Anda di halaman 1dari 4

Ciri-ciri Komunikasi Berkesan

Bahasa Melayu Kontekstuel

Komunikasi yang berkesan ditentukan oleh tujuh ciri-ciri asas supaya halangan
dapat dihindarkan. Jelaskan lima daripada ciri-ciri yang menjadi asas tersebut.

Komunikasi adalah proses untuk memberi maklumat atau menerima maklumat


daipada dua belah pihak. Contohnya apabila seseorang bercakap dan berbual-bual,
maklumat telah disampai daripada kedua-dua pihak. Tujuan komunikasi ini ialah
menyampaikan sesuatu maklumat. Kontekstuel ialah kaedah pembelajaran yang
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan
alam pekerjaan. Ini akan membentuk seusatu komunikasi dalam kehidupan seharian.

Dalam komunikasi ini, terdapat tujuh ciri asas yang digunakan untuk menyampaikan
maklumat terhadap dua belah pihak. Antara ciri tersebut yang menjadi asas dalam
komunikasi ialah sapaan ataupun salam. Apabila seseorang individu atau diri kita
sendiri berjumpa dengan orang yang lain, kita perlulah membuat sapaan atau salam
yang akan mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Dengan sapaan dan salam
seperti ucapan selamat pagi, dengan secara tidak langsung akan membolehkan dua
belah pihak dapat berkomunikasi. Dalam masa yang sama, proses memberi dan
menerima maklumat juda telah berlaku dengan bermulanya salam sdan sapaan
terhadapa seseorang.

Bukan dengan sapaan dan salam sahaja yang menjadi asas kepada komunikasi. Sikap
ikhlas dan jujur dalam diri individu juga akan membentuk komunikasi. Jika diri kita
tidak jujur dan ikhlas, maka sesuatu komunikasi mungkin tidak akan terjadi kerana
tiada siapa yang akan mempercayai seseorang individu jika tidak jujur. Jadi untuk
melepasi halangan ini, sifat jujur dan ikhlas sememangnya penting dalam diri setiap
individu. Bagaimanakah komunikasi akan wujud jika jujur dan ikhlas tidak ada pada
seseorang individu? Jadi, untuk mewujudkan sesuatu komunikasi diantara dua pihak,
sifat jujur dan ikhlas perlu ada pada masyarakat masa kini supaya komunikasi dapat
diwujudkan dan akan akan mengeratkan silaturahim dikalangan masyarakat.

Selain itu, komunikasi yang berkesan juga ditentukan oleh ciri berikutnya iaitu
mendengar dengan aktif yang menjadi asas supaya halangan komunikasi dapat
dihindarkan. Semasa kita menerima dan memberi maklumat kepada sesuatu pihak
yang lain, kita perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita
juag mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat
diaplikasikan dalam diri. Kalau seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain
tetapi tidak mendengara dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana
pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan mendengar
dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat
yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan akan juga boleh menyalah
tafsirkan sesuatu maklumat.

Ciri kamonikasi yang menjadi asas ialah megemukakan soalan yan disukai oleh pihak
yang lain. Dengan mengemukan soalan yang yang disukai, maka komunikasi ini akan
menjadi sesuatu yang lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu perbincangan
menjadi lebih bermakna dan kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi akan
memahami sesuatu maklumat yang diberi dan diterima daripada kedua-dua belah
pihak. Dengan adanya soalan yang dikemukakan, ini akan membolehkan sesuatu
masalah akan dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan komunikasi
seara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita.

Senyuman dan mimik air muka juga boleh mewujudkan komunikasi di antara dua
pihak. Misalnya dengan memberikan senyuman kepada seseorang akan menunjukkan
kita menghormati orang lain dan juga menunjukkan budaya kita. Dengan senyuman
dan menunjukkan mimik air muka terhadap seseorang, orang itu akan memahami
sesuatu masalah yang kita hadapi. Jadi dengan keadaan ini, tentu pihak itu akan
menegur dan menanya terhadap diri kita, maka terjadilah komunikasi dengan
langsungnya. Komunikasi akan juga terjadi kerana senyuman menjadikan seseorang
itu membuat sapaan tehadap diri kita. Dengan adanya ciri-ciri asas yang dinyatakan
tadi, komunikasi akan menjadi berkesan lagi dan sebarang halangan dapat
dihindarkan semasa berkomunikasi.

1. kandungan

 apabila dua orang berkomunikasi iaitu bertukar-tukar maklumat


mereka terlibat dalam interaksi yang melahirkan makna.
 kandungan sesuatu mesej itu mestilah mempunyai makna yang
menghubungkan kedua-duanya.
 semakin banyak maklumat yang dikongsi semakin banyak makna
dibentuk dan semakin meningkat kefahaman antara satu sama lain.
 membolehkan mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih
dekat lagi.

2. kejelasan
 setiap individu yang terlibat dengan komunikasi perlu menyampaikan
maklumat, menerima maklumat dan menyimpan maklumat.
 maklumat yang dihantar seharusnya tidak mengelirukan.
 penting memilih kata-kata atau simbol yang digunakan.
 kejelasan maklumat adalah penting.
 individu mesti mendapatkan perhatian daripada pihak yang lagi satu
untuk membolehkannya mengolah maklumat yang diterima.
 untuk mendapatkan perhatian, maklumat mestilah jelas dan sesuai
dengan keperluan.

3. konteks sosial (terbahagi kepada 3)


 1. ciri sistem komunikasi :
 merupakan satu bahagian yang memerlukan antara satu sama lain.
 ciri sistem komunikasi yang terbaik ialah sistem terbuka.
 iaitu setiap individu yang terlibat bersedia untuk menerima maklumat
daripada persekitaran.
 terdapat kemungkinan maklumat tersebut bertentangan dengan
pendapatnya.
 individu harus perlu mengambil kira juga maklumat tersebut yang
mungkin penting kepadanya dalam usaha membuat sesuatu keputusan
yang akan mempengaruhi jalinan komunikasinya.
 yang penting dalam konsep terbuka ini individu perlu digalakkan
melahirkan pendapat, menyatakan fikiran dan perasaannya dan bukan
menekannya.

 2. status yang seimbang :


 untuk berjaya dalam komunikasi, status individu yang terlibat dlm
komunikasi tersebut haruslah seimbang.
 individu dari satu pihak janganlah menganggap statusnya lebih tinggi
dari individu lain.
 lazimnya, ciri status hierarki ditekankan.
 contoh : antara guru dan murid. guru akan meletakkan statusnya
lebih tinggi daripada murid. justeru guru akan mempengaruhi murid
menerima pandangan dan cadangannya.
 untuk memperolehi komunikasi yang baik, integrasi antara dua pihak
sama ada yang berstatus tinggi atau rendah diperlukan.
 pemisahan status ada ketikanya perlu hanya untuk tujuan
melaksanakan sesuatu tugasan.
 perlu ada sifat prihatin dengan meletakkan diri kita sama seperti
dalam keadaan orang itu untuk menyingkirkan perasaan perbezaan
status.

 3. keputusan secara muafakat :


 perkara yang dibincangkan mestilah diketahui oleh ahli yang hendak
membuat keputusan.
 ahli tersebut mestilah mempunyai kepakaran dalam perkara yang
hendak diputuskan.
 sekiranya terdapat konflik, hal ini mestilah diselesaikan dengan
maklumat yang sah dan boleh didapati oleh semua.
 perbezaan pendapat jangan diselesaikan dengan menekan aspek
arahan, status dan pangkat.
 perbezaan konflik mestilah diselesaikan oleh semua ahli yang
terlibat.

4. kepercayaan
 untuk sampaikan mesej yang berkesan, penyampai mestilah
mendapat kepercayaan daripada pendengar.
 penyampai mesti mempengaruhi pendengar bahawa dia seorang yang
beramanah, boleh dipercayai dan mengambil berat tentangnya.
 tunjukkan kebolehan, sampaikan maklumat dengan tenang tetapi
serius dan bersungguh-sungguh.

5. kaedah penyampaian
 komunikasi dilakukan melalui beberapa saluran yang dipilih yang
bersesuaian dengan tujuan penyampaian maklumat.
 kejayaan penyebaran maklumat bergantung kepada saluran yang
dipilih.
 pemilihan saluran pula bergantung kepada apa yang dikehendaki
berlaku kepada sesuatu maklumat.
 jika hendakkan penyebaran maklumat secara meluas, media massa
menjadi pilihan utama kerana pantas dan meluas.
 jika maklumat yang disampaikan berbentuk khusus, komunikasi
antara individu adalah lebih sesuai.

6. kesinambungan
 komunikasi adalah satu proses yang berterusan.
 ia memerlukan pengulangan untuk menarik perhatian.
 maklumat yang disampaikan dalam bentuk susunan ayat perlu ada
hubungkait untuk melicinkan penerimaan pendengar.
 kesinambungan maklumat akan mengukuhkan fakta yang disebutkan.

7. keupayaan pendengar
 jika tinggi tahap keupayaan pendengar, maka penyampai boleh
menggunakan ayat yang sesuai.
 jika sebaliknya, ayat yang digunakan haruslah ringkas, mudah dan
boleh difahami olehnya.
 pendengar yang baik akan mendengar apa yang orang sampaikan,
bukan mendengar apa yang hendak didengar.
 tujuan mendengar adalah untuk memahami maklumat sebagaimana
yang difahami oleh penyampai.
 perlukan kebolehan menyelami perasaan dan tanggapan diri
penyampai maklumat.
 perhati gerak geri penyampai, penumpuan yang serius dan kawal
perasaan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai