Teori Perkembangan Dan Pembangunan Pendi
Teori Perkembangan Dan Pembangunan Pendi
0 Pendahuluan
Teori-teori yang dikemukakan oleh para ahli psikologi ini melibatkan empat
aspek yang utama iaitu perkembangan kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Terdapat juga
ahli psikologi yang mengkaji perkembangan bahasa. Setiap aspek ini adalah perlu
untuk dikaji dan diketahui kerana melalui cara ini kita dapat lebih memahami seseorang.
Antara ahli-ahli psikologi yang terkenal dengan teori perkembangan ialah Jean
Piaget, Arnold Gessel, Robert Havighurst, Erik Erikson dan Sigmund Freud.
Walaubagaimanapun, tidak kesemua teori yang diperkenalkan berkaitan dengan
pembangunan pendidikan kanak-kanak di negara kita.
1
Pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia banyak menggunakan teori
yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh tersebut untuk melaksanakan program yang
pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia. Teori-teori tersebut telah
disesuaikan dengan objektif sesuatu program atau dasar yang dilaksanakan oleh pihak-
pihak yang berusaha membangunkan pendidikan kanak-kanak di Malaysia.
2
2.0 Teori-Teori Perkembangan
2.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Jean Piaget, ahli psikologi Switzerland telah mengasaskan teori perkembangan kognitif
yang menjelaskan tentang kaedah manusia mmempersepsi ilmu dan membina
hipotesis serta bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan
proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Menurut Piaget dalam Haliza
dan Joy (2011), proses pemikiran manusia berubah secara menyeluruh bermula
selepas lahir sehingga manusia mencapai tahap kematangan.
3
Empat konsep utama teori Piaget ialah skema, asimilasi, akomodasi dan
keseimbangan. Skema merupakan pengetahuan atau pengalaman yang dipelajari oleh
individu melalui pengalaman dan pembelajaran. Seterusnya, seseorang akan
mengalami proses adaptasi yang melibatkan dua proses lain iaitu asimilasi dan
akomodasi. Asimilasi merupakan proses di mana individu akan cuba memahami
pengalaman baru dan cuba menyesuaikan ianya dengan skema-skema lama.
Akomodasi pula proses di mana individu menukar skema lama untuk disesuaikan
dengan pengalaman baru. Proses keseimbangan ini berlaku secara berterusan di
dalam kehidupan seseorang kerana perkembangan kognitif akan sentiasa berlaku.
4
2.2 Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson
Teori yang diperkenalkan oleh Erik Erikson ini menekankan kepentingan hubungan
sosial dengan individu-individu di persekitaran kana-kanak. Lima prinsip utama yang
menjadi asas kepada teori ini ialah:
Terdapat lapan tahap di dalam teori ini dan semua individu akan menghadapi kesemua
tahap ini sama ada dengan jayanya atau tidak.
5
sekiranya gagal boleh membawa rasa
bersalah.
Industri lawan rasa 6 tahun hingga 11 Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-
rendah diri tahun kemahiran tertentu di alam persekolahan,
kegagalan akan membawa rasa rendah
diri dan tiada keupayaan.
Identiti lawan 12 tahun hingga 18 Mencari identiti diri bagi golongan remaja
kekeliruan identiti tahun dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan
bersosial.
Keintiman lawan Awal dewasa. 18 Mula membentuk keintiman dalam
keasingan tahun hingga 35 hubungan, menuju ke arah perkahwinan
tahun dan membina kerjaya. Kegagalan
membawa kepada perasaan terasing dan
tersisih.
Generiti lawan Pertengahan Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang
kekakuan dewasa. 35 tahun baik. Kegagalan membawa kepada
hingga 65 tahun perasaan mementingkan diri sendiri.
Integriti lawan Lanjut usia. 65 tahun Kejayaan dalam hidup berkeluarga dan
kekecewaan ke atas karier. Kegagalan membawa kepada
kesedihan dan kekecewaan.
6
3.0 PERKAITAN DI ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET DAN
TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON DENGAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA
KSSR merupakan satu kurikulum baru yang telah mula dilaksanakan pada
tahun 2011 untuk murid Tahun 1. Kurikulum ini merupakan transformasi yang
dilakukan oleh pihak di peringkat pusat di atas kesedaran mengenai kepelbagaian
aras kebolehan dan potensi murid adalah berbeza (Syed Ismail dan Ahmad Subki,
2011). Perubahan yang berlaku di dalam transformasi kurikulum ini melibatkan
trasnformasi daripada beberapa aspek iaitu bentuk kurikulum, organisasi,
kandungan kurikulum, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan pengurusan kurikulum di sekolah.
7
dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Prinsip KSSR pula masih lagi berasaskan kepada prinsip KBSR dan
berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini kerana KSSR tidak
akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) (Alimuddin, 2010) yang bertujuan untuk menghasilkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (FPK,1988).
8
Selain itu, pendekatan P&P yang ditekankan di dalam KSSR ini juga
bertepatan dengan peringkat ketiga Perkembangan Kognitif Piaget iaitu Peringkat
Operasi Konkrit. Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk berfikir secara
logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi konkrit (Haliza dan
Joy, 2011). Pada tahap ini juga kanak-kanak boleh menguasai konsep pengekalan,
proses pengelasan, proses menyusun secara bersiri, boleh mula bersosial dan
menerima pandangan daripada rakan. Dengan pendekatan yang digunakan di
dalam KSSR, kanak-kanak diberi lebih pendedahan untuk melakukan sesuatu
perkara atau pembelajaran dengan sendiri dan ini membuatkan kognitif mereka
lebih berkembang. Dalam proses P&P murid tidak hanya mendengar dan membuat
latihan yang diberikan tetapi guru akan menggunakan pembelajaran melalui
permainan atau berasaskan objek untuk meningkatkan pemahaman murid.
penggunaan alat bantu mengajar juga membantu meningkatkan tahap kognitif
murid. Ibrahim (2012), penggunaan buah tembikai dan kek untuk mengajar pecahan
boleh menarik minat pelajar dan menambah pemahaman mereka terhadap topik
berkenaan. Ini menunjukkan bahawa kaedah P&P yang digunakan di dalam KSSR
membantu meningkatkan tahap kognitif murid dan kaedah ini bertepatan dengan
Peringkat Operasi Konkrit Teori Kognitif Piaget yang menjelaskan penggunaan
bahan konkrit merupakan salah satu cara untuk memperkukuhkan pemikiran kanak-
kanak.
9
diuji1. Bagi murid yang masih belum mencapai band yang ditetapkan pada
pentaksiran pertama, guru akan membantu mereka dengan memberi lebih perhatian
agar mereka dapat mencapai band tersebut. Ini bermaksud, guru akan memastikan
setiap murid mencapai band yang ditetapkan.
1
Temubual dengan Pn Mary Sugi, guru Matematik Tahun 1 SK St Luke. Pada 9 Mac 2012 di Bilik Guru SK St Luke.
10
band yang telah ditetapkan. Contohnya, murid Tahun Satu sekurang-kurangnya
mencapai Band 1 iaitu tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas
atau respons terhadap perkara yang asas. Penilaian yang dilakukan selepas
sesuatu topik pembelajaran memudahkan guru untuk membimbing murid yang
gagal mencapai band yang ditetapkan sehinggalah mereka berjaya mencapai band
tersebut. Murid akan mampu meningkatkan sifat yakin diri dalam diri apabila mereka
berjaya mencapai tahap yang dikehendaki. Walaupun pentaksiran menggunakan
band agak menyusahkan para guru tetapi ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar
terutama mereka yang berjaya mencapai band yang ditetapkan 2.
Program LINUS telah mula dilaksanakan pada tahun 2010 dan melibatkan
murid tahun 1 di sekolah rendah. PPD Kuala Kangsar, 2011, mencatatkan LINUS
adalah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening –
Saringan). Jadi, LINUS bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Program ini merupakan kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancang
dengan lebih teliti dan sistematik (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011).
2
Temubual dengan En Arthur Jungan, guru Matematik SK St Luke. Pada 7 Mac 2012 di Bilik Guru SK St Luke.
11
Maksud literasi ialah keupayaan membaca, menulis dan memahami
perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa Malaysia dan
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi
harian3. Numerasi pula ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira
dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam operasi matematik
seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat
mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang 4.
i. Proses saringan
ii. Modul pengajaran dan pembelajaran
iii. Pengukuhan Amala Pedagogi
iv. Membina komitmen bagi semua pihak berkepentingan
v. Memantau dan menyelia
vi. FasiLINUS di peringkat daerah
12
untuk mengatasi konflik tersebut. Erikson(1950) dalam Haliza dan Joy (2011) turut
menyatakan bahawa kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap berikutnya. Di dalam program LINUS, murid akan
menduduki saringan yang merupakan satu konflik kepada murid. Kegagalan murid
di dalam saringan pertama mungkin akan membuatkan murid tersebut hilang
keyakinan diri. Walau bagaimanapun, pihak KPM telah menetapkan bahawa setiap
murid yang gagal pada saringan pertama akan menduduki saringan seterusnya.
Murid yang masih belum mencapai standard akan mengikuti kelas pemulihan atau
LINUS TEGAR bagi murid yang gagal menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 dan
bagi murid yang tidak menguasai mana-mana konstruk 3 hingga konstruk 8, mereka
akan mengikuti program LINUS. Murid yang berjaya menguasai kesemua konstruk
pula akan meneruskan pembelajaran mereka menerusi arus perdana iaitu kelas
pembelajaran biasa. Melalui proses ini, guru akan memastikan murid mampu
mencapai standard yang ditetapkan walaupun mereka perlu melalui proses yang
lebih lama berbanding rakan mereka yang lain. Melalui kejayaan mengatasi konflik
ini, murid akan dapat menghadapi konflik di tahap perkembangan yang seterusnya
dengan lebih baik selaras dengan teori yang dinyatakan oleh Erikson.
13
pengetahuan. Menyedari kepentingan setiap individu mempunyai keperluan asas,
KPM telah melaksanakan Program LINUS untuk membantu murid menguasainya
agar setiap murid mempunyai keperluan asas yang sama seperti yang dinyatakan
oleh Erikson di dalam teorinya.
Isi kandungan kurikulum PERMATA adalah sama seperti yang digunakan di Pen
Green iaitu berasaskan kepada konsep skema Piaget. Konsep skema Piaget ialah satu
sistem di mana setiap kali individu memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan
menyusun pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda masing-masing. PERMATA
mengamalkan konsep asuhan dan didikan yang bersepadu merangkumi aspek
pemakanan, kesihatan, penglibatan ibu bapa dan komuniti. Ini bermaksud kanak-kanak
akan dididik mengenai aspek-aspek ini. Asuhan dan didikan awal terhadap aspek-
aspek ini melibatkan pembinaan skema dalam diri murid dan skema ini akan digunakan
14
oleh individu apabila mereka berhadapan dengan situasi yang memerlukan mereka
untuk mengaplikasikan skema ini sebagai satu cara penyelesaian.
Kurikulum PERMATA terdiri daripada enam ciri-ciri penting. Salah satu ciri
tersebut ialah perkembangan deria atau sensori dan pemahaman dunia. “Kurikulum
PERMATA melihat perkembangan deria sebagai satu aspek dalam perkembangan
kognitif” menunjukkan bahawa kurikulum PERMATA mengadaptasi Teori Kognitif
Piaget, Peringkat Sensorimotor (Bayi: 0 – 2 tahun) yang mencatatkan bahawa pada
peringkat ini bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang
persekitarannya. PERMATA yang menjadikan kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun
15
sebagai sasaran melihat teori ini sebagai satu teori yang harus dituruti dan berdasarkan
kajian neurosains, 3 tahun pertama adalah amat penting dalam perkembangan otak
kanak-kanak. Jadi, berdasarkan teori ini, kurikulum PERMATA menekankan bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini bukan pada penguasaan
mereka terhadap akademik semata-mata tetapi turut melibatkan kebolehan mereka
dalam membentuk skema baru yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah yang akan dihadapi pada peringkat seterusnya.
16
4.0 RUMUSAN
Perkembangan kanak-kanak merupakan satu ilmu yang harus dipelajari dan
difahami oleh semua pihak terutama guru dan juga badan pelaksana pendidikan
negara. Impak daripada pemahaman mengenai ilmu ini begitu besar sehingga mampu
mewujudkan satu perubahan yang besar ke dalam sesebuah sistem pendidikan. Ilmu
perkembangan kanak-kanak bukan sahaja mengajar mengenai tahap perkembangan
kanak-kanak secara fizikal, emosi, kognitif tetapi ilmu yang diterapkan begitu meluas
dan impak pembelajarannya juga meluas.
Guru merupakan pihak utama yang harus menguasai ilmu perkembangan kanak-
kanak kerana guru merupakan individu pertama yang berperanan dalam mendidikan
kanak-kanak. Pemahaman guru mengenai perkembangan kanak-kanak akan mampu
memartabatkan lagi profesion perguruan kerana guru akan lebih memahami nilai dan
sifat kanak-kanak pada tahap-tahap tertentu termasuklah dari aspek intelek, sosial dan
jasmani murid.
Pengetahuan berkenaan teori perkembangan kanak-kanak pula mampu
memberikan impak yang cukup besar kepada sesebuah sistem pendidikan. Melalui
kajian dan pemerhatian yang dibuat, Teori Perkembangan Kognitif Piaget dan Teori
Perkembangan Psikososial Erikson telah memberi satu dimensi baru di dalam sistem
pendidikan Malaysia. Pemahaman dan kesedaran pihak pusat serta badan pelaksana
yang utama mengenai prinsip atau konsep teori-teori ini menyebabkan dasar dan
kurikulum baru yang dibentuk banyak menerapkan teori ini yang boleh membantu
negara kita mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kesimpulannya, implikasi perkembangan kanak-kanak terhadap guru dan sistem
pendidikan negara adalah sangat besar. Perkembangan kanak-kanak juga telah
menyebabkan berlakunya satu anjakan paradigma dalam sistem pendidikan negara
terutama di dalam pembangunan pendidikan kanak-kanak di Malaysia.
17
5.0 REFLEKSI
Pertama sekali, syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya saya telah
mampu menyiapkan tugasan ini walaupun menghadapi beberapa kekangan terutama
dari segi masa.
Bagi kerja kursus Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102) ini, kami telah
diminta untuk menghuraikan dua teori perkembangan kanak-kanak yang diperkenalkan
oleh mana-mana tokoh perkembangan kanak-kanak. Kemudian, kami diminta untuk
menjelaskan perkaitan di antara dua teori tersebut dengan pembangunan pendidikan di
Malaysia.
Melalui kerja kursus ini saya bukan hanya mampu memahami teori-teori yang
saya huraikan dengan lebih mendalam tetapi saya juga lebih berpengetahuan
mengenai program-program pendidikan yang saya kaitkan. Sebelum ini, saya kurang
faham mengenai program LINUS dan PERMATA yang telah dilaksanakan di negara
kita beberapa tahun yang lepas namun menerusi pengolahan kerja kursus ini, saya
telah memahami konsep dan perlaksanaannya. Penting bagi saya untuk memahami
setiap program yang saya kaitkan kerana jika saya tidak memahami program tersebut
maka sukar untuk saya melihat perkaitan di antara teori yang dihuraikan dengan
program yang dipilih.
Selain itu, kerja kursus ini membantu saya untuk menjana pemikiran yang lebih
kritis kerana 80% daripada kerja kursus ini memerlukan saya untuk berfikir dengan lebih
kritis agar saya mampu mengaitkan konsep dan prinsip yang terdapat di dalam teori-
teori tersebut dengan konsep atau perlaksanaan program yang dipilih.
18
Daripada tugasan ini juga, saya mendapat input mengenai kepentingan
pemahaman perkembangan kanak-kanak kepada guru dan sistem pendidikan negara.
Ilmu perkembangan kanak-kanak bukan sahaja membantu guru untuk memahami
pelajar dengan lebih baik tetapi turut memberikan implikasi kepada siste pendidikan
negara di mana terdapat banyak program pendidikan negara yang mengaplikasikan
teori-teori perkembangan kanak-kanak.
Kekangan pertama yang saya hadapi untuk menyiapkan kerja kursus ini adalah
penjanaan idea. Pada mulanya, saya menganggap bahawa kerja kursus ini agak
senang dan saya tidak berusaha untuk menyiapkannya terlebih dahulu namun apabila
saya mula membuatnya saya mendapati saya mengalami kesukaran dalam menjana
pemikiran yang kritis ketika mengaitkan teori dengan program. Saya mengambil masa
yang agak lama untuk menyiapkan kerja kursus ini sehinggakan saya hampir tidak
cukup masa untuk menyiapkannya. Walau bagaimanapun, saya telah mampu
menyiapkan kerja kursus ini apabila saya mula memahami teori dan program yang
dipilih.
Selain itu, saya juga menghadapi masalah kekurangan masa untuk menyiapkan
tugasan ini. Kesibukan dengan aktiviti lain seperti Bina Insan Guru, Pengalaman
Berasaskan Sekolah dan cuti membuatkan saya hampir tidak cukup masa untuk
menyiapkan tugasan ini. Namun, saya telah mampu menyiapkan kerja kursus ini
dengan meluangkan masa yang lebih dalam proses pelaksanaannya.
Sebagai seorang bakal guru, adalah amat penting untuk saya memahami teori-
teori ini dan perkaitannya dengan kurikulum pendidikan.
19