Anda di halaman 1dari 11

UNIVERSITI MALAYA

FAKULTI PENDIDIKAN

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN KURIKULUM

PDEP 1102

Disediakan oleh:

(NAMA DAN NO. MATRIK)

Disediakan untuk:

PROF. DATIN DR. RAHIMAH BINTI HJ AHMAD

1
Abstrak

Isu kepimpinan sekolah merupakan satu isu yang sering diperdebatkan pelbagai

pihak bertahun-tahun lamanya. Namun begitu untuk mendapatkan satu rumusan

yang benar-benar tepat dan boleh diterimapakai oleh semua sehingga kini masih

belum dapat direalisasikan. Kajian demi kajian masih lagi berterusan dijalankan

oleh para cendekiawan serata pelusuk dunia. Usaha sebegini sewajarnya

dilakukan memandangkan kepentingan subjek kepimpinan kurikulum

mempunyai impak yang amat besar dalam melahirkan generasi yang

dihasratkan oleh mana-mana Negara sekalipun di dunia ini. Justeru itu

penghasilan makalah ini juga bertujuan untuk mengupas isu ini dan diharapkan

ianya akan dapat memberikan sedikit sebanyak sumbangan yang bermakna

dalam arena pendidikan Negara.

2
Pengenalan

Bagaimanakah sesebuah ‘pembelajaran berkesan’ berlaku di dalam

sesebuah bilik darjah? Adakah hanya guru memainkan peranan penting bagi

membolehkan pembelajaran berkesan berlaku? Atau adakah usaha sama antara

guru-pelajar bakal membolehkan pembelajaran secara berkesan terjadi? Apakah

peranan Guru Besar sebagai Pemimpin kurikulum untuk merealiasikan

pembelajaran berkesan berlaku di sekolahnya? Inilah diantara persoalan-

persoalan yang menghambat para cendekiawan arena pendidikan Negara dalam

usaha membantu semua institusi pendidikan melahirkan satu generasi yang

benar-benar Berjaya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Pemahaman yang mendalam dan jitu terhadap aspek kepimpinan

sesebuah institusi pendidikan terutamanya di peringkat akar umbi (sekolah

rendah) amat penting bagi membolehkan penghasilan produk proses pengajaran

dan pembelajaran (sumber manusia) yang benar-benar berkualiti sepertimana

yang diharapkan. Hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah kelangsungan masa

depan sesebuah Negara sebenarnya amat bergantung kepada bentuk

penghasilan sumber manusia Negara itu sendiri. Ini bermakna kegagalan

pencapaian matlamat sesebuah institusi pendidikan sebenarnya akan membawa

natijah yang amat buruk kepada negera tersebut dalam jangka masa panjang.

3
Kandungan

Organisasi masa kini yang mencabar dengan harapan tinggi daripada

masyarakat menagih pemimpin sekolah untuk membuat perubahan struktur

pengurusan bagi memenuhi banyak tuntutan semasa. Di sekolah, pemimpin

bertanggungjawab terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja

di kelas tetapi termasuklah segala aktiviti perancangan bermula daripada

peringkat pembentukan visi dan matlamat hinggalah penilaian dan

penambahbaikan. Guru Besar memikul tanggungjawab bagi memastikan segala

aktiviti yang telah dirancang bersama itu dapat dilaksanakan dan berada di

dalam kawalannya. Peranannya amat besar dalam memimpin dan mentadbir

urus sekolah agar pembelajaran berlaku dengan lancar dan cemerlang.

Kecemerlangan organisasi sekolah berkait dengan kredibiliti dan kualiti

diri yang dimiliki Guru Besar. Namun, peranan Guru Besar semakin berubah

selari dengan tuntutan dan perubahan dunia, ekoran daripada tekanan

globalisasi dan kemajuan yang begitu pesat dalam bidang pendidikan. Oleh

demikian, Guru Besar perlu bersedia membina kualiti diri dan kemahiran dalam

menghadapi perubahan serta cabaran pendidikan yang semakin kompleks

dalam abad ke-21. Sebagai ketua, beliau mengepalai seluruh anak buahnya

untuk menghadapi cabaran pendidikan masa kini.

4
Pendidikan di Malaysia sedang mengalami proses perubahan yang besar

iaitu perubahan dalam struktur organisasi pengurusan pendidikan peranan dan

fungsinya di setiap bahagian dan peringkat, baik di Kementerian Pendidikan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah mahupun di

peringkat sekolah. Perubahan in merupakan salah satu strategi ke arah

menyediakan insfrastrutur yang lengkap dan terkini bagi menghadapi cabaran

masa hadapan yang semakin rumit dan rencam.

Kajian dan tulisan beberapa tokoh dalam bidang pengurusan seperti

Edmonds (1979) dan Sergiovanni (1987), telah menunjukkan bahawa

kepemimpinan memainkan peranan yang penting untuk menentukan kelicinan,

kecekapan, dan keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi khususnya

sekolah.

Sekolah telah mengalami dan menghadapi pelbagai perubahan seperti

dari segi kurikulum, kaedah pengajaran, dan kegiatan ko-kurikulum, dalam usaha

menyahut harapan masyarakat dan negara yang semakin mencabar. Antara

perubahan dan reformasi dalam pendidikan ialah pelaksanaan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) pada tahun 1988, reformasi dasar penggunaan bahasa dan

terkini adalah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM).

5
Masyarakat sendiri menghadapi pelbagai perubahan sama ada dari segi

sosial, ekonomi mahupun politik. Semua ini menyebabkan Guru Besar, sebagai

pengurus sekolah, menghadapi cabaran yang lebih besar yang memaksa

mereka sentiasa peka, kreatif, dan inovatif dalam menangani pelbagai masalah

pengurusan harian mereka.

Dapatan-dapatan yang ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan

sekolah menunjukkan bahawa penentu paling utama bagi kejayaan sesebuah

sekolah adalah kepemimpinan seorang Guru Besar dalam bidang pengajaran

iaitu kepemimpinan pengajaran (Hussein Mahmood, 1993). Peranan

kepemimpinan pengajaran ini berkait rapat dengan usaha memajukan proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seringkali proses ini melibatkan

pelaksanaan inovasi program pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan

lagi prestasi para pelajaran.

Perlaksanaan kurikulum di sekolah adalah cara utama untuk menerapkan

nilai dalam diri setiap pelajar. Untuk menjadi seorang pemimpin, seseorang itu

harus mempunyai nilai-nilai yang kuat dalam peribadi mereka sendiri. Menurut

Kirkpatrick & Locke (1991), terdapat enam karakter ataupun sifat yang

membezakan seseorang pemimpin dengan yang bukan pemimpin iaitu hala tuju,

motivasi, integriti, percaya diri, kognitif, kemampuan dan pengetahuan tugas.

6
Maka, untuk menjadi pemimpin, mereka harus mempunyai keenam-enam ciri ini

bagi membantu mereka untuk menjadi pemimpin yang berjaya dan disegani.

Atan Long(1984), memperkatakan terdapat beberapa unsur yang perlu di

pertimbangkan dalam pembentukan sesebuah kurikulum dan antaranya ialah

dari segi kemasyarakatan yang berasaskan pembentukan kemahiran sosial bagi

membolehkan pelajar untuk berkomunikasi secara positif. Daripada kedua-dua

aspek ini, sangat jelas terlihat bahawa kurikulum di sekolah merupakan satu

usaha untuk membentuk pemimpin dikalangan generasi-generasi muda

seterusnya memacu kepada pembangunan negara melalui kemahiran yang di

kuasai.

Glasman (1984) dalam Hussein Mahmood (1993) menghuraikan

kepimpinan pengajaran sebagai tingkahlaku Guru Besar yang mendorong

pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan matlamat akhirnya untuk

mempertingkatkan prestasi akademik murid. Sementara Greenfield (1987) pula

menjelaskan konsep kepimpinan pengajaran sebagai tindakan-tindakan yang

diambil oleh Guru Besar dengan niat untuk mempertingkatkan keadaan

pembelajaran yang produktif dan dikehendaki bagi kanak-kanak.

7
Peranan sebagai pemimpin pengajaran dan kurikulum ini juga meliputi

pelbagai tugas termasuk penyeliaan dan cerapan serta penilaian pengajaran

pembelajaran di bilik darjah. Konsep kepimpinan pengajaran mempunyai

andaian bahawa seorang Guru Besar atau pemimpin pengajaran boleh dan

berupaya mengubah persekitaran pembelajaran di sekolah. Antara ciri-ciri utama

pemimpin pengajaran ialah mereka memberi perhatian berat kepada kebajikan

pelajar. Mereka adalah pembaharu yang mengekalkan matlamat asas dan

memperbaiki pembelajaran pelajar dan pada masa yang sama meneroka

kaedah-kaedah pengajaran baru.

Seorang Guru Besar boleh mempengaruhi prestasi pengajaran guru dan

pembelajaran pelajar dengan menggalakkan pengambilan norma-norma institusi

yang mendorong pembentukan sikap positif dan kerjasama antara guru. Guru

Besar sebagai pemimpin pengajaran perlu memahami setiap aspek kurikulum

dengan terperinci supaya boleh membuat perancangan menyeluruh serta

memastikan segala yang dirancang dapat dijalankan dengan licin. Selain itu juga

para Guru Besar harus memahami dasar dan sistem pendidikan khasnya

kehendak dan keperluan kurikulum dari segi matlamat, kandungan, bahan, guru,

murid, bilik darjah serta strategi pengajaran, penyeliaan dan penilaian. Dalam

masa sama selaku pemimpin kurikulum, Guru Besar berfungsi sebagai pakar

yang sentiasa memperbetulkan pandangan organisasi terhadap realiti iaitu

bertindak dan sebagai fasilitator.

8
Rumusan

Segala huraian dan perbincangan di atas sebenarnya menjurus kepada

analisa dan perincian terhadap konsep Guru Besar sebagai pemimpin kurikulum

dan juga butiran-butiran peranannya. Kepimpinan pengajaran ialah satu proses

yang dinamik dan ia adalah usaha jangka panjang terhadap kecemerlangan.

Justeru itu perlu difahami bahawa kepimpinan kurikulum bukanlah sesuatu yang

statik dan pegun sebaliknya ianya lebih bersifat fleksibel berdasarkan keperluan

dan perubahan semasa. Proses ini juga sewajarnya diterapkan dengan unsur

‘penambahbaikan’ iaitu sebarang perubahan dan keperluan yang hendak dibuat

terhadap aspek kepimpinan kurikulum mestilah disertai dengan pengkajian yang

mendalam bagi tujuan penambahbaikan.

Apa yang dapat dirumuskan adalah terdapat beberapa ciri penting yang

diperlukan Guru Besar bagi menjalankan kepimpinan pengajaran dengan cara

yang berkesan. Aspek itu ialah sikap, pengetahuan dan kemahiran Guru Besar.

Seorang Guru Besar tidak mungkin dapat menjalankan tugasnya dengan

berkesan jika dirinya tidak mempunyai cukup pengetahuan, kemahiran dalam

bidang atau tugas yang hendak disempurnakannya. Prestasi Guru Besar dalam

kepimpinan pengajaran merupakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran

yang relevan yang dimilikinya dan ditunjukkan atau dilakukan menerusi tindakan

atau tingkahlakunya.

9
Penutup

Masih banyak lagi aspek yang boleh diteroka dan diulas berkaitan dengan

isu ini namun begitu makalah ini diharapkan dapat menjadi permulaan atau

pemangkin kepada usaha-usaha yang lebih gigih lagi dalam merungkai

persoalan ‘Guru Besar Sebagai Pemimpin Kurikulum’. Di Malaysia kepimpinan

kurikulum atau disebut juga kepimpinan pengajaran mungkin lebih rumit

memandangkan adanya masalah-masalah unik seperti kekurangan guru, guru-

guru yang tidak mempunyai opsyen yang sesuai dan saiz kelas yang besar.

Akibatnya Guru Besar menjadi keliru untuk memainkan peranan mereka sebagai

pemimpin kurikulum atau pemimpin pengajaran sepertimana yang dihuraikan di

atas. Selain daripada itu keberkesanan pengajaran bukan merujuk kepada

prestasi dan keberkesanan pengajaran seorang guru sahaja. Yang lebih rumit

ialah memotivasikan semua kakitangan ke arah kecemerlangan dan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras dengan

perkembangan negara dalam aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya.

Sehubungan dengan itu peranan dan tanggungjawab Guru Besar juga telah

mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan mereka perlu berusaha

mengubahnya mengikut masa dan situasi.

10
Bibliografi

Atan Long. (1984). Pendidik dan pendidikan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Glasman,N.S.,(1986). Evaluation-based leadership: School administration in
contemporary perspective, Albany: State University of New York Press.
Kirkpatrick, S.A. & Locke, E.A., (1991). Leadership: Do Traits Matter. Journal of
Academy of Management Executive. 5(2):48-60.
Hussein Mahmood, (1993), Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramaiah A. L, (1999), Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini, Kuala
Lumpur: IBSB Buku Sdn. Bhd.
Sergiovanni, T.J. (1984) Leadership and excellence in schooling, Educational
Leadership, 41(5), 4-13

11

Anda mungkin juga menyukai