.improvingme.com/article1021.shtml.

Anda mungkin juga menyukai