Anda di halaman 1dari 2

JAWAPAN KUIZ

1. Aspek yang perlu ada perancangan awal kajian ialah, pertama sekali haruslah
menentukan tema kajian yang hendak dikaji. Contohnya berkaitan sejarah sebuah
kampuung, pulau, tempat dan sebagainya. Selain itu, perlu membuat gambaran awal
dan maklumat (pre-survey). Seterusnya, membina kerangka atau Pemetaan
Penyoalan.

2. . – Latar belakang
- Pengalaman
- Motif
- Pendidikan
- Umur
- Hubungan dengan komuniti atau institusi

3.

i. Proses persediaan

ii. Teknik mengumpul sumber lisan

iii. Memproses pita rakaman

4. Pada peringkat memproses pita rakaman ini, pengkaji perlu menyalin semula, mengedit
dan membuat salinan kekal. Sumber sejarah lisan akan diproses dalam dua bentuk iaitu
rakaman dan transkrip. Kaedah memproses bahan tersebut bukan sahaja tertumpu dengan
menyalin semula dalam bentuk transkrip tetapi juga dalam dengan teknik keterangan lisan.
Pita-pita rakaman yang diproses hendaklah dilabelkan dengan rekod-rekod tertentu seperti
nama orang sumber, nama penemu ramah, tempat dengan alamat lengkap, tarikh dan masa,
nombor rujukan fail, nombor semakan dan nombor setiap pita rakaman.

Semasa proses pemindahan pita-pita rakaman dibuat, pengkaji akan menghadapi


pelbagai masalah seperti pendengaran audio yang kurang jelas dan gangguan persekitaran
seperti percakapan orang lain, bunyi kenderaan, bunyi binatang dan termasuklah masalah
orang sumber yang kurang pendengaran dan pertuturan mereka yang perlahan. Tugas
pengkaji yang paling penting ialah memastikan bahan-bahan lisan yang dirakam dalam
bentuk audio dipindahkan dalam bentuk catatan. Oleh itu, kemahiran mendengar dengan
baik, mencatat dan meneliti bahan-bahan perlu diberi perhatian oleh pengkaji.

Namun demikian, bukan semua pita rakaman dijadikan bahan bukti. Oleh itu, pengkaji
perlu membuat penelitian bahan rakaman yang benar-benar mempunyai nilai kesahan yang
tinggi untuk disalin semula dalam bentuk catatan. Para pengkaji juga perlu bertanggungjawab
membetulkan kesalahan yang berlaku dalam maklumat lisan yang diperoleh semasa
melakukan penulisan sejarah.

Anda mungkin juga menyukai