Anda di halaman 1dari 11

Perbandingan Tamadun Melayu, Cina dan India

Dari Sudut Sosio Budaya, Ekonomi dan Pendidikan

di Malaysia

1.0 Pengenalan

Dalam bahasa Arab, terdapat beberapa perkataan yang menunjukkan maksud tamadun.
Ibnu Khaldun telah menggunakan perkataan ‘umran yang bermaksud “sifat-sifat tamadun”. Ibnu
Khaldun juga menggunakan istilah hadharah yang bermaksud “kehidupan menetap” (Mohd Nor
Jusoh, 2011)1

Tamadun ialah perkembangan dan pencapaian manusia mengikut arus peredaran


zaman. Setiap tamadun itu mempunyai keistimewaan tersendiri bahkan mampu memberikan
sumbangan kepada teknologi dunia pada hari ini. Muhammad Said Ramadhan (2004)2
menyatakan tamadun adalah suatu hasil tindak balas antara manusia dengan alam dan
kehidupan. Sejurus perkara ini bermaksud bagaimana inisiatif manusia menjalani kehidupan
mereka di dunia. Penerangan bagaimana manusia berinteraksi dengan alam bagi meneruskan
kemandirian hidup, maka dari sini bermulanya tamadun.

Malaysia satu-satunya negara yang terkenal dengan masyarakatnya yang majmuk yang
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Oleh itu, Malaysia kaya dengan
kepelbagaian budaya, seni dan kesusasteraan.

Wujudnya tamadun Melayu ini apabila tibanya Islam ke Alam Melayu. Ramai ahli
sejarah mengkaji tentang sejarah kedatangan Islam namun tidak mendapatkan bukti
secukupnya. Terdapat tiga pendapat utama mendebatkan mengenai punca arah kedatangan
agama Islam iaitu dari tanah Arab, China dan India.

Tamadun Cina merupakan salah satu tamadun tertua selepas tamadun Mesopotamia
dan tamadun Mesir. Warisan peninggalannya masih memberi kesan kepada kepada
perkembangan tamadun Cina pada masa kini. Tertubuh tamadun ini adalah disebabkan

1
Mohd Nor Jusoh, (2011), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur, Sarjana Media. hlmn 11
2
Al-Buti, Muhammad Said Ramadan, (2004), Islam Hadhari: Dalam Pembangunan Insan. Terj. Muhammad Ramzi
Omar, Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari.

1
kawasannya berhampiran lembah Sungai Hwang Ho dan mereka mengamalkan pertanian.
Sumber pertanian tersebut menampung kestabilan ekonomi tamadun Cina.

Dalam tugasan ini, saya menghuraikan serba sedikit mengenai tamadun Melayu, Cina
dan India dari segi sosio budaya, ekonomi dan pendidikan.

2.0 Sosio budaya

Sosiobudaya merupakan satu gaya hidup bagi sesuatu masyarakat berdasarkan


pegangan hidup mereka bagi mencapai pembangunan dalam sesebuah masyarakat.
Permulaan tamadun Melayu ini berlaku setelah kewujudan tamadun Islam. Oleh itu, Islam
menjadi jiwa dalam keseluruhan sosial dan budaya orang Melayu (Zainal Kling, 1980)3.

Masyarakat di Tanah Melayu sebelum Kesultanan Melayu Melaka hidup beragamakan


kepercayaan Animisme dan Hinduisme. Ali Mohammad (2011)4 menyatakan bahawa agama
Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakan masyarakat atasan seperti golongan istana
kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri.
Manakala, rakyat biasa selalunya menganut dan berpegang kepada kepercayaan Animisme.
Maka, tidak hairanlah sekiranya terdapat percampuran adat Hinduisme dan Animisme dalam
kalangan Melayu.

Noriati (2005)5, menyatakan nilai dalam masyarakat Melayu mempunyai tiga penjuru
iaitu hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dan alam. Dari
ketiga-tiga ini, Melayu sangat mementingkan hubungan manusia dan Tuhan. Tuhan telah
menyatakan apa yang baik dan apa yang buruk bagi manusia. Mereka menuruti sahaja perintah
Allah. Oleh itu, nilai dalam kehidupan orang Melayu bersandarkan al-Quran dan Hadith (Wan
Abd Kadir, 2000)6.

Nilai-nilai sangat ditekankan dalam masyarakat Melayu misalnya nilai berbahasa dan
nilai menghormati orang tua. Dalam meningkatkan sistem nilai, orang Melayu menggunakan
3
Zainal, K. (1980, Mac 10-11). Sistem Nilai Tradisi Melayu. Kertas Kerja Dalam Seminar Nilai Dan Norma
Masyarakat Melayu.hlmn 3
4
Ali, M. (2011). Sumbangan Tamadun Islam Dalam Kehidupan Masyarakat di Alam Melayu Hingga Abad ke-17M.
Al-Tamaddun, 3(1), 68-84.
5
Noriati, A. R. (2005). Nilai Kesantunan Dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat Melayu. Jurnal Pengajian Melayu,
15, 232-253.
6
Wan Abdul Kadir, M. (2000). Tradisi Budaya Melayu Berteraskan Islam. Jurnal Pengajian Melayu, 8, 82-97.

2
konsep malu, harga diri dan maruah (Wan Abd Kadir, 2000)7. Ketinggian martabat bangsa
Melayu dahulu adalah terletak pada ketinggian akhlak dan tatasusilanya. Menurut Shuhairimi
Abdullah (2004)8, kebanyakan penulisan sarjana Melayu turut mengatakan faktor kegemilangan
peradaban Melayu disebabkan masyarakat pada ketika yang mencapai kehalusan tatasusila
dan kebudayaan yang luhur.

Dari sudut sistem sosial kemasyarakatan Melayu didapati sistem ini menggariskan
setiap manusia itu mempunyai taraf yang sama dan hanya iman dan takwa membezakan
mereka. Rahimin Affandi (2005)9, menyatakan bahawa punca utama Islam diterima oleh
masyarakat Melayu adalah disebabkan kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam yakni
cakupan agama Islam tidak bersifat perkauman yang terhad kepada sesuatu bangsa semata-
mata, tetapi merangkumi kesemua ras manusia sedunia yang dibina di atas asas persaudaraan
(ukhuwah). Asas persaudaraan ini juga tidak menerima segala bentuk pembahagian kasta
manusia yang mengakui semua manusia adalah sama martabatnya di sisi Allah.

Dalam sistem kekeluargaan masyarakat Melayu telah berlaku perubahan seperti


perkahwinan. Hukum syarak memainkan pengaruh yang besar dan dicatat dalam Hukum
Kanun Melaka. Misalnya, menetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan dinyatakan
dalam Fasal 25.1 dan upacara ijab kabul Fasal 25.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001).10
Tanggungjawab suami isteri, tanggungjawab ibu bapa dan tanggungjawab anak-anak terhadap
ibu bapa turut diterap dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Sosiobudaya tamadun Cina berpegang kepada fahaman Konfusiusisme. Ririn Darini


(2008)11 menyatakan Fahaman ini mengusulkan manusia berfikir sendiri. Dalam fahaman ini
sangat menekankan pendidikan moral dan antara dasarnya budi pekerti, perikemanusian,
manusia bijak dan bakti anak.Dalam hierarki sosial masyarakat Cina menganggap para
ilmuwan dan petani golongan tertinggi.12(Ahmad Nasir, t.t.)

7
Ibid.hlmn 84
8
Shuhairimi, A. (2004). Konsep Asas Pembinaan Tamadun Islam Dalam Menjana Masyarakat Hadhari. Pencetus
Warisan Minda.hlmn.31
9
Rahimin Affandi Abd. Rahim. 2005. Citra Islam dalam pembentukan manusia melayu moden di Malaysia: satu
analisa. Dlm. Jurnal Pengajian Melayu. Jil 15. Penerbit: Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya.
10
Azmah, A. M. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Lohprint Sdn. Bhd.
11
Darini, R. (2008). Pendidikan Dalam Pemikiran Konfusius.Diperoleh daripada
http://staff.uny.ac.id/system/files/penelitian/Ririn%20Darini,%20SS.,M.Hum./PENDIDIKAN%20DALAM
%20PEMIKIRAN%20KONFUSIUS.pdf
12
Ahmad Nasir, M. Y. (t.t). Tamadun India (Konsep Tamadun India). Didapatkan Mac 25, 2017, daripada
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Bab%209%20TI%20(Konsep%20Tamadun%20India).pdf

3
Dalam sistem kekeluargaan, masyarakat Cina lebih mengiktiraf kuasa sebelah bapa.
Sekiranya terdapat pembahagian harta maka anak lelaki akan lebih diutamakan berbanding
anak perempuan. Mereka turut menekankan adab dalam keluarga misalnya anak perlu
menghormati ibu bapa.

Dalam kemasyarakatan tamadun India mempunyai hierarki dalam sosial. Budaya


masyarakat India ialah pengamalan kehidupan berkasta. Terdapat empat peringkat kasta iaitu
Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra. Dalam falsafahnya, setiap golongan mempunyai peranan
masing-masing. Kegagalan dalam memainkan peranan akan menunjukkan kelemahan dalam
masyarakat. Di Malaysia, sistem ini sudah tidak digunapakai oleh masyarakat India kerana
dianggap tidak relevan. Namun masih terdapat minoriti yang masih mengamalkannya.

Wanita dalam kalangan masyarakat India telah dihadkan kepada aktiviti rumahtangga.
Mereka tidak dibenarkan terlibat dalam pendidikan. Mereka yang kematian suami dianggap
tidak berhak untuk hidup dan harus dibakar bersama mayat suami.

Tamadun Perbezaan Persamaan


Melayu - Menjalani kehidupan - Anak mesti menghormati
berasaskan akidah yang ibu bapa.
benar. - Mengutamakan waris
- Bersumberkan Al-Quran sebelah bapa
dan Sunnah - Sangat mementingkan
- Semua manusia adalah akhlak dalam pembinaan
sama hanya iman yang masyarakat bertamadun
membezakannya.
Cina - Mempunyai hierarki
dalam sosial masyarakat
- Menggunakan fikiran
untuk melakukan
perubahan
- Tiada ibadat khusus dan
menekankan kepada
pendidikan moral
India - Mengamalkan sistem

4
kasta
- Martabat wanita
dipandang rendah

Jadual 1

3.0 Ekonomi

Marshall mengatakan ekonomi adalah ilmu yang bergandingan dengan mempelajari


usaha-usaha individu dalam ikatan pekerjaan-pekerjaan kehidupan manusia, bagaimanapun ia
memperolehi pendapatan bagaimana pula ia mempergunakan pendapatan itu (Mohd Nor
Jusoh, 2011).13

Hasanuzzaman dalam Mohd Nor Jusoh (2011)14 mentakrifkan ekonomi Islam sebagai
ilmu pengetahuan dan pengggunaan perintah peraturan syariat demi melindungi ketidakadilan
dalam perolehan sumber asli bagi tujuan memenuhi kepuasan manusia dan bagi membolehkan
mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah dan masyarakat seluruhnya.

Kaum Melayu dahulu sangat terkenal dengan kemahirannya dalam perniagaan. Para
pembesar juga turut terlibat dalam perniagaan. Menurut Mohd Koharuddin (2005)15, Kehebatan
dan kecekapan masyarakat Melayu berdagang menyebabkan pedagang Eropah sendiri sukar
untuk bersaing dengan mereka menyebabkan mereka telah bertindak menyerang dan
merampas perdagangan alam Melayu ini melalui kuasa ketenteraan.

Kejayaan masyarakat Melayu dalam perniagaan disebabkan pengamalan terhadap


muamalat Islam. Misalnya dalam Hukum Kanun Melaka Fasal 30 (lampiran A) menyatakan
berkenaan hukum dan tatacara berniaga. Syarat sah berjual beli dan barangan yang sah serta
haram diperniagakan. Pengharaman pengambilan riba. (Muhammad Yusoff Hashim, 1990)16

Islam turut menggalakkan amalan saling membantu dalam kehidupan masyarakat


misalnya pembayaran zakat, sedekah dan wakaf. Amalan-amalan ini akan mewujudkan sifat
13
Mohd Nor Jusoh, op. cit. hlmn 155
14
Ibid.hlmn 154
15
Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Peradaban Melayu, Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 15, 2005
16
Muhammad Yusoff Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka, Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka abad ke-
15 dan abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.hlmn 394

5
tanggungjawab, kasih dan timbang rasa terhadap setiap individu dalam masyarakat. Baitulmal
turut diwujudkan bagi membantu perkembangan ekonomi negara melalui sumber kutipan cukai
daripada golongan bukan Islam. Tujuannya bukan sekadar kegiatan pembangunan negara
bahkan untuk kebajikan orang-orang yang memerlukan. (Mohd Nor Jusoh, 2011)17

Kemahiran masyarakat Cina dalam perniagaan tidak dapat dinafikan kehebatannya


sehingga kini. Menurut Rusdi Omar (2006)18, China kini sedang mengalami perubahan ekonomi
pantas. Kebanyakan pelaburan asing berfokus di China. Mereka mendapat untung yang banyak
hasil daripada perniagaan.

Namun begitu, mereka tidak jujur dan mempunyai banyak taktik untuk menipu semasa
urusan perniagaan dijalankan. Oleh itu, dalam susunan hierarki sosial dalam tamadun Cina
meletakkan pedagang pada tahap paling rendah kerana mereka gemar menipu dalam
perniagaan.

Kegiatan ekonomi tamadun India berasaskan pertanian dan perusahaan. Pada awal
kemunculan tamadun, mereka menanam kapas di Lembah Indus. Kemudian beralih kepada
perusahaan (Nik Hassan Suhaimi dll, 2002)19 Mereka turut menjalinkan hubungan perdagangan
dengan tamadun lain seperti tamadun Cina.

Tamadun Perbezaan Persamaan


Melayu - Pengharaman riba dan - Pengamalan sikap
menipu dalam meniaga keterbukaan.
- Membantu masyarakat - Menggunakan sistem
yang memerlukan melalui pertukaran wang.
zakat, sedekah dan - Menjalinkan hubungan
wakaf antara tamadun-tamadun
- Mewujudkan baitulmal lain
bagi bagi membantu
perkembangan ekonomi

17
Mohd Nor, J. op. cit.hlmn 140
18
Rusdi, O. (2006). China dan Kuasa Hegemoni Baru Ekonomi. IJMS, 1-38.
19
Nik Hassan Suhaimi dll, 2002, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

6
negara
Cina - Mengambil untung secara
berlebihan
- Menggunakan pelbagai
taktk untuk menipu
- Pedagang bermartabat
rendah dalam hierarki
masyarakat
India - Hanya golongan
bangsawan boleh
berdagang
Jadual 2

4.0 Pendidikan

Pendidikan penting dalam pembangunan ketamadunan. Awang Sariyan (2005)20


menyatakan pendidikan merupakan proses kehidupan manusia yang sama tuanya dengan
kewujudan manusia itu sendiri.

Bahasa merupakan pendidikan pertama yang bermula bersama kewujudan manusia.


Ulama-ulama Islam dari zaman ke zaman mengistilahkan manusia sebagai haiwan natiq
(rational animal), dengan kata natiq itu, selain merujuk kepada akal, sebenamya turut merujuk
kepada pertuturan atau bahasa (al-Attas, 1991)21. Dalam erti lain bermaksud kewujudan
manusia ini adalah disebabkan wujudnya akal dan kemampuan berbahasa.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi kesan terhadap pendidikan.


Sebelum kedatangan Islam hanya golongan bangsawan menerima pendidikan. Selepas
kedatangan Islam, golongan bawahan mula diberi pendidikan. Permulaan sistem pendidikan
hanya berlaku dalam istana. Istana dijadikan perpustakaan dan tempat penterjemahan ilmu.
Kemudian beransur-ansur memberikan pendidikan kepada golongan rakyat seperti diadakan
pengajian di rumah maulana, madrasah, surau dan masjid. (Mahayuddin, 2000)22
20
Awang Sariyan, (2005), Pendidikan, Bahasa dan Pendidikan Bahasa dalam Hubungannya dengan Pembinaan
Tamadun. DP, 1-23.
21
al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1991). Tujuan dan objektif Pendidikan Islam. (ferjemahan
Shamsuddin Jaafar), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
22
Mahayuddin, 2000, Tamadun Islam, Shah Alam: Fajar Bakti, hlm. 313

7
Masyarakat Melayu mempunyai pendidikan melalui kesusasteraan. Dalam
kesusasteraan misalnya dalam pantun, syair dan hikayat memiliki unsur nasihat. Menurut
Othman Puteh (1998)23 sastera remaja seharusnya memberikan pendidikan dan hiburan
kepada masyarakat, bahan yang terkandung juga dapat mengasuh dan mengasah kecerdasan
penghayatan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan segala sesuatu yang berhubung
dengan keperluan kehidupan.

Semasa era penjajahan British, orang Melayu menuntut ilmu di pondok dan
menfokuskan kepada ilmu agama. Kemudian kemunculan kaum muda pada sekitar lewat abad
ke-19 menyebabkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan dalam kalangan orang
Melayu semakin tinggi. Golongan wanita turut diberi peluang menuntut ilmu. Gerakan ini
dipimpin oleh Sayid Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Rashid Rida (Fadhulullah Jamil,
1997)24. Kamarul Azmi (2007)25 menjelaskan ideologi mereka adalah bersandarkan kemodenan
Barat tanpa mengenepikan Islam. Gerakan ini sangat aktif dalam penubuhan pondok dan
madrasah sebagai pusat pengajian.

Wan Mohd Nor, (t.t) menyatakan ilmu dalam pandangan masyarakat Cina, khasnya dari
fahaman Konfusiusme Baru dipengaruhi oleh penekanan kepada amal. Bagi pemikiran mereka,
amal adalah sangat penting berbanding ilmu.

Oleh yang demikian, mereka kurang mempunyai falsafah formal seperti bidang logik dan
cara perolehan ilmu. Mereka hanya mengambil ilmu yang boleh diamalkan bertujuan
kepentingan diri. Kecenderungan terhadap amali inilah menyebabkan mereka banyak
menyumbang kepada perkembangan teknologi dalam tamadun mereka.

Masyarakat Cina sejak dahulu amat menitikberatkan sistem pendidikan dan golongan
intelektual sangat mereka hormati. Mereka menghargai pendidikan kerana matlamat utama
mereka untuk lulus peperiksaan awam kerajaan Kemungkinan disebabkan itu segelintir mereka
berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan hari ini.

Ketika era penjajahan British, disebabkan masyarakat Cina menyedari kepentingan


pendidikan, British tidak memberi pendidikan kepada anak Cina. Namun, masyarakat Cina
sendiri yang mendirikan sekolah menggunakan dana mereka dan tenaga pengajar dari China.

23
Othman Puteh. (1998). Tanggapan terhadap kesusasteraan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
24
Prof Madya Dr. Fadhlullah Jamil (1997), Islam Zaman Moden: Cabaran Dan Konflik, Thinker‟s Library, h. 117.
25
Kamarul Azmi Jasmi (2007), Pembaharuan Dalam Dunia Islam, Universiti Teknologi Malaysia, h. 98.

8
“The enthuasiasm for education which is no characteristic of post-revolutionary China
has been found an echo among Chinese of Peninsula…Since 1911, however,
the Chinese have founded many schools to give their children a modern education in their
own tongue. Some few free schools maintained by the sponsored of individual;
others run by District Societies.”

(Report in The Federated Malay Stateds, 1901 & Penyata Tahunan Residen-Jeneral,
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,
1901)

India pula lebih menekankan kepada ilmu paling abstrak. Kepentingan ilmu wujud
adalah disebabkan berkait keperluan dalam agama (Wan Mohd Nor, t.t.)26. Misalnya wujud ilmu
astronomi adalah disebabkan penyembahan kepada matahari, bulan dan bintang. Pemerhatian
dilakukan bertujuan mengenal tarikh bagi kesesuaian perayaan mereka.

Menurut Majumdar dalam Wan Mohd Nor (t.t.)27 beberapa buah kitab Veda dijadikan
sebagai sumber ilmu mereka. Bagi mereka Dengan mempelajari ilmu-ilmu dalam kitab veda,
ilmu tersebut akan ditinggalkan pada usia tua dan mereka akan hidup dalam alam pertapaan
untuk mencapai tingkat nirwana.

Dari sudut sejarah Malaysia, India kurang kesedaran dalam bidang pendidikan. Hal ini
kerana mereka menetap di kawasan estet dan hanya berfokuskan kepada pekerjaan sara diri.
Faktor lain seperti pengamalan sistem kasta kemungkinan menjadikan masyarakat India ini
kurang kesedaran terhadap ilmu. Profesor P.T. Raju dalam Wan Mohd Nor (t.t.)28 menghuraikan
perkara ini seperti berikut: “Golongan dari kasta Sudra tidak dibenarkan membaca Vedas tetapi
digalakkan memahami ajarannya melalui karya sampingan.”

Namun, pihak British memberi bantuan dalam mendirikan sekolah.Menurut Khairi Arifin
29
(1985) kemajuan ladang-ladang telah menyebabkan sekolah-sekolah kecil diwujudkan di
kawasan ladang berkenaan iaitu di Province Wellesley, Melaka dan Johor Utara merebak ke

26
Wan Mohd Nor Wan Daud. (t.t.). Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun. Jurnal
Pendidikan Islam. 51-67.hlmn 58
27
Ibid.
28
Ibid.hlmn 59
29
Khairi, A., Mohd Kamal, K., & Adnan, J. (1985). Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di
Tanah Melayu. Jurnal Perspektif, 29-38.

9
seluruh bahagian Tanah Melayu apabila ianya diperlukan oleh masyarakat India (Persekutuan
Tanah Melayu, Annual report on Education for. 1954)

Tamadun Perbezaan Persamaan


Melayu - Mementingkan ilmu - Menghormati golongan
akidah sejak kecil ilmuwan
- Mempelajari kitab-kitab - Menerapkan akhlak dan
arab di pondok moral melalui
- Semua golongan wajib kesusasteraan.
mempelajari ilmu - Mementingkan ilmu
Cina - Menekankan amal
keduniaan seperti
berbanding ilmu
astronomi, matematik dan
- Mengamalkan sistem
sains.
peperiksaan
- Mempelajari ilmu yang
mempunyai kepentingan
sahaja
India - Golongan hamba tidak
boleh membaca veda
- Golongan wanita tidak
dibenarkan terlibat
dengan pendidikan
- Menuntut ilmu yang
berkaitan keperluan
agama.
Jadual 3

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan maklumat di atas, pemerhatian yang dapat dibuat ialah setiap tamadun itu
mempunyai ciri keunikan tersendiri. Ketiga-tiga tamadun ini telah bertemu dari segi sosio

10
budaya, ekonomi dan pendidikan di Malaysia. Oleh itu, peluang ini perlu digunakan sebaik-
baiknya untuk membentuk sebuah tamadun Malaysia yang berjaya dan maju. Pada
pengetahuan kita, perbezaan ciri dalam sesebuah tamadun perlu dimanfaatkan kerana perkara
ini saling membantu menutup kecacatan yang terdapat dalam sesebuah tamadun menuju
kepada kesempurnaan. Misalnya interaksi antara Cina-India membolehkan mereka saling
bertukar teknologi bagi meningkatkan ekonomi masing-masing.

Inilah antara hikmah Allah mencipta manusia dalam pelbagai kaum, warna kulit dan
bahasa untuk berkenalan. Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13:

ۚ
َ ‫َّاس إِنَّا َخلَ ۡقنَـٰ ُكم ِّمن ذَ َك ۬ ٍر َوأُنثَ ٰى َو َج َع لنَـٰ ُك مۡ ُشعُو بًا َو َقبَٓا ِٕٕٮَل لَِت َع َارفُ ٓوْ‌ا إِ َّن أَ ۡكَر َم ُك مۡ ِع‬
‫ند ٱللَّ ِه‬ ۬ ۡ ٓ
ُ ‫يَ ٰـأَيُّ َها ٱلن‬
‫يم َخبِري ۬ ٌر ۝‬ِ ِۚ ۡ
ٌ ‫أَ تَق ٰٮ ُك إمۡ‌َّن ٱللَّهَ َعل‬
Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang
lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Dalam meningkatkan kualiti tamadun Malaysia perlu mempunyai persefahaman yang


baik antara ketiga-tiga kaum ini. Seharusnya amalan yang baik perlu diambil daripada
sesebuah tamadun bagi kemaslahatan negara seperti kesungguhan pengamalan ilmu dalam
tamadun Cina diaplikasikan dalam pendidikan di Malaysia.

Ideologi yang tidak relevan perlu disingkirkan daripada pemikiran seperti melarang
golongan-golongan tertentu menuntut ilmu. Sepatutnya dalam pembinaan tamadun yang hebat
perlu mementingkan aspek keilmuan dan perlu menolak aspek keturunan misalnya sistem
kasta. Hal ini tidak memberikan apa-apa faedah kepada negara bahkan memundurkan negara.

Penzaliman ke atas manusia dalam ekonomi sepatutnya dielakkan. Perkara ini tidak adil
dan berlaku penindasan yang teruk kepada golongan miskin. Golongan kaya akan terus
manjadi kaya dan golongan miskin akan terus menjadi miskin sehingga ke akhir hayat. Dari
sudut kaca mata lain seharusnya aspek perikemanusiaan harus ditekankan dalam peradaban
tamadun manusia.

11

Anda mungkin juga menyukai