Anda di halaman 1dari 3

Siti Khadijah Isteri Rasulullah s.a.

w
Assalamualaikum wbt
Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru
serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Ayuh kita dengar cerita


Siti Khadijah isteri Rasulullah
Dalam alquran tercatat kisahnya
Wahai teman dengarkanlah
*** muzik lagu Rasululullah

Ya kawan-kawan.

Siti Khadijah Bt Khuwailid telah dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah, kira-kira 15 tahun
sebelum Tahun Gajah. Siti Khadijah dilahirkan di Mekah. Beliau berasal dari suku kaum
Asadiyah berketurunan Quraisy. Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, beliau pernah
berkahwin 2 kali tetapi kedua-dua suaminya meninggal dunia.

Siti Khadijah adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia mengupah orang lelaki yang
dipercayai untuk menguruskannya. Perniagaannya maju hingga ke Yaman dan Syam. Beliau
adalah seorang wanita yang kaya dan berakhlak mulia.

Rakan-rakan, sebanyak mana harta yang kita peroleh, setinggi mana pangkat yang kita
kecapi, hendaklah kita menjaga akhlak dan maruah diri kita. Zaman kini, terdapat
banyak kes gadis lari dari rumah. Usahlah kita menconteng arang di muka sendiri juga
keluarga.

Pada suatu hari, Siti Khadijah bertemu dengan bapa saudaranya Waraqah bin Naufal, dan
berkata:
“ Malam tadi aku bermimpi melihat matahari berputar-putar di atas Kota Mekah. Kemudian ia
turun dan terus masuk ke rumahku”. Waraqah pun berkata : “Seorang lelaki yang agung dan
mulia akan menjadi suamimu.”.

Mimpi Siti Khadijah menjadi kenyataan. Keperibadian Rasulullah s.a.w telah menawan hati Siti
Khadijah. Tidak lama selepas itu Siti Khadijah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ketika itu,
usia Siti Khadijah ialah 40 tahun dan baginda s.a.w pula 25 tahun. Walaupun berbeza usia 15
tahun, rumahtangga mereka aman bahagia tanpa ada perselisihan faham.

Firman Allah :

Yang bermaksud: Dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.


Surah Ar Rum ayat 21

Cinta Rasul cinta hakiki


Jalan meraih cinta ilahi
Srikandi Khadijah wanita sejati
Suri terpilih dihati Nabi
Sayangnya rakan-rakan, tidak semua umat kita yang menteladani kisah percintaan Siti Khadijah
dan Rasululullah s.a.w. Banyak kes penceraian dan kes penderaan isteri dapat kita lihat di media
massa. Malah, tidak ketinggalan juga kes isteri mendera suami.
Nauzubillahiminzalik.Mengapakah ianya terjadi kawan-kawan? Tepuk dada tanya iman.

Hasil perkahwinan mereka, lahirlah 3 orang putera yang bernama Abdullah,Ibrahim dan Kassim
serta 4 orang puteri yang bernama Fatimah, Umi Kalsom, Zainab dan Ruqaiyah. Siti Khadijah
begitu tabah membesarkan anak-anaknya.

Ya kawan-kawan,
Anak adalah anugerah Allah yang amat berharga. Tetapi, mengapa di zaman yang serba
moden ini, kes pembuangan bayi semakin berleluasa? Lihat keratan-keratan akhbar ini
rakan-rakan. Tergamak mereka membuang bayi yang tidak bersalah ini. Janganlah kita
melakukan perkara yang sama.

Siti Khadijah adalah sumber kekuatan dan pendorong semangat suaminya dalam
menyebarkan Islam. Buktinya dialah wanita pertama yang mempercayai suaminya adalah
Rasulullah utusan Allah dan menyatakan keislamannya tanpa ragu-ragu. Siti Khadijah juga
sanggup meninggalkan segala kemewahan dengan mendermakan semua hartanya demi
perjuangan islam.
“Wahai Al Amin!, Segala harta kekayaan ini menjadi milikmu. Engkau bebas
membelanjakannya ke jalan mana yang engkau redai” kata Siti Khadijah kepada suaminya.
Dalam Al Quran ada menyatakan Firman Allah :

.Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu dia memberikan kecukupan
Surah Ad-Dhuha ayat 8

Sunyi jalan menuju Allah


Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju Allah
Jika Khadijah dijadikan tauladan
*** pantun

Rakan-rakan,
Harta yang kita miliki perlu dikeluarkan zakat. Hari ini pembayaran zakat
dipermudahkan lagi dengan pemotongan gaji. Tiada alasan lagi untuk tidak mengeluarkan
zakat.

Siti Khadijah adalah seorang isteri yang setia, penyabar dan penyayang. Ketika Rasulullah s.a.w
berulang alik ke Gua Hira`untuk ber`uzlah, Siti Khadijah menyediakan bekalan untuk suaminya
tanpa merasa jemu. Siti Khadijah tidak pernah bersungut walaupun selalu ditinggalkan.

Ketika Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama, baginda s.a.w pulang ke rumah
dalam keadaan gementar dan kebingungan. Siti Khadijah menenangkan, menghiburkan dan
meyakinkan hati suaminya.
Rakan-rakan,
Amalkanlah sikap saling sayang menyayangi dalam keluarga kita agar rumahtangga aman
bahagia.

Tahun-demi tahun berlalu, berbagai peristiwa suka duka dihadapi bersama suami tercinta.
Akhirnya Siti Khadijah Ummul Mukminin jatuh sakit dan wafat dalam usia 65 tahun.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati..


Surah Ali Imran ayat 185

Kamatian tidak dapat dihindari. Sebagai hamba yang beriman kita hendaklah melengkapkan diri
untuk menghadapinya..

Siti Khadijah mujahidah salihah


Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
higga kini tiada pengganti

Tiada pengganti…

Ingat kawan- kawan . Mana yang baik jadikan teladan. Semoga masih ada lagi Siti Khadijah
akhir zaman dalam kalangan muslimah yang solehah di hadapan saya. Yang setia dengan
perjuangan Islam sehingga sanggup mengenepikan kepentingan sendiri. Sekian wabillahi tafik
walhidayah wassalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai