Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA

PERASMIAN PENUTUPAN
PROGRAM BINA INSAN GURU 2019 IPG KAMPUS ILMU KHAS
TARIKH : 3 OKTOBER 2019
TEMPAT : TERATAK RIVERVIEW TANJUNG MALIM, PERAK

BIL CUE ANN CATATAN

Apabila tetamu Mengumumkan ketibaan


kehormat tiba di
pintu utama

1. Protokol majlis Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh Apabila VIP


dan salam sejahtera. bersedia

Yang Berusaha, Tn Haji Wan Yusuf Wan Ngah,


Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas

Yang dihormati, En _____________, Kem


Komandan Bina Insan Guru 2019, IPG Kampus
Ilmu Khas

Yang dihormati, En. Mat Johan Bin Mamat K,


Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Ilmu Khas.

Yang Dihormati, Imezyenal Bin Abrul Rahim,


pengerusi Bina Insan Guru 2019.

Ahli jawatankuasa serta para peserta Program


Bina Insan Guru

Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.


2. Menyatakan Sirih berlipat siri pinang,
kesyukuran Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi,


kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita
sama-sama berkumpul di dalam Majlis Perasmian
Penutup Program Bina Insan Guru 2019 IPG
Kampus Ilmu Khas yang bertemakan Future Proof
Teachers.

3. Nyanyian lagu Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku.


Negaraku Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku

4. Bacaan doa Warga Dewan yang mulia,

Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan


sukacitanya dijemput saudara _________ dari
PISMP ____________ untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.

Setelah selesai bacaan doa...........


Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.

5. Tayangan video Bagi memeriahkan lagi majlis, mari bersama-sama


montaj kita menonton tayangan montaj sepanjang
menjalankan aktiviti Program Bina Insan Guru
2019 yang telah disediakan oleh AJK Multimedia.

6. Ucapan Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan


Penghulu hormatnya mempersilakan Imezyenal bin Abdul
Rahim, Penghulu Program Bina Insan Guru 2019
untuk memberi ucapan. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.

(pause)

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu


tadi.

7. Ucapan oleh Sidang dewan yang mulia,


Kem Komandan Kini tibalah waktu yang dinantikan iaitu ucapan
Perasmian Penutupan Program Bina Insan Guru
2019 IPG Kampus Ilmu Khas.

Sehubungan dengan itu majlis mempersilakan En


________________, Kem Komandan Bina Insan
Guru 2019, IPG Kampus Ilmu Khas untuk
menyampaikan ucapan seterusnya
menyempurnakan penutupan rasmi Program Bina
Insan Guru 2019
Dengan penuh takzimnya dipersilakan.

Setelah selesai ucapan .....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas


kesudian yang berusaha En._____________,
Kem Komandan Bina Insan Guru 2019, atas
ucapan dan kesudian beliau menutup rasmi
Program Bina Insan Guru itu tadi.

8. Persembahan Hadirin sekalian,


Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan
persembahan yang akan disampaikan oleh
_______________

Demikianlah persembahan yang begitu bertenaga


sekali daripada _________.
Saya pasti semua penonton tidak sabar-sabar lagi
untuk menyaksikan persembahan seterusnya.
Dengan ini saya menjemput ____________ untuk
persembahan seterusnya.
Terima kasih diucapkan atas persembahan
sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


Bagi meneruskan acara, marilah sama-sama kita
menyaksikan persembahan daripada
___________. Marilah sama-sama kita beri
tepukan semangat kepada rakan-rakan kita.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas


persembahan yang begitu menghiburkan.

Seterusnya bagi persembahan terakhir, dijemput


______________ bagi persembahan berikutnya.

Terima kasih diucapkan kepada __________ atas


persembahan sebentar tadi.
Majlis turut mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada keempat-empat kumpulan yang
telah mempersembahkan persembahan yang
menarik dan penuh bertenaga bagi memeriahkan
majlis pada malam ini.
9. Penyampaian Seterusnya, acara yang ditunggu-tunggu oleh
hadiah para peserta iaitu upacara penyampaian hadiah
kepada peserta. Sesungguhnya, pihak Program
Bina Insan Guru sangat berbesar hati atas
komitmen setiap peserta sepanjang program ini
dijalankan.

Dengan ini majlis menjemput En Mat Johan bagi


mengiringi Tn Hj Wan Yusuf Wan Ngah bagi
menyampaikan hadiah kepada peserta.

10. Ucapan Hadirin sekalian,


penutupan oleh Bagi menyempurnakan lagi majlis menjemput
Ku KOku Ketua Unit KoKurikulum, En Mat Johan untuk
menyampaikan ucapan penutupan. Dipersilakan.

Terima kasih atas kesudian En Mat Johan


menyampaikan ucapan penutupan.

. Nyanyian Lagu- Hadirin dan hadirat sekalian,


11. lagu rasmi dan Majlis pada pagi ini telah sampai ke
sesi fotografi penghujungnya. Hadirin diperislakan berdiri bagi
menyanyikan lagu IPGKIK DAN IPGM.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

-Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci


wabilahi............
12. Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai