Anda di halaman 1dari 2

Tugas Mata Kuliah Ilmu Munasabat

Nama : Resa Miswal Nugraha

Kelas : IAT 5C

Nim : 181320085

A. Pengertian Ilmu Munasabat Menurut Istilah dan Para Ahli

Ilmu munasabat dari konteks istilah seperti yang telah dikemukakan oleh beberapa orang
sarjana Pengajian Alquran adalah sebagaimana berikut:

1. Muslim menerangkan munāsabāt ialah pertalian antara dua perkara dengan apa jua
bentuk daripada bentuk-bentuk hubungkait yang ada. Dalam konteks Alquran,
munāsabāt merujuk kepada pertalian sesebuah surah dengan surah yang terdapat
pada sebelum dan selepasnya, di samping juga pertalian antara ayat dengan ayat
yang sebelum dan juga selepasnya.

2. Mannā‟ Khalil al-Qattān mendefinisikan munāsabāt sebagai bentuk ikatan antara


jumlah dengan jumlah dalam sebuah ayat atau antara ayat dengan ayat Alquran
yang lain, atau antara surah dengan surah yang lain.

3. Zulkifli Mohd Yusoff turut menjelaskan bahawa secara istilahnya munāsabāt dapat
difahami sebagai suatu disiplin pengajian yang mencari perhubungan dan keserasian
antara satu ayat Alquran dengan ayat yang lain, antara satu topik Alquran dengan
topik yang lain dan antara satu surah dengan surah yang lain berdasarkan kepada
ayat-ayat dan surah-surah dalam Mushaf 'Utsmani.

B. Sejarah Perkembangan Ilmu Munasabat

Ilmu Munāsabāt ini memang agak lewat kemunculannya dibanding ilmu-ilmu lain dalam
bidang Pengajian Islam. Bermula pada kurun ke-2 hijrah antara topik-topik awal yang diulas
bersama-sama penulisan tafsir Alquran ialah perbahasan mengenai konsep Nāsikh wa Mansūkh dan
Muhkam wa Mutashabih.

Pada waktu tersebut perhatian hanya tertumpu kepada beberapa topik terpilih saja yang dirasakan
perlu untuk penjelasan lanjut. Bagaimanapun, para pengkaji cenderung menyatakan bahawa ilmu
Munāsabāt mula diperkenalkan pada abad ke-4 Hijriyyah oleh al-Imam Abū Bakr Abdullah bin
Muhammad Ziyād al-Naisābūri (m.324H), seorang ulama di Baghdad yang pakar dalam bidang syariat
dan sastera. Kajian mendapati bahwa kurun ke-4 Hijriyyah merupakan abad keemasan
perkembangan ilmu-ilmu Islam. Namun begitu, ada pihak yang menyimpulkan bahwa penafsiran
terhadap ayat-ayat Alquran yang mempunyai tanasub sudah dilakukan lebih awal lagi yaitu wujud
sejak zaman Nabi Muhammad SAW.
Pada awal abad ke-8 hijrah, seorang penulis bernama Abu Ja’far Ahmad bin Ibrahim bin al-Zubayr
(m. 708H) telah muncul. Beliau merupakan penulis yang pertama menyusun dan menulis masalah
munāsabāt secara tersendiri dalam sebuah kitab. Kitab beliau yang dimaksudkan itu berjudul, al-
Burhān fi Munāsabāt Tartib Suwar Alquran.

Pembahasan berkaitan munāsabāt sampai puncaknya, yaitu pada akhir kurun ke-9 Hijrah sewaktu
zaman Ibrahim bin 'Umar al-Biqā‘i (m. 885H) dengan judul tafsirnya yang masyhur Nazm al-Durar fi
Tanāsub al-Ayāt wa al-Suwar.

Kajian dan penulisan berkaitan munāsabāt terus berkembang dari zaman ke zaman. Selaras dengan
peredaran masa dan perkembangan ilmu ini maka didapati pada abad ke-20, Amin Ahsan Islahi
dengan tafsirnya berjudul Tadabburi-Qur‟ān telah menggunakan istilah 'Amūd dalam perbahasan
mengenai munāsabat Alquran.

Dikutip dari sebuah Tesis dengan judul “Keserasian Fasilah Alquran : Kajian dari Aspek Ilmu
Munasabat” karya Muhammad Hisyam Abdul Rahim

Anda mungkin juga menyukai