Anda di halaman 1dari 4

Petunjuk Nabawi bagi golongan netizen

Penggunaan aplikasi media sosial oleh warga maya di era globalisasi kini
telah menjadi satu trend dalam penyaluran dan penerimaan maklumat dengan
pantas dan efektif. Namun, penyaluran dan pengaksesan maklumat tanpa
kawalan dan petunjuk dapat mewujudkan impak yang negatif terhadap
lambakan maklumat yang mempunyai variasi status kesahihannya.

Realitinya, situasi sebenar tidaklah seindah yang digambarkan. Mutakhir


ini, kedengaran begitu ramai pengguna media sosial yang cuba menggunakan
media sosial ini untuk tujuan-tujuan yang kurang produktif. Dalam konteks ini,
kes-kes penyalahgunaan media sosial oleh pengguna media sosial semakin
menjadi-jadi hinggakan ia sudah menjadi isu nasional.

Acap kali kita mendengar perkataan netizen, serangan netizen, jabatan


netizen, bawang rangers namun tahukah kita apakah yang di maksudkan
netizen itu sendiri. Netizen adalah gabungan perkataan internet dan juga
perkataan citizen. Sekaligus ia membawa makna pengguna internet atau
pengkritik media sosial dan ia bukanlah perkataan yang tercatat secara rasmi
dalam Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) namun ia sering digunakan oleh
pengguna internet.

Persoalan yang ditimbulkan oleh penulis adalah adakah semua


keputusan netizen dikira benar?, dan apakah pentunjuk nabawi bagi
meluruskan sikap netizen ?. Dua soalan ini akan merungkai bagaimana kita
membentuk cara fikir dan sikap untuk membawa kita sebagai masyarakat warga
internet untuk bersikap seperti pentunjuk nabawi.
Pertama adakah semua keputusan netizen ini benar ? jawapannya
pastinya tidak. Kerana dalam masyarakat warga internet mengandungi pelbagai
latar pendidikan ,budaya,agama dan bangsa. Dalam al Quran Allah berfirman
surah al maidah ayat 8 :

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa


menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu
terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada
Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan
apa yang kamu lakukan.

Imam al-Tabari apabila menafsirkan maksud ayat “ sikap adil itu lebih
hampir kepada takwa “ iaitu adalah tanda orang bertakwa dan orang yang
berhati-hati dalam melanggar perintah tuhan ( Tafsir al Tabari-M/S 108). Maksud
ayat di atas menunjukkan perlu bersikap adil, bersederhana dan amanah dalam
membuat sesuatu keputusan walaupun keputusan itu tidak berpihak kepada
kumpulan kita.

Persoalan kedua ialah apakah petunjuk nabawi bagi golongan netizen ?.


Pertama ialah mesti memenuhi sepenuhnya hak-hak muslim. Terdapat satu
hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: Berwaspadalah dari prasangka dan prangsa itu sedusta-
dusta bicara, janganlah mencari-cari kesalahan, jangan saling
megintip, janganlah berhasad dengki, jangan memutuskan hubungan
antara satu sama lain, janganlah saling memarahi dan jadilah hamba-
hamba Allah yang bersaudara. (Hadisth Riwayat Muslim).
Menurut Dr Sharaf al-Qudha seorang ulama hadith di Jordan beliau
membahaskan adakah terdapat perbezaan antara perkataan tahassasu
( janganlah mencari-cari kesalahan) dan tajassasu ( jangan saling mengintip )
.Sesetengah ulama berpendapat perkataan itu memberi maksud yang sama
sahaja. Perkataan kedua hanyalah menguatkan bagi perkataan pertama namun
sebahagian ulama menyebut bahawa perkataan tahassasu itu adalah mencari
maklumat untuk kegunaan diri sendiri dan perkataan tajassasu bermakna
mencari-cari kesalahan untuk maklumat orang lain. Justeru pentunjuk nabawi
memberi makna bahawa kita tidak melakukan perkara-perkara yang disebut oleh
Rasulullah SAW.

Kedua ialah merujuk kepada ahlinya mengenai sesuatu masalah dan isu
yang timbul dalam media sosial. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada
Jabir RA, katanya: “Kami keluar bermusafir. Tiba-tiba seorang daripada
kami terkena batu sehingga menyebabkan kepalanya luka. Kemudian
dia mengalami mimpi (hingga keluar mani). Selepas terjaga dia
bertanya kepada sahabat-sahabatnya, “Adakah kamu fikir ada
keringanan bagiku untuk bertayammum?” Mereka menjawab: “Kami
tidak mendapati keringanan bagi kamu kerana kamu mampu
mendapatkan air.” Lalu dia pun mandi dan terus meninggal dunia.
Apabila kami menemui Rasulullah SAW dan memberitahu Baginda,
Baginda pun bersabda: “Mereka telah membunuhnya dan Allah akan
membunuh mereka. Kenapakah mereka tidak bertanya sekiranya tidak
tahu? Hanya dengan bertanya boleh menghilangkan keraguan.
Sebenarnya memadai dia bertayammum dan membalut lukanya
dengan kain perca, seterusnya menyapu air di atas balutan dan mandi
ke seluruh badannya. (Hadisth Riwayat Abu Daud).
Menurut al-Khattabi dalam kitab mualim al Sunan ia mensyarahkan perkataan
“Kenapakah mereka tidak bertanya sekiranya tidak tahu?” menurut beliau ia
wajib ke atas kamu untuk bertanya dan jangan kamu tergesa-gesa
mengeluarkan fatwa. Ia membawa maksud Rasulullah SAW dengan pentunjuk
nabawi menyuruh kita supaya bertanya kepada seiapa yang lebih berilmu dalam
bidang tersebut dan tindakan orang ditanya pula hendak ia amanah dengan ilmu
yang disampaikan.

Akhirnya kita mengharapkan kehidupan kita yang sering tidak terlepas


dalam membaca media sosial terutamanya kita berada dalam alam masyarakat
warga internet ini berada dalam keadaan petunjuk nabawi dan ia tidak cukup
dengan hanya membaca lalu dikira mendapat pentujuk nabawi namun ia perlu
dibuktikan dengan tindakan sehingga kita terselamat daripada menjadi golongan
netizen yang tidak berakhlak.

Penulis adalah:

Mohamad Ehsan bin Sebri

AJK Persatuan Ulama Kedah/ Pendakwah Bebas

011-36318344

Anda mungkin juga menyukai