Anda di halaman 1dari 2

iv.

ِ ‫اجهَ ْال ُم ْسلِ َم‬


Berdasarkan satu bab dalam Kitab alfitan sahih muslim tersebut iaitu ‫ان بِ َس ْيفَ ْي ِه َما‬ َ ‫ باب إِ َذا ت ََو‬:

a. Terangkan maksud kaedah al-tahwil dan tunjukkan contoh pemakaiannya dalam bab tersebut.

Kamus Istilah Hadis menjelaskan al-tahwil dari segi bahasa merupakan masdar bagi perkataan
hawala yuhawwilu maknanya ialah mengubah sesuatu atau memindahkannya dari satu tempat ke
satu tempat atau mengembalikan sesuatu kepada sumber asalnya. Manakala dari segi istilah al-
tahwil bermaksud menulis huruf yang berupa ‫( ح‬ha tanpa titik dan tidak bersambung). Para
ulama hadis menulis huruf ini ketika tidak berlakunya perpindahan daripada satu sanad kepada
sanad yang lain apabila suatu hadis itu mempunyai dua sanad atau lebih. Tulisan huruf ini adalah untuk
menunjukkan perpindahan sanad tersebut. Imam Muslim merupakan salah seorang ulama hadis
yang paling banyak menghimpunkan sanad dan menghubungkannya dengan menggunkan huruf ‘ha”
yang menunjukkan ianya bermaksud al-tahwil. Kebiasaan sanad-sanadnya akan menjadi lebih panjang
berbanding hadis-hadis yang lain dengan tidak mengulangi menyebut lafaz matannya.

b. Sediakan carta ringkasan sanad satu hadis dalam bab tersebut.

c. Berikan terjemahan lengkap dalam bahasa Melayu satu hadis dari bab tersebut.

‫ حدثنا شعبة عن‬.‫ حدثنا محمد بن جعفر‬:‫ قاال‬.‫ ح وحدثنا محمد بن المثنى وابن بشار‬.‫ حدثنا غندر عن شعبة‬.‫حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة‬
‫ فهما على‬،‫ حمل أحدهما على أخيه السالح‬،‫ عن النبي ﷺ قال “إذا المسلمان‬،‫ عن أبي بكرة‬،‫ عن ربعي بن حراش‬،‫منصور‬
‫ دخالها جميعا‬،‫ فإذا قتل أحدهما صاحبه‬.‫جرف جهنم‬

Maksudnya :

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abi Syaibah telah menceritakan kepada kami Ghandar
dari Syukbah dan telah menceritakan kepada kami Muhammad Ibnil Muthanna dan Ibnu Basyar. Telah
berkata : Telah menceritakanq Muhammad bin Jaafar telah menceritakan Syukbah dari Mansor telah
menceritakan Rubai' bin Harasyh dari Abi Bakrah bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: Jika dua orang
Muslim memegang salah satu pedang maka pembunuh dan yang terbunuh masuk ke dalam neraka, jika
terbunuh jua salah satu darinya, masuklah ia ke dalam neraka semuanya.

d. Kemukakan pengajaran dari satu hadis dari bab tersebut.

Pengajaran dari pada hadis di atas ialah seorang muslim tidak dibenarkan menzalimi sesama muslim.
Persengketaan diantara manusia boleh menyebabkan kehilangan akal dan emosi yang tidak dapat
dikendalikan sehingga boleh terjadinya pembunuhan. Oleh sebab itu Rasulullah SAW memberikan
peringatan dan begitu juga ancaman terhadap kaum muslimin termasuk perbuatan merendahkan dan
menghina sesama muslim. Darah, harta dan kehormatannya haram dilanggar oleh Muslim lainnya tanpa
hak dan termasuk dalam dosa besar sekiranya sehingga membunuh. Ini adalah kaedah umum yang
sudah ada dalam syariat Islam. Adapun orang yang memerangi pemberontak atau membela diri lalu
terbunuh, maka tidak termasuk dalam ancaman ini kerana ia diperbolehkan dalam peperangan secara
syariat seperti peperangan yang dihadapi oleh Rasulullah dan para sahabat kerana ancaman kaum
musyrikin, juga seperti peperangan di kalangan rakyat Palestin.
Rujukan :

1. https://muslim.lna.io/ (Hadis Sohih Muslim , Imam Abi Al Husin Muslim bin Al Hajaj Al Kusyairi Al
Nisaburi

2. PDF Diskusi Intelektual Terhadap Tema Akidah dan Hadis Nabawi, KUIS 2020

3. Kamus Istilah Hadis. Selangor: Dar al-Syakir , Syed Abdul Majid Ghauri.

Anda mungkin juga menyukai